Sabtu, 31 Mac 2012

Wordless



Penah tak? penah tak???? Hahaahahah

Jumaat, 30 Mac 2012

Eternal Smiles Photography

Assalammualaikum...


Hari ni segmen cucu pilihan atok di tangguhkan. Atok cumo nak share dengan Ecah link website terbaru group photog yang baru atok sertai, mempersembahkan Eternal Smiles Photography. Makanya, sesiapo yang memerlukan perkhidmatan jurufoto untuk sebarang majlis Ecah such as perkahwinan, majlis ulang tahun kelahiran, pertunangan, cukur jambul, akikah, bertandang, potrait famili, pre-wedding/post wedding, couple shoot, majlis keramaian, majlis keparat korporat, model, ibu peknen ko, konvo picture ko, atau apo2 yolah silalah klik link tu dan tekan "LIKE" kalau berkonan....hihi...mana tahu, boleh bergambar dengan atok nanti (macam lah ko tu artis kan tok...puihhhhhh!!!)

Ni beberapa sampel gambau sebagai portfolio group nih...

ko mampu kete meragam katanya?




Ala-ala kak datuk siti nurhaliza x?




Banyak lagi gambau boleh skodeng.....singgah no kat "Eternal Smiles Photography" ....kalau suka, "LIKE" la sekali....
papai uolss......eh


p/s : malam ni atok poie Kuala Terengganu sampe ari ahad. Sapo nak tompah kopok losong angkek tangan!








Khamis, 29 Mac 2012

Gejala lari dari rumah semakin meruncing

Assalammualaikum dan peace yo!


Berpinar mato atok sekojap membaco statistik remaja hilang yang semakin ramai dari sehari ke sehari. Setiap tahun meningkat. Kecoh di dado-dado akhbar kononnya anak gadis masing-masing diculik. Walhal anak dio yang rela diculik kekdahnya. Kalau tak pun, si anak ni tadi yang sanggup mengikuti kekasih hati jiwa bawak kemati ni ke mano sajo. Sanggup tinggalkan keluargo. Tinggalkan omak abah. Kucing segala.

Once upon a time,

Bebelas tahun yang lampau. Tak ado pulak raso eh penomena larik dari rumah ni. Omak kau pakso kau berlari ke kedai beli bawang putih, yo ado. 

"Teh, tolong omak poie kodai Baharom jap, boli bawang puteh,"kato omak kau. Kan, boto tak?

Atok maso kocik-kocik dulu, nak poie kampung sebolah pun takut kot nak lari rumah ke kan. Yo lah, kadang-kadang kito remajo ni ado yo perselisihan faham dongan mak abah. Ado raso terpinggir. Raso mak abah tak sayangkan kito. Biasolah tu. Lumrah bekeluargo. Mak apak tu bising-bising kat kito sobab dio sayangkan kito. Ini merajuk sikit nak lari sampai ke Siam. Motep??

Jaman atok dolu-dolu, kalau budak-budak ni merajuk yo bukan dipujuk eh kek omak abah tu. Di leban (rembat) eh laie dongan gotah paip. Sobab tu anak-anak hormat orang tuo. Ini kan pulak nak lari dari rumah. Maun (mahu) di cari sampai lobang cacing. Tak berani nak ikut orang sebarangan. Setiap kawan-kawan kito tu, omak abah dah konal dah. Ngan siapo kito berkawan, sapo omak abah eh, elok tak peel kawan kito tu, sosial ko tak, hensem ke tak. Sumo tu mak abah amik tau.

La ni, kau nak lari ikut jantan Lombok pun mak abah dah tak kisah. Maksud atok, dah tak peduli sangat dongan aktiviti anak-anak. Lantak kau lah nak buek apo. Tugas aku cari duit kasi ko makan, kasi ko belajar. Dah cukup.

Masyarakat sekeliling pulak dah jenis tak jaga tapi kain orang macam dolu-dolu. Sebenarnya jaga tepi kain orang ni ado baiknya. Sekurang-kurangnya, kita boleh menegur salah laku anak jiran kito. Kalau anak kito silap laku, jiran pulak bulih tegur.

Amik contoh aksi budak remaja melayu comolot kat Pavillon ke tak silap atok, tahun lopeh. Dio banggo lah comolot tengah-tengah jalan orang lalu lalang tu. Bodoh punya olang. Malu mak bapak yo. Kalau atok ado kat situ, atok unggun kan kayu api tongah2 pasangan kekasih tu. Bakar idop2. Pastu gunting mulut masing2.

Lagipun sekarang ni atok perhatikan, budak-budak dok sibuk belajar agama bukan sobab nak terapkan nilai-nilai murni dalam diri. Tapi nak terapkan A dalam sijil masing-masing. Apakah? Sobab tu nilai yang sepatutnya subur dalam hati anak kito tu takdo. Kosong. Pergaulannya bebas, terlalu sosial, lari dari rumah ikut kekasih. Bak kata Adam ngan Stacy. Berdua...Bergabung....Mengandung....Eh...2 3 bulan lagi bunting. Macam tu ka kita nak?

Jangan hancurkan harapan mak ayah kita. Keluarga kita. Dan yang paling ponting, jangan hancurkan impian kita sendiri. Kita sumo nak jadik berjaya kan. Ada tak kat sini yang cito-cito nak jadi sampah masyarakat??...kalau ado, ko poie hospital private mintak suntikan maut....menyusahkan orang kalo hidup. 

So, atok nak nasihatkan diri atok sendiri, Ecah, kawan-kawan kat lua sanun tu, tolonglah jangan hancurkan diri sendiri. Remaja hanya sekali, sekali ianya hancur selama-lamanya hidup akan lebur. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah...assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.....Tetttttttttt....masa tamat......

Rabu, 28 Mac 2012

Wordless Wednesday # 17




Sapa nak order meh kasi namo kat komen.....luso barang sampai

Selasa, 27 Mac 2012

Positifkan yang negatif

Assalammualaikum dan peace yo!


Tu dia. Ecah ingat ini caj bateri kering ke? Ada positif negatif segala.....Salah! Topik kita hari ini adalah positive thinking. Atok selalu mengingatkan diri atok supayo sentiasa berfikiran positif. Positive thinking...positive thinking...positive bege king....eh....Kalo maso sekolah menongah dulu, kepala atok ni asyik berfikir buruk yo. Fikir negatip. Hal kocik jadi hal besar. Manekan cikgu ko kasi latihan matematik tambah tolak, ko dah mengelabah. Carut cikgu kasi soklan mengarut. Aku lettew. Upss...




Hampunnnnnnnnnnnn cikguuuuu........


La ni atok dah berubah. Berubah ke? Selain berubah dari segi penampilan dari Mr skema kepada Mr s*tan (Hero Nora Elena tu lah), atok pun berubah dari segi pergaulan. Dulu atok sangat pemalu kuasa 3. Sedara datang rumah pun, aku nyorok bawah katil. Ok tipo ko. Bila dah mula berdikari, masuk alam mengaji di politeknik, masuk alam pekerjaan, atok dah transform menjadi transformer seorang yang berfikiran positif.

Sebenarnya seronok kalau kito sentiasa berfikiran positif ni. Secaro tak langsung, kita dah save pahala kita buruk sangka pada orang lain. Kalau tak, senang-senang je pahala Ecah berpuasa sunat contohnya, p transfer kat orang yang kita buruk sangka atau umpat tu. Simply siti orang tu dah dapat pahala kita kan.

Kalau nak ikutkan dari pengalaman atok sendiri, atok kadang-kadang ada jugak jadi mangsa buruk sangka. Buruk sangat ke muka haku ni sampai macam tu sekali ko nak pandang serong. Dulu memang atok nakal, tapi sekarang ni atok lagi nakal! atok dah slow sikit. Bukan slow dari kaki disko wokey. Astagfirullah, tak baik fitnah atok. Atok dah slow sikit nak marah-marah ni. Dulu pembengis. Awas!

Tapi yang sedihnya, bila atok dah start slow ni, adalah pulak yang suka suki macam nak mempermainkan hidup atok. Mencik tau. Suka amik kesempatan atas kelemahan orang lain. Gitew. Tapi seperti mana yang atok amalkan sebelum ni, kita harus berfikiran positif HIV...eh...positif saja! Mungkin orang tu bukan mengambil kesempatan atas diri kita, tapi selesa berkongsi suka dan duka bersama kita. Ataupun kata gediknya, nak bermanja dengan kita! We take it as positive babeh. Even hati dah bernanah dah nih.

Kesimpulannya, setiap orang boleh berubah dari kurang baik ke lebih baik. Boleh menjadi lebih berwawasan dan semangat. Kusam kepada ceria! Cuma satu saja kuncinya. Be positif! So, kalau atok yang dulunya bohjan keras kepala ni boleh transform ke arah positif, why not uolls?



p/s : Setiap malam atok cuba untuk usahakan memaafkan mereka yang melukakan hati atok samada secara sedar atau tak. Kerana memaafkan itu lagi baik dari terus berdendam. Apabila kesumat dendam itu terus subur dalam hati, saat itulah titik hitam terpalit di hati kita. Bila hati dah hitam, muka pun tak berseri-seri. Pakai fair n lovely pun nampak macam pakai arang kayu bakau.........itulah rahsia keremajaan kulit atok...b positif..ok boleh pengsan sekarang......T.A.M.A.T


Isnin, 26 Mac 2012

Asas Mode DSLR


Suhami



Assalammualaikum guys,

Sebulan sebelum ni, i ada share sikit dengan korang pasal Asas Pemilihan DSLR kan. So, minggu ni i nak berkongsi sikit ilmu i yang sikit ni tentang asas mode DSLR (Digital single-lens reflex). First at all, apakah itu MODE DSLR? Ok, korang skodeng gambar kat bawah ni dulu supaya view to hok lagi clear no.

Mode ni ada pada DSLR. Ini contoh Nikon. Kalau Canon atau jenama lain mungkin berbeza.

Nampak tak line putih tu? 100% sure korang pun tahu kan basic nak guna menatang ni. Kamera digital pun ada kan. So, apakah fungsi-fungsi simbol tu dan bila masa kita nak guna. Ok, let start babeh.

  1. Gambar anak panah dalam bulatan : Pilih mode ni kalau korang nak shoot gambar tapi dalam masa yang sama tak mau ada flash. Ada masa tertentu flash tidak diperlukan supaya objek tak nampak berkilat atau lighting technic yang kasar.
  2. Gambar manusia pakai topi (potrait) : Mode ini lanjutan mode auto dan sangat sesuai untuk shoot gambar  potrait foto manusia. Tone warna kulit akan nampak natural dan lembut jika pilih mode ini.
  3. Gambar gunung (landskap) : Mode ini juga lanjutan mode auto dan sangat sesuai untuk shoot gambar pemandangan kerana tone warna lebih vivid dan sharp.
  4. Gambar bayi : Sesuai untuk shoot gambar bayi kerana membuatkan kulit bayi lebih lembut dan sesuai dengan pergerakannya yang aktif.
  5. Gambar orang berlari (moving object) : Juga mode lanjutan auto, sesuai untuk memegunkan objek yang bergerak laju. Fokus kamera akan bergerak pantas sesuai dengan pergerakan yang pantas.
  6. Gambar bunga (macro) : Sesuai untuk shoot objek secara jarak dekat seperti bunga, serangga dan lain-lain. Bokeh jelas kelihatan dan objek sangat tajam.
  7. Gambar ada bintang (night mode) : Mode ini juga merupakan cabang kepada mode auto. Sesuai digunakan pada waktu malam ataupun cuaca redup.
  8. M (Manual) : Aturan mode sepenuhnya secara manual. Samaada setting untuk aperture, shutter speed mahupun ISO.
  9. A (Aperture priority) : Separa auto. Pada mode ini, aperture disesuaikan secara manual, namun shutter speed di kawal secara auto oleh dslr.
  10. S (shutter priority) : Separa auto. Pada mode ini, shutter speed disesuaikan secara manual, namun aperture di kawal secara auto oleh dslr.
  11. P (Program) : Separa auto. Pada mode ini, aperture dan shutter speed disesuaikan secara auto, namun ISO di kawal secara manual.
  12. Auto : Fully auto. Semua fungsi ISO, Aperture mahupun shutter speed di kawal oleh DSLR.
Ok itu sajok. Pening tak? Semua ni wajib bagi seorang freelance photographer, profesional mahupun sekadar hobi suka-suka ambik tahu. Akan datang i akan kongsikan dengan korang penggunaan mode M iaitu manual. Macam mana nak kawal aperture, shutter speed dan ISO supaya gambar yang dihasilkan "BooooOooOoM!!!''

Selamat beramal  =)


p/s : Terima kasih banyak pada Jaja kerana membuat entry khas pasal blog Apo2 Yolah. Jutaan terima kasih juga pada yang sudi singgah blog buruk ni... =)

Ahad, 25 Mac 2012

Advertlets atau Nuffnang?

Assalammualaikum dan peace yo!


Ni atok nak mintak pandapat Ecah sekalian ni. Atok ni buto komputa. Tak tahu sangat bab teknologi segala ni. Ni atok tongah berbelah bagi dan merajuk dengan habang Nuffnang. Mencik. Kalo nak hikutkan, dah lobih duo bulan atok tak dapat nafkah batin. Eh!....Dah duo bulan atok tak dapek pendapatan sampingan dari habang nuffnang. 

Atok ni bukan mata duitan dalam donia blogging ni. Dah kalo ko diberi pilihan, samada menyelam dalam air leh minum air dengan menyelam dalam air tak leh minum air, mana ko nak pilih??...mesti ko menyelam dalam air tak leh minum air kan..nanti ko lemas kalo minum air dalam air...eh?....Ok fine, cer Ecah skodeng gambarajah berikut.

Cuba Ecah tengok, bila kali terakhir atok dapat nafkah dari habang nuffnang?
Mencik. Atok pun dah hantar tiket pe ntah kat habang nuffnang 2 minggu lepas. Macam biaso, dio balas secara general. Dio koba kedudukan iklan mesti boto. Key mesti berkisarkan tentang iklan. Selalu hapdet bio kat nuffnang nanti senang pengiklan nak pilih kita sebab apo. Masalah eh, sumo atok dah buek dah. Sampai la ni satu sen pun tak naik. Nak ikutkan unique visitor (UV) tiap-tiap hari boleh lah. Tapi takkan se sen pun xdop dalam maso 2 bulan tu? Sedih atok tau. Musnah impian nak beli kete lamborgini...   :(

Pastu kan, atok try lah usha-usha syarikat pengiklanan yang lain. Curang katanya. Pilihan top sekarang antara Nuffnang dengan Advertlets. Sebab Abang Ben pakai Advertlets. Abang ker??....Ok fine, cucu Ben. Pastu atok buatlah survey kat blog-blog lain yang buat topik yang sama macam atok buat. Kesimpulan yang atok dapat hasil kajian 10 minit tadi adalah ;

  1. Paparan nuffnang lebih mesra pengguna dari Advertlets. Nuffnang ni lebih terperinci such as menunjukkan jumlah unique visitor mengikut jam, hari, minggu dan bulan. Yang advertlets ni atok tak ponah pakai lagi, tapi hasil pembacaan, dio punyo paparan tak sedetail nuffnang.
  2. Begitu jugak dongan keyword atau kata kunci. Nuffnang ado paparkan keyword yang menyesatktan orang datang ke blog kita walhal orang nak cari info pasal baby, tapi tersesat kat blog ko yang pacak gambar baby tengah terkencing. Frust tak frust.
  3. Sekali kalau dapat BE, nuffnang ni memang masyuk. Advertlets ni takda BE tapi dia akan update income cepat. Maknanya dia tak ikut janaan pendapatan secara klik semata tapi berapa orang datang blog Ecah. Masalah eh, dah 2 bolan atok tak dapat nafkah dari nuffnang. Bukan setakat BE, BU ke BA ke BI ke atok tak dapat-dapat gak. Trafik ok je atok rasa. Apa kes??
  4. Minimum cash out untuk Nuffnang RM50, tapi kalau Advertlets mesti kena paling sikit RM100 baru ko boleh beli 8 Mega Mac set medium. Eh?
  5. Dari segi kesan kelajuan iklan pado blog. Atok buat kajian menunjukkan nuffnang ni melembabkan loading blog berbanding dengan Advertlets. Ini boto. Memang lombab nak loading pakai nuffnang. (ayat maki nuffang tak kasi BE)
  6. Paling merisaukan atok, ura-ura mengatakan Nuffnang ni takut nak bagi BE kat blog yang UV nya mencecah ribuan sehari. Sebab nanti duit peruntukan iklan dia abeh cepat lah. Kalau Advertlets ni tetap akan kasi income walaupun UV banyak. Sohih x sohih, itu atok tak pasti.
  7. Dengar cito gak Advertlets ni pembayaran kat kita leceh berbanding nuffnang. Ado gak tak bayar-bayar. Yo ko?
Banyak lagi perbezaan antaro keduo syarikat pengiklanan terbesar ni. Cumo atok maleh nak taip panjang lebar. Ecah boleh try cari sendiri nanti. Atok raso, kalau takdo perubahan jugak sampai penghujung bulan Mac ni, atok nak convert kat Thailand. Eh!! Atok nak convert pado Nuffnang.

Apa pendapat Ecah?...Sila kongsikan dengan atok kebaikan dan keburukan bagi keduo-duo iklan nih.....



Sabtu, 24 Mac 2012

Fakta Menarik

Bunyi yang dikeluarkan apabila kita mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.





Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune. (p/s : Terbaru pluto bukan lagi digelar sebagai planet, dan fakta kitaran orbitnya masih dalam kajian)




Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan mengangguk kepala bermaksud 'tidak'.





Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.




Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km!









Jumaat, 23 Mac 2012

Khamis, 22 Mac 2012

559 calon SPM 2011 dapat semua A+

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Pesli, atok nak hucap an takziah tahniah kepada hadek-hadek lepasan SPM 2011 yang lalu kerano keputusan peperiksaan SPM pado tahun tu amat memberangsangkan. Atok dipahamkan seramai 559 orang colan telah memperolehi semua A+ dalam semuo subjek yang di ambil. Pencapaian keseluruhan colan SPM 2011 pun bertambah baik dongan GPN 5.04 berbanding tahun 2010 iaitu 5.19. Atok tumpang banggo kojap.

Mano yang cemerlang tu, bulihlah sambung masuk Unibesiti kemudian capai cito-cito Ecah sebelum ni. Mano yang kurang bernasib baik tu, jangan putus aso. Selagi termampu belajar, atok rayu kat Ecah sambunglah belajar. Kalo kito tak berapa nak bernasib baik kat akademik, kito try lah pulak kemahiran. Sekarang ni, abang eletrikal pun kalo dapat tender, cash beli keto Vios tau. Mak handam pun sekarang ni kalah gaji doktor sebulan, uolls. Ko mampu?....atok nak amik kursus andaman dan solekan bleh?...Nak bersaing dengan Hata Dolmat....eh?!.....Ni tok nak habaq mai ni, la ni budak-budak yang ado kemahiran laku bak pisang panas tau. Tak caye ko tanya supervisor2 kat bidang swasta sana.

Once Upon A Time....

Teringat jaman atok hamek result SPM, 53 tahun yang lampau (err....dah wujud ko?), nak dapat 1 A+ pun dah tercirit. Poie potang siang malam poie kelas tambahan, tapi bongap yo jugak. Manekan belajar kat sekolah, kat rumah pun haku belajar gak. Yang atok heran budak-budak jaman sekarang ni ke main ceghodik. Copek menangkap. Ecah makan apo ek? Mak kau malam-malam masak kehepsi ke? Ke tenuk masak kicap?...jangan-jangan babun goreng tepung tak??.....Baik ngaku cepat

Budak sekarang ni makin pandai. Tapi, tapi...............ado tapi tu......tapi atok ado terbaco statement Ungku Aziz baru-baru ni. Tahap kepandaian budak sekarang ni diukur setakat sehelai kertas tu ko?  Kalau dah straight 9A+ ko dapat, kompem ko berjaya dalam idoplah? 

Atok pun perhatikan era kemodenan sekarang nih, budak berlumbo-lumbo nak belajar sobab dapat "A". Berlumbo-lumbo nak belajar sobab nak masuk Unibesiti pemes-pemes. Nanti orang koba lepasan Uni ni golongan pandai-pandai. Berlumbo-lombo nak belajar sampai ado Master / PHD segala. Pastu kau eksyen ngan aku yang bengap ni. Walhal ko eksyen dengan PHD ko sampai la ni pun tak bekojo. Opss. Jaman atok dulu memang ke main susah nak dapek semuo subjek A. Dan bukan calang-calang orang dapek sambung masuk Unibesiti. Tempat terhad.

Jaman dulu, soalan peperiksaan tak macam jaman sekarang ni. Kalo jaman dulu, selagi ko tak huraikan ayat 1800 patah perkataan, haram jadahlah ko nak dapat A. Soalan pulak semuo eh KBKK (kemahiran berfikir kreatif dan kritis a.k.a ikut logik akal~budak sekarang panggil kasi goreng) Kalau ado soalan objektif sekalipun, kompem akhirnya ko belah pemadam ko buat dadu sebab mesti ado duo atau tigo jawapan yang kompius. Dulu pilihan jawapan ado limo. A, B, C, D, E. Sah-sah satu soalan ko jawab sejam nak pikir jawapan.

Sekarang ni budak-budak huntung. 
  1. Banyak bentuk soalan bersepah kat kodai buku. 
  2. Soalan-soalan past year dah tak sulit laie. Jaman atok dulu, lopeh yo abeh pekso tu, soalan peperiksaan SPM tu pengawas kutip balik. Rahsia!. La ni, ko buat je semua latihan tu, nanti time pekso tutup mato yo menjawab. 
  3. Banyak pusat tuisyen tumbuh bak cendawan.
  4. Mak ko kasi ko makan pil perancang perangsang otak.
  5. Cikgu ramai yang berkelulusan tinggi.
  6. Toyol kono lotak dalam jamban, nasib-nasib je dapat skodeng. La ni ko dunlod je nota ko dalam galaxy note kan. Baik ngaku 
  7. Teknologi semakin canggih. Zaman haku dulu, kalo nak buat assigment ko kono poie rumah kawan kau yang terletak 80 marhalah untuk study group. La ni ko on je skype, buat sidang video katanya. Jalan. Lalalala.

Huntung tak huntung. Cumo satu je lah yang atok risaukan. Makin kemaruk kita mengejar "A" tu, makin berkualitikah graduan kito pado masa akan datang kalo perkara ini diteruskan??....Ingat, kejayaan seseorang bukan terletak pada berapa banyaknya "A" dalam sijil SPMnya, tetapi kejayaan seseorang terletak pada berapa banyaknya "A" pada usahanya yang berterusan untuk terus cemerlang.....  



p/s : Kawan opis atok ado cerito, ado orang Nismilan ni pakai keto lamborgini 2 bijik! Kelulusannya hanyalah SPM yang keputusannya BUKAN straight "A"   =)


Selasa, 20 Mac 2012

Prosedur mengeluarkan wang KWSP

Assalammualaikum dan peace yo!


Woarghhhh.....sokor ke hadrat Illahi ateh limpah kurnia rezekiNya pado kito selamo ini. Semalam merupokan hari paling menggumbirakan atok. Kalau Ecah nak tahu, semalam penyata pendapatan atok keluo. Bilo atok cek kat payslip tu, potongan KWSP dah takdo....dah clear!....Eeeeee   suko sangat...suke! suke! suke!....ok enaff!... annoying....

Sekarang ni gaji bersih atok tu meningkat lah sikit kan. Kiro eh, boleh bernapas dengan senang la kan. Kalau sebolum ni bernapas dalam lumpur kekdahnya, tanggal 15 bulan ke atas musti menu candle light dinner atok terdiri daripado meggi d'amato, telur dadar, ataupun sadin. Itu pun kira untung, kalau tak roti kering je la aku ngap. Tapi kini atok telah bertukar kepada johnny, nasi arab ataupun kehepsi sepanjang malam. *Okey, sila pengsan beramai-ramai...

Ini atok nak share dengan Ecah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses pengeluaran KWSP ni.
  1. Surat lantikan pertama
  2. Borang pengeluaran KWSP 9J (AHL)~ (bulih dunlod di website KWSP)
  3. Lampiran A (Notis akuan pelepasan caruman kerajaan berhubung dengan pengeluaran pekerja berpencen ~ (bulih dunlod di website KWSP)
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Penyata Bank yang diakui sah atau buku bank
  6. Surat pemberian taraf berpencen
Untuk pengetahuan Ecah jugak, atok telah diberikan pemberian taraf berpencen pado 1.3.2012 yang lalu. Kiranya atok dah pun disahkan jawatan, dan lebih 30 tahun dalam perkhidmatan. Nak diikutkan memang dah boleh keluarkan KWSP tu, tapi atas nasihat pekerja KWSP atok digalakkan  untuk membuat permohonan pengeluaran apabila caruman KWSP bulan Mac ni masuk. Kalau tak, caruman terakhir tu atok hanyo akan dapek keluiarkan maso dah pencen betul-betul nanti.

Ok, lagi satu proses untuk pengeluaran ni lobih kurang 15 hari waktu bekojo. Tapi selalunya lagi awal dari tu. Dan tak sumo yang kito dapek keluarkan. Caruman majikan akan remain. So, apo laie. Kita enjoyyyyyyy.....erk.

Isnin, 19 Mac 2012

Keliru antara kehendak keluarga atau diri sendiri


Tok Wan



Assalammualaikum Tok Wan. Saya Helmi baru berumur 16 tahun. Tok Wan, saya ada masalah dalam pelajaran. Saya baru saja ambil PMR. Memandangkan abang dan kakak saya sebelum ini juga dalam jurusan sains, maka sekarang saya juga dipaksa untuk meneruskan tradisi itu atas desakan keluarga kerana melihat abang dan kakak berjaya menjadi jurutera dan doktor. Yang menjadi permasalahannya, hati dan jiwa nurani saya ni lebih sukakan seni. Tok Wan rasa boleh ke saya meneruskan bidang sains tersebut atau melupakan niat untuk menyambung tradisi keluarga sejak dari dulu?

Waalaikumsalam Helmi. Tu dia. Ala-ala di lema cinta 18 segi je kan. Cuma bezanya masalah Helmi ni keliru antara kehendak keluarga atau diri sendiri. Bagus, kalau bab pelajaran boleh tanya uwan. Kalau kau tanya uwan masalah cinta tadi, uwan simbah kau dengan minyak petrol pastu bakar hidup-hidup. Baru nak tumbuh bulu kaki dah pandai nak bercinta yo! Nasib baik bukan kan. Ok, let start bebeh dengar nasihat dari uwan.

Uwan dulu kalau nak diikutkan pelajar muslimah jurusan sains tulen katanya. Buku teks matematik tambahan tu aku jinjing kasi pegang tunjuk luar kulitnya terpampang perkataan MATEMATIK TAMBAHAN. Nak tunjuk gah kononya kat pelajar lain. Walhal beg sekolah aku tu kosong je takde isi kan. Saja nak jinjing. Nak menunjukkan kat orang yang uwan ni pelajar jurusan sains. Budak kelas pandai-pandai. Saja nak mengikut kawan. Sampai budak batch uwan jeling tajam kat buku teks uwan tu. Jeles lettew. Tapi bila time pekse tengah tahun, uwan dapat straight tau. Straight E. Mampoo?

Dari situ uwan dapat tahu bahawasanya, kemampuan kita ni tak boleh diukur dengan kehendak orang lain. Kita tak boleh ikut sesuka hati. Kemampuan dan minat kita berbeza. Kalau kakak ngan abang Helmi ni sah sah genius, Helmi ni tak tahu lagi geniusnya kan. Oppss. Uwan selalu mengingatkan diri uwan dan junior uwan yang baru ni. Kalau nak buat sesuatu tu, mesti kena ada minat. Dari minat itu datangnya kesungguhan. Dari kesungguhan itulah datangnya kejayaan! So, uwan singkatkan di sini. Be anything that you want to be but not others want you to be! Pilihan di tangan kita samada untuk berjaya atau sebaliknya. Gud luck cucu uwan sayang!   ;)



p/s : Jika cucu ada masalah ataupun konflik yang perlu uwan bagi nasihat atau pandangan, sila tinggalkan komen  >_<

Ahad, 18 Mac 2012

Sunway Education Info Day

Campus & Showcases

Get to know our Sunway Campus – the convenient Bus Transportation, the new Sunway Monash Residence, the generous Jeffrey Cheah Foundation and the cutting edge research we do here. Let us showcase to you our Sunway University Development.

Career Assessment

Take the computerised Career and Interest Assessment to find our which career is most suitable for you.

Time: 11.00am, 11.30am, 12.00pm, 1.00pm, 1.30pm, 2.00pm, 2.30pm

Student Showcase

Learn more about our talented crop of artists from Art & Design and Performance + Media through their amazing works on display at the idea3 Gallery and the Roof Top Theatre. Screening of students’ videos on 17 & 18 March

Time: 11.30am & 1.30pm

Culinary Masterpiece

Enjoy the Culinary splendour as our award-winning Chef crafts a sumptuous meal and inviting pastries just for you!

Time: 11.00am & 1.00pm

Goto Sunway Education Roadshow

more info please click HERE

Sabtu, 17 Mac 2012

Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 pucuk surat dari peminat.





Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil berbanding wanita.




Ikan Yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja.




Nama kereta Nissan berasal dari bahasa Jepun, Ni : 2 dan San : 3, Nissan 23




Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta





Jumaat, 16 Mac 2012

Sibuklah mak ni!!

Assalammualaikum dan peace yo!


Ini atok nak kongsi satu cerita ni. Kadang-kadang tengak syok-syok kito melayan pesbok selama 8 jam tanpa henti contohnya, tapi dalam maso yang samo mak kito suruh beli garam pasal garam kat dapur dah habeh, apo perasaan kito?

"Peah!, boli an omak garam segantang,"jerit mak dari dapur. Kito buek pokak yo kan. Buek tak tahu yo. Itu pun tak teruk laie. Ado tu pulak diherdik eh balik orang tuo tu.

" Tak nampak ko den tengah belajar kalkulus pakai sempoa ni?, omak suruh lah adik tu boli an,"kito menjawab. Dah lah menjawab dengan nada keras pastu menipu pulak kan. Kesian si omak ni tadi. Nak suruh adik boli an dio baru 13 bulan. Berjalan pun bolum pandai laie. Tongah sodap tido dalam buai. Omak pun poie la kodai sorang-sorang. Dah lah dio masakkan untuk kito nak makan. Pastu mintak tolong sikit pun susah. Camtu lah kito kan.

Kadang-kadang tu, kalau nak amik kad laporan sekolah kito yang teruk mesti suruh omak yang tolong amik dan sign kan. Tak mau suruh ayah. Kalau berani nak kono sobat dopan cikgu, suruhlah ayah tu amek. Tapi bilo sampai kat rumah, mak bagi nasihat sikit suruh belajar rajin-rajin. Kito buek apo? Kito amik kad laporan tu pastu hempas atas sofa. Maki omak tu balik. Koba zaman omak belajar dulu sonang. Tambah tolak yo. Zaman sekarang ni kamiran lah, penaakulan mantik lah, macam-macam. Kocik ati orang tuo tu kan.

Omak kito ni tak berkiro sangat kan. Kalau kito suruh omak masak laksa, hari tu jugak omak jalan kaki poie kodai boli pekakas untuk masak laksa. Untuk konyangkan tokak kito. Kalau kito request nak makan pizza, omak sanggup pukul telur dadar tu pehtu buek resepi sendiri kan. Tapi bilo omak suruhj kito sapu sampah kat laman rumah, melonting kito kan. Koba omak ni menyemak. Tak boleh tengok orang duduk sonang. Macam tu la kito kan.

Kan. Boto tak? Cubo kito bayangkan kito berada di tempat adik kecik ni. Dio buek persembahan masa China Got Talent. Adik ni kehilangan orang tersayang maso umur yang sangat mudo. 8 tahun. Bukan sorang yang meninggal, tapi keduo omak ayah eh meninggal dalam kemalangan. Dio tabah. Sikit pun tak nangis. Orang dalam dewan tu ke mainlah meraung tengok dio nyanyi. Sayu yo atok dongar. Walaupun tak paham bahasa diorang, tapi atok dapek rasokan kesedihan adik tu. Betapa untungnya kita kan.....Hargailah omak dan ayah selagi Allah pinjamkan nyawo mereka untuk kita buat sementara waktu....

Khamis, 15 Mac 2012

Rakan Serumah Diketemui

Assalammualaikum dan peace yo!


Tu dia. Tajuk ala-ala berita hairan kan. Ko mampu?...macam ni, kan atok dah pindah ke rumah baru kan. Lagi dokek, lagi seleso, lagi terampil...eh. Jarak rumah baru sewo atok ni dongan tompek kojo hanyalah 5 ke 7 minit sajok. Nak ikutkan dan masuk 2 minggu atok menetap kat sini. Sorang-sorang. Ingatkan bulih la idop sensorang kan, tapi masalah eh atok takut bosan sensorang. Makanya atok pun cariklah rakan serumah.







Hari-hari atok doa agar TAK DAPAT housemate cenggini....


Atok terus post kat mudah.my. Tanggal 13hb 3 aritu, bertepek-tepek mesej ngan orang tipon atok bertanyokan sewo rumah ni. Berikut merupakan kronologi maklumat yang diterima oleh pemanggil yang berminat (ko mampu guna ayat UPSR camni?)

12.3.2012 @ 9.10am ~ Seorang budak dari Kelantan mungkin posting di Jabatan Kesihatan NS. Akan kompem secepat mungkin. Stay awal bulan 4.
12.3.2012 @ 6.02pm ~ Seorang budak kerja di Senawang berasal dari KL. Masuk bila-bila.
12.3.2012 @ 6.04pm ~ 3 orang budak praktikal masuk bila-bila. 
12.3.2012 @ 7.10pm ~ Firdaus bekerja di MAA...sebelah terminal 1...dari Rembau...masuk bila-bila
12.3.2012 @ 7.13pm ~ Iklan di mudah.my di padam. Serabut Cah banyak na orang tipon haku.

So, atok ado 5 colan-colan yang perlu dipertimbangkan. Kat iklan mudah.my tu atok lotak syarat-syarat seperti berikut    T_T    :
  1. Bujang melayu (atok bukan racist yo. Sonang nak masak sesamo nanti)
  2. Bekojo (wajib, ko gile nak suruh aku tanggung makan minum dia?)
  3. Baligh...eh?!
  4. Berumur di bawah 26 tahun. (Atok tak suko duduk ngan orang matured sangat ni. Takut atok pun terikut jadi matured nanti....eh?!)
  5. Boleh bayar sewa setiap awal bulan tanpa alasan

So, colan nombor 3 tu sah sah la atok reject. Ko gile nak ajak budak 3 orang duduk rumah ko walhal nak sewakan bilik je? Lagi dua orang tu nak tido mana? Tido atas haku??....naya...naya...Atok pun reject budak Kelantan tu pasal dio pun tak kompem lagi posting ke Jabatan Kesihatan NS. Mungkin dia dapat daerah ke kan. So, atok tak mau amik risiko atok terus cancel. 

Pilihan atok pado budak KL vs budak Rembau. Okey, mari kita kenal serba sedikit latar belakang bakal rakan serumah ni. Budak yang kojo kat Senawang tapi  asal KL ni baru duo minggu kojo sini. Sekarang ni dio menotap ngan sedara dia. Mungkin raso tak nak bebankan sesapo, tu yang dio nak cari bilik sewo tu kan. Yang budak Rembau ni pulah kojo kat bangunan MAA tu, boto-boto dokek ngan rumah sewo tapi ulang-alik ke Rembau tu dah setahun. Kesian lah kan, dah setahun ulang-alik.

So, setelah mendapatkan perkenan di Raja, atok pun memilih budak Rembau tu. Sobab utamanya masa dia call atok tu dia beriya-iya sangat nak duduk rumah tu. Siap nak tengok rumah tu malam tu jugak. Walhal atok tengah berkemban dalam bilik ni layan pesbok. Tak kuasa aku nak menerima tetamu malam-malam tu. Esoknya atok terus jumpa budak tu, dan dia bayar terus deposit dan sewa bulan pertama. Kiranya dia bayar separuh je la sebab dia pun start duduk Jemahat ni.

Pekat uolls loghat Negori si Firdaus ni. Atok dengar pun nak nangis. Kalau ko dengar kompem koma setahun. Yang terharunya, maso dio punggah barang-barang dia masuk dalam bilik tu, dia cakap ada tertinggal satu barang dalam kereta. Paling penting barang tu. Sekali dia keluarkan sejadah, Ecah. Insap atok seketika. Alim budaknya Cah. Walauapapun, harapnya Firdaus ni tak akan buat hal. Kalau nak buat hal sendiri takpo. Yang penting hormatilah atok ni yang berusia lebih tua sikit je dari dia.Harap-harap..Kalau ko kuang hajar, 24jam aku halau ngko tanpa notis...Sekian....

Rabu, 14 Mac 2012

Zaman hingus meleleh

Once upon a time....


Hampir doploh tahun yang lopeh....Lopeh yo balik sekolah terus bogel tanggal seluar baju sekolah ganti ngan baju rumah terus pose atas kerusi makan. Omak masak tolo masak kicap pun sodap. Sampai menjilat jari. Lopeh makan terus corner baring kat sudut umah menanti matahari redup. Pantang matahari redup, atok terus berlari pecut ke rumah jiran. Omak yang tongah nonton cito hindustan tengah hari tu dah geleng kepalo.

"Emi! Emi!, jom main mak mak police ten three (eh ye ke aku eja??),"jerit atok pada kawan sebayo sebelah rumah.
"Jom!"

Main sampai ke potang. Ajak budak-budak kampung yang lain. Meriahlah dopan rumah atok tu potang-potang camtu. Dah ponek main games police ten three tu, terus lak main nyorok-nyorok. Alatan yang diperlukan hanyolah tin susu yang ado batu di dalam eh. Misi untuk membunyikan tin tu sementara si pencari mencari budak-budak lain. Gitew. Kawan2 atok suko try n mix games. Manekan polis ten three, nyorok-nyorok, kalau sompek kang main lak rondes. Mainlah games sampai matahari terbonam. Masing-masing bau tengik. Selagi omak masing-masing tak bawak penyapu lidi kasi sosah, selagi tulah main tak hengat donia. 

"Balikkkkkkkkkkkkkkk!!!!, kang antu tetek disorok eh!,"jerit omak 80 marhalah dari rumah.

Seronok kan zaman kanak-kanak lewat 80an sehingga awal 90an. Banyak permainan yang best-best. Manekan keladang, layang-layang, gasing, pondok-pondok, tutup oren, main baling selipar, main baling tin, main guli, main getah, main lori kayu (lori tu diperbuat dari kayu pastu ko heret satu kampung pakai tali rapia), main power rangers, main pondok-pondok, main tayar, main panjat-panjat, mandi anak sungai....

Tapi.....sekarang ni dah lain. Bukan setakat permainan tradisi dulu semakin dilupokan, bahkan gejala main games komputer di rumah. Lagipun bahaya kalo anak-anak dibiarkan keluar sensorang tanpa pengawasan. Virus terbaru sedang melanda masyarakat kita sekarang. Virus manusia berhati syaitan. 








 



Kenal tak siapa kanak-kanak comel ni??





Kanak-kanak ni telah dibunuh dan dibakar dengan kejam oleh syaitan bertopengkan manusia!!!
Awal bulan lalu ini kita digemparkan dengan kehilangan adik Dirang atau nama sebenarnya Nadhirah. Dan minggu ini kita menerima perkhabaran berita adik Dirang telah ditemui mati. Dan mayatnya dibakar.

Semoga roh arwah adik Nurul Nadhirah Abdullah, 5 tahun dicucuri rahmat Allah. Eloklah kau pergi dulu dik menunggu ibumu di pintu syurga. Dunia ni sangat kejam untukmu meneruskan hidup. Al-Fatihah....Moga orang yang membunuh adik ni, dipancung lehernya kemudian di bakar seperti mana yang dia lakukan pada insan kecil yang lemah tu.....Rasanya manusia dah tak takut melakukan kesalahan apabila hukum Allah diketepikan.

Sabtu, 10 Mac 2012

Fakta Menarik

Bola mata kita beratnya lebih kurang 28 gram





Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan kerana harus memberi ruang kepada jantung




Penguin hanya ada dikutub selatan, dan tidak boleh menyeberangi equator (garisan tengah bumi)




Kebanyakan orang boleh mendengar lebih baik dengan kuping kanan




Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya


Khamis, 8 Mac 2012

Keputusan Penuh Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012 (PABM 2012)




TEMA PABM 2012

"Pengantarabangsaan Bahasa Melayu"
Tema ini amat bertepatan dengan matlamat dan kehendak penganjuran pertandingan ini, iaitu untuk membuktikan bahasa Melayu telah bersemarak dan diterimapakai di seluruh pelosok dunia.

Tajuk Pilihan Dalam Pertandingan:

  1. Kalau Saya Rakyat Malaysia Saya Akan......Supaya Malaysia Lebih Gah Di Mata Dunia
  2. Pengukuhan Perpaduan di Malaysia : Pandangan Saya Kalau Saya Rakyat Malaysia
  3. Peningkatan Kapasiti Ekonomi Malaysia Berasaskan Inovasi dan Kreativiti : Pandangan Saya Kalau Saya Rakyat Malaysia
  4. Malaysia Destinasi Utama Pelancongan Dunia
  5. Malaysia Dekat Di Hati
  6. Malaysia Gemilang Di Mata Dunia
  7. Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera
  8. Bahasa Dijunjung, Budaya Dijulang
  9. Belia Malaysia Pemangkin Pembangunan Negara
  10. Perpaduan Teras Kemajuan


  11. OLEH: MAJLIS DEBAT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MADUM)

Peserta peringkat akhir kategori Nusantara

  1. Fathiah Ibrahim dari Malaysia (juara)
  2. Dk. Mumtazah Pg Haji Md Jaafar dari Brunei Darussalam (naib juara)
  3. Wahyudi dari Indonesi (tempat ketiga)


Peserta peringkat akhir kategori Antarabangsa

  1. Sebghatullah Qazizada dari Afghanistan (juara)
  2. Polina Matveycheva dari Rusia (naib juara)
  3. Elena Vorobyeva dari Latvia (tempat ketiga)
  4. Marina Makarova dari Moldova
  5. Yota Tamura dari Jepun

Blog Apo2 Yolah Dalam Majalah Remaja!!

Assalammualaikum dan pokoba?


Tergamam. Jantung berdogup koncang. Anak mato atok membaco komen dari cucu atok tu untuk kali kelimo! "Untunglah atok belog masuk majalah remaja. ngehh :P"......atok terus baco komen itu berulang dan terus...baca dan baca...baca dan baca...baca dan baca....baca dan okey enafff!!

??? 

Apakah?

Atok cubo mengimbas kembali saat lampau. Korek dan korek rahsio lamo. Seingat atok, kali terakhir atok baco majalah remajo 30 tahun yang lopeh. Okey fine...tipoo ko, usia majalah remajo baru 29 tahun!  T_T   So, dimano logiknya atok bulih masuk dalam majalah remaja ittew? Adokah atok termasuk dalam top 25 hero remaja 2012??...Ok pitam...

Akibat tak sonang duduk, atok teruih publish status ni kat pesbok. 
"Oiii........biaq betul....x kan laaa...esok kena cek kat majalah remaja edisi februari 2012 nih!!! 
(tu diaaa..loghat rojak ko)

Tak lamo pehtu, cucu atok yang komen kat blog siang tadi terus mengesahkan perkara tesobut kat pesbok atok tadi. Tangan atok tibo-tibo terkotar-kotar menggigil. Jantung bedogup koncang. Dupp dapp dupp dapp. Atok terus sarung seluar jeans, pakai baju korea, sikek rambut ke tepi pehtu terus pecut poie ke pokan nak cari majalah mangga tu....err..ke remaja...ok remaja.... 

Guruh berdentum. Hujan rintik-rintik naga kepala tujuh. Malam hitam pekat. Angin sejuk sampai ke tulang. Atok kuatkan langkah menyusuri langkah ke kodai buku, popular. Hampir-hampir dilanggar basikal. Atok kena tabah. Semua ni gara-gara mencari bahan untuk entry esok (entry yang ni ler)....Fuh! nasib baik bolum tutup. Atok terus berlari manja ke ruangan majalah. Majalah remaja! Remaja! Remaja!...Okey dah jumpo!!!.....Okey fine, majalah Bintang Kecil.....   T_T

Cari lagi tak putus aso. Majalah Remaja! Remaja! Remaja!...Yes!! Dah jumpo! Edisi Mac 2012 gambau hadek Tiz Zakiah posing di kaber depan. Atok terus koyakkan plastik yang membalut majalah tu then dengan rakusnya menyibak sehelai demi sehelai majalah ittew. Apek kojo situ dah pandang slek. Macam nak terkam aku sebab suka-suka aku je koyakkan plastik balut tu kan.

Mato atok terpaku mukasurat 133 bawah kiri. "Cetusan Humor Suhami" Tajuk itu sungguh catchy. Ceh, mentang-mentanglah ado namo kau. Blog Apo2 Yolah telah direview oleh majalah Remaja!!...Dan paling terharu, blog buruk atok ni dapek markah 4/5. Kiro eh, kalau convert ke peratus bulih dapek 'A' lah. Tu pun 'A' paras hidung...  *_*

Ha, ini cover page majalah remajo tu. Hadek Neelopah Tiz Zakiah. Jangan terboli majalah Bintang Kecil lak yo...  T_T




Ini mukosurat belakang. Nampak tak ado yang polik kat situ???




Ok fine, dah nampak............   (t_t)







Nak tengok tak kepingan seco'it yang memaparkan blog Apo2 Yolah itu? Nah....



Hok nak lagi clear sila dapatkan Majalah Remaja Edisi Mac 2012 mukasurat 133



Cucu yang bagitahu kat atok pasal menda ni ialah HikaYat of ZakaRia's dauGhter.

Nah, atok tepek muko Ecah...macih Cah....   =)
Huntung la ado ramai cucu masih remaja kan. Selalunya atok memang tak ketinggalan memboli majalah  remaja ni....atok pelanggan setia tau.....eh, tak cayo lak deh....

hello, atok pun remaja tau..................................................................................remaja purba....

Selasa, 6 Mac 2012

5 minit nak ke opis

Assalammualaikum dan pokaba?


Kalaulah atok gunokan tajuk di atas dalam peperiksaan karangan UPSR, kompem paling tinggi pun leh dapek  C. Pemaleh nak pikir tajuk paling kretip. Tapi takpolah kan, kadang-kadang tajuk yang catching macam tulah yang membuekkan orang terbuka mato nak baco karangan selanjut eh. Kalaulah atok lotak tajuk tu sebagai "perjalanan dari rumah ke pejabat mengambil masa hanyalah 5 minit" kompem Ecah pangkah blog atok kan. Tak pun keronyok-keronyok karangan atok tu masuk dalam tong sampah.  (Yes! pendahuluan dah dapat 50 patah perkataan, tinggal 200 patah je lagik!    T_T ).

Atok pengetahuan Ecah, atok pindah rumah sewo lagi. Kali ni atok dah duduk menyewo di area Seremban town. Tu dia, kau mampu speaking london pagi-pagi buta ni?...Sebolum ni atok sewo kat senawang, iaitu mengambil maso paling koman 17 ke 23 minit. Tapi sekang ni, perjalanan atok hanyo mengambil maso kurang dari tu, 5 minit yo!....Eeeee...suke! suke! suke!             T_T

Yang menariknya, kat rumah sewo baru ni atok selalu yo tido awal. Atok tido tak ponah melebehi pukul doblas. Paling awal atok ponah tertido pukul 10 malam!. Kalau di senawang dulu, kalau tak pukul 1, pukul 3 atok tertido. Bangun pukul onam songah. Pehtu mato lobam tak cukup tido. Atok tensen! Arghhh. 

Kat rumah baru ni, atok tido let say secaro purato eh pukul 11 malam. Jago pukul 6 pagi. Kadang-kadang pukul 5 songah atok dah terjago. So, petua awet muda atok untuk mendapatkan tido mencukupi terpeliharo.

Walaupun tongah-tongah bandar, tapi yang atok suko kalau yo bangun tido mesti terdengar bunyi burung berkicauan macam kat kampung atok tu. Raso tonang yo. Tapi pehtu, bilo atok nak drive bobot poie kojo, bersepahlah u'uk burung tu ateh bumbung keto. Tapi takdolah banyak na pun, atok terus simbah an ngan air. Pendek kato, memang seronoklah duduk sini. Aman, damai dan private and confidential....eh?!





p/s : Atok memerlukan rakan serumah untuk sewo sesamo. Lokasi perumahan terlotak 5 minit ke Terminal 1 dan lebih kurang 10 minit ke wisma persekutuan. Silo tinggalkan komen kalau berminat. Yang jate jo!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih