Isnin, 24 Disember 2012

Buat Baik Dibalas......?

Assalammualaikum Cah,


Lamo dah atok tak hapdet blog kan. Sojak zaman dinasor laie. Atok nak mintak mahap dari hujung rambot sampai ke hujung kuku kaki paling panjang. Gitoo. Atok bukan hapo, banyak peristiwo berlaku sepanjang ketiadaan atok dalam arena blogging. Kateko.

Oklah, atok ado cerito yang nak story mori arinih. Tapi cito ni berlaku hari komeh yang lalu. Kejadian di dataran pahlawan Melako nun. Untuk makluman Ecah, henset samseng Neloopah atok tu kan dah rosak. Pastu atok poie hantar kat samsung sevice centre kat area2 dataran pahlawan tuh. Nak dipendekkan cerito, si samseng neloopah ni admited to hospital for 3 days start last monday. Gitoo kan. Sepaking kateko.

So, hari khamis tu dah siap. Atok pun poielah sebis senter tu nak hamek enpon. Kalau Ecah nak tau, area dataran pahlawan tu memang susah nak dapek parking. So, atok parking betul-betul dopan dataran pahlawan tu. Ntah apo namo tompek tu, aku lupo. Hilang ingatan kojap. 

Selosai urusan amik henset tu, atok terus ke mesin untuk kito bayar autopay parking tu kan. Nak balik dah ni maso tu. Maso kat mesin bayar parking tu, atok ado nampak minah ni lingkungan 20 an. Atok raso macam baru balik kojo kot. Uniform ala-ala pekojo fast food atau cleaner camtu. Atok nampak dari jauh dio macam mengalami kesukaran. So atok pun datang dokek.




mesin autopay parking nih


"Kenapo ni Cah?,"tanyo atok kening kerut seribu. Gitew kan.
"Ni mesin ni tak mau telan kad parking nih. Saya masukkan, dia keluar balik. Camne ek?,"katanya.

Atok ponah alami masalah ni dolu. Mesin tu tak boleh baco kad tu. Jadi atok sarankan beliau buek pembayaran tunai di kaunter dalam bangunan tu. Pastu dio pun menonong poie kat kaunter tu selepas ucapkan terima kasih kat atok.

Pastu atok lak nak bayar parking tu. Shrettttt.......alhamdulillah, masuk. Pastu tertera perkataan rm3. So atok kono bayar 3 hengget la kan. Masalahnya, lopeh atok buka wallet atok tu, duit singgit-singgit nan hado. Yang hado duit soploh hengget ngan syiling kateko. Dio tak terima duit soploh hengget kalau caj parking bawah rm6 kan. So atok dah menggelabah. Kad tu pulak tak boleh keluarkan. So atok stuck kat situ. Stuck kateko.




ni sisa sisa baki duit balance duit rayo tahun lopeh


Kebotolan, atok nampak minah tadi keluar dari bangunan. Agak eh dah setel bayaran parking kat kaunter. Atok pun melambai-lambaikan tangan ala-ala miss unibes. Dio datang. Pastu dio tanyo atok kenapo. Atok cakaplah yang atok nak tukar duit rm10 ni dongan singgit singgit atau 5 hengget. Pastu dio belek-belek dompet eh tak cukup soploh hengget.

Ko tau apo dio buek Cah?. Dio kato, takpalah hamek je duit rm3 ni. Tak perlu ganti. Dio senyum terus poie. Atok ucapkan terimo kasihlah kan. 

Kesimpulan eh Cah, atok bukan cakap atok baiklah kan. Kalau mano-mano orang sekalipun, kalau berbuat baik dan berkata yang baik-baik, in sha Allah balasannya yang baik-baik sajo. Dan atok puji budak tu sobab tak kiro apo pekojaannya sekalipun, tapi totap tak lokek hulurkan duit beri bantuan. Atok doakan rezeki beliau bertambah dan melimpah ruah. Amin. In sha Allah. Ketemu laie lain edisi. Papaiiii.....

Jumaat, 14 Disember 2012

Ayah Ainan Tasneem Peluk Atok!

Assalammualaikum,


Alkisah eh, pado tanggal 11.12.12 sampai 13.12.12 yang lalu, atok tolah dipilih sebagai salah seorang dari 70 orang posorto yang terlibat dalam aktiviti team building di Gunung Ledang katanya. Team building kali ni melibatkan tigo negeri selatan, iaitu nismilan, melako dan johor. Atok represent sebagai pesoto dari melako. Gitoo kan. Melaka katanya. Derhaka pada tanah air nismilan kan.

Heloo...
Kita satu Mesia hokey. Walaupun atok bertunjang akar asal tok moyang dari sumatera barat dan den lahir di nismilan, kini menotap di melako maju negeriku sayang, tapi loghat nismilan tinggalan nenek moyang haku tak kan lupus hokey. Gitoo kan. Takut kena sumpah kat nenek kan.

Team building ni bukannlah bertujuan nak meminang Puteri Gunung Ledang. Tapi nak memantopskan lagi organisasi kami di wilayah selatan nih. Psttt...even ada jugek atok dengar cerita yang mengalami peristiwa pelik sepanjang 3 hari tu. Ups. Nanti atok ceritakan entry yang lain.

Pastu, yang menariknya atok nak share dengan korang nih. Consultant yang bertanggungjawab untuk aktiviti kami kali ni ialah dari KGC Consulting Sdn Bhd. Dan tetamu khas ialah Dr Redzuan, iaitu ayah kepado Ainan Tasneem. Ko kenal tak sapa Ainan Tarzan tu??.....Tasneem tu??....Dia tu penyanyi macam Najwa Latepss. Atok baru tahu, yang emak Ainan ni berpurdah. Ainan ado 2 orang abang lelaki dan seorang adik lelaki. Makno eh Ainan Tasneem ni anak ketigo dari ompek adik beradik dan satu-satunya pompuan. Ko paham tak nih?



haaa...inilah Ainan Tarzan....eh...Tasneem!


Sepanjang aktiviti yang dikendalikan oleh Dr. Redzuan ayah kepado Ainan Tasneem ni, kami tak  kering gusi tergolak. Mano yang pakai gigi palsu tu, dongan gusi-gusi sekali nak tertanggal bantai tergolak. Ayah Ainan Tasneem ni memang kelakor. Semua modul aktiviti berjaya dilaksanakan dengan gaya yang menarik dan tak bosan. Dan mencapai objektifnya!

Namun, ado satu aktiviti tu dio menunjukkan cara-cara bersalam yang berlainan bagi setiap pelusuk donia. Orang koba, lain padang lain belalang, lain orang lain miangnya...eh yo ko ni??...lainlah ragamnya.

Dr Redzuan ni nak tunjukkan contoh bersalaman berbeza la ni kan. Pastu, dio joling atok. Atok tak sodap badan tibo-tibo. Sah! tindakbalas kimia dalam badan atok tu ado sobab eh. Dio panggil atok sebagai role model. Mencik tau. Selalu haku je yang kena jadi bahan hujikaji. Kena jadi bahan contoh. Tak suke tau. Mencikkk. Eh?

Mulo-mulo, Dr. Redzuan ni tunjukkan cara-cara bersalaman orang melayu. Pastu dio suruh atok hulurkan tangan, macam mano orang melayu bersalam. Atok hulurkan tangan kanan, tangan kiri lipat ke siku. Gitoo kan. Melayyyyyu terakhir sanggat kan. Walhal...................plastik.













tapi haku takdelah taksub sangat salam cenggini  kan...upsss


Kemudian, Dr Redzuan ni tadi tunjukkan cara bersalaman bagi orang Indonesia. Orang Indonesia bersalaman di hujung jari. Dua tangan dirapatkan, lepas tu hanya hujungnya saja menyentuh. Dr. Redzuan kata itulah caranya kalau bersalaman cara orang Indonesia. Tapi gi mana jika berlainan jantina?...tanya Dr. Redzuan pada atok. Pastu dengan kompidennya atok kepitkan tangan macam tadi, pastu sentuh hujung tangannya salam macam biaso, pastu Dr. Redzuan melarikan tangannya.

"Ya udah pak, ngak bisa sentuhin. bukan muhrimnya,"katanya. Sumo hadirot dalam dewan tergelak. Mencik tau. Malu atok. Merah pink babi muko atok.







"Ya udah pak....bukan muhrimmmmm!!!!"

Yang terakhir sekali Dr. Redzuan tunjukkan pulak caro bersalaman orang arab. Dio kato, cara bersalaman orang arab nilah sepatutnya. Kerano sunnah Rasulullah. Dio suruh atok salam macam biaso, pastu peluk erat-erat. Lago pipi kanan dan pipi kiri. Macam orang pompuan selalu buat tu. Tapi orang laki jarang buat cam tu kan. Sobab tulah maso atok buek kat Dr. tadi orang dalam dewan bantai tergolak. Hellooowww...









laga pipi camnih....pastu buat muncung 5 days mc.

Maso kami berpeluk tu, Dr. Redzuan pegang belakang atok...pastu jerit

"Hoiii...pakai coli ke hape ni?!,"diikuti hilai tawa hadirin dan hadirot. Coiii...

Atok malu lagi. Merah padam muko den. Pastu atok pun cepat-cepat duduk kat kerusi dengan muko yang tebal sambil sengih-sengih kerang busuk. Kali ni bukan hadirot dalam dewan yo tergolak, dengan fasilator dan Dr. Redzuan sendiri tergolak. Suma suka nyakat atok.

Mencik tau.

Baidewai, he is the best consultant yang atok pernah kenal setakat ni. Congratulation Dr. Redzuan!


Okeh, dah alang-alang tu moh skodeng serba sedikit biodata Ainan Tasneem ;

Nama penuh beliau: Ainan Tasneem Redzuan
Nama panggilan beliau: Ainan
Tarikh Lahir: 4 November (berumur 20 tahun)
Pendidikan: Penuntut jurusan Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMap)
Kediaman: Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Hobi: Menyanyi, makan dan bermain gitar



Sumber : SINI

kaki kepoh : pssssttttt...dongar cito, Ainan Tasneem ni makwe kepada salah seorang cucu atok jugekkkkkkkk!...Belajar di UNIMAP jugekkk....Blogger melets....ye kew?...jawab...jangan tak jawabbbb...

Sabtu, 8 Disember 2012

Seksaan Kubur Itu Benar

Ini kisah Benar.

Bertahun yang lalu...


Masa aku masih mentah. Masih di bangku sekolah rendah jika tak silap perhitunganku. Aku mempunyai seorang jiran yang sudah lama sakit di kampung. Sudah bertahun sakitnya. Tapi alhamdulillah, umurnya masih lagi panjang ke saat itu.

Kakak tu sudah berkahwin. Dan mempunyai 4 orang anak. Yang bongsu masih bayi. Semenjak kelahiran bayinya yang kecil itu, sakit kakak itu semakin teruk. Badannya yang berisi dulu semakin melidi. Aku hampir tidak kenal. Aku sering bertanya pada emak. Apa punca sakitnya. Emak berkata mungkin ianya buatan orang yang cemburu dengan kebahagiaan kakak itu. Kerana doktor yang mempunyai Ijazah dan bepengalaman berpuluh tahun pun tidak dapat mengenalpasti puncanya. Sudah lumrah. Melayu kita. Pantang melihat orang lebih dari dia.

Kakak ni cukup baik. Dia sangat menghormati orang tua. Wajahnya cukup lembut. Selalu terukir senyuman dibibirnya. Cuma perihal akhiratnya sering diabaikan. Cukuplah aku cuma katakan abaikan saham akhirat. Aku takut mengaibkan sesiapa. Cerita ini untuk pengajaran kita semua.

Satu hari, sudah ditakdirkan. Ajal menjemput kakak itu. Dia telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Meninggalkan anak yang masih kecil. Namun anak sulungnya sudah berumahtangga di usia muda. Baru awal 20 an. 

Saat selepas pengkebumian...

Bila Tok Imam dan sanak saudara melangkahkan kaki keluar dari tanah perkuburan, tinggallah si anak sulung arwah ini tadi. Selepas meratap, dia pun beransur pulang mengikut saudara yang lain. Belumpun sempat dia menghabiskan langkah kakinya keluar dari tapak perkuburan, dia terdengar suara yang cukup menakutkan dari dalam kubur. Suara emaknya!


"Kakak, tolong mak kak!!!!......tolong mak kakak!!!!"

MasyaAllah. Anak sulungnya pengsan di situ. Mujurlah hanya saudara terdekat sahaja yang masih berada di dalam kelompok terakhir itu. Aku yang mendengar kisah ini pun bergenang air di kelopak mataku. Sungguh menakutkan!

Cuma itu pesanan aku untuk kamu. Untuk aku juga. Untuk kita semua. Sesungguhnya, seksaan kubur itu benar belaka!...



Selasa, 4 Disember 2012

Charging paused. Voltage too High

Assalammualaikum....


Ke tepi, ke tepi....atok mengganas kembali...eh!
Haku geram, haku sakit hati, nak menangis keluar air mata darah!.....wah gitoo kan.
Atok tensen sangat sobab henset cap hayam atok ni (merujuk pado samsung galaxy note), telah membuat hal. Sampaikan mood untuk atok buek kojo hari ni terganggu. Kojap-kojap henset ni berbunyi beep-beep.

Al-kisahnya cenggini, dah duo tigo hari lepas atok charge henset ni macam biaso lah kan. Henset ni kalau nak caj makan maso 4 5 jam baru dio ponuh. Seperti kebiasaan, bilo dah ponuh atok akan unplug lah balik charger ni kan. Peh tu tak lamo lopeh tu atok dongar bunyi beep beep beep. Atok pun baco mesej kat dekstop enset tu....wah dekstop kateko.  Henset ni meroyan mengaum keluar mesej cenggini.

"Charging paused. Voltage too High"

Tak sakit hati ko dah caj berjam-jam pastu koba voltage too high. Atok cubo berfikiran positif. Agaknya umah ayah atok ni voltage kepala pin dio bosar tak?....voltage lobih tak?...gito kan, sampai cenggitu atok nak mempositifkan keadaan. Pastu atok biar je mesej tu keluar setiap 2 saat. Dengan bunyi beep!. Setiap dua saat bunyi beep!. Atok tensen, atok restart balik henset tu dengan harapan mesej dan bunyi beep.

Atok mulo tersenyum pabila tiada mesej berbunyi beep-beep lagi. Atok pun lotak henset atas mejo dalam bilik. Bolum sompek keluar bili, henset tu mengaum lagi. Beep-beep-beep. Macam bunyi altromen sakit. Atok datang kat henset tu pastu genggam kuat-kuat pastu nak hempas ke lantai. Gito kan. Macam hanak orang kaya kan. Pastu atok mengucap panjang. Istighfar banyak-banyak. Atok senyum. Letak henset atas meja. Keluar bilik dalam keadaan senyum.

Kini, dah duo hari henset atok melalak. Harini terus hapdet kat pesbok.

"charging paused, voltage too high
samsung g. note got problem after i upgrade android 4.0.3...sound anoying beep2 every 2 seconds!...watepark...any solution guys?"

A. Jual. Hamek je nokia 3310.
B. Pergi service centre. Betulkan.
C. Buat tak tahu. Sampai bateri habis.
D. Hempas ke dinding sekuat hati.

Ado kawan kato due unstable voltage and frequency in my home. Tapi atok caj kat opis pun tak bulih. Dalam keto pun bilo unplug charger masalah yang sambo timbul. Beep beep beep. bunyi Altomen dikalahkan raksasa. Tensen tau.

Atok ado buek research, hal ini berlaku sobab dulu atok ada update ke Android 4.0.3 ICS. Banyak orang serata donia alami masalah yang samo. Sobab banyak post pasal benda ni. So the only solution is, hantar service centre pergi tukar USB Port charger kat bawah tu. Tapi atok musykil, ado laie ko waranty den ni???.....Ecah ado jalan penyelesaian yang lain tak?


err....ko paham tak atok cakap ni?.....ado yang nampak garu-garu kepalo tu.....

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih