Selasa, 23 Disember 2014

Kerana bulu mata

Assalammualaikum,

Maaf atok tak tepati janji nak update seminggu dua kali. Tapi pada pagi yang hujan renyai-renyai dan sayup di bumi Melaka ni, atok nak repost satu entry yang sangat menarik perhatian atok. Bila scroll FB pagi tadi, atok terpaku pada satu gambar ni. 













Jenazah tersenyum. Atok yakin kejadian ini berlaku di Malaysia atau paling tidakpun di bumi Nusantara berdasarkan tudung-tudung makcik dan warna kulit. Beruntunglah arwah. Pergi mengadap Penciptanya dalam keadaan yang tersenyum. Apalah yang sedang dilihatnya? Apakah yang membuatkan arwah tersenyum seperti orang hidup? Apakah amalan semasa hidupnya? wallahualam.

Atok sendiri inginkan senyuman seperti itu ketika Tuhan menjemput kembali. Korang pun pasti inginkan keadaan sedemikian kan? Tiba-tiba atok teringat kembali kisah yang pernah atok terbaca semasa alam persekolahan dulu. Atok tak ingat tajuk ceritanya, tapi yang pasti berkaitan dengan bulu mata. Kerana sehelai bulu mata, selamatkan dari api neraka. Untuk mengelakkan jalan ceritanya berubah, atok cuba google kembali dengan bantuan google search engine. Atok taip perkataan "kerana bulu mata masuk syurga" dan terus dibawakan ke blog suatu perjalanan maya .

Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, seorang hamba Allah sedang diadili. Beliau telah dituduh bersalah kerana membuat maksiat semasa hidupnya. Tetapi hamba Allah tadi keras membantah.

"Demi langit dan bumi, tuduhan itu tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu,"kata hamba Allah tadi.
Malaikat membantah,"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau bersalah"

Hamba Allah tadi melihat ke kiri dan ke kanan. Anehnya dia tidak melihat seorang pun saksi. Cuma dirinya seorang yang berdiri di situ.

Hamba Allah tadi memberanikan diri bersuara,"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu"

"Inilah saksi-saksi itu," ujar Malaikat.

Tiba-tiba mata hamba tadi mengangkatkan kelopaknya dan bersuara,"saya yang memandang"
Disusuli telinganya, "saya yang mendengarkan"
Hidung juga tidak ketinggalan,"sayalah yang mencium"
Bibir pula mengaku,"sayalah yang memujuk rayu"
Lidah menambah,"sayalah yang menghisap"
Tangan pun turut berkata,"sayalah yang meraba dan meramas"
Akhir sekali kaki menyusul, "sayalah yang dipakai lari ketika ketahuan"

Seluruh anggota badanmu sendiri yang menjadi saksi atas perbuatan maksiatmu, "ujar Malaikat.

Hamba Allah tadi tidak dapat membantah lagi. Sebentar lagi dia akan dihumban ke dalam api neraka. Walhal, rasanya dia sudah terbebas dari tuduhan dosa itu. Ketika hamba Allah itu sedang bersedih dan menyesal, tiba-tiba ada satu suara yang sangat lembut dan perlahan berkata. Hamba Allah tadi mendonggakkan kepalanya.

"Saya memohon maaf. Izinkan saya mengangkat sumpah untuk menjadi saksi,"kata selembar bulu mata dengan suara yang halus.
"Silakan,"kata Malaikat.
"Terus terang ku katakan, menjelang ajalnya pada suatu malam yang sunyi, aku pernah dibasahi dengan air mata ketika dia menyesal atas perbuatan buruknya. Bukankah Nabi pernah berjanji, bahawa jika seseorang itu telah bertaubat atas dosanya, walaupun selembar bulu mata saja yang terbasah dengan air matanya, maka diharamkan dirinya dari ancaman api neraka. Maka saya, hanyalah selembar bulu mata ingin menjadi saksi bahawa dia telah bertaubat sehingga membasahi saya dengan air mata penyesalan,"katanya lembut.

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, hamba tadi telah dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga.

Sampai terdengar suara bergaung kepada penghuni syurga. "Lihatlah, hamba Allah ini masuk ke syurga kerana pertolongan selembar bulu mata"




Rabu, 3 Disember 2014

Ramai membujang lantaran harga hantaran mahal






Assalammualaikum......
tu diaaaaa...tu diaaaa.....uwan dah mai noh. Nebes dihatiku tiada sapa yang tahu noh. Ini merupakan penampilan uwan yang sulung gitu. Salah silap uwan Odah nak mohon kemaafan yang tulus dari lubuk hati paling dalam di lautan ke tujuh. -metafora sangat-

Terlebih dahulu uwan ingin memperkenalkan diri uwan. Nama penuh uwan Siti Nurjannatul Sa'odah Jalandah binti Kulop.....Nama pentas uwan, Odah Kaskova....panggil je uwan odah. Berasal dari Jitra, Kedah. Janda beranak 8. Cucu 18. Cicit 2. Tapi aku masih bergetah...eh??

Mulai tahun 2014 ini, uwan akan berkalobrasi dengan atok merangkap skandal aku untuk mencetuskan kembali fenomena Atok 2012 - fenomena ke??, bencana ya kot- *oppsss uwan tutup mulut takut kena pecat.

Uwan berkelulusan Phd in Psychology dari Oklahoma University....Ko mampu??...Bidang bicara uwan dalam ruangan blog paling huduh ni adalah berkaitan dengan isu semasa yang akan uwan kupaskan secara lebih mendalam mengikut acuan uwan sendiri. Ko suker?

Ok, ini antara topik bicara yang uwan akan kupaskan pada penampilan sulung kali ini.




Ramai membujang lantaran hantaran mahal.
Giteww.

Uwan tak rasa pelik kenapa zaman sekarang ni ramai anak dara tua dan bujang terlajak tumbuh melata di segenap alam. Sebab tuuuuu <----muncung akhbar.="" p="" pada="" paparan="">
Hantaran terlalu mahal.

Oiiii apak mentua dan mak mentua to be......await mahai sangat nak juai anak ka??....hang nak galakkan anak-anak buat maksiat ka?....selagi anak menantu tak cukup duit rm5 juta buat hantaran kawen, selagi tu anak ko membujang sampai kejung. Uwan dulu masa umur 16 tahun dah bernikah dengan arwah atok Justin Bibir. Hantaran hanya mas kawen. Nikah kat sejid. Majlis makan uwan hidangkan biskut mayat dan air kupi. Sampai dia mati kami bahagia.

Kita utamakan mana yang lebih penting. Akad nikah. Lepas tu kalau ada rezeki lain, buatlah majlis sedikit untuk memberitahu orang ramai yang anak kita sudah berkahwin. Tak perlu nak jemput semua dari Jawa sampai Merauke. Satu nusantara ko jemput orang datang majlis anak ko. Selagi tak penuh khemah umah ko, selagi tu ko nak jemput semua kampung 1Malaysia.

Lagi satu uwan nak tekankan, isu ini tak perlu dibezakan wang hantaran mengikut kelulusan. Jika anak ada ijazah sekalipun, tapi masak air pun tak reti, layak ke hantaran sampai 50 ribu?...lagi baguih hang cari anak menantu yang takat sekolah sampai SPM tapi dok jadi ostajah guru ngaji kat kampung. Baik budi. Akhlak terpelihara. Pandai masak. Mengemas. Pandai jaga laki. Servis tip top. Tutup aurat. Penyayang.

Ni uwan nak habaq sekali lagi noh. Tok sah lah nak bebankan anak muda untuk mendirikan mesjid. Cukup sekadar yang termampu. Jangan bezakan wang hantaran mengikut kelulusan. Tak perlu letak syarat tinggi pada bakal menantu dan besan. Sama-sama kita mudahkan urusan mereka. Mereka bahagia, kita gembira. Kita gembira, cukup tahun dapatlah cucu. Eh....

Lagi satu kepada bakal pengantin. Tak perlulah nak kawen secara besar-besaran sampai melibatkan belanja beratus ribu. Buat majlis kat hotel. Sewa kete alpad masa berarak tapi x bayar hutang susah gak ye. Hantaran pesawat pejuang sebijik. Emas zhulian dari Perlis sampai JDT. Sanggup buat loan bank.Tapi hujung2 nangis bawah kolong laki bini terpaksa tanggung hutang sampai ke anak cicit.

Uwan rasa cukup disini saja kupasan uwan untuk kali ini. Banyak lagi yang uwan nak sampaikan, tapi kolum ni x cukup untuk den menaip. Kita jumpa lain masa. Wasalam.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih