Khamis, 29 September 2011

Tempat-tempat menarik di Pulau Pinang

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia. Atok nak habaq mai kat hampa, bahawasanya atok nak p bercuti kat Penang minggu ni. Boleh ka??Plisss...boley la...plisss. Ok, aku gedik kat situ! Atok p dengan kawan-kawan opis atok. Team power lone ranger. Kau ado? La ni kami 7 orang ni dah plan untuk bercuti ni sejak atok dalam kandungan lagi 3 bulan yang lepaih. Pastu minggu ni atok ngan klik cubo shortlist balik tempat-tempat yang menarik. Dan yang pasti, makan pun menarik! Aiyooo char kueh teow, persamboq, nasik kandaq, laksa penang, mee goreng mamak, suma2 tu bermain-main dalam kepala ni aihh...jap! mee goreng mamak??!

Percutian atok dan team lone ranger ni bertemakan pengangkutan awam. Sobab apo atok koba an pengangkutan awam? Sobab masa trip tu nanti, kami akan naik 5 jenis pengangkutan awam. Kami hok plan bertolak dari Seremban pukul 8 malam ari Jumaat nih. Makan makan kat sekitar Somban tu dulu sebab masing2 dari opis. Agak2 perut masing-masing dah bulat tu, kami terus berlari-lari manja ke stesen komuter Somban naik komuter. Di jangko sampai ke KL Central dalam pukui 9.30 malam. Pastu jadik tugu negara sampai pukul 11 malam. Bley Jah?

Atok naik keretapi sampai Kuala Lumpur, nyonya bangun pagi terselit bawah dapur. Eh! Apa aku merepek nih. Atok naik keretapi ke Penang pukul 11 malam. Senandung Express kalau tak silap. Hok dijangka mai Penang dalam pukui 6-7 pagi camtu. Pastu atok sarapan la kan. Sobab perut dah kembali kempis malam tadi. Agak agak atok nak sarapan char kueh teow bley tak? Tekak aku suma benda boleh masuk. Cuma tolak kayu ngan batu je. Dah sarapan tu, atok n the team naik feri ke pulau pinang tu. Sana ada keto sewa menunggu. Pastu jalan2 la sekitar Penang tu sampai ke malam. Dah malam tu check in kat B-Suite sebab kami semua sweet2. Bley?

Keesokan harinya, atok n the team usha2 jeruk, hot stuff, cenderamata, cenderahati, cenderajantung, n jalan2 sekitar Bayan Lepas. Then pulangkan kunci kereta sewa terus naik flight pukul 3 petang balik ke Somban. So, jumaat sabtu ahad ni atok off duty la ye. Blog tak hapdet. Haaa...lagi 1, sesapa yang asal penang atau penah bercuti kat Penang tu, cubalah tolong atok tempat mana yang best nak dilawati dan makanan apa yang best?? Plissss........(buat muka seposen)



Update



JADUAL TEMPAT-TEMPAT MENARIK UTK DIKUNJUNGI DI PENANG

(SABTU 01/10/2011)

Jadual Siang (start 9.30am) – aktiviti ini bermula selepas serahan kunci kereta diterima.

1) Masjid terapung (free)
2) Syed Al-Attas mansion (free)
3) Cheong Fatt Tze (free)
4) Masjid kapitan keeling (free)
5) Jalan Campbell (free)
6) Fort Comwalls (free)
7) Bukit Bendera (price adult RM4.00)
8) P.Ramlee House (free)
9) Suffolk House (free)
10) Pinang peranakan mansion (free)
11) Toy Museum (price adult RM10.00)


Check in Hotel B-suite 6.30pm

Jadual Malam (start 8.00pm)

1) Batu Feringgi
2) Kek Loi See
3) Jambatan Pulau Pinang

Check Out Hotel B-suite (tak confrm lagi)


(AHAD 02/10/2011)

Jadual Siang (Start 9.00am)

-Aktiviti membeli belah (Beli Asam Jeruk jgn lupa ye ehheehh)
-Aktiviti Bebas

BALIK KE KL (TERMINAL BAYAN LEPAS) 1.00PM

Harap maklum…. Go..go penang tripppppp heheheheh

(ini atok kopipes dari email yang diterima dari kawan opis atok. Intan Suhana Ahmad)


Pesan Atok : Bagilah cadangan tempat menarik dan tempat melantak paling besh...plis plis plisss....kamu jangan nakal...erk!

Selasa, 27 September 2011

Isnin, 26 September 2011

Aksi di Jeram Panjang

Yuhuuu...anybody home? 


Ha'ah, ko tanya orang ada umah ke tak ye tok. Walhal ko dah berabad tak hapdet blog. Sikit hari lagi orang tak mau datang blog ko lagi kan tok. Mentang-mentanglah tanah seekar belakang umah ko tu kerajaan nak amik buat jalan raya, so ko macam malas je nak hapdet blog kan tok. Apalah sangat sen yang nuffnang kasik tu kan? Ptuihhh!

Astaga! Ngucap banyak-banyak tokkkk. Ke laut sudah aku. Ok, atok dah janji dah kan nak share dengan korang hasil gambar yang atok shoot kat jeram panjang tempoh hari. Tajuk blog tu tak tahan. Sikit lagi kalau ada edisi 3gp punya, kompem blog aku kena black list kan. Ok dah, straight to the way no belok-belok. Berikut merupakan aksi di jeram panjang tersebut ;

Lokasi : Jeram Panjang, Gemas
Tarikh dan masa : 16 September 2011, 8.00am to 12pm
Model : Siti Hajartul Munirah Salleh dan Adik Ally
Jurumekap artis : Raja Zulkifli Raja Abdullah
Tajaan Busana Pengantin : Butik Pengantin True Lurve Palong N9

Haa...korang nak skodeng tak gambar2 tu sume? Masa pembikinan projek ni, atok hampir2 terjunam dalam jeram tu. Nasib baik aku masih bernyawa. Kalau tak, mesti kau rindu kat aku kan. Kononnya kan. Ok, moh layan gambar2 busana pengantin berikut. 






























Ha camno? ado yang berkonan dek hati tak? Kalo nak try make up artist, butik, jurugambar, model tu suma2...silalah klik link yang atok kasi tu. Papai!!

Jumaat, 23 September 2011

Open Office

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Wah....ada ke istilah open office tu? Yang atok selalu dengar microsoft office ado lah. Ha, semalam salah satu unit kat opis atok ni ado buek majlis hari raya kecil-kecilan. Sehari sobolum majlis tu, atok dah di jemput oleh ketua unit tu melalui fb. Apa lagi, tak kan kucing nak tolak tulang an. Melainkan kucing kau tu menu santapan dia whiskess.

Dalam atur cara program, majlis tu patutnya berlangsung pado pukul 11 pagi. Kiranya waktu ngam ngam soi tengah lapar tu. Tapi atok dan kawan-kawan seunit datang pukul 11 lebeh camtu. Wah...pelbagai juadah terhidang. Mula2 amik bau dulu. Usha usha air ribena segelas dua. Pastu line dah clear, ngappp!!

Cari port untuk menikmati juadah tu. Atok duduk sebelah akak ni. Pastu borak-borak lah pasal personal sikit. Dia cakap atok makin susut....ulang suara....susut....bukan susuk!!! Gile ko cakap aku pakai susuk. Atok dah perasan pun sebab tali pinggang atok tu kena tebuk satu terkebelakang. Maksudnya yang lilitan paling kecik tu dah jadik longgar. Akak tu kata atok p gym kah? Tiber2 air tu nak tersembuk la tu jugak.

Di ruangan ini, atok nak terangkan. Memang berat badan atok akan turun naik pada masa tertentu. Maso atok sekolah menengah dulu pun, atok lagi kurus dari sekarang. Lagik tulang. Cumo, bila atok dah keja ni dia naik mendadak sikit. Dan sekarang, atok kembali ramping. Ramai kawan2 terkejut dengan kerampingan atok. Lihat pinggangku, rampeeeng kan!!!!   +_+
Kelassss ko Jah!

Percayalah,  lagi 2 tahun kedepan atok kembali anak gajah balik.....


Apo pandang pandang!!

Khamis, 22 September 2011

Status FB # 22092011

"Jangan jadi seperti tin kosong, kalau tin tu dah kosong buanglah kat tong kitar semula"

maksudnya~
Cakap ke main bagus tung tang tung tang, walhal isi pun tak dak. Membangkang orang nombor satu, tapi bila suruh buat ternganga-nganga macam mulut buaya tengah bersidai bawah matahari. Eloklah jadi seperti ubi. Ubi tu diam-diam pun, dia tetap berisi. Cuma ubi ni memang dari dulu lagi, dia suka rendahkan diri sebab dia pun duduk underground.



Selasa, 20 September 2011

Ne No Ne No...........

Tu dia. Hok bomba dah datang mai depan umah kasi pancut air pili kat muka. Sampai tersedu lobang idong aku. Hampagas punya abang bomba. Bangun tok!!! bangunnnn!!!....dah  8 tahun ko tak hapdet blog. Ramai anak cucu ko tertanya-tanya, hidup ke idok lagi ko? Mampus kering ke atas kerusi malas? Ke dah bersara dalam dunia blog, nak try pulak industri kecil dan sederhana buat kerepek pedas. 

Ok, atok dah pening di situ. Tidakkkkk!!! 

Lamo jugak atok tak hapdet blog. Jumlah cucu yang datang meliwat melawat atok pun semakin susut. Cukup 2 minggu, takdop sorang nak datang singgah lagi baco. Membayangkan situasi yang menakutkan itu, atok terus bukak laptop, dan terus hapdet blog. Sampai dah terlupo paswet! tigo ompek kali atok masuk kan paswet, baru lah dapat. Fuhhh! lega. Maso atok nak log in blog tu, dia punya windows pun da lain. 



Atok ingatkan laman mana kan. Tapi bila atok terpandang katon babi tu, ooo atok kompiden itu adalah welcome windows blogspot terbaru. Giler lama atok tak hadpet! Sebenarnya sejak dua menjak ni atok memang sibuk sikit. Kan haritu atok ado cerita yang atok ada sesi photoshoot kat jeram kan. Untuk busana pengantin satu butik ni. Sampai tertonggeng-tonggeng aku terjunam dalam air jeram tu. Tercungap-cungap tertelan air tawar. Pastu pulak sabtunya, atok di beri amanah untuk tangkap gambo orang kawen. Sampai ke tengah malam. Bebola mata rasa macam tinggal hujung nyawa je.

Bawak dari ahad aritu sampai ke malam ni, atok banyak habiskan maso edit gambar2 tu sumo. Tu pun tak siap lagi. Atok pun tak sempat nak reply komen2 korang sejak dari zaman dinasor lagi. Camnilah, bagi atok maso nak edit semua gambar2 tu, then atok akan balas komen korang sikit2. Cuma sekarang ni atok tak janji dapat hapdet blog setiap hari macam dolu2. Mungkin setahun sekali. Bley?? Bahaha....

Takpo eh. Walauapapun yang terjadi, atok takkan tinggalkan dunia blog ni. Sobab dunio blog ni lah nyawa atok. Cinta atok. Kembar atok. Atok cayang kamu cume ketat ketat...mwuah mwuuuuuahhhhh.....*tiber kluo ayat gedik.

Jumaat, 16 September 2011

Khamis, 15 September 2011

Aksi di Jeram Panjang!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Jumaat ni kan Hari Malaysia. Makanya atok mengambil kesempatan ni untuk bercekerama. Astaghfirullah. Silap! Silap! Atok mengambil kesempatan ini untuk melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah wokey. Jumaat pagi atok dah plan nak buat sesi photoshoot untuk baju pengantin. Pada mulanya atok willing untuk menjadi model pengantin lelaki, tetapi memandangkan atok sedar yang muka atok ada iras abang bawak lori trelar, so atok cancel kan je lah. Lagipun atok tak cukup inci.

Atok nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat. Terutamanya kepado official photographer credit to D'Lensa Abadi a.k.a D'Lensa Abadi Photographer & Lensa Kami Photography.....pakaian pengantin di taja oleh BUTIK PENGANTIN 'TRUE LURVE' PALONG N9...Tatarias oleh make up artist by Raja Zulkifli Raja Abdullah...Thanks to event manager Ana Mohd Shukor selaku pemilik Seri Impian Palong yang sudi merekemankan modelnya yang jelita Siti Hajartul Munirah Salleh....masih ada lagi sorang model diperlukan...Ko nak??

Atok tak sesabau nak shoot kat jeram panjang tu. Dulu tempat tu menjadi pusat rekreasi yang popular maso jaman atok kanak-kanak dulu. Tempat atok mandi bogel dolu-dolu. Opss. Tapi sekarang dah lobih 15 tahun atok tak ke sana kot. Ko rasa jeram tu dah bina Disney Wonderland tak hagak-hagak?

Sebenarnya ini merupakan pengalaman atok yang pertama tau sebagai potrait photographer (modelling). Sebelum ni atok more to landscape photographer (nature). Nasib baik atok dibantu oleh Lensa Kami Photography tu. Depa memang huslor untuk potrait photographer. So, hasil gabungan kami mesti melatop nyah. Modelling at nature beauty! Pakaian pengantin di taja sepenuhnya oleh Butik Pengantin True Lurve Palong N9. Atok penah pergi butik ni. Macam-macam baju ado. Santek-santek. Mostly import dari Bandung mareey. Kalo ko nak kawen, ko usha butik ni. Memang murah!

Dan terimo kasih gak pado kawan satu kelas atok dolu, Ana Mohd Shukor kerana meminjamkan modelnya Siti Hajartul Munirah Salleh untuk sesi fotoshoot kali ni. . Ana ni ada perniagaan sendiri tau. Dio sebagai event manager. Ko kasi je apa2 event kat dia, insyaAllah dio bulih handle. Model kita kali ni nak acik salleh ok. Bukan mat salleh. Hihi. Atok harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Nanti senang-senang atok akan post gambar tu suma kat fb eh. Atau kek blog pun bulley. Ok, den nak tido dulu.Mato den dah bongkak..Papaiiii 

Rabu, 14 September 2011

Setiap Dugaan Ada Hikmahnya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia che Jah, muka aku dah nampak berseri 80 marhalah jaraknya. Atok bukan apa, atok menadah tangan sokor pada yang Esa kerana memberi atok dugaan yang agak berat semalam. So so la.  Semalam atok hilang duit rm400! Atok tak tahu letak mano. Mungkin bagi ko, 400 tu celah gigi je. Stok beli choki2 seminggu. Tapi bagi atok, 400 hengget tu lah duit peruntukan atok melantak untuk sebulan. Cuba kau bayangkan 400 tu jadi 0 ratus. Maknanya, meggi kari perisa laksa pun atok tak mampu nak beli. Ok, atok tipo ko. Dah perisa kari, laksa lak lagi kan.

Atok terus hubungi boss atok yang atok nak cuti kecemasan semalam untuk balik kampung selongkar bilik. Alhamdulillah, boss atok paham. Atok terus pecut!..... bawak bobot dengan kadar pecutan!...... 60km sejam. Alahai....Pengsan. Sesampai je kat kampung, mak atok terus serang pakai parang kontot sebab balik tak kasi tahu. Ok, atok tipo ko lagi.

Masa sampai je kat kampung tu, fikiran atok dah buntu dah. Penat. Capek. Malas. So atok baring je sampai tengah hari tak buat apa-apa. RM400 dah hilang. Itulah duit atok nak guna untuk p Penang nanti. Sekarang dah takdo. Terpaksalah atok buat part time kat lorong haji taib

Tibe2 telefon atok ado orang anta mesej. Atok terus menekan punat untuk membaco. Baco-punyo baco alhamdulillah, kawan atok mungkin nak gunakan khidmat atok untuk shoot baby n family dia. Dapat lagi part time job. Jumaat ni pun atok ada job shoot untuk wedding 2 hari. Minggu depan atok dapat job jugak untuk majlis pertunangan. Alhamdulillah. Bila atok pikir-pikirkan balik, sebenarnya Allah tu sengaja nak uji atok kasi hilang rm400 tu, padahal Dia nak bagi sesuatu yang besar kat atok. Samalah macam kita. Kalau kita rasa kehilangan tu, janganlah berputus asa. Mungkin Allah ada sesuatu yang baik dirancangkan untuk kita. Allah Maha Besar!



p/s : Alhamdulillah, hati atok tergerak nak cari kat bonet kereta sekali lagi, duit 400 tu ada terselit kat bonet tu! 

Selasa, 13 September 2011

Sabor je la...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Sedeh sesedeh sedehnya. Esok opis atok kono audit lagi. Manjang audit yo lah. Menyampah den. Atok cuba berfikiran positif. Mungkin diorang tak puas menatap wajahku sebelum ini. *Pengsan. Tapi nasib baik audit kali ini ringan2 je. Sehari siap kot sobab sampel yang nak diaudit tu sikit. Atok tak mau cerita pasal audit, tapi atok nak cerita pasal kehilangan. 

Macam ni, sabtu lopeh kan atok poie survey rumah kat Melaka tu. Ingatkan nak bayar duit booking sekali. Tapi setelah dinasihatkan, atok hold dulu duit deposit tu. Rm1000 tunai. Lepas yo urusan survey rumah, atok terus balik kampung. Alang-alang ado duit kat tangan tu, atok terus bayar duit keto. Atok pun masukkan duit dalam mesin cash deposit rm500. Sebelum tu atok guna rm***. So balance dia berapa tinggal anak-anak? Ye pandai ko....rm***. Balance tu atok masukkan dalam sampul angpau pastu teruskan perjalanan balik kampung.

Saat berganti minit. Minit berganti jam. Jam berganti hari, then atok teringatlah duit balance rm*** tu. Ingatkan nak masuk balik dalam bank masa perjalanan nak balik ke Seromban. Pastu, atok skodeng2 tak ado! Atok dah cuak dah ni. Mano poie eh duit den ni. Nak nangis dah ni. Puas atok carik. Dalam keto takdo. dalam beg pun xdo. 

Cumo ado duo kemungkinan sajok. Kat kampung atau dah kena tibai kat mamat cuci kereta ahad lepas. Tapi atok tak mau tuduh2. Atok tak nampak. Esok atok terpaksa amik cuti kecemasan. Atok kena balik kampung esok jugak sobab mak atok koba, banyak je angpau yang dah terbang kat tong sampah! Siap lenjun kena hujan! Atok tak boleh tunggu lama! RM*** weeeeiiiiii.........duit makan minum atok sebulan...    :'(

Isnin, 12 September 2011

Malas apa ubatnya?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Haaa....kalau korang perasan sojak kebelakangan dan kedepanan ni atok jarang dah update blog. Kalau update pun, atok lotak gambar sengal, pastu suruh korang bantai tergolak. Pengsan. Itu memang dasar pemalas sangat dah tu. Pastu komen-komen yang korang hantar sejak zaman paleolitik lagi, atok tak balas-balas. Kenapo ek? Kenapo atok malas sangat nih?

Tak cukup dengan tu, sekarang ni atok balik je dari kojo terus pengsan kek bilik sampai nak maghrib. Balik je kojo mesti terbungkang atas tilam. Atok tahu, orang cakap kalau tido selepas Asar 44 hari, nanti jadi orang gila. Atok raso genap lagi seminggu, atok dah boleh jadi orang gila.

Sekarang ni semua entry blog tunggang langgang. Dah lama Kak Milah dah ke udara. Ntah apa la khabar agaknya pompuan celup tu. Mesti korang rindu ngan Auntie Mei Mei, Tok Wan, Abang Joe dan ramai lagi kan. Masalahnya lately, atok malas sangat. Atok rasa mental dan fizikal atok ni tak segagah dulu lagi. Tak semantop dulu. Kejap2 dah penat. Pastu jadik malas. Korang tahu tak apa ubat tak nak jadik malas?

Jumaat, 9 September 2011

Wordless Friday

Malas nak buat entry punya pasal, hah ko layan gambar bawah ni....












Kau mampu??

Khamis, 8 September 2011

Bandar Utama Cheng Phase 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ini isu pembelian rumah. Dulu atok ponah utarakan isu ni. Atok bukan cakap tak serupa bikin tau. Tapi atok ni jenis teliti sikit bab pembolian aset ni. Yelah, kau nak pakai rumah tu sampai pencen, kono kaji betul-betul sumo aspek. Kono tanyo orang yang berpengalaman. Jangan main cincai je. Dulu kan atok cadang nak beli rumah kat Sendayan tapi tak jadik. Sebab dengar cite situ nak dijadikan pengkalan tentera. Atok takut kena goda kat abang tentera masa feeling tengah siram bunga rose kat depan rumah. Bley??

Tapi kali ini atok nak beralih arah ke Melaka. Kalau kau perasan gambar atok kat pesbook banyak shoot kat melaka. Atok dah jatuh hati dengan negeri tu. Atok nak berhijrah kek sanun. Antara sobab musabab atok nak boli rumah kat melakau adalah seperti berikut ;

  1. Kampung-Seremban selalu jem walaupun bukan musim perayaan, itu tak termasuk kalau ada babi tergolek tengah jalan lagi, tapi Kampung-Melaka jalan clear ditemani pepohon hijau daunnya rendang.
  2. Kampung-Seremban amik masa 1 jam 45 minit jika atok drive bobot purata 80-90km sejam. Kalau Kampung-Melaka amik masa cuma 1 jam 30 minit pada purata kelajuan yang samo. Kau mampu?
  3. Seremban umah mahal. Ko keluar duit 170,000 pun dapat rumah saiz jamban kat kampung atok. Kalau kat Melaka kau boleh dapat seakan saiz semi D.
  4. Jiwa atok tak taste kat Seremban. Melaka, oh i fall in love woif u. Aiyark. Worf! worf!
Pastu atok tanya kawan atok yang bekojo kat Majlis Perbandaran sana. Dio bagi cadangan beli rumah kat bandar utama Cheng. Sobab situ kawasan perindustrian dan dekat jugak dengan bandar melaka. Kadar sewaan tu boleh tinggi pado maso akan datang. Harga pun akan melonjak dalam 3 4 tahun ni. Ini rumah yang atok plan nak beli tu.





Tapi lot tengah la. Kau nak suruh haku beli corner lot, alamat aku buat part time tanam sawah padi kat tanah lot tepi tu. Nak bayar duit bulanan punya pasal. Korang tahu tak harga dia berapo. Dalam rm175,000 termasuk fi guaman suma. Bagi atok agak berbaloi dengan bukaan seluas 22 x 80 tu...

Kalau kat Somban nih, harga rm175,000 tu hanya boleh dapat bukaan 20 x 70. Pastu design simple n bahan binaan ntah hapo2. Atok tahu faktor tanah menyebabkan harga sesebuah rumah tu melambung tinggi. Pasal itu lah Seremban rumah dah start mahal. Sebab orang keje KL beli rumah kek Somban. Tapi itu sajok yang atok termampu. Lagipun dekat dengan kampung. 

Pastu atok berani la nak beli sebab hujung tahun ni kwsp dah stop potong payslip. Atok dah dapat taraf berpencen. Dan ura-ura mengatakan juga, gaji kakitangan kerajaan akan diselaraskan semula dalam masa terdekat. Lagipun rumah tu siap dibina lagi 2 tahun. Atok rasa insyaAllah time tu kehidupan dah stabil sikit. Sabtu ni atok nak turun site jumpa salesgirl tu. Korang raso cmno? Berbaloi x agak-agak? Ke kau nak suruh aku duduk kat rumah orang tua-tua je?


p/s : Arini besday atok yang ke 84   =)

Rabu, 7 September 2011

Anak sapa tu?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Wah, atok tak reply komen lagi since sebolum rayo laghi. Abeslah kupak jari-jemariku yang runcing ni nak reply nanti. Runcing ke? Pengsan. Pssst....lunch hour tadi (siang tadi, aku buat entry ni malam), atok pergilah soping cokelet kat The Store. Yelah, the store je aku mampu nak beli belah. Nak pergi kat secret recipi, mcd, kehepsi suma2 tu aku mana duit kan. Orang kampung. Dah tua-tua ni takdo sapo nak spedo aku lagi.

Ok, sambung balik. Atok soping la cokelet kat the store berdekatan opis. Saje mengidam nak makan. Sebelum ni tak penah hayat pun sentuh cokelet. Ok aku tipu kau. Pastu kan, dah pilih cokelet yang berkenan dek hati tu, atok terus lah p kaunter bayaran. Dah bayar tu atok terus lah keluar dari the store tu.

Masa atok nak keluar tu, tangan atok ada orang pegang. Ingatkan kakak guard tu pegang tangan atok. Seram gak kan. Sexual arrestment tu. Tapi bila atok pandang je empunya tangan yang pegang tangan atok tu, pemiliknya budak kecik. Budak laki, atok rasa dalam 4 5 tahun kot. Pastu kan, dia senyum kat atok. Atok takutlah kan. Kot kot kena rogol ke. Atok ingatkan budak ni nak cekelet atok tu, tapi bila atok hulur kat dia, dia tak nak. Dia pegang je tangan atok sampai pintu keluar sambil senyum-senyum.

Atok tanya dia, mak ayah dia mana. Dia cakap kat luar tu. Barulah atok tahu, dia ni anak akak yang buka kedai kasut kat depan the store ni. Dulu atok penah repair kasut kat akak tu. Comel budak tu. Pastu kan dia cium tangan atok. Dia cakap nanti senang2 datang lagi ala ala dia tokey the store tu. Atok pun terus senyum usap kepala dia then pergi balik opis balik. Sopan budak ni. Harap2 dah besar nanti jadi orang berguna. Sejuk perut mak dia mengandung...  =)





Selasa, 6 September 2011

Kesedihan Di Pagi Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Warghhh....sob...sob....sodih atok. Pagi-pagi rayo dah sodih. Alkisahnya bermulo, maso pagi rayo hari tu hujan turun manja-manja. Atok pun sedaplah bergulung dalam selimut kan. Nak nak ada kucing sekali. Malas sangat nak bangun walhal dah pagi rayo dah ni. Pastu atok bangunlah kojap kan buat apo yang patut. Atok tengok langit. Mendung berarak. Sejuk je macam kat Ireland. Macam tak raya je atok rasa. Sayu je rasa hati ni. Ayam pun takde mood nak berkokok pagi tu.

Then hujan makin rancak, atok terus sambung tido semulo. Tu dia. Sedar-sedar dah pukul 7 lebeh. Pastu atok terus sepak kucing kat kaki sampai jatuh kat lantai. Amik towel jalan seret-seret kaki pi bilik air. Gosok-gosok bijik mata. Amik berus gigi. Gosok gigi. Mata masih lelap nih. Pastu mandi sunat hari rayo. Pastu jalan seret-seret kaki lagi keluar dari bilik air. Pi seterika baju melayu pulak. Haish. masih awal lagi nih. Omak atok dah bising-bising tu suruh copek. Atok buat dek je. Mesti tok penghulu tengah bagi ucapan kemaafan di pagi raya kat mesjid macam tahun2 sudah. Tu yang malas nak p awal2.

Dah siap bergaya sumo tu, atok terus melangkahkan kaki ke mesjid. Ayah atok ngan abang dah lamo poie pagi-pagi lagi. Yang tinggal cumo akak atok yang uzur nak bersih an umah koba eh lagi. Masa nak melangkah je dari pintu umah tu mata atok ligat menskodeng selipar jepun paling buruk sekali. Kang bawak kasut adidas kang kompem losap. 

Baru je jalan sebelas tapak, tibo-tibo atok terdengar imam dah bagi ucap salam. Suasana senyap sepi. Atok terkesima time tu jugak. Warghhhhh,.....orang dah abeh semayang!! Dengan patah hatinya pusing balik ke rumah dengan muka ayam berak kapur.








Isnin, 5 September 2011

Iklan Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Atok kembali bersiaran setelah hampir seminggu malas nak menghapdet. Komen2 pun tak berbalas lagi. Kompem ramai cucu aku cabut lari baca blog ni pasni kan. Sah sah aku punya rating jatuh tergolek kan. Pastu mulalah nak post macam-macam. Malas nak berblogging lah. Takdo maso lah. Kering idea lah. Pipi tembam melantak kuih raya sampai malam lah. Kan. Itulah peel ko kan tok. Aku dah paham!




Apa kau merepek ni?


Ok, itu mukadimah je. Belum masuk isi kandungan lagi. Banyak yang atok nak bebel kali ni. Minggu ni dengan suka citanya atok nak umumkan bahawa hanya entry "Diari Atok" sajo yang ke udara sajok, bleh?. Tok Wan, Kak Milah, Auntie Memey suma tu p main jauh-jauh.

Raya tahun ni kau agak2 meriah tak? Bagi atok memang meriah tahap ikan piranha lah. Mano tak eh, rayo kito tahun ni bertembung la pulak dengan hari kemerdekaan. Tapi perasan tak. Ado tak kek radio tu putarkan lagu bertemakan merdeka? Ado? Ado tak kau pasang keto kau bendera Malaysia? Ado?  *jap atok nak tengok bumbung bobot jap, ado tak bendero Malaysio.......ok dah tengok....xdo!....samolah...duo kali limo...+_+




Aku betul2 tak paham, apa yang ko nak sampaikan ni tok...


Iklan pasal merdeka pun takdo an. Asyik iklan pasal rayo yo. Ado tu pulak iklan tu, mulo-mulo jalan penceritaan dah sodih. Atok siap nak nangis ni stand by tisu. Pehtu ujung eh pulak "tunaikan tanggungjawab, bayarlah ptptn". Automatik air mato tu naik ke dateh balik. Tak jadik nangis. Ado tu pulak iklan adik lelaki eh omak eh kasi kat orang lain kasi bolo. Dah bosa tu, si kakak cari si adik. Pastu jumpa. Mak pun suka. Motep? Bagi atok more to jejak kasih. Xdo nilai keharirayaan langsung. Pssstt...pendapat atok la yo. Ikhlas ni tegur.

Tibo-tibo atok rindu kat arwah Yasmin Ahmad. Bagi atok cumo dio jo yang mampu hasilkan iklan raya atau merdeka yang menyentuh perasaan. Atok dapat rasokan dari lubuk hati. Terkesan sampai ke jiwo paling dalam. Itulah hasilnya orang yang ikhlas membuat sesuatu perkaro. Ramai yang selalu kutuk karyanya. Tapi kita tak tahu, apa mesej yang ingin disampaikan disebaliknya. 

Kesimpulannya, kita cumo nampak kuman kat seberang sungai sana, mak gajah depan mata tak nampak. Bila sesuatu tu dah takda lagi kat dunia ni, barulah kito rasa kehilangan an. Macam tulah norma kita sebagai manusio....

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih