Khamis, 30 Jun 2011

Cameron Highland Part 3

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Semalam atok ada ceritakan pengalaman berada di Big Red Strawberry kan. Ha..hari ini atok nak sambung semula adventure kami. Tempat berikutnya yang rombongan Che Kiah pergi selepas itu ialah Bharat Tea. Bharat Tea ini adalah pengeluar teh kedua terbesar di Cameron Highland. Terletak di Tanah Rata. Kat situ ada kedai cenderahati, kedai jual teh macam-macam perisa dan ada kedai teh cik Leman. Hehe....Jom skodeng pemandangan yang sempat atok snap. Layan!




Rombongan Che Kiah bergambar kat atas tu....ni kat tepi Bharat Tea




Bersama rakan sepejabat. Makluman, ini adalah team lone ranger k!




Ini orang-orang kuat rombongan Che Kiah.




Tu dia...masing-masing menunjukkan aksi gayat dan jakun tak pernah jumpa ladang teh




Apa kau fikir?




Ini kat kafeteria kat atas tu. Bajet high tea la kan...padahal..




Barangkat ke tanah datar dan Pasar Malam Brichang...
Ha, tu dia. Atok ingatkan nak beli teh perisa strawberry sekotak, sekali tengok harga dia juling mata aku kejap. Kalau kalian berada kat Bharat Tea ni, angin sejuk je macam dalam aircond. Panas bahang macam mana pun, tapi angin sepoi tetap maintain. Jauh pemandangan, hijau berkicauan. Err...kicauan xde...Kalau 10, atok rate 9.5. Wajib pergi!

Petua Muka Berseri

Kak Milah
Hi uolls, khabare wak? waras? Gitu, jadi minah jawa aku pagi-pagi buta ni kan. Ha, baiklah, untuk entry kali ini akak mau share dengan uolls petua muka berseri. Mesti uolls tertanya-tanya apakah tips dan amalan harian akak sehinggakan menjadikan muka akak berseri 8 batu dah nampak cahaya kan. Ok, mari kita teruskan pada amalan harian kakak.


1. Cuci muka dengan air beras. Seeloknya uolls cuci dengan bilasan yang kedua sebab bilasan pertama tu menjadikan kulit kita gatal. Kang uolls garu-garu sampai sopek kulit tu, jangan salahkan akak k. Lakukan amalan ini sehari sekali setiap hari. Dengan izin Allah, kulit muka uolls bukan sahaja lembut dan berseri malah lebih putih cerah.

2. Cara yang kedua ialah dengan melumurkan air nasik yang di masak hampir kering tu kat muka. Uolls ambil dalam 2 sudu camca. Pastu dah suam-suam suku tu uolls tepek air tu kat muka. Jangan lupa dengan leher uolls sekali k. Akak takut kalau sapu kat muka nanti tona kulit kau tak sekata. Ha, dah tepek tu biarkan sehingga kering dan bilas.

3. Cara berikutnya, uolls cuci muka tu terlebih dahulu kemudian cuci dengan air kelapa tua. Nak tua je tau, yang muda tak nak. Yang muda stok geli-geli je. Kemudian biarkan air tadi kering dan lakukan seminggu tiga kali. Insyaallah akan nampak perubahan dalam masa sebulan.

4. Uolls goreng beras tapi tak payah letak minyak, sehingga kekuningan. Pastu uolls kisar sehingga lumat. Dah lumat tu campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit. Kemudian uolls tepek kat muka tu macam bedak sejuk tu. Kompem esok muka kau macam hantu berseri-seri. Amalkan selalu ye.

5. Akhir sekali, paling mujarab, uolls amalkan amek air semayang. Gitu. Yang ni akak selalu amalkan. Tapi....ada tapi tu uolls. Kalau dah amek air semayang tu, jangan lupo pulak nak bersolat yo!



Sumber :

Rabu, 29 Jun 2011

Cameron Highland Part 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Semalam kan atok dah cer cerita pasal Cameron Highland Part 1 kan. Part 1 ni lebih berkisar tentang perjalanan dari Seremban ke Cameron Highland. Nah, hari ini atok mau teruskan ekspidisi meredah Cameron bersama-sama rombongan Che Kiah. Pada hari sabtu lepas, sebaik sajo kami menyantap makanan tengah hari, makanya kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami, iaitu Big red strawberry.

Big Red Strawberry Farm and Gift Center ni terletak di bandar Brinchang, Cameron Highland. Iaitu sebelah Cactus Valley. Kat BRS ni ada kafeteria yang jual makanan ringkas tapi menarik yang takdo kat tempat lain. Selain itu kat atas tu jugak ado jual pelbagai cenderamata yang murah. Actually sepanjang jalan ado sebenier tu. Kat sini jugak ado ladang strawberry, kaktus pelbagai spesis, salad serta sayur-sayur segar, bunga-bunga, anggur dan macam-macam lagi. Kat sini pun kau boleh shopping sayur dengan murah iaitu rm10 for 3. Tompek kau ado?? Haa...moh layan gambar yang sempat atok tembak.






Ini Cactus Valley, kat atas tu ado Big Red Strawberry. Macam-macam  benda ada kat atas tu. 





Ini kat taman kaktus. Macam-macam spesis ado. Yang sekecik-kecik  kaktus ado, yang sebosar pemeluk pun ado. Ado gak kaktus berbunga. Kelihatan rombongan Che Kiah sebok bergambar.





Nak jugekkk.....Hameek!






Buah apa ni adik-adik sekalian? Haa...kalau nak tahu inilah buah mangga kacuk  epal.  +_+




Inilah team lone ranger. Atok baru je mendaftar aritu. Kat atas ni lah yang ado kafeteria tu.





Bersama rombongan Che Kiah....Ini kat bahagian kaktus. Macam-macam kaktus ado. Yang kecik, yang besar yang ada bunga, sumo ado





Ini kat ladang salad. Boleh putik masuk dalam beg sebab takdo cctv




Masa ni dah turun bawah balik. Tengah tunggu hujan reda. Ala-ala macam kat Amerika Latin kan. Walhal.....

Ok, itu sajok sesi perlancongan di Big Red Strawberry. Esok kito sambung destinasi kita ke Bharat Teh, Tanah Rata dan Pasar Malam Brinchang pulak yo!...Kih kih....   >_<

Atok Bukan Favourite

Once Upon A Time...


Kejadian ini berlaku maso atok berumur 11-12 tahun kalau tak silap. Maso tu subjek Bahasa Melayu yang di ajar oleh Cikgu Zainab. Untuk pengetahuan kalian, atok memang seorang yang pendiam dan pemalu sejak dari sekolah rendah lagi. Bawaklah sampai sekarang. So, atok antara pelajar yang bukan favourite cikgulah masa tu. Pendek kata tak top pun. Kalau ada yang tak kenal nama atok tu, dah biasa dah. Atok tak amek kisah pun. Sebab itu memang diri atok. Atok tak suka menonjol dan terjojol!

Nak dipendekkan cerita, satu hari tu keputusan peperiksaan pertengahan tahun untuk subjek bahasa melayu diedarkan pada hari tersebut. Atok dah cuak ni. Sah sah la atok dapat markah paras hidung lagi. Yelah, atok kan bukan favourite cikgu. Secanggih manapun karangan yang atok buat, markah still paras-paras hidung. Mungkin bila cikgu-cikgu tengok je nama atok, mungkin diorang pandang sebelah mata kot. Kot. Yelah, dulu atok budak gemok. Tak comel. Hodoh kan. Hitam longot. Hingus meleleh. Nak marking paper aku pun mood dia dah lari. Kot.

Namun, hari tu keajaiban berlaku. Atok dapat markah paling tinggi untuk subjek bahasa melayu tu. Hoyeyyy....Atok pun tak sangkalah kan. Sebagai ganjarannya atok dapat hadiah bekas pensel tu. Lengkap dengan perkakas yang lain. Atok kembanglah kan. Semua kembang time tu. Yelah, rasa diri ini dihargai. Sebelum ni atok cuma rasakan atok hanyalah watak sampingan dalam dunia ni. But time tu atok rasa macam atok sedang berdiri kat puncak gunung everest sambil memegang paper BM tu dan lampu2 sportlight terus beam muka atok ala-ala baru memang anugerah Oscar kan. Bangga sangat.

Lepas dapat keputusan tu, cikgu Zainab ni tadi terus minta kami buat karangan lain. Ini bukan exam lah cuma latihan dalam kelas. So, atok pun terujalah nak buat kan. Barulah atok tahu, sebenarnya atok boleh lakukan. Cuma tak yakin je. Pastu baru je mood tu nak datang, cikgu zainab tiba-tiba berdiri depan meja atok. Atok ingatkan dia nak kasi hadiah pemadam, pengasah pensel ke kan. Tapi tak. Dia cakap camni...

"Mentang-mentanglah markah tinggi, sampai lupa nak buat rangka karangan. Hebat,"






Adehh. Atok dapat rasakan chili boh yang kaler merah tu dilumurkan kat muka atok time tu jugak. Peeddddih. Sentap. Baru nak bangga...baru nak tanamkan sikap kompiden...Dah kena perli...tapi atok tak salahkan cikgu zainab pun...Dia kan cikgu...dia mesti tahu apa yang terbaik untuk anak muridnya...Masa tu jugak atok terus koyak mukasurat tu, dan mulakan dengan rangka karangan yang baru......Sedddddeeehhh......






Selasa, 28 Jun 2011

Cameron Highland Part 1

Assalammualikum dan salam sejahtera,


Tu dia....dia dah mai dah...Pasni julinglah bijik mata kau baca entry atok trip ke Cameron yang meleret ni. Tapi jangan risau. Atok akan kurangkan prestasi bebelan tapi tingkatkan kontroversi gambaran. Hihi. Dah ready sumo nak melancong dengan atok? Orait bebeh! Sila pakai tali pinggang keselamatan sekarang. Genting Cameron! tunggu ngkoooo...aku datang!!!!   +_+

Opis atok telah membuat rombongan Che Kiah 2 hari 1 malam bertempat di Cameron Highland pado 25-26/6/2011 yang lalu. 

Ini ketibaan bas kami salah parking depan opis. Bas sampai pukul 7 lebey.




Orang kedua kuat opis yang sporting. Maso ni atok dah nak berangkat naik British Airways...alkisahnya.




Inilah Kelasi kapal selam dengan Kor-Kelasi......Ko tak nak kem salam??




Dah sampai tempat penginapan. Ini maso rombongan Che Kiah terpaksa dihalau dari bas kerana overload. Bas kena buat pusingan 270 darjah sebab tak leh parking dalam rumah penginapan. Time ni ado yang muntah2...





Perut dah nyanyi lagu Susan Boyle "I dreamed a dream". Rombongan Che Kiah menyantap makanan dulu pastu baru check in





Bermulalah trip menodai Cameron......esok atok sambung part 2 yo pasal tempat-tempat yang atok sempat lawati!!!

p/s : Atok ado boli sebenier.....nak kasi korang...tapi atok plan nak buek contest....Hari jumaat ni atok war-warkan...Sila bagi cadangan nak buek contest apo??.........Dalam kepalo ni nak buek contest "lubang hedong blogger terbosar"...ha, tak releven kan...Copek2 bagi idea copek!!

Macam mana nak letak link entry terdahulu?

Cikgu Nasir
Assalammualaikum murid-murid sekalian,

Dah sarapan nasi lemak? Berapa belas bungkus kau bedal? Baiklah, pagi yang mulia ini cikgu nak memenuhi permintaan Noh Tak Hujan pasal cam mana nak link kan entry terdahulu. Dia ada komen kat salah satu entry atok pasal link tu.



Murid-murid tahu ke link apa tu? Alaa...link yang boleh sambungkan kita pada entry terdahulu. Contohnya seperti gambarajah di bawah...




I said gambarajah bukan GAMBARGAJAH! next!!!!



Haa...nampak tak tulisan biru yang tulis 'sambung balik' tu? Kalau murid-murid klik kat situ, dia akan automatik terus link ke entry sebelum ni. So, murid-murid boleh paham la mana pangkal cerita, mana hujung cerita kan. Haa...cmna nak buat camtu? Sila ikuti langkah-langkah berikut.


1. Buat entry seperti biasa.
2. Jika nak sambungkan ke entry terdahulu, klik pada "Link" kat toolbar atas tu.

3. Pastu dia akan keluar cenggini.

4. Text to display tu perkataan yang akan muncul di entry nanti. Contohnya perkataan 'sambung balik' kat rajah atas tu. Web address tu URL entry yang nak di link kan tu. Macam mana nak copy link tu? Cuma klik pada tajuk entry tersebut dan copy semua URL kat atas tu dan paste kat sini.

Ha.....itu sajo sesi pengajaran kita kali ini yang murid-murid. Jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan sila tinggalkan komen kat bawah ni ya. Ok, boleh keluar rehat sekarang!






Isnin, 27 Jun 2011

Telemarketing

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ke tepiiiii...ke tepiiiiiiii!!...Huh! Atok sedang berangin. Actually perihal ni berlaku jumaat minggu lepas lagi, tapi baru hari ini atok dapat tulis. Kalian penah dengar tak pasal telemarketing? Ala, diorang ni guna kaedah baru untuk memasarkan produk mereka.

Macam ni, 3 bulan lepas atok terima panggilan telefon dari salah satu akaun bank atok ni. Bank ni ada tawarkan insurans macam healthpro kot. Dia cakap la faedah-faedah yang atok perolehi melalui telefon kan. So, dia cakap akan deduct rm56 sebulan direct debit dari akaun atok tu kalau atok setuju. Dan jumlah tu akan bertambah dari tahun ke tahun. Atok malas nak layan, so atok cakap hantarlah hardcopy perjanjian, pelan, faedah or what so ever kan. So atok pun letakkan telefon.

Pastu, baru-baru ni atok tengok akaun atok tu dah kurang rm56 hinggit. Terus atok telepon bank tu cakap dgn bahagian customer service. 

"Hello, saya nak tanyalah. Kenapa akaun saya kurang rm56 pada tarikh sekian-sekian?,"tanya atok. Pastu orang bank tu semak. Then dia cakap camni.

"Oooooo....rm56 tu. Kan encik dah setuju nak joint pelan perlindungan insurans kami,"jawab orang tu.

What??! Apakah? Atok terus naik angin. Atok maki balik orang tu. Atok cakaplah, yang atok ada terima tawaran tu tapi tak pernah reply pun. So, macam mana pulak boleh atok setuju dan tandatangan dokumen perjanjian tu? Pastu orang tu perli atok balik. Surat tawaran tu depan-depan ada mention, "kalau tak setuju dengan tawaran ni, sila kembalikan perjanjian ini dalam masa 30 hari atau wang pendahuluan rm56 itu akan dikreditkan dari akaun pihak tuan"

So, atok barulah terhegeh-hegeh buka perjanjian tu. Ye! memang betul. Dalam tempoh 30 hari. Tapi seriusly atok macam ditipu. Atok sengaja suruh dia hantarkan perjanjian tu sebab malas nak layan. Dah dia mention awal-awal , klau perjanjian tu tak dipulangkan berserta tandatangan so perjanjian tu tak sah...Ni lain pulak cerita. Pengesahan dilakukan dengan suara je dah cukup. Cilako ke tak cilako? Atok termasuk perangkap.

So, masa tu jugak atok terus email, fax pastu repost balik dokumen2 gampang dia tu supaya hentikan pelan tu serta-merta. Sakit ati atok. So korang kat luar sana, hati-hatilah pasal telemarketing ni. Yang siap rakam2 suara ni dah boleh dijadikan sebagai perjanjian. Orang sekarang makin pandai. Macam-macam cara nak kaya cepat. Hishhh.....klu orang tu tak izinkan duitnya diambil, berkatkah gaji kita tu???






Ako tembak koooo!!

Statistik setakat 27.06.2011



Ujang


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Baiklah , kita teruskan pada statistik Apo2 Yolah sepanjang minggu lepas. Prestasi Apo2 Yolah setakat 27.06.2011 jam 0028, blog Apo2 Yolah kini berada di kedudukan ke   581,623 571,385 564,754 di dunia, dan 4,763 4,599 4,355 di Malaysia. . Peratusan  kenaikan bagi kategori dunia adalah  sebanyak    2.65% 1.73% 4.31% dan kenaikan sebanyak  2.86% 3.44% 5.30% bagi kategori di Malaysia jika dibandingkan pada minggu sebelumnya. 



Top 5 post terhebat sepanjang minggu lepas adolah



14 Apr 2011, 20 comments
62 Pageviews
8 May 2011, 24 comments
48 Pageviews
24 Jun 2010, 2 comments
40 Pageviews
28 Jan 2011, 26 comments
35 Pageviews
7 Jun 2011, 7 comments
28 Pageviews



Statistik purata page view, Unique Visitors dan Returning Visitors sepanjang minggu lepas adalah



Keyword yang mendapat hits top sepanjang minggu lepas 



Jumlah pelawat yang datang ke blog Apo2 Yolah mengikut kategori negara


Malaysia
1,157
United States
81
Indonesia
35
Germany
18
Brunei
6
China
4
Egypt
4
Russia
4
United Kingdom
3
Belgium
2



Atok mintak maaf top post dan keyword tu agak sensitif.... sistem error tu...Apa2 pun, trimas sobab sudi datang!!  =)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih