Rabu, 30 November 2011

Wordless Wednesday # 5

Klik gambau untuk kelihatan rampeng godang


www.facebook.com/dlensaabadi
www.lensaabadi.blogspot.com

Selasa, 29 November 2011

Kau Mampu?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Hari jumaat, sabtu dan ahad aritu atok ado job sebagai tukang tangkap gambar kat Ampangan ngan Pedas. Pihak pompuan ampangan. Pihak lelaki kat Pedas. Sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai tukang tangkap gambar bebas, atok ditugaskan untuk mengambil gambar pengantin pompuan mekap. Maso tu atok lambek dalam soploh minit. Nasib baik tak lewat sangat kan.

Nak dipendekkan cerito, maso atok sampai yo kat rumah pengantin pompuan tu, tak ramai lagi yang datang. Yang ado cumo sedaro maro yang sibuk tolong apo yang patut. Atok terus berlari manja ke bilik pengantin untuk menjalankan tugas. Gitu.

"Tok! Tok! Tok! ", atok ketuk pintu. Pastu ado orang bukak. Atok tergamam dalam 5 saat. Wah, atok mendongak ke atas. Sungguh tinggi mak andam itu. Ke atok yang rendah? Ok, abaikan.

Shoot punya shoot, pastu atok kasilah bisnes kad kat mak andam tu. Untuk future bisnes la kan. Pastu, malam tu mak andam tu mesej atok. Dio koba nanti tagged lah gambau cantik-cantik kat dia. Atok terus mintak pesbook dia senang nak tagged kan. Pastu dia reply la kan. Untuk kali keduanya atok terkedu selama 5 saat + 3 saat. Nama pesbok dia.......













Sharifah ****** Pukirah!!!

 


.........bunyik cengkerik......


Walaupun begitu, kakak ini sangat chantek dan sempoi!!!.....sepanjang dio ado, dio banyak ceriakan suasana di rumah pengantin.  Atok punya perut dah banyak kali pecah berderai gara-gara overdose gelak....sebab tu ramai orang suka amek dia as a mak andam...Penyeri suasana. Ado sekali tu, masa majlis akad nikah, dio termelatah pastu tersebut nama singkatan dio. Ya, depan Tok Imam!....Mata atok buntang uolls..

Kita selalu yo pandang sebelah mata orang macam ni. Atleast, dia cari rezeki halal. Kita? Suka suki judge orang yang macam tu. Kompem ke kita ni masuk syurga?? Takpolah kak. Abaikan. Yang penting akak bahagio. Moga rezeki kakak bertambah...Amin....cayalah kakak!

Cuba kau tengok. Dia banyak bagi idea untuk pengantin pose ala-ala finalist american next top tak berapa nak model.



Kau mampu??

p/s : Baru perasan baju pesbook profile kakak Pukirah dengan baju outdoor sama. Baju peberet ekkk.....baik ngaku cepat!

"Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Pengantin Fara dan Ameen. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat"http://www.lensaabadi.blogspot.com/
www.facebook.com/dlensaabadi

Isnin, 28 November 2011

Mata Oyen Comel!

Assalammualaikum dan Peace Yo!


Lama udah atok tak ke udarin ibarat sejak tahun 1432H yang lampau. La ni haku berkesempatan untuk ke udara. Nanti atok cito eh kenapo lamo tak bersiaran. Kompem kau rindu aku kan.

Macam biasolah, tiap-tiap minggu atok akan pulang ke kampung halaman. Ulang suaro. Tiap-tiap minggu! Kau mampu? Tapi kebetulan minggu ni atok ado hal sikit. So, hanya sempat balik pado Sabtu malam tadi. Ni petang ni dah nak balik Somban balik.

Maso tengah landing atas lantai sambil tv menonton atok, atok tedengarlah mak atok koba sesuatu.

"Dak Ateh ni kalau balik, sumo kucing berkumpul kat umah. Kalau tak balik, batang hidung sekor-sekor susah nak nampak"

Ateh tu atoklah! Statement panas tu menunjukkan atok berjiwa suci. Haiwan pun suka nak dekat.

Dalam banyak-banyak kucing yang ado kat umah atok ni, atok suko yang kaler oren ni. Ia je spesial edition sikit. Yang lain-lain semuo stok kaler taik cicak. Macam kaler anjing polkadot tu. Dah lamo atok kempunan nak dapat kucing kaler oren since atok zaman mudo-mudo dulu. Kalau dihitung, lobih 8 tahun takdo keluaran produk kucing kaler oren. Semuo stok kaler anjing polkadot.

Ni la Oyen. Oyen bukannya yang pegang songkok tu!
Pastu masa tengah landing tu, oyen datang bermanja. Pastu dia bunyi yang dengkur-dengkur tu. Atok angkat dia naik atas badan la kan. Pastu pandang bijik mata dia. Comel je. Redup je pandangan mato dio. Mate dia kaler oren sunset. Then tibo-tibo atok terimbas pada satu waktu watak dalam cito ni. Mato watak tu pun lebih kurang samo macam oyen. Watak tu kat bawah nih.......












Alien Newborn!!!

Kan. Sama kan?

Khamis, 24 November 2011

Belakang Parang Kalau Di Asah, Akhirnya Tajam Juga

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Peribahasa melayu seperti yang Ecah tengok kat atas tu, tahu tak apo maksud eyh. "Belakang parang kalau di asah, akhirnya tajam juga". Bukan bermakno atok suruh kau kejar kerbau pastu semelih pakai belakang parang tu, bukan itu maksud atok yo! Maksudnya, sebengap-bengap mano pun orang tu, kalau dio ada usaha dan semangat yang kental insyaAllah dia pasti akan berjayo. Kito amik contoh yang terdekat. Atok sendiri. 




Gambau apa nih? Haa...nanti atok akan cerita last nanti.
**********************************************************************************
Dulu masa sekolah menengah, atok selalu yo rasa kurang keyakinan diri. Sebab kalau markah periksa tu selalu je paras hidung hampir mati lemas. Report kad mesti ado sesat pen dakwat merah. Dalam kelas pun dapat kedudukan nombor tengah-tengah yo. Memang tak boleh nak dibanggokan. Dah lah tak berapo nak cemerlang dalam kurikulum, apatahlagi ko-kurikulum. Nak main bola sepak pun kaki bangku. Nak main badminton tangan pulak pengka. Cumo atok lebih pada sukan renang berirama olahraga sajok. Tak melibatkan sebarang peralatan. Yang tu atok terror.

Kalau dalam kelas tu, atok antara yang paling pendiam. Orang koba diam-diam ubi berisi. Masalahnya atok ni isi pun takdo. Tapi selepas atok dibasuh oleh cikgu Norhayati, terus atok bangkit. Masa tu ingat lagi, cikgu Norhayati panggil seorang demi seorang ke depan nak bagitahu pasal markah peperiksaan semua subjek trial SPM. Dia ni guru kelas atok. Atok terkejut dia genggam tangan atok then dia pandang anak mato dalam-dalam. Dia cakap atok boleh lakukan, cuma perlu gandakan usaha. Apa yang dia koba tu memang terkesan sehingga ke hati. Sampai sekarang kata-kata tu masih terngiang-ngiang. InsyaAllah semuanya pasti akan berjaya, katanya.

Mulai dari saat itu, atok terus melipatgandakan usaha walaupun sedar masa dah terlalu singkat. Maso banyak dihabiskan di rumah untuk buat revison dan pyq. Kalau tak paham, sanggup jumpa cikgu kat bilik guru tebalkan muko. Alhamdulillah, berkat usaha dalam masa yang singkat tu, atok dapat keputusan yang membanggakan mak, ayah dan diri atok sendiri. Syukur.



********************************************************************************
Ini pulak gambar kedua
Ok, atok explain kaitan gambar atas ngan bawah ni. Gambar pertama tu diambil masa kali pertama atok shoot pakai DSLR sekitar Mei yang lopeh. Gambar bawah ni di ambil sekitar June tahun yang samo. Nampak tak perbezaannya? Itulah, sebengap-bengap mana pun kita rasa, seslow slow mana pun kita rasa, sekecik-kecik manapun kita rasa, kalau kita 'ada benda' ni mesti semuanya boleh jadi. USAHA yang berterusan.
Ingat! Tidak ada orang yang bodoh di dunia ni, yang ada cuma yang rajin dan malas sahaja. Persetankan kata-kata orang yang selalu mematahkan semangat kita. Orang-orang ini adalah golongan mereka yang suka melihat kita tersungkur didepannya. Jadikan kata-kata itu sebagai kayu jambatan untuk kita menyeberangi sungai yang penuh pancaroba sebelum kita menikmati hasilnya. Kejayaan tidak akan datang bergolek, tidak akan datang melayang. Kejayaan itu perlukan usaha dan kesabaran yang paling tinggi. 

Ingat cu, Buatlah apa yang kau nak buat. Gapailah apa yang kau nak gapai. Beranganlah apa saja yang kau impikan. InsyaAllah, kalau rajin usaha pasti berjaya. Kerana....Belakang Parang Kalau Di Asah, Akhirnya Tajam Juga....



Promo : 
www.lensaabadi.blogspot.com

p/s : This week atok dan kawan ada job kat Seremban dan Pedas. InsyaAllah, atok akan cuba yang terbaik yo. Chaiyok chaiyok!

Rabu, 23 November 2011

Wordless Wednesday # 4


Bahana Arak sampai tertido di longkang

Ayat 90, surah al-Maidah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Selasa, 22 November 2011

"Kenapa kucing tu jadi kecik?"

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Sabtu haritu, atok tengah bersidai kat ruang tamu sambil menonton cerita Nona Hindustan. Maso tu anak buah atok yang 3 jejaka comel tu ada kat rumah. Naim berumur 6 tahun. Haziq berumur 3 tahun. Dan the comel kerinting suwit si Aqil 6 bulan. Sumo jejanz tiga beradik.


Inilah Aqil si rambut kerinting...tapi rambut baru lopeh kono sondol aritu...

Sedang syok-syok feeling melayan perasaan sambil sapu air mata pakai tisu sebab heroin tu kena culik (ok, aku tipu ko yang ni), tiba-tiba atok terdengar suara cemas kat belakang atok.

"Eh! kenapa kucing ni tiba-tiba jadik kecik!!!!!,"kata Naim bersuara nyaring.

Atok cepat-cepat toleh ke belakang. Hati berdebar-debar. Jantung laju mengepam. Apa jenis racun ko sumbat kat mulut kucing tu Naim oiii sampai tiba-tiba pulak dia mengecut. Pastu atok terus berlari ke lokasi kejadian. Saksikan sendiri kucing yang tiba-tiba jadi kecik tu.


















Bunyi cengkerik............



Ok Naim....

Itu ADIK kucing tu generasi kedua yang SAMA KALER dengan kakak dia. Ia tidak MENGECIK!

Cubaan yang bagus. Masuk kali ni dah dua kali atok kono KELEPET.  K byee

Isnin, 21 November 2011

MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum Puas Nak Tunjuk Cantik

Ujang
Assalammualaikum,


Ujang terbaca satu blog nih. Bukan selalu kita nak berkongsi perkara baik. Sesekali kita bergurau senda, apa kata kali ni kita jadi serius sekejap. Manusia ni terkadang alpa dan lalai termasuklah Ujang sendiri. Makanya kita harus sering mengingatkan. Sekadar perkongsian kita bersama. Mana yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan.

Saya ingin mengajukan anda satu persoalan.

Wajarkah kita (golongan yang menegur) memberi masa kepada seseorang wanita Melayu Islam (yang telah baligh ) sehinggalah mereka benar-benar bersedia menutup aurat mereka dengan sempurna ?

Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah baligh...?

Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?

Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan dinasihat ?

Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.

Mari kita panjangkan mesej ni dan saling nasihat menasihati  =)



Ahad, 20 November 2011

Maybelline Fashion Week 2011

Dulu maso sekolah rendah atok rasa atoklah seorang yang paling ugly betty sekali dalam geng atok. Atoklah yang paling gemok pasal kuat makan. Atoklah yang paling takda personaliti. Paling comot sebab balik sekolah wajib beli aiskrim Malaysia tu sampai makan meleceh kena baju. Jadi belacan! Sebab itulah atok paling pendiam pasal selalu je pikir diri kita tak hebat. Diri kita ugly betty.

Namun, segala-galanya berubah apabila atok naik ke sekolah menengah. Atok dapat rasakan diri atok ni berubah dari kempompong ke rama-rama (rama-rama ker?)... Atok melalui transformasi yang pantas sekaligus merubah fizikal atok dari pendek gemok ke tinggi dan tegap. Rambut rapi tersisir sikat tepi.  Bibir kemerahan. Kumis misai baru nak tumbuh. Suara semakin garau dan seksi. Kening hitam semakin lebat bercantum. Jerawat merah muncul di pipi seakan pakai eye shadow. Eh jap, eye shadow ke?

Kengkawan terkejut dengan perubahan atok yang ketara. Yakin dengan penampilan tersebut, atok terus memasang cita-cita untuk menjadi seorang model peragaan di pentas kota fesyen satu hari nanti. So, atok pun pasang niat untuk menghadiri ujibakat.










Ok, fine. Kena reject!!!

Kemudian, atok terus merajuk membawa hati yang lara. Teruskan pada bidang yang lain. Freelance Potogerapi. Hihi. Ok lah, malas nak merapu lagi pagi ahad yang sejuk ini.


Sesapa yang minat bidang peragaan dan jalan kucing, sekarang ni ado sedang hangat pasal Maybelline New York Fashion 2011. Now Maybelline New York fashion week is here in Malaysia!!!. Bermula dari 23 Nov sehingga 28 Nov 2011 di Centre Court Mid Valley Megamall. Kalau nak tengok model tinggi lampai bibir tebal tersadung atas pentas peragaan, bolehlah datang. Nak pergi situ senang yo. Turun kat KL Sentral pastu naik KTM Komuter ke Mid Valley. Kalau Ecah tak mau naik komuter, boleh yo naik RapidKL Putra LRT ke stesen bangsar pastu naik bas ke Mid Valley. Berlambak bas kat situ.


Ekceli, Atok pun tak banyak info pasal event ni. Kalau Ecah nak tahu lebih lanjut, bolehlah like pesbok fan page  Maybelline NY Simply Fabulous ni. Kalau datang ni, bukan setakat tengok model memperagakan muka tapi juga ada 'gift' dapat dari Maybelline.



p/s : Kadang-kadang makeover boleh buatkan kita tampil lebih berkeyakinan. From Catwalk to Side Walk. Get Your HERE Makeover Now!

Sabtu, 19 November 2011

Fakta Menarik

Mata manusia yang sihat (tidak buta warna) dapat membezakan 500 jenis warna kelabu.





Ikan emas yang bunting disebut 'twit'. Tapi budak perempuan yang bunting sebelum kahwin, perkataan yang membuatkannya cair ialah 'pewittt'




Eropah adalah benua tanpa padang pasir.




Lalat meloncat ke belakang sebelum ia terbang.




Seekor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinganya.

Jumaat, 18 November 2011

Khamis, 17 November 2011

Kesibukan sudah melanda

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia Ecah. Dia dah mai dah. Sapa yang mai? Ni lah bulan Disember ni. Hujung tahun ni orang sibuk buat anak sobab musim ujan, atok pulak sibuk dengan kojo. Waaaa...nak nangih den. Bilo dikonang konangkan balik, nak yo hangkut kain baju balik kampung motong gotah. Gotah sekarang sekilo 8 hengget. Agak-agak dah 10 kilo, bungkus perkakas dah bulih balik rumah. Pastu bulih terkangkang baca surat khabar. Kan?

Sekarang ni hujung tahun. Ecah paham-pahamlah dengan bidang kerja atok sekarang ni. Banyak bondo nak kono report. Time hujung-hujung bulan tu boleh tahan lagi, ni bila dah masuk hujung tahun, tercabut suma bulu kaki. Suma report nak kena buat.

Kerja cabut bulu beruang. Pastu kena report bape helai bulu dapat tercabut sehari. Ko mampu?

Bila satu keja sampai, baru buat separuh dah sampai kerja yang lain. Pastu buat separuh lak kerja yang lain tu, kerja yang lain punya lain pulak sampai. Pastu buat separuh kerja yang lain punya lain tu separuh, kerja yang lain punya lain punya lain pulak sampai. Berulang sebanyak 8 kali. Hari-hari macam tu. Sobab tu atok dah ready dari awal-awal untuk sebarang kemungkinan.

Sejak bulan 10 aritu atok dah start kumpulkan dokumen-dokumen awal-awal. Sampaikan ada staf yang tanya atok, ibu pejabat dah bagi arahan suruh buat ke? Tak payah nak tunggu depa bagi arahan, atok tahu ibu pejabat ni suka push last minit. Tu yang atok get ready. Pun still tak dapat nak kejar gak.  Balik kojo mesti terlolap kat rumah. Pastu online kejap, update blog ngan main angeri bid terus tido balik. Lotih den hari-hari macam tu.
Kerja ngadap laptop, kat rumah ngadap laptop, main angeri bid ngadap laptop, TIDO  pun mimpi laptop!!


Tak pa aih. Bila atok kenangkan, ramai lagi orang kat luar sanun tak da kerja kan. Kerja cabut bulu beruang pun, beruanglah. Lagi-lagi hujung tahun ni ada durian runtuh mai, atok kembali bersemangat. Separuh gaji pun separuh la. Asalkan lepas bayar ansuran bobot ngan duit makan minum. Kan?

p/s : Masih pelik, ramai orang kat luar sana anggap kerja kerajaan best, goyang kaki sambil makan potato chip. Salah sangkaan Ecah tu. (ni atok akan ulaskan pasal ni lain kali k!) So, kesimpulannya, hargailah masa yang ada dengan sebaiknya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara . Ok Ecah, see you. Papaiiii.

Rabu, 16 November 2011

Atok Mohon Jasa Baik Semua Blogger!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Atok tahu, blogger's theme entry for today is wordless wednesday. Tapi lepas atok post gambar ni, nescahaya Ecah akan speechless.







Ingat lagi tak kisah adik Hairuman Miskon ni tahun lepas yang menggemparkan negara? Untuk makluman, segala bentuk bantuan kepada adik Hairuman ni telah terhenti. Tapi perbelanjaan ubat-ubatan masih berlanjutan. Atok dapat komen dari kakak kepada Hairuman Miskon sendiri tentang keadaan adiknya sekarang selepas dia baca entry khas atok.








Jadi untuk hari ini, saat ini atok memohon pertolongan semua blogger yang baca entry atok ni, please forward this entry dalam blog Ecah. Copy paste je, atok tak kisah. Paling tidak pun letaklah gambar atas tu kat side blog Ecah macam atok buat sekarang nih. ----------------------------->

Daripada letak gambau awak tak bertudung tu yang hari-hari dapat "saham", baik kita labur pahala tolong orang camnih. Ini tanggungjawab kita sebagai blogger. Menyebarkan berita bagi mereka yang memerlukan pada orang kat luar sana. Anggaplah sebagai kebajikan dari kita. Moga-moga kebajikan yang kita tanam sekarang ni, buahnya kita boleh putik di akhirat nanti.....

Selasa, 15 November 2011

Macam mana nak tinggalkan komen bagi mereka yang tiada blog atau gmail akaun?

Cikgu Nasir
Selamat lagi murid-murid!


Baiklah, di pagi yang hening lagi sejuk menusuk ke tulang hitam ni, cikgu nak ajar kalian subjek "Blogging". Sub topik kita pada hari ini ialah "macam mana nak tinggalkan komen bagi mereka yang tiada blog atau gmail akaun?". Untuk makluman murid-murid sekalian, selain blogger ada jugak pembaca blog yang terdiri daripada orang yang tada blog. So, kengkadang mereka cuma dapat baca tapi tak boleh nak komen.

Sebagai alternatif, cikgu nak ajar kalian macam mana nak tinggalkan komen even murid-murid takda blog. Baiklah, sila ikuti langkah cikgu seperti berikut ;

Sila buka 1 akaun gmail. Settle.....*ok panggg! kena pelempang sekalik.
  1. Lepas baca entry, ada satu link "waghih bagi komen" kat bawah entry tu.
Klik kat "waghih bagi komen" tu

       2. Pastu akan keluar satu kotak komen, scroll down sampai ke bawah. Kotan camnih akan muncul
Jika ada gmail atau blog, cuma thick pada Akaun Google tu then tinggalkan komen. Kalau takda antara dua tu, thick kat  "Tanpa Nama"

3. Pastu tinggalkan ulasan kat kotak "tinggalkan ulasan anda" tu. Pastu tekan "terbitkan ulasan anda". Seeloknya, kalau nak guna pautan "tanpa nama" ni, elok letak nama atau clue supaya senang cikgu nak trace sapakah yang tinggalkan komen itu. Senang cikgu nak rotan bontot dia. Nanti dah komen, dia akan keluar camni

Nampak tak yang cikgu lorekkan merah tu? Ha, tu tanpa nama akan komen. Dia akan keluar cmtu. Cuma kalau nak kasi atok trace sapa yang komen , mention la nama jugak kat kotak komen tu k.
Ok murid-murid. Itu sajok pelajaran kita pada hari ini. Untuk pelajar cikgu yang sedang ambil peperiksaan SPM tu, jawab betul-betul. Jangan hampakan harapan mak ayah ye. Kalau nak tips menghadapi peperiksaan versi Apo2 Yolah, sila klik [SINI]
Ok, boleh keluar rehat sekarang!

Isnin, 14 November 2011

Betul ke melayu masih lagi sopan?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Boto ko? Boto ko melayu sekarang masih lagi sopan santun macam dolu-dolu? Atok raso, tak suma kot. Atok bukan nak main isu racist kat sini, tapi ini melibatkan adab tertib ketiko di jalan rayo. Atok pun tak mau nak malukan bangsa atok sendiri. Mungkin kerano setitik nila ni, rosak susu sebelanga. Tapi sebab setitik nila ni jugaklah atok nak kongsikan dengan Ecah betapa malunya atok pado bangsa lain. Melayu itu sopan konon.

Siang tadi (semalam), atok dalam perjalanan balik dari kampung. Maso dalam perjalanan tu, atok pasang lagu "falling in love" by kak dato siti nurhaliza pasai atok dah feeling ngan lagu tu. Masa feeling layan perasaan tu, lampu terapik kat depan tu bertukar jadi Sailormoon merah. Atok benti la kan. Kan depan atok tu toyota Alapad gedabak. Pastu atok toleh la ke kiri kan. Ado 3 bijik keto. Yang depan tu keto kembara baru dapat lesen pasal ada tampal "P". Yang belakang kembara tu keto Hilux milik orang cino. Yang belakangnya pulak keto Honda milik orang India. 1 Malaysia gitukan.

Pastu, ....paham x nih? jap atok lukih gambar jap...............




Tadaaa..................santek tak?

Ok, kito sambung balik. Pastu tibo-tibo lampu terapik depan keta P tu bertukar kaler hijau untuk masuk simpang kiri. Lampu terapik atok still merah sobab atok jalan terus. So, atok perhatikan ja keta kembara P tu. Walhal keto Hilux Cino dan keto Honda India tu dah bagi signal masuk ke kiri. Dalam hati atok abislah kena tin tin pon pon sat lagi.

Tapi sangkaan atok meleset semata-mata. Cino dan India tu still tunggu even lampu dah tukar hijau sobab keto melayu kembara P depan tu tak jalan-jalan. Atok rasa kembara tu pun nak terus sebenarnya tapi salah masuk lorong. Lamo gak tunggu dalam 30 saat macam tu, lampu pun tukar hijau. Atok terus pecut ke dopan. Keta kembara pun terus ke dopan. Then keto Hilux dan Honda masuk simpang ke kiri tanpa bagi hon pun.

*********************************************************************************
Berbezo dengan kes atok maso mula-mula dapat lesen dulu. Masih lagi bertampal "P". Pastu orang belakang potong atok dengan angkuh dan lajunya sebelah kiri still pin pin pon pon. Bila atok toleh ke kiri nak tengok sapa pemandunya, masyaAllah. *Dengar bunyi cengkerik. Urut dada kejap aku. Rupanya pak ostaz daa...Pecut mengalahkan orang bujang. Masuk lorong kiri kanan tanpa bagi signal. "Agaknya nak kejar pahala susun sejadah kat mesjid kot,"kata hati atok........

Betul ke orang melayu kita dah hilang sifat kesopanan? Atok pun tak kompiden nak jawab "masih sopan". Kalau orang melayu biaso tu, kita tak pandang sangat sobab tahu dah memang makin terhakis. (ingat lagi kes comolot remaja melayu depan Pavilion dolu-dolu dan terbaru artis melayu comolot ngan kekasihnya?).

Tapi kenapo yang berkupiah ni kita sensitif ek? Sobab diorang kan contoh yang baik untuk kita orang2 biasa ni. Betul kata orang pandai "dont judge a book by its cover". Itu tak termasuk yang campur-baurkan agama dalam politik lagi. Ecah ponah kono tak kes macam ni? Dalam situasi yang berlainan ke kan. Cer cito cer cito.


p/s : Bukan sumo yo. Tapi yang "tak sumo ni" yang buatkan kito urut dado.

Ahad, 13 November 2011

Toyota Corolla Altis

Kalau ado duit RM 150k sedebuk jatuh dari langit lepas hujan,  kereto apo yang Ecah nak boli? Kalau atoklah, keto idaman yang atok nak boli adolah Honda CR-Z. Ala-ala kacukan Toyota Caldina dengan Honda Insight gitu. Selero ngalahkan orang bujang kan, Ecah. Rego keto Honda CR-Z ni dalam RM 112k. Balance lagi RM38k tu atok bulih masuk dalam ASB, bley??

Siap tampal dalam wallpaper laptop konon2 sebagai sumber inspirasi. Ko mampu?
Itu kalau Honda lah. Kalau Toyota pulak, atok impikan Toyota Corolla Altis. Baru macam artis. Awass! Ini atok cito kalau duit jatuh dari langit yo. Mana atok nak cekau duit ratus ribu camtu. Lainlah kalau benih pokok duit belakang umah atok tu berjaya tumbuh. Tapi mustahil sobab dah masuk 5 tahun ni, lalang pun sogan nak tumbuh kat situ.

Kenapo atok pilih Toyota Corolla Altis? Selain harganya yang berbaloi (bermula dari RM  105,990.00), kereta ni mempunyai design yang teguh dan mantop. Kalau transform keto ni kepada bentuk manusia, nescahaya manusia itu seorang yang maskulin, simple tapi penuh gaya! Moh kito skodeng dulu exterior Toyota Corolla Altis nih.

Gagah tak?............ Ke Lady Gagah?...atok suka tang mata tu
Toyota Corolla Altis ni dibina khas untuk keseronokan. Mempunyai enjin Dual VVT mampu memberikan pecutan yang lobih mantap ditambahkan lagi dengan bentuknya yang dinamik. Lobih canggih, Toyota Corolla Altis jugak turut menawarkan smooth transmission dengan super CVT-i yang memberikan 7-kelajuan sports sequential shift. Dia punya stereng pun Electric Power Steering (EPS) di mana mampu memberikan penjimatan minyak. Dia ada jugak setting cruise along iaitu kalau kat highway tu, kaki Ecah rasa macam nak tercabut, just press the button, n the car akan pecut dengan sendiri secara malar dan tak perlu tekan minyak. Dan banyak lagi ciri istimewa.

Satu lagi perkara yang Ecah perlu tau pasal Toyota Corolla Altis ni, ialah ia adalah pemenang Car of the year Award 2010, dalam kategori Best Passenger Car (Compact). Dan memenangi anugerah Penjimatan Minyak Terbaik 2010 dalam Anugerah Asian Auto Premium Family Cars Toyota Altis 1.8 5.5L/100km. The latest, Toyota Corolla Altis ni telah ado warna dalaman yang baru iaitu hitam dan juga dilengkapi dengan DVD Audio-Video Navigation System and Reverse Camera.

Tu dia. Best tak? Kalau berkenan atau Ecah nak tahu maklumat lobih lanjut, sila klik gambau kat bawah ni.




Tapilah kan, so far bobot atok ni lah yang tatap menjadi pojaan hatiku sehingga mampu memecut di sebalik lorong-lorong mengalahkan abang trafik bawak kuda putih sobab atok buat kesalahan larangan pusingan U!

So, bagitahu atok sekarang. Kalau ado duit RM 150k sedebuk jatuh dari langit lepas hujan,  kereto apo yang Ecah nak boli?


Sabtu, 12 November 2011

Fakta Menarik

Kebanyakan bahan besi di Amerika digunakan untuk menghasilkan tutup botol daripada menghasilkan badan kapal terbang.




80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga.




Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit.




Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia iaitu takut akan bunga mawar. 




RSVP adalah Respondez S'il Vous Plait yang bermaksud 'mohon jawapan'. Oleh itu perkataan RSVP ini amat berguna di saat musim peperiksaan sekarang.
















Khamis, 10 November 2011

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Atok kena jadi bidan terjun kepada Cikgu Nasir pasai patutnya hari ini turn dia kena buat entry. Tapi masalahnyo, dio tak ado idea nak mengajar subjek apo hari ni. Plus dio diserang demam kus kus. Tu yang dia pakso atok bercerabih di pagi yang hening ini. Ala, kau pun suka atok bercerabih kan? kan? Baik ngaku cepat!

"Huntung ado atok. Dapat haku goyang kaki lagi minggu nih. Nanti haku belanjer atok choki choki tau!"
Alkisahnya malam tadi atok lepak-lepak kat benteng ampangan. Sesi soal jawab dan berkongsi ilmu dengan sifu fotografi. Banyak lagi selok belok ghope nyer yang atok tak tahu. Dalam dok syiok lepak-lepak garu garu kepala sebab kena rewind dua tiga kali pasai atok slow sikit nak capture knowledge, tiba-tiba muncul seorang budak nih kat meja kami. Budak pompuan lingkungan awal belasan tahun.

Lebih kurang macam nih muka dia, tapi dia bertudung
Atok syak ini mesti budak kemboja yang atok jumpa kat dataran senawang dulu. Budak yang samo jugak maso atok feeling orang-orang golongan atasan makan beger kat MekDi di awal bulan. Walhal ujung bulan seksa menyantap mee meggi cepat di masak sedap di makan. Hamek ko.

Maso mulo-mulo atok jumpa budak kemboja ni, dia muncul kat sebelah atok. Tanjatlah boboy kan. Dio hulurkan tangan pastu nak mintak duit pasai mak dia sakit. Atok percaya la time tu kan. So, atok sedekahkan kat dia sejumlah duit. Masa kejadian kat MekDi tu pula, dia transform pulak jadik budak asrama dari rumah anak yatim piatu mintak derma kat atok gak. Mungkin dio tak perasan atok, tapi atok perasan dia. So, atok tak kasi pun derma tu sebab atok rasa macam budak ni mangsa sindiket. Haritu mak sakit, harini jadik anak yatim piatu pulak. Bimbo di situ.

Dan kebetulan, malam tadi atok pun terserempak dengan budak yang samo. Macam biasa, atok tak kasi pun duit even dia akan kasi penanda buku sebagai balasan. Sebab dalam pikiran atok maso tu, budak ni mangsa sindiket yang tak berhati perut. Lagi atok kasi derma, lagi naik tocang lah sindiket dia tu. Lebih-lebih lagi atok pernah terbaca kes ada sekolah pondok di PD satu masa lalu kerahkan pelajarnya jual barangan berbentuk buku-buku macam tu. Jualan mesti kena capai target. Kalau tak tercapai, tak boleh balik. Sakit ati bila kenangkan.

Sayu ja rasa hati tengok budak ni. Sebak. Tak tahu kenapo. Entah dah makan ke tidak budak tu. Lapar ke. Penat ke. Dari pagi bawak ke malam berjalan cari pelanggan. Air muka dia pun dah menggambarkan kepenatan dan seksa. Tapi atok nak buat macam mana. Atok pun bukannya berkemampuan nak kasi sedebuk harta kat dia. Kalau budak-budak melayu kita sebaya dia mungkin tengak seronok menonton citer Mr Bean kat tv3, mungkin tengah gelak-gelak dengan kengkawan kat kedai mamak, mungkin tengah corner baring atas katil layan pesbook, tapi dia??

Atok bukan nak berlagak malaikat kat sini. Even kalau mat rempit pun tersentuh kalau tengok budak ni berjalan dari satu meja ke meja yang lain semata-mata nak cari nafkah. Mungkin nafkah untuk kenyangkan tekak orang lain! Dah banyak kali atok baca di dada-dada akhbar selalunya budak-budak camni masa permedagangan atau mangsa manusia pemalas!
So, sebenarnya kita ni memang sangat beruntung di lahirkan seperti sekarang. Memang untung. Kalau kita fikirkan diri kita ni susah macam mana pun, seksa macam mana pun, ingat....ada orang yang lobih susah dari kita...lebih seksa hidup dari kita...atok pun rasa terkilan jugak tadi. Bukan terkilan sobab tak menderma, tapi terkilan sekurang-kurangnya atok boleh ajak budak tu duduk bersama dan belanja makan atau minum sekurang-kurangnya. 

Ekor mata atok terus memerhatikan budak tu yang meraih simpati dari satu meja ke meja. Semua orang memberikan isyarat tak mahu. Dia tak putus asa, terus berjalan melangkah penuh seksa. Dan akhirnya bayangnya hilang ditelan kegelapan malam...

Rabu, 9 November 2011

Nasi Arab Damsyik vs Lazeez Arabic Restaurant

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia. Ini pertempuran hebat di alaf baru. Err...alaf baru ke? Persaingan sihat antaro nasi arab damsyik dan lazeez arabic restaurant. Persamaan keduo restaurant ni adolah, keduo-duonya restaurant menjual nasi arab. Dan keduo-duonya jugak, terlotak di Senawang, Nismilan.

Kalau cu buat carian gugel "nasi arab seremban", 90% akan tuju pada Nasi Arab Damsyik. Sebabnya ramai blogger yang buek entry pasal Nasi Arab Damsyik. Memang diakui, Nasi Arab Damsyik memang terbaek. Tapi ramai yang tak tahu, selain nasi arab damsyik, ada lagi pilihan alternatif in case kodai tu dah ponoh. Mempersembahkan, tadaaa.....

LAZEEZ ARABIC RESTAURANT!!

Ok, pagi-pagi buta lagi atok dah carut kau pasal kat tajuk pun dah mention lazeez arabic restaurant. Dah tak sepresss. Kalau nak tahu, lazeez ni terlotak di No 271, Jalan Bandar Senawang 15, 70450 Senawang Seremban.Siap bagi alamat lagik. Owner Lazeez, sila belanja atok makan tengah hari selama seminggu! 

Ok, atok nak buat perbezaan antara kedua restaurant ni. Atok ponah makan kat Damsyik gak. Alamat Nasi Arab Damsyik terlotak di No. 1, Jalan Bourgainvilla 1, Taman Bourgainvilla, 70450 Senawang, Seremban. Duo2 tompek nih terbaek. Cuma ada terdapat sedikit perbezaan pasal menu kedua tompek ni.


Nasi Arab Damsyik
  1. Dari segi dekorasi ala-ala arabian, nasi arab damsyik memang terbaek. Dia punya teko pun macam teko aladdin.
  2. Dia punya teh sodapp! Wajib cuba satu teko.
  3. Tempat dia ada dua jenis. Satu open (sesuai untuk orang smoking), dan satu lagi dalam umah (ala-ala duduk macam orang Jepun, padahal tema nasi arab nih)
  4. Dia ada set menu untuk seorang, 3 orang, 5 orang dan 10 orang. Masa atok poie aritu 4 orang, amik set 3 orang. Tu pun dah terbungkang kekenyangan.
  5. Ada sediakan air suam, so kalau teh tu dah habis tak payah order air lagi. Amik je air suam. Free.
  6. Hidangan dalam dulang. Ado ayam bakar + daging (optional) + sayur timun hiris + susu masam + sambal. Sambal dan susu masam memang terbaik. Wajib cubo.
  7. Pilihan menu tak banyak, tapi menu yang sedio ado sidap!
  8. Ado anak ikan
Ini nasi arab damsyik menu ayam , dia ada pilihan daging jugak, kau kena tambah duitlah

Ni masa nak panggil jin teko keluaq...eh silap! ni lah air teh atok cakap tu. Sidap!!!

Ok, kita tengok pulak kelebihan Lazeez Arabic Restaurant

Lazeez Arabic Restaurant
  1. Dekorasi dalaman yang menarik tertarik kau terbabom kababomm. Tapi kat bahagian outdoor, cuma simple je but yet still selesa.
  2. Dia ada teh dan air manggo juice. Ada pilihan kat situ. Tapi mango juice dia original tak letak gula
  3. Ado juga set untuk seorang dan 5 orang sajok
  4. Dalam satu set tu, ado 2 jenis masakan ayam setengah potong, satu potongan daging kambing bakar dan ado sayur timun potong. Sambal di campur sekali dengan ayam cuma tak ado susu masam. Kalau Damsyik tu, daging dan ayam asing-asing. Kalau nak dua-dua lauk tu kena order berasingan.
  5. Selain nasi arab, restaurant ni pun ado hidangan untuk pencoci molot, roti spanish, dimsum dan segala pencoci kecuali pencoci lantai. Kiranya banyak pilihan lepas kekenyangan. Tapi yang ni tak masuk pakej dulang tu. Harga lain-lain.
  6. Kesimpulannya, walaupun makan set menu 5 orang tapi 7 orang tak tentu lagi boleh habiskan satu dulang tu. Dalam dulang tu memang meriah dan berbaloi-baloi.
  7. Banyak pilihan menu dari air, pencoci mulut, dan lauk pauk tu sendiri.
  8. Ado hot stuff
Kat satu dulang ni ado ayam 2 jenis, daging kambing + sayur timun dan kuah2....

Antara dekorasi dalaman kat restoren tu
Ha, so mana satu pilihan hati? Nasi Arab Damsyik atau Lazeez Arabic Restaurant? Ke kedua-duanya sekali (macam hukuman mandatori lak ye). Kalau dah cuba nasi ayam damsyik, cuba try pulak lazeez arabic restaurant ni lak. Atok memang rekemen. Pastu, kawan atok ado koba kat Seremban 2 ada gak nasi arab. Namo eh nasi arab aladdin. Nanti kalau atok dah cubo restoren tu, atok buat entry yo. Wokey cayang. Tataaaa...

Peta lokasi
Nasi Arab Damsyik
No. 1, Jalan Bourgainvilla 1, Taman Bourgainvilla, 70450 Senawang, Seremban



Lazeez Arabic Restaurant

No 271, Jalan Bandar Senawang 15, 70450 Senawang Seremban

 

p/s : Atok dalam proses mengigihkan kudrat untuk menggemokkan diri







Gemok camni. Ko mampu??

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih