Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ada yang sedia maklum bahawa moyang atok telah kembali ke rahmatulah pada pagi sabtu yang lalu jam 8 pagi. Atok dan famili berangkat ke Rembau untuk menziarahi arwah. Banyak perkara yang dapat atok lihat berlaku pada masa itu. Ada hikmah dan ada sebaliknya. Bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi untuk pengajaran kita bersama.
Mak atok telah dibesarkan oleh moyang atok ni sejak remaja lagi. So, mak atoklah yang paling rapat dengan arwah jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Sebab tu atok perhatikan mak atok paling sedih masa jenazah tiba di rumah dari Nilai sebelum dikebumikan.
Ramai saudara-mara yang atok kenal hadir masa upacara pengkebumian tersebut. Ada juga yang atok tak pernah jumpa pun. Ada yang menegur atok nampak sudah dewasa. Ada juga seorang budak ni mukanya seiras wajah atok. Cuma umurnya lingkungan belasan atau awal 20 an. Sebijik. Rupa-rupanya dia tu dua pupu atok. Rupa-rupanya ramai lagi dua pupu yang atok tak pernah jumpa. Kami berkongsi moyang yang sama.
Selepas majlis pengkebumian, mereka bersiap untuk kenduri tahlil pula malam tu. Atok terpaksa pulang awal kerana anak akak atok masih bayi. Lagipun masa datang tadi pun, dia tumpang bobot atok. Tapi yang sedihnya, ada juga adik-beradik nenek atok sekeluarga chau dulu sebelum majlis kenduri tahlil. Tak ada alasan yang munasabah pun. Mungkin dendam lama masih kesumat. Soal pembahagian harta yang tidak adil.
Masa melihat surat kematian tu, barulah atok tahu umur sebenar moyang atok. Arwah dilahirkan pada 14.9.1919 dan kembali ke rahmatullah pada 23.07.2011. Atok boleh buat kesimpulan arwah ni berkahwin awal. Setelah membuat pengiraan berdasarkan umur arwah, mak atok, kakak atok, maka kesimpulannya seperti berikut ;
Moyang dapat cucu pertama masa umurnya 39 tahun. Dapat cicit pertama masa umurnya 60 tahun. Dapat piut pertama masa umurnya 86 tahun. Kembali ke rahmatullah pada usia 92 tahun.
Kesimpulannya, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Masa upacara pengkebumian tu, atok dapat kenal dengan ramai saudara yang lain dan semakin akrab. Soal pembahagian harta memang isu yang sensitif. Walaupun hakikatnya tak di bawa ke mati pun. Cuma atok ingin ingatkan pada kita semua termasuk diri atok sendiri, orang yang memutuskan tali persaudaraan itu, semasa matinya kukunya yang panjang akan melilit tubuhnya sehingga keluar isi perut. Wallah hualam...
Firman Allah SWT, "Maka apabila kiranya kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan dituikannya telinga mereka dan dibutakannya penglihatan mereka," (Muhammad: 22-23).
Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi...
hurmmm.. salam takziah tok.. kekadang pelik ngan org yg dok berebut harta pusaka.. kudrat tuh kuat.. ape salahnya bg harta tuh pada yg x mampu.. yg kita nie sihat.. cari lar keje sendiri..kumpul harta sendiri.. -.-'
BalasPadammmg kematian tu bley merapatkan kekeluargaan tapi ade yg tak berhati perut yg tak sedih lgsung kan..
BalasPadamsalam takziah buat atok n family,,
BalasPadamSalam takziah atok. Saya sendiri ada pengalaman pasal soal pembahagian harta yang membuatkan adik beradik bergadoh...tapi ianya berlaku kepada ayah saya dan saudaranya la..
BalasPadamsaya btak penah jumpa moyang saya..takziah
BalasPadamtakziah atok..
BalasPadamkita yang hidup ni pun bila2 boleh di ambik nyawa..apa yang pasti mati adalah yang paling dekat dengan kita..
jangan sebab harta kita putus tali persaudaraan..setuju ngan atok
salam takziah atok...moga ruhnya dirahmati Allah.insyaAllah. saya sempat juga jumpa moyang sebelah ayah...tapi dah lama meninggal.
BalasPadamSemoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman..
BalasPadam*bertuah pernah jumpa moyang..
salam takziah...
BalasPadamatok ni oghang mano?
b a m b a m ' s : Atok setuju tu bambam....nak rebut2 buat apa, kita kena cari sendiri tak perlu harapkan harta pusaka tuh
BalasPadamfaiz : Betul lah...kalau duit, adik-beradik pun gaduh
BalasPadamRATU QASEH SAIFUDIN : Terima kasih Qaseh
BalasPadamAzham Vosovic : Kan...bahaya. Pasal harta kita boleh berpecah belah
BalasPadamIMANSHAH : Untung atok sebab dapat jumpa moyang atok semasa hayat di kandung badan
BalasPadamEzay Hadry : Terima kasih Ezay
BalasPadamMohamadazhan.com : Amin ya Robbal Alamin
BalasPadamblog-tips-kurus : Untung kan....anak buah atok untung gak dapat jumpa oneng nya
BalasPadamORLANDO AHMAD : Atok orang nismilan la sayang oii...dah loghat pun nismilan....ayah orang senanti..omak orang ghombau
BalasPadam