Ahad, 31 Julai 2011

Contest Kutuk Blog Atok

ENTRY INI AKAN BERADA DI TAHTA TERATAS SEHINGGA 31 JULAI 2011. SILA LIHAT DI BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU  =)






Tu dia tuan puan sekalian. Dia dah mai dah. Aku dah pandai buat contest bagai dah..... Abess la ngko pasni. Sempena percutian atok ke Cameron Highland tempoh hari, atok ada juga belikan sebenier lebih. Dari dulu lagi atok nak buat contest masa bercuti di Melaka haritu tapi tak sempat nak beli. Nah, sekarang ni atok nak buek contest pulak. Kau ado? *Matiler riak!


Contest atok ni sonang yo. Tak perlu kusutkan kepala.  Dah bersedio sumo? Hah, layan.....
Kutuklah blog atok untuk penambahbaikan masa akan datang. [1kutukan paling kreatif n logik sajok]

Itu sajok. Tak payah nak folow bagai. Kalau ekau suko, baru folow. Tak suko, tak payah folow. Haaa garang tak aku? garang tak?? Tak perlu panjang lebar. Simple but sweet. Macam biaso buat entry kutukan kat blog memasing, dan link kan kat ruangan komen sini, senang atok nak terjah. Itu sajo yo!

3 Hadiah menarik menanti 3 yang bertuah ialah (menarik ker?)
1. Keychain buah strawberry
2. Keychain pensel kayu
3. F. Magnet strawberry


Berdiri Dari Kiri : keychain strawberry, F. Magnet, keychain pensel


Pemenang dipilih berdasarkan komen paling logik. Atok akan  senarai pendekkan dalam top 10, dan undian orang ramai akan dibuka kelak. Atok punya kedai tutup hujung bulan ni, bley?? Ok, tarikh tutup pado 31 Julai 2011...    Gud luck!   >_<

Psstt....ado saguhati jugak. 
1. Sesiapa yang dapat menjadi referer paling banyak, akan dapat keychain pensel kayu jugak. Pandai-pandailah nak promosi contest ni cmno yo.
2. Atok akan buat satu cabutan bertuah antara semua peserta. Hadiah eh, strawberry keychain tu. Gud luck....Ok papaiiii sumer!!

er....ko sambutan menyodih an bawah 10, tepakso lah atok gulung tukar yo...chau chin cauuuuu......wasalam..

Jumaat, 29 Julai 2011

888

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini blog Apo2 Yolah telah mencecah pengikut seramai 888 orang. Sodar tak sodar dah setahun setengah atok berblog. Walaupun ado sesetengah blog orang tu ada pengikut sampai 88888 (eh ado ko?), pun tak kecoh, tapi atok yang baru 888 ni pun dah kecoh. 

Ye! Memang atok kecoh. Sobab eh, korang yang 888 nilah memberikan semangat untuk atok berblog setiap hari. Kalau takdo mood nak mengarang tu, bilo mato atok terjeling kat bahagian "cucu-cucu atok" tu, terus semangat tu datang. Itu tak termasuk jumlah silent reader lagi tu. Alhamdulillah, purata sehari ado lah dalam 150 yang singgah baco blog buruk atok ni.  Atok sodar ado yang cecah berlapan belas ratus ribu singgah baca sehari blog dio. Kau mampu? Atok tak mampu buek maso sekarang.

Kalau maso mulo-mulo dulu, nak cecah 10 orang sehari singgah baca, pun payah. Sekarang ni sumo dah berubah. Tapi atok masih baru lagi dalam industri ni. Err..industri ke nyah? Atok percayo, selagi mano kita berusaha dan teruskan perjuangan, pasti kito akan berjayo! Chaiyok2! Tahniah sumo cucu atok 888!!! I love u lah!





Pesan atok : Ini entry "diari atok" terakhir sebelum kita semua menyambut bulan Ramadhan. Selamat menjalani ibadah berpuasa!

Cucu pilihan atok ke - 22

Wanacesh : Cucu Pilihan Atok ke-21
Cucu Pilihan Atok Recap 1-10
Cucu Pilihan Atok ke-22??

Assalammualaikum. Tahniah kepado cucu atok wanacesh kerana berjaya merangkul gelaran cucu pilihan atok ke-21 pada minggu lepas. Baiklah, kali ini kita teruskan pada cucu pilihan atok ke-22. Cucu kali ni dah lama mintak atok pilih dia jadi cucu pilihan. Cuma atok kena ikut list. Akhirnya tibalah giliran cucu ini. Tanpa buang masa atok nak umumkan Cucu Pilihan Atok ke-22 pada minggu ini ialah ;

Khamis, 28 Julai 2011

Demi Masa Sesungguhnya Manusia Kerugian

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Ya! Atok dapat rasakan dari dalam lubuk hati atok nih! Atok sedang dilanda virus kesibukan melampau. Virus di mana atok hanya dapat tido 5 jam sehari, u'uk 10 saat, makan 5 minit! Minggu ni atok kena siapkan kerja editing untuk majlis perkahwinan kat Dioh tu. Alhamdulillah, malam tadi siap dicetak! Cantikkkkkkk....Minggu ni nak pass kat serantin.

Minggu ini jugak atok sibuk mengalahkan Presiden Kenya. Balik dari kojo, tanpa buka baju dan seluar atok terus mengadap laptop. Kerja untuk mereka cipta biz card pulak. Pastu agak-agak wayar otak medula oblogata nak putus tu, teruskan lagi kerja membina laman rasmi blog fotografi D'Lensa Abadi. Pastu agak-agak saraf tunjang rasa nak terbelit-belit tu, atok kena buat pulak group bisnes kat pesbok. Adeh! Sokor....semuanya dah selesai malam tadi! Tinggal nak mekap sikit kasik cun. Malam nanti sambung.

Sabtu nih nak jumpa kawan atok merangkap wedding planner pasal projek raya nih plak. Sapa nak shoot potrait raya famili, meh pm atok k! Kau nak album potrait besar peti ais umah kau pun hade. Spesel diskaun 100%!...................er......aku tarik balik diskaun 100% tu!!!.....larekkkkkkkkkkkkkkk 280km sejammmm!!



Singgah jemput ke blog rasmi fotografi dilensa di www.lensaabadi.blogspot.com , dan like facebook D'Lensa Abadi 

Tips Menghilangkan Kemaluan

Tok Wan
Assalammualaikum Tok Wan. Saya Huzairi bin Abu Latep dari Pasir Puteh Kelate. Saya ada satu pertanyaan pada Tok Wan. Bagaimanakah caranya untuk kita menghilangkan kemaluan? Harap Tok Wan dapat membantu cucu yang pemalu ini. Terima kasih.

Waalaikumussalam Huzairi. Tu dia. Tajuk kau ni macam nak bagi uwan diserang kentut berdarah. Ada dua maksud di situ. Hilangkan kemaluan ataupun hilangkan sifat kemaluan. Kalau kau nak hilangkan kemaluan, kau boleh convert kat Thailand nun. Tapi uwan percaya, maksud kau macam mana nak hilangkan sifat malu, betul tak cu? Ok, berikut merupakan cadangan dari uwan.

1. Tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus perlahan. Ini nak kasi degupan jantung kita tu berasa lebih tenang. Then, uwan percaya sheikh kau akan datang lepas tu. Sifat malu terus lesap. Silap-silap orang lain pulak malu nak bercakap dengan kau sebab kau terlebih personaliti a.k.a gedik. Kadang-kadang kita malu tak bertempat ni sebab kita terlalu rasa gemuruh. So, uwan rasa cuba kau tenangkan diri kau tu dulu.

2. Cuba bayangkan orang yang berhadapan dengan kita tu kenalan rapat kita. Uwan selalu amalkan tips ni. Kadang-kadang kita selalu jumpa orang ramai buat kali pertama kan. Memanglah malu. Apa yang uwan buat adalah, uwan akan cuba kenalpasti mimik wajah orang tu seiras sapa yang pernah kenal. Contohnya, uwan bayangkan wajahnya ada iras bekas anak ikan kawan uwan, so uwan terus anggap yang uwan sedang berhadapan dengan kawan uwan. Rasa malu tu dah kuranglah kan. Ko paham tak ni?

3. Kau banyak mendengar dari bercakap. Orang malu ni kadang-kadang kalau buka mulut bercakap, buruk jugak rupanya. So, untuk mengelakkan muka kau nampak buruk bila bercakap, wan cadangkan kau banyak mendengar apa yang orang tu perkatakan. Jadi pendengar yang setia. Bijak pandai ada mengatakan, diam-diam ubi berisi, banyak bercakap ibarat tin kosong, bising lebey, isi tak dak. So, baik kau jadi ubi dari jadi tin kosong. Tak de sebab lagi kau nak rasa malu just untuk mendengar.

4. Bersembang isu semasa. Uwan percaya kalau dah malu tu, sepatah tanya sepatah jawab. Sampai kadang-kadang aku nak patah-patahkan je tulang-belulang orang yang jawab sepatah tu. Kalau dah terlampau malu, cubalah bawak berbual isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Contohnya tentang isu pelarasan gaji 30% ke. Isu keseragaman elaun cola ke. Opps

5. Jadilah diri sendiri. Dah kalau mak ko lahir-lahir kan ko, memang ko ni jenis tak banyak cakap dan pemalu, so tak boleh buat apa dah. Itulah sifat yang Tuhan ciptakan untuk ko. Kita diciptakan berbeza. Pemalu tu sebenarnya perlu. Malu untuk melakukan maksiat. Malu untuk berpimpinan tangan dengan bukan muhrim. Malu duduk rapat-rapat. Malu tu perisai iman. Jadi, berbanggalah dengan diri kita seadanya.

Sekian, uwan berundur diri...

Rabu, 27 Julai 2011

Atok Muda Punya Atok Masa Muda

Riak Perosak Ibadat

Abang Joe


Assalamualaikum semua adik-adik abang. Ketemu lagi kita pada hari yang mulia ini dalam segmen "email bersama abang Joe". Baiklah kali ini abang nak kongsikan dengan kalian email yang abang terima daripada www.lepak.com berkaitan dengan riak perosak ibadat.


Pada suatu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Quran, surah “Thoha”, di biliknya yang berhampiran dengan jalanraya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah Al-Quran.
Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah “Thoha” dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan.

Lalu katanya, “Demi Allah, sesungguhnya telahku baca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun”. “Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?” Lelaki itu berkata.

“Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah ‘Arasy : ‘Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu’. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya”.

Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, “Kenapakah tindakan itu dilakukan?”.

“Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumah mu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu.

Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu”.

Si abid terjaga dari tidurnya. “Astaghfirullaahal-’Azhim! Sungguh licin virus riya’ menyusup masuk ke dalam kalbu ku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya.

Benarlah kata alim ulama’, serangan penyakit riya’ atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh

Pesanan abang joe : Jangan sesekali kita berasa riak walaupun sebesar zarah sekalipun. Sama-samalah kita ambil ikhtibar. Wassalam...

Selasa, 26 Julai 2011

Kita Merancang Tuhan Menentukan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Hujung minggu haritu atok cadang nak adakan sesi photoshoot ala-ala American Next Top Model untuk semuo termasuk mak ayah atok. Dah siap pinjam potrait lens kat kawan pada jumaat malamnya tu. Tapi kita cuma merancang, Tuhan yang menentukan. Pagi sabtu tu atok menerima perkabaran moyang telah kembali ke rahmatullah. Segala plan awal terpaksa di tunda. 

Atok pergi dari pagi sampai ke petang. Ingatkan malamnya nak edit gambar 1st official wedding job tu, tapi dah ditakdirkan atok demam panas pulak. Mungkin siangnya berjemur di tengah-tengah kubur tengah hari tu. Apa yang kita rancang tak semuanya akan menjadi. Tapi kita harus ingat, Tuhan tu sentiasa adil. Walaupun Dia tidak tunaikan hasrat kita saat itu, tapi Dia memberikan sesuatu yang lebih berharga pada diri kita selepas tu.

Buktinya, jika sebelum ini apabila tiba hujung minggu saja atok mesti sibuk shooting outdoor atau sibuk bersihkan bangsal, atau sibuk main game red alert 3 online, atau mengedit gambar, atau balas komen blog, atau tido berpelukan dengan kucim-kucim kesayangan di dalam bilik. Hanya memunculkan diri bila rasa nak u'uk, lapar, haus, dan itu sajok. Yang lainnya buat hal sendiri.

Hikmahnya bila atok demam ni, atok banyak menghabiskan masa dengan famili. Tido kat ruang tamu sebab demam. Kejap mak atok datang, tangannya rasa ke dahi samada panas ke tak. Kejap lagi ayah atok. Manja kan. Walaupun dah masuk 2* tahun. Opss. Pastu kena paksa rela makan panadol. Atok sempat gak curik-curik makan durian. Yelah walaupun demam masih menyental durian sebab dah hujung musim kan. Nanti musim dah habis, mau menangis aku nak tunggu musim durian tahun depan. Saat tu paling berharga sebenarnya. Masa bersama keluarga.

Betul lah kata orang bijak pandai. Tuhan akan turunkan hujan di saat langit cerah yang cantik, tapi untuk apa? untuk kita berpeluang melihat pelangi yang lagi indah ciptaanNya. Jadi, jangan sesekali kita menyalahkanNya walau dalam apa jua keadaan...Kerana cuma Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.....Alhamdulillah....

Petua Melebatkan Kening

Kak Milah
Morning uolls. Kabare wak? waras? Akak nak jadi kakitangan Apo2 Yolah pertama wish "selamat berpuasa" kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Seminggu lagi uolls. Mana yang tak ganti tu baik diganti cepat sebelum terlambat. Pasni akak kena pakai tudung bawal kan uolls. Baiklah, untuk topik kali ini kak milah nak kongsikan dengan uolls petua berikutnya, iaitu petua melebatkan kening.

Cuba uolls perhatikan betul-betul kening akak. Santek tak? Itu bukan potosop uolls. Itu semulajadi wokey. Sejak dari azali lagi kening akak terbentuk dan hitam lebat macam tu. Tiber akak teringat kata-kata keramat bekas majikan akak, maybelin. "Mungkin kecantikan asli, mungkinnya maybellin!"...So, akak nak tukar sikit ayat keramat tu. Akak tukar "Mungkin kecantikan asli, mungkinnya petua tok moyang haku!"....Bley uolls? Ok, kita teruskan pada petua melebatkan kening ;

1. Ambil buah keras, uolls bakar sampai legam. Dengan menggunakan sebatang lidi uolls gosok pada buah keras tu kemudian sapukan kat kening uolls beberapa hari. Nanti uolls akan perasan kening uolls akan lebih lebat dan terbentuk. Awas! Ko jangan tanya haku buah keras tu hape, akak tak tahu uolls....Ampunnn...

2. Alternatif lain adalah dengan DAUN lidah buaya. Akak kena letakkan huruf besar pada perkataan daun tu supaya uolls tak keliru antara daun lidah buaya dan lidah buaya. Lidah buaya pula ada dua kategori ye uolls. Lidah buaya binatang dalam sungai rajang tu dan yang keduanya jantan lidah buaya bercabang bermata keranjang. So abaikan 'lidah buaya' itu sebaliknya tumpukan pada "daun lidah buaya". Daun tu uolls picit sampai keluar lendir dan sapukan kat kening uolls tiap-tiap malam. Kompem ummie aida menangis sebab title kening cantiknya uolls rampas lepas nih.

3. Bawang putih. Uolls curi bawang putih mak uolls kat dapur tu pastu uolls hiris hujungnya sikit. Sapukan pada kening mengikut alur kening pada setiap malam. Esoknya bangun solat subuh terus cuci. Ingat ye uolls, cantik cantik jugak, solat jangan lupa!

4. Uolls kenal tak pucuk paku? Mana yang dok bandar tu mesti ingat paku punya pucuk yang tajam tu kan. Salah uolls. Pucuk paku adalah sejenis sayur-sayuran. Ha, uolls picit pucuk paku tu sampai keluar lendir kemudian cepat-cepat uolls sapukan pada kening. Amalkan selalu.

5. Akak rasa cukuplah 5 petua tu kot. Kalau kening kau tak cukup hitam jugak, kau pergi kedai Muthu cakap kat dia nak beli pen marker permanent punya kaler hitam. Kau lukis kat kening kau bentuk macam mana kau suka. Boleh uolls? 

Ok, akak adios dulu....selamat mencubaaa!!

sumber :

Isnin, 25 Julai 2011

Pemergian Moyang Yang Dikasihi

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ada yang sedia maklum bahawa moyang atok telah kembali ke rahmatulah pada pagi sabtu yang lalu jam 8 pagi. Atok dan famili berangkat ke Rembau untuk menziarahi arwah. Banyak perkara yang dapat atok lihat berlaku pada masa itu. Ada hikmah dan ada sebaliknya. Bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi untuk pengajaran kita bersama.

Mak atok telah dibesarkan oleh moyang atok ni sejak remaja lagi. So, mak atoklah yang paling rapat dengan arwah jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Sebab tu atok perhatikan mak atok paling sedih masa jenazah tiba di rumah dari Nilai sebelum dikebumikan.

Ramai saudara-mara yang atok kenal hadir masa upacara pengkebumian tersebut. Ada juga yang atok tak pernah jumpa pun. Ada yang menegur atok nampak sudah dewasa. Ada juga seorang budak ni mukanya seiras wajah atok. Cuma umurnya lingkungan belasan atau awal 20 an. Sebijik. Rupa-rupanya dia tu dua pupu atok. Rupa-rupanya ramai lagi dua pupu yang atok tak pernah jumpa. Kami berkongsi moyang yang sama.

Selepas majlis pengkebumian, mereka bersiap untuk kenduri tahlil pula malam tu. Atok terpaksa pulang awal kerana anak akak atok masih bayi.  Lagipun masa datang tadi pun, dia tumpang bobot atok. Tapi yang sedihnya, ada juga adik-beradik nenek atok sekeluarga chau dulu sebelum majlis kenduri tahlil. Tak ada alasan yang munasabah pun. Mungkin dendam lama masih kesumat. Soal pembahagian harta yang tidak adil.

Masa melihat surat kematian tu, barulah atok tahu umur sebenar moyang atok. Arwah dilahirkan pada 14.9.1919 dan kembali ke rahmatullah pada 23.07.2011. Atok boleh buat kesimpulan arwah ni berkahwin awal. Setelah membuat pengiraan berdasarkan umur arwah, mak atok, kakak atok, maka kesimpulannya seperti berikut ; 
Moyang dapat cucu pertama masa umurnya 39 tahun. Dapat cicit pertama masa umurnya 60 tahun. Dapat piut pertama masa umurnya 86 tahun. Kembali ke rahmatullah pada usia 92 tahun.

Kesimpulannya, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Masa upacara pengkebumian tu, atok dapat kenal dengan ramai saudara yang lain dan semakin akrab.  Soal pembahagian harta memang isu yang sensitif. Walaupun hakikatnya tak di bawa ke mati pun. Cuma atok ingin ingatkan pada kita semua termasuk diri atok sendiri, orang yang memutuskan tali persaudaraan itu, semasa matinya kukunya yang panjang akan melilit tubuhnya sehingga keluar isi perut. Wallah hualam...

Firman Allah SWT, "Maka apabila kiranya kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan dituikannya telinga mereka dan dibutakannya penglihatan mereka," (Muhammad: 22-23).

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi...

Ahad, 24 Julai 2011

Amy Winehouse - 27 perkara yang anda patut tahu mengenainya




Amy Winehouse telah meninggal dunia pada malam sabtu yang lalu pada usia yang muda, 27 tahun. Walaupun beliau selalu dihentam dengan berita penagihannya, tidak ramai yang mengetahui tentang peribadinya. Berikut merupakan 27 sejarah ringkas seorang gadis berbakat besar yang pergi pada usia yang terlalu muda.


1. Amy Jade Winehouse dilahirkan pada 14 September 1983  di Southgate, utara London.

2. Memiliki sepasang mata cantik berwarna hazel dan mempunyai ketinggian 5 kaki 2 inci.

3. Amy mempunyai nombor "old school", tato wanita bogel di badannya.

4. Koktail kegemaran Amy ialah Rickstacy.

5. Mempunyai patung lilin yang dipamerkan di Madame Tussauds di London pada 23 Julai 2008.

6. Pernah pose bogel untuk majalah Easy Living keluaran British isu April 2008 dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang bahayanya kanser payudara di kalangan wanita muda.

7. Beliau bersekolah di Sekolah Susi Earnshaw Theatre pada usia 8 tahun dan mula membentuk sebuah kumpulan rap bersama rakan-rakan pada usia 10 tahun.

8. Ayahnya seorang pemandu teksi, amat menyukai lagu Jazz dan sering memutarkannya semasa Amy membesar.

9. Beliau mula menulis lagu pada usia 14 tahun dan bekas teman lelakinya menghantar pitanya bersama band jazz kepada seorang lelaki A&R (Artis dan Repertior).

10. Artis kegemarannya ialah Nas, Mos Def, Teena Marie, Beastie Boys, Carol King, Mahalia Jackson dan Monk Thelonius.

11. Dia menulis semua tetapi dua buah lagunya mendapat pujian pengulas yang digambarkan sebagai "cool, critical gaze" dalam liriknya.

12. Beliau mengalami kemurungan dan enggan mengambil ubat.

13. Pada bulan Mei  2007, Amy berkahwin dengan Blake-Fielder-Civil dalam satu majlis rahsia di Miami.

14. Amy dan suaminya ditahan di Norwy kerana memiliki ganja pada Oktober 2007.

15. Bryan Adams pernah menulis lagu khas untuk Amy bagi membantunya mengatasi ketagihan dadah. Lagu tersebut berjudul "Flower Grown Wild",  iaitu tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

16. Semasa persembahan di sebuah konsert di Birmingham England pada November 2007, Amy telah dicemuh oleh penonton sebagai tanda protes keadaannya yang mabuk.

17. Beliau pernah mengambil bahagian dalam kempen yang berjaya menyelamatkan Tavern George (sebuah pub inggeris) dengan mereka bentuk sebuah T-Shirt.

18. Beliau pernah dijemput untuk menyertai sekumpulan 72 penyanyi rahib Austria. Sami, yang dikenali sebagai Sami Cistercian stift Heiligenkreuz yang mencatat jualan album memberangsangkan.

19. Pada April 2008, Amy telah diundi sebagai heroin terbesar di bawah 25 tahun menewaskan Florence Nightingale.

20. Albumnya "Back to Black" telah diumumkan sebagai satu daripada 12 album pada 2007 yang disenarai pendek sebagai Mercury Prize Nominees.

21. Lagunya Rehab berdasarkan keengganan beliau untuk menghadiri pusat pemulihan alkohol.

22. She famously said, "I'm of the school of thought where, if you can't sort something out for yourself, no one can help you. Rehab is great for some people but not others."

23. She had recently finished a course of alcohol rehabilitation in London and at the time was under strict instructions not to drink. The Grammy award-winner had struggled with drink and drug addiction and had spent time in rehab.

24. By 2010, things turned around for Winehouse when she popped up looking healthier - and holding hands and kissing a new love, British film director Reg Traviss.


25. Hawley Arms a pub in Camden was her favourite pub. She even used to serve behind the bar sometimes. She made her last public appearance on Wednesday night when she joined her goddaughter Dionne Bromfield on stage at The Roundhouse in Camden

26. As late as June 21, the troubled Brit called off the remainder of her 12-date European tour following the Belgrade concert. Winehouse's rep, Chris Goodman, said the singer was withdrawing from all scheduled performances as she recovered. 

27. On July 23 this year, 27-year-old Winehouse was found dead in her London home. The cause of her death has not yet been revealed.


Amy Jade Winehouse, rest in peace.....ini sebagai pengajaran kita bersama. Jangan ambil dadah dan arak. Kerana ia akan memusnahkan hidup kita!

Fakta Menarik

Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna.




Tikus dan kuda tidak boleh muntah.




Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tetapi boleh berenang.




Angkasawan dilarang memakan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut di dalam baju khusus angkasawan, ini boleh membahayakan mereka.




Kucing berpeluh melalui tapak kakinya.

Sabtu, 23 Julai 2011

Setiap yang hidup pasti akan pergi

Moyang atok telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Tiada lagi 5 keturunan yang masih kekal hidup di dunia ini lagi. Arwah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada waktu selepas subuh tadi akibat sakit tua. Atok rasa umurnya hampir 100 tahun. Moga Arwah tenteram di alam sana. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...

Kenangan arwah dan piut

Contest Aku Berpuisi-Surat untukMu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini atok nak joint contest sulung mohamadazhan iaitu Contest Aku Berpuisi. Sebenarnya atok pernah menerbitkan sajak dibawah sebelum ni di dalam blog ni di bawah segmen "sedih". Cuma atok nak repost kembali untuk dikongsi bersama cucu atok yang tak sempat nak baca. Mari ramai-ramai kita joint contest anjuran mohamadazhan ni sebelum 16 ogos 2011.

Dalam banyak-banyak sajak yang atok karang, sajak inilah yang paling bermakna. Jika purata yang diambil oleh atok untuk menghasilkan sebuah sajak sekitar 30 ke 45 minit. Tapi istimewanya sajak ini atok berjaya hasilkan dalam masa 5 minit! Pada jam 3 pagi! Ya...hanya 5 minit pada jam 3 pagi...Mungkin sajak ini bukan lahir dari perahan minda yang memerlukan idea kreatif, namun lahir dari ketulusan hati yang paling dalam ditemani air mata keinsafan. Moh baca sajak yang atok pertaruhkan kali ini...



Mataku tersentak!


Jam menginjak ke angka 3 pagi. 
Tiba-tiba hati ini sayu. Sejuk. Muram tak beremosi.
Minda kosong serta-merta,
Dunia seakan berhenti berputar,
Cengkerik seolah terus membisu,
Angin bayu menyapu malas kulit pipiku
Kemudian terdetik di hati berbicara!

Ya Allah Ya Tuhanku,
Apakah cukup bekalan untuk aku ke sana?
Adakah benar dosaku sedang bermaharajalela menghimpit amalan baikku?
Betulkah landasan yang sedang aku lalui ini?
Apakah benar tubuhku ini nanti menikmati alam syurgaMu,
atau
Menjadi hambatan api panas nerakaMu!

Jika benar ajal selangkah sedang menghampiri diriku,
Kau izinkanlah aku beribu jejak untuk mendekati diriMu,
Jika benar aku sedang enak dibuai pujuk rayu syaitanirojim,
Kau sedarkanlah aku dari mimpi ngeri itu,
Jika benar aku hidup dengan penuh lubuk dosa,
Kau hulurkanlah tanganMu semoga aku dapat keluar dari selutnya.

Astaghfirullah al Azhim....
Terlalu banyak aku berdosa padaMu,
Terlalu miskin aku dimataMu,
Terlalu hina ku rasakan diriku ini disampingMu,
Banyak musibah dan bencana yang pernah aku lakukan,
Tak terkira. Tak terhitung. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akhbar.
Hati yang kerdil lagi hina ini,
Begitu berharap keredhaan dariMu, Allah
Tunjukkanlah aku jalan yang benar,
Suluhilah aku jalan yang lurus,

Jika benar aku sudah jauh tersesat di persimpangan durjana,
Aku merayu Kau mencuit bahuku untuk kembali,
Kembali ke persimpangan asal di mana aku bermula,
Aku sanggup untuk meniti semula liku-liku itu,
Semoga setiap permulaan itu,
Akan berakhir dengan jalan yang Kau redhai



Jumaat, 22 Julai 2011

Mindset

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia. Aku dah pandai cakap omputeh. Abess la berabuk meja atok pasni. Berabuk dek air liur. 

Kalian mesti tahukan apa maksud mindset di atas? So tak perlulah atok terangkan secara lebar panjang tentang mindset ni. Cuma intipati yang kito dapek dari perkataan ini adalah berkisarkan tentang pemikiran atau perlakuan seseorang yang menjadi habit dalam kehidupan seharian dan sukar diubah. Tu dia. Ala-ala pensyarah tak gaya haku? Ye pensyarah takde PHD.

Contohnya macam diri atok sendiri, bangun pagi pukul 6. Buat rutin harian macam biaso. Gosok gigi, mandi, senaman bagai tu. Tapi atok ada satu masalah pengurusan masa. Dah dari dulu lagi atok punya mindset akan sampai ke sesuatu destinasi tu pada waktu yang tepat. Let say nak pergi kerja. Mesti kena sharp pukul 8. Tak boleh nak datang awal pukul 7.59.59 saat ke kan. Entahlah dari dulu lagi. So no wonder pet lah, muka atok antara peberet paling lambat masuk ke kelas dolu-dolu.

Berbalik cerita opis tadi. So, jarak masa antara rumah atok dengan opis lebih kurang 20 minit. Memang purata masanya macam tu lah. Walaupun dah siap awal (pukul 7.20 pagi), tapi atok sempat lagi menonton High 5 sampailah pukul 7.40 pagi tu. Yelah sebab nak genapkan 20 minit waktu perjalanan ke opis. Pastu terhegeh-hegeh start adam hitam nak ke kerja. Bila adam hitam susah nak hidup, time tulah ko sepak tayar dia laju-laju kan tok. Kalau nasib baik, klik punch card tepat pukul 8. Kalau nasib malang, pukul 8.05 sebab ado anjing melintas masa dalam perjalanan. Nampak tak? Itu atok punya mindset. Bad mindset.

Contoh yang lain kat opis atok ni. Ada sesetengah tu mindset diorang ni susah untuk berubah. Mana yang A to...A je laaa....tak mau ikut konsep B ka C ka dan seterusnya. Sebab pada fikiran diorang mindset tu dah tetapkan macam tu. Dari dulu lagi dah jadi amalan macam tu. Memang susah untuk berubah. Kalau kita nak anjurkan sesuatu aktiviti lain dari lain, ramai yang condemn dan mengutuk belakang cadangan kita tu. Sebab diorang tak pernah buat benda tu sebelum ni. Akibatnya tak ada langsung perubahan lah pada diri dan opis tu sendiri. Nampak tak?

Sama jugak yang suka kerja last minit dan suka bertangguh. Ala...kejap lagilah buat. Masih ada banyak masa. Bukannya esok nak kiamat. Nampak tak? Siap mention kiamat lagi. Ko tak tahu kiamat tu dasyat macam mana. Boleh lak cakap macam tu. Pastu bila dah hujung duedate, time tulah ko sibuk nak setel kan semua perkara. Sampai tercirit-cirit kau tak cukup masa. Nampak tak?

Sama jugak macam kita kan. Ada sesetengah perkara yang sukar untuk kita berubah walaupun perubahan itu adalah untuk kebaikan. Sebab dah mindset kita macam tu. Yelah sebab kita ni pun manusia yang serba serbi kekurangan. So, meh kongsilah dengan atok apakah mindset yang kalian susah untuk tinggalkan untuk kebaikan?



Pesan atok : Copek2.....dah ramai joint contest atok nih....sebelum tarikh totop ujung bulan 7 nih, baik kau joint dengan klik di [SINI]

Cucu pilihan atok ke - 21

Nenek cucu pilihan atok minggu lepas
Cucu Pilihan Atok Recap 1-10
Cucu Pilihan Atok ke-21 ???


Tahniah kepado B.O.B.A aka Nenek kerana berjaya merangkul anugerah cucu pilihan atok ke-20 pada minggu lepas. Nenek seorang yang sempoi namun berjaya meletakkan setiap entrynya pada satu titik paling bermakna. Santai tapi berisi. Baiklah, kita teruskan pencarian cucu pilihan atok yang berikutnya. Cucu Pilihan Atok ke-21 dianugerahkan kepado....

Khamis, 21 Julai 2011

Bila Dah Tiada Baru Dihargai...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Atok risau ni. Mana perginya pokcik jual kuih dan nasi lemak ni. Masuk hari ni dah dekat seminggu pokcik tu takdo. Ceritanya macam ni, kalau atok poie kojo, atok akan lalu satu jalan ni. Di tepi jalan ni ado sorang pokcik ni berniaga nasi lemak dan menu sarapan pagi. So, kalau atok poie kojo, atok akan selalu nampak pokcik ni. Ok, ayat berulang-ulang disitu.

Kalau atok lalu jalan tu, pokcik tu ada berniaga kat situ. *Stop it atok! Kau nak ulang bape banyak kali??!!
Bila atok lalu je, pokcik tu mesti pandang atok. Pastu senyum. Masa mula-mula tu atok tak kisahlah kan. Mungkin dia memang suka pandang-pandang orang sementara menunggu pelanggan. Atok pun balas lah senyuman dia walaupun atok tak pasti senyuman plastik atok tu dia nampak ke tak melalui helmet kaler itam.

Tapi masuk minggu kedua dan berikutnya, pokcik tu tetap pandang atok. Then senyum. Kadang-kadang saat atok terlewat nak pergi kerja pun dia senyum gak. Manalah sempat aku nak senyum kan. Jam lagi 18 saat nak pukul 8. Mana nak senyum. Mana nak kejar punch card. Mana nak merempit bawak adam hitam laju-laju. Kadang-kadang atok buat bodoh je tak pandang. Sampai ati kau tok.

La ni, minggu ni dah masuk seminggu tak nampak pokcik tu berniaga. Dimanakah pokcik tu? Tak sihatkah dia? Perniagaan tak bagus kah? Rindu dengan kelibat pokcik tu masa waktu pagi nak ke kerja. Sekarang ni atok dah tak boleh tengok lagi senyuman ceria seceria matahari dari pokcik tu lagi...

Atok percaya, kita pun pernah alami benda yang sama kan cuma jalan cerita berlainan. Kesimpulannya, hargailah seseorang itu di saat dia masih ada di hadapan kita sebelum hilang dari pandangan...

Aku Tak Mau Jadi Weiiii.............

Once Upon A Time...

Masa tu atok masih menuntut di Politeknik Port Dickson. Masih laie sogar dalam kepala hotak atok kisah yang lampau. Pada malamnya tu atok tengah menyeterika baju nak ke kelas. Maklumlah esoknya ado perhimpunan Jabatan Perdagangan. Junior-junior somel-somel mesti ramai kan. Tu yang atok melaram lebih sket tu. Tapi malam tu atok rasa berat ati sangat nak joint perhimpunan keesokannya itu. Tak tahu napo. Mata dah mengantuk ni, so atok terus tido.

Esoknya pulak, ramai budak-budak jabatan perdagangan berkumpul di dewan wawasan. Seperti jangkaan atok, ramai budak somel-somel. Dan ada gak budak junior ni sempat menjeling atok pastu main mata. Nakal! So atok dan kawan-kawan pun terus duduk di dalam dewan wawasan tu. Perhimpunan kali pertama ni lebih kepada mesyuarat agong. Maksudnya perlantikan MPP lah lebih kurang, tapi untuk jabatan lah.

Episod perlantikan secara demokrasi pun bermula. Masa tu takde istilah undi-undi bagai ni tau. Masa tu main angkat tangan je. Tiba-tiba ada kawan atok sorang ni petik nama atok menjadi calon sebagai PENGERUSI Jabatan Perdagangan. Time tu jugak atok rasa mata ni berpinar nak pitam. Kau bayangkan lah ada berapa ribu orang dalam dewan tu, pastu aku kena naik atas pi perkenalkan diri. Cilako, sumpah atok dalam hati. Saat tu paling memalukan dalam hidup atok.

Pastu macam biasa, adalah 2 3 orang calon lain kan. So, kami bertiga pun bersaing merebut undian. Err...sebenarnya aku sorang je tak berebut pun. Kami bertiga dikehendaki memberi ucapan. Yang lagi dua orang calon tu beriya suruh lantik diri dia sendiri. Bila tiba time atok memberi ucapan, atok cakap cenggini.

"Janganlah lantik saya! Nanti kalian menyesal,"lepas je atok abis cakap ayat tu, berdekah-dekah budak dalam dewan tu tergelak.

Hello. Kau ingat aku buat lawak atas stage ni? Gile kau! Jawatan Pengerusi. Aku masa sekolah dulu, jadi AJK persatuan bomba pun selalu ponteng inikan pulak jawatan PENGERUSI Kelab yang mempunyai ahli beriban-riban?? 

So, proses pengundian pun dijalankan. Kami bertiga dikehendaki masuk ke belakang dewan tu. Then di panggil semula ke depan. Pensyarah pembimbing pun mengumumkan keputusannya...

"Jawatan pengerusi bagi kelab perdagangan pada semester kali ini disandang oleh saudara.............*atok dah debar-debar dah ni.....janganlah muncul nama aku!.................saudara Azmeer!!!!,"jerit pensyarah tadi.

Yahoooooooooooo!!! Tiber atok plak yang menghuha atas stage tu. Pastu cepat-cepat cover balik. Alhamdulillah. Nasib aku baik kali ni. Pastu undian secara automatik untuk jawatan timbalan disandang oleh atok sendiri. Sebab dapat undian kedua tertinggi. Mampus aku....

Tapikan atok dengar citer dari kawan atok sendiri yang berada di dalam dewan tu, secara kasarnya ramai yang angkat tangan mengundi atok. Tapi mungkin pensyarah tu lebih sukakan si Azmeer ni, then tengok aku macam budak autisme je, so dia terus kasi si Azmeer ni menang. Tak telus kan. Itu bukan demokrasi namanya. Itu kuku besi. Tapi ade aku kesah? Opss....


Pesan atok : Copek2.....dah ramai joint contest atok nih....sebelum tarikh totop ujung bulan 7 nih, baik kau joint dengan klik di [SINI]

Rabu, 20 Julai 2011

Pin Pin Pon Pon

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Atok tahu hari ini tema hari robu ialah Wordless Wednesday, maknanya hanya post gambor sekeping tanpa ado huraian langsung. Biar gambar memberi pengertian seribu makna. Tapi atok tak kiro, atok nak membebel gak hari rabu nih. Pedulik hape haku..wordless mak less...bo....huhu...astagfirullah tokkkkkk...

Pin pin pon pon. Tiber teringat iklan sinar.fm abang Jem. Atok memang anti boto dengan orang yang suka tin tin pon pon tengah jalan raya. Atok selalu kono. Tengah dok menunggang bawak adam hitam nih, tiber ado orang bagi hon kat belakang. Terkejutlah awak kan. Nasib baik tak masuk longkang. Memang mendapat cacianlah orang yang bagi hon tu pastu.

Selalunya situasi ini berlaku masa kat lampu trafik. Lampu masih merah lagi ni. Agak-agak dalam 5 saat lagi baru bertukar hijau, orang belakang dah sebok bagi hon suruh kau jalan. Waterpark? Tak sakit jiwa kau? Tertonjet-tonjet bobot aku lepaskan break kasi pecut tekan minyak. Kesian bobot.

Atok nak bagi nasihatlah kat orang-orang yang suko hon-hon ni. Hon tu khas untuk kobau / lembu / babi melintas. Time tulah kau kasi hon. Ini kau kasi hon kat kete depan tak bergerak buat hapo? Dah tentu kete kat depan punya depan tu pun tak bergerak. Sebab kete depan punya depan punya depan punya depan lagi satu tu pun tak bergerak. Jalan sesak kan. So no point la kan? Ko bising-bising hon tu pun, bukannya kete kau boleh terbang ke kan terus cepat sampai ke destinasi. Mengong.

Atok selalu kono. Ada satu tahap tu sampai nak gugur jantung aku ni. Nak-nak lori treler besar gedabak tu yang hon. Memang seram la aku kan. Lori treler dah lah design dia seram, pastu dia punya hon macam bunyi suara kerbau menjerit sebab nak demam kepialu. Naiklah darah ke kepala sebab terkejutkan. Tak baek buat orang camtu. Kalaulah ado pakcik2 yang ada sakit jantung, pastu kau hon tak pasal-pasal...jalan orang tua tu....tak ke kesian? Pikir-pikirkan....Gunakan hon hanya untuk keperluan.


Pesan atok : Copek2.....dah ramai joint contest atok nih....sebelum tarikh totop ujung bulan 7 nih, baik kau joint dengan klik di [SINI]

Cara-cara untuk meringankan Blog

Cikgu Nasir
Assalammualaikum murid-murid semua. Selamat pagi cikgu ucapkan. Harini ada yang mc tak? Ok, hari ini cikgu mau bagi tips dan cara-cara untuk meringankan blog. Kali ini menyentuh cara memilih template yang ringan. Blog yang ringan ni penting. Sebabnya kalau blog kau berat 100 kilo, dan loading amek masa 30 jam, kompem orang fobia nak datang blog kau lagi. Err....blog apo2 yolah berat tak agak-agak? Ok, kita teruskan silibas kita kali ini.
  1. Kurang Menggunakan Image
  2. Makin kurang menggunakan image lagi ringan template tersebut. Murid-murid right click kat screen blog korang dan cari menu View Source. TekanCntrl+F then cari perkataan ini background: dan perhatikan coding selepas background tersebut kalau ada coding ini url(‘http-image-url’) bermakna ia menggunakan image.
  3. Image Yang Digunakan Kecil
  4. CSS yang bagus menggunakan image mengikut apa yang dikehendaki bukan dengan cara mengecilkannya. Untuk mengetahui saiz image sebenar.
    background:
    url("http://anakperak.com/wp-content/themes/floral-green-10/images/page_top.jpg")
    no-repeat;
    Folow link tersebut http://anakperak.com/wp-content/themes/floral-green-10/images/page_top.jpg then akan keluarlah saiz sebenar image tersebut.
  5. Menggunakan Teknik Repeating
  6. Teknik repeating ini adalah satu image sebesar lidi akan menjadi sebesar skrin monitor.Macam mana hendak tau.Melalui css template tersebut.
    background: #FFF
    url('http://i267.photobucket.com/albums/ii292/underground_blog/bg.gif')
    repeat-x;
    Murid-murid perhatikan perkataan repeat-x itu? Itulah repeating image. Murid-murid cuba follow link image ni http://i267.photobucket.com/albums/ii292/underground_blog/bg.gif tengok berapa besar saiz gambar itu. Dan hasilnya kamu usha blog Sutera Blogger. Sebab cikgu pun tak paham pun.   +_+
Entry ini telah diolah semula dari blog anak perak.  Sori cikgu slow sket nak paham menda2 camni. Kena amek masa. Cikgu percaya korang mesti pantas dan tuntas dari cikgu. Selamat mencuba murid-murid sekalian.