Khamis, 11 April 2013

Liburan Bandung Maret 2013 Part 2

Halo halo halo. Tu diaaah. Ke main suka ko kan tok. Nak cerito episod naik ketoghobang pun kono tunggu seminggu kern. Uols kena tahu, atok lately memang malaih haih nak hapdet blog. Tak tahu kenapo. Pasnih, kalau maleh2 laie, ekau kotok jari-jemariku yang runcing ni hokey. Biar rajin sket. Ok fione sayang, kito teruskan perjalanan atok maso di Bandung aritu.

Bacaan dahulu :

ini atok lukih masa trip bandung tahun sebelum tu. maso tu flight awal pagi jam 6.45 pagi x silap atok. Tu yang dok overnight sana sambil lukih2 natang ni. Gitew pencerahan dari atok.


Last episod atok stop kat episod maso nak naik katoghobang tu kern. Ok syg, maso dah naik tu macam biasolah, atok dapat seat tengah-tengah. Mencik tau. Asyik dapat seat tongah yo. Atok nak duk topi tingkap.  :-/

So, terpakso lah atok pendamkan perasaan seorang diri. Tabah duk tongah-tongah. 2 jam hokey belek-belek kuku dalam flight tu. Puas belek kuku aku, aku belek kuku orang sebelah. Mencik. Macam biaso, setolah pramugari ittew membebel kat dalam tu, flight pun bergerak. Untuk pengetahuan, itu kali pertamo atok naik flight waktu malam. So, ado unsur-unsur gayat di situ.....dan serammmm sobab



MALAM!



Nak pulak time tu atok tak nampak pun bintang-bintang Yuna. Langit golap gulita. Seusai pramugari ittew buat demo, maka flight pun bergorak pantas dan naik sedikit demi sedikit. Dan akhirnya stabil di udara. Maso tu masing-masing belek-belek makanan apa yang terdapat di kapateghobang ittew. Mee meggi pun dah rp35.000 kateko. Tak jadik nak beli. Okeh, atok lupo 1 tips. Kalau nak senang rate kan antara Rupiah Indonesia dan Ringgit Malaysia, Ecah juz bahagi dengan 3000. Makno eh rp35.000 / 3000 =Rm11.67. Harga meggi cup ittew Rm11.67!!...ok, aku sanggup berlapau.

Haaa....ini perkiraan simple atok lah. Kiranya beza plus minus sen sen camtu jugek lah. Ke canne?. Ke ko nak figure yang tepat?. Tapi nak ikutkan betui dah tu. Kalau nak kiro tepat tu mybe rate berubah-ubah kan. So gunokan 3000 tu sebagai asas. Haaa gito. Belajar ekonomi lak kern.

Ok syg, masa kat atas flight tu atok dengar bunyi macam ado bondo menghentam kapateghobang tu. Bunyinya berderap tapi perlahan la. Atok cubo amati, rupo2 eh hari hujan ok!...Naik flight waktu malam.....dan hari hujan....dannnn....zassssssssss!!!....tibo-tibo kilat memancar kat awan!!...Atok dah cuak dah ni. Kawan-kawan yang lain pun memandang satu samo lain. Hati masing-masing tak sodap. Tibo-tibo atok terbayangkan penerbangan flight sulung Sukhoi yang terhempas di Bogor tahun lopeh. Disobabkan cuaco buruk. Masya Allah. Simpang malaikat 44.

Hujan semakin lobek. Atok cubo bertenang. Flight kejap ke atas kejap ke bawah. Mungkin langgar awan la tu. Ketua pramugara memaklumkan cuaca buruk di hadapan. Tak silap atok, tak kurang 3 kali pengumuman di buat. Itu pengalaman paling menakutkan.

Sesudah lebih 3/4 perjalanan, akhirnya cuaca kembali tenang. Hujang berhenti. Kilat sudah jauh di belakang. Dan mato atok terus tertancap pado kilauan cahaya di bawah sana. MasyaAllah, cantiknya kota Bandung waktu malam jika dilihat dari udara. Penempatan yang sangat padat. 

Tak lamo selopeh tu, ketua pramugara memaklumkan kita sudah berada di ruang udara Bandung. Alhamdulillah. Logo sket raso. Satu lagi tips atok nak bagitahu, waktu di bandung ni lewat sejam. Maknanya tadi naik flight kul 9, perjalanan dalam 2 jam. Sepatutnya waktu di Malaysia pukul 11 la kan. tapi di Bandung maso tu jam 10 malam.

Akhirnya, kami pun mendarat. Saat tayar flight menyentuh landasan bumi Indonesia, saat itulah satu hembusan lega terus keluar dari bibir atok. Syukur alhamdulillah. Tapi tak lamo lopeh tu, lain pulak kesnya. Kapal terbang tiba-tiba break kecemasan. Disebabkan hari baru lepas hujan lebat, landasan jadi agak licin. Dan lebih buruk landasan di Lapangan Terbang Husien Sasteranegara tu agak pendek. So, kena break kecemasan. 

Drrrrrrr..........Brrrr........shreeeottttttttttttt.....bergegar kuat flight tu tekan break. Pipi masing-masing ikut gerak. Akhirnya gerakan semakin perlahan-lahan dan atlast berhenti jugak. Fuhhh.....Takda perkataan lain yang keluar dari mulut atok maso tu selain mengucapkan syukur alhamdulillah. Masih laie dipanjangkan umur. Dalam sejarah, inilah penerbangan paling mencabar dalam hidup atok.

Sesampainya di sana, terus cop pasport dan ambik beg segala. Pak Simon sedang menunggu di pintu luar. Pak Simon ni bukan pemandu pelancong kami. Dia cuma hantar kami dari airport ke rumah tetamu. Kami bertujuh terus naik Suzuki APV pak simon untuk hantar ke rumah tetamu di Tubagus.

Perkaro pertamo yang kami lakukan adalah terus tukar simkad. Atok tak reti nak berkomunikasi dengan orang tu, sobab atok tak paham dio...dan dio pun tak paham apo yang atok nak. Atok nak beli simkad yang termasuk data plan internet. Tapi dia tak paham. Hujung-hujung atok tak beli. Kawan-kawan lain beli yang simkad biasa tu. Untuk call dan sms.

Setibanya di rumah tetamu.........
*ok lah nok, sambung nanti lah ek. Ponek dah menaip. Nanti atok akan uploadkan gambar rumah tu. rate semalaman. dan apa yang ditawarkan. Dan selepas tiba di rumah tu, kami buat kerja gila berjalan kaki sekitar 1km untuk makan Mekdonah kat situ. Nanti atok ceritakan ek episod akan datang.

Bye sayang. eh!



Jumaat, 5 April 2013

Liburan Bandung Maret 2013 Part 1

Assalammualaikum dah salam sejahtera,


Wahhhhh....tibo-tibo atok bermimpi pulek nak menghapdet blog malam nih kan. Bermimpi jari jemari runcing atok ni rajin berlari-lari di atas papan keybord lalu menaip bait-bait ayat di laptop....*runcing??.....puihhh!

Dah berkurun lamo eh atok tak mengarang dan berkongsi kisah suko dan duko bersamo Ecah. Kan?. Okeh bebeh, bagi sesapo yang bolum maklum, duo tigo minggu lopeh atok berlibur di Kota Bandung, Indonesia. Berlibur ya bukan melac*r. Selain berlibur, atok ado tugasan shoot pre wedding di Indonesia. Pes time kateko hamek gambau orang kat obesis. Nak tengok hasilnya like dulu page photo atok di www.facebook.com/sweet.apple.photo   (nampak sgt paksa orang like kern)

Atok akan berkongsi kisah atok di sano dari A-Z hokey. Tapi ber episod-episod. Sebab nanti jari jemari runcing atok ni terus tumpul. Voley?...kalo voley kasi hangguk itu kapala.

Trip kali ni atok poie bertujuh. 4 laki-laki, 3 wanita. Terdiri dari mereka yang berumur dari 22 tahun ke 38 tahun. Atok 18. Ok fine tipu.

Ok, nak dipendekkan cerito atok sepatutnya naik flight kul ompek songah potang. Tapi last minit Air Asia delay kul 8.30 malam. Gitew. Atok dah start bergerak dari Melako ke LCCT jam 12 tengah hari gitu. Tak gile ko 8 jam sebolum berlepas dah excited nak bercoti?....sebenarnya, atok singgah-singgah jalan2 cari makan di Rembau. Amik je lauk banyak mana kau suka, air apa kau nak...pastu caj rm4 sajok. Murah kan. Khas untuk harga student. Memandangkan wajah atok ni saling x tumpah macam budak form 5, tu yang bayar 4 hengget je tu.

Okeh, atok sampai LCCT kul 7 hokey. Lewat dah tu. Seusai urusan check in segala atok dan team pun terus duduk di ruangan menunggu. Koba flight kul 8.30, tapi dah pukul 8.31 malam pun gate still tak bukak. Mencik tau. Setiap minit tu dibazirkan begitu sajok. Tunggu punyo tunggu, jam 8.40 camtu gate pun dibuka. Masing-masing apo laie. Macam babi-babi biri-biri keluar kandang. Berpusu-pusu.

Malam tu atok dah tak sodap hati dah sobab cuaco tak baik. Langit golap golito. Tak nampak pun bintang Sagitarus. Gitew, lahanat sangat ko kan tok siap mention nama buruj. Tapi atok cubo bayangkan yang baik-baik. Harap sumo eh berjalan lancar. Atok bertolak tepat jam 9 malam. 1st time seumur hidup atok naik flight waktu malam. Orang kampung kern. Gayat sikit.

*mahap gambar sekoping pun atok tak sompek nak snap. Jakun kateko. Excited. Sambung laie nanti yo. apa yang berlaku masa atas kapal terbang. apa perkara pertama yang atok buek setibanya di Lapangan Terbang Husein Sastranegara. apa makanan pertama yang atok suapkan di bibir munggil atok ni. Cikidout update kendian hokey. Nunite bebeh.



feeling jutawan 5 hari