Selasa, 31 Januari 2012

Kembali Ke Zaman Batu

Assalammualaikum dan peace yo!


Ecah ponah raso tak macam mano berado dalam situasi tidak boleh berhubung dongan dunio luar? Atok ponah. Berado di kampung halaman yang takdo kedai mamak Azhar Maju, Chicken Rice Shop Hakak Linda Onn, Seben eleben, Red Box Karoks, Soping komplek Giant dan lain-lain...hanyo dikelilingi pokok gotah dan kelapo sawit. Raso hidup ni gulap gulita!

Cerito eh macam ni. Lepas yo balik dari kojo, atok terus memecutkan bobot dengan kelajuan 80km sejam pulang ke kampung. Akibatnya sampai kat kampung dah sonjo. Baguslah tu kan. Dari ko bawak 180km sejam tapi sampai liang lahad. Kan. Pahtu, dah sampai umah atok kat kampung tu, teruslah mandi makan dan segala yang patut kan. Agak2 dah nak dekat pukul soblas tu, atok terus padang laptop untuk hapdet entry esoknya. Patutnya entry hari sabtu "fakta menarik".

Tulih punya tulih, pahtu tetibo laptop atok terpadam. Rupo-ruponya bateri kong. Terus raba beg cari charger laptop. Raba punya raba, teraba pulak sikat rambut. Kantoi sikat rambut lotak dalam beg kojo. Cari punyo cari, atok tak jumpo! Atok terbayangkan ala-ala imbasan flash kejadian petang tadi. Rupo2 eh, charger tu tertinggal kat opisss. Atok terus berdesiss macam Isis ANTM cycle 7. Gitoo kan. Mencarut time tu jugak.

Terus capai telepon suruh kawan kat Seromban hamek charger tu esok tolong simpankan. Ahad nanti atok cadang nak hamek. Malang keduo pulak. Henset atok main gilo. Haku tekan mesej hurub "A", dio keluar huruf "lam alif". Haku tekan huruf "J", dio keluar hurup "2 roman". Nak telepon pun dah tak leh nak taip nombor. Hujung-hujung tak pasal2 henset tu atok hentak kat dinding banyak kali. So, atok terputus hubungan! Dunio gelap gelito. Start hari jumaat malam tu, bawak ke ahad potang atok berada di zaman prasejarah. 

Kesimpulannya, pastikan Ecah sentiaso lokapkan laptop charger pada laptop pakai gam gajah. Keduonya, pastikan ada henset keduo. Sekurang-kurangnya Norkiah 3310!

Ni lah aktiviti atok minggu lepas...menuai padi....



Isnin, 30 Januari 2012

Petua Kempiskan Perut

Kak Milah


Assalammualaikum...hai uolls....
Chantek tak hari ni? Akak cantik uolls....terima kasih kepada simply siti.....tanpa simply siti muka haku macam hantu kum kum sudah. Ok, uolls kadang-kadang kalau muka chantek pun tapi perut ko macam buah kelapa 5 tan, pun susah gak kan uolls. So, di pagi yang hening ini kakak nak share dengan uolls petua berikutnya. Petua kempiskan perut! Cikidout bebeh......

1. Uolls mintak kat mak uolls punya asam jawa yang buat sapu kat ikan kasi elak hanyir tu, pahtu uolls rendam dalam air semalaman. Awas! Gunakan asam jawa yang baru. Bukan recycle lepas sapu ikan hanyir. Pahtu, pagi2 subuh tu uolls minum. Amalkan uolls. Selain suara ko ala-ala 3 suara, perut uolls pun akan kempis dari sehari ke sahari.

2. Petua yang keduanya, uolls amik lidah buaya tu pahtu masukkan dalam periuk dan tambahkan dengan sedikit air asam jawa. Uolls didihkan larutan itu dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian dah sejuk tu sapukanlah kat perut uolls yang boncit tu. Kalau nak guna petua ni, dua perkara je akak tegaskan. Jangan guna lidah jantan buaya dan jangan sapu masa larutan tengah menggelegak!

3. Seterusnya, bahan-bahannya adalah limau nipis dan kapur sireh. Perah limau nipis ke dalam mangkuk, uolls campur dengan kapur sireh dan gaul sehingga sebati. Pahtu lumurkan larutan tadi kat perut dengan sehelai bengkong. Nak cepat berkesan, amalkan selalu setiap kali nak tido. Kalau pipi kau tembam, jangan bengkong muka kau!

4. Berikutnya, uolls petik buah delima kat rumah jiran uolls. Mintak ijin dulu! Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Pahtu uolls rebuskan dengan sedikit garam. Air rebusan tu hendaklah diamalkan selalu. Awas! Jangan letak garam banyak sangat. Mampoosss haku nak menjawab dengan kementerian kesihatan mesia nanti.

5. Akhir sekali, petua paling mujaharab. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. InsyaAllah, kompem tak boncit

Rujukan : Link 1, Link 2

Khamis, 26 Januari 2012

Kecelaruan Emosi

Assalammualaikum dan peace yo!


Tu dia. Nasib baik atok bukan kecelaruan jantina kan.  Semenjak duo monjak ni, atok mengalami krisis emosi yang kritikal. Gitooo kan. Atok tak tahu nak explain camno. Krisis tu umpama tulang belulang atok ni rasa berat sekali. Pahtu, ligamen tu raso macam nak tertanggal. Ok fine, bahaso mudah eh MALEH.

Tapi insyaAllah, atok akan cubo yang terbaik. Macam-macam yang berlaku semenjak duo monjak ni. Cumo tak tahu nak kongsi yang mano satu. Start harini (malam tadi), atok ngan osmate dah start masak. Ini garo-garo tercokik sumber pendapatan di saat gaji dapat awal bulan. So, atok yang menjadi ketuo chef masak ikan sardin. Gitoo kan. Kau mampo masak sardin?

Atok ngan opismate bekojo samo. Atok kupeh bawang bosar, bawang merah, bawang putih, kupas ikan bilih, cili. Pahtu, bilo nak tumbuk dalam adunan lesung batu, lesung batu pulak takdo. Atok terpakso cincang2 halus. Kerat 18. Bila pekakasan dah ready, terus campak bebahan tadi. Blushhhhhh.....

Kacau sehinggo naik bau. Bila aroma dah sodap, masuk an sardin. Kacau sehinggo sebati. Siap. Pahtu ngap. 


Seeee......ko nampak kan. Kecelaruan emosi di situ. Post entry pun aku sendiri tak paham pobondo yang atok publish...takdo tema...tolongggggggggggggggggg

Rabu, 25 Januari 2012

Wordless Wednesday # 11

Atok perlukan kajian semulo sobab atok raso blog ni dah jarang update. Kalau atok buat pembaharuan semula (concentrate pada watak suhami a.k.a atok sahajo), raso-raso nya tiap hari hapdet. InsyaAllah. Tapi watak-watak lain dimansuhkan. Undi sekarang kek kotak hundi sebolah ni ----------------->

Sabtu, 21 Januari 2012

Fakta Menarik

Cuti selama sebelas hari bererti kita mempunyai waktu hampir sejuta saat untuk menikmatinya.





Di Jepun, warung kopi disebut 'Kissaten'




Telur burung unta memerlukan 40 minit untuk direbus.




Jaguar takut pada anjing.




Gajah hanya tidur 2 jam sehari

Jumaat, 20 Januari 2012

Cucu pilihan atok ke - 35

Dill ; Cucu Pilihan Atok tahun lepas!


Cucu Pilihan Atok ke-34 : Dill

Tahniah kepado Dill kerana telah diangkat menjadi cucu atok paling bongsu untuk tahun 2011. Baiklah, kito teruskan pencarian cucu atok yang hilang untuk tahun 2012 nih. Bersepah-sepah cucu den hilang satu mesia ni yo tak. Tu yang atok nak kumpul an balik tu. Cucu Pilihan Atok ke-35 dianugerahkan kepado...

Khamis, 19 Januari 2012

Kecelaruan Jantina

Assalammualaikum dan peace yo!


Semalam atok dan opismate mengumpat berbincang pasal satu isu ni. Kecelaruan jantina. Lelaki nak jadi perempuan dan sebaliknyo. Bukan atok yang celaru wokey. Awas. Agak eh kalau atok yang tercelaru jantina, mungkin Ecah boleh bayangkan sekali atok drag ibarat lombu pakai skirt..................err...ok, stop bayangkan!

Atok selalu yo dongar orang cenggini sering menganggap terperangkap dalam tubuh berlainan jantina. Atok raso berdoso kot kalau bercakap macam tu. Seolah-olah kito perlihatkan kelemahan Pencipta kita sendiri, iaitu Allah yang buat 'kesalahan' masukkan roh ke dalam jantina yang berlainan. Berdoso kan cakap camtu. Jangan sesekali cakap camtu yo uolls.

Atok tahu mungkin kito tak berada dalam situasi tu dan sonang-sonang boleh salahkan golongan yang kecelaruan jantina nih. Kito tak paham naluri diorang. Tapi itulah, atok raso golongan yang celaru jantina ni perlukan sokongan dari kito sendiri untuk terus hidup sama adil di muka bumi ni.

Kito tak boleh memandang sebolah mato. Kadang-kadang kalau kito nampak yo golongan ni, kito gelak sinis. Apakah kito ni cukup sempurna sampaikan nak golakkan kekurangan orang lain? Kalau kito golakkan kekurangan orang lain, bermakno kito golakkan jugo ciptaan Allah. Setuju tak? Pun berdoso tu.

Kadang-kadang kito simply siti menghukum golongan pondan yang celaru jantina ni. "Kau ahli neraka! Kau dilahnat Tuhan! Kau bukan umat Nabi Muhammad!.Tompek kau di nerako jahanam!"....Sapo kito nak cakap macam tu? Layakkah kito nak bercakap macam tu? Kito ni ahli syurgokah? Kompem? Jangan sesekali kito adili seseorang tu berdasarkan luarannya sajok. 

Atok ponah nampak ada sesetengah golongan pondan ni tengah sembahyang jumaat kat mesjid. Kau? Ntah2 setahun sekali semayang. Semayang rayo kat kampung pak mentuo. Kan? Tang mano masuk syurgo tu kalau semayang jumaat pun liat? Itu bolum yang wajib 5 waktu tu lagi. 

Kebanyakan golongan ini mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Tapi tulah, selalu ditindas bakal majikan. Tak mau amik sebagai pekojo. Akibatnya diorang takdo pilihan lain melainkan menjaja di lorong-lorong golap. Tapi awas! Kumpulan yang terlibat ini hanyalah minoriti. Kebanyakan pondan ni mempunyai bisnes sendiri seperti pusat kecantikan, butik pakaian, spa, andaman, dan lain-lain. Golongan ni kreatif dan memiliki kemahiran lelaki dan pompuan serentak.

Atok dah banyak jumpo golongan ni maso atok jalankan tanggungjawab as a jurugambar tak berapa nak pro. Diorang mak andam yang berpendapatan bersih sekitar 1000-3000 seminggu! Itu tak termasuk kerja hakiki diorang sebagai kakitangan kerajaan atau pun swasta yang buek kojo part time mengandam. Sesetengah lelaki yang 'straight' ni pulak kadang-kadang masih mintak duit kat omak laie, maleh nak bekojo. Maleh nak usaho. Oppss

Selalu menjadi tempat untuk kito mengadu masalah. Kadang-kadang tu kawan-kawan normal pun cabot lari bilo tahu kito ado masalah. Tapi mereka akan sudi membantu selagi terdaya. Atok ado seorang cikgu yang lembut maso sekolah menengah dolu. Cikgu tu sangat baik hati sampaikan maso peperiksaan SPM, dio sanggup boli pembaris fleksibel bagi exam matematik untuk pelajar dia yang ponah panggilnya 'cikgu gay pondan'.

So, jangan nilai sebuah buku berdasarkan kulitnya sajok. Ambil ikhtibar kali ni. Atok tak sokong golongan ini untuk diterima masyarakat diluar sana, tapi atok seru kita sebagai masyarakat biasa ni menghulurkan tangan membimbing mereka supaya dapat hidup gembira bersama kita. Fikirkan.





Walaupun mak cenggini, tapi mak the premier modeling international coach tau!.....mampu?

Rabu, 18 Januari 2012

Wordless Wednesday # 10

klik pada gambar untuk besar

www.facebook.com/dlensaabadi
www.lensaabadi.blogspot.com

Selasa, 17 Januari 2012

Pengurusan Kewangan Yang Baik

Assalammualaikum dan peace yo!


Apakah tajuknya ittew atok ala-ala subjek kewangan yang paling bosan maso belajar di politeknik dolu-dolu di mana selalu skor A dengan bantuan toyol terselit di celah-celah exam paper shit sheet! Ya, atok ingin berkongsi dengan Ecah, pengurusan kewangan yang baik walaupun duit gaji atok hujung bulan selalu nan ado baki. Well, Ecah kono paham pasal atok banyak komitmen bulanan. Gitew. Ok, let start bebeh.

  1. Asingkan duit ikut kewajiban paling utamo. Macam atok perbelanjaan wajib atok tiap-tiap bolan adolah ansuran bobot, berukben, ptptipu, insuran nyawo, omak abah, duit makan minum, duit petrol. Wajib asingkan. Kalau gaji Ecah 1000, perbelanjaan wajib ado rm300 maka curi siap siap rm300 tu solit bawah bantal. Esoknya terus selosaikan segala hutang wajib.
  2. Simpan 1/5 gaji dalam bank atau ASB. Walaupun haku pun tak buat tapi atok sangat galakkan kaedah ini. Andaikato gaji Ecah 1000 sebulan, mako 200 tu siap-siap simpan dalam bank kasi beranak sikit duit tu.
  3. Bakinya tu, buek bajet ikut peruntukan masing-masing. Contoh eh camnih. Ecah buat bajet untuk sumo perbelanjaan untuk duit petrol sebolan rm200, duit boli baju baru rm20, peruntukan untuk boli topup rm50, peruntukan untuk bercoti 1malaysia rm15 dan lain-lain. Pastikan perbelanjaan Ecah tu tak melebihi bajet yang ditotapkan. Kalau lobih, Ecah buat dua caro ni. Samado pindah peruntukan berlebihan kat peruntukan yang dah nak abeh tu, atau jangan keluar ke mano-mano! (in case perbelanjaan petrol dah lobih rm200)
  4. Susah susah, suruh mak kau kawal duit kau. Kalau nak, mintak yo. Macam atok buek. K bye.

Isnin, 16 Januari 2012

Isu remaja sekarang

Assalamualaikum Tok Wan,

Saya Musliha berumur 19 tahun. Saya adalah pelajar di salah sebuah IPT di selatan tanah air. Untuk makluman Tok Wan, Musliha tinggal menyewa dengan dua orang rakan lain di sebuah rumah berhampiran universiti kami. Yang menjadi persoalannya adalah, salah seorang rakan serumah saya sangat sosial. Dia memang tidak pandai menjaga batas pergaulan sesama lelaki walaupun mereka bukannya muhrim. Saya dan rakan serumah yang seorang lagi selalu menasihatinya supaya tidak melayan lelaki secara berlebihan tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kami sayangkan rakan kami itu seperti adik-beradik kami sendiri. Lagipun, saya mengenali ibu bapanya dan kami memang rapat dan selalu berkongsi cerita.

Satu hari, saya dan rakan serumah pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu. Rakan saya yang sosial itu katanya juga akan pulang ke kampung cuma dia akan pulang lewat sikit. Kamipun terus balik tanpa syak wasangka apa-apa. Namun, sebaik saja cuti mingguan dua hari itu berakhir, saya terus pulang awal kerana ingin menyeterika baju untuk seminggu. Namun saya dapati rakan saya yang sosial tu tidak pulang ke kampung. Buktinya, baju kotornya masih belum berbasuh dan kenderaannya juga masih di luar rumah. Cuma dia tiada di rumah mungkin keluar dengan kawan lain.

Apabila saya masuk ke dalam bilik, dada saya tiba-tiba berdebar-debar. Saya merasakan satu kelainan. Akhirnya debaran saya itu terjawab apabila saya terjumpa longgokan tisu di bakul sampah bilik kami. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa walaupun saya tertanya-tanya apa yang dibuatnya dengan tisu kasar untuk mengelap minyak masak di dapur tu? Kenapa tak guna tisu lembutnya? Dan jika betul dia nak lap cermin tingkap or whatsoever, kenapa ada dalam bakul sampah bilik?

Saya tinggalkan persoalan itu, saya terus on kan komputer untuk melihat status facebook saya. Alangkah terkejutnya bila saya klik pada ikon facebook, terpampang mesej lucah rakan saya itu. Dia terlupa nak log out. Saya rasa nak muntah apabila salah satu mesej tersebut mengatakan perkataan ''pecah dara", "masih belum period", "risau benih menjadi". Dan yang membuatkan saya terasa ingin pitam, apabila dia ada menyatakan ingin mengajak lelaki itu ke rumah kami cuti minggu lalu! Kepala saya terasa ingin pitam. Saya terus tutup komputer dan keluar dari rumah.

Apakah yang perlu saya buat Tok Wan? Hanya saya saja yang mengetahui hal tersebut. Apakah patut saya memberitahu kepada kedua orang tuanya? Tapi bagaimana pula nasib dia nanti? Pasti dia berdendam dengan saya selama-lamanya. Atau, perlukah saya cuba berbincang dengannya secara baik dan menasihatinya? Bagaimana pula kalau nasihat saya itu tidak diendah dan dia terus hanyut dalam dunia khayalan remaja? Atau, perlukan saya mendiamkan diri? Tolong saya Tok Wan...


Tok Wan
Waalaikumsalam Musliha,


Pestime dalam sejarah Tok Wan menerima persoalan 350 patah perkataan ittew. Tapi Tok Wan dapat rasakan masalah yang cucu tanggung sekarang. Remaja = bersukaria. Memang tidak dapat dipisahkan. Sebagai orang yang lebih dewasa, Tok Wan ingin menasihatkan Musliha cuba berbincang dengan orang yang lebih berpengalaman. Contohnya ibu bapa Musliha sendiri. Tok Wan takut, kalau Musliha berkongsi dengan rakan serumah atau rakan sekelas, ini akan mengaibkan kawan yang sosial itu apabila berita itu disebarkan. Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Mungkin ini kesalahannya yang pertama. Tok Wan percaya, masih terlalu awal untuk kalian terpesong jauh. Masih boleh kembali ke pangkal jalan.

Tok Wan cadangkan, cuba berbincang dengan keluarga Musliha sendiri. Kalau boleh, bawak mereka berjumpa dengan kawan yang sosial itu dan suruh mereka nasihatkan secara baik. Kadang-kadang remaja ni segan dan akan dengar cakap orang tua. Tok Wan tak galakkan Musliha berterus terang dengan keluarganya terlebih dulu. Takut, perkara buruk akan berlaku kelak. Cuba selesaikan ikut alternatif lain dulu.

Cuba tanya pada rakan tu baik-baik. Adakah benar dia menyayangi lelaki itu? Jika benar dia sangat sayangkan lelaki itu, suruh dia nikah gantung. Maknanya bernikah dahulu. Bersanding segala tu boleh dikemudiankan. Sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas dari melakukan zina kelak. Jika nasihat Musliha itu tidak diendahkan, barulah Musliha maklumkan pada keluarganya perkara sebenar. Tapi semoleknya janganlah mengadu kisah dalam kelambunya. Sebaliknya pandai-pandailah Musliha terangkan pada keluarganya perangai sosial anaknya itu. Kalau dapat nikah cepat, selamat dunia akhirat!

Ataupun ado cucu-cucu yang lain boleh bantu untuk idea yang lebih bernas? sila kemukakan diruangan komen


p/s : Maaf ini entry serius dan kisah benar, Tok Wan tidak boleh bergurau senda sangat. Awal tahun yang mencabar bagi Tok Wan sebab ini melibatkan soal maruah. Cuma Tok Wan perlukan pendapat kalian selain dari atas jika ada pandangan bernas. Sangat perlukan!

Jika ada sebarang masalah, bolehlah emailkan pada Tok Wan di suham_mie@yahoo.com

Sabtu, 14 Januari 2012

Fakta Menarik

Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan terlebih dahulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekurangan oksigen.





Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari penglihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.





Berdiri lama tanpa membengkokkan lutut sama sekali akan membuatkan kita pengsan.




Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap sehingga keluar dari nafas kita.




Dengan medepakan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalah sama dengan tinggi kita.





Jumaat, 13 Januari 2012

50 Cucu Pilihan Atok Diperlukan

Ini adalah siaran ulangan

Mampu? Sapalah yang beranak sampai 50 orang setahun tu kan. Tapi atok boleh. Oi! bukan haku yang beranak sampai 50 orang. Meninggal haku kang. Atok nak bagi peluang kat cucu-cucu yang singgah kat blog atok ni untuk menjadi cucu pilihan atok secara eksklusif sehingga diberikan replika maya. Sebelum ni atok pueh skodeng sendiri.

Kenapo 50? Kenapo bukan 500? Kau giler nak suruh aku beranak sampai 500. Atok amik 50 orang je sempena setiap minggu akan ada seorang cucu yang telah joint segmen ni direview oleh atok sendiri. 50 orang bermakno 50 minggu segmen ni berjalan. Tunggu apo laie? Sonang yo nak joint. Ikut 3 langkah mudah tahap selipar ni;

1. Copy gambau atok tu, pastu paste kan kat entry terbaru Ecah. 
2. Tulis ayat ni kat bawah gambar tu "Woi, atok gile mencapub nak cari cucu hilang!". Paste link entry atok ni jugak. Sonang cucu lain nak joint *konon2 lah kan.
3. Copy link entry Ecah tu kat komen atok dalam entry nih. Siap

Terma & syarat
*Takdo tarikh tutup. Sekali cukup 50 orang, consider tutup.
*Cucu den yang lain seperti di bawah ni, tak leh joint lagik pasal dah jadik cucu pilihan 2011.
Cucu Pilihan Atok ke-34 : Dill


Dah, copek buek. Ingat, cumo 50 orang yo cucu pilihan untuk tahun 2012 ni!


Khamis, 12 Januari 2012

Kedai mamak

Once upon a time, kejadian ini berlaku maso atok part 4 di Uitm Shah Alam. Lepas yo balik dari kelas, atok, Amy, Iwan dan Faisal terus mengubati perut kami yang sedang kelaparan tahap doraemon. So, lokasi kami adalah kodai mamak. Atok dah lupo nama kodai tu. Tapi ado namo bistro bistro camtulah.

Amy tak makan. Mentang-mentanglah pipi dio semakin tembam. Dio hanya minum air sajok. Ke........duit kau tak do? Atok cubo menawarkan amy makanan berat tetapi ditolak dengan baik. So, bukan masalah duit tapi masalah kau dah gomok. Faisal dan Iwan serta atok melantak sedulang nasi campur kedai mamak.

Sebenarnya kalau nak diikutkan atok tak gomar sangat makan kat kedai mamak ni. Bukan atok taste tinggi atau high fashionnnnnn!!!. Atok kan anak appa budak kampung yang makan apo sajok asalkan halal.  Tapi atok tak gomar sangat sobab kodai mamak ni dia punya lauk letak terlalu banyak peraso. Kalau makan boleh poning. Memandangkan tak ado pilihan dan perut ini asyik merengek-rengek, serta tak nak kawan2 anggap haku ni taste tinggi, so.....atok makan gak.

Makan punya makan sambil habis. Errrkkkk! alhamdulillah. Sokor pado Allah atas limpahan rezeki ini. Pastu pergi lah basuh tangan kat sinki. Bajet pembersihlah kasi cuci tangan dengan dettol sungguh-sungguh sampai nak tercabut kulit. Walhal atok tak nak bau kari melekat kat jari-jemari atok yang runcing kampung ini.

Lepas saja basuh tangan atok terus ke meja kami tadi. Iwan, Amy dan Faisal sedang berborak sesamo mereko. Ni bajet muka kiut la jalan depan orang ramai ni. Berjalan penuh gaya macamlah kau ni pemes.  Entah macam mano, atok terpijak setompok air atas lantai. Atok apo laie..........ZzzzZZzzzzzassssss..............













Hampir-hampir sajok ketepekkkkk.  Nasib baik atok copek-copek menupang dengan kaki lagi satu. Errrr jap jap. Kaki kau ada berapa ni tok? Maso tu Tuhan sajolah yang tahu betapa haku nak bunuh diri masa tu. Dah lah orang ramai. Atok tergelincir kat tongah-tongah halaman  lak tu.

Ado la sekor duo ekor mahkluk tutup mulut sebab tahan golak tengok atok tergelincir.  Yang lain tergamam tengok haku buat aksi kung fu kojap mase tu.  Pastu bajet mencarut la marah-marah sebab mamak tak lap lantai tu. Maluuuuuuuu!!!. Seb baik kawan-kawan atok yang tigo sebangkai serangkai tu tak nampak. Kalau tak, kena bahan la haku seminggu.  Warggggghhhhhh malu oooooOoo den...



Selasa, 10 Januari 2012

Suhami Story Episod 1



Tarikh : 3.1.2012 ; Lokasi : Terminal 1
1.00 tgh  : Team lone ranger yang terdiri dari den, intan 1, intan 2, cip heriza, kak anna, bang min berborak tentang isu semasa sambil menunggu makanan terhidang kat sebuah kedai makan di Terminal 1.
1.30 tgh : Makanan masih tak kunjung tiba. Den hampir-hampir naik hantu kak limah. Lebih-lebih lagi negro di sebelah meja kami tengah sedap menyantap makanan walhal kami datang dulu dari dia! Nak je den tempeleng negro tu walaupun den tahu dia tak bersalah.
2.00 ptg : Lunch tiba di atas meja hampir pukul 2! Nak tak nak masing-masing terpaksa makan seperti itik tercekik bubur durian.
2.10 ptg : Habis makan. Bayar. Terus menonong ke opis dengan muka muncung. Tahun 2012 telah dicemari. I dah takda dara uolls. Lewat masuk opis 15 minit. Ini suma kerana amoi kedai chicken chop!

Tarikh :  5.1.2012 ;  Lokasi : Mcd Senawang
9.00 malam : Mengidam bege mekdi prosperity. Itu je perkataan yang keluar dari mulut den sekarang. Cari port yang ada plug untuk cocok kepala bana laptop sambil reply komen kengkawan dalam blog. Done. Sementara tu, singgah ke toilet buat apa yang patut. Cett! tu pun mau bagitahu ka. Pilih tandas pertama. Ada orang masuk tandas sebelah. Terus keluar cuci tangan. Tergamam. Dalam toilet sebelah tadi minachi pompuan keluar. What the masuk tandas boy? Den terus keluar buat muka tak puas hati. Terus pandang signboard di pintu tandas den masuk tadi. Ada lambang manusia pakai skirt! Oh gosh!

Tarikh : 6.1.2012 ; Lokasi : Rumah
10.34 malam : Kejap lagi nak bersiap ke Puchong nak jemput viewsonic tab 10s. Yahoo. Best2! Walaupun tak mampu nak angkat samsung ataupun ipad segala, tapi tu dah cukup bagus. Mampu?
1.30 pagi : Sampai di Puchong . Borak dengan Faiz (he is a blogger too) kat kedai mamak. But he look serba salah nak panggil atok as i look young (young ker?) haha.
3.45 pagi : Hampir pukul 4 pagi, terus balik ke Seremban semula. Bermulanya permulaan hidup yang teratur dengan adanya tab (pose ala ala model masa pelancaran viewsonic). Timo kasih Faiz sebab tolong! Bege Faiz belanja sedap!

Tarikh : 8.1.2012 ;  Lokasi : Melaka + Seremban
12.00 tgh : Woi siap cepat!!...lepas cium anak buah yang rambut kerinting paling bongsu, terus gerak ke melaka pulak. Nak ambik album Fara & Ameen yang dah siap. Sambil-sambil tu anto sopkopi Kak Zieta & Mastura. 22hb baru siap untuk Mas sebab dia punya pakej custom album.
1.45 : Pergh, baru sampai melakau. Gambar siap diproses pukul 5. So, jalan-jalan sekitar Dataran Pahlawan. Ingatkan nak beli baju sedas dua. What the sibok. Tak boleh nak parking langsung. Lupakan hajat terus balik ke Melaka Mall balik then bertolak ke seremban. Membazir duit minyak den 3 hengget.
8.45 malam : Teruih anto album Fara & Ameen. Settle. Hihi. Balik tu pekena burger abang Jan'z tepi jalan as a reward untuk diri yang capek.

Tarikh : 9.1.2012 ; Lokasi : Opis
12.45 tgh : Call Bang Min kasi tengok viewpad 10s yang baru beli. Boleh dikatakan dia ni kaki gadget. So, dia kata superb! Pergh, berbaloi den boli. Hihi. Cuma pasni nak update dari android 2.2 ke handycomb (eh ye ke den eja tu?)
3.00 petang : Belajar close counter. Poning kepalo den pasal step berterabur. Mahu seminggu nak mahir. I kan lembab. Upss




Isnin, 9 Januari 2012

Bagaimana Nak Hilangkan Jeragat


                                                               
                                                                               Kak Milah

Hi uolls...

Akak berani gigit jari, mesti uolls rindu setengah mati kat akak kan. Kalau tak rindu, kau pangkah entry akak sekarang! Oklah, di kesempatan ni, akak nak mengucapkan selamat tahu baru kat uolls. Ini kemunculan sulung kakak pada tahun baru ni. Tok Wan jangan jeles k, haku yang ke udara dulu untuk tahun 2012 nih lepas atok.

Baiklah, kakak tak mau carut panjang-panjang. Kakak nak kongsikan dengan uolls tips ataupun petua dari akak yang selanjutnya. Petua tersebut adalah, bagaimana nak hilangkan jeragat. Apa itu jeragat uolls? Jeragat adalah disebabkan liang roma kulit yang tersumbat oleh sebum (dikenali sebagai bintik putih atau bintik hitam). Ok, lets start babeh.


1. Uolls curi beras mak uolls segenggam. Kasi cuci pahtu rendam sehingga lembut. Kemudian tumbuk bersama kunyit selanjutnya bancuh dengan air limau nipis dan masukkan putih telur. Gaul semuanya sehingga sebati. Pahtu jangan uolls buat ramuan tu masak lemak cili api! Sapukan bancuhan tadi ke muka sehingga rata. Biarkan sehingga kering. Agak-agak uolls tak boleh nak senyum tu (kering), bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

2. Cara kedua, uolls petik pisang atok uolls kat kebun tu. Dan petik jambu batu jiran uolls. Blender sehingga hancur, campurkan dengan sedikit susu tepung, sapukan rata ke muka jadikan masker. Tunggu hingga kering kemudian uolls terus bilas.

3. Tahun baru cina dah dekat kan uolls. Tunggu apa lagi, kau beli limau mandarin kat apek tu, ambil kulit oren tu, blander kering lalu letakkan sedikit air. Uolls tonyoh-tonyoh ke muka, biarkan beberapa minit kemudian coci.

4.  Cara berikutnya, ambil cuka. Akak nak bagi amaran. Ini bukan cuka yang buat muka uolls hancur tu k! Kena saman aku nanti. Ini cuka makanan tu campurkan dengan air. Kemudia sapukan ke wajah nenek uolls, dan bilas selepas beberapa minit.

5. Akhir sekali, petua kak nita kita. Amalkan amik air semayang uolls. Amik air semayang , amik gak. Semayang jangan lupa. Uppss.





Awas...uolls jangan pakai sebelah muka saja


Atok pesan kat akak, tinggal 48 cucu sajok yang dicari untuk tahun 2012 ni, uolls cepat joint kat [SINI]
Sumber : 

Ahad, 8 Januari 2012

Viewpad 10s

Assalammualaikum dan peace yo!


Patut eh nak ikut an hari ni atok kono publish entry berkaitan dengan kempen nuffnang. Tapi hari ni dasar berkecuali pasal ado bondo hot atok nak kongsi ngan Ecah. Meh rapat, yang jauh datang rapat, yang rapat jauh sikit nanti tersentuh aurat, opss.

Malam sabtu lepas (jumaat malam), atok bergerak ke puchong untuk berjumpo dengan cucu pilihan atok ke-5, Faiz. Dio tolong atok bolikan tab yang diberi namo sebagai viewpad 10s (selepas ini dikenali sebagai Taboo). Nak boli samsung tab atau i pad segala, atok tak mampu. Tapi atok dah jatuh hati dengan Taboo ni. =)


Inilah Taboo.....adik bongsu bobot ngan adam hitam
Faizlah yang rekemen kat atok kasi angkat tab tu selopeh atok merungut kehidupan atok yang dah kucar-kacir pasal isu nih.  Atok sangat berhutang budi.

So, atok bergorak dari Seromban dalam pukul 12.30 malam dan tibo di Puchong lingkungan 1.30 pagi pasal Faiz ni berniaga. Atok mesej Faiz koba dah sampai. Pastu atok tanyo mano kodai makan pasal perut aku dah buat orkestra lagu senandung malam. Faiz koba dio belanja burger malam tu. Atok dah hutang budi 2 kali dah.

Topek pukul 2 pagi, atok jumpo Faiz. Wah, tinggi orangnya, ke aku yang pendek. Ok, kau gelakkan atok yo. Abaikan. Pastu Faiz bawak atok pi makan kat kedai mamak nih. Lopeh balik yo dari kojo ponek-ponek tu, dio sanggup layan atok ngajo nak guna taboo ni. Atok ngan dio borak-borak sampai ke pagi. Atok terhutang budi lagi. Siap offered kat atok suh tido umah dio pasal dah larut pagi. Bahayo bawak keto balik Somban pagi-pagi buto kot jumpo antu kat tengah highway ke kan. Tapi atok kono balik gak pasal banyak hal nak kono setel pehtu.

Atok sangat berterima kasih kat Faiz atas pertolongan ni. Tak tahu nak balas camno. Cumo atok doakan murah rejoki dan dipanjangkan umur hendaknya. Untuk pengetahuan, sekarang ni Faiz sedang mencari kojo. Dio lulusan ijazah kejuruteraan mekanikal dari UiTM. Sesiapo yang tahu ado kojo kosong tu leh la usha cucu den ni, Faiz.

Pelajaran kito harini ;
1. Untungnya bergelar sebagai blogger, ramai cucu sudi menolong
2. Jangan memilih pekerjaan, atok tabik kat Faiz. Walaupun ado ijazah, tapi dio bersemangat untuk bergelar usahawan dengan usaha sendiri. Burger Faiz sangat sodap. Ikhlas atok puji nih.
3. Silalah ikuti perkembangan gadget. Jangan jadik seperti atok, gayat pestime usik tablet screen touch. Ngeee...


Sabtu, 7 Januari 2012

Fakta Menarik

Jika hati manusia berhenti berfungsi, manusia akan mati dalam masa 8 hingga 24 jam






Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya





Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter dan banyak peralatan lain




25% dari tulang manusia terletak di kaki




David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan menyelamatkan ratusan nyawa.






Khamis, 5 Januari 2012

Lembaran sulung 2012

Assalammualaikum dan peace yo!


Omaigot omaigot omaigotttt......kangen bangat sama kamu sih. Hampir 1/4 sepurnama atok tak ke udaro. Tiap-tiap malam atok mimpi menaip entry baru. Tapi apo kan dayo, atok kono stop seminggu aritu untuk ubah suai rumah berlumut atok nih. Rinduuuuuuu.....*walhal dalam hati suko tak hapdet.

Untuk lembaran tahun baru 2012 ni, awal-awal lagi atok nak carut kau. Atok nak mintak tolong Ecah buat pilihan untuk atok. Camni, bebanan kojo atok makin bertambah. So, kehidupan atok dah kucar-kacir. Atok perlukan personal assistant. Atok kan jurugambar tak berapa nak profesional. So nak tunjukkan portfolio senang kalo ado tablet tak payah haku nak hangkut sampel gedabak tu kan. Nak upah kakak PA kang duit nan ado nak bayar gaji. So, atok cadang nak boli tablet.

Yang merungsingkan jiwa dan raga atok sampaikan tak tido 4 hari berturut-turut nih, atok takdo duit nak boli tablet. Lagak macam orang kayo tanam pokok duit-duit belakang umah. Tapi atok perlukan tablet tu bukan sobab kehendah, tapi keperluan. Tu dia, masuk ekonomi dah. So, atok sangat bertuah sobab salah seorang cucu pilihan atok yang ke-5, Faiz seorang yang berpengetahuan tentang gadget. Dio rekemen atok boli yang nih





Murah dari samsung tab dan i pad segala. Tapi fongsinya tak perlu dipertikaikan laie ;
HSDPA 7.2Mbps / HSUPA 5.76Mbps

Bulih sumbek berukben celcom atok tu, so tak payah haku nak bazir duit langgan pakej lain beratus sebolan tu.
Data only. GSM/WCDMA Band: 850 / 900 / 1800 / 1900 / 2100MHz
dan lain-lain Ecah usha kat link ni http://sg.viewsonic.com/products/viewpad/viewpad10s/specs.php
Bluetooth 2.1 + EDR technology
Wi-Fi (IEEE 802.11b/g) wireless networking





Hargo termasuk casing dan memory card 16G tak sampai RM1000.....Ecah raso berbaloi tak atok boli?? Tolonglah atok buek keputusan. Atok buto komputar. Sobabnyo selain tablet, atok pun teringin nak boli body dan lens yang lobih canggih.....Masalah eh, duit nan ado nak boli serontak!


p/s : Body dan lens tidak tertakhluk pado anggota manusio!

Selasa, 3 Januari 2012

Ikon Apo2 Yolah 2012


SELAMAT DATANG 2012
Penampilan terbaru. Watak terbaru. Tapi style tetap seperti dulu.





Nama : Atok
Segmen : Cucu Pilihan Atok, Once Upon A time
Umur : 85 tahun
Hubungan : Atok kepada Milah, Que & Anne, Suhami Ahmad. Bekas duda Tok Wan



Nama : Tok Wan
Segmen : Kaunseling Bersama Tok Wan
Umur : 80 tahun
Hubungan : Bekas Janda Atok




Nama : Kak Milah
Segmen : Petua Kak Milah
Umur : 33 tahun
Hubungan : Cucu sulung Atok dan Tok Wan




Nama : Que & Anne
Segmen : Teka-Teki Que dan Anne
Umur : 17 tahun
Hubungan : Cucu kembar Atok & Tok Wan




Nama : Suhami Ahmad
Segmen : Suhami Ahmad's Story
Umur : 24 tahun
Hubungan : Cucu Atok & Tok Wan paling suam-suam suku (hot n cool)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih