Selasa, 28 Februari 2012

Tarian Piring

Assalammualaikum dan peace yo!


Tarian piring. Apakah ittew tarian piring. Awas, piring di sini bukan bermaksud piring terbang UFO yo Cah. Jangan main gila. Tarian piring merupo an seni tarian milik orang minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat.  Pado asalnya tarian ini memiliki gerakan para petani semaso bercucuk tanam, membuek kojo menuai dan sebagainya. Kat Malaysia ni, tarian piring ni diposombah an ketiko majlis perkahwinan terutamo bagi golongan berado, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Kebotolan  atok ado job di Rembau minggu lalu dan berkesempatan melihat sendiri dengan bijik mato atok sendiri.

Walaupun atok anak jadi nisMILAN dan memang keturunan minangkabau, tapi atok tak tahu sangat pasal tarian ni. Lupa daratan kan uolls. Jujur eh, itu kali pertamo atok nonton tarian piring. Jakun tak jakun. Maso malam berinai tu, pengantin takdo upacara topung tawar. Sebalik eh diganti dongan tarian piring yang diiringi bunyi rebana dan kompang.

Menarik eh, tarian piring ni ditarikan oleh ahli keluargo pengantin tu sendiri. Ecah paham-paham la bila penari tak berapa profesional joget, habis tarian piring terus jadi tarian mangkuk belanga segala. Sumbang mambang langkah. Tapi suasano kelakar itulah yang meriuhkan dan memeriahkan majlis malam tu. 

Ado sekali tu, adik bongsu pengantin perempuan ni menari tarian piring. Atok dapek tahu dio ni paling pendiam dalam rumah. Atok dapat perkhabaran jugak, maso majlis kahwin akak sulungnya nanti, dio nak buek tarian piring. Start dari aritu dio berlatih sensorang dalam bilik air. Yo, dalam bilik air katanya. Maso dio menghadap pengantin tu, atok buat biasolah kan. Pose cantik tengah orang ramai tu. Pahtu, bilo kompang dan rebana siap dipalu, atok tergolak tak kering gusi tengok lenggok tarian adik pengantin tu. Tarian piring mix dangdut Inul. Kau mampu? Beriya atok golak malam tu sampai somput-somput. Nasib baik napas aku panjang lagi kan.

Ko tengok budak ni.....meriah suasana malam tu  pasal dek dio


Ni mak serantin pompuan.....terkojut deh tengok anak bujang pendiam eh aktif tibo-tibo
Apo-apo pun, atok seronok malam tu. Satu pengalaman baru buat atok. Atok banggo masih ado laie segelintir masyarakat melayu kito yang masih amalkan adab dan tinggalan nenek moyang kito walaupun dunio semakin maju. Cumonya atok kompius bagi sesetengah artis kito yang banggokan dengan perkahwinan ala-ala garden tiru omputeh tu. Atok terkesima.

Isnin, 27 Februari 2012

Teka-teki paling best # 1


Que & Anne

Que : Hi guys! wasap....penampilan sulung Que. Sori sebelum ni ada masalah teknikal sikit tu yang nak masuk bulan 3 baru muncul. Kau kena salahkan Suhami Ahmad!
Anne : Hi awak. Kite Anne. Kembar Que. 17 tahun. Single sebab mama dan papa kita tak kasi kapel. Kita masih belajar. Peace   >_<

Que : Segmen kitorang kali ni ala-ala sesi soal jawab atau teka-teki. Walaupun kembar, tapi kami berbeza (ehem2 tak termasuk). Que lahir kurang satu kromosom bijak tapi terlebih kromosom sengal. Anne adik Que tu bijak sikit dari Que (okeh, tengah muntah coklat).  
Anne : Betul! wink wink .............

Okey, kita teruskan segmen teka-teka kita yang pertama.

Soalan 1 : Tikus apa yang ada dua kaki?
Que : Tikus yang tangannya baru lepas kena perangkap tikus
Anne : Mickey Mouse!
Que : Cis, itu tikus katon!

Soalan 2 : Baiklah, soalan kedua. Itik apa yang ada dua kaki?
Que : Donald duck!!! Yes, kali ni mesti betul!
Anne : Sume itik ada dua kaki.......  (n_n)V
Que :






Kalau korang nak tanya apa-apa soalan dan teka-teki pun wokey. Just drop at comment box   =)   Next time kita cuba jawab. Jumpa lagi bulan depan!

Ahad, 26 Februari 2012

Fakta Menarik

Shuttlecock untuk bermain badminton mempunyai 14 bulu.





Mutiara boleh larut di dalam cuka.




Khinzir tidak boleh berpeluh kerana tidak mempunyai kalenjar peluh. Mereka berlumur lumpur untuk menyejukkan kulitnya.




Venus dan Uranus adalah planet di sistem suria kita yang berputar melawan arah jam. Jadi matahari akan terbit dari sebelah barat di planet ini.




Ikan yu kebal terhadap kanser.

Khamis, 23 Februari 2012

Jalan di Bukit Mantin Berhantu??

Assalammualaikum dan peace yo!


Semalam atok baru balik dari Ibu Pejabat di Potrajayak sobab ado perjumpaan bolanan. Ala-ala perhimpunan maso kito sekolah menongah la kan. Atok berlimo dengan budak opis naik keto jabatan. Balik dari perhimpunan, kami singgah di Nilai  untuk lunch. Atok makan peberet pood, char kuey teow. Makan punyo makan, kami pun terus balik ke opis di Seromban lalu Mantin.

Tibo di selekoh jalan tu, kiri kanan ado bukit. Situ jalan mantin - seromban. Tibo-tibo salah seorang dari opismate atok ni tadi bukak satu cerito. Koba eh, kawasan bukit mantin ni memang keras. Mulo-mulo tu atok buek sambil lewo lah kan amik feel dengar lagu Adele, someone like you. Pahtu, bila dah terpacul perkataan "hantu" pahtu, terus Adele ke mana someone like you entah ke mana. Atok terus pasang telingo dengar cerito akak tu.

"Kawasan ni keras, hati-hati kalau lalu malam. Nak-nak lepas pukul 10 malam!,"kata akak tu buka cerita. Atok dah telan air liur.

"Betul tu, akak ponah dengar cita tak pasal satu pasangan pengantin yang baru kawen pastu excident kat sini?,"balas seorang kawan lelaki atok.

"Iyoko? Akak tak ponah dengar pun?,"kato akak di seat belakang.

"Pernah dulu baru kawen pastu kemalangan kat sini. Sejak dari tu, ada orang tertentu nampak orang pakai baju pengantin duduk kat tepi jalan ni. Muka dia berdarah!,"balas kawan laki atok tadi. Atok dah tutup muko!

Banyak lagi kisah-kisah yang diorang cito, tapi atok tak mau cito lobih lanjut kat sini. Almaklumlah, malam Jema'at. Kang ado yang tido terkoncing kang. Apo yang ingin atok simpulkan kat sini, "mereka" tu juga mahkluk Allah, samo seperti kito. Tak perlulah kita takut. Kita hanya perlu takut pada yang kat atas tu je. Yang Esa. 

Lagi satu pesanan atok, kemungkinan hantu ni banyak bersidai di topi jalan sobab atok "hantu-hantu" lain jugak.  Kepado "hantu-hantu" mudo yang beromen tepi-tepi jalan atau semak tu, insaflah. Tu tak termasuk yang beromen dalam keto laie. Rumah tumpangan. Dalam somak. Rasanya, "hantu-hantu" ni lagi kejam dan menakutkan sampai sanggup membuang "benih cinta" yang ditaburkan dengan hawa nafsu. Sanggup buang dalam sungai. Sanggup buang dalam tong sampah. Sanggup letak dalam mangkuk tandas. Sanggup bakar!

Memang kau ni HANTU sejati.....




Ini bukan hantu.....ini kesalahan sudut  gambar....



Rabu, 22 Februari 2012

Selasa, 21 Februari 2012

Durian Tunggal atau Bukit Katil

Assalammualaikum dan peace yo!


Oh tidak. Kecelaruan jiwa melanda atok laie. Sojak dari aritu laie atok try usha nak boli rumah. Kesian kan, dah pencen baru nak boli rumah. Antara topik perumahan yang atok ponah perbincangkan dolu di Sendayan, Bandar Utama Cheng,  isu perumahan di Melaka dan banyak lagi.

Tapi masalah eh, sampai la ke hari ni batang paip rumah pun tak nampak. Sampai orang nak muntah menjawab pertanyaan atok isu perumahan ni. Atok bab mengeluarkan duit banyak ni perlukan maso 2 3 tahun baru nak melabur. Perlu kajian yang banyak. Kono selalu tanyo orang yang berpengalaman. Buat research kat tenet. Kono jumpo Bok Miah.

InsyaAllah, mula bulan 3 ni atok dah bulih keluarkan duit KWSP. Atok ingat nak gunokan duit tu untuk boli rumah. Yang menjadi permasalahan atok sekarang ni, ado duo taman perumahan yang bersaing hebat di dalam kepala otak ni. Iaitu taman di Durian Tunggal dan Taman di Bukit Katil.

Malam ahad haritu, atok try usha perumahan di Bukit Katil dengan kawan atok. Tapi waktu malam la. Maso tu hatok dah rabon ayam. Rumah kat situ memang tenang, jauh dari hiruk pikuk kota. Dekat jugak dengan pusat pentadbiran kerajaan Melaka dalam 5 minit camtu kalau tak silap atok. Nak ke bandar Melako pun dokek. Kebetulan, semalam ado akak kat Melaka ni inform atok, terdapat satu rumah kat area situ yang dah siap sejak tahun 2008 tapi masih bolum dimiliki. Akak Eifa koba kalau nak buat homestay pun masyuk kat area situ. Kawan dio buat homestay boleh dapat sebulan dalam 500-600 hengget. Tapi atok tak tahu bukaan dia berapa. Kalau tak silap 20 x 70. Ado 3 bilik, 2 bilik air.

Taman di Bukit Katil


Pilihan yang keduo ni pulak, atok ado usha kat Durian Tunggal. Durian Tungga ni jaraknya dengan pusat pentadbiran Melaka dalam 9 minit. Dari tol ayer Keroh dalam 8 minit. Makno eh dekat dengan kampung atok lah. Rumah kat sini  dijangka siap tahun Febuari 2014. Ado 4 bilik, 2 hall dan 2 bilik air. Binaan tapak 20 x 71...Keluasan tanah 20 x 80, makno eh ado tanah 9 kaki kat belakang. Lokasi ni berdokatan dengan UtEM. So, atok bolih ajak student sana sewa umah atok samo2, dapek tampung 50% bayaran ansuran bolanan pun jadiklah kan. Tapi atok takut kawasan ni kawasan banjir. Then, kawan atok koba berisiko gak kalau rumah tak siap ni. Dio koba bayaran ansuran start di potong setahun rumah dalam proses pembinaan. Siap tak siap potong gak. Ek?

Taman di Durian Tunggal


Camne ek? bagi pendapat tolong atok plis....Atok buto bab perumahan

Isnin, 20 Februari 2012

Asas Pemilihan DSLR





Sebelum ni den ponah buat entry "suhami's story" episod 1 yo kan. Kalau ingat entry ala-ala diari. Tapi memandangkan atok dah ada, so den buat entry berkongsi dengan kalian, iaitu DSLR. Okeh, lets start dari basic bebeh.


Untuk asas pemilihan DSLR ni, den akan bercerita sedikit mengenai beberapa kriteria pemilihan model kamera yang bersesuaian. Sekali lagi den ingatkan, segala asas pemilihan model kamera ini adalah berdasarkan hasil daripada pengalaman den yang tak sampai setahun jagung ni k. Kalau ada maklumat yang kalian rasa tidak tepat ataupun tak lengkap, jangan malu-malu nak inform kepada den. Sharing is Caring kan. Hehe

Jenama
Ni antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan bila nak membeli kamera DSLR ni kan. Yer la, DSLR ni bukan nya perkara yang murah dan kalian boleh beli tiap bulan. Jadi, penting untuk kalian dapatkan jenama yang diyakini. Kebiasaannya, dalam bidang DSLR ni ada 2 je jenama yang hebat bersaing iaitu Canon dan Nikon. Otai2 DSLR kata kalau Canon no naikkan lagi kaler gambar. Kalau nikon ni 'sharp' kan lagi gambar. Den pengguna Nikon. Hihi.

Level (bahagian)
Untuk kamera DSLR ni, kebiasaannya ada 3 level kamera yang dikeluarkan. 3 bahagian tu ialah entry level, mid level, dan pro level. Entry level adalah untuk beginner, mid level ni untuk yang mahir dan yang pro level ni biasanya digunakan oleh orang yang cari makan dengan ambil gambar. Untuk permulaan ni, den cadangkan kalian bermula dengan entry level terlebih dahulu. Ataupun nak lebih jimat, save sedikit duit lagi pastu beli mid level terus. hehe. Den terus beli mid level. Yelah, nanti kalau beli yang entry level nak convert ke mid level dah makan kos jugak kan.

Spesifikasi
Bahagian ni paling penting dalam kalian memilih model kamera DSLR yang kalian nak beli. Kalian kena semak spesifikasi kamera DSLR yang kalian nak beli sebab setiap model kamera ni berlainan fungsi dan spesifikasi. Ada yang power bab ni tapi lack bab itu dan sebaliknya. Macam beli komputer, tak semestinya kawan pakai Acer kita pun pakai Acer. Yang utama, sebelum beli semak betul spesifikasi yang ada dinyatakan k.

Bajet


Kena ikut bajet sendiri jugak. Kalau kalian bajet beli DSLR ni sekadar hobi di masa lapang, baik beli DSLR yang paling basic. Kalau nikon tu den cadangkan beli Nikon D3100 atau D5100. Tapi kalau kalian jenis yang nak buat bidang ni sebagai sumber pendapatan sampingan, carilah DSLR yang canggih sikit macam Nikon D90 atau Nikon D7000.

Akhir kata, sebelum kalian membeli kamera DSLR kalian, pastikan kalian dah betul-betul puas hati. Jangan nanti dah beli baru nak menyesal. Biar lambat membeli, daripada beli rushing tapi rasa menyesal kemudian hari. Hoho

Ahad, 19 Februari 2012

Isu Perumahan di Melaka

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Duo minggu lopeh atok menerima satu mesej dari sahabat lamo maso sekolah menengah dulu. Katanya, dio dah boli rumah di Shah Alam. Alhamdulillah, rejoki baru kawen dan anak barangkali. Tapi jujurnya bagi atok sangat tidak mampu samo sekali apabilo rumah yang berkeluasan binaan 20 x 70 harganya mencocah RM280,000++!!!...Ansuran sebanyak 1500++ selamo 35 tahun. Atok tak mampu....

Minggu lopeh jugak, atok poie ke kojo dan perasan satu papan iklan di persimpangan tigo sementara menunggu lampu isyarat. Hargo rumah teres setingkat 22 x 70, RM190,000++!. Oh Ya Allah. Atok tak mampoo do. Bulan-bulan maun RM900 ke atas tu. Atok nak makan apo selamo 30 tahun tu nanti?

Jadinya, sebelum ni atok ponah usha harga rumah di Melaka. Still masih mampu milik. Kalau kat Lembah Klang, rumah teres setingkat dah cocah 300,000....umah teres setingkat di Somban dah cocah hampir 200,000...tapi di Melako, kalau RM120,000 ke RM150,000 masih boleh dapek lagi. Walaupun Melako dah diiktiraf sebagai bandarayo, tapi rumah kat sanun masih lagi logika. Rumah ni makin lamo makin mahal. Boss atok dulu boli rumah teres duo tingkat, cumo bawah RM150,000!...Sekarang rumah setinggan pun RM150,000 kat KL!

Seromban. Ado apo dengan Seromban. Atok bukan nak murtad ke hape k nak mengata pasal Seromban ni. Tapi hakikatnya Seromban ni ala-ala pokan koboi di waktu malam. Rumah kat sini mahal sobab warga KL mulo beli rumah di Seromban walaupun bekojo di KL. Dan Atok tak mau dok KL! Ever! Tak serasi dengan jiwa atok yang kekampungan ni.

Atok dah start mohon pindah ke Melako since tahun lopeh laie. Cumo sekarang ni atok diminta untuk menunggu giliran pertukaran. Nak ikutkan, atok senarai nombor duo bertukar dari Seromban ke Melaka. Ado peluang corah tu. Jika ditakdirkan atok dapat bertukar dalam maso terdokat, atok terus nak boli rumah kat Melaka nanti. Samado rumah dalam proses pembinaan ataupun yang second hand. Second hand pun apa ada kisah. Rumah tak macam keto. Rumah makin lamo makin mahal. Pelaburan yang bijak ialah hartanah.

Tapi setakat nak boli rumah banglo, teres 2 tingkat, Semi D, Semi final ke hape ke, atok tak mampoooo. Atok hanya mampu membeli rumah teres setingkat sajok. Asalkan mak ayah atok seleso kalau nak menumpang time bercuti ke Melaka satu ari nanti. Lagipun kampung atok dengan Melaka lagi dekat jika dibandingkan Seremban dengan kampung atok. Kat Melaka banyak soping kompleks walaupun atok sedar, jejakkan kaki ke giant supermarket untuk beli barang dapur sebulan sekali, Dataran Pahlawan boli baju 3 bulan sekali, dan singgah ke Jaya Jusco untuk menonton wayang 2 tahun sekali!

Doakan atok supaya perjalanan ini dipermudahkan yo....   :)

Sabtu, 18 Februari 2012

Fakta Menarik

Brokoli dan kubis adalah sejenis sayuran yang berupa bunga.





Bayi yang baru lahir memiliki 350 tulang. Tulang-tulang tersebut akan bercantum menjadi 206 apabila mencecah usia 5 tahun.




Tiada bukti yang kukuh siapa yang membina Taj Mahal.




Kajian telah dilakukan terhadap 200,000 ekor burung unta selama 80 tahun, tidak ada seekor pun yang menguburkan kepalanya ke dalam tanah.




Nail Amstrong menjejakkan kaki di bulan dengan langkah kiri.

Jumaat, 17 Februari 2012

Cucu pilihan atok ke - 38

Mekjangok ; Cucu Pilihan Atok minggu lepas
Cucu Pilihan Atok ke-38 : ??



Tahniah kepado Mekjangok kerana berjaya diangkat menjadi cucu pilihan atok pado minggu lopeh. Baiklah, kito teruskan pencarian cucu atok yang berikutnya. Cucu pilihan atok yang ke 38 dianugerahkan kepado...

Khamis, 16 Februari 2012

Tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi part 6 (episod akhir)

Kulit album The Langkawi '12......mampoo? artis sony music katanya...
Assalammualaikum dan peace yo!


Baiklah, kali ni atok cubo tamatkan ekspedisi kito yang pertamo untuk tahun 2012 nih. Atok cubo yo pasal atok bukak laptop awal harini. So, ado maso nak menggoreng ayat. Cumo atok risau mato Ecah yo buto lopeh baco entry menjelo atok ni nanti. Vley?? Okey, sobolum kita teruskan episod akhir ni (insyaAllah), meh la kito skodeng2 episod pengembaraan sebolum ini.

Episod 1 : Konduktor Bas
Episod 3 : Aksi Pulau Tuba
Episod 4 : Manja Aspalela

Lopeh yo kami berehat sebentar bersama kit kat di Cable Car, Pak Cik Shahari merangkap suami kepado Acik Awe telah membawa kami makan tengah hari di sebuah restoren yang berhampiran dengan padang matsirat. Atok terlupo nak catat namo restoren tu. Tapi yang pastinya, memang ramai yang datang menyinggah ke situ. Sobab apo? Sobab terdapat lobih dari 50 jenis lauk pauk terhidang kat situ. Dan istimewanya air kat situ free dan boleh refill! Murah rejoki tokey kedai tu kan.

Perjalanan diteruskan ke destinasi berikutnyo, iaitu beras terbakar.

walhal tapak beras terbakar sebelah kiri gambau tu....
Beras terbakar ni terlotak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Mengikut cito orang-orang tuo, pemerintahan Langkawi 200  tahun lalu sampai kurun ke-19 bertompat di Kampung Raja inilah. Selopeh beberapa bulan pembunuhan Mahsuri, pulau ini diserang oleh orang-orang Siam. Datuk Kerma iaitu pemerintah pado maso itu merasakan pulau tersobut akan kalah dan memerintahkan penduduk menanam beras tersebut supaya tidak jatuh ke tangan musuh.

Selanjutnya Pak Shahari nak bawak ke Makam Mahsuri seperti dalam perancangan tentatif tetapi terpakso dibatalkan kerana cucunya si Zulfan dan start melalak. So kami pun terus ke jeti pekan rabu untuk pulang ke pulau. Sebelum tu, atok sempatlah snap beberapa keping gambar helang kat dataran lang.

Wajib bergambau kat sini....
Terus balik ke pulau dayang bunting semula. Sampai dalam pukul ompek potang camtu. So, atok raso masih ado banyak maso lagi, kami pun bercadang untuk pergi ke tanjung pandan tempat semalam di pulau tuba untuk mandi-manda bersuka ria. Kami sewo motor pahtu bawak sendiri ke Pantai Tanjung Pandan yang terlotak di Pulau Tuba ~bersebelahan pulau dayang bunting. Haa...kat sinilah preload beribu sesalan dan awan nano dirakamkan. Moh layan.

Hamekkkkk!......3 suara preload AJL beribu sesalan......aku tengok gambau ni bukan beribu, berjuta sesalan!


Awan Nano..................~bunyik cengkerik~

Keesokan harinya, hari yang terakhir kami telah poie ke Tasik Dayang Bunting menaiki bot. Kalau tak silap atok, harga bot dari pulau dayang bunting ke tasik dayang bunting sekitar rm400. Tapi kami dapat special price pasal Pak Cik Shaari dah kauteam, dapat harga rm200 pergi balik. Kami berkongsilah bertujuh. Pak cik bawak bot tu mesti bekas rempit dolu2. Dia bawak bos sampai atok rasa nak terbang. Nasib baik badan atok yang anak gajah itew membalancekan graviti.

Cubo Ecah perhatikan bentuk gunung kat sana tu....bentuk apo?

kelihatan ramai mat saleh pelancong bermandi manda di tasik dayang bunting. Atok tengok pelancong2 luar ni pakai tong yo mandi. Rabun mato atok jap.
Asalnya, lagenda tasik dayang bunting dikatakan sebuah tompek permandian kegemaran seorang puteri kayangan bernamo Mambang Sari. Dio diberi jolokan Tasik Dayang Bunting. Menurut cerito, seorang putera raja, Mat Teja telah jatuh hati dengannya dan berkawin serta dikurnikan seorang anak kemudiannya meninggal setelah 7 hari akibat penyakit misteri.

Disobabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali ke dunia kayangan. Sehingga ke hari ini, ado yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ado yang turut mengakui kebenaran ini. Contohnya Acik Awe sendiri. Kaum cina ngan india pun percayo. Yang penting setiap kejadian tu berlaku sobab kehendak Allah kan.

Selepas mandi tu, kami pun terus pulang ke pulau dayang bunting untuk bersiap-siap pulang ke Seromban. Balik-balik je Acik Awe dan menantunya Kak Liza sudah hidangkan makanan tengah hari  :')  Sangat terharu. Kami keluar dari pulau pukul 1 tengah hari. Naik feri ke kuala kedah pada pukul 3 petang. Seterusnya singgah ke Pekan Rabu untuk soping ikan masin, jeruk, kuah rojak dan lain lain sebelum naik bas pada pukul 10 malam dan tiba di Seremban jam 6 pagi....

Ini Pekan Rabu yang dibuka pada setiap hari dan tak semestinya hari Rabu

Ini kat Perhentian Sahab Perdana sebelum naik bas. Selamat tinggal Langkawi!!!....tunggu kami Kuala Terengganu! Opss
Sesungguhnya perjalanan kali ini sangat menyeronokkan. Kami belajar bahawa di Malaysia ni masih banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati. Malah lagi hebat dari tempat kat luar sana. Orang-orang Malaysia lebih-lebih lagi melayu, juga masih mengamalkan nilai-nilai murni yang baik. Terutamanya yang tinggal di pulau-pulau dan tidak terdedah dengan arus sosial melampau di luar sana   =)...Cintailah Malaysia
~ T.A.M.A.T~




Rabu, 15 Februari 2012

Tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi part 5

Assalammualaikum dan peace yo!

Kito teruskan pengembaraan yang seterusnya, iaitu episod 5. Kalau nak muntah tu, atok mintak mahap. Kalau dapat abiskan minggu ni, atok cubo yo. Ke suka entry pengembaraan atok? Suko lettew...Okeh, moh layan episod terdahulu jiko tak paham perjalanan sebelum nih.

Episod 1 : Konduktor Bas
Episod 3 : Aksi Pulau Tuba
Episod 4 : Manja Aspalela

Lepas yo penat shooting untuk profile pesbok, masing-masing terus tertido kat rumah Acik Awe sampai sonjo. Pahtu celik2 je makanan dah terhidang oleh Kak Liza, menantu Acik Awe. Sangat terharu layanan yang diberikan memang 10 stars! Atok tak sompek nak tangkap gambar lauk-pauk pasal haku dah lapar masa tu kan. Tak pikir nak shoot segala dah. Ujung2 tinggal tulang je kan. Peh yo kami makan tu, kami terus ke jeti ambik angin malam.

Dah yang kedua dari kiri tu dah kenapa muka ko?
Pastu main creative light system. Subjek yang atok praktikkan maso berkursus di AR Studios hujung tahun lopeh.
Muko ngantuk x?
Okey, cukup sudah cerito di Pulau Dayang Bunting. Keesokan harinya kami terus ke Pulau Langkawi. Seharian berjalan kat sanun. Tompek pernamo yang kami singgah adolah di Telaga Ayer Hangat Langkawi. Memang hangat. Bilo atok celupkan kaki kat dalam kolam tu, rasa fresh and white. Wajib poie tompek ni kalau singgah Langkawi.
Menyeluk kaki ke dalam kolam
Menurut lagenda telaga air hangat ni terjadi pado satu maso dulu di mana ada 2 buah keluargo yang bermusuh. Diorang melempar jug (motep lempar jug?) yang mengandungi air mendidid dan tertumpah ke tanah lalu terjadilah air hangat kat tompek tu. Atok tak pasti lak kesahihannya. Ok, pahtu kami teruskan perjalanan ke Pantai Pasir Hitam yang terletok beberapa kilometer dari telaga air hangat ni. Nak ikutkan memang pantai kat situ kaler hitam.
Cer Ecah teka perkataan apa tu?
Atok ado terbaca satu papan tanda kat pantai tu. Menurut lagenda, dulu ado kerajaan darat dan kerajaan laut. Keduo-duo kerajaan ni bermusuhan. Kerajaan laut ni jumlah eh ramai. Sebaliknya kerajaan darat ni jumlah eh 1/10 daripado kerajaan laut kalau tak silap atok. Satu hari tu, kerajaan laut ni menyerang kerajaan darat pado waktu malam. Ahli bijak pandai kerajaan darat telah sepakat untuk membakar kayu bakau di sekeliling pesisir pantai dengan harapan kerajaan laut menganggap kerajaan darat mempunyai askar tentera yang ramai. Pahtu diorang tak jadi serang. So, jadilah kau bakau tadi arang yang tersebar hitam di sekeliling pantai. 

Kemudiannya, atok dan rombongan meneruskan perjalanan ke Cable Car. Wajib naik cable car kalau singgah ke Langkawi. Tapi malangnya bagi atok tak dapek nak naik haritu pasal orang ramai. Kebetulan coti umum. So, atok pendamkan saja niat tu.
atok curi kat gugel
Kereta kabel langkawi ni terlotak di Gunung Mat Chingchang, barat laut pulau langkawi. Tinggi eh 713 meter dari paras laut dan panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunio, mengalahkan kereta kabel di Swirtzerland. Sekiro eh cuaca cerah, kito boleh skodeng kawasan Thailand di utara dan Indonesia di barat daya. Ruginyo tak sompek nak naik.  :(

Oklah Cah, sambung esok laie yo. Again....malam ni atok siap entry ni jam 1 pagi. Esok kono kojo. Okey, papaiiiiiiiiiii





Selasa, 14 Februari 2012

Tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi part 4

Assalammualaikum dan peace yo!


Baiklah, sebolum kito teruskan pengembaraan The Langkawi episod 4 nih, atok nak jawab persoalan blogger Azham Vosovic. Dio tanyo atok, atok tinggal kat homestay ke? Bapo kadar bayaran eh semalaman? Azham, kat tempat penginapan atok ni bukannya homestay. Tapi rumah salah sorang team atok punyo mak sedaro. Kami menumpang 4 hari 3 malam kt situ. Tapi kalau nak dok homestay cubo sini.

Barakutunishah Bt Karim

Tel: +6012-5846157
Address: Homestay Kampung Selat Bagan Nyior, Langkawi

Okey, moh kita skodeng dulu episod-episod sebolumnya

Episod 1 : Konduktor Bas
Episod 3 : Aksi Pulau Tuba

Episod kali ni, atok dan bff telah poie ke balik pulau tuba sebelah sana iaitu Tanjung Pandan. Entry sebolum ni berpose di jeti Pulau Tuba. Pasukan rondaan kali ini masih lagi diketuai Acik Awe. Maso perjalanan nak ke Tanjung Pandan tu, motosikal yang ditunggangi Acik Awe dan pemboncengnya Kak Heriza telah pancit. Atok ngan bff yang lain tak boleh nak buat apa dah. Tiup tayar takdo nak ganti (macamlah kau pandai gantikan tok).

sampai2 yo terus cari port bergambau.....
Tempat tu memang santik sekali. Macam berada di daerah kayangan. Bulan siang jelas kelihatan. Gunung ganang menjadi benteng jauh nun di sana. Langit pekat membiru. Ombak putih yang tenang. Kami siap menjadikan lokasi tersebut sebagai profile pesbok yang baru. So, memasing memasang kekuda menunjukkan skill bakat model terpendam. Atok model afrika.

Mampooo?? Masing2 pose ala-ala finallist Zimbabwe Next Top Model...
Yang ni cucu Acik Awe. Zulfran namanya. Mak abah eh tinggal dengan Acik Awe. So, ado 3 generasi kat umah tu. Umur Zulfran ampat tahun la. Mulo-mulo tu dio sogan dengan kehadiran kami. Hujung-hujung diolah penyeri aktiviti potang hari tu. Rindu kat Zulfan...

Adik Zulfan di samping hakak2 dan habang2nya yang somel......masalahnya, somel ke??
Oh ye, atok terlupo. Semalam episod tigo atok ado mention pasal preload AJL, Video klip Awan Nano dan scene Ombak Rindu kan? Kat Tanjung pondan pandan ni kan?...Yang bonar eh atok tersilap. Hari pertamo di tg pandan ni, kitorang sompek buat scene ombak rindu sajok. Esoknya baru preoload beribu sesalan dan awan nano. Nah , Ecah layan ombak rindu nih....

Hamek.......hombak rindu....
Lopeh yo aksi menshoot pesbok profile, kami teruih balik ke pulau dayang bunting balik. Tak cukup dengan tu, Acik Awe terus bawak kami ke sebuah macam mini resort la....resort ke. Ha, kat situ ado Manja Aspalela. Mulo-mulo tu atok takutlah kan nak jejakkan kaki kat resort tu. Manja Aspalela dah pandang lain macam yo. Tapi tuan tanah kedaung explain kat Manja, kami ni kawan. So dio buat dek pastu. Meh skodeng sekitar resort tu.

Ini kat dopan resort tu....Ado deretan sampan kecik...sampan ke bot?? ke feri?...ok, abaikan
Pahtu ado pagar makan padi...eh!

Dan last sekali ado orang tu pose kat tengah2 lalang. Si Kamil koba tempat Manja Aspalela bermain........dan 
???

Dan..........tempat Manja Aspalela TERKENCING!!!!!! Cisssssssss kena samak haku!!








Manja Aspalela










Isnin, 13 Februari 2012

Tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi part 3

Assalammualaikum dan peace yo!


Okeh Cah, kito sambung percotian bersama atok di Langkawi part 3. Kalau nak skodeng part 1 (episod konduktor bas), sila klik [SINI]. Kalau nak skodeng part 2 (wajah Mak Jemah didedahkan), sila klik [SINI]. Ok, part ketigo ni atok nak kongsikan dengan Ecah tempat menarik di Pulau Tuba. Iaitu betul-betul bersebelahan dengan Pulau yang atok menginap, iaitu pulau dayang bunting.

Acik Awe merangkap tuan rumah telah mengajak kami bersantai dan ronda-ronda kat pulau tuba tu. Tentatif asalnya hari pertama tu kami ingatkan nak mandi di tasik dayang bunting. Tapi terpakso ditunda ke hari isnin pasal bot takdak. So, mak cik Awe bawaklah kami ronda-ronda. Kami berlapan termasuk acik Awe naik 4 motor. 2 bijik kepunyaan acik Awe, 2 lagi kami sewa. Sehari tu soploh hengget.

Ini maso nak meniti jambatan ke pulau seberang....atok siap2 tukar gear 1 pasal bukit ke jambatan tu mencanak
Meniti jambatan yang menghubungkan kedua buah pulau dalam 200 meter. Maso kat tengah-tengah jambatan tu atok cuak gak lah. Yelah, kau merempit 40km sejam. Pahtu angin dari laut tiup rambut kau. Nak tergolek ke sebelah rasanya. Nasib baik badan aku anak gajah. 

Kamil dan Azizi pose titanic kat tengah jambatan
Sebaik sajo kami menjejakkan  kaki ke sana, mata atok terus terpukau melihat keindahan pulau tuba. Lokasi pertama Acik Awe berhenti di Jeti. Macam-macam aksi kami buat sampaikan orang kampung pandang pelik.

Cuber kau teka...apa gaya gimnastik yang diorang buat?
Kat atas tu betul2 kat jeti pulau tuba. Kalau Ecah pandang sekeliling ado pulau. Memang cantik. Sebaik sajok kami pose bagai nak rak kat jeti tu, cik Awe terus bawak kami ke lokasi seterusnya. Iaitu kat sebuah pantai. Sebelum sampai ke pantai tu, ado sekelompok pokok cantik seakan di Korea musim winter sonata. Jadi, kami pun terus turun motor dan bergambar di tepi jalan. Dengan cik Awe sekali bergambar.

Suma buat gaya budak tadika...mak cik Awe je steady...ko mampu?
Lepas ja bergaya tu sakura tu (sakura la sangat), kami terus kan ronda-ronda di sebuah pantai. Er...pantai tu air pasang surut. Jadi tak tak berapa nak santek view kat situ. Tapi kami poie sampai ke tengah lah. Ada nampak ketam batu, ikan jos dan lain-lain kat dasar pantai tu.


Oklah, nanti atok sambung lagi. Pasni atok kongsikan kisah di pantai sebelah sana lak. Tanjung ape ntah atok lupo. Ado scene ala-ala Ombak Rindu, scene preload Juara Lagu, Scene Awan nano....ni dah lewat dekat pukul satu dah ni. Esok kojo. Baju kaler pink panther tak gosok laie. Sambung lagi yooooo. Tataaaa....



PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih