Assalamualaikum Tok Wan,
Saya Musliha berumur 19 tahun. Saya adalah pelajar di salah sebuah IPT di selatan tanah air. Untuk makluman Tok Wan, Musliha tinggal menyewa dengan dua orang rakan lain di sebuah rumah berhampiran universiti kami. Yang menjadi persoalannya adalah, salah seorang rakan serumah saya sangat sosial. Dia memang tidak pandai menjaga batas pergaulan sesama lelaki walaupun mereka bukannya muhrim. Saya dan rakan serumah yang seorang lagi selalu menasihatinya supaya tidak melayan lelaki secara berlebihan tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kami sayangkan rakan kami itu seperti adik-beradik kami sendiri. Lagipun, saya mengenali ibu bapanya dan kami memang rapat dan selalu berkongsi cerita.
Satu hari, saya dan rakan serumah pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu. Rakan saya yang sosial itu katanya juga akan pulang ke kampung cuma dia akan pulang lewat sikit. Kamipun terus balik tanpa syak wasangka apa-apa. Namun, sebaik saja cuti mingguan dua hari itu berakhir, saya terus pulang awal kerana ingin menyeterika baju untuk seminggu. Namun saya dapati rakan saya yang sosial tu tidak pulang ke kampung. Buktinya, baju kotornya masih belum berbasuh dan kenderaannya juga masih di luar rumah. Cuma dia tiada di rumah mungkin keluar dengan kawan lain.
Apabila saya masuk ke dalam bilik, dada saya tiba-tiba berdebar-debar. Saya merasakan satu kelainan. Akhirnya debaran saya itu terjawab apabila saya terjumpa longgokan tisu di bakul sampah bilik kami. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa walaupun saya tertanya-tanya apa yang dibuatnya dengan tisu kasar untuk mengelap minyak masak di dapur tu? Kenapa tak guna tisu lembutnya? Dan jika betul dia nak lap cermin tingkap or whatsoever, kenapa ada dalam bakul sampah bilik?
Saya tinggalkan persoalan itu, saya terus on kan komputer untuk melihat status facebook saya. Alangkah terkejutnya bila saya klik pada ikon facebook, terpampang mesej lucah rakan saya itu. Dia terlupa nak log out. Saya rasa nak muntah apabila salah satu mesej tersebut mengatakan perkataan ''pecah dara", "masih belum period", "risau benih menjadi". Dan yang membuatkan saya terasa ingin pitam, apabila dia ada menyatakan ingin mengajak lelaki itu ke rumah kami cuti minggu lalu! Kepala saya terasa ingin pitam. Saya terus tutup komputer dan keluar dari rumah.
Apakah yang perlu saya buat Tok Wan? Hanya saya saja yang mengetahui hal tersebut. Apakah patut saya memberitahu kepada kedua orang tuanya? Tapi bagaimana pula nasib dia nanti? Pasti dia berdendam dengan saya selama-lamanya. Atau, perlukah saya cuba berbincang dengannya secara baik dan menasihatinya? Bagaimana pula kalau nasihat saya itu tidak diendah dan dia terus hanyut dalam dunia khayalan remaja? Atau, perlukan saya mendiamkan diri? Tolong saya Tok Wan...
|
Tok Wan |
Waalaikumsalam Musliha,
Pestime dalam sejarah Tok Wan menerima persoalan 350 patah perkataan ittew. Tapi Tok Wan dapat rasakan masalah yang cucu tanggung sekarang. Remaja = bersukaria. Memang tidak dapat dipisahkan. Sebagai orang yang lebih dewasa, Tok Wan ingin menasihatkan Musliha cuba berbincang dengan orang yang lebih berpengalaman. Contohnya ibu bapa Musliha sendiri. Tok Wan takut, kalau Musliha berkongsi dengan rakan serumah atau rakan sekelas, ini akan mengaibkan kawan yang sosial itu apabila berita itu disebarkan. Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Mungkin ini kesalahannya yang pertama. Tok Wan percaya, masih terlalu awal untuk kalian terpesong jauh. Masih boleh kembali ke pangkal jalan.
Tok Wan cadangkan, cuba berbincang dengan keluarga Musliha sendiri. Kalau boleh, bawak mereka berjumpa dengan kawan yang sosial itu dan suruh mereka nasihatkan secara baik. Kadang-kadang remaja ni segan dan akan dengar cakap orang tua. Tok Wan tak galakkan Musliha berterus terang dengan keluarganya terlebih dulu. Takut, perkara buruk akan berlaku kelak. Cuba selesaikan ikut alternatif lain dulu.
Cuba tanya pada rakan tu baik-baik. Adakah benar dia menyayangi lelaki itu? Jika benar dia sangat sayangkan lelaki itu, suruh dia nikah gantung. Maknanya bernikah dahulu. Bersanding segala tu boleh dikemudiankan. Sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas dari melakukan zina kelak. Jika nasihat Musliha itu tidak diendahkan, barulah Musliha maklumkan pada keluarganya perkara sebenar. Tapi semoleknya janganlah mengadu kisah dalam kelambunya. Sebaliknya pandai-pandailah Musliha terangkan pada keluarganya perangai sosial anaknya itu. Kalau dapat nikah cepat, selamat dunia akhirat!
Ataupun ado cucu-cucu yang lain boleh bantu untuk idea yang lebih bernas? sila kemukakan diruangan komen
p/s : Maaf ini entry serius dan kisah benar, Tok Wan tidak boleh bergurau senda sangat. Awal tahun yang mencabar bagi Tok Wan sebab ini melibatkan soal maruah. Cuma Tok Wan perlukan pendapat kalian selain dari atas jika ada pandangan bernas. Sangat perlukan!
Jika ada sebarang masalah, bolehlah emailkan pada Tok Wan di suham_mie@yahoo.com