Khamis, 17 November 2011

Kesibukan sudah melanda

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia Ecah. Dia dah mai dah. Sapa yang mai? Ni lah bulan Disember ni. Hujung tahun ni orang sibuk buat anak sobab musim ujan, atok pulak sibuk dengan kojo. Waaaa...nak nangih den. Bilo dikonang konangkan balik, nak yo hangkut kain baju balik kampung motong gotah. Gotah sekarang sekilo 8 hengget. Agak-agak dah 10 kilo, bungkus perkakas dah bulih balik rumah. Pastu bulih terkangkang baca surat khabar. Kan?

Sekarang ni hujung tahun. Ecah paham-pahamlah dengan bidang kerja atok sekarang ni. Banyak bondo nak kono report. Time hujung-hujung bulan tu boleh tahan lagi, ni bila dah masuk hujung tahun, tercabut suma bulu kaki. Suma report nak kena buat.

Kerja cabut bulu beruang. Pastu kena report bape helai bulu dapat tercabut sehari. Ko mampu?

Bila satu keja sampai, baru buat separuh dah sampai kerja yang lain. Pastu buat separuh lak kerja yang lain tu, kerja yang lain punya lain pulak sampai. Pastu buat separuh kerja yang lain punya lain tu separuh, kerja yang lain punya lain punya lain pulak sampai. Berulang sebanyak 8 kali. Hari-hari macam tu. Sobab tu atok dah ready dari awal-awal untuk sebarang kemungkinan.

Sejak bulan 10 aritu atok dah start kumpulkan dokumen-dokumen awal-awal. Sampaikan ada staf yang tanya atok, ibu pejabat dah bagi arahan suruh buat ke? Tak payah nak tunggu depa bagi arahan, atok tahu ibu pejabat ni suka push last minit. Tu yang atok get ready. Pun still tak dapat nak kejar gak.  Balik kojo mesti terlolap kat rumah. Pastu online kejap, update blog ngan main angeri bid terus tido balik. Lotih den hari-hari macam tu.
Kerja ngadap laptop, kat rumah ngadap laptop, main angeri bid ngadap laptop, TIDO  pun mimpi laptop!!


Tak pa aih. Bila atok kenangkan, ramai lagi orang kat luar sanun tak da kerja kan. Kerja cabut bulu beruang pun, beruanglah. Lagi-lagi hujung tahun ni ada durian runtuh mai, atok kembali bersemangat. Separuh gaji pun separuh la. Asalkan lepas bayar ansuran bobot ngan duit makan minum. Kan?

p/s : Masih pelik, ramai orang kat luar sana anggap kerja kerajaan best, goyang kaki sambil makan potato chip. Salah sangkaan Ecah tu. (ni atok akan ulaskan pasal ni lain kali k!) So, kesimpulannya, hargailah masa yang ada dengan sebaiknya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara . Ok Ecah, see you. Papaiiii.

21 ulasan:

  1. bila dah kerja camtula kehidupannya atok..balik kerja lotih terus rasa nak tido..

    BalasPadam
  2. setuju amik!!! separuh gaji pun lantak lah janji hado!

    BalasPadam
  3. aduhai,sampai cmtu skali ye tok..tdo pun termimpi2kan kerja..

    sama la mcm chii..ni da start bz ngan keje..nak termuntah da dibuatnya

    BalasPadam
  4. ayat x tahan bile last tuh,, ingat 5 perkara sebelum 5perkara.. hehehe. baguih la tok, bersemangat jugak den donga yo..

    BalasPadam
  5. sedang bertungkus lumus dengan projek

    BalasPadam
  6. botul tu tok..ramai anggap keje kerajaan leh goyang kaki.. ujung tahun ni lagi la nak selesaikan semua pembayaran.. kemaskini semula semua baucar.. sat gi tetiba audit nak datang tak ke haru kalo ada kuiri.. tapi harap2 takdelah audit nak dtg huhuhuhuhu

    BalasPadam
  7. atok.. xpo.. buek kojo baik2 yo.. selagi kito terdayo.. selagi kito diberi peluang kojo.. ado kojo kosong tak? :P

    BalasPadam
  8. betol tu tok!!TB sokong. mn da keje gomen tu goyang kaki je..tp kalo ada post goyang kaki bergaji, nk gak try keje tu..hehehhe
    Paling TB geram time org2 kata cikgu2 keje setengah hari..pergh...setengah pengsan adala..hahahah

    BalasPadam
  9. penat pun sempat lagi main angry bird tu. haha.

    BalasPadam
  10. atok!! bekerja yang rajin yah. you've to be more comitted to your works! :'D dan selamat beristirehat!

    BalasPadam
  11. faiz : Kan faiz. Kadang-kadang kito tak tersodar dah tertido

    BalasPadam
  12. Diyana : Sokor alhamdulillah kan.

    BalasPadam
  13. chii : Samo-samolah kito berjuang chii

    BalasPadam
  14. ORLANDO AHMAD : Projek apakah itew

    BalasPadam
  15. umie mia : Atok pun ghisau gak kalau audit nak datang lagi ujung tahun ni. Orang sibuk kan.

    BalasPadam
  16. LadyBird : Kojo kosong kat tompek atok takdo. Tapi atok percayo, ramai tak nak masuk tompek bekojo atok

    BalasPadam
  17. teacher bonda : Mungkin diorang tak ponah raso kot. Atok teringin nak jadik cikgu

    BalasPadam
  18. rozeeta rashid : Hihi. Atok tak dapek laie kalahkan babi pakai helmet tu

    BalasPadam
  19. Rtp Farra Arisha : Hihi, mokasih Rtp Farra Arisha atas kato kato perangsang tu.

    BalasPadam
  20. Hehehe...office suka push last minute eyh? nak buat macamna, kebanyakan mentaliti masyarakat mmg mcm tu huhuhuhu.....so Atok boleh pelan2 cuba ubah huhuhuhu

    BalasPadam