Jumaat, 29 Jun 2012

MAHA Negeri Sembilan 2012

Tu dia. Melaporkan ala-ala abang Karam Sink pulak dah. Dulu atok nak jadik wartawan, tapi disobabkan subjek sejarah fail so atok pendamkan cita-cita tu. Eh!. Ok berbalik kepado topik utamo kito pado hari ini, iaitu MAHA Negeri Sembilan 2012. Apakah ittew?

MAHA ni sempena hari peladang, penternak dan nelayan berkumpul di satu tompek untuk memasar atau menjual barangan mereka. Atok tengok banyak juga haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ado kat sini. Ko sebut je apa ko nak. Lombu, landak, rusa, kambing, arnab, biri-biri, anak ikan, sumo ado. Nago yo takdo.

hensem tak kambing ni? Ni kambing hybrid. Sobab tu muko kacak sikit
Selain ado pameran haiwan-haiwan eksotik dan kacukan ni, kat MAHA ni jugak ado program lain pado setiap hari. Macam tadi atok poie hari khamis kan, so malam ni ado program Hal Ehwal Perdana. Memandangkan atok punyo dress up malam tu macam main skate board, so atok just pandang dari jauh katanya. 

topik yang dibincangkan tentulah berkisarkan pertanian....
Selain dari itu, banyak gak booth2 (betul ke aku eja ni), yang menjual pakaian dan bungo2. Tak terkecuali anak benih pokok. Dan macam-macam laie. MAHA ni start 25 Jun sehingga 1 Julai 2012 ni nanti. Bermulo dari jam 10 pagi bawak ko 10 malam. Berhadapan kompleks belia dan sukan paroi nun. So, kalau mano makcik-makcik nak beli sayur-sayur segar tu mai datang sini boli. Walaupun namo program ni MAHA tapi barang tetap tak mahal.

sapo ngidam nak makan potai tu mai datang sini beli....

Kalau ecah feeling rosalinda ayamor suka bunga-bungaan, sila dapatkan di pameran MAHA ni. Macam-macam pokok bungo ado. Untuk makcik-makcik yang kesukoan eh membelai bungo, tak rugi poie sini. Selain bungo, ado jugak jual benih pokok buah-buahan. Atok dah aim benih pokok durian musang king. Tapi bosar bonar lak pohon eh. Mano nak sumbek an


Itu sajo laporan atok kali ini. Silalah berkunjung di pameran MAHA Negeri Sembilan 2012 ini bersamo-samo keluargo, kawan-kawan, atau pakwo makwo tercinto. Tapi kalau bawak makwo tu kono bawak adik eh sekali yo. Takut lah kan. Ado lak aktiviti MAHA lopeh tu kan. Ok papai ecah!!! Datang jangan tak datang! Last Ahad nih!

6 ulasan:

  1. ohhh ada arnab
    wajib terjah hari sabtuuuuu niii
    :)))))

    atok.
    i think I saw you
    tapi entah laaaa
    HAHAHAHA
    silap org kott

    BalasPadam
  2. wah...lawa gambar2 yg atok amek...

    Bila MAHA nak buat kt Serdang lagi eyh? teringin nak pegi...

    BalasPadam
  3. atok jual apo lak?
    aku ni dah dua pokok bunga aku tanam tak pernah nak besar.bunga kejap je pastu mati. haiihh..sedih..mgkin kat MAHA ada ajar cara nak jaga tak.

    BalasPadam
  4. Azham Vosovic : Time kasih Azham Vosovic :)

    BalasPadam
  5. Hanie Dew : Atok tak jual apo2....waaa, ni mesti tanam x baco bismilah

    BalasPadam