Rabu, 27 Februari 2013

Trademark korang hapo?

Wah wah wah.....Allo allo allo...hola Dinaa Nazir di sini....eh!....Ke Dinasor Paleontologists di sini...Ye la khen. Atok dah gebus semenjak 2 3 4 menjak nih. Mencik tau. Hari2 joging tapi lemak tak terbakar-bakar. Puas aku joging 100km sejam. Kalah Usin Bolt. 

Okeh fine. Beria menulis entry kali nih. Starting pun dah macam......   :poop:


Excited punya pasal kan nak upload blog kateko. Dah lama dah tak hapdet. Pelbagai sumpah seranah disemburkan pado atok 2 3 minggu ni suruh hapdet (ado ko tok, ke ko propa?). Ke kau punya nuffnang dah klua BE. Tu yang rajin hapdet?..Ops mata duitan ko kan tok.

Okeh, enrty kali ni atok nak berkongsi dongan Ecah pasal apa itu trademark. Trademark atau dalam bahaso melayu eh tanda dagangan ialah satu tanda ataupun simbul untuk memperkenalkan sesuatu produk tu. Gitoo. Ni wiki wiki aa aa pedia yang cakap. Atok tak cakap.

Okeh, setahu atolah kan. Trademark atau cap dagangan atok terlotak pado cormin mato gedabak aku ni. Lihat gambar berprofil tinggi di bawah.




ini masa zaman hanak2 hekan...eh
Okeh...ini disebabkan fail surgery plastic
Contohnya pernah terjadi satu kes di mana maso atok tongah pose anggun di sebuah tempat satu ketika dulu. Pada malamnya atok dapek satu mesej misteri.

"Eh, tadi you ada lepak kat Taman Botanikal kan?,"mesej si admire. *admire lah sangat.
"Macam mana you kenal i,"balas atok. Ber "i" "u" bagai ko kan tok....atok syak, nih mesti sebab muka atok komersial ni kan. Ala-ala model pelaris produk kateko.......tup tup then dia reply...

" I cam you sebab.............."









"YOUR SPECK!"
nangesss......

Okeh fine, contoh kedua pulak maso atok tengah bersoping makanan kucing di sebuah pasaraya yang dirahsiakan. Macam biaso, atok akan berjalan ala-ala  artis Gred A Hollywood masa soping makanan kucing. Tup tup dari jauh atok di sapa oleh seseorang.

"Weiiii!....kau buat apa sini?....beli keropok kucing?....comel la ko bro!"

Demmm....dalam hati aku dah cakap. Mesti sebab spek mata atok ni dah nampak bersinar-sinar sebatu jaraknya. Sobab tu kawan atok ni tadi dah cam. So, dalam kepala atok ni nak kasi tembak je itu budak.


Nampak tak permainan di situ. Kadang-kadang 'cap dagangan' ni lah yang akan membezakan atau memudahkan orang lain untuk cam kito. Khen? Setuju tak?

Sama la jugak macam kartun Smurf nih. Kan dalam tu sumo kaler sama. Kaler biru laut. Tapi yang membezokan watak dalam tu adolah cap dagangan masing-masing. Macam papa smurf tu pakai seluar kaler merah, Smurfette tu berambut kuning, Brainy Smurf pakai spek, dan lain-lain untuk membezokan watak-watak tu.

Okeh lah, kalau macam Ecah pulak, apo trademark ataupun cap dagangan yang membezakan Ecah ngan orang lain???...meh kongsikan bersamo.

Jumaat, 15 Februari 2013

Kenangan Mengaji

Sebolum atok poie lobih lanjut, cer Ecah tengok bidio nih dolu....



 Agak-agak ko, comel tak? Bapo kali Ecah tergolak nonton bidio nih?....Haa gitoo kan. Suwit sangat. Bapa yang garang tapi bertanggungjawab. Askar ke hape bapaknya nih.

Tetibo atok teringat kisah maso kocik-kocik dulu. Kalau zaman awal 90 an dolu, kami budak kampung ni mengaji kat rumah Tok Guru. Sekarang ni atok tak pasti Tok Guru Kampung masih ado ko tidak. Mungkin anak-anak sekarang belajar mengaji di sekolah ataupun tusen ke kan.

Haaa....ni atok nak koba an kat sumo. Zaman maso kocik-kocik dulu memang manis. Kalau kami, waktu bermulo mengaji start pukul 7 malam. Sonjo nan merah tu kan. Langit jingga lagi. Haa, semayang lah maghrib kat rumah Tok Guru tu kateko. Dah semayang tu, kami melancar beramai-ramai. Ecah tahu apo makno melancar?....bukan yang tukar huruf p tu yo!....Haaa...ari jemaat ni kang kena sambar petir kekdahnya carot-carot.

Melancar tu makno eh menghafal surah yang kito berhenti setakat semalam. Kalau atok dulu kan, susah nak alih ke surah lain tau. Ko salah je sebut sikit, salah je panjang pendek harkatnya, salah sikit je dengungnya, alamatnya kau tak kan kalih ke surah lain. Haa gitoo kann. Betapa tegasnya Tok Guru mengaji atok dolu. Sobab tu lah atok naik Al-Quran lambek, bilo dah sekolah menongah baru terkial-kial naik Al-Quran. Upss.

Haa...kalau mengaji ni selalunya kami dalam kelompok belas-belas orang. Sumo tu anak-anak kampung jiran berjiran. Tok Guru mengaji akan bagi maso kami untuk menghafal atau menghafaz surah tu. Bilo dah sedio, poielah kat Tok Guru ngaji. Manekan yang bawak rotan buluhnya sebesau jari kelengkeng. Salah sikit, zasss rotan hinggap kat ponggong kau. Pastu tergaru-garu lah kan. Pedih. Balik rumah, tak berani bagitahu mak apak. Silap2 kena tambah lagi kan. Laaa ni, cikgu jentik sikit dah kecoh masuk surat khabar. Kannn??....dah besau anak kau, tak tahu jadi apa. Kannn.

Haaa...bilo dah habis mengaji semuanya tu, kami berselawatlah ramai-ramai sambil bersalaman. Mano yang dah abis ngaji awal tu, balik dulu  dah. Nak kejar tengok cito doremon kan. Tak pun cito Satria Baju Hitam. Mane yang penakut tu, tunggu ramai-ramai baru balik sama-sama. Aku lettew. Upss. 

Maso balik beramai-ramai tu, masing-masing jalan rapat-rapat. Dah tak kiro mano jantan, mano betino. Masing-masing terkopit-kopit berjalan. Yelah, budak sekolah rendah lagi kan, mana tahu halal haram. Tapi skrg ni aku tengok ade je budak 12 tahun dah pandai raba-raba. Haishhh. Sempang malaikat 44.

Kat kampung kami ni ado satu bukit ni. Bukit ni memang sunyi dan salah satu bentuk batu besar yang terdapat di bukit tu memang menakutkan waktu malam. Bontuk macam serigala menyalak. Haaa. Bilo dah sampai satu bukit yang sunyi ni, mulolah langkah yang terkopit tadi makin laju. Mulut turkumat-kamit baca doa. Doa makan pun ado yo atok dongar. Ntah sapo la baco tu kan.

Sekali bunyi ranting jatuh, mencicit masing-masing berlari. Dah tak ingat dah  belukar mano masuk. Manekan selipar putusnya. Manekan yang si kecik-kecik ni kena siku masuk gaungnya. Manekan yang meraung takut kena tinggalnya. Macam-macam. Sampai rumah, kain sarung dah melayang. Telekong dah terbang. Pastu cakap kat mak kena kejar hanjeng. Walhal...

Kenangan kan.....awal 90 an yang begitu indah dan sentiasa tersemat dalam ingatan. Ecah pulak canne?
:)

Khamis, 7 Februari 2013

1st Apo2 Yolah "Vlog"

Vlog lah sangat....layannnn






www.facebook.com/sweet.apple.photo

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih