Isnin, 31 Oktober 2011

Kami budak nakal

Once upon a time,


Maso atok sekolah menengah dulu, atok memang rapat dengan classmate lelaki. Al-maklumlah, kami spesis yang hampir pupus. Cumo 7 orang sajok lelaki, 2/3 yang lain pompuan. Ke mano poie, mesti nak melekap. Blaja sesamo. P kantin sesamo. P jamban sesamo. Balik dari kelas tusen, musti merewang 7 orang ni keliling kampung.



Kami memang suka menyakat orang. Selalunya budak-budak yang pasif lah. Ala, atok bukannya jahat pun. Budak2, biasalah nakal kan. Kami niat nak gurau menceriakan suasana. Kami suka cuit orang yang pasif ni. Lobih-lobih laie ada makcik sorang ni kantin kat sekolah. Makcik tu pendiam tau. Dia jaga bahagian air. 

Satu hari tu, macam biaso, tujuh-tujuh orang ni melekap ke kantin nak makan. Kami 7 orang selaku pelajar senior berjalan penuh gaya ala-ala kumpulan K-Pop tak berapa nak K-Pop. Kelihatan makcik pendiam sedang menjual air kepada budak-budak sekolah yang lain. Salah seorang dari kumpulan kami tersenyum nakal kat atok. Budak ni terlebih nakal tau. Rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia. Pastu sosah kaki dia pakai kayu besbol. Dia menghampiri makcik pendiam tu. Mata bertentang mata. Sesi jual menjual pun bermula.

"makcik sihat?,"usik kawan atok.
"sihat yo ha..."

Kawan atok tadi mengangguk. Kami dok perati dari jauh ja. Budak ni sengal sikit. Bahaya dok dekat-dekat kalau dia dah bagi isyarat tersenyum nakal.

"makcik, saya nak air satu!"...........air tanpa plumbum!"

(.................bunyi cengkerik..................)









"Apo! Kau ingat aku bla bla bla.................pot pet pot pet.........cilaka zass bla bla bla.......!!"jerit makcik tu kuat.


Kami pun apa lagi...........terus







Lari sekuat hati selamatkan diri.....

Ahad, 30 Oktober 2011

Sampai ati...Mencik!!

Assalammualaikum and salam sejahtera,

Based on the theme for today atok supposed to post entry related with "nuffnang campaign". But since atok have no idea how wanna to elaborate the BE, that just mention "Ministry Of Health"???.....* cricket sound....without any clues for atok to get some info. Plus no commercial flying at my blog for atok 'fraud click' JUST to know what is the commercial is about!!....i repeated....to know what is the commercial is telling about...but unlucky, nothing hanging there... Fine. So, no post for that BE!

See...kau nampak ni? *nada suara cerita P Ramlee Laxmana Doremi yang dia tunjuk penumbuk pasal orang tu skodeng nombor ekor....


Memandangkan takdo entry kempen dari nuffnang tu, makanya atok nak cerita diari atok untuk semalam punya. Untuk makluman, semalam atok berkursus asas fotografi lanjutan 1 to 2...untuk master dalam detail n lighting + cls....Dua benda ni atok memang lemah. Sebab tu atok sanggup berulang dari kampung (gemas) ke ledang (johor) nak menuntut ilmu hitam punyo pasal.

Penceramah fotografi tu bekas batch atok maso belajar dulu. Tapi dio dah tak kenal atok kot rasanya sebab sekarang ni muka atok dah 100% lengkap hensem dan kelihatan matang!. *Ok, mari kita sosah keting orang tua ni dengan kayu besbol. Gedebuk gedebak.......
 +_+.

Dia ajar mula dari basic bawak ke peringkat pertengahan. Sampai satu tajuk tu, dio suruh kami take 5 rehat-rehat dulu. Masa rehat time tu, dio suruh kami melukis kat sehelai kertas kosong ni. Dia cakap, fotografi ini adalah lukisan menggunakan cahaya. Kita lukis subjek tu dengan cahaya tapi penuh kesenian. Katanya,sebuah gambar yang hebat contohnya jika kita ambil pemandangan di tepi pantai, kita sendiri boleh mendengar bunyi ombak jika kita menatap gambar tu. Haaa...paham tak dek kau tu? Kesenian tu datang bila kita berimiginasi. So, dia nak kami imiginasi anything dan lukis kat kertas tu.

So, tanpa buang masa lagi atok terus ambil pen dan mula lakar. Atok bayangkan ada seorang gadis kampung ni tengah duduk di bawah pangkin. Dia duduk dengan sopan sambil mengupas buah mangga sebab betul-betul bersebelahan pangkin tu ada pokok mangga. Berhadapan dengan gadis kampung tu ada bendang sawah padi. Cahayanya kekuningan disirami cahaya mentari yang hampir terbenam. Burung-burung berterbangan di sebalik gunung-ganang nun di sebalik penghujung bendang sana. Angin meniup sepoi-sepoi bahasa menggerakkan rambut gadis desa tadi yang panjang mengurai paras bawah bahu. Sesekali gadis itu menyelak ke belakang helaian rambutnya yang menutupi paras wajahnya yang ayu. Atok terus persembahkan pada penceramah tadi. Hasilnya atok lukis camni...........

Sabtu, 29 Oktober 2011

Fakta Menarik

Manusia boleh hidup selama 11 hari tanpa air.





Deria rasa kupu-kupu terletak di kakinya.




Dry ice tidak meleleh, tetapi meruap.




Tapak sulaiman tidak mempunyai otak. Sebab tu dalam citer Spongebob, Patrik seorang yang sengal.




Setiap manusia mempunyai telinga yang berbeza-beza

Jumaat, 28 Oktober 2011

Cucu pilihan atok ke - 27

Zul Fattah ; Cucu Pilihan atok ke-26


Cucu Pilihan Atok Recap 1-10
Cucu Pilihan Atok Recap 11-20
Cucu Pilihan Atok ke-27 : ???

Tahniah kepado Zul Fattah kerano berjayo merangkul gelaran cucu pilihan atok minggu lopeh. Tanpa membuangkan maso laie, atok teruskan pencarian cucu atok yang ke-27. Cucu Pilihan Atok yang ke-27 di sandang oleh....

Khamis, 27 Oktober 2011

Tempat menarik di Melaka

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Haa, tu dia. Berjalan yo kojo ko kan tok. Sabtu lepas, atok dan opismate sajo jalan-jalan sekitar melaka. Macam-macam dugaan berlaku semaso trip tu sampaikan dikojar abang terapik. Baiklah, kali ni atok nak bawak kalian menyusuri perjalanan yang atok poie dalam maso satu hari. Bermulo pagi sampai bawak ke malam. Tompek pertamo yang atok singgah ialah di Auyin Hill.

Bergambau di pintu masuk Auyin Hill Resort. 
Maso atok sampai tu, Auyin Hill ni masih dalam peringkat renovation. Siap ado orang tengah bertukang dalam to, so tak leh la nak bergambau sakan. Diorang koba awal bulan 1 tahun dopan baru bukak balik. Tapi takpo dengan kecanggihan dunia di hujung jari, atok persombahakan serba sedikit binaan kat dalam tu.

Ado binaan ala-ala tembok bosar cino, so takyah p chino dah





Terlotak kat Durian Tunggal, Auyin Hill ni 9.5km dari Ayer Keroh sebolum tol plaza PLUS. So, sesapo yang nak feeling berado kek Chino tu, silo singgah sini tahun dopan yo. Lopeh yo atok poie Auyin Hill ni, atok terus bergerak ke Taman Botanikal Melaka.



Ini masa bergambau dengan dinasor. Jinak je dinasor tu kan.
Memang dekat je Taman Botanikal ni dari plaza Tol Ayer Keroh iaitu dalam 2.4 km yo. Taman Botanikal ini sebelum ni dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh seluas 92.5 hektar dipenuhi dengan pelbagai spesis flora dan fauna termasuk dinasor yang nampak kat atas tu. Tapi jangan risau, setakat ni takde berita terdapat binatang buas lagi. T-Rex dalam tu pun jinak-jinak. Taman Botanikal ni dilengkapi dengan Taman Pra Sejarah, Kampung Buku, Taman Cerita, Pentas Terapung, Jambatan Gantung dan Menara Tinjau.

Inilah buggy. Ala-ala zaman 60 an kan. Zaman atok remaja dolu-dolu.


Kat taman botanika ni ado jugak perkhidmatan buggy. So, bulih pusing2 seluruh taman. Tau kah anda apa itu buggy? Ceh, ayat macam nak mintak pelempang. Bukan buggy jumping atau buggy the clown (karektor One Piece), tapi kereta dan motosikal elektrik ala-ala kereta kat padang golf tu. Melalui maklumat terdapat 34 buggy iaitu 14 kereta dan 20 motosikal disediakan kat situ. Maso ni atok n travelmate amik buggy yang boleh muatkan 8 orang. Bayaran 56 hengget kot, tak ingat dah. Huhu. Ok , masa nak time ni, kita teruskan perjalanan ke perigi hang tuah pulak.




Tadaa...inilah perigi hang tuah
Perigi Hang Tuah ni terlotak di Kampung Duyong, Malako. Hang Tuah (1398-1511) yang dilahirkan di Kampung Duyung ni duyong ni dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaan eh. Menurut cerito tempatan (acececeh) asalnya perigi ni kocik yo tapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini tak ponah kering walaupun musim kemarau panjang. Airnya sentiasa bersih dan jernih dikatakan boleh menyembuhkan penyakit. Pastu, atok terus bergerak ke Menara Tamingsari.



Menara Taming Sari. Kalau waktu malam baru nampak bentuk kerisnya.
Menaro ni setinggi 110 meter yang terlotak di Bandar Hilir, Melaka. Menaro ni bulih berputar 360 darjah untuk melihat keseluruhan panorama sekitar melaka. Boleh memuatkan sehingga 66 orang pado satu-satu maso dan 240 orang dalam maso sejam. Tiket dewaso rm20, kanak-kanak rm10 dan wargo omeh rm17. Kalau tunjukkan IC, boleh dapat diskaun 50%. So dewaso rm10 hengget yo. Nak beratur tu ke main lamo. Tapi berbaloi-baloi bilo kito dah ado kat atas kemuncak.

Ini pemandangan dari 110m aras laut.





Lokasi seterusnya adolah di Muzium Samudera yang terlotak di Jalan Quayside berhampiran muara sungai. Muzium ini dibina berdasarkan replika kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. 
Ini pose masa kat tangga nak masuk kapal tu
Kat dalam kapal tu ado pameran muzium yang memaparkan perdagangan dari zaman kesultanan melayu melako hinggalaj ke zaman kolonial portugis, belanda, inggeris dan era penaklukan Jopun di Tanah Melayu.

ha, ini kat dalam tu sambil masing2 menjingjing plastik putih berisi selipar
Turut dipamerkan dalam tu adolah lukisan lama, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melako. Kat atas kapal tu ado bilik kapten. Canggih. Ok, then atok n travelmate jenjalan la sekitar Bandar Hilir tu pose sampai kodak habis.
Cuci mata skodeng hot stuff
Lopeh tu, malamnya terus gerak ke Umbai makan ikan bakar. Memang pueh ati. Atok order 3 ikan bakar berlainan perisa, dua pinggan sotong goreng, dua pinggan kerang bakar dan satu udang goreng. Sumo eh rm214. Ado 9 orang. So sorang rm20++. Memang pueh ati. Isu "sudu" menjadi topik hangat malam tu. Kau bayangkan, ado mamat kat mejo sebolah tu ke main kerek. Kami mintak sudu je. Pastu ko tahu apa dia jawab? "kitorang pun tahu gak nak guna sudu"....kuang asam tak jawapan melayu kita yang terkenal dengan kesopanan ni? Last-last lepas je kami abih makan kami keronyok dia habis-habisan. Siap cakap "terima kasih kasi sudu, sudu-sudu tu jangan lupa bawak balik tau!" Kuasa Allah, maso diorang baru nak makan tu, petir dentum berdentum nak hujan. Hamek!

Ini selepas kejadian sesi melantak. Masing2 dalam mode kekenyangan
Lokasi terakhir kami ke Melaka River Cruise. Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan warisan dunia.
Inilah hero kami. Alkisahnya...
Di depan pintu masuk


Buat muka Mr Bean
Masa dalam bot ni ada jurucakap yang akan menerangkan buliding sepanjang perjalanan. Siap ada lagu dongdang sayang. Memang terbaek
Gambau ini di snap oleh auntie Hendon

Oklah, itu sajok perkongsian atok sabtu lepas. Juling bijik mato den mengupload pic banyak-banyak. So, cuti-cuti sekolah ni bulihlah bawak famili dan kengkawan bercuti di Melako. Syiokkk cu. Papai

Rabu, 26 Oktober 2011

Wordless Wednesday # 3

Kazemi, muslimah di London dipukul kerana mempertahankan menutup aurat. Kita??

Selasa, 25 Oktober 2011

Tips Untuk Si Anak Suka Tinggal Di Rumah

Tok Wan
Assalammualaikum,
Tok Wan, saya Apipah. Saya mempunyai seorang anak bujang berumur 15 tahun. Baru habis PMR. Masalah yang saya dan suami hadapi adalah, anak saya ni jarang berada di rumah. Lebih-lebih lagi waktu malam. Kita suma tahu, "rumahku, syurgaku" kan Tok Wan an? an? So, napa anak saya tu jarang nak melekat kat umah ye Tok Wan? Bagilah tips supaya anak saya dapat luangkan masa bersama kami sekeluarga.

Waalaikumussalam,
Ye Pelepah. Eh! Apipah. Seporti yang kito tahu, umahku syurgaku. Dari anak ko "dok melepak tempat bukan2, pastu p jaja kisah orang" tak leh jalan gak kan. Sia-sia pahala ko tu transfer kat orang tu. Opss. Ok, bagi Uwan maso berpikir kojap. Ok dah pikir dah. Macam ni, cubo Apipah dan suami kenal pasti balik di mana silapnya sehinggokan anak tu jarang melokek kat rumah? Adokah kerana kesilapan Apipah sendiri? Mungkin Apipah sebolum ni terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan anak? Ok, uwan tak mau tuduh2 ko lagi. Ko amik tips dari uwan ni.

1. Masak lauk sodap-sodap untuk anak. Kalau anak kau mintak masak spagethi, ko buatkanlah. Kalau anak kau mintak tolong masakkan mee meggi, ko masakkan jugaklah. Masak yang best-best. Kompem lepas anak kau candle light dinner dengan kau sekeluarga, dia tak sempat keluar umah dah. Pasal dah jadi ulo sawe menanti tido.

2. Pasang muvie yang best-best kat umah. Jika sbolum ni, ekau suami isteri sibuk buek muvie, apa kato lopeh ni lopeh makan malam tu, ekau pasanglah muvie citer P Ramlee ke, citer hindustan ke, porang2 ke kan. Selain merapatkan ukhwah, anak kau suko duk umah nanti.

3. Hadkan duit saku. Apipah jangan selamba badak je kasi wang saku kat anak kalau dio mintak. Sobab ado duitlah dio p merayau keluar rumah. Cubo duit takdo, kompem aktiviti harian dio buek taik mato. Kalau nak kasi wang saku gak, kau suruh anak kau basuh keto, cuci umah ko, lap lantai ko, cuci jamban ko, pastu kasilah upah 2 hengget. Malam tu kompem dia tak dapek nak klua laie sobab keponekkan.

4. Kerapkan sesi komunikasi antara keluarga. Lopeh yo makan malam tu, apa kato ko laki bini ajak anak ko tu duduk berborak kojap kat depan beranda umah. Korang citolah pengalaman ko bercinta dulu ke kan. Pengalaman ko masa kecik-kecik main guli ke kan. Mesti anak ko seronok.

5. Kalau Apipah dah cuba gak keempat-empat kaedah di atas tapi tak jalan gak, cuba ko guna cara ni....










Ko tambat dia!!

Isnin, 24 Oktober 2011

Atok Di Kejar Polis!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Jah caya tak antara bobot dengan kuda putih (moto polis terapik), sapa lagi mantop?? Kalau atok kata bobot lagi mantap Jah caya tak??....Jah mesti kena percaya, sobab bobot lagi hebat dari kuda putih!! Itulah hakikatnya. Sebelum kau bayangkan kuda putih tu yang haiwan tunggangan tu, baik atok tepek gambar sekeping seperti di bawah.







Inilah kuda putih



Ceritanya camni, sabtu haritu atok dengan travelmate bercuti di Melaka. Kami plan gerak dari opis la kan. Dah buek perjanjian dah ni. Maso berkumpul musti 6.45 pagi. Sapo lambek kena pumping 88 kali. Last2 dengan cip sekali lambek. Bahaha. Dah lambek punya pasal tu, kami pun rushing la kan. Sampai satu simpang ni, sepatut eh tak bulih buat U-turn. Tapi atok telah membuat U-turn. Kebetulan si kuda putih ni ado kat belakang bobot. Terus dia buat isyarat suruh berhenti. So, atok nak benti? No!! Atok nampak ada selekoh. Atok terus pecut masuk selekoh kat depan tu. Ada lorong atok cilok ke dalam! Osah gilo boto orang tuo ni.







Atok main cilok-cilok



Atok gunokan skill yang ado. Ke kiri ke kanan. Kudo putih ado kat belakang tengah kojar. Dio siap kojar atok masuk lorong! Atok n travelmate dah cuak dah ni. Dalam kepalo habeh la melayang duit rm300! Ya 300!!Membayangkan not duit 300 tu akan melayang kalau atok benti, ontah macam mano macam ado kuaso Sailormoon tibo-tibo menyerap masuk ke dalam tubuh atok.  Terus atok cilok masuk2 lorong yang ado. Kiri kanan kiri depan. Akak2 yang ado dalam keto tu sekali dah cuak. Bukan sobab cuak kono saman tapi cuak masing-masing terbang luar tingkap. Atok amik konsep yang atok ni sebagai antelop yang dikejar oleh harimau bintang!







Comel tak entelope tu? Haa...itulah atok...kecik je an



Agak dalam 2 minit sesi kejar mengejar itu berlaku, akhirnya travelmate atok koba dia dah tak kejar. Dia dah kompius atok masuk lorong mano. Syukur alhamdulillah. Maso tu juga jantung atok baru nak start mengepam balik. Time tu jugak copek2 nak keluar dari Nismilan menuju ke Melako. Tak mau duk situ lamo2 silap haribulan abang terapik ado dopan mato!. Pastu tanpa buang maso atok terus pecut ke Melaka meneruskan percutian yang penuh debaran di awal pengembaraan.

Kenangan yang tak akan dapek atok lupokan. Jah jangan tiru aksi atok wokey. Atok dah terkejut maso tu dah tak pikir apa dah. Tu yang menonong larik selamatkan diri. So, moral of the story kita pada hari ini apa dia cucu-cucu atok sekalian?? Ya...betul......markah penuh! Kesimpulannya..........











Patuhilah undang-undang di jalan raya

Ahad, 23 Oktober 2011

Under Maintenance






PADAHAL..........








Kroihhhhh.............ZzzzzZZzzz.................

Sabtu, 22 Oktober 2011

Fakta Menarik

Pendeta Mesir kuno mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.





Buaya tidak boleh menjelirkan lidah. Buaya darat boleh.




Kentut lembu termasuk penyebab utama pemanasan global.




Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga.




Kucing rumah sangat benci akan bau lemon dan semua yang berbau citrus

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cucu pilihan atok ke - 26

Rome ; Cucu Pilihan Atok yang ke-25
                                                                                                                                                 

Cucu Pilihan Atok Recap 1-10
Cucu Pilihan Atok Recap 11-20

Cucu Pilihan kembali lagi setolah hampir dua bulan dibekukan. Ko ingat pengambilan kakitangan awam je dibekukan? Opss. Tahniah diucapkan kepado cucu atok yang ke-25 pada minggu sebelum ini, Rome. Baiklah, tanpo membuangkan maso dan air liur aku, dengan ini atok ingin mempersembahkan (*macam nak mempersembahkan kat mambang gunung berapi ye tak?) cucu pilihan atok yang seterusnya. Cucu Pilihan Atok ke-26 di sandang oleh....

Khamis, 20 Oktober 2011

Nabi Sulaiman Dengan Kubah Ajaib

Abang Joe
Assalammualaikum,

Apa khabar adik2 semua? Sihat? Lama sudah abang Joe tak online. Bukannya apa, tuan tanah tak mau abang ke udara, tu yang abang merajuk bawak diri kejap. Oklah, tak mau merepek lagi, tanpa membuangkan masa lagi (sebab dah dekat 3 pagi), abang Joe nak persembahkan email menarik yang seterusnya untuk dikongsi dengan adik-adik. Email ini mengisahkan kebaikan dan nikmat yang diperolehi oleh seorang hamba Allah setelah memelihara emak ayah tercinta sehingga ke hujung nyawa. Selamat membaca!

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.  
 
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.  
 
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.  
 
Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.  
 
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalam nya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan. 
 
Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.  
 
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.
 
 Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Amacam adik2?...itulah, kita dipinta untuk berbuat baik kepada mak ayah kita selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama. Untung bagi mereka yang masih ada mak dan ayah. So, tunggu apa lagi, grab lah peluang yang ada. Moh kita rebut2 jaga mak ayah kita sebaik-baiknya...Bagi yang sudah tiada mak ayah atau yang masih ada mak ayah, sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka setiap hari. InsyaAllah bertambahlah rezeki kita seharian. Wasalam   =)

Rabu, 19 Oktober 2011

Wordless Wednesday # 2







update :
Tak leh jadik. Inilah bahananya gambau tanpa kata-kata. Ada yang kata geli la, jajan di cemari la, eksperimen la, lalat tu cabut kulit lolipop la...macam2...aish...apa yang atok nak sampaikan di sebalik lolipop tu, adalah perumpamaan bagi wanita bertudung dan tidak bertudung...lalat tu ibarat lelaki.  T_T

Selasa, 18 Oktober 2011

Birthday Boy Umar

Assalammmualaikum dan salam sejahtera,


Sapo deh Umar tu? Haa...Umar ni anak kepada kawan atok maso sekolah menongah dulu, Haslinda atau nama on stage nya Lynda Zali. Kelass ko Maria. Umar ni baru menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama pado tanggal 17 Oktober 2011. Nak diikutkan samo birthday ngan keponakan sulung atok, Iman Naim yang ke-6.

Inilah Muhammad Umar Darwisy....amacam cute macam haku tak??
Atok tolah diberi mandat oleh ibu si Umar ni untuk menshoot sepanjang parti itu diadakan. Kalau ko suka, like la fb fanpage d'lensa abadi. Atau usha blog dia. Atok keja sebagai Tok Guard kt situ.

Omaigot....susahnya atok nak berinteraksi dengan si Umar ni. Bila atok nak shoot biji matanya yang bersinar-sinar tu, dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke siling kapur. Bila atok amik kerusi then nak shoot dari atas, cepat-cepat dio menjatuhkan pandangannya ke lantai...Umar...Umar...nakal kamu ya...
Kek besday Umar.....sebenau nya kek ni besar...gambau padang ada dua pemain
Orang makin ramai berpusu-pusu. Sebelum orang makin ramai, atok mengengsotkan langkah sikit demi sikit ke meja buffet. Bila line dah clear, terus capai pinggan amek mihun + ayam masak sambal (sepatutnya di makan dengan nasi tomato) + ayam goreng + apam polkadot + nugget....Pastu cari lokasi strategik ngappp sorang-sorang....Bila orang dah ramai tu, then kek pun di bawak keluar...jeng jeng jenggg....

Umar dan papanya bersama kek yang besau




Saspen tak? saspen tak? baik ko cakap saspen sekarang...

Pastu, dimanakah ibunya?, si Haslinda merangkap kawan sekolah menengah atok dolu-dolu?
Tadaaa...inilah Haslinda disamping suami dan anak tersayang

Tapikan, atok musykil satu benda ja. Await eh si Umar ni tak main eyes contact dengan atok? Bila atok pandang mata dia, dia toleh ke lain. Bila atok nak shoot wajah kuit dia, dia buat muka nak nangis. Kompius tau. Apa dosa atok? Apa yang telah haku lakukan??

Cer ko tengok....dia ni nangis ke gembira??
Kompius tau...kompius kompius....muka comel macam i ni pun budak nangis kalau tengok....*muntah hijo
Yang ni dah la si Umar tengah meraung
Akhirnya majlis tamat pada pukul 11.30 malam. Haslinda akan kasi duit kupi once album suma dah siap. So, minggu ni atok agak kesibukan lagi nak buek editing before sent to kedai untuk di cuci caca.

Berbalik kepada kemusyikilan atok sebentar tadi. Puas atok pikir di atas tilam sampai sekarang nak mencecah pukul 2.00 pagi. Kenapa si Umar ni meraung setiap kali atok menghalakan lensa kamera ke wajahnya? Bila atok candid, dia senyum pulak. Yelah mata dia tak bertentangan dengan atok. Tu yang dia senyum sampai ke telinga. Tapi bila mata bertentangan, dia cembeng! Then, balik-balik je dari job tu, atok terus ngadap cermin...











Tak cukup comel ke muka aku nyah? Mana silapnya???? .......mencik tau!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih