Selasa, 31 Mei 2011

Didie Lopez Hair Salon

Assalammualaikum,


Ni mulo-mulo sekali atok nak mintak mahap sebab tak reply lagi komen kalian dan entry pun auto-publish since tigo hari lopeh. Sebabnya atok tak online pun. Tak sempat sobab hal [INI]. Ok, ni atok kongsi satu-persatu event yang atok joint ek. Mula-mula sekali atok nak sharing perjalanan atok masa di Melaka sabtu lepas.

Masa berado di Melaka haritu, atok telah diperkenalkan dengan Didie Lopez Hair Salon oleh kawan atok. Dia ni profesional hairstylist and make up artist. Gitu. Mula-mula tu si Didie Kuih Lopez ni dah dok usha-usha atok dalam saloon dia tu. Bukan dia nak ngorat aku! Tapi dia dok perhatikan gaya rambut atok. Al-maklumlah, dah nama pun tukang gunting rambut, habis satu kepala aku dia dok usha. Bagus Didie Lopez ni sebab dia boleh tahu jenis rambut kita, fesyen apa yang sesuai dengan kita. So, atok cakap kat dia terserahlah nak buat camna. Tapi jangan terlalu ekstrem, make me look more urban and yang penting kemas!

Ini sebelum makeover. Rambut belah tepi sampai nampak kulit kepala. Baik kan muka aku.....walhal......

Makanya proses mengover pun berjalan......

Proses memilih fesyen rambut...atok pilih rambut superman!



Dia suruh atok cengkungkan pipi sebab aku ni chubby....Time ni dia kata kat atok tak leh buat rambut superman, dia advice buat rambut power puff...erk!



Proses penggondolan pun bermula...Sepanjang proses tu Didie ni membebel je...Dia pandai entertain customer....atok tegolak golak





Kelihatan Didie Lopez tersenyum jahat....atok tahu dia nak sabotaj atok...Abislah, rambut aku macam bumbung minangkabau




Pastu, dia bentuk rambut atok jadi cenggini....Tu dia...kalian tahu tak berapa jam atok kena gonddol dalam tu?  2 jam! Tapi atok rasa macam 20 minit je sebab sepanjang 2 jam tu, Didie Lopez ni banyak buat atok tergelak. Dia juga banyak bagi tips n penjagaan pasal rambut.

Kesimpulannya, kalau rate maksimum 5 bintang, atok kasi 10 bintang!!!...Servis bagus, kelakar, bayaran berbaloi, hasil kerja puas hati! Walaupun korang digondol lebih 2 jam, tapi buntut tak kan rasa panas sebab Didie Lopez ni pandai amik mood customer. Kalau dia tengok kita bosan, dia cuba warnakan suasana. tanya macam-macam. Cuba bayangkan masa tengah gondol tu, dia leh joget-joget nyanyi lagu Jennifer Lopez. Tapi tangan jalan. Aksi dia memang spontan. Spontan-spontan pun, rambut aku takdelah jadik macam kuih pau.

Walaupun sejauh lebih 70km dari Seremban tapi atok turun Melaka jugak untuk dapatkan servis Didie ni. Atok plan nak datang lagi untuk rambut raya pulak. Erk. So bagi sesiapa yang nak kan perkhidmatan Didie Lopez boleh lah hubungi beliau di sini :

Didie Lopez Hair Salon
Hairstylist & Make-up Artist (profesional)
016-643 6524/ 012-687 9303
E-027, Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, Jalan Merdeka, 75000 Melaka

Sejarah Lengkap Perjalanan Handphone Sejak 70 Tahun Silam

1. SCR-194 (1938)

Alat komunikasi ini adalah 'mbahnya' ponsel. SCR-194 dan SCR-195 adalah radio AM portabel pertama di dunia. Ia dibuat oleh US ARMY Signal Corps Engineering Laboratories di Fort Monmouth, New Jersey. Alat yang dipandang sebagai walkie talkie pertama itu beratnya sekitar 11kg dan boleh melangkaui jarak perhubungan sejauh 8km.






2. SCR-300 (1940)

Alat ini adalah pengganti SCR-195. Dikembangkan oleh Motorola, SCR-300 merupakan radio FM portabel yang digunakan oleh pasukan sekutu pada perang dunia II. Bobotnya antara 14-17 kg, dengan radius jangkauan 4,8 km.








3. SCR-536 (1942)

Motorola menghasilkan ‘handie talkie’ ini untuk AS, sebagai pengembangan dari dua alat komunikasi sebelumnya. Dengan menggunakan teknologi radio AM, SCR-536 beratnya jauh lebih ringan, yakni hanya 2,27 kg dengan daya jangkau 1,6 km.






5. DYNATAC (1973)

Motorola membuat prototaip telepon portabel Dynamic Adaptive Total Area Coverage (DYNATAC) sebagai ponsel pribadi praktis pertama. Di gambar, bekas Wakil Presiden Motorola Martin Cooper tengah menelefon pesaingnya dari Bell Labs, Joel S Engel.






6. DynaTAC (1983)


Sepuluh tahun setelah kemunculan prototipe DynaTAC, Motorola mulai memasarkan ponsel ini ke publik. Dengan seberat 0,9 kg, DYNATAC bekerja di jaringan teknologi AMPS, layanan selular analog generasi pertama di Amerika Utara.





7. MicroTAC (1989)

Motorola memperkenalkan MicroTAC yang merupakan ciptaan ponsel flip pertama di dunia. Ciptaan ini mengurangkan ukuran ponsel jika tidak digunakan. Dengan ukurannya yang kecil. MicroTAC juga merupakan ponsel mini pertama di dunia.





8. StarTAC (1996)

Melanjutkan lini TAC-nya, Motorola kemudian melancarkan ponsel clamshell pertama bernama StarTAC yang boleh dilipat seperti cangkang kerang. Menurut Motorola, ponsel ini diadaptasi oleh alat komunikasi yang muncul dalam filem serial Star Trek.





9. Communicator (1997)

Nokia 9000 Communicator adalah ponsel yang membawa pengguna memasuki era ponsel pintar atau smartphone. Dengan desain clamshell-nya, ponsel ini yang pertama menyediakan layar LCD serta papan kunci QWERTY yang utuh.






10. Benefon (1999)

Geosentric merupakan vendor ponsel pertama yang membuat ponsel yang terintegrasi dengan perangkat GPS. Bukan itu sahaja, ponsel bernama Benefon ini tahan  air, menggunakan greyscale, serta menyediakan peta untuk menentukan posisi dan pergerakan pengguna.




11. VP-201 (1999)

Di Jepun, Kyocera melancarkan ponsel VP-201 yang merupakan ponsel pertama yang memiliki kamera terintegrasi.





12. BlackBerry 5810 (2002)

RIM meluncurkan perangkat BlackBerry pertama yang terintegrasi dengan ponsel. Ini adalah ponsel yang menyasar pengguna profesional yang membolehkan layanan email seketika dan penyesuaian skedul. Kelemahannya, perangkat ini tak punya speaker dan mikrofon.





13. iPhone (2007)


Steve Jobs mulai mengenalkan Apple iPhone pada 2007, sebuah ponsel pintar revolusioner yang menggunakan layar sentuh sekaligus mengadopsi teknologi 3G.






14. HTC EVO 4G (2010)

Ponsel ini adalah ponsel pertama yang mengadopsi standar 4G, dan beroperasi di jaringan WiMAX. Dengan sistem operas Android 2.1, ia merupakan ponsel berlayar sentuh paling besar, kamera 8 MP, perekam video definisi tinggi, keluaran HDMI, fitur Mobile Hotspot, dan antar muka HTC Sense.

P/s : Itulah sedikit sebanyak sejarah ciptaan telefon bimbit dari dulu sampai sekarang. Atok pakai telepon botol air yo!

Isnin, 30 Mei 2011

Nilai Iman 20sen



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermenfaat!

p/s: No problem 20sen, kalau 20ribu?

Kaedah Merawat Demam Menurut Islam

Kaedah Merawat Demam Menurut Islam


oleh: Ustaz Wahid Abd Haniff


Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:


Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”


Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.


Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)

Membaca Ruqyah

Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:


Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”


Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:


Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”



“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”

Berpunca daripada Bahang Neraka?

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.”

Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t.

Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

Maksud Air

Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’”

Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.

Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya’ dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud:“Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)

Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.

Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.”Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)

Jangan Mencela Demam

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”

Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

Ahad, 29 Mei 2011

Cinta Semalam Episod 32

     

 Iman masih lagi duduk di kerusi empuk seperti tadi.  Bayangan Asrul sudah tidak kelihatan.  Biarlah budak itu pergi dari biliknya.  Setidak-tidaknya hatinya berasa tenteram daripada mendengar lawak bodoh dari adik sepupunya itu.  Kemudian matanya memandang telefon di atas meja.  Tiba-tiba dia teringatkan Rusnanim.
      “Anim, masuk kejap,”Iman menekan suis interkom.
      “Baik.  Tunggu sebentar,”balas Rusnanim dihujung talian.
      Eksekutif muda itu bersandar di kerusi empuknya.  Otaknya menerawang ke sms yang diterima dari emaknya tadi.  Satu perkembangan yang baik.  Dia berharap biarlah semuanya kembali seperti sedia-kala.  Seperti sebelum ini.  Lamunan Iman terhenti.  Pintu biliknya di ketuk orang.
      “Masuk,”keluar perkataan itu dari mulutnya.
      “Ya, Encik Iman.  Ada apa-apa yang boleh saya bantu?,”tanya Rusnanim lemah lembut.
      Seperti biasa gadis perawan itu menanti arahan yang seterusnya.  Dia setia menanti betul-betul di hadapan Iman.  Dibatasi meja pejabat.
      “Tengah hari ni awak ada apa-apa perancangan?,”tanya Iman perlahan.  Rusnanim terdiam sebentar.  Barangkali berfikir sesuatu.
      “Tidak.  Kenapa Encik Iman,”balasnya keliru.
      Dahinya dikerutkan.  Berlipat seribu mencari jawapan.  Otaknya masih ligat berputar mencari jawapan sebenar pertanyaan bosnya yang pelik sebentar tadi.  Apalah agaknya mimpi anak majikannya itu bertanyakan soalan sedemikian.
      “Awak temankan saya tengah hari ni, boleh?,”tiba-tiba Iman menyoal.
      “Teman ke mana Encik?,”balas Rusnanim pendek.
      Kini persoalan tadi semakin berlumba-lumba memaksa kepalanya berfikir lebih dalam lagi.  Sekarang ini sudah masuk bab teman meneman.  Sudah jauh lari dari tugasan sebenarnya sebagai pembantu peribadi Iman.  Sudah jauh menyimpang ke tujuan lain.  Namun, agaknya pemuda itu menyuruh menemaninya berjumpa client yang baru.  Kemungkinan besar.  Otaknya memproses lagi.
      “Temankan saya pergi ke HKL.  Itu pun kalau awak tak ada apa-apa program lunch ni,”jelas Iman perlahan.
     Rusnanim masih lagi diam membisu.  Dia tercengang.  Namun dia tidak menunjukkan reaksi itu di hadapan Iman.  Dia semakin pelik.  Buat apa dia nak pergi ke HKL? siapa yang sakit? kenapa tiba-tiba Iman mengajaknya pula.  Rusnanim semakin keliru.
      “Awak pelik ke? sebenarnya mak saya ada sekali kat sana.  Dia suruh saya ajak awak datang sekali,”Iman menipu.
      Memang tidak tertulis sekalipun nama Rusnanim dalam sms yang diterimanya tadi.  Dia sengaja membuat cerita.  Dia sengaja menyuruh Rusnanim menemaninya.  Sengaja nak bermanja-manja dengan gadis yang dikenalinya sejak kecil lagi itu.
      “Baiklah.  Saya akan pergi.  Pukul berapa tu Encik Iman,”tanya Rusnanim pula.
      “Macam itulah.  Waktu lunch nanti kita pergilah,”jawabnya ringkas.
      Dia cuba mengukir senyuman semanis yang mungkin.  Biji matanya menjeling belakang Rusnanim sehinggalah perempuan tinggi lampai itu hilang di balik pintu.  Seketika itu dia menyandarkan belakangnya ke kerusi empuk.  Jam hampir pukul 8.30 pagi.  Namun batang hidung Asrul tidak nampak lagi.  Agaknya adik sepupunya itu sedang membantu mamak di restoren membuat roti canai.  Silap-silap haribulan terserempak pula dengan Datuk Ahmad.  Masa itu, kalaulah si Asrul membabitkan namanya sekali, dia pasti kerusi empuk yang didudukinya sekarang akan berada di atas kepala Asrul.
                                  ***********************
      “Tak kerja ke hari ni, bang?,”soal Puan Rohani kepada suaminya.
      Encik Mahmud masih lagi berbaring di atas katil.  Dia tidak mempedulikan kata-kata isterinya.  Sebaliknya terus berselubung di sebalik selimut.
      “Abang, saya  tanya baik-baik ni.  Kenapa abang tak ke kerja hari ni.  Abang dah kena pecat ke?,”tanya perempuan itu lagi.  Suaminya bermalas-malasan.
      “Saya tak sihatlah.  Malas saya nak kerja hari ni,”balasnya akhirnya.
      Dia terus berselubung.  Muka Puan Rohani tiba-tiba berubah.  Lantas tangannya  menarik selimut suaminya sehingga ke paras leher.  Dia melekapkan tangan ke dahi lelaki itu.  Dahinya mencerut.
      “Panas betul badan abang.  Abang demam ni.  Dah jom ikut saya ke klinik,”ujar Puan Rohani kerisauan.
      Encik Mahmud tidak bergerak langsung.  Malah menoleh ke arah isterinya pun tidak sekali.  Dia terus berselimut dan berselubung mengelak dari sinaran  mentari yang semakin menguasai segenap ruang biliknya.
      “Saya tak daya nak bangun ni.  Kejap lagilah pergi,”Encik  Mahmud membantah.
      “Kejap lagi bila bang? dah mari sini saya pimpin,”Puan Rohani memaksa.
      Perempuan itu cuba menarik lengan suaminya, namun tidak berdaya.  Dia mencuba lagi.  Menggunakan seluruh tenaga wanitanya.  Tapi suaminya tidak memberikan kerjasama.  Sebaliknya terus berbaring di atas katil.  Akhirnya dia berputus asa. 
      “Sutina! ke mari kau sekejap,”suara Puan Rohani tinggi.
      Dia menarik lagi lengan suaminya.  Encik Mahmud pula hanya berbaring dengan kain selimut yang membaluti seluruh tubuhnya.  Perempuan itu menarik kain selimut itu.  Suaminya membetulkan semula.  Sudahnya, perempuan itu membiarkan saja suaminya berselubung.
      “Ya, ada apa, ibu?,”Sutina berdiri di tepi pintu.  Dia hanya mampu memandang muka majikannya yang seakan singa betina.
      “Yang kau tercegat lagi kat situ buat apa? mari sini tolong aku pimpin suami aku ke klinik.  Cepat!,”tempik perempuan garang itu.
      Sutina segera menuruti kehendak majikannya.  Dia tidak berani menunggu sebarang sesaat sekalipun.  Kedua-dua perempuan itu memimpin Encik Mahmud ke tingkat bawah.  Lelaki tua itu pula sengaja melambat-lambatkan perjalanan mereka.
      “Anim nya mana?,”tanya Sutina berani.
      “Kau ni bengap ke apa? dia dah pergi kerjalah.  Kalau dia tak kerja, dah lama aku suruh dia pimpin laki aku.  Bukannya kau!,”herdik Puan Rohani.
      Badannya senget menahan berat suaminya.  Langkahnya tertib mengikuti anak tangga satu persatu.  Sutina pun turut sama memimpin majikannya.
      “Hati-hati sikit!,”Puan Rohani menengking lagi.
      “Pranggggg…!!!,”pasu kesayangan Puan Rohani jatuh ke lantai.
      Sutina cemas.  Punggungnya terkena pasu yang diimport dari China tanpa disengajakan.  Dia melepaskan tangan Encik Mahmud lantas mengutip sisa-sisa pasu yang pecah berderai tadi.  Puan Rohani berhenti menjejak kaki.  Dia kaku seketika.  Puan Rohani berang tahap maksimum.  Dengan segera dia meluru laju ke arah Sutina.  Tanpa di duga satu pelempang hinggap ke pipi pembantu rumahnya.
      “Bengap! kau tak nampak ke? kau ni tak habis-habis bawak sial! tak boleh di harap!!,”sumpah seranah Puan Rohani.
      Sutina tidak mampu berbuat apa-apa lagi.  Dia tidak mampu melawan.  Hanya air matanya saja yang mampu gugur ke lantai.  Dia hanya membiarkan tubuh kecilnya diratah Puan Rohani. 
      Satu pelempang hinggap lagi di kepalanya.  Wanita warga Indonesia itu terhantuk di anak tangga bongsu.  Darah keluar mengalir dari luka akibat kesan hantukan tadi.  Puan Rohani tidak peduli, kakinya kemudian ringan menyepak belakang Suriati yang semakin lemah.  Tiada lagi belas kasihan yang diimpikan.  Suriati hanya menangis dan merayu meminta maaf.
      “Tak boleh di harap punya orang gaji! kau datang sini bukannya bawak kesenangan dalam keluarga aku, tapi bawa bala!,”herdik Puan Rohani lagi.
      “Aduh, sakit, bu.  Kasihanilah saya.  Saya tidak sengaja.Tolong saya, bu,”rayu Sutina sungguh-sungguh tetapi langsung tidak dipedulikan.
      Namun rayuannya tidak diendahkan oleh majikannya.  Sebaliknya semakin kerap sepak terajang yang hinggap di badan.  Encik Mahmud yang seperti orang lumpuh tidak berbuat apa-apa sekalipun.  Dia hanya memerhati isterinya membelasah Sutina.  Sesekali dia menjeling geram melihat tubuh pembantu rumahnya yang terdedah akibat perbuatan isterinya.
      “Rasakan.  Dah lama aku bersabar dengan karenah kau.  Ha, sekarang kau rasa puas-puas!,”tengking Puan Rohani lagi.
      Sutina terkulai lemah.  Darah semakin banyak keluar di dahi.  Malah lebih teruk lagi belakangnya luka teruk terkena serpihan pasu yang pecah.  Bajunya koyak-rabak menampakkan bahagian dalam yang hanya dilindungi anak baju.
      “Ya Allah Ya Tuhanku.  Kasihanilah saya.  Sakitnya, bu.  Tolonglah, saya minta ampun,”Sutina menangis teresak-esak.
      Encik Mahmud kemudiannya tersengih.  Demamnya seolah-olah sudah kebah.  Dia memberikan senyuman kepada isterinya.  Puan Rohani membalas senyuman syaitan itu.
                                        **********************
     Suasana di HKL ternyata sibuk.  Kenderaan yang lalu-lalang menyesakkan lagi perkarangan hospital.  Bahang sang jingga yang terik menyusutkan lagi keadaan.  Kelihatan Iman dan Rusnanim jalan beriringan menuju ke bilik pesakit yang ingin ditujui.  Datin Asiah sudah menanti anak bujangnya di bilik pesakit kelas pertama.

Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 31, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih