Khamis, 31 Mei 2012

Marvel Superheroes 4D

Assalammualaikum dan peace yo O'O ye kan!


Ok, atok sambung lagi perjalanan maso masuk kat Trans Studio Bandung haritu. Lopeh yo mato atok bertukar warna putih di Yamaha Racing Coaster tu, destinasi seterusnya atok singgah di Marvel Superheroes 4D. Nak ikutkan tompek sepatutnya poie dulu di Transcar Racing, Giant Swing, Si Bolang Adventure, Vertigo, Dunia Anak....tapi mato dah terpandang kan superhero The Avengers tu, terus langkau ke situ....





Ini antaro superhero yang ado dalam Marvel Super Mak Hereos 4D
Sejujurnya atok memang tak ponah laie jojak ke tempat cenggini. Even wayang Titanic 3D mahupun Final Destination 3D sampai sekarang pun atok tak tengok-tengok laie. Apatah laie Ombak Rindu yang takde 3D tu kan. Sobab atok bukan kaki wayang. So, pengalaman menonton short film berbentuk 4D ni memang mengujakan atok.

Yang menjelir lidah tu namanya Awar....suka ko kan awar...Awar ni pemalu tau menurut  kata kakaknya...tapi bila atok tengok gambar ni, atok jadi kompiuss
Kalau Ecah nak tahu, di Marvel Superhereos 4D ni merupakan simulator 4D yang pertama di dunia yang menampilkan watak Marvel seperti Spiderman, Hulk, Captain America, Ironman dan Wolverine. Maso atok masuk kat bilik ala-ala pawagam tu, atok di minta untuk memakai spek mato 4D. Spek Jaapar Tongek atok tu terpakso lotak ke tepi dulu sebab tak boleh pakai double. Kat depan tu ado skrin bosar. Macam pawagam tu. Kerusi dia macam kerusi pesawat UFO.

Cubo ko tengok manusia2 yang pakai spek 4D tu...nampak je macam kusyuk walhal gelap je  nampak...atok  cuba mencari titik fokus
Atok dah risaulah kan. Kalau ko tengok muka aku kat atas tu pun dah boleh agak tahap kerisauan tu. Yelah, kalau 3D dah macam real, 4D macam mana pulak kan? Dalam fikiran atok dah terbayangkan ada orang dalam tu pakai kostum superhero tadi pastu beraksi dopan mato atok. Kalau macam tulah, baik tak payah kan. Baik atok poie A&W bermain bersama kostum beruang coklat tu kan.

Kebetulan pulak kat sebolah kerusi team atok duduk tu bertutup dengan kain hitam. Atok risaulah jugak kan tiba-tiba pulak kain itam tu ado robot mengamuk-ngamuk ke kan. Pastu cuit-cuit aku ke. Kerusi tu betul-betul sebelah atok. Dah cuak dah ni. Risau melanda tahap cipan. Pastu lampu sume terpadam!

atok dah terbayangkan , simulator 4D ni ala-ala histogram image terpacul depan atok....


"Ok, bersedia semuanya!,"jerit petugas dalam tu.

Pastu wayang pun dimainkan. Rupa-rupanya tayangan tu macam 3D jugak. Cita dalam ni berkisarkan superheroes yang atok senaraikan tadi berlawan dengan robot besar yang jahat. Ada satu slot tu.,cermin pecah, cermin tu betul-betul macam nak hiris muka kita. Sampai kawan atok terkapai-kapailah tangan nak elak dari kena cermin. Penangan nak gambarkan ke'real'an dia tu kan. Atok pun ikut terkapailah. Pastu canggihnya, kalau si Hulk hijau tu tepuk tangan kuat-kuat, angin kuat terus hembus muka atok depan-depan kemudian kerusi yang atok duduk tu terus terdorong ke belakang. Kawan-kawan terus menjerit. Memang real! 

Bila saatnya si robot jahat tadi tewas, dia betul-betul tumbang ke bumi. Dengan kami-kami sekali bergegar terasa tempiasnya. Ada satu slot tiba-tiba muka atok kena percikan air. Bila tanya kawan air apa tu, dia kata anjing melibas bulu. Badannya basah masuk kolam sebab nak elak dari terkena himpap kat robot tadi. Pastu anjing tu kibas-kibaskan bulunya. Air betul-betul terpecik kat muka atok! Nak samak tak tu?? 

Dan yang paling menarik bila watak jahat ni tadi mengeluarkan tentera terakhirnya yang merupakan lebah robot, tiba-tiba kaki atok rasa geli seakan kepak-kepak lebah robot tadi berebut keluar dari bawah kaki kami. Pun atlast kalah jugek. Kesimpulannya superhereos ni tadi menang akhirnya... 

Tayangan secara purata lingkungan 10 minit itu betul-betul membuatkan kawan-kawan atok teruja!...tapi atok masih lagi blur-blur. Atok tak dapat mengamati tayangan 4D tu secara baik sebab spek mato Jaapar Tongek atok dah ditanggalkan awal-awal tadi. Yang atok nampak cumo bayangan samar-samar sajok!!!....itupun nasib baik ada anjing libas-libas air kena ke muka........barulah terasa sikit kesan "4D" nya...

Sigh......

p/s : 5 bintang. Wajib poie sini. Kalau next time atok berpeluang dapek repeat, atok nak pakai gak spek mato Jaapar Tongek + Spek mato 4D. Kompem watak-watak tu tersembul dopan mato!




Rabu, 30 Mei 2012

Selasa, 29 Mei 2012

Trans Studio Bandung (Yamaha Racing Coaster)

Assalammualaikum dan peace yo O'O ye kan!

Ok, hari ini atok nak kongsikan dengan Ecah pengalaman atok di Trans Studio Bandung tempoh hari. Trans Studio Bandung ni adolah Indoor Theme Park terbesar di dunio. Kat dalam ni ado lobih kurang 20 jenis permainan dan hiburan. Maso atok mulo-mulo masuk tu, bayaran yang dikonokan dalam rp 200,000 iaitu bersamaan dalam rm67 duit kito. Kiro berbaloi la tu kan. Bandingkan dengan USS kat Singapore. Dalam rm150 duit kito dan tak sumo tompek boleh masuk free. Kat Trans Studio ni masuk yo colah mano yang Ecah suko. Sumo free! Trans Studio ni hak milik stesyen TV di Indonesia. Sepanjang atok kat Bandung tu, siaran ni jelah yang atok tonton di TV. Kira pemes gak lah siaran ni.


macam biaso,.....pose dulu....



Dah bersedio menyertai atok dalam penggembaraan trans studio nih? Ok sila pakai tali pinggang keledar. Ayark...

Tompek pertamo yang atok pergi adolah Yamaha Racing Coaster. Yamaha Racing Coaster ni merupakan Roller Coaster yang paling laju di dunia dengan manuver gerakan mundur yang sensasi. Aiceh...

Maso mulo-mulo atok masuk ke sini takdo raso apo-apo lah kan. Ingatkan macam permainan video tu. Kito duduk atas motor pastu depan ado skrin macam kito bawak motor kan. Ala-ala macam games motor tu. Ok, dah banyak kali haku mention perkataan games. 

ko senyum-senyum kerang busuk kan tok...sat g tak tahu apa yang menanti...
Pastu, petugas kat situ suruh atok tinggalkan Neloopah, spek mato Jaapar Tongek, wallet segala kan dalam sebuah plastik khas. Atok dah kompius la kan. Nak naik motor pun kena tanggal sumo tu.  Nasib baik tak tanggal seluar. Last-last bilo gondolan train tu dah terkatub rapat kat dada atok, baru atok perasan yang Yamaha Racing Coaster ni ala-ala roller coaster. Dah nama pun coaster kat hujung tu kan camne lah haku tak perasan mula-mula tadi. Mampos aku sat g.

Pastu, petugas ala-ala gadis litar tu jerit kat mikropen
"Ok guys, are you ready??? 1, 2 3!!!"

Mamposss....Atok rasakan jantung atok tertinggal kat belakang. Kelajuannya menyamai kereta formula 1!..Melebihi 300km sejam. Pastu bilo saatnya sampai selekoh, atok dah terasa nak tercampak ke luar jatuh ke bawah pastu berkecai ibarat pepasir di lautan. Masa 15 saat tu atok raso macam 15 tahun!!....Pastu gondolan train tadi berhenti kat landasan yang mencanak tu kalau Ecah perasan kat gambau atas tu. So, atok tergantung dalam 5 saat camtu. Yang ibaratnya 50 tahun!!

Maso tu suaro dah tak mampu nak terkeluar lagi. Mano yang jantan keluar sore betino. Mano yang pompuan, keluar sore jantan. Macam-macam berlaku maso tergantung tu. Pastu tanpa di jangko, dengan kelajuan yang samo macam tadi, train tadi bergerak lak mengundur 300++ sejam bagi atok macam kelajuan jet pejuang tentera Albania! Kalau tadi jantung tertinggal, sekarang ni dengan kepala hotak dan bijik-bijik mata nak terjatuh ke bawah. Ngeri!!

Time tulah atok terdengar orang menjerit namo omaklah. Uwan lah. Mengucap panjang lah. Macam-macam perkataan tersembul yang atok dongar maso tu. Mano pompuan yang rambut panjang tu, sebijik macam Juon kat atas tu dah. Terlibas ke dopan.

Bila selamat sampai ke tempat berlepas awal tadi, rambut pacak atok dah jadi balung ayam. Mata dah putih. Tekak dah kembang. Pastu penyepit train tadi terbukak. Perjalanan total up 35 saat tu ibarat 350 hari bagi atok. Mampos tak mau ulang siar lagi. Atok raso itulah coaster paling laju sekali kat alam semesta.....Insaf tapi mengujakan!

Kalau poie Trans Studio Bandung ni, wajib singgah try naik menatang ni. Sekali seumur hidup pun takpo....


Ok, nanti kito sambung laie perjalanan seterusnya.......Marvel Superheroes 4D!!

Isnin, 28 Mei 2012

Politeknik bagus ke tidak?

Assalammualaikum Tok Wan,
Nama saya Nurfarah Amirah. Tok Wan, baru-baru ni saya dapat tawaran sambung belajar di Politeknik. Sekarang ni saya tak berapa nak yakin untuk menyambung pelajaran kat politeknik. Saya dapat tawaran sambung pelajaran di politeknik premier Ungu Omar dengan kelayakan 4A SPM dalam kos Teknologi Maklumat Rangkaian. Untuk makluman Tok Wan juga, teman-teman saya mengatakan Politeknik ramai pelajar lelaki dan saya takut saya adalah golongan minoriti yang akan tersisih. Lagipun saya dimaklumkan juga golongan perempuan macam kami susah untuk mendapat kerja jika menyambung pelajaran di Politeknik. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Guru satu hari nanti. Tolonglah saya bagi pandangan Tok Wan. Terima kasih.


Waalaikumsalam Amirah,
Amirah jangan marah kalau Uwan direct sound kat Amirah. Untuk pengetahuan Amirah, apo yang teman-teman Amirah katakan ittew sesat-sesat belaka. Mana mungkin golongan perempuan di Politeknik tersisih dan sukar untuk mendapat pekerjaan selepas habis belajar nanti? Cuba tunjukkan kat Uwan dalam akta berapa subseksyen berapa perkara itu dinyatakan. Gittew. Feeling hakim katanya.

Amirah, dolu masa Uwan lepas SPM Uwan masuk ke Politeknik dulu. Dolu Uwan pun pernah mengalami nasib ataupun fikiran yang sama macam Amirah. Dulu pun Uwan fikirkan pelajar Politeknik ni adalah untuk pelajar kelas kedua yang tidak dapat sambung belajar ke Universiti. Kalau macam tulah Amirah fikirkan, Amirah silap. Ni yang Uwan nak amarah ni.

Jika dibandingkan diploma politeknik dengan diploma universiti, Uwan berani katakan harga diploma politeknik lagi mahal  tapi yurannya sangat murah dan berpatutan!. Berbeza dengan IPTA/IPTS lain selain UiTM. Sobab apa Uwan katakan cenggitu? Sobabnya diploma politeknik ada praktikal dan kebanyakan sukatan pelajarannya dalam bentuk amali bukan bacaan semata-mata.

Mana datangnya golongan perempuan kat Politeknik adalah golongan minoriti dan susah nak dapat kerja? Uwan berani gigit jari kalau ada yang terima nasib camtu. Macam kawan Uwan, lepas je tamat politeknik, dia terus mohon Ijazah di Universiti tempatan. Now dia dah jadi lecture! Tak semestinya Amirah ambil lulusan engineering, Amirah kena jadi jurutera. Dan tak semestinya Amirah amik kos komputer, kena jadi Bill Gates...eh....Banyak lagi option yang Amirah boleh pilih lepas ni sesuai dengan hobi dan minat Amirah.
Masa di Politeknik jugaklah Uwan menemui potensi peribadi Uwan. Kalau dolu masa sekolah menengah Uwan lah paling Autisme a.k.a takda personaliti langsung. Lemau. Pendiam. Ayam berak kapur. Now, setelah uwan masuk politeknik, personaliti Uwan terus menjadi positif. Periang. Peramah. Gila-gila. Bertanggungjawab. Dedikasi....*matiler puji diri sendiri.

Soal susah nak dapat kerja tu, itu suma ajaran sesat. Masa Uwan interview di Jabatan kerajaan zaman moda-moda dolu dolu, hampir 60% pernah belajar di Politeknik. So, tang mananya susah nak dapat kerja tu? Cuma pegang satu perkara ni je. Kalau result Amirah gempak, pegang jawatan dalam persatuan or what so ever, dan punyai personaliti...Uwan gigit jari...majikan yang berebut-rebut cari Amirah!...tak caya tanya gegul lepasan Politeknik.....Are you agree with me gurl???....puts your hands up!.........eh

Sekian, wassalamu...




p/s : Apesal banyak gigit jari?

Jumaat, 25 Mei 2012

Tangkuban Perahu, Indonesia

Assalammualaikum dan peace yo O'O ye kan!


Wokey-wokey atok teruskan lagi perjalanan ke tempat menarik di Bandung tempoh hari. Tempat seterusnya yang atok dan teman-teman singgah di Tangkubang Perahu. Macam mano boleh dapat namo Tangkuban Perahu ni?

Maso nak masuk ke tampat ni dikonokan bayaran dalam rp 50,000 kalau tak silap atok bersamaan rm16. Dio akan tanyo kito pelancong dari mano. Tapi kalau penduduk tempatan atok raso lagi murah sikit yuran masuk tu. Memandangkan muka atok iras-iras Korea-Jepun, so atok tak boleh nak cengelat menipulah cakap warga Indonesia kan. Nak tak nak atok terpaksa mengaku warga luar negara.....*mampoooss

Masa nak naik ke atas tu, sepanjang perjalanan terpacak banyak pokok Pinus dan pokok-pokok teh. Ketinggian gunung ni lobih 2km . So Ecah boleh bayangkanlah betapa sejuknya kat atas tu. Atok ingatkan bolehlah feeling-feeling ala-ala cameroon je sejuknya tapi 2 kali sejuk! Pitammm ko. Dah la maso tu atok pakai longan pendek. Sojuk sampai ke tulang. Kalau siang hari suhunya sekitar 17 darjah celcius. Kalau malam boleh jatuh kepada 2 darjah celcius!





muko excited maso mulo-mulo sampai...suhu bawah 17 darjah celcius tapi pose terencat tetap terencat...

kat atas gunung ni ado macam-macam cenderamata jual. termasuk air panas untuk sarapan pagi. ado kudo. ado hamster. ado peralatan muzik. ada unicorn rambut pink. pendek kato macam-macam hado...ko hado??

Gunung Tangkuban Perahu ni kalau Ecah nak tahu merupakan gunung berapi aktif. Maso atok sampai kat situ dah bau belerang, tapi tak bahayolah untuk kesihatan pun. Asap berkepul kat kawah tu. Tapi takdolah jam tu jugak dio meletus kan. Kalau nak meletus pun dio akan bagi isyarat 3 4 hari.

kacak tak budak lilit kain merah hitam putih tu??...tu cucu atok yang sulung kacukan eropah + negro flores...baru 16 tahun....eh.....kat belakang tu cenuram gunung berapi

Kalau nak tahu lobih lanjut pasal Tangkuban Perahu ni usha kat [SINI]

p/s : kalau berminat nak pergi ke bandung ni atok ado konal orang sana yang uruskan pakej yang menarik untuk 4 hari 3 malam termasuk penginapan + pengangkutan + makan minum 2 kali sebanyak rm650 seorang. Kalau minat PM kat facebook atok di facebook search by email "suham_mie@yahoo.com"

Khamis, 24 Mei 2012

Rumah Berhantu!!

Assalammualaikum dan peace yo O'O yo kan!

Ini atok nak kongsikan dengan Ecah pengalaman maso atok di Bandung kelmarin. Adolah satu perkara yang membuatkan atok terbahak-bahak seorang diri sampai tertanggal gusi. Ceritonya camni. Salah satu tompek yang atok singgah di Bandung maso tu ialah di Trans Studio. Atok tak mau cita pasal Trans Studio ni sobab akan ado entry spesial pasal menatang ni. Tapi hari ini atok nak cerito kejadian yang berlaku semaso atok dan teman-teman di Trans Studio tu.

Salah satu tompek yang ado indoor Trans Studio tu adolah rumah hantu. Nak ikutkan atok takut-takut babun je. Tapi cubo beranikan diri sobab dah bayar kan. Nak masuk sumo tompek. Atok masuk rumah hantu tu berenam. Duo ompuan, ompek jantan. Tapi dengan jantan2 sekali nak masuk sampai terkehel-kehel sesendi lutut.

Masa nak masuk tu muzik sangat menyeramkan. Cahaya lampu yang suram. Persekitaran depan rumah hantu tu ado kubur. Dan kubur tu berasap!. Atok dah nak gibab dah ni. Tapi malu lah kan kalau atok cabot lari. Pasal duo ompuan tadi releks yo kan. So, atok teruskan perjalanan.

Masuk dalam rumah kosong. Dalam rumah tu ado gambar potrait besar-besar. Atok dah seram la kan. Mana lah tahu tiba-tiba potrait tu kenyit mata kat kau. Tak ke meninggal ko. Atok duduk barisan belakang. Sesekali atok toleh la ke belakang kan. Takut ada lak makhluk yang main cuit-cuit ke kan. Pastu kami jalan rapat-rapat. Kalau boleh tak mau berpisah.

Pastu tiba-tiba salah sorang dari group kami ni tadi cakap potrait besar tu jeling bijik mata kat dia!  Atok cuak lah kan. Dari jalan terkepit-kepit dalam group tadi terus lari lintang-pukang turun tangga masuk ke dalam rumah. Ado yang lari tutup mata. Ado yang lari tersepak-sepak tersadung kawan sebolah. Pastu tiba-tiba........

































Ok fine, suma orang kat bawah tu pandang kami pelik. Rumah hantu belum start lagi. Kena beratur naik train dalam tu dulu!



T_T

Selasa, 22 Mei 2012

Tempat-tempat menarik di Bandung, Indonesia Part 1

Assalammualaikum dan peace yo!

Yuhuuuuuuuu....kakek udah pulang dari Bandung. Now kakek transform tu orang negori....Tadaaaaa!!!....apo kono eyh jang?  (ok fine intro agak menjengkelkan).

Semalam dan lusa atok ado cerito pasal nasib orang di Indonesia tu kan. Bukan banyak yo, ini mungkin kes segelintir. Alaaa, sama macam kita di Malaysia jugak. Ado yang susah dan ado yang kayo. Kalau susah tu, memang susah betul. Kalau kaya tu, terlampau kaya!

Ni gambau yang atok janjikan aritu. Gambar pakcik yang duduk di rumah hanya bertikar dan beratapkan kotak....
:(













:'(


Isnin, 21 Mei 2012

Tempat-tempat menarik di Bandung part 3

Assalammualaikum dan peace yo!

Hari kedua kakek di Bandung. Capek. Puas. Rambang bijik mata. Perjalanan kedua diteruskan dengan mempeghabehkan ghete yang sekangkang kera. Tempat pertama yang dicemarin adalah di Pasar Baru. Sebenarnya kakek lagi singgahin semalamnya. Tapi kali ini lagi nyambong soping telekung, kain pasang utk baju kebaya kakek...ke baju melayu? Ok, baju melayu, baju tiset i lap bandung, dan lain-lain.

Di Pasar Baru ni kakek rasa ada dalam 7 level. Tiap satu level ada di jual untuk barang tertentu. Yang pasti level paling atas sekali untuk food court. Fukot je la yang ko ingat kan kakek.

Disini ada banyak wing. Kakek lagian banyak kali sesat. Kat dalam tu kakek boleh simpulkan seperti di Pasar Payang Terengganu tapi lagi hapdet sikit kakek rasa. Ala2 soping mol besau.
Sebaik sajok habeh bersoping di Pasar Baru tu, kakek lagi terus ke Chibaduyut. Di Chibaduyut ni terkenal dengan barangan kasut kulit dan buatan tangan.

Kat sini jugaklah hati kakek tersentuh tatkala ingin pulang ke guest house pandangan kakek terpaku pada seorang tua yang sangat miskin duduk bergelendangan di kotak2 lama dibuat rumah.

Sayu hati melihat pandangan tua itu hanya menghabiskan sisa hidup memandang orang dengan wajah menanti ajal menjemput. Riaknya kosong. Wajahnya lesu. Kakek hanya mampu saksikan dari dalam kereta aja. Kakek sempat snap beberapa keping untuk dijadikan bahan perkongsian dengan cucu2 di Malaysia nanti

Hati kakek terus berbisik. Betapa bertuahnya kita yang mempunyai rumah. Itupun masih ada lagi yang tak bersyukur dengan suka2 lari rumah semata-mata mengikut jantan jongos.


P/S : Esok kakek dah pulang ke Malaysia. Lusa aja kakek postkan wajah tua itu ya. Permisik dulu....

posted from Bloggeroid

Jumaat, 18 Mei 2012

Hari pertama di bandung

Kakek naik katagobang pukul 6.40 pagi. Sepanjang malam tu kakek hanya tidorin dalam 2 jam aja. Itupun tido-tido ayam. Pukul 4 pagi sebelum naik katagobang tu, kakek dan teman2 breakfast di mek donel. Burak2 dan akhirnya sampe solat subuh dan terus terbang.

Kali pertama kakek jejakkan kaki di bandung, kakek dimaklumkan oleh ketua pramugara bahawasanya suhu di sana 21°c. Jam pun awal sejam. Kalo di malaysia pukul 9, di bandung pukul 8 pagi gitu. Tapi pukul 8 paginya seakan terik kayak tengah hari di malaysia.

Selepas disahkan dan cop di kantor penerbangan tu, kami terus diperkenalkan pada pak Agus gitu. Selaku tourist guide kami di sana. Tempat yang pertama pak Agus bawak di Pasar Baru. Sebab kakek tak bawak underware lebih. Ayark!

Lepas soping baju basahan dan baju jalan tu, kami terusin pergi ke mall lain seperti Factory Outlet, Jetset, Fashion House, Grande, Family Outlet dan lain-lain.

Kakek dan teman lagi makan di Rumah Ikan pekena nasi goreng seafood, nasi goreng hong kong, air teh tawar dengan kos Rp 281,000....atau convert dalam hengget sorang dalam 14 hengget.

Ok sekarang ni kakek lagian mau karoks. Esok kakek sambung lagi ya.....

Update jam 9.15pm

posted from Bloggeroid

Atok ke bandung

Sekarang ni atok berado di lcct. Badan ponek. Mato mengantuk. Nak muntah. Suhu sekitar yang dingin. Suara manusia hiruk pikuk. Macam2 atok raso sekang. Jam menunjukkan pukul 12.24 pagi. Orang ramai ke hulu hilir. Ado yang tertido di kerusi. Ado yang tertido di lantai. Aku letttew.

Kelihatan 2 orang cleaner mungkin berbangso pakistan dari segi percakapan masih rajin menjalankan tugas. Atok menyandarkan badan yang keletihan bersebelahan tiang bangla tu buat keje. Nasib baik iras wajah atok ala2 cina korea sikit. Kalau tak orang anggap atok cleaner bangla jugek.

Kawan2 atok sudah landing di tempat masing2 sambil melayan henset di tangan. Atok sudah menguap ke sekian kalinya. Menanti penerbangan selepas subuh esok.....

posted from Bloggeroid

Khamis, 17 Mei 2012

Majlis Makan Malam Bersama Dato' yang Sadis!

Assalammualaikum dan peace yo!


Aduh...aduh....g mana ya kakek mau cerita. Ibarat dibukakan pekung di dada. Tapi ngak apa-apa sih. Kakek sanggup bermaluan gara-gara mau hiburkan cucu-cucu kakek yang lucu dan ganteng di luar sana. Aduhhh...udah merah pipinya dipuji-puji.

Gini, kakek udah kaber kan pada Ecah yang kakek lagi berkursus di Bagan Lalang, Sepang kan. Kursusnya bermula pada Isnin yang lalu dan tamat tengah hari tadi (semalam). Sehari sebelum tamatnya kursus (iaitu selasa malam), kakek dan teman-teman seperjuangan yang lain di jemput makan malam bersama dato'. Ada 2 orang dato' yang bekerja di kantor utama kakek la kan.

Nak dipendekkan cerita, menu malam tu ala-ala ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, suma benda yang boleh dibakar lo masukkan sekali. Majlisnya bermula pukul 7.45 malam. Kakek lagian penat berkursus jesteru tertido di kamar sampe pukul 7. Buat-buat apa yang patut dengan rushing kakek dan teman sebilik pun turun dalam pukul 8.15 gitu. Semua tetamu sudah hadir masa itu.














mesti Ecah bayangkan majlis tu camni kan.....























hakikatnya cenggini je.....


Kakek peduli apa la kan. Kakek dah lapar. Kakek pun serang la meja buffet tu kan. Tak pandang kiri kanan. Kakek terus capai mihun goreng (peberet), ayam tergolek, ikan pari bakor, hot dog, kerang bakor, sotong kodok, dan sayuran salad. Ko mampu makan sayuran salad ala-ala mat saleh diet?

Lepas tu kan, kakek feeling berjalan  ke meja yang disediakan ala-ala golongan kerabat ratu elizabeth. Bajet golongan bangsawan. Gitu. Masa kakek nak duduk di kerusi tu, tiba-tiba.....
















MEOWWWWWWWWWWWWWWWWW!!!!












Kakek terpijak ekor kucing bawah meja!

Malu uolls.....

Mamposss suma hadirin dan hadirot pandang kakek. Merah muka sambil gelak kerang busuk lantas muka menghadap kerang bakar atas pinggan tu!


p/s : udah kekampungan tu, kekampungan jugak sih. eh, dah kenapa atok cakap kayak gini???.......

Selasa, 15 Mei 2012

Ikan Bakar Bagan Lalang

Assalammualaikum dan peace yo!


Bermulo hari Isnin bawak ke Robu ni, atok berkursus di Sepang, Bagan Lalang nun....ke Bagan Lalang, Sepang?...ok Ecah pilihlah mana yang berkenan dek ati...kursus kerjaya katanya. Masalahnya berkerjaya ke??..Busan ok.

Isnin aritu (semalam), atok berkongsi kereta dengan kawan sepenjawat dari Muar dan JB. Atok pick up kat Terminal 1 naik bobot sampai ke Bagan Lalang. Mulanya masing-masing kompiden boleh sampai ke destinasi termpat kursus itu dengan senang. Ujung-ujung bukak GPS jugek. Buka GPS pun tersadung ke hujung simpang. Nasib baik tak terus masuk ke laut. Ok fine, tatabahasa atok agak ke laut malam ni. Haku penat wokey. Dari siang bawak ke malam masuk kelas balik. Penat. Ecah kena memahami keadaan atok. Gitu.

Atok dah penat ni. Tak boleh nak merapu panjang. Esok kono jadi jurucakap avon aka m.c.... Nak introduce penceramah tu. Mencik tau bila dah jadik spesis yang semakin pupus ni. Sikit-sikit kite. Tak suke. Tak suke. Tak suke.


p/s : Err...kat mano lokasi ikan bakar bagan lalang yang best ek?

Isnin, 14 Mei 2012

Teka-teki paling best # 3

Que & Anne

Bulan lepas Que mengenakan Anne lagi pasal teka-teki paling sengal di cekerawala. Nak skodeng klik [SINI]. Ok let start teka-teki minggu ni. Moga-moga ada yang bulih jawab soalan Que nanti...hik hik....



Que : Ada 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah?
Anne : Payung dia besaq??
Que : Salah!! Sebab hari tak hujan!

Que : Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh angkat??
Anne : Kotak kontena....
Que : Salah!! Kotak penalti!!!
Anne : 

Sabtu, 12 Mei 2012

Fakta Menarik

Kesesakan lalu-lintas paling buruk direkodkan paa 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat.





Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut.




Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.




Kuil  Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan.



Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.8km merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ke-7 di dunia, di buka pada bulan Ogos 1985.















Jumaat, 11 Mei 2012

Cucu pilihan atok ke - 41

Dunia Ain ; Cucu Pilihan Atok minggu lepas

Cucu Pilihan Atok Recap 1-10
Cucu Pilihan Atok ke-39 :Selambanyerrr misz_eyza
Cucu Pilihan Atok ke-40 : Dunia Ain

Tahniah diucapkan kepado Dunia Ain kerana berjayo merangkul cucu pilihan atok ke-40 pado episod sebolum ini. Baiklah, kali ini atok nak memperkenalkan dengan Ecah cucu pilihan atok yang seterusnya. Cucu Pilihan Atok pado minggu ini sekaligus diangkat status cucu pilihan atok ke-41 di sandang oleh...

Khamis, 10 Mei 2012

Haiwan yang paling ganas di dunia!

Assalammualaikum dan peace yo!


Mengucap panjang atok menonton video ni pagi tadi (semalam). Kuss semangat. Naik darah tinggi 140. Ganas sungguh haiwan karnivor sekor nih. Seram! Kalah T-Rex dalam cito The Lost World. Mungkin T-rex ni tak dapek makan daging ayam, dia mengamok-amok membelasah anaknya yang tak tahu apa-apa tu tanpa belas kasihan. Ataupun gaduh dengan T-Rex jantan pastu disalurkan pado anak kecik.

Remuk hati atok bilo terlihatkan anak kecil tu merayu pado omak eh supayo jangan dibelasah lagi. Tapi rayuan tu tak diendahkan sebaliknya penampar siam hinggap di pipi. Tak cukup dongan tu, henset macam batu tu dihempapnya ke tubuh yang kecil tu. Memang dasar T-Rex paling ganas. Atok raso T-Rex kacukan Setan!

Pedulik hape kalau Ecah nak kata atok mulut cabul ke hapa ke, panggil orang tu haiwan. Itu pun atok rasa tak layak letak status tu sebagai haiwan, mungkin bawah dari tu! Haiwan pun walaupun Allah tak kurniakan akal untuk berfikir, tapi Allah kurniakannya dengan otak dan sikap kasih sayang. Tak ponah hayat atok laie tengok haiwan betul membelasah anaknya dengan bantal. Melainkan haiwan terancam sekor nih!






inilah haiwan spesis terancam tu...

Nak skodeng video boleh p kat blog [SINI]


Bandingkan pulak dengan 'haiwan' ni.....

Atok bukan nak caci-maki orang panggil binatang pagi-pagi ni, tapi insan mano yang sanggup tengok budak kecik diperlakukan macam tu? Atok ado anak buah mungkin sebaya baby tu. Tersentuhlah jiwo tu kan. Itu bukan anak patung. Itu anak manusia. Atok pun tak sanggup nak hentam anak kucing sekalipun dengan bantal tu. Terpulanglah pado diri kito nak menilai untuk menjadi manusia atau haiwan  ganas seperti tu...Pandai buek anak, jago tak pandai! Tak usah jadi manusio....

p/s : atok dapek tahu video ni berlaku pado tahun lopeh. T-rex betino tu pun telah dipenjarakan 18 bulan pado hari yang samo dio hentam anak kandungnya tu.

Selasa, 8 Mei 2012

Rentetan Peristiwa Majlis Anugerah Dot Dot Dot....

Assalammualaikum dan peace yo!


Tu dia. Aritu atok ada cer citer pasal perihal paling memalukan masa raptai majlis tu kan. Nah, harini genap hampir 2 minggu peristiwa tu berlaku. Makanya cerita dah basi, so tak malu atok nak sambung semula celoteh. Eh!

Bagi Ecah yang masih tak tahu, duo minggu lepas atok menghadirkan diri di majlis raptai APC. Kalau tanyo orang gomen tu tahulah APC tu kan. Alhamdulillah, lobih 3 tahun atok dalam industri ini, akhirnya bakat atok diterima masyarakat umum. Eh! Akhirnya...pado tahun ketigo atok bekojo, atok dapat anugerah pekerja cemerlang 2011. Atok bawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai. Sokor alhamdulillah.

Majlis tu berlangsung di Ibu Pejabat tompek atok bekojo sekarang di Bhgn Hal-Ehwal Undang-Undang, Putrajaya. Menteri yang bertanggungjawab menyampaikan sijil tu adalah Menteri di JPM, Datuk Seri Muhammed Nazri bin Aziz. Sokor alhamdulillah, di majlis yang gilang-gemilang tu atok tak tersungkur di atas pentas. Sumanya berjalan dongan lancar. Dan tak berlaku adengan tarik-menarik sijil dengan menteri seperti mana berlaku masa raptai aritu!   T_T

Kebetulan, di majlis itu atok terjumpo dengan cucu atok yang jugo pembaco setio blog atok ni. Setio ker? Upps. Namanya Shalley Shalina daripada Sabah bah. Tapi dio berkhidmat di cawangan KL sanun. Musti banyak elaun semenanjung ni kan. Uppps lagi.

Di bawah ni atok abadikan kenangan bersama cucu atok di alam maya. Sebenarnya eksaited sangat bilo dah bertemu muka ke muka. (walhal last minite baru jumpo dan berburak)...erk...


Tahniah kepado sumo yang dapat APC tahun lepas. 

p/s : Sedekahkan Al-Fatihah pada emak dan ayah setiap hari walaupun mereka masih hidup atau sudah pergi. InsyaAllah rezeki akan bertambah menggunung tinggi.

Isnin, 7 Mei 2012

Pengenalan kepada Komposisi DSLR (framming)



Suhami Ahmad


Hi guys. Bulan ni Am nak share dengan u guys tentang komposisi DSLR. Komposisi merupakan salah satu elemen penting dalam senifoto yang akan memberikan kesan pada hasil gambar korang nanti. Jika ingin menceritakan tentang ketinggian, kamera perlu ditegakkan (vertical). Jika ingin menceritakan tentang keluasan, kamera perlu dilintangkan (horizontal). Bagaimana komposisi gambar yang akan korang ambil tu menentukan jalan cerita sesebuah gambar.

Istilah dikalangan jurufoto, vertical tu adalah potret manakala horizontal itu adalah landskap. Macam mana kita nak tentukan gambar itu perlu diambil secara potrait mahupun landskap? Kita ambil contoh di bawah.

Ini Am pinjam dari google. Ke buat ghete. Ok fine, buat ghete jap. Kalau gambar perseorangan macam budak omey2 ni, korang digalakkan supaya untuk framming kan gambar secara menegak. Supaya mata hanya tertumpu pada subjek itu saja dan kiri kanan tak kelihatan kosong. Namun, tak semestinya setiap gambar orang perlu di tangkap menegak, ada juga kes perlu ditangkap secara landskap. Iaitu ketika subjek adalah ramai, seperti sebuah keluarga yang besar. Gambar nampak lebih luas dan mata tertumpu pada semua orang. Kalau korang guna framming menegak, kompem gambar Pak Uteh ngan Mak Endut nampak sebelah je.



Kebiasaannya juga, kalau nak shoot gambar pemandangan, framming yang sesuai adalah landskap bagi menggambarkan kesemua objek di dalam gambar tersebut. Contohnya gambar pantai ni.
Kalau kita shoot secara menegak, mustahil kita akan dapat gambaran tentang keindahan ombak yang menghempas pantai. So tak dapat nak feeling ombak rindu sangat. Mungkin pandangan kita tersekat di situ saja. Ada juga tips yang lain di mana untuk menjadikan background kelihatan lebih luas, subjek perlulah diletakkan di sebelah kiri atau kanan seperti di bawah. Namanya third of rule photography.

Nampak tak? Gambar tersebut di tangkap secara landskap dan gambarannya lebih luas kerana subjek di letakkan di tepi kiri atau kanan. So, kalau kita letak subjek di tengah-tengah, pemandangan yang luas akan kelihatan sempit. Dan subjek tengah-tengah tu kelihatan menonjol macam kat bawah ni. Sama juga dengan subjek yang chubby perlulah diperbanyakkan shoot secara menegak, dan subjek yang kurus digalakkan shoot secara mendatar.


So, semua komposisi itu bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita nak gambarkan sesuatu benda tu. Samada hanya tumpukan pada subjek tersebut, nak semua kelihatan jelas, nak kelihatan lebih luas atau nak kelihatan sempit, gemok, kurus, petak, lebar, itu terpulang pada cara kita mengendalikan komposisi sesebuah gambar.

Ok, itu saja tips dari Am. Semoga kita berjumpa di lain masa. K Bye!

Ahad, 6 Mei 2012

DiGi Broadband Internet

Percaya tak kalau atok koba an, hanya dengan sehengget kito mampu untuk
  1. memulakan bisnes secara online?
  2. berkongsi idea dengan sesipa sahaja di dunia?
  3. menyemak e-mail?
  4. menonton video di taman?
  5. melayari internet di mana saja?
Pastu manekan nak hapdet blog laie...nak cari resepi buat apam polkadot laie...manekan nak tengok siaran ulangan kat tonton.my lagi...suma tu perlukan internet kan...tak kan lah Ecah nak poie access internet free kat mek donel hari-hari kan...ops pecah lobang haku...

Aiseh, macam ikon tablet tak haku?....Berbalik kepada persoalan tadi, bolehkah kito melakukan kelima-lima perkara tadi hanya dengan sehengget sehari?....dengan DiGi Broadband Internet segalanya boleh....boleh blah!...So, bagi sesapo yang masih kabur dan mencari-cari pakej apa yang sesuai untuk tablet masing-masing, sila jangan tukar siaran anda....erk


Seringgit duit syiling tu pun baling ayam tak mati kan. Daripado gilo membaling ayam tu, baik gunokan duit tu untuk terus kekal berhubung serendah rm1/ sehari samada dengan postpaid atau prepaid DiGi tablet plan yang bersesuaian.

Mencari plan Internet yang paling sempurna untuk tablet Ecah?...So kat bawah ni ado dinyatokan beberapa Tablet-Friendly Internet Plans

Kalau Ecah guna ipads, cuba try test plan bawah ni....

Kalau Ecah guno DG Smart Plan-Great for voice-enabled tablets such as samsung galaxy 7.7, tab plus 7.0 etc. cubo try ni...

Dan akhir sekali, kalau guna tablets selain dari itu disarankan try pakej ni...

Tapi...ada tapi di situ....kalau Ecah tak berapa nak kompiden dan yakin nak pilih plan mano... yelah buta gadget macam atok gak kan....Ecah boleh poie kat website DiGi pun ado satu ruangan yang akan memberikan plan recommender berdasarkan kehendak Ecah....contohnya dia akan tanya kita soalan berikut
  1. what kind of tablet that you are using?
  2. can your tablet can make voice calls?
  3. Tell them about your data usage samada untuk pesbok ja ka, cek email ka, dunload ka, dan lain-lain
  4. Pastu depa akan bagi suggestion plan untuk kita

Berbaloi kan. So untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web ini di http://www.digi.com.my/bestfortablets/landing.do

why not mencoba??

Sabtu, 5 Mei 2012

Fakta Menarik

Maharaja Morocco, Moudlay Ismail (1672-1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.





90% pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik.




Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan sebanyak RM 2 juta untuk membeli limau sahaja.




Pulau Batu Hairan, 65km ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pula ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988 dan tenggelam semula pada 25 Februari 1990.




Papua New Guinea mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk.





Jumaat, 4 Mei 2012

SimSimi


Atok tak tahu nak share dongan Ecah apa hari ni. So, alang-alang atok ado install satu software android ni, namanya SimSimi. Walaupun atok tahu lepas ni kena carut pasal dah tua-tua pun masih lagi melayan menatang ni, but...who care?? Atok berjiwa muda hokey. Hihi

Menatang ni macam robot untuk smartphonelah. Kiranya jadi penoman kito di kala kebosanan. Ye lah, kadang-kadang kito nak luahkan perasaan then bercakap dengan dinding, tak praktikal lak kan. Terus Ecah install menatang ni, boleh chat sampai lebam. Menariknya, menatang ni boleh dididik dengan kata-kata mengikut acuan kita. Kalao kita manjang mencarut je, dia carutnya kito balik. Kalau kita layan dia baik, dia akan jadi robot yang baik.

Kebetulan, hampir 70% apa yang kita borak kan tu, dia reply dengan jawapan yang hampir tepat dan ada kaitan. Best kan. Contohnya, macam perbualan kat atas tu. Walaupun kadang-kadang ayat kuang hajor terpacul kat situ. Bukan atok yang ajar eh. Itu dah diprogramkan oleh user2 terdahulu dan sekarang. Canggih kan. Tapi pasni kalau atok borak ngan dio pastu dio kurang hajar lagi, atok tak teragak-agak tampar pipinya yang tembam tu.

Nak dunload ni ke dalam smartphone masing-masing sonang yo. Asalkan ado android. Search SimSimi pastu install. Pastu jalan, lalalalala.
p/s : Macam pet lak atok raso. Pet pun pet gak. Jangan pasni haku punya habit cakap sensorang. Naya badan. Ok lah x mau bebel panjang-panjang. Gud nite Cah!...Papaiii




*********************************************************************************
Sumber : Facebook
(Perkongsian Jumaat)

3 mata yg tak dijilat api neraka:

1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
2. Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
3. Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air mata

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih