Selasa, 31 Julai 2012

Konspirasi di sebalik Olimpik 2012?

Kalau Ecah nak tau Olimpik baru sajok melabuhkan tirainya Jumaat yang lalu di dalam bulan suci bulan Ramadon. Dan kali ini Olimpik diadakan di London, Britain. Dan atok sempat menonton siaran ulangan acaro pembukaan pado cuti minggu lalu. Pastu atok terus hapdet status kek efbi


Atok terkesima lah kan. Atok tak tahu pun maskot olimpik kali ni berbentuk dajal. Ecah kena paham, rutin harian atok hanyo 8 jam tido, 9-11 jam kojo, 6 jam makan/minum/solat/edit gambau/u'uk/bersosial. Macam mano atok nak tahu perkembangan donia. Walhal peti telebisen pun nan hado kat rumah sewo ni. Tak mustahil la atok tak kenal pun maskot olimpik yang dikatakan dajjal tu.

Untuk tidak kelihatan dungu @ orang gua, atok terus mengugel 'maskot olimpik 2012'. MasyaAllah, atok ingatkan kawan atok tu sekadar gurauan. Rupo eh memang boto maskot tu bermato satu!



maskot kiri tu namanya Wenlock, yang kanan ni namanya Mandeville yang keduanya menyerupai dajjal!

Cubo Ecah perhatikan jugak logo Olimpik 2012 kali ini. Jiko Ecah perhatikan, logo dia pun polik kan. Dan seakan membentuk satu perkataan iaitu Zion (Zionis)!

Zion

Atok tak puas hati, atok terus mengugel konspirasi yang berikutnya. MasyaAllah, atok tak tahu benda ni di rancang ataupun satu kebetulan. Kalau Ecah perasan maso pembukaan rasmi sukan Olimpik jumaat lalu, ado satu pokok yang besar kat tengah-tengah stadium tu.


Tibo-tibo ramai orang keluar dari pokok yang diletakkan di atas bukit tengah-tengah stadium tu. Dan yang keluar tu seolah-olah nak menunjukkan pado kito mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Tak cukup dongan itu, ditonjolkan pulo penghinaan terhadap Nabi Musa?

Diceritakan bahawa Nabi Musa A.S dihanyutkan oleh ibunya di sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang dilahirkan pada waktu itu.


Lihat gambar kek ateh tu. Seorang bayi yang sedang tidur dan di bawa perlahan-lahan menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Musa A.S yang sedang dihanyutkan di atas sungai Nil ketika waktu malam. 

Selopeh tu, muncul pulak patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kito pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan rasul termasuklah Nabi Musa A.S yang mempunyai tongkat dan tongkat tersebut berkuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Gambar ini satu penghinaan terhadap Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir.. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta iaitu bersamaan dengan 18.2M. Bukankah ketinggian ahli sihir tu lebih kurang 18 meter?...

Itu atok tak bincang pasal struktur binaan stadium tu lagi yang ado unsur piramid. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason & Illuminuti yang ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Atok berharap agar tidak ado perkara buruk berlaku dan sumo ni hanya kebetulan...
Wallahualam.... 

Samo-samo kito berduo agar umat Islam khasnya berada di bawah lindunganNya. Amin.



Maklumat lanjut : http://adam-thehiddentruth.blogspot.com/


Isnin, 30 Julai 2012

Tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan

kak Milah
Gud moneng bebeh,


Amacam hadek akak yang jejan2, arini pose tak? Kalau tak pose akak suggest ko terjun lombong sekang. Anak buah hakak yang baru 6 tahun tu pun pose penuh hokey. Malu ngaku jantan kalau tak pose. Puihh. Ok, hari ni akak nak berkongsi dengan uolz tips-tips berkaitan dengan kecergasan di bulan ramadon selain meneguk 100 plus 1.5 liter dalam masa 5 minit! Dah bersedia ke babeh? Let start!

1. Uolz wajib bersahur untuk kasi tenaga keesokan harinya. Akak tak kisah kalau kau nak bersahur awal pukul 1 pagi ke hape, tapi jangan pulak ko nak menyalak nak buka pose pukul 10 pagi sebab lapar. Memang kena carut kat hakak. Pastu masa bersahur tu akak galakkan uols mengambil makanan yang berkhasiat seperti karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. Ala-ala ahli pakar pemakanan tak haku? Kekdahnyer...

2. Uols lakukan aktiviti untuk meningkatkan metabolisme. Peningkatan metabolisme ni penting bagi mematikan makanan yang uols santap tu ditukarkan kepada bentuk tenaga dengan semaksimum yang mungkin. Kalau metabolisme rendah, hak tu yang lemak ko berkumpul keliling perut tu. Makanya untuk meningkatkan kadar metabolisme, uols seharusnya melakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal adalah sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan dihadam.

3. Badan kita ni macam kereta. Badan hakak macam kereta fair lady. Ko mampu??..ok kereta perlukan petrol untuk bergerak. Badan kita ni pulak perlukan air untuk bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan lancar. So, akak galakkan uols minum air banyak terutamanya air kosong. Akak ulang suara. Air kosong ye, bukan air manis-manis jual kat bazaar ramadhan seplastik sehengget tu. Takut kadar gula berlebihan masuk dalam badan nanti ko gemok. Orang makin kurus, ko makin gemok. Air sangat diperlukan untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita ni perlukan air yang banyak untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

4. Elakkan mengambil makanan yang masin-masin masa bersahur. Yang ni mak hakak la yang bagi tips. Katanya, nanti ko cepat haus. Kicap masin pun kalau boleh uols elakkan. 

5. Ok yang terakhir sekali akak malas nak pikir lagi dah. Ko pun tahu dalam tibi pun dah pemes pasal benda ni. Dalam suratkhabar apa tah lagi. Uols tunggu apa lagi? Minumlah jus orang kampung! 
'saya menang motorrr'


Ok bebeh, memandangkan jam plastik pasar malam akak ni menunjukkan pukul 3.10 pagi, so akak nak tido dulu. Esok takut aku terlajak sahur. Amalkan lah tips hakak tu wokey. Selain tu, akak nak mintak pendapat uols kalau ada tips lain yang berguna. Bolehlah kita berkongsi dengan kawan-kawan yang lain di bulan ramadon ni. Tinggalkan komen ya! Papai uolss






Sabtu, 28 Julai 2012

Fakta Menarik






Ramadhan ertinya panas terik





Bulan diturunkan Al-Quran 




Terjadinya perang Badar Kubra dan memperolehi kemenangan




Bulan di mana Nabi mengambil alih Mekah dari tangan Musyrikin dan berahirnya penyembahan berhala




Di dalamnya terdapat malam Al-Qadar yakni lebih baik dari 1000 bulan 

Khamis, 26 Julai 2012

Atok bukan lagi orang negori!!!

Assalammualaikum dan peace yo bebeh...


Oh no, setelah pernah dikecewakan dengan berita palsu dan berita salah faham satu masa dulu, akhirnya tanggal hari Isnin yang lalu atok tolah mendapat perkhabaran gumbira untuk tahun ni. Ecah nak tau?....sibuk je nak tahu kan...err ke haku yang sibuk nak bercerita...ok fine, di bolan ramadhon ni atok mengalah hokey. Ok sambung balik ayat tergantung tadi....

Atok mendapat perkhabaran gumbira bahawasanyo atok akan berhijrah ke melaka berkuatkuaso 1 Ogos 2012 ni nanti! Atok telah bertukar tompek kojo di Melaka. Oh crap. Maksudnyo atok bukan lagi duduk di Nismilan. Pehni atok kono belajau speking bahasau Melakau (errr await pelik bunyi?)

Yahoooo...sokor ke hadrot Illahi akhirnya kesabaran atok berbaloi jugak. Dah lamo atok mintak tukar. Akhirnya impian tu tercapai. Ramai yang mengucapkan tahniah macam lah haku ni baru mendapat anugerah penyanyi latar terbaek. Dan terima kasih kepada 43 orang yang like status atok ittew di FB setakat 26/7/2012 jam 1:14am. Terasa seakan retis mengalahkan Nelopah. puiiih.

Tak lupo jugak kepada bekas big boss atok yang dulu yang mengucapkan tahniah di pesbok. Boss ko hado? Pasni atok nak bekojo bersungguh-sungguh di tompek baru. Mulo lapor diri awal ogos ni tapi atok cubo mintak penangguhan sampai hujung bulan ogos. Sobab unit atok kekurangan staf. Kebetulan sorang coti bersalin, dan sorang lagi dapek bertukar samo tarikh dengan atok. So, tak ramai yang tinggal. 

Sedih dan terharu pabila orang keduo kuat kat opis atok panggil masuk bilik dia petang semalam. Dia bakal bersara kurang dari sebulan dari sekarang. Ayat terakhirnya benar-benar memberi kesan pada atok.

"Saya ingatkan saya akan pergi dulu, rupanya kamu dan Siti. Kami akan terasa kehilangan kalian berdua"

Atok pun terus berlalu keluar dari bilik dan kata-kata tu bermain-main dalam fikiran atok. Sayu. Sedih. Berat hati nak meninggalkan tompek ni setelah hampir 4 tahun atok menabur bakti. Taburr ke??. Disinilah tempat atok mengenal apakah itu alam pekerjaan sebenar. Di sini jugalah atok mengenal sahabat sejati yang tak kan terputus sampai bila-bila. InsyaAllah. Di sinilah kami bermula (*tiber masuk iklan milo)

Walaupun jasad atok bukan di sini kelak, tapi kalian tetap di hati atok. Terima kasih MdI N Sembilan.




p/s : Jangan risau dongan loghat atok bebeh. Atok tak kan convert ke loghat melakau. Atok tatap merapek dalam loghat terchento nih. Kerana diriku begitu berharga di sinilah uwan, atok, sedaro, omak, ayah atok menotap. Kek sinilah asal den terbentuk.

Go Go Malaysia!!  *tiber 



Selasa, 24 Julai 2012

Bagaimana Nak Melatih Anak Mula Berpuasa?

Tok Wan
Assalammualaikum tok wan. Saya Esah mempunyai 3 orang anak yang masih kecil lingkungan 3 ke 7 tahun. Masalah yang Esah hadapi adalah Esah nak melatih anak sulung Esah yang berumur 7 tahun tu untuk mula berpuasa. Tetapi anak teruna Esah tu sangat liat nak bangun sahur. Jika bangun sekalipun, tengah hari tu dia merengek-rengek kat Esah nak berbuka puasa. Sebagai seorang ibu, Esah tak sampai hati tengok anak merayu-rayu meraih simpati macam tu. Tapi kalau diikutkan sampai bila dia tak nak belajar berpuasa? Tolong bagi pandangan tok wan ya bagaimana caranya untuk melatih anak berpuasa?


Waalaikumsalah Esah,
Gitew. Ala-ala cerita 3 dara nama ko eh. Esah. Enot. Ecah. Ok fine, yang Ecah tu uwan tak kompiden namo eh. Uwan percaya ibu-ibu di Malaysia pun mengalami masalah yang hampir sama dengan Esah. Bezanya laki diorang pun sekali masih belum terlatih. Macam ni, ada banyak perkara yang Esah boleh lakukan untuk menarik minat si anak berpuasa. Antaranya adalah...

1. Berikan ganjaran di peringkat permulaan puasa. Uwan bukan nak mengajar anak Esah mata duitan. Tapi masa uwan kecik-kecik dulu, mak apak uwan bagi upah setiap kali uwan berpuasa penuh. Kalau satu hari ada lobang tak poso, so perjanjian terbatal katanya. Apa kata di peringkat pembelajaran ni, Esah rewardkan anak sehari upah rm2? Sebolan baru rm60 hengget duit ko rabak. Nanti, bila si anak ni dah pandai berpuasa sendiri, terus terang kat dia cakap Allah bagi ganjaran lagi besar dari rm2 sehari tu. Nak ganjaran ummi ke nak ganjaran Allah. (jap, anak ko panggil ko ummi ke omak?)

2. Asingkan juadah berbuka puasa. Ko ada tengok tak cerita Diari Ramadhan Rafiq tu Esah? Haa, kan anak omputeh tu yg si Rafiq ke apa nama dia,  tak boleh berbuka puasa sama dengan orang yang berpuasa. Itu kiranya hukuman tak berpuasa lah tu. Apa kata nanti Esah hidangkan mereka yang berpuasa dengan hidangan yang enak-enak. Anak Esah yang degil berpuasa tu Esah hidangkan dengan nasi putih lauk ikan masin belah. Kalau tak sampai hati sangat, buat goreng telur berkicap.

3. Cuba tarik perhatian anak. Haa, ini antara kaedah yang Uwan selalu tekankan pada ibu-ibu masa sekarang. Anak kita sebenarnya boleh bertahan jika takdo cobaan seperti ternampak uncle Moothy jual eskrem. Kalau si anak ni tadi cakap nak buka puasa, cuba Esah alihkan perhatiannya. Cuba Ecah ajak si anak ni tadi menonton TV ke, bermain games ke, berenang kuak lentang 200m ke, main chess ke, apa2 je lah aktiviti yang boleh menarik perhatiannya supaya dia tak perasan dengan detik masa yang terlalu panjang. 

4. Belikan novel kanak-kanak atau buku cerita. Kalau dapat novel omputeh lagi bagus. Dapat memperkayakan tatabahasa anak ittew. Tak pun Uwan cadangkan Esah belikan anak buku teladan yang terdapat dalam Al-Quran. Kan ada kan. Kisah kapal Nabi Nuh. Kisah Nabi Sulaiman dan macam-macam lagi. Nanti anak tak cepat bosan selain mendekatkan diri dengan Islam.

Uwan rasa itu sajalah pengalaman yang dapat uwan kongsikan dengan Esah dalam membesarkan 18 orang anak dolu-dolu. Kuek kan aku. Ada anak 2 team bola sepak katanya. Ok Esah, yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu datang dari Uwan sendiri. Selamat mencoba!

Sabtu, 21 Julai 2012

Fakta Menarik




Adakah anda tahu tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Bulan Ramadhan?


  1. Peperangan Bada Kubro ( 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah)
  2. Pembukaan Kota Mekah ( 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah)
  3. Sebahagian daripada peristiwa peperangan Tabuk ( tahun 9 Hijrah)
  4. Tersebar Islam ke Yaman ( tahun 9 Hijrah)
  5. Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza ( tahun 8 Hijrah)
  6. Islamnya Bani Tsaqif dan mereka menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah ( tahun 9 Hijrah)
  7. Peristiwa Ain Jalut iaitu Tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Qhutuz ( 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah)
  8. Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Thoriqa Bin Ziyad ( 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah)
Kalau perasan banyak peristiwa penting buat umat Islam berlaku di bulan Ramadhan seolah-olah umat Islam semakin kuat dan banyak pertolongan dari Allah pada bulan mulia ini


Sempena Ramadhan ini, mari menderma dengan seikhlas hati. [LINK]



Jumaat, 20 Julai 2012

Lafaz Niat Berpuasa dan Berbuka Puasa






Berita baik Pemegang AmBank Kad, nak Ipad? Skodeng [SINI] 


Khamis, 19 Julai 2012

Keburukan Bawa Telefon Ke Sekolah

Mulai tahun hadapan, telefon bimbit dibenarkan di bawa ke sekolah. Tajuk berita hadapan Utusan Malaysia semalam. Apakah?

Atok tak tahu di mana rasionalnya jika bawa telefon ke sekolah. Kata ibubapa sekarang nak jaga keselamatan pelajar jika berlaku kes penculikan. Aku tengok yang ada henset canggih pun kena culik. Lagi sonang nak kono culik sobab orang tahu ko anak orang kaya siap pakai telepon canggih. Zaman atok dulu pun pakai yo telepon. Tapi telepon botol air tu lah. 

Secara peribadinya atok kurang bersetuju dengan cadangan tu. Banyak kosan buruk dari kesan baik untuk jangko maso akan datang. Ini pendapat atok lah k. Atok kurang setuju mulai tahun hadapan dibenarkan bawak telepon bimbit ke sekolah kerana.......

1. Mengganggu proses pembelajaran
Dah kalau anak ko bawak telepon bimbit, i pad segala ke sekolah sah sah lah kejap-kejap telepon berbunyi. Kojap uwan dia telepon tanya pakai spenda kaler apa arini. Kojap atok dia telepon tanya dah makan ke belum. Kojap pakcik sebolah rumah telepon. Kalau sorang berdering takpo. Ini kalau ado 30 orang dalam kelas tu, dan 30 orang sekali berdering hensetnya, tak meninggal cikgu anak ko??


haku jamin, kompem terganggu suasana pembelajaran

2. Menggalakkan kes kecurian
Dah namo pun budak-budak. Mesti nak lebih canggih dari kawannya. Dah kalau anak ko pakai henset Norkiah 3310, tapi kawannya plak canggih pakai iphone8 mesti anak ko nak curi iphone8 tu kan. Pastu berlakulah kejadian tuduh-menuduh. Tak cukup plak pastu gaduh-gaduh. Pastu lak mak bapak masuk campur. Pastu jumpa kat mahkamah. Hah, elok sangat la tu kan.

3. Menggalakkan budak sekolah melayari laman web tak sepatutnya.
Kalau dah ramai-ramai budak jantan duduk sekelompok terkulat-kulat tu apa lagi yang dibuatnya. Tengok cito lucah la kan. Kalau yang sorang kawan ni tak tahu link video lucah, tapi yang kawan sorang ni lak tahu, kan dah tersebar tu. Silap-silap cikgu mengajar subjek biologi kat depan, dia p mengkaji sistem peranakan kat bawah meja.




ko nak adik ko jadi cenggini??


4. Cikgu akan mengajar dalam suasana tertekan.
Mano tak eh, kalau si cikgu ni tadi nak menghukum pelajarnya yang membuat silap, secara automatik henset2 pelajar ni tadi terus merakam perilaku cikgu tu tadi. Pastu post kat pesbok. Fitnah letak tajuk "cikgu mendera pelajarnya sehingga mati". Tak pun pelajar ni tadi pergi retweet kat mak bapak dia. Pastu mak bapak dia datang sekolah menganjing-nganjing cikgu besar.

5. Menyusahkan ibu bapa.
Ada juga segelintir ibubapa yang kurang setuju dengan cadangan membawak telepon bimbit ke sekolah ni. Buktinya, nanti si anak akan paksa si mak ayah ni tadi beli henset canggih-canggih nak setara dengan kawan sekelasnya. Kalau tak dapat henset canggih, dia lari rumah. Tak pun buat part time keja tak senonoh. Ko ada baca tak berita pasal remaja melayan nafsu seks orang tua umur 60 tahun semata-mata mahukan barang gadget?? Ada??

cikgu-cikgu akan bertambah gemok...ko dial je student ko mintak kedatangan


6. Lu pikir la sendiri. Ponek den mikir eh. Walaupun ado kebaikannya, tapi bagi atok banyak buruknya. Atok tahu zaman dah berubah. Tak macam kito dulu. Tapi zaman kito dulu pun still boleh berjaya gak sekarang walaupun tanpa gadget canggih tu. Atok takut, generasi kito nanti bukan bertambah bijak, tapi bertambah bangang...ops sorry...k bye






All Malaysians should support AZIZUL for London Olympics and you can win exclusive roadbikers autographed by a top cyclist. Who is he? Click [HERE] for more info.

Rabu, 18 Julai 2012

Selasa, 17 Julai 2012

Rahsia duit Malaysia 2012?

Assalammualaikum. Tak jawab dose.


Ok, di minggu terakhir sebelum kito masuk bulan Ramadon ni, atok nak kongsi dengan Ecah rahsia di sebalik duit Malaysia 2012. Untuk pengetahuan Ecah yang masih lagi tak tahu atau buat2 tak amik tahu, duit Malaysia yang baru dah diedarkan semalam laie (Isnin). Apo2 pun moh kito skodeng duit malaysia ittew.


Ini goman eh duit Mesia Baru

Okeh, cubo Ecah perhatikan duit itu boto2. Apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik duit tu?....Yesza. Ko memang bijak. Adakah Ecah perasan bahawa kalau kito perhatikan duit-duit baru ni seolah-olah mengimbas kembali jaman kanak-kanak kito maso main games Saidina. Boto x? Kalau boto kasi hangguk itu kapala. Bagi generasi sekarang yang tak sompek kenal permainan Saidina tu meh atok tolong gugel kan untuk ko.













Oii, ni hantu air!




inilah permainan Saidina

Dulu jaman kegemilangan kanak-kanak atok dulu, selalu main natang ni. Kadang-kadang main sampai 3 4jam. Tak muak-muak. Atok bukan nak cakap mongak la. Tapi kalau atok main natang ni, selalunya atok akan.....................................kalah.  T_____________T
Jarang monang. Mungkin banyak bonar makan somut. Sampaikan ado yang perkecilkan kemampuan atok. Motep?

So, sejak diperkecilkan itu, atok pasang nekad. Atok harus merancang strategi untuk monang! Kasi bukakkan bijik matok budak-budak ni. So, setiap kali dapat satu pusingan tu, kita akan dapek gaji. Atok akan simpan separuh duit gaji tu bawah bontot sila kaki atok. Dapat je duit, atok simpan. Dapat je simpan. Simpan dan simpan.

Sampailah satu maso tu, atok berpeluang untuk mendirikan hotel kat tapak yang atok dah boli. Tapi yang menjadi masa'elahnya bilamana duit yang tersusun dopan mato atok tinggal nyawa-nyawa ikan. Atok tak mampu nak bina hotel. Kengkawan dah golakkan atok. Mereka memang jangkakan atok orang pertamo yang akan tersingkir. Seperti selalu. Sedddddeh.

Tapi! Baru atok teringat. Atok ado duit yang disimpan bawah sila tadi. So, atok keluarkan. Terbeliak bijik mato budak ni tengok duit atok. Bukan budak ni yo terbeliak, dengan haku sekali terbeliak. Banyak tuuu. So, atok pun beli hotel sederet untuk lot tu. Sebaik sajok atok bino hotel tu, ramai yang terperangkap masuk. Kono bayar kat atok. Sampailah diorang bankrap pastu tersingkir sorang domi sorang. Akhirnya atok menjadi juaro untuk kali pertamo! Yehuuuu.

Sojak dari aritu, atok pun terus pasang strategi asingkan duit gaji pastu sorokkan. Dan seperti selalu, atok monang. Hihi berlagak kan. 

Agaknya kalau kito praktikkan dalam kehidupan seharian strategi tu, atok raso kito mesti boleh jadi kayo kan.....Cubo kito anggap duit Malaysia Baru tu macam duit saidina kito jugak. Asingkan siap2 untuk simpanan maso dopan. Mano tahu mungkin satu hari nanti kito boto2 perlukan duit tu kan untuk menjana aset lain lak.

Bagus gak ado duit baru ni. Bersemangat nak menyimpan. Walaupun sikit lamo-lamo jadi bukit. Jom menabung   :)


Will Batman return to protect Gotham City?? Don't miss the epic conclusion to The Dark Knight Legend! Clik HERE for more info   ;)

Isnin, 16 Julai 2012

Teka-teki paling best # 5

Que & Anne
Hi bro & sis. Remember us? Kamilah si kembar sengal!! (sebut dengan tone doraemon keluarkan barang dari poket). Baiklah minggu ni kami nak kongsikan dengan bro & sis teka-teki yang berikutnya. Kalau nak skodeng teka-teki sebelum ni sila klik di [SINI]


Teka teki pertama
Que : Banyak-banyak binatang, binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya di kepala??
Anne : Emmm.....aaa!....binatang cacat???
Que : Salah! KUTU!!!....bahahahahaha.......






Teka-teki kedua
Que : Saya ada 3 kepala, 4 tangan, dan 5 kaki.....siapakah saya???
Anne : PEMBOHONG!!!

















Que : Omaigottt!!!............betul!

Sabtu, 14 Julai 2012

Fakta Menarik

Satu-satunya makanan yang tidak akan basi atau rosak adalah madu





Dalam masa 18 bulan, 2 ekor tikus boleh membiak lebih dari sejuta ekor anak tikus




Apakah persamaan antara kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Kesemuanya dicipta oleh Perempuan




Menurut ahli sains, manusia akan berhenti bercakap setiap 7 minit





Ngauman seekor singa boleh didengari dalam jarak 3km

Khamis, 12 Julai 2012

Kereta Idaman??

Assalammualaikum dan peace yo!


Hamek. Pagi-pagi buto laie dah membebel pasal kereto idaman kan. Macam ni, 2 3 hari lopeh kawan-kawan sepejabat atok bersarapan kat tompat atok. Kiro eh mejo tu jadi medan perbualan topik harian la sambil2 sarapan pagi tu kan. Tapi awas, bukan mengumpek yo. Kami bersarap sambil buek kojo dan mengeratkan hubungan silatur rahim. Kekdahnya.

Nak dipendekkan cerito, topik perbualan pado hari itu berkisarkan keto idaman. Keluarlah bermacam-macam spesis keto idaman masing-masing. Ini kito andaikan kalau masing-masing berduit lah yo. Kalau masing-masing bergaji bosar. Tak salah mengidam. Kalo ado rezoki dapat meraso naik pun jadi la kan.

So, ado yang mengidam nak pakai toyota vios, ado nak pakai toyota celica, ado ngidam nak pakai caldina, ado ngidam nak pakai honda civic (aku lettew), ado ngidam nak pakai fair lady!! (sebutan lady bird oleh kak za!). Macam-macam keturunan kereto keluar uols. Atok tekankan sekali lagi. Ini in case kalau berduit banyak la yo.








Ini atok kato, kalau duit banyak la yo.....kalau.....


So, sampai saat giliran akak ni. Kami tanyo dio apo keto kegemarannya dolu-dolu. 

"Hakak hakak....akak minat keto camno pulak?,"soal kami kepada akak ittew.

"Akak minat keto Honda EK4!,"jawabnya tulus. Masing-masing terdiam. Ado yang garu kepalo. Honda apo tu? Tak ponah dongar pun? So atok pun terus mencapai tetikus di hadapan  then terus google image Honda EK4 tuh...pastu keluwau gambau cenggini...





















****bunyik cengkerik*****







Pastu akak tu cepat-cepat menjerit....

"Hoi! bukan Honda EX5!, Honda ER4!!! ER4!!!!!,"ditekankan sekali lagi.



"woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!"

Terus tangan atok menggigil cari image google Honda ER4. Silap taip daaa.











Akak tu terus mengurut dada sambil menghembus nafas lega......

"Haaaa, inilah keto idaman hakak,"katanya tersenyum simpul. Atok dan kengkawan dah mengucap panjang di dalam hati.




p/s : Keto idaman Ecah apo pulak   :)

Selasa, 10 Julai 2012

Kebosanan tahap cipan

Tu dia. Buat pertama kalinya untuk tahun 2012 ni atok teraso sangat bosan malam tadi. Tak tahu mano silapnya. Nak ikutkan banyak yo kojo yang masih pending laie sepatutnya atok kono selosaikan. Tapi den buek tak apik yo. Sebolum ni atok cakap bosar. Selagi umah atok ni ado internet yang dilanggan dengan linenya yang ala-ala mati segan hidup tak mahu, selagi itulah hidup haku tak kan bosan walaupun tak hado tibi LCD samsung 80 hinci. Akhirnya malam tadi, kato-kato atok tu bulih humban dalam tong sampah. Ado internet pun totap bosan!

Atok ponah dongar cakap orang ceghedik pandai. Kalau kojo dah terlampau banyak, tapi dalam maso yang samo kito teraso malas sangat, makno eh duo kali jumaat la tu badan kito dah hantar isyarat ke otak supaya rehat secukupnya. Sobab tu kito raso berat sangat badan atau kato kasar eh peloso.

Dan telah terbukti malam tadi bahawasanya atok tersadai di atas tilam selama 2 3 jam tanpa buek apo2 pun. Usik laptop tidak. Edit gambau tidak. Tngok katon Futurama episod 3 tidak. Mesej tidak. Talipon tidak. Mandi tidak. Pendek kato sumo tidak. Cumo pandang siling sambil mato berkolip-kolip.

Sobab seminggu duo ni atok memang tak cukup rehat raso eh. Isnin bawak ko Jumaat kojo. Sabtu ahad ado shooting duo minggu berturutan. Siang time kojo lak, buek penyesuaian yang tak sesuai2 dari aritu. Potang turun joging kasi bakar lomak dogil yang tak surut2 dari tahun lopeh. Malam kalau rajin sambung editing. Kalau maleh, terkangkang bawak ko pagi. Bosan kan kitaran hidup atok.

So kesimpulannya, badan kito bukannya mesin basuh, mesin pengisar lada mahupun mesin tebu. Sehebat manopun badan kito ni, setogap mano pun (togap ko??), badan kito perlukan rehat secukupnya. Jangan sampai otak bagi isyarat kat badan supayo bertindak pasif dan maleh. Macam situasi yang atok hadapi sekarang ni haa...Adoyaiiiii masa'elah tul!

Sekian

Isnin, 9 Julai 2012

Apa itu White Balance?

suhami ahmad

Salam kengkawan,


Ok episod kali ini am nak ajar korang tentang basic dslr yang selanjutnya, white balance. Apa itu white balance? Kalau kita translatekan dalam bahasa melayu ia akan menjadi keseimbangan putih. Wakaka, macam kelakor lak bunyi nya kan.

White Balance (WB) ni adalah satu proses mengasingkan warna yang tidak realisitk. Dalam keadaan ini objek putih pada sesuatu objek akan dibaca sebagai warna putih (betul-betul putih) di dalam gambar. Paham tak?

Untuk lebih kefahaman cuba try and error dengan White Balance setting di dalam dslr kita. Setting yang berlainan akan menghasilkan suhu warna yang berbeza-beza. Cuba perhatikan gambar rajah yang am lampirkan di bawah.


Nampak tak perbezaan gambar tu? Kalau kita gunakan auto WB gambar akan jadi macam yang pertama atas kiri tu. Dan begitulah jika kita menggunakan setting seperti daylight, shady, cloudly, flurescent, incandecent tungsten dan lain-lain. Kalau cuaca redup, gunakanlah setting shady dan sebagainya ikut kesesuaian mood yang kita nak gambar tu hasilkan. Pemilihan WB yang tepat sangat penting supaya skin tone potrait ataupun gambar yang kita nak ambil tu tak lari.

Macam am prefer guna kelvin. Kat atas tu takda contoh gambar yang gunakan setting WB kelvin kan. Baiklah, cuba tengok perbandingan gambar seterusnya.



Kalau kita setting kan kelvin bawah dari 5000, tone ataupun mood gambar yang dihasilkan sejuk @ cool. Sesuai jika kita gunakan masa hari panas terik ataupun apabila cahaya sekitar terlampau kuning. Kalau nak hasilkan gambar yang nampak kekuningan dan mewah, setting kan WB Kelvin pada suhu atas dari 5000. Senang kan?

WB ni penting untuk menghasilkan gambar yang sempurna. Gambar yang sempurna adalah gambar yang dihasilkan sebijik macam apa yang mata kita nampak. Tak salah jika nak bermain tone, tapi kena ikut kesesuaian.

So, menda ni kena banyak bereksperimentasi. Selamat mencuba!




Di olah semula dari : Apa itu White Balance

Khamis, 5 Julai 2012

Zaman Sekolah Jahat!

Tu dia. Ala2 bekas taiko sekolah Henry Gurney lak haku post tajuk cam kat atas tu kan. Walhal cikgu tengking sikit kat kelas dah nak terkencing. Nak dipendekkan cerito, semalam atok dan opismate makan malam di restoren apa ntah, lupo namo eh. Main menu malam tu sate. Termasuklah sate tulang.

Dalam dok syiok bercerito tu, terkeluarlah alkisah zaman sekolah dolu-dolu. Ada kakak kat tompek atok bekojo ni pun mulokan cerito...Cerito pasal adiknya penah mengambil karya lukisan akak tu pastu dapek nombor tigo di sekolah. Cerito yang keduo pulak, kisah maso subjek ekonomi rumah tanggo. Projek jahitan baju tu dio p hantar kodai cino then koba dio yang jahitkan. Kami bantai terbahak-bahak la time tu kan. Masing-masing kojo nak sonang. Terus mengelat. Time atok lak bercerito.

"Uols nak tahu masa zaman i sekolah dolu?,"atok mulokan cerito.

"Masa tu subjek kemahiran hidup tingkatan 2 kalau tak silap i. Maso tu ado projek masak-memasak,"atok dah start nak tergolak.

"Ok....teruskan....."

"Maso tu kumpulan kami masak nasi goreng. Uols tahu tak apa kami dok letak dalam tu??,"soal atok pada kawan-kawan opis ni tadi.

"Tak tahu"

"I letak perencah nasi goreng. Pastu gaul ngan nasi, siap!!!!,"budak -budak ni bantai tergolak. Kerja senang punya kes kan.

"Pastukan. Pastu....kami ada pesaing gak tau masak nasi goreng ni. Tapi dia x ngelat macam kami. Dia tumis bawang betui2. Korang tahu apa yang group kami buat untuk pastikan kami menang???,"masing-masing dah tak sesabau nak dengar jawapan dari atok.








"I curahkan garam segantang dalam kuali dia bila line clear!!!!"















****bunyik cengkerik*****








Selasa, 3 Julai 2012

Bayar banyak tapi tetap menganggur!


Mata atok terus membaca bait-bait kata di Berita Harian Online pagi tadi. Terus tertancap pada tajuk Juruterbang menganggur. Cubo Ecah bayangkan, ko dah labur duit dalam rm200,000 untuk belajar bidang penerbangan tapi ujung2 dapat tahu tak dapek kojo. Tak menangis?

Atok yang berhutang 10% dari rm200,000 tu pun dah terpeletok tulang nak membayar eh. Ini kan pulak 200,000 tu. Kalo gaji ko sebulan 10 ribu bulih la lagi nak hidup. Ni setakat ko keje berniaga burger, bekerja kilang atau keja di pasar raya, atok raso tak kan mampu nak hidup dongan bayar hutang tu.

Kito ni bernasib baik kerano dimudahkan Allah dalam urusan duniawi ni. Walaupun atok belajar tak tinggi tapi syukur alhamdulillah rezeki yang Allah kasi tu tak ponah putus. Syukur ado yo datang dari pelbagai sumber. Jangan kito fikir kito dah ado segulung ijazah mahupun master, kito boleh berjaya dalam hidup. Orang yang takdo SPM pun boleh bergelar jutawan. Jadi janganlah sekali-kali kito menghino atau memandang orang yang tak berpelajaran ni sebolah mato.

Rezeki dan Jodoh Allah dah tetapkan sejak dalam kandungan lagi....



Sumber : Berita Harian

Isnin, 2 Julai 2012



tok wan
Salam nana,
Trimas kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Uwan untuk memberikan pendapat. Situasi nana ni sama macam salah seorang cucu uwan. Cumanya cucu uwan itew sambung belajar di Tingkatan 6. Dalam masa yang sama dia dapat tawaran sambung belajar di UniKL.

Mai sini uwan nak kongsi pendapat. Mana yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu pendapat uwan sendiri tau. Jap, uwan nak betulkan selendang jap. Ok dah. Cenggini, bagi pendapat peribadi uwan, Nana kena pastikan apa sebenarnya yang Nana minat? Apa Nana nak jadi selepas ini? Adakah Nana ingin menjadi seorang Jurutera? Ataukah Pensyarah? Ataukah suri rumah. Upss.

Semua pilihan berada di tangan Nana sendiri. Takda pun tertulis kat tangan Uwan apatahlagi Kak Milah. Mahupun Atok. Nana sendiri yang tahu apa yang Nana minat. Pendapat Uwan, Nana pilihlah kursus yang boleh membawa Nana untuk mencapai cita-cita Nana satu hari nanti. Samaada dapat sambung Digri atau tak itu cerita lain. Yang penting sekarang Nana kena mulakan langkah pertama tu dolu.

Jika Uwan diberi pilihan, memandangkan kursus yang ditawarkan hampir sama dan masih dibawah kejuruteraan, Uwan akan pilih politeknik. Sebab apa uwan pilih politeknik. Sebab suka hati haku lew. Sebabnya yuran di Politeknik murah. Dan untuk pengetahuan nana, politeknik merupakan IPTA. Dan bukannya IPTS, IPTU, IPTX dan seangkatan dengannya.

Dan dari segi kursus yang ditawarkan di politeknik tu pun general dan tak khusus seperti UniKL tu. Maksud uwan di sini, nana ada banyak pilihan selepas ini samada nak hamek kejuruteraan yang sub kepada sivil engineering ni. Yang UniKL tu kan spesifik. So, bagi uwan peluang tu tak banyak nak pergi ke cabang lain. Dan berita baiknya di politeknik ada latihan industri selama 1 semester iaitu bersamaan hampir 5 6 bulan. Kan dah kumpul banyak pengalaman kerja tu kan. 

Sapa kata kalau amik kejuruteraan awam ni mesti kena jadi buruh binaan? Mai habaq kat uwan, biar uwan kasi lesing satu kali. Entah mana dia belajar ntah. Jadinya, nana juga berpeluang untuk menjadi seorang pensyarah (in case kalau tak mau kojo bawah panas la kan) mahupun tenaga pengajar di sekolah ataupun kolej2 lain. Jangan sesekali takut untuk mencuba. Kerana selagi tak mencuba tu, itu merupakan kegagalan kita yang pertama dan kegagalan yang paling teruk sekali dilakukan oleh manusia. Tapi jangan ko cuba hisap ganja lak yo. Kena saman uwan nanti.

sebarang masalah tentang apo2 yolah bolehlah keutarakan pada tok wan dengan meninggalkan komen di bawah......uwan undur diri dulu na....
Ok bebeh, uwan tido dulu yo. Nak mendapatkan tidur yang cukup bagi menjaga awet muda katanya. Walhal...........

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih