![]() |
Kak Milah |
Morning uolls. Kabare wak? waras? Akak nak jadi kakitangan Apo2 Yolah pertama wish "selamat berpuasa" kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Seminggu lagi uolls. Mana yang tak ganti tu baik diganti cepat sebelum terlambat. Pasni akak kena pakai tudung bawal kan uolls. Baiklah, untuk topik kali ini kak milah nak kongsikan dengan uolls petua berikutnya, iaitu petua melebatkan kening.
Cuba uolls perhatikan betul-betul kening akak. Santek tak? Itu bukan potosop uolls. Itu semulajadi wokey. Sejak dari azali lagi kening akak terbentuk dan hitam lebat macam tu. Tiber akak teringat kata-kata keramat bekas majikan akak, maybelin. "Mungkin kecantikan asli, mungkinnya maybellin!"...So, akak nak tukar sikit ayat keramat tu. Akak tukar "Mungkin kecantikan asli, mungkinnya petua tok moyang haku!"....Bley uolls? Ok, kita teruskan pada petua melebatkan kening ;
1. Ambil buah keras, uolls bakar sampai legam. Dengan menggunakan sebatang lidi uolls gosok pada buah keras tu kemudian sapukan kat kening uolls beberapa hari. Nanti uolls akan perasan kening uolls akan lebih lebat dan terbentuk. Awas! Ko jangan tanya haku buah keras tu hape, akak tak tahu uolls....Ampunnn...
2. Alternatif lain adalah dengan DAUN lidah buaya. Akak kena letakkan huruf besar pada perkataan daun tu supaya uolls tak keliru antara daun lidah buaya dan lidah buaya. Lidah buaya pula ada dua kategori ye uolls. Lidah buaya binatang dalam sungai rajang tu dan yang keduanya jantan lidah buaya bercabang bermata keranjang. So abaikan 'lidah buaya' itu sebaliknya tumpukan pada "daun lidah buaya". Daun tu uolls picit sampai keluar lendir dan sapukan kat kening uolls tiap-tiap malam. Kompem ummie aida menangis sebab title kening cantiknya uolls rampas lepas nih.
3. Bawang putih. Uolls curi bawang putih mak uolls kat dapur tu pastu uolls hiris hujungnya sikit. Sapukan pada kening mengikut alur kening pada setiap malam. Esoknya bangun solat subuh terus cuci. Ingat ye uolls, cantik cantik jugak, solat jangan lupa!
4. Uolls kenal tak pucuk paku? Mana yang dok bandar tu mesti ingat paku punya pucuk yang tajam tu kan. Salah uolls. Pucuk paku adalah sejenis sayur-sayuran. Ha, uolls picit pucuk paku tu sampai keluar lendir kemudian cepat-cepat uolls sapukan pada kening. Amalkan selalu.
5. Akak rasa cukuplah 5 petua tu kot. Kalau kening kau tak cukup hitam jugak, kau pergi kedai Muthu cakap kat dia nak beli pen marker permanent punya kaler hitam. Kau lukis kat kening kau bentuk macam mana kau suka. Boleh uolls?
Ok, akak adios dulu....selamat mencubaaa!!
sumber :
kening dah lebat. syukurlah nak.. :-)
BalasPadamhehe~ takot la kening lebat2..
BalasPadamyg lain lebat ade tak petua?
BalasPadamkat mane la atok rembat gmbar kak milah tu ek..ksian..haha..
BalasPadamdaun lidah buaya dengan daun lidah jin tak same ke?? ekeke kantoi sebab nak try jugak buat..
atok, jom kite turun seremban..ada ekspo kat paroi kan
BalasPadamalhamdulillah..kening TB mmg lebat pon..heheh
BalasPadamatok tapi org sekarang sume nak dicukur kening tu..
BalasPadamnanti lebat cam sin chan.
BalasPadamchii slalu guna petua yg no 2..mudah dan senang..lg plak byk daun lidah buaya kat umah..petik je
BalasPadamblog-tips-kurus : Alhamdulillah cu...
BalasPadamaesh came : Lagi nak halus2 ek..hihi
BalasPadamORLANDO AHMAD : Ko nak lebatkan hape ORLANDO AHMAD?
BalasPadamEzay Hadry : Itu atok punya anak saudara lah, si milah tu. Lidah buaya dengan lidah jin tu rasanya tak samo. Lidah jin tu yang belang2 tu kan
BalasPadamsahromnasrudin : Hah, bilo tu?
BalasPadamteacher bonda : Ha kalo cenggitu, jangan ikut lagi tips kak milah. Nnt lagi lebat. Hihi
BalasPadamfaiz : Itula kan. Faiz cukur tak?
BalasPadamSalwa : Aiyoooo....pengsan
BalasPadamchii : Berkesan kan. Untuk rambut pun bulih
BalasPadam