Jumaat, 14 Oktober 2011

KERAJAAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS !!!


Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.


Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.


Larekkkkkkkkkkkkkkkk selamatkan diriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
 
 
    
Wa terkena beb lepas baca blog ini. So, lu pun mesti kenaaa!

32 ulasan:

  1. CiSSS!!! terkezut deno membacanye!! nok kono flying kick nieh!!! wachaaaaa!!!!!

    BalasPadam
  2. huhuhu teringat zaman sekolah rendah dulu bawak tudung botol main dgn kengkawan ^_^

    BalasPadam
  3. atooooookkkkkk! Ko memang nak kono laa...kutuk univ den lak tuh... siaplah ko...

    BalasPadam
  4. ampeh atok ni..dalam ati chii tadi da dok menyumpah2 da..sedangkan waktu chii study dulu..ramai je kakak2 senior yang bertudung labuh..sgt xcellent dlm academic..grrr..

    BalasPadam
  5. yup mmg gua terkena...muahahahahah

    dalam hati dah maki2 menteri malaysia dh..nasib2..hahahaah

    BalasPadam
  6. haha! pnah bace sblm ni. atok..atok..

    dill.

    BalasPadam
  7. mangkuk hayung punya atok.. ingatkan betul dah tadi.. jagalah..

    BalasPadam
  8. tok, sekali aku sekeh ape cerita plakkan? hahahahaha. adoyaiiii!!

    BalasPadam
  9. haha!!..daa tahu daa..tapi nk jgak masok komen kat sini!..haha..xbole blaa!!...=)<3

    BalasPadam
  10. huk alohh...mati2 den ingt betoi...skali tertipu...hohoho

    BalasPadam
  11. tipah tertipu bang..tipah tertipu..uhhuuu

    BalasPadam
  12. cit..baru mau rasa nk belasah orang!!
    hahhaha

    BalasPadam
  13. 1st time baca dulu terkena..kali ini tidak lagi~ hehe

    BalasPadam
  14. aiseh,byk la pulok n3 atok ni aku miss.

    cite ni dah tekene lama dulu. sib baik scroll sampai bwh.kalau x tekena lg

    BalasPadam
  15. deno : Adehh...terduduk atok kono flying kick

    BalasPadam
  16. umie mia : Haaa...kantoi...*walhal atok pun samo

    BalasPadam
  17. Aziela : Bahaha..buek2 tido...ZZzzzZ

    BalasPadam
  18. chii : Kih kih....jangan mara aaaa...atok pun tokono

    BalasPadam
  19. Puan tia : Miahahaha...nasib badan

    BalasPadam
  20. Diya Edhayaa : Dah agak kono tipu ek...hihi

    BalasPadam
  21. faiz : Cool faiz...cool...tarik napas...embossss

    BalasPadam
  22. RATU QASEH SAIFUDIN : Musti maso mulo2 terkono aritu, sumpah seranah kan?

    BalasPadam
  23. Mawarni : Atok dapek bayang an...sobab atok pun tekono...bahaha

    BalasPadam
  24. aida : Tipah tertipu tipu tertipah....

    BalasPadam
  25. ~SaL IjOu~ : Wah, ni dah tahu jalan citer la ni? hihi

    BalasPadam
  26. Hanie_Dew : Keh keh keh...bluekkk!

    BalasPadam