Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Peribahasa melayu seperti yang Ecah tengok kat atas tu, tahu tak apo maksud eyh. "Belakang parang kalau di asah, akhirnya tajam juga". Bukan bermakno atok suruh kau kejar kerbau pastu semelih pakai belakang parang tu, bukan itu maksud atok yo! Maksudnya, sebengap-bengap mano pun orang tu, kalau dio ada usaha dan semangat yang kental insyaAllah dia pasti akan berjayo. Kito amik contoh yang terdekat. Atok sendiri.
|
Gambau apa nih? Haa...nanti atok akan cerita last nanti. |
**********************************************************************************
Dulu masa sekolah menengah, atok selalu yo rasa kurang keyakinan diri. Sebab kalau markah periksa tu selalu je paras hidung hampir mati lemas. Report kad mesti ado sesat pen dakwat merah. Dalam kelas pun dapat kedudukan nombor tengah-tengah yo. Memang tak boleh nak dibanggokan. Dah lah tak berapo nak cemerlang dalam kurikulum, apatahlagi ko-kurikulum. Nak main bola sepak pun kaki bangku. Nak main badminton tangan pulak pengka. Cumo atok lebih pada sukan renang berirama olahraga sajok. Tak melibatkan sebarang peralatan. Yang tu atok terror.
Kalau dalam kelas tu, atok antara yang paling pendiam. Orang koba diam-diam ubi berisi. Masalahnya atok ni isi pun takdo. Tapi selepas atok dibasuh oleh cikgu Norhayati, terus atok bangkit. Masa tu ingat lagi, cikgu Norhayati panggil seorang demi seorang ke depan nak bagitahu pasal markah peperiksaan semua subjek trial SPM. Dia ni guru kelas atok. Atok terkejut dia genggam tangan atok then dia pandang anak mato dalam-dalam. Dia cakap atok boleh lakukan, cuma perlu gandakan usaha. Apa yang dia koba tu memang terkesan sehingga ke hati. Sampai sekarang kata-kata tu masih terngiang-ngiang. InsyaAllah semuanya pasti akan berjaya, katanya.
Mulai dari saat itu, atok terus melipatgandakan usaha walaupun sedar masa dah terlalu singkat. Maso banyak dihabiskan di rumah untuk buat revison dan pyq. Kalau tak paham, sanggup jumpa cikgu kat bilik guru tebalkan muko. Alhamdulillah, berkat usaha dalam masa yang singkat tu, atok dapat keputusan yang membanggakan mak, ayah dan diri atok sendiri. Syukur.
********************************************************************************
|
Ini pulak gambar kedua |
Ok, atok explain kaitan gambar atas ngan bawah ni. Gambar pertama tu diambil masa kali pertama atok shoot pakai
DSLR sekitar Mei yang lopeh. Gambar bawah ni di ambil sekitar June tahun yang samo. Nampak tak perbezaannya? Itulah, sebengap-bengap mana pun kita rasa, seslow slow mana pun kita rasa, sekecik-kecik manapun kita rasa, kalau kita 'ada benda' ni mesti semuanya boleh jadi.
USAHA yang berterusan.Ingat! Tidak ada orang yang bodoh di dunia ni, yang ada cuma yang rajin dan malas sahaja. Persetankan kata-kata orang yang selalu mematahkan semangat kita. Orang-orang ini adalah golongan mereka yang suka melihat kita tersungkur didepannya. Jadikan kata-kata itu sebagai kayu jambatan untuk kita menyeberangi sungai yang penuh pancaroba sebelum kita menikmati hasilnya. Kejayaan tidak akan datang bergolek, tidak akan datang melayang. Kejayaan itu perlukan usaha dan kesabaran yang paling tinggi.
Ingat cu, Buatlah apa yang kau nak buat. Gapailah apa yang kau nak gapai. Beranganlah apa saja yang kau impikan. InsyaAllah, kalau rajin usaha pasti berjaya. Kerana....Belakang Parang Kalau Di Asah, Akhirnya Tajam Juga....
Promo :
www.lensaabadi.blogspot.com
p/s : This week atok dan kawan ada job kat Seremban dan Pedas. InsyaAllah, atok akan cuba yang terbaik yo. Chaiyok chaiyok!