![]() |
muhammad amirul mazlan |
Pelajar Aswara antara 2 penunggang motosikal maut
30 September 2012
KUALA LUMPUR - Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Persekutuan di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pertama pada jam 7 pagi, motosikal yang ditunggang mangsa, R Selaraseh, 19, dari Sungai Lui, Raub, Pahang dipercayai terbabas setelah dilanggar sebuah kenderaan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios yang gagal mengelak mangsa yang ketika itu terjatuh di tepi jalan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, Selaraseh berada di laluan kanan lebuh raya dari Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam dan tidak menggunakan laluan motosikal ketika kejadian.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian,” katanya.
Selang dua jam selepas kejadian itu katanya, berlaku satu lagi kemalangan melibatkan motosikal di lokasi sama tetapi kejadian di laluan bertentangan.
Abdullah berkata, mangsa, Muhammad Amirul Mazlan, 19, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu maut di tempat kejadian.
“Motosikal ditunggang Muhammad Amirul dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian dan siasatan mendapati dia juga tidak menggunakan laluan motosikal.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Al-Fatihah..
BalasPadamal fatihah utuk arwah
BalasPadamalfatihah utk arwah
BalasPadamNovelgurl : Al-Fatihah
BalasPadamumie mia : Al-Fatihah
BalasPadamdya bunga : Al-Fatihah
BalasPadamx0d79j9l88 d2k65o9u74 v6q04l4r84 u5p25i3g91 q0t32k8f45 b4q53w6w02
BalasPadambape clothing
BalasPadambape
hermes sale online
OFF-White
bape outlet
palm angels outlet
chrome hearts
golden goose usa
golden goose sneakers men
kyrie 7