Atok dah tak tahan dah. Makin hari makin pedih bijik mata ni menyaksikan kekejaman 'manusia' terhadap haiwan. Kalau tahun lopeh atok ternampak di facebook gambar 3 ekor anak kucing yang sudah mati dan berdarah akibat dipijak oleh manusia iblis ni. Sayu dan tersentuh hati atok tatkala melihat sang ibu mencium bangkai anaknya yang tak bernyawa. Pandangan sang ibu jelas terpancar riak tangis. Jelas terpancar! Tak dapat menerima ketiga-tiga ekor anaknya mati dipijak oleh syaitan nih. Menitis air mata walaupun bangkai tak bernyawa itu hanyalah haiwan....kenapa kita jadi kejam macam tu?
Jiwa atok tersentap lagi apabila terlihat lagi gambar di facebook 3 orang lelaki kulit hitam melapah kulit kucing hidup-hidup. Kucing tu digantung lehernya sampai terkeluar lidah. Kulitnya disiat-siat tanpa rasa belas kasihan. Mungkin kucing itu adalah ibu kepada anak kucing yang lain. Apakah perasaan kita bila melihat anak-anak kucing tadi menanti kepulangan ibunya yang pada hakikatnya sudah tidak bernyawa? Mati diseksa dengan dasyat?.....kenapa kita jadi kejam macam tu??
Yang terbaru, remuk dan hancur bila mana melihat seekor kucing yang mungkin kelihatan comel dan cergas jika dijaga elok, namun sebaliknya terlantar dalam sangkar tanpa diberikan makan dan minum. Dagingnya sudah sebati dengan tulang-belulang. Terbaring pucat dan lesu menanti maut menjemputnya......kenapa kita jadi kejam macam tu???
Kenapa?...kerana segelintir dari kita yang bangga digelar sebagai 'manusia' ini sebenarnya mempunya hati lebih teruk dari seekor binatang!
Perkongsian dari facebook (copy-paste)
Kerana Seekor Haiwan, Seorang Wanita Masuk Syurga & Kerana Seekor Haiwan Jugalah Seorang Wanita Masuk Neraka ~via Imam Muda Nazrul
Masih ingatkah kita kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah S.A.W?... Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.
[Shahih al-Bukhari – no:3467]
Berdasarkan hadis tersebut, bayangkan betapa besarnya ganjaran daripada Allah s.w.t terhadap orang-orang yang menjaga kebajikan haiwan. Tetapi ingatlah... Allah sangat murka kepada mereka yang menganiya haiwan. Ini berdasarkan dari sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w memberi amaran:
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.
[Shahih al-Bukhari – no:3318]
22 ulasan:
Ya Allah..bergenang air mata akak tgk kucing dlm sangkar tu.Kalau akak tau kat mana kucing tu..akak nak amik bela.Anak kucing yg mati kena pijak2 tu..kat neraka nnt tau la azab manusia iblis tu.
kejam kn.. T__T
memang kejam la....
memang dilaknati Allah orang yang mendera haiwan ni, nak pulak kucing..
assalamualaikum atok..
dah lama tak ke blog atok nie..semoga atok sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT ya
kejam nya..kucing tu kalau taknak jaga lepas kan lah kucing tu.. sedih dya baca.. dh lah dya ni pencinta haiwan..
walaupun sy ni xsuka kucing tp sedih juga bila haiwan kerdil ni diperlakukan dgn begitu kejam sekali..
kejam!! orang2 yang kejam sebegini rasanya tak layak langsung nak dibandingkan dengan binatang sebab binatang yang tak punya akal pun masih ada rasa kasih lagi inikan orang2 kejam seperti mereka...hmmmmm
Orang tu memang JAHAT! ZALIM! Huhuhuhu..sodih eyhhh...
kesian kucing tu..mcm dh mati..
manusia makin mengila..sukar untuk dibendung kini..
#maaf,malas update..nak tgk danbo or nak beli..sila ke page ni ye..
http://www.facebook.com/bcwebstore?ref=ts
inazamri : Bila manusia dah tiada nilai kemanusiaan, mcm tu lah jadinya kak...
Mr.She : Memang terlalu kejam...
pena rozie : Sedih kan T_T
mas saari : Tunggulah pembalasannya...
sahromnasrudin : Waalaikumsalam...Time kasih sahromnasrudin . Moga sahromnasrudin pun dirahmati Allah, insyaAllah.
dyabunga : Mungkin orang tu sengaja nak kurungkan tak
KuNanGKuNanG : Betul tu. Walaupun tak suka kucing, tapi nilai kemanusiaan tu mestilah kena ada
Aien Alien : Taraf mereka lebih rendah dari haiwan
Aziela : Sodeh kan kak...
faiz : Tunggu maso yo nak mati tu
Woofer Storm : Manusia makin teruk. Atok setuju tu. Tengs bagi link dunbo!
Catat Ulasan