Jumaat, 1 Julai 2011

Cucu pilihan atok ke - 19

Liyana cucu pilihan atok minggu lepas
Tahniah kepada cucu pilihan ke-18 minggu lepas. Liyana ni rupa-rupanya seorang yang suka menceritakan kisah sehariannya untuk dikongsikan bersama kita. Menariknya, kebanyakan penghujung entrynya akan diselitkan dengan beberapa potong ayat Al-Quran yang begitu indah dan cukup bermakna sekali maksudnya. Entrynya juga ringkas dan padat. Maksud yang ingin disampaikan terus direct pada intipati utamanya. Tahniah atok ucapkan.

Baiklah kita teruskan pencarian cucu pilihan ke-19 pada minggu ini. Cucu pilihan atok yang bertuah adalah...

Warna tema blog ini adalah biru muda. Ringkas dan tersusun. Cuba teka empunya blog ni bekerja sebagai apa? Ye betul! Empunya blog ini bekerja sebagai seorang guru. Wait...cmne korang boleh teka dengan tepat yo? Ha...blog ini sepenuhnya milik Teacher Bonda. Beliau merupakan seorang ibu kepada seorang anak lelaki comel bernama Darwisy. Untuk pengetahuan kalian juga, Teacher bonda ni juga seorang ibu yang aktif menyusu anak dan sering terlibat dengan aktiviti ibu-ibu menyusu sedunia.

Kebanyakan entry di dalam blog Teacher Bonda adalah berkisarkan kisah peribadinya dalam kehidupan seharian sebagai seorang isteri, ibu, wanita dan cikgu. Paling atok seronok bila Teacher Bonda menceritakan karenah anak muridnya. Ekceli dulu atok pernah bercita-cita nak jadi cikgu disipilin. Alkisahnya. Namun, rezeki atok ke lain so atok tetap bersyukur dengan apa yang atok ada sekarang. Harap Teacher Bonda terus mencurahkan bakti mendidik anak bangsa dengan sabar ya.

Baiklah, dengan rendah dirinya atok dan staf apo2 yolah ingin menganugerahkan status Cucu Pilihan Atok ke-19 khas kepada Teacher Bonda!!!





Moh ramai-ramai kita terjah blog Teacher Bonda di [SINI]

12 ulasan: