Isnin, 21 November 2011

MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum Puas Nak Tunjuk Cantik

Ujang
Assalammualaikum,


Ujang terbaca satu blog nih. Bukan selalu kita nak berkongsi perkara baik. Sesekali kita bergurau senda, apa kata kali ni kita jadi serius sekejap. Manusia ni terkadang alpa dan lalai termasuklah Ujang sendiri. Makanya kita harus sering mengingatkan. Sekadar perkongsian kita bersama. Mana yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan.

Saya ingin mengajukan anda satu persoalan.

Wajarkah kita (golongan yang menegur) memberi masa kepada seseorang wanita Melayu Islam (yang telah baligh ) sehinggalah mereka benar-benar bersedia menutup aurat mereka dengan sempurna ?

Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah baligh...?

Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?

Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan dinasihat ?

Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.

Mari kita panjangkan mesej ni dan saling nasihat menasihati  =)



16 ulasan:

  1. ...oh wanita, angkatlah martabatmu..

    *wahai suami, berusahalah membimbing..

    BalasPadam
  2. kena berusaha utk menjadi lebih baik secepat mungkin sebelum terlambat.

    BalasPadam
  3. ambil teguran dengan positif dan berusahalah untuk berubah ke arah kebaikan.. sesama kite pun kena berdoa agar mereka2 berubah..

    BalasPadam
  4. aiseyman . tak boleh cakap macam tajuk tu ~
    =.=

    BalasPadam
  5. kita ambil iktibar apa yg telah berlaku

    BalasPadam
  6. jawapan yg sering diberikan bila soalan ini diajukan " belum sampai seru lagi.."

    apa pun..terima kasih tok untuk teguran ni

    BalasPadam
  7. blog-tips-kurus : Masing-masing perlu mainkan peranan

    BalasPadam
  8. faiz : Maut tak kan tunggu walau sesaat

    BalasPadam
  9. umie mia : InsyaAllah, sama-samalah kita berdoa

    BalasPadam
  10. sahromnasrudin : Sama-sama kita menasihati

    BalasPadam
  11. Rtp Farra Arisha : Supaya kita dapat menjadi lebih baik =)

    BalasPadam
  12. chii : Jawapan standard tu. Tapi kalau maut datang, takkan tunggu sampai seru

    BalasPadam
  13. ok.ambik iktibar.time kasih atok.

    BalasPadam
  14. Hanie_Dew : Tima kasih. Sama-sama kito amik mana yang baik eyh

    BalasPadam