Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ke tepiiiii...ke tepiiiiiiii!!...Huh! Atok sedang berangin. Actually perihal ni berlaku jumaat minggu lepas lagi, tapi baru hari ini atok dapat tulis. Kalian penah dengar tak pasal telemarketing? Ala, diorang ni guna kaedah baru untuk memasarkan produk mereka.
Macam ni, 3 bulan lepas atok terima panggilan telefon dari salah satu akaun bank atok ni. Bank ni ada tawarkan insurans macam healthpro kot. Dia cakap la faedah-faedah yang atok perolehi melalui telefon kan. So, dia cakap akan deduct rm56 sebulan direct debit dari akaun atok tu kalau atok setuju. Dan jumlah tu akan bertambah dari tahun ke tahun. Atok malas nak layan, so atok cakap hantarlah hardcopy perjanjian, pelan, faedah or what so ever kan. So atok pun letakkan telefon.
Pastu, baru-baru ni atok tengok akaun atok tu dah kurang rm56 hinggit. Terus atok telepon bank tu cakap dgn bahagian customer service.
"Hello, saya nak tanyalah. Kenapa akaun saya kurang rm56 pada tarikh sekian-sekian?,"tanya atok. Pastu orang bank tu semak. Then dia cakap camni.
"Oooooo....rm56 tu. Kan encik dah setuju nak joint pelan perlindungan insurans kami,"jawab orang tu.
What??! Apakah? Atok terus naik angin. Atok maki balik orang tu. Atok cakaplah, yang atok ada terima tawaran tu tapi tak pernah reply pun. So, macam mana pulak boleh atok setuju dan tandatangan dokumen perjanjian tu? Pastu orang tu perli atok balik. Surat tawaran tu depan-depan ada mention, "kalau tak setuju dengan tawaran ni, sila kembalikan perjanjian ini dalam masa 30 hari atau wang pendahuluan rm56 itu akan dikreditkan dari akaun pihak tuan"
So, atok barulah terhegeh-hegeh buka perjanjian tu. Ye! memang betul. Dalam tempoh 30 hari. Tapi seriusly atok macam ditipu. Atok sengaja suruh dia hantarkan perjanjian tu sebab malas nak layan. Dah dia mention awal-awal , klau perjanjian tu tak dipulangkan berserta tandatangan so perjanjian tu tak sah...Ni lain pulak cerita. Pengesahan dilakukan dengan suara je dah cukup. Cilako ke tak cilako? Atok termasuk perangkap.
So, masa tu jugak atok terus email, fax pastu repost balik dokumen2 gampang dia tu supaya hentikan pelan tu serta-merta. Sakit ati atok. So korang kat luar sana, hati-hatilah pasal telemarketing ni. Yang siap rakam2 suara ni dah boleh dijadikan sebagai perjanjian. Orang sekarang makin pandai. Macam-macam cara nak kaya cepat. Hishhh.....klu orang tu tak izinkan duitnya diambil, berkatkah gaji kita tu???
|
Ako tembak koooo!! |