Jumaat, 28 September 2012

Kursus Pertahanan Awam

Wah gitoo. Hari robu yang lalu atok di arahkan untuk poie kursus asas pertahanan awam di JPAM. Kalau tak silap atok hampir setongah dari orang opis atok poie. Dalam 30 orang. Nak diikut an hati, atok jenis liat sangat nak poie kursus yang melibat an aktiviti pizikal nih. Al-maklumlah tulang dah roput. Layak bertafakur di atas tikar semayang kekdahnya. Ko mampoo?

JPAM ni merangkumi 4 aspek utamo ; tak silap atok medic, tugasan bomba dan 2 lain atok tak ingat...erk


Tapi bilo atok fikir-fikirkan balik, atok ni budak baru kat opis ni. kat Melaka ni. Tak sampai pun sebulan. Memandangkan hampir separuh dari budak opis atok terlibat dengan kursus ni, secaro tak langsung atok boleh kenal diorang dongan lobih rapat. Nak harap an jumpo kat opis susah. Jarang nak jumpo. Ado yang poie mesuarat, ado poie jamban lah, ado mc lah, ado yang boli makanan kat kantin lah, macam-macamlah aktiviti sehinggokan masing-masing jarang bersemuko.

Jadik, peluang ni lah atok dapek berbual mesro dan berkenalan dongan diorang dongan lobih akrab. Contoh eh ado boss ni, sebolum ni atok takut sangat nak tegur. Ko gile nak main-main tegur. Badan dio dah lah besar dari atok. Bueknya dia hambur atok, terus atok kena serangan jantung. Ko jugak yang nanges nanti takdo sapo nak hapdet blog lagi. Gitew.

So, maso kursus pertahanan tu lah atok baru tahu perangai sebenar masing-masing. Diorang sempoi yo sebonar eh. Cumo atok maleh nak tunjukkan sangat sikap gilo-gilo atok dulu. Atok simpan dulu. Takut diorang cop atok kecelaruan mental lak nanti kalau peringkat awal ni atok tunjukkan sikap sengal atok tu. Dah takdo orang nak berkawan dengan atok pulak.

Nanti kalau ado maso terluang atok ceritolah apo aktiviti yang atok buek kat situ eh. Macam mano atok bulih dipakso abseiling jadik spiderman yang tapak tangan tak cukup glue....dan macam-macam laie. Pastu belajar medic sikit. Tak rugi pun atok masuk kursus pertahanan tu. Ko pun kalau ditawarkan kursus tu atok galakkan poie. Nih ko layan sedikit gambau yang sempat atok snap. Next time atok cito laie k. sebab haku nak tido nih, ngantok.


ini ikatan rahang jatuh...hati2 ikat...salah ikat ghope mayat

ini anduh tangan patah buat duckface 5 days mc...bersamo orang penting


ini dah takdo kojo lain


Nanti atok citer pengalaman kat sana tau. Macam mano kono buek abseiling, padam api, ikatan buku sila dan macam-macam lagi. Ok papai ecah!





Isnin, 24 September 2012

Assalammualaikum Tok Wan,

Saya Simah ingin bertanya dan minta pendapat dari Tok Wan. Saya mempunyai seorang suami yang berkerjaya. Manakala saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Kami baru saja dianugerahkan seorang anak yang comel pada tahun lepas. Yang menjadi masalah kepada saya, baru-baru ni suami saya sering pulang lewat dari tempat kerja. Alasannya kerja lebih masa. Sebagai seorang isteri, saya berasa sangat risau dengan perubahan suami. Apa yang perlu saya lakukan Tok Wan?





Tok Wan

Waalaikumusalam Simah,
Tu dia. Uwan kompius antara Simah dan Sinbad. Eh. Mahapkan uwan. Bagi permasalahan Simah ni boleh dikategorikan biasa berlaku bagi pasangan yang baru dianugerahkan cahaya mata. Cuba Simah berfikiran positif. Mungkin suami Simah benar-benar bekerja lebih masa memandangkan beban keluarga semakin bertambah. Tapi Uwan ada juga nak beri sebarang satu dua nasihat kepada Simah takut ler kan in case betul2 betul pulak laki ko lepas keja masuk kelab dangdut. 

Antara perkara yang Uwan cadangkan Simah 'improve' adalah seperti berikut :-  

  • Cuba berhias untuk si suami. Uwan bayangkan mesti sebelum ni kalau laki ko balik kerja tengok-tengok ko terpacak depan pintu sambut kepulangan dengan rambut afro polkadot pastu baju nenek-nenek pakai kan. Apa kata lepas ni, Simah calitkan gincu sikit, pastu ko rebonding rambut ko hanya untuk tatapan suami hokey, pakai baju seksi-seksi ikut shape badan. Silap haribulan laki ko terus terkam ko. Ops.

  • Kalau sebelum ni Simah kasi suami makan lauk pauk tunjuk beli kat kedai, apa kata Simah mula belajar memasak sendiri. Bak kata orang zaman dolu-dolu, si suami akan melekat di rumah kalau si isteri pandai masak. Tak kisahlah masa mula-mula tu nak masak menu ikan 3 rasa, tiba-tiba jadi ikan takde rasa...terus hilang deria rasa suami ko sekalipun, atleast Simah mesti kena start memasak untuk suami!

  • Orang kata rumahku syurgaku. Cuba Simah hiaskan rumah Simah tu sebaik mungkin. Kalau sebelum ni nampak macam neraka baju sepah sana sepah sini, sotong kering tersangkut atas kipas, bau stoking....so lepas ni Simah mesti kena work out. Wah gitoo. work out ye x. Macam p gym. Kalau rumah tu santek, bau wangi...suami mesti tak sabar-sabar nak balik rumah. Yelah, sekurang-kurangnya dapatlah hilangkan ketensionan di tempat kerja. Nak lagi bagus, Simah urut belakang suami tu.

  • Dan yang terakhir sekali yang dapat Uwan kongsikan pada episod kali ni, ialah Simah jadikan anak tu sebagai pengikat kasih sayang antara kamu suami isteri. Pastikan pakaian, makan minum sempurna. Jangan nanti laki ko balik rumah je dengar anak ko melalak. Lagi tensen laki ko. Pastikan makan si anak cukup. Perut tak kembung. Kasi wangi-wangi. Nanti papanya balik, si anak ni tadi berlari-lari kat kaki papanya. Suwit kannn.

  • Dan yang paling terakhir sekali (tibo-tibo ado idea lak), selepas solat tu cubalah Simah panjatkan doa kepada Allah supaya perhubungan kalian akan terus diredhai selama-lamaNya....Ok bebeh, itu sajo nasihat dari Uwan. Selamat mencoba!

Sabtu, 22 September 2012

....

Malam2 ni sebonar eh atok nak melayan tido. pasal mato dah rabak lagian capek seharian kojo nonstop. tapi atok kuekkan kudrat yang hado untuk cucu tersayang yang kehausan setiap celoteh atok. * wahhh...ko mampoo up perkataan kehausan??.

sebonar eh malam ni atok raso tibo2 rindukan kaabah. mesti ko nak cakap atok propa kan. tapi ni ikhlas dari sanubari atok. sobab atok tengok gambar2 kaabah dalam pesbok. chantek. raso tenang. sayu. damai. Atok tahu, atok ni bukannya kaki mesjid. kadang2 yo jojakkan kaki ke mesjid. terawikh haritu pun lompang2. atok tak banyak ilmu agamo. orang suruh baco doa selamat, atok tau baco doa makan yo. ilmu agamo atok cetek.

tapi jauh dari sudut hati atok yang paling dalam tu raso sayu yo nak jojakkan kaki ko mokah. nak tengok kaabah dopan2. nak mengerjakan umrah. nak tadah tangan berdoa untuk kesejahteraan orang2 yg atok sayang. nak solat boto2 dopan kaabah. tapi....atok diterimo ko olehNya sebagai tetamu? Atok raso atok macam tak layak yo nak jadi tetamu Allah.

tapi...Tuhan tu maha pengampun kan. insya Allah kalau ado rezoki atok nak sangat jojakkan kaki ke sana. dapek kerjokan umrah pun jadilah. kalau dapek haji tu kiro atok dah besyukur sangat. kalau boleh bagilah atok peluang untk ke sana walau sekali sebolum atok menutup mato buek selamo-lamonya....

Khamis, 20 September 2012

Maria Sarapova pulang ke Malaysia!

Tu diaa...cucu kesayangan atok sudah kembali ke Malaysia. Sojak kebelakangan ni agak sibuk tak jongok blog pasal nak nguruskan visa budak ni. Eh Mesia ado visa ko??


Cucu atok ni namo eh Maria Sarapova. Memang dari kocik dibosarkan di Rusia. Bercoti semester katanya. Baru berumur 16 tahun. Bosan kat Rusia nun, tu yang dia nak balik singgah jongok atok kat kampung ni. Kali ni dio balik sensorang yo tanpa omak ngan abah eh. Omak ngan abah sibuk yo buek anak. Eh!

Ok, atok memperkonalkan cucu kesayangan atok.....


















TADAAAAAAAAAAAA.......!!!

*matiler tangan ada bonjol

Sapo yang nak booking masuk minang tu sediokan wang hantaran jambatan omeh dari Mesia bawak ke Rusia

Selasa, 18 September 2012

Rentetan Besday ke 100

Hari khamis malam jumaat yang lalu, saya dan seorang sahabat handai telah bertolak ke Seremban untuk meraikan ulang tahun kelahiran Suhami & Anna.  *Eh apesal ayat den cenggini. Dah lamo tak menaip katokan.

Janji nak jumpo lopeh maghrib terus bukak poso sunat samo-samo. Tapi maso tu, atok poso ntah ke mano sunat pun ntah ke mano. Ko jangan salahkan haku. Haku tak sahur malam tu. Ngeee. Okeh, berbalik kepado cerito tadi, garo-garo bertolak lambek dari Melako, atok ngan kawan sampai ke Seromban dalam pukul 9 malam cenggitu. Erk.

Sampai-sampai yo Somban, masing-masing terus pose model.

Ni kalo ko tengok kat Genting Highlands berlambak....Yang penari joget pakai bulu burung kasawari tu
Nak tak nak atok pakai juga bulu burung belanda tu. Yelah, tak mau rosakkan majlis katanya. Pastu tema pado malam tu mestilah berbaju ijo. Sementara tunggu kawan-kawan lain sampai, kami pun borak-borak jap pasal dah lamo tak keluar samo-samo.


atok yang pose isap nenen tu. Sume baju ijo kan. Kecuali abam ensem sebelah kanan tu. Dia dari KL lepas balik kojo. So, ado excuse. Yang lain kalo tak pakai baju ijo, haku halau balik.


Bilo sumo dah cukup korum, kami mempercepatkan acara meniup lilin. Pasal diorang poso tak jamah apo-apo laie kecuali air kosong. Lilin dinyalokan. Maso tu lah baru kami perasan salah seorang dari team kami tu meyambut ulang tahun kelahiran hari yang hampir. Sepatutnya meraikan atok dongan hakak bertudung ijo dan berbaju panas hitam tu. Tapi tak perasan besday abam Iwan Irwana yang baju ijo pucuk pisang ada janggut panjang ke bawah tu.



Dari kiri abam Irwan Irwana, Atok dan Kak Anna Norlina
Pastu dah tiup dan potong lilin tu, acaro suap-menyuap pulak. Dah menjadi kebiasaan kat group kami ni, kalau suap bukan tepat ke mulut, dia pencong sikit. Kadang-kadang suap ke pipi. Kadang-kadang suap ke telingo. Atok tak tahu kenapo jadi cenggitu.

Hah, ko jangan tertipu dengan wajah gadis yang manis ni, di sebalik wajah ni ado agenda tersembunyi!
Atok nak lari dah tak sompek dah. Nak lari ke kiri dah ado orang. Nak lari ke kanan dah kono blok. Last2 atok pasrah menerimo sebarang kemungkinan. So gadis merangkap penganjur majlis ni tadi terus menerpa pada besday boys & girl.

Kak Anna sampai merayu-rayu. Tapi di apek eh. Acara wajib!


Adengan mencalit kek ke muko terpakso di sensor sobab tak senonoh di tatap pandangan umum. Atok pun kono okey. So, pasrah. Haaa?...apo? Ko nak tengok jugak adengan tu?....Ish, tak payah lah. Sogan. Boto nak tengok?...Ko add pesbook atok p tengok kat album.


Majlis pun berakhir. So, the next mangsa untuk majlis akan datang adolah.....

Wah kak...suka ko kan buat pose 5 days MC...tungguuuuu.....




dongan Kamil...........tunggu hang berdua naaaaaaaaaaaa!!




Rabu, 12 September 2012

Kejutan Budayo

Tu dia. Dah setahun haku tak hapdet blog kan. Dengan komen tak berbalas. Atok mintak hampun dari hujung rambut sampai ke hujung kaki yang berkuku paling panjang. Sodar tak sodar sojak duo monjak ni atok asyik skip yo buat entry baru kan. Kalau buek pun, pendek-pendek.

Sebona eh atok masih lagi mencari identiti di tempat baru ni. Wah gitooo. Atok masih lagi perlukan maso yang panjang untuk menyesuaikan diri kat tompek baru ni. Baik di kawasan perumahan, mahupun di tompek kojo. Tu yang kadang-kadang sikap pemaleh tu asyik melando yo. So, atok mintak mahap yo.

Sebonar eh atok poning. Sibuk melayan karenah budak wiring aritu. Ntah hapo2. Buek kojo tak tepati janji. Janji dicapati betul. Pehtu pulak buek kojo cincai. Dah setel wiring, kono pulak mikir an pasal grill. Tak di pasang-pasang eh lagi. Ini dah nak masuk duo minggu atok duduk umah ni tak bergrill. Kalau kene rogol sapa nak jawab??

Kat tompek kojo lain pulak cerito. Walaupun atok masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kengkawan baru, tapi nak jumpo yang bff macam opis lamo tu bolum laie. Atok tak heran sangat bab tu, sobab kat tompek lamo pun atok amik maso 6 bulan untuk sesuaikan diri. 6 bulan Jah. Kalo ko bela kucing, kucing ko dah boleh lari-lari dah. So, atok memang jenis lambek nak mesra. Al-maklumlah pemalu. Hakkk tuiii.

Ni atok nak tanyo, kat kawasan Ayer Keroh ni, mano ek kedai peralatan elektrik yang murah dan berkualiti? Buek maso sekarang ni atok mampu nak boli mesin basuh ngan poti es yo. Yang lain-lain tu kendian la kan. Kat mano ek yang hado?....Lagi satu kan, atok nak kasi pejalkan sikit otot2 yang gelebeh ni. Kat mano ado gym 1 malaysia yang masuk sehari satu hengget tu???..Wah, ko mampu kasi pejalkan otot walaupun umur dah 100 tahun???.....tolong kasitahu yo kalau sesapo yang tau...


Sabtu, 8 September 2012

Jumaat, 7 September 2012

Khamis, 6 September 2012

Maso Itu Nyawo

Sekarang ni orang dah tak pakai lagi dah peribahaso "masa itu emas" walaupun hargo omeh tu mahal. Orang pakai "maso itu nyawo". *sesuka ati aku je tukau2 peribahasa kannn. Namun hakikatnya itulah yang berlaku pado diri atok sekarang. Maso berlalu terlalu pantas. Terlalu lalu pantas. Sodar tak sodar dah masuk bulan 9 dah pun. Alang-alang mention bulan september ni, 8hb 9 ni hari jadi atok. So, atok nak hadiah keto alpad dari korang sorang sebijik.

Nak-nak bilo atok dah berhijrah baru-baru ni. Maso tu tak sodar berlalu. Colik mato poie kojo. Balik kojo komeh rumah. Lopeh komeh rumah online pesbok. Pehtu mato terlolap. Esoknyo ulang bondo yang samo. Macam tulah rutin harian atok sehari-hari. Samo jugak kalau atok bercuti hujung minggu. Colik mato, makan nasik lomak. Lopeh sarapan, tengok tibi. Lopeh tengok tibi sambung kojo editing. Pehtu tengok katon. Pehtu online bawak ko malam. Pehtu tido. Ulang balik bondo yang samo. Copek boto kan maso berlalu. Sampai komen2 post dulu pun tak sompek nak berbalas.

Kito tak sodar pun dari setiap hari umur kito bertambah sehari. Setiap hari rambut kito tumbuh 1mm. Setiap hari kulit mulo berkodut. Setiap hari jugaklah, kito menghampiri ajal!. Ecah pun raso apo yang atok rasokan sekarang tak?. Ke haku sorang je yang rasa cenggini?

So, dikesempatan kali ni atok nak mengingatkan Ecah dan diri atok sendiri, gunokanlah waktu itu sebaiknya. Maso itu tak kan berhenti menunggu kito. Tapi kito sendiri yang perlu jalan seiring dengan maso.



"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Selasa, 4 September 2012

Chiko vs Aming

Untuk pengetahuan Ecah yang tak tau lagi, sekarang ni atok ado membolo.....Bukan bolo hantu rayo k!...Atok ado membolo duo ekor anak kucing yang comel. Comel ke?. Namo eh Chiko & Aming. Chiko ni merangkap abang eh bewarno putih hitam polkadot. Manokalo adiknya si Aming berkaler oren belang-belang rimau.

Nak dipendekkan cerito, atok ado jumpo menatang ni seminggu selopeh rayo dulu maso nak balik Somban. Maso tu atok balik malam. Yolah takut jalan jem kan. Pastu ontah camano feeling dengar lagu Kak Ramlah Ram maso tengah drive tu, tibo2 atok kucing bosar ni melinteh topi jalan. Atok terkejut la kan. Pastu atok benti. Atok nampak ado duo ekor anak kucing topi jalan tu lingkungan 5 6 bulan. Duduk sonyap yo topi jalan tu. Kucing yang bosar tu dah hilang masuk somak. Atok syak itu ibu anak kucing tu. 

So, atok pun ambik lah anak yang duo ekor tu masuk dalam keto. Atok syak mesti ado orang buang sobab menatang tu terlotak di tongah-tongah jalan yang sunyi. Atok takut kono lenyek oleh kenderaan lain, makanya atok ambik keputusan bawak balik ke Somban maso tu.

Sekarang ni dah duo minggu hal tu berlaku. Chiko ngan Aming dah pun segar bugar. Dah boleh melompat bagai. Atok siap bawak balik kampung laie jumpo atok ngan uwan eh kat kampung. Eh. Then maso atok nak balik Melako ni, atok bawak juga Chiko ngan Aming ni jadi peneman hidup katanya. *walhal peneman sobab takut hantu.

So kepado pemilik Chiko & Aming, halalkan anak kucing ko ni ye. Dah ko buang kenapa. Dan kepado Ecah yang berniat nak buang kucing tu, janganlah buang di tompek yang sunyi. Macam manolah kucing tu nak cari makan. Sekso haiwan namo eh tu.

p/s : Teringat kisah majalah mastika satu masa dulu, orang ni sesat tak nampak Kaabah masa menunaikan haji. Kaji punya kaji rupanya dia suka buang kucing di tempat yang sembunyi dan tak boleh cari makan sendiri. Awas! 

Isnin, 3 September 2012

Janji Dicapati

Tu dia. Mencik tau. Patutnya hari Isnin ni giliran Tok Wan yang membebel. Tapi atok mintak kelepasan kat dio atok lak nak membebel arini. Ini sumo di sobabkan masa'elah yang berlaku maso atok pindah di Melako semalam.

Macam ni, hari esok (hari ni) atok dah mulo memulokan cabaran kojo di tompek baru. So, atok pun dah siap bermalam di Ayer Keroh ni sehari sebolum. Atok punggah barang sikit-sikit. Takdo lah barang banyak sangat yang haku ado. Yang ado cumo penyidai baju, periuk nasik, pinggan mangkuk semangkuk, cawan pelastik ngan tilam 'Bono'. Sobab tu 1 trip pun bulih. Papa atok offer nak hantorkan, tapi atok menolak. Atok suruh papa ngan omak atok datang minggu dopan. Cuti lamo sikit duo hari. 

Nak dipendekan cerito, atok ingatkan kat rumah tu dah dipasangkan lampu ngan kipeh. Tup tup atok sampai sonjo tadi (semalam), satu batang lampu pun tak berpasang. Atok cubo tarek napas panjang-panjang, peh tu hombuih. Takut penyakit kentut berdarah datang balik. Atok terus setart enjin bobot pastu teruih p Mydin bosar tu. Boli lampu dinding yang hargo 3.50 hengget tu. Atok boli tigo sebagai alternatif ganti lampu yang tak dipasang.

Sampai rumah tu atok terus lokatkan ke dinding. Dah macam fun fair atok tengok. Macam2 kaler hado. Mencik tau. Ingatkan nak pindah tempat baru ni hado lah berito gembiro sikit. Ni sampai2 yo dah kono uji. Pastu atok ingat nak marahkan abang wiring tu sobab tak menunaikan janji siap sebolum Khamis lepas. Pastu nasib baik dio macho terus call atok koba mintak mahap. Maso tu coti beraya katanya. Atok lak mudah kesian kat orang. Last2 aku yang kesian.

Atok koba kat dio takpolah bondo dah terjadi. Tapi atok mintak dio siapkan secepat mungkin. Atok dah tak tahan tido tak berkipeh. Atok tak kisah kalau tak berlampu, tapi jangan tak berkipeh. Maun berair atas bawah aku tido malam ni. Itulah orang melayu kito kan..kito memang nak tolong melayu kito berjayo dalam bisnes...tapi..selalu sangat janji dicapati...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih