Sabtu, 30 April 2011

Fakta Menarik

The Olympic adalah saudara dari Kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun





Ketika Kapal Titanic tenggelam, seramai 2228 orang yang terdapat di dalamnya. Tetapi cuma 706 orang yang selamat.




Sehingga usia 6 bulan, seorang bayi boleh menelan dan bernafas secara serentak.  Perkara ini tidak boleh dilakukan oleh orang dewasa.




Alasan kenapa di iklan jam kebanyakannya menunjukkan pukul 10.10, adalah kerana jam itu kelihatan seperti tersenyum.




Setiap tahun bulan akan menjauhi bumi dengan jarak 3.82 cm setahun.

Majlis Perkahwinan Diraja Putera William Dan Kate Middleton

(GAMBAR)Majlis Perkahwinan Diraja Putera William Dan Kate Middleton

Kredit info kepada AndyHowtt , Beautifulnara dan Katu.


gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton



gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton




gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton




gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton




gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton

Jumaat, 29 April 2011

Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu Kembali Lagi!!!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Tu dia. Sebelum ni kan bobot terkunci. Dan semalam cuba teka apa lak yang terkunci?

Cucu Pilihan Atok Recap 1-10

Ini adalah imbas semula Cucu Pilihan Atok yang 1 hingga 10. Atok letakkan diorang dalam kumpulan. Mana tahu, kot2 tergerak pulak nak kasi gift ke kan bagi yang bertuah dalam kumpulan  ni. Ke girrafe? Apo2 Yolah. Kita ulang tayang semula k...so, minggu dopan kita sambung pencarian cucu ke sebelas pulak. Singgah-singgah dan follow lah 10 cucu pilihan ni dulu.


Cucu Pilihan Atok Pertama



Cucu Pilihan Atok Kedua





Cucu Pilihan Atok Ketiga





Cucu Pilihan Atok Keempat




Cucu Pilihan Atok Kelima




Cucu Pilihan Atok Keenam




Cucu Pilihan Atok Ketujuh




Cucu Pilihan Atok Kelapan




Cucu Pilihan Atok Kesembilan




Cucu Pilihan Atok Kesepuluh

Khamis, 28 April 2011

Sabak Bernam Ada Hantu?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Kan haritu atok ado citer yang atok pi Sabak Bernam kan? Ke semalam aku citer? Ok, semalam. Sebenarnya tujuan atok ke SB tu nak jemput adik atok habis Politeknik kat situ. Wah, ada gak  komen dari blog-tips-kurus kat entry semalam, kat SB ada hantu eh? Serius ke ni?

Sebenarnya atok dah lama nak usulkan perkara ni. Since sebelum ni Mina ado jugak koba kat area situ tempat Jin Bertondang. Kat area situ jugak dia terjumpa kuntilanak pontianak masa tengah turun site? Betul ke ni? Atok baru berangan-angan nak beli tanah kat situ tau. Nak buat rumah kat tepi sawah ala-ala macam cerita Nur Kasih tu. Bajet feeling habiskan usia tua pencen dok nengok sawah padi 24 jam dari tepi tingkap. Silap-silap kuntilanak yang dok feeling skodeng atok tepi tingkap tu nanti. Terus aku diserang sakit jantung kat  situ jugak.

Semalam jugak atok ado tanyo adik atok yang study kat situ. Dia pun mengesahkan perkara tersebut. Dio koba kat atok, selalunya 'benda' tu akan usik pelajar masa minggu peperiksaan. Atok dah betulkan duduk ni. Nak dengar cerita lebih lanjut dari mulut dia.

Dio koba, masa study week tu diorang dok berkumpul dalam satu bilik sampai 2.00-3.00 pagi untuk study. Nak dipendekkan cerita, satu malam tu diorang stayback sampai pukul 3.00 pagi. Biasalah budak-budak pompuan kan, study dia 10 minit, hiruk-pikuk dia 1 jam. Dalam dok syok bergurau-gurau tu, pastu ada suara membalas sahutan diorang. Sahutan tu bunyi 3 kali. Nak kata macam anjing, bukan! Macam suara orang menangis pun ya. Lepas je dengar bunyi sahutan tu, masing-masing terus senyap. Terus berselubung atas katil. Adik atok koba dia siap menggigil-gigil. Tak semena-mena diorang kena sakat lagi. Dengar orang ketuk gayung mandi tu kat futsal court. Banyak kali bunyi.

Atok dengar pun dah seram. Sebenarnya politeknik tu baru lagi. Kat situ pun ada institut tempat atok selalu berkursus. Penyelaras kursus kat situ pun cakap area situ agak mencabar sikit. Lebih-lebih lagi kat tangki air besar tu. Seram atok dengar. 

Sebenarnya kat mana-mana pun benda tu ada kan. Maso atok dok asrama dulu, jangan ceritalah. Macam-macam dah atok dengar. Cuma alhamdulillah tengok secara live tu tak pernah lagilah tapi sekali imbas tu pernah jugak. Orang kata vision ke apo ntah? Aiceh, nak canggih je aku ni kan. Tapi, apo-apo pun mereka pun tetap makhluk Allah kan. Memang kita berkongsi tempat dengannya. Cuma atok nak tegaskan, janganlah kita takut pada mereka. Tapi pada yang Allah menciptanya dan kita sendiri. Janganlah kita berkata besar kat tempat orang. Tak baik. Kalau kita tak ganggu dia, insyaAllah dia tak kan ganggu kita.


Tak pasal-pasal Kak Limah jadi model

Funny Moments in Sports

Atok baru sampai Seremban. Penat lagi nih. Esok nak keja. Tak sempat nak buat entry best. Kalian layan dulu gambar ni k. Saat mendukacitakan masa bersukan. Err...mendukacitakan???




























Rabu, 27 April 2011

Minit Mesyuarat

Semalam, opis atok ada meeting. So, kebetulan meeting kali tu unit atok yang punya giliran amek minit mesyuarat. Memandangkan 3 orang dari unit atok pergi Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang kat Hq, seorang lagi berkursus dan seorang lagi bertugas di kaunter hadapan, nak tak nak terpaksalah atok yang tak cemerlang ni mencatat minit mesyuarat. 

Meeting berjalan seperti biaso. Tak ramai staf yang masuk masa tu. Masing-masing ramai berkursus dan cuti. Boss cakap sikit, atok terus catit. Mula-mula tulisan macam times new roman, masuk minit ke-10 terus jadi tulisan macam kuih maruku. Meeting habis pukul 4.30 petang kot. Atok terus open pc then cari format-format minit mesyuarat. Atok selongkar fail softcopy kelab perdagangan maso atok belajar dulu. Atok songlap format minit mesyuarat setiausaha. Mana tahu kot-kot dah keja nanti kono catat minit. Then sah! memang kono catat pun.

Selain format tu, atok mintak format kat boss atok tadi. Amik kau. Sekali direct ke boss. Boss atok baik. Dia terus emailkan format tu. Atok ingatkan hari ni nak overtime sampai pukul 7.00 kasi setlekan minit tu hari ni jugak. Hujung-hujung, sharp pukul 6.15 atok dah angkat kaki. Takut hujan n jalan jem. Lagipun masih sempat lagi nak jogging nih.

Atok diberi maso selama 3 tahun  hari untuk hantar. Harini dah cuti pergi Sabak Bernam. So, nak tak nak esok kena pulun habis-habisan. Oklah, atok nak siap-siap dah ni. Nak ke Sabak Bernam tu bukannya dekat. Alang-alang tu nak usha ke Nilai 3. Cari baju sempena majlis perkahwinan boss atok tu tema ala-ala lake garden. Kih kih kih......Jumpo laie! (entry ditulis jam 8.16am)


Nak download minit mesyuarat klik [SINI]


Husband vs Wife

Aunite Mei Mei


Assalammualaikum and good morning. Ha...dun play-play aa....Auntie is a muslim. In this segment which is call as "Auntie Mei Mei dan English", auntie would like sharing with you guys about funny situation between husband and wife. Please take note, this is a joke and not related whether life or dead. That it! Ok, if you guys dont understand what the  ** conversation about, please open your dictonary like auntie did. Huhu. Lets enrich our  english education together-gether!! Hoyeyyyy



































Selasa, 26 April 2011

Pelapis Adik Adi Putra Ditemui !!

Assalammualaikum,

Salam sejahtera.

Kalian konal kan sapo adik Adi Putra tu? Kalau nak tahu, Adi Putra ni genius dalam matematik. Baguih no budak ni. Kalau nak bacaan lanjut pasal genius kesayangan rakyat Malaysia ni, skodenglah [SINI].

Ni atok tak mau cerita pasal kehebatan Adi Putra. Tapi atok nak cerita pasal pelapis adik Adi Putra telah diketemui!  Ada duo orang. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Masing-masing berumur 6 dan 5 tahun. Dan untungnya, kedua-dua budak tu adalah anak buah atok yang sulung dan keduo. Iman Naim dan Iwani Sufia.

Camni, cuti minggu haritu angah atok belanjo makan eskrem yang tiga dalam satu tu. Perisa coklat, strawberry dan jagung.



Inilah aiskrim tu. Perisa coklat, strawberry dan jagung
Nak dipendekkan cerita, sambil makan tu sambil tu jugak mulut budak duo orang cot cet cot cet. Sorang bercakap, seorang lagi nak menyampuk. Masing-masing nak tunjuk hebat. Tiba-tiba si Iwani Sufia ni cakap camni.




"Kau tahu tak warna aiskrim ni?? Ini warna coklat (coklat), ini warna merah jambu (strawberry), yang ni pulak warna 'putih' (jagung),"dia kelepet si Naim ni tadi dengan kompiden!


Atok dah jegilkan bijik mata dah. Tapi atok tak masuk campur. Atok dengar je perbualan diorang dari jauh. Then si Naim ni pulak membangkang. Dia terus pergi kat aiskrim tu pastu tangan dia tunjuk-tunjuk bahagian aiskrim bewarna tu.

"Salah!!!....ini perisa jagung. Bukan kaler puteh!!!,"kata Naim menyelamatkan keadaan. Atok dah tarik nafas lega. Ada jugak anak buah aku yang tak buta warna.


"Habis tu, kalau bukan warna putih, warna apooo???,"katanya naik hantu.



"Warna BIRUUUU !!"










Pandangan atok terus kelabu!


Tips memilih bakal isteri


Assalamualaikum Tok Wan. Saya Jailani dari Puchong. Bakal menjalani alam perkahwinan dalam masa 3 bulan dari sekarang. Tok Wan, saya nak minta pendapat Tok Wan. Macam mana nak pilih pasangan hidup yang sesuai dengan kita? Maksudnya wanita idaman yang bakal bergelar suri dalam hidup kita? Harap Tok Wan bagi nasihat. Terima kasih!

Hamek kau. Sekali aku bertukar jadik wedding planner sudah. Erk, wedding planner ke pengacara semanis kurma? Argh! Apo2 Yolah. Mula-mula sekali Tok Wan nak ucapkan tahniah kat Jailani sebab bakal menjadi suami orang tak lama lagi. Keduanya Tok Wan nak carut kau. Ape ke hey lagi 3 bulan nak kawen baru sekarang kau sibuk tanya aku nak pilih bini macam mana? Suwey betul kau ni Jailani. Solley solley.......

Ha, berikut merupakan pandangan peribadi Tok Wan dalam mencari bakal isteri yang baik. Hah layan...

1. Kau pilihlah wanita yang ada agamanya. Ada agama kat sini bukan bermaksud mesti pakai tudung-tudung labuh tu, bukan macam tu. Maksud Tok Wan, kau carilah wanita yang sederhana. Jaga solatnya, tak ponteng puasa, jaga rukun Iman dan rukun Islam. InsyaAllah, wanita yang macam nilah akan sentiasa memberikan kebahagiaan kat Jailani kelak. Muka macam Princess Fiona pun tak kisah. Asalkan dalaman mantop. Sebab kalau dah akhlaknya cantik, automatik lahiriahnya juga cantik!

2. Hormati orang tua. Tok Wan paling suka kalau ada anak dara bagi salam kat Tok Wan masa tengah feeling menyapu kat laman rumah. Sejuk je hati Tok Wan. Kalaulah anak teruna Tok Wan tu dah besar, dah lama aku paksa anak aku nikah ngan anak dara tu. Kalau jumpa je mesti bertegur sapa. Jalan membongkok sikit bila berdepan dengan orang-orang tua.

3. Jaga maruah dan berakhlak. Kalau Tok Wan lah kan, sekali aku terjumpa anak dara kat kampung ni tergedik-gedik, tersengih-sengih miang nak ngorat anak bujang aku depan aku, aku kasi tempeleng sekali. Tok Wan tak suka kalau gedik tak pepasal. Jailani pilihlah wanita yang tahu jaga maruah, sopan-santun, cakap pun lembut saja. Kau nak hidup dengan dia seumur hidup kan. Bukannya seminggu dua.

4. Berpelajaran. Yang ni pun penting jugak Jailani. Tok Wan bukan apa, sekurang-kurangnya mana yang kita tak tahu tu, dia boleh ajarkan. Kiranya tak malulah kau beristerikan wanita yang berilmu. Tak kisah lah ilmu apa. Ilmu agama ke. Ilmu memasak ke. Ilmu andaman ke. Ilmu ijazah ke master n so on ke. Orang yang berilmu ni fikiran dia matang sikit. Bertindak waras. InsyaAllah rumah tangga tu susah nak berantakan. Jangan terlebih ilmu sudah. 

5. Pandai masak dan berkemas. Ini pun kena di pandang berat jugak Jailani. Bukan apa, isteri dah lawa, berpelajaran, cakap lemah-lembut...tapi bab masak ngan berkemas hancur. Baik kau tak payah kawen kalau baju-baju n spender pun kau yang lipat sendiri? Orang masak telur pakai minyak masak. Dia masak telur pakai minyak petrol. Meletop rumah kau nanti Jailani! So, sebelum kawen tu, kau usha2 la cakap nak rasa masakan dia sendiri. Masak kat umah mak kau sendiri!

Itu sajalah pandangan peribadi dari Tok Wan. tapi Tok Wan tertarik dengan satu riwayat Rasullullah ni ;

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya.

Isnin, 25 April 2011

Contest Tabik Sama Kamu





Atok dari sehari ke sehari nak joint contest Mat & Mina ni, tapi baru malam ni atok berpeluang nak masuk. Ha, Mat & Mina ado anjurkan contest tabik sama kamu. Nak joint klik [SINI]. So, atok mau cerita sikit secebis dari kisah hidup atok untuk pedoman kita bersama k. Baiklah, gaya bahasa atok kali ini agak serius. Sila masamkan muka!



Satu masa dulu, atok telah ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Pilah. Nama sekolah atok tu,SMK Tuanku Muhammad. Kat situ atok ada kenal dengan seorang sahabat ni. Namanya Sufi (bukan nama sebenar). Sufi ni budak yang baik. Tahun pertama atok kenal dia, dia memang rajin turun surau. Kadang-kadang dia pasangkan kaset orang mengaji kat surau. Dia pun selalu jadi imam. Percakapan dia perlahan je.

So, atok pun berkenanlah nak bersahabat baik dengan dia. Mula-mula atok kenal dia, dia manjang gelak je. Atok cakap sikit dia gelak. Atok kompius. Muka aku ni macam badut ke? Start dari aritu kami pun rapat. Satu malam tu dia ceritakanlah kisah dia masa dulu. 

Sufi ni lepasan MRSM kat Terengganu kalau tak silap atok. PMR dia 8A, 1B. Dia telah dipindahkan ke sekolah biasa sebab satu kes ni. Menurutnya dia telah terkena ilmu hitam. Masa mula-mula terkena tu, dia cakap kat atok, dia tengah solat. Tiba-tiba masa nak sujud tu, dia rasa macam ada benda bertenggek atas bahu dia. Then terus dia tak tahu apa berlaku. Sedar-sedar dia sesat kat hutan area pokok buluh. Nasib baik jumpa.

Start dari peristiwa tu, dia selalu je diganggu. Lebih-lebih lagi masa peperiksaan besar. Masa SPM pun diganggu. Last2, pelajar cemerlang macam dia hanya dapat 3A saja dalam SPM. Then dia sambung ambil STPM sama dengan atok. Tapi dia jurusan sains hayat. Atok ambik sains fizikal. Kelas lain-lain tapi satu dorm. Sudah suratan takdir, masa STPM sebenar pun dia sakit jugak. Dia bukan Sufi yang atok kenal dulu. Tottally different. Kejap menangis. Kejap lagi bersilat. Kejap lagi mengaku nabi. Sedih sangat atok tengok masa tu. Luluh tengok sahabat baik kita jadi macam tu.

Tup-tup, after STPM atok dah tak dengar khabar dia. Last atok dengar dia masih sakit. Then tak lama lepas tu, atok dengar cerita dia dapat sambung ASASI Sains kat UiTM, Kuala Pilah. Alhamdulillah dia ok! Lepas habis ASASI, dia dapat sambung belajar ke UiTM Penang. Syukur sahabat! InsyaAllah, rezeki Allah ada kat mana-mana walaupun lambat. Dia amik kejuruteraan apa ntah, atok tak ingat. Sambung diploma. 

Tapi malangnya, dugaan lagi, masa final year, Sufi sakit lagi. Kawan-kawan dia semua pinggirkan dia. Dia mengadu kat atok semua bencikan dia. Semua orang dok pakat gelakkan dia sebab gila. Semua kata dia gila. Atok rasa sayu je dengar kata-kata dia. Atok hanya mampu cakap banyakkan bersabar.

Kadang-kadang atok terpikir jugak. Kenapalah Allah tu nak uji Sufi tu dengan dugaan berat? Kenapa tak uji budak-budak tak sembahyang kat luar sana tu? Budak-budak kaki maksiat tu?  Sufi tu tak layak dapat nasib macam tu. Dia baik. Terlalu baik bagi atok. Then bila atok berbual dengan dia, dia pasrah. Setiap dugaan tu ada hikmahnya. Last atok jumpa raya tahun lepas. 

Sekarang atok tak tahu apa perkembangan dia. Telefon pun tak berbalas. InsyaAllah, tahun ni atok nak melawat sahabat baik atok tu. Semoga lawatan atok kali ni, akan nampak sinar baru dalam hidupnya. Atok bangga dengan Sufi! Walaupun banyak kali dia tersungkur, tapi dia tak pernah putus asa bangkit dari landasan hidup ni. Biarlah orang nak kata dia gila. Sewel ke. Tapi atok tahu, dia tu siapa. InsyaAllah, hujan tak turun selama-lamanya. Selepas hujan tu, pasti ada pelangi yang akan menyambut kau sahabatku. Sabar ya Sufi!



PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih