Selasa, 13 Ogos 2013

Finding Nemo 2003

Hok tu diaaaa tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terjun dalam bidang kritikan filem pulek. Cito Finding Nemo lak tu. 10 tahun yang lopeh punyo filem. Untuk pengetahuan Ecah, atok BARU SAHAJO malam tadi menonton Finding Nemo akibat kebosanan talian internet cukup menggampangkan semalam. Kalaulah talian internet tak problem, sumpah jeling pun idok kat koleksi-koleksi filem cetak ghompak aku tu. Eh!

Dan untuk pengetahuan Ecah jugek, atok ni bukanlah kaki wayang mahupun kaki bola ataupun kaki botol. Tu yang banyak citer meletopp kababomm keluar di pawagam aku pandang sepi dan enteng. Gitew. Sobab atok tak minat berwayang. Tapi kalau ada orang hajak, aku on!

Ok, semalam dalam banyak2 movie dalam koleksi simpanan atok tu atok terpaut pado satu filem ni. FINDING NEMO. Memang dari dulu aku dok jeling-jeling file "Blu-Ray" nih. Ko jangan main-main dengan file Blue Blu-Ray kerana kualiti yang dipamerkan tak usah disangkal lagi. Ni ha cap eh! fap fap fap..... * tunjuk jari best. Macam nonton kat wayang real kateko.

Okeh, berbalik kepado filam Finding Nemo ni mengisahkan sebuah keluargo bahagia iaitu sepasang ikan spesis ocellaris clownfish,Marlin dan Coral yang baru berpindah di sebuah batu karang yang luas sekali. Pengarah filem berjayo membawo atok melihat sentuhan kasih-sayang antara Marlin dan Coral di samping telur-telur anaknya yang bakal menetas dalam beberapa hari. Nak ikutkan si Coral ni tak berapo suko dengan tempat baru tu sobab terlalu banyak spesis jiran asing kat situ dan dio takut kalau ado musuh-musuh jahat akan mengancam telur anaknya.

yang buat muka toye tu Coral, isteri kepada Marlin. Yang kaler-kaler pink babi tu anak diorang dalam kantung telur lagi.



Si Marlin ni perasan dengan perubahan watak Coral yang tak suka tinggal kat situ. Tapi Marlin cubo tenangkan isterinya dengan mengatakan dia, Coral dan anak-anaknya akan bahagia tinggal kat situ. Coral cuba mengukir senyuman walaupun senyuman yang terukir itu pahit untuk ditelan. Gitew, ayat hiperbola kateko, Ko mampoo?

Masa melawat sarang anaknya tu, Coral dah sibuk nak namakan anak-anaknya yang ada 400 bijik telur tu! Marlin geleng kepala dan terus tarik tangan si Coral ni bermain-main di batu karang.Marlin dan Coral bergurau-gurau kat dalam batu karang. Main keja-keja kateko. Depa dok main nyorok-nyorok la kan. Pastu tiba-tiba mata si Coral ni terpandang satu makhluk yang sangat gerun di depan matanya.

Coral tergamam objek depan matanya. Bukan tergamam tengok ko!...tapi  makhluk menakutkan depannya. Marlin suruh bertenang dan berundur perlahan-lahan.
Seekor ikan apa ntah atok tak pasti, tapi macam Barakuda kot berenang betul-betul depan si Coral ni tadi. Ikan Barakuda ganas tu sedang memandang telur-telur Marlin dan Coral ni tadi. Dalam keadaan yang takut teramat sangat, Coral cuba berundur perlahan-lahan mengikut kata suaminya tadi. Tapi bila dia jeling telur-telur anaknya yang bakal menetas beberapa hari lagi, dia terus meluru ke sarang telurnya untuk menyelamatkan anak-anaknya. Tindakan refleks yang laju dari Barakuda tadi terus menyerang Coral. Marlin cuba melawan ikan todak tu, tapi kepalanya terhantuk pada batu akibat bergelut sesama depa.

Bila sedar yo dari pengsan, hari dah malam. Suasana yang ceria sekejap tadi , sunyi. Marlin buntu. Dia cari isterinya tapi tak jumpa. Marlin pergi ke sarang telur-telur anaknya. Pun takda. Semua kebahagiaannya hilang sekelpi mata. Marlin menangis semahu-mahunya. Dia salahkan dirinya. Kalaulah dari awal dia dengar cakap si Coral ni tak berpindah ke situ, mesti isteri ngan anak-anaknya selamat. Dalam menahan kesedihan tu, Marlin terjumpa hanya seekor telur yang tinggal. Hanya satu-satunya.

dalam tulah ada sebijik je yang tinggal
Dan Marlin terus namakan anaknya dengan nama kesukaan isterinya sebagai NEMO....kat sinilah bermulanya detik seorang ayah tunggal yang terlalu menjaga anaknya si Nemo tu sehinggakan kebebasan anaknya terbatas. Nanti atok ceritakan bagaimana Nemo yang hilang dilautan luas dan pancaroba yang si ayahnya Marlin ni terpaksa lalui. Dan bagaimana seorang kawan yang dungu, kelakar dan mengalami masalah hilang ingatan sementara iaitu Dory si ikan spesis regal blue tang menemani si Marlin ni mencari anaknya di lautan luas. Nanti atok cerita lagi na.....


Bersambung...



PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih