Sabtu, 5 Mei 2012

Fakta Menarik

Maharaja Morocco, Moudlay Ismail (1672-1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.





90% pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik.




Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan sebanyak RM 2 juta untuk membeli limau sahaja.




Pulau Batu Hairan, 65km ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pula ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988 dan tenggelam semula pada 25 Februari 1990.




Papua New Guinea mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk.





11 ulasan: