Isnin, 28 Februari 2011

Semuo ey dah tuo!

Pagi sabtu aritu, atok tongah main cityville kek dalam bilik (canggih kau ye tok). Tongah syok2 aku main cityville untuk menjadi Datuk Bandar tetibo atok dongar suara kecoh-kecoh kek dapur. Atok pun berhonti kojap pehtu poie dapur. Rupo2 ey ayah atok yang bising. Pot pet pot pet deh memokak.


Atok tanyo apo bondo ey bising-bising tu. Dio koba beg duit ey ilang. Dio ado lotak kat ruang tamu malam tadi, ujung-ujung pagi ni ilang deh. Memang membebel teruk orang tuo tu pagi tu. Apo tak eh dalam dompet itu ado duit cukai tanah, cukai keto, macam2 cukai laie. Fruit sons atok antara yang menjadi suspek utama yang main beg duit tu. Budak mano tahu apo. Beg duit dio ingat pistol air. Yang kono hantam teruk, Mak Su ey lah sobab leko tengok cito korea fruit son tak dijago. Pintu pulak terdodah. 

Sebonar ey sobolum ni rumah atok ponah kono rompak kat manusia kemaruk dadah bertopengkan setan iblis. Duit ayah atok losap. Omeh mak atok losap. Duit den sekali pun losap. Itulah duit den belanjo den maso belajar dulu. Hantu setan punyo maknusio. Nak duit, kojolah!

Tanpa berlengahkan maso laie, atok memulokan operasi menyelamat. Habis setiap lokasi strategik aku punggah. Mak atok pun membebel-bebel gak. Lotak ntah mano, cari ntah mano koba ey. Psstt...ayah atok tu pelupo. Suko alihkan barang. Pehtu tak ingat mano lotak. Aku punya charger selalu ilang. Ayah atok alihkan. Tapi kitorang memang ingat rumah dah kena pecah masuklah malam tu.

Atok terus buat andaian penaakulan mantik.
1. Jika pencuri masuk,  beg duit atok kat atas almari turut hilang.
2. Beg duit tak ilang
Maka, kesimpulannya, Pencuri tak masuk sobab duit atok pun tak hilang!

Ayah atok menyangkal keras dakwaan membabi buta dari atok. Dio kemudian berdiri dan terus buek penaakulan mantik yang lain.
1. Jika pencuri masuk, dia akan curi duit banyak
2. Beg duit atok tinggal sehelai duit merah
Maka, kesimpulannya, Pencuri itu masuk dan HANYA mencari beg duit yang berisi duit merah banyak!

Dengan kuasa bulan akan menghukummu! Allah, automatik atok terimbas kejadian malam tadi
9 JAM SEBELUM ITU

Atok masih sibuk main games cityville membina gudang simpanan hasil tumbuhan kerana space dah tak cukup. Mak ayah atok masih syok menonton TV3 dengan mata stim nak tido. Tiber2, atok tersepak satu objek. Oooh! beg duit rupanya. Atok pun terus memasukkan beg duit atok yang terkeluar dari beg sandang atok. Kemudian, tutup laptop dan terus tido.

*************
 SEKARANG
Wah!!! kalau beg duit aku atas almari, then sapo punyo beg duit yang atok masukkan malam tadi. Atok pun terus petik jari kemudian bawak ayah atok menyaksikan perkara sebenar. Jeng jeng jeng! Tadaaaa.....beg duit ayah atok dah termasuk dalam beg sandang atok. Bahahaha.......Sebolum ayah atok melibas atok dengan penyapu gandum, atok  pun terus melarikkan diri pusing2 kawasan rumah beberapa kali sehingga kepenatan.




LArikkkkkkkK!!!!!!!!!!!!

Statistik setakat 27.02.2011

Ujang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan minggu kelapan bagi tahun 2011 untuk Ujang membuat statistik Apo2 Yolah. Masih lagi seperti minggu lepas, statistik apo2 yolah merudum lagi. Kakitangan Apo2 Yolah telah membuat mesyuarat tergempar perihal isu ini.

Baiklah , kita teruskan pada statistik Apo2 Yolah sepanjang minggu lepas. Prestasi Apo2 Yolah setakat 27/2/2011 jam 2226, blog Apo2 Yolah kini berada di kedudukan ke  238,635 247,144 253,809 di dunia, dan  1,491 1,723 2,122 di Malaysia. Harus diingat kedudukan ini adalah termasuk semua website dan bukan mengikut turutan jumlah blog. Maksud Ujang kat sini, Facebook berada di tahta ke-1 dan blog Apo2 Yolah di kedudukan ke 2,122 di Malaysia. Peratusan penurunan bagi kategori dunia adalah sebanyak 2.93% 3.57% 2.70% dan juga penurunan sebanyak   2.54% 15.56% 23.16% bagi kategori di Malaysia jika dibandingkan pada minggu sebelumnya.

Ahad, 27 Februari 2011

Gambar bayi paling comel di dunia

Baby : Nyummi! Sidap nyer ayam kehepsi nih!
Bulldog : .......................Apakah?




Baby : Dah besar nanti haku nak ganti Auntie kak halimah jongang? amacam, bleyy??




Baby : Ya Allah, Ya Tuhanku. Kau berilah petunjuk pada mak apak ku.




Baby : Warghhh! Napa mak beli barbie macam ni? Ngeri aku tengok!! waaa.......






Bapa : Betul ke anak aku ni?
Baby : Pak, mama penah skandal ngan michael schumacher. Sebab tu aku giler kete.




















Cinta Semalam Episod 19

     
 Bayu pagi dari bendang menghembus lembut ke daratan.  Pelepah kelapa yang meliuk di tiup angin masih tegap di tempatnya.  Budak-budak sedang menuju ke sekolah.  Tapi jumlah mereka tidak seperti dulu.  Semakin sikit.  Masing-masing sudah besar barangkali.  Iman kembali teringat nostalgia zaman remajanya dahulu. 
      “Cepatlah Man, Ben dah lama tunggu kau tu,”Hakimi berjalan laju.  Langkahnya bersepah.
      “Dia nak apa?,”katanya masih keliru.  Mula saja loceng rehat tadi, Hakimi terus mengajaknya ke tepi padang.  Dia memang tidak ada idea apa yang diinginkan oleh Sufia sekarang.
      “Adalah.  Cepatlah, karang waktu rehat habis,”katanya lagi tergesa-gesa.  Iman hanya membututi rakannya itu.
      “Dia nak cari gaduh lagi ke?  Dah….aku tak sanggup lagi.  Aku dah taubat,”langkahnya mati sebelum tiba di padang sekolah.  Hakimi pun turut berhenti.
      “Apa pulak.  Kau ikut jelah”
      Dari jauh Iman ternampak Sufia sedang duduk bersendirian di bangku sekolah.  Budak itu sedang duduk termenung.
      “Kenapa lambat sangat Iki?,”tanya Sufia perlahan.  Mukanya nampak pucat.  Iman sudah duduk berhadapan dengannya.  Sebelah Sufia, ada Hakimi.  Angin segar dari padang yang lapang menjadi tema kedamaian mereka bertiga.
      “Imanlah.  Macam-macam soalan dia tanya aku,”ngadunya.  Iman membetulkan duduknya.  Buat kali pertama dia berhadapan dengan Sufia.  Mukanya bersih, sebersih air di kali.  Rambutnya halus, sehalus sutera.  Matanya redup, seredup awan yang putih. Sufia memang comel!
      “Maaf, kalau ambil masa awak,” katanya memulakan perbualan.  Sufia tidak berani memandang wajah Iman yang sedang merenungnya.
      “Tak apa.  Lagipun saya diet.  Tak makan pagi,”katanya bergurau.  Hakimi  menyiku lengan Sufia.  Mereka berdua ketawa kecil mendengar ayat yang keluar dari mulut Iman. Sungguh mat belia!
      “Kita panggil ni pun sebab kita nak minta maaf pasal hal tempoh hari.  Habis nama awak busuk satu sekolah kerana saya.  Saya minta maaf banyak-banyak,”Sufia merayu bersungguh-sungguh.  Iman tersenyum manis.
      “Tak apalah.  Benda dah lepas buat apa nak kenang lagi,”ujarnya memandang Sufia yang masih tertunduk memandang bawah.  Tiba-tiba perempuan itu berani mendongakkan kepalanya memandang Iman.
      “Betul?,”katanya mendapatkan kepastian.
      “Betul.  Saya tak kisah,”jawabnya sepatah.
      “Yahoo…kalau macam tu kita dah tak hutang apa-apa dari awaklah ye?,”tanyanya lagi masih teruja.
      “Tapi….,”air muka Iman sedikit berubah.
      “Tapi kenapa pulak?,”air muka Sufia pun turut berubah. Habis semuanya nak berubah. Nasib baik Hakimi pun tak berubah air muka. Muka dia tak ada perasaan.
      “Sampai hati awak tinggalkan saya sorang-sorang masa Cikgu Zaiton datang.  At least, awak ceritakanlah hal yang sebenar,”Iman buat-buat merajuk.  Sufia memandang Hakimi.  Kedua-duanya rasa bersalah.
      “Ala, kita tahu kita salah.  Sebab tu kita suruh Iki panggil awak jumpa kita.  Kita dah minta maaf dah,”Sufia memujuk.  Iman teringin sekali tergelak.  Ini kali pertama dia dapat melihat reaksi wajah Sufia sebegitu.  Merayu. Selalunya masam atau marah.
      “Kalau setakat lebam tu saya tak kisah.  Tapi habis saya kena marah kat mak cik haritu”
      “Ala, sorilah.  Kita bukan apa, kita takut kat Cikgu Zaiton tu.  Kalau cikgu lain, kita berani,”Sufia mencari kedudukan anak mata Iman.  Mata mereka bertemu.  Masing-masing bertentangan mata seketika. Sufia cepat-cepat memalingkan pandangannya ke tempat lain.
      “Berani kerana benar,”usik Iman lagi.
      “Memanglah, tapi saya dah minta maafkan,”kata Sufia serba-salah.
      “Tak kan nak lepas macam tu je,”muncung Iman panjang kerana merajuk.
      “Maksud awak?,”nadanya keliru.
      “Belanja saya?,”tiba-tiba air muka Iman berubah.
      “Okey, jom kita belanja awak sekarang,” Sufia sudah mengangkat buntut.  Begitu juga dengan Hakimi.
      “Nasi goreng?,”teka Iman.
      “Ala, air sirap cukuplah,” kata Sufia lagi.
      “Cis, kedekut!”
      “Kata nak diet,”perli Sufia.
      Iman tersengih sendirian.
      “Hoi! Apo dimonungkan tu? Budak ni memang tak boleh diharap langsung.  Habis jagung den dimakan kat ayam,”Nek Tomah meleter di tepi pintu.  Iman tersedar dari khayalannya.

“Apo kau buek ni Man….Nenek suruh kau kasi ayam makan jagung jo.  Tak suruh kau termonung.  Tengok, kan habis berterabur jagung ni ha.  Lailahaillallah, pakai kain pelekat lagi tu.  Kot yo pun tukarlah kain tu dulu tadi.  Osah boto budak ni,”bebel Nek Tomah lagi.  Iman terkulat-kulat di tepi reban.  Dia tersengih.  Habislah kalau nenek meleter, sampai ke malamlah jawabnya.
“Sori nek.  Iman tak sengaja”
“Apo sori sori? Sori naik lorilah..eh naik lori…naik kobau…eh…Itulah dio, suko kacau nenek,”Nek Tomah melatah.  Iman tergelak terbahak-bahak.

Petang ini dia nak keluar jalan-jalan ke pekan.  Dan kalau sempat ke rumah Lazan.  Mak su cakap dia memang tinggal di kampung sekarang.  Bolehlah berborak panjang.   Lepas tu nak pergi Hutan Rekreasi Ulu Bendul.  Dia nak pergi semua tempat yang telah lama ditinggalkannya.



Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 18, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

Sabtu, 26 Februari 2011

Fakta Menarik

Ikan Yu kehilangan gigi lebih dari 6,000 batang setiap tahun. Namun gigi barunya akan tumbuh dalam masa 24 jam sahaja.

Ikan yu



Zirafah dan tikus lebih bertahan lebih lama tanpa air berbanding seekor unta.
Unta



Perut menghasilkan lapisan lendir setiap 2 minggu bagi mengelakkan perut tidak tercerna organ lain.
Perut



Seekor semut boleh mengangkat beban 50 kali ganda dari berat badannya.
Semut



Lidah seekor zirafah dewasa sepanjang lebih kurang 50cm.
Kau boleh???

Wajah penagih dadah bertukar hodoh

PEJABAT Syerif daerah Multnomah, Oregon mengeluarkan imej wajah seorang wanita yang berubah disebabkan pengambilan pil methamphetamine.

SALEM - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiarkan wajah-wajah penagih pil khayal methamphetamine yang bertukar menjadi hodoh selepas mereka mengambil dadah berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Pendedahan yang mengerikan itu dibuat dalam satu klip video selama 48 minit berjudul From Drugs to Mug. Klip video itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada golongan muda supaya jangan terjebak ke dalam kancah penagihan dadah.
Klip video itu diterbitkan oleh pejabat Syerif Daerah Multnomah di negeri Oregon. Ia dibuat selepas klip video yang mempunyai mesej sama Faces of Meth mencetuskan kontroversi pada 2004. Antara lain, ia menunjukkan beberapa penagih pil methamphetamine kehilangan gigi mereka. Beberapa penagih turut dilihat menggaru tulang muka selepas wajah mereka menjadi amat cekung kesan pengambilan dadah itu.
Beberapa anggota polis yang terbabit dalam penerbitan klip video itu merakamkan wajah penagih-penagih baru yang pertama kali ditangkap. Wajah-wajah mereka yang bertukar semakin hodoh dirakam semula beberapa bulan kemudian selepas mereka ditangkap semula oleh pihak berkuasa.
"Saya mahu penonton dapat membayangkan bagaimana dadah memusnahkan kehidupan seseorang penagih," kata Timbalan Syerif Multnomah, Bret King, 45. - Agensi
Sumber : Kosmo!

Ulasan atok : Inilah goman eh kalau dah kemaruk sangat dongan dadah. Muko elok-elok santek dah berubah jadi macam zombi kampung pisang. Inilah yang kito tak hendak. Bukan yo muko jadi hodoh, nyawo pun dah naik sogan nak teruskan hidup. Musnah segalo-galo eh.
Atok nak posan kat diri atok dan cucu den kat luar tu. Jangan sesekali terlibat dengan dadah. Sekali ekau terjorat, selamo-lamo eh ekau tersosat. Ecececeh, ala-ala pantun dua kerat pulak aku pepagi ni yo! Tapi atok serius ni wokey! Dadah itu musuh utama negara. Kalau tak nak muko bertukar jadi macam kuih pau bintik-bintik angah, jauhilah dadah.

Jumaat, 25 Februari 2011

Berjaya tukar tempat kerja!!!

Masihkah anda ingat dengan entry [INI] dahulu? Kalau tak ingat, klik sekarang!
Chief Clerk kat opis atok datang kat tempat atok tadi. Dio ada kasi surat. Muka dia tersengih-sengih. Atok dah risau dah ni. Apakah isi kandungan surat itu? Adakah exam PTK1 atok lulus dengan tahap tembelang cemerlang? Atok pun menanti jawapannya.

Dup dap dup dap. Atok pun terus membaca isi kandungan surat itu. Pertukaran tempat kerja anda sudah berjaya!!!! Mata atok melirik lagi pada tajuk surat. Tetiber semangat atok down ke tahap membingungkan. 



Ni surat tu. Nama atok terpaksa blank untuk elak kontroversi
Rupa-rupanya itu bukan atok punyo surat pertukaran da....ini betul-betul, bokan cobaan...So, atok nak ucapkan tahniah kat opismate atok tu sobab berjayo dapat menukarkan diri ke jabatan lain. Tapi still area Nismilan. Baru yo aplly dah dapat tukar. Sobab dio pertukaran serentak. Atok yang apply since bulan 9 aritu pertukaran tak berapa nak serentak. Makanya, atok terus note kat surat tu...


Itu dia
In case kot-kot staf baru tanya aku, aku takut terngaga kan. So, atok ambil langkah keselamatan awal. Atok tak pasti ni khabar gembira atau khabar sedih. 50-50 kot. Bahaha!............Astagfirullahal azim....

Daphne Iking peluk Islam




KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.
Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.
"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.
Sumber : Kosmo!

Ulasan atok : Alhamdulillah. Bertambah lagi saudara Islam kita ^_^

Cucu pilihan atok ke - 2

Inilah banner cucu pilihan atok ke- 1. Moh terjah www.makcikrehan.blogspot.com
Setelah berjaya menerbitkan entry khas cucu pilihan atok ke - 1 minggu lepas, kini tibolah maso eh atok nak review blog keduo merangkap "cucu pilihan atok ke -2". Banyak jugak maklum balas yang atok terimo dari penerbitan cucu pilihan yang pertamo dulu. Napo tak pilih dio. Napo tak sayang dio ko?. Napo? Napo?

Macam ni. Ingin atok perjelaskan. Atok main pilih yo cucu pilihan ni. Tak ado istilah belanjo aku minam ais kacang kat kodai Pak Mamat, then kau dapat jadi cucu pilihan atok. Takdo! Itu sumo rasuah. So, dengan hati yang luhur dan suci murninya atok memilih cucu pilihan ni berdasarkan naluri atok. Lagi satu tips, sapo yang atok konal tu atok dahulukan dio dulu.


Alololo,turn dia belum lagi ek...ngajuk yo. Meh sini atok pujuk meh. Dushhh! dushhh!. Hamek sebijik. Ok, cukuplah sesi mencarut itu. Kali ni , tanpa membuangkan maso atok nak memperkenalkan kat kalian cucu pilihan atok ke-2. Bukan calang-calang cucu yang dapat anugerah ni. Seminggu hanya sorang yo yang dapek. Khas dari atok. Baiklah, penerima anugerah khas Cucu Pilihan Atok ke-2 jatuh kepado......................drummmmmmm dicchhhhhhhh!

Khamis, 24 Februari 2011

Eksklusif memperkenalkan Nur Aisyah Humaira'

Tanggal 22/2/11 yang jam 7.52 pagi, atok menerima satu mesej dari kawan atok. Maso tu atok masih menunggang Adam Hitam untuk ke kojo. Sampai-sampai yo tompek kojo, atok terus menyemak mesej tersebut. 
"Salam. alhamdulillah isteri saya selamat besalin 7.30pg tadi"
Wah! Tahniah Juma'adi. Dah jadi bapak ghope nyer kau ye. Atok masih ingat lagi persahabatan atok dengan Juma'adi bermula semasa kami bersekolah di Tuanku Muhammad School. Siapo ponah belajar kat sanun, klik follow blog aku sekarang.
Tuanku Muhammad School
 Tetiber atok terus membuka album lamo semasa belajar kat TMS dulu. Hadooi, kangen bangat sama kalian. Aku tidak nyaber rasa in untuk berjumpa dengan kalian. Ni, atok titipkan sedikit kenangan maso atok belajar dulu edisi bersama Juma'adi. <------Yolah! bersama Juma'adilah, takkan makcik kantin. Enrty ni eksklusif untuk baby dio.

Depan baju melayu tu Asna junior  kami,
belakang Juma'adi,
depan yang balut pakai............
(perhatian : gambar ini ditangkap waktu sore masa aku siap-siap nak mandi)

Yang buat-buat rajin basuh pinggan tu atok,
Yang baju hitam tu penghulu asrama
Juma'adi yang tengah cover...tengah cover....tengah pegang towel sbb selsema!

Atok yang pakai baju taik cicak,
Juma'adi yang bajunya lenjun

Tup-tup dah lepas kau jadi laki orang. Tahniah pado kawan atok si Nor Juma'adi atas kelahiran bayi sulungnya. Tapi yang dasyat tu, baru yo kahwin dah dapat anak. Dah rezeki kau cepatkan. Tahniah jugak pado Suhaili Beeran Kutty iaitu isteri Juma'adi.
Perhatian! Yang duduk tu bukan pasangan pengantin k!
Tahniah! tahniah! tahniah! So, mano gambar anak eh? Atok cakap ngan dia atok jadi orang pertama yang review anaknya di internet. So, entry ni eksklusif memperkenalkan Nur Aisyah Humaira' binti Nor Juma'adi di mata dunia. Mempersembahkan...






Nur Aisyah Humaira' binti Mohd Nor Juma'adi

Secara eksklusif wokey. Kau ado? So, atok tanya Juma'adi anak dah ado. Dah ado famili sendiri. Apa plan kau lepas jadi ayah ni....dia jawab

"lopeh ni nak plan anak lelaki lah pulak!"
Atok terus  termenung panjang...

Mengaku salin klip video seks Ariel

Anggit Gagah Pratama

JAKARTA – Seorang pemuda, Anggit Gagah Pratama mengaku bahawa dia secara tidak sengaja menyalin klip video seks yang menampilkan lelaki mirip vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham alias Ariel sedang melakukan hubungan seks, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.

Dia merupakan saksi defendan dalam kes penyebaran klip video lucah seorang lelaki mirip Ariel bersama selebriti, Luna Maya dan klip video yang menampilkan lelaki mirip penyanyi tersebut dengan hos televisyen, Cut Tari.
“Saya ikut terheret ke dalam kes ini. Sebenarnya, klip video itu diambil oleh saya tanpa disengajakan. Kalau tiba-tiba video itu ‘meletup’ saya tidak tahu,” kata Anggit dalam satu sidang media di sini kelmarin.
Menurut Anggit, dia sedang mencari beberapa gambar-gambar di komputer peribadi milik Reza Rizaldy alias Redjoy (RJ) iaitu saudara sepupunya yang kini turut menjadi tertuduh dalam kes penyebaran video-video seks Ariel.
“Waktu itu, saya menggunakan komputer Redjoy di Bandung, di tempat saudara saya. Ketika itu, saya secara tidak sengaja menyalin gambar dan tidak menyangka akan mendapat klip video itu. Saya tidak tahu bila saya telah menyalin klip video Ariel,” katanya.
Menurut Anggit, dia kemudian menyimpan klip video tersebut tanpa memuat naik di Internet.
“Saya tidak pernah memuat naik. Saya cuma menontonnya sebelum ia disimpan,” katanya.
Peguamnya, Yulius Setiarto, menegaskan bahawa Anggit benar-benar tak sengaja melakukan hal tersebut.
“Anggit secara tidak sengaja mendapatkan fail klip video Ariel ketika menggunakan komputer di kamar Redjoy. “Anggit menggunakan komputer itu untuk mencari gambar tugas kuliah. Dia cari gambar, lalu tekan CTRL+A, sebelum menyalinnya ke dalam cakera kerasnya” jelas Yulius.
“Sehingggalah video itu tersebar, Anggit tidak menyangka kalau sumbernya (penyebaran klip video itu) itu berpunca daripada dia," tambahnya. - Agensi

Ulasan Atok : Boleh cayer ke tu? Time tulah nak cari bahan assigment, yo tak. Itulah, sepandai-pandai babun melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Babun ke tupai? Ok, atok dah banyak kali melihat isu ini keluar yang melibatkan artis. Bukan artis pun pandai-pandai nak jadi artis porno. Baik suami isteri apatahlagi yang belum bersuami isteri. Kalau dah miang sangat tu, kahwin yolah bagi yang belum berkahwin tu. Cer tengok citer "Begitukah Cinta" malam tadi. Ha, kan dah kawen hero dan heroin tu. Takut nak bermaksiat bagai kan. Dah tu, kalau dah kahwin, jangan pulak kau pegi buat DVD peribadi pulak. Kang kok anak-anak/sedara mata/keluarga/kawan/atok tertengok.....siapa yang susah?
Mereka dan keluarga mereka juga.....Haish...donia-donia...

Rabu, 23 Februari 2011

Reunion

Semalam atok mendapat satu mesej. Mesej dari Linda, kawan satu kelas atok maso tingkatan limo dulu di SMK Seri Perpatih. Lamo dah tak jumpo korang, rindu pulak. Linda ado mention kat atok dio nak buek reunion. Berikut adalah perbalasan mesej antara atok dan Linda.

Penunjuk : Linda
               Atok
"Askum suham aku ni linda. kitowg nak wat reunion ko nak joint x"
"Nak! nak! bagi detail" 
"Tempat ade dah time je xde myb hujung bulan 4 kot insyaAllah ko kumpul budak laki leh tak nanti ko suruh diowg contact aku. Ada no phone Tipah ngan Eton tak?"    (nama makcik disitu)
"Aku dah contact budak laki. Fazrul, Apis ngan Sharil yo dapek. Yang lain pending @ tukar nombor. Buek kat mano?" 
"kat Ilham resort kat PD byr kit x kisah kan?" 
Tak lamo pastu atok dapat tagged wall dari kawan atok si Masliza. Atok salin tempel je kat sini ek.


Juga...
Yang ini pulak untuk reunion form 6 maso atok belajar di Tuanku Muhammad School...


Yang ni pulak bakal reunion maso atok menuntut di Politeknik Port Dickson dolu...


Maknanya....ado 3 incoming reunion tahun ni.....Pertengahan tahun ado duo dan hujung tahun ni ado satu...atok terpaku atas kerusi sambil membelek-belek dompet atok.....dan terus...










5 Negara Paling Bersih di Dunia

Atok
Salam semuo waghih atok sekalian. Sekarang ni makin heboh diperkatakan tentang isu alam sekitarkan. Barulah sekarang pihak berwajib ado kesedaran sendiri untuk memelihara bumi kito ni kononnya untuk diwariskan pada generasi akan datang. Sebagai contoh program "Earth Hour", "No Plastic surgery every Saturday", "Bumi Hijau", "Kempen Kongsi Kenderaan" dan sebagai eh. Bumi ni dah nak terbelah duo barulah kau sibuk nak berkempen yo!


Makanya mengambil pendekatan ini, atok dengan sukarelanya nak kongsikan dengan kalian pasal "Top 5 the Most Cleanest Contries in the World". Atoks dapats infos nis dari penyelidik di Universiti Yale berdasarkans EPI sesebuahs negaros. EPI di sini stand for Environment Performance Index. EPI diukur berdasarkan kesihatan, masyarakat, persekitaran, kepadatan penduduk, pendapatan, kemudahan, ekosistem, saliran dan sebagainya. Acececeh...macam student Yale tak aku present? (tiber teringat lagu M. Shariff~ Yale Yale)  T_T
So, tunggu apo laie, moh lah cikidout............


Negara yang berada di tempat ke-5 paling bersih di dunia jatuh kepada...
Norway
EPI score: 81.1
Norway  salah sebuah negara di eropah yang mempunyai keluasan 385,252 km persegi dengan kepadatan penduduk berjumlah sekitar 4.9 juta orang. Ibu negara Norway adalah Oslo.  Norway mempunyai pendapatan  perkapita kedua tinggi si dunia. Ha, jangan main-main. Walaupun kayo, diorang masih mengekalkan kebersihan negara diorang. Ini yang kito ndak.

Negara yang berada di tangga ke-4 terbersih di dunia ialah.....

Sweden
EPI score: 86
Sweden juga terletak di benua Eropah. Bersempadan dengan Norway dan Finland. Mempunyai keluasan 450,295 km persegi dengan kepadatan penduduk seramai 9.4 juta orang. Sweden adolah negara ketiga terbesar di eropah. Hampir 85% penduduknya tinggal di bandar. Patutlah bersih. Penduduk diorang tak ramai sangat. 




Negara yang berada di tangga ke-3 terbersih di dunia ialah...
Costa Rica
EPI score: 86.4

Costa Rica terletak di Amerika Tengah, bersempadan dengan negara Nicaragua dan Panama. Negara ini berada dalam senarai terbersih di benua Amerika dan ke-3 negara terbersih di dunia. Walaupun pendapatan perkapitanya rendah, namun kini Costa Rica sedang membangun melalui produk pelancongannya. Alam semulajadi anugerah Allah.



Negara yang berada di tangga ke-2 paling bersih di dunia ialah...
Switzerland

EPI score: 89.1

Switzerland terletak di benua eropah. Keluasan negara tersebut adalah 41,285 km persegi. Penduduk di negara Switzerland adalah seramai 7.8 juta orang. Switzerland merupakan negara terkaya di dunia dalam KDNK dengan nominal per capita KDNK  $69,838. Pada tahun 2010, Switzerland mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi di dunia. Samo macam Norway, tapi negara ni lebih kayo dan bersih sikit.





Dan akhir sekali, negara paling terbersih di dunia dan mempunyai indeks kualiti persekitaran tertinggi jatuh kepada...
Iceland
EPI score: 93.5
Negara yang terletak di utara eropah ini mempunyai populasi penduduk hanya seramai 320,000 orang. Luas Iceland adalah sekitar 103,000 km persegi.  Hanya 1,300 spesis serangga sahaja dikenalpasti di negara ini iaitu yang terendah sekali di dunia berbanding satu juta spesis serangga setiap negara di dunia. 

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih