Khamis, 31 Mac 2011

April Fool: Hari Umat Islam Dibunuh

Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada  sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai  hari ‘April Fool’. April Fool  adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool  yang sebenarnya?

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak  sehebat  perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat  mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan  pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahilApril Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Mata sepet sebelah

Masihkah kalian ingat pasal entry ini? kalau tak ingat, lagi duo jumaat lah tu. Maso atok publish entry tu, mata kanan atok ni dah kemerah-merahan sudah. Rase gatal je. Ni pagi ni, lopeh yo atok bangun tido atok terasa seperti orang sumbatkan kayu balak dalam bijik mata atok. Pedih sangat. Pastu mato atok rasa berat. Tanpa melengahkan maso laie, atok terus dapatkan cermin 4' x 1' kat bilik atok. Subhanallah!





mato atok sepet sebolah!!!

Atok terus kelam-kabut. Atok cepat-cepat titiskan minyak panas eyesmore dalam mato. Kedip-kedip. Naaa, rasa lega sikit. Pastu tu atok terus capai towel. Semayang. Siap2 p kojo. Sampai yo kek tompok kojo, atok dengan kompidennya melangkah masuk opis dengan penuh gaya. Semua orang pandang atok. Eleh, aku tahulah aku pakai baju batik hari ni. Jangan jeles! Bahahahaha! Astagfirullah.........

Poie kojo bawak adam hitam (merempit moto). So, rambut atok ibarat sabut kelapa sudah. Atok p toilet untuk memperbetulkan rambut semula. Atok terus pandang ke cermin. Ya ampun, diorang pandang2 aku bukan sebab pakai baju batik. Tapi sebab mato atok dah macam ado penyakit barah mato. Makin SEPET sebolah! Atok cepat-cepat duduk kat tempat atok. Pastu seharian tunduk penuh tawadduk buek kojo........





Kubur: Alam Kekal Abadi

Abang Joe
Assalammualaikum dan salam sejahtera adik-adik abang sekalian alam buana. Apa khabar kalian? Harap-harap diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan pancaroba ni ya! Baiklah di dalam segmen "Email bersama Abang Joe" minggu ni abang Joe nak kongsi dengan adik-adik tentang email yang abang terima dari sahabat handai abang, "Azman Yusop" on Tuesday, March 22, 2011 2:16 PM

Kisah Kubur : Alam kekal abadi. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati kecuali Allah S.W.T. 
Sama-sama kita hayatinya k!




Tanah Perkuburan Islam

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."
Rasulullah s.a.w.dalam sebuah hadisnya yang lain bermaksud, "Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Bila mana sesorang itu telah selamat dalam tahap pertama ini, maka untuk tahap seterusnya akan lebih ringan lagi. Namun jika tidak selamat dalam tahap pertama tersebut maka tahap-tahap seterusnya akan lebih dasyat lagi." Setiap hari bumi (tanah) akan memanggil manusia dengan 10 panggilan; 
  1. Wahai anak adam! Kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu adalah di dalam perutku.
  2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu disiksa di dalam perutku.
  3. Kamu bergurau di atas punggungku, tetapi kamu menangis di dalam perutku.
  4. Kamu makan benda haram di atas punggungku, tetapi seluruh cacing akan makan kamu di dalam perutku.
  5. Kamu bergembira di atas punggungku, tetapi kamu akan susah di dalam perutku.
  6. Kamu mengumpul harta haram di atas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku.
  7. Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu hina di dalam perutku.
  8. Kamu berjalan megah dan suka ria di atas punggungku, tetapi kamu jatuh kesedihan di dalam perutku.
  9. Kamu berjalan dengan cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk gelap di dalam perutku.
  10. Kamu berjalan ramai-ramai di atas punggungku, tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku.

Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud, "Adakah kamu dapat mengelak dari maut itu?Adakah kamu berkuasa melepaskan diri daripada masuk ke neraka? Adakah kamu sudah wajar menerima balasan syurga? Sudahkah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan Allah? Adakah nikmat dan kesenangan melekakan kamu? Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya oleh dunia dengan panjang angan-angan? Mengapa kamu tidak mempergunakan kesihatan dan keselamatan? Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafas kamu ada batasnya. 
Berbuatlah sesuatu yg memberi kebaikan bagi kamu selagi kamu mempunyai kesanggupan. Wahai sekalian manusia,sesungguhnya kamu masih leka dalam perbuatamu, sedangkan setiap hari engkau terus menerus menghabiskan umurmu.Semenjak engkau keluar dari perut ibumu,setiap hari engkau semakin dekat menuju kubur dan engkau pasti memasukinya."

Sistem liang lahad
Liang lahad
Begitulah dalil yang Allah tunjukkan mengenai adanya alam kubur kepada manusia. Sama seperti adanya mati bagi mengakhiri hayat manusia, begitu juga adanya kubur sebagai tempat menunggu untuk menerima balasan baik dan jahat dari Allah.
 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."


Perak haramkan tarian poco-poco


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rabu, 30 Mac 2011

Sepet review

Sepet ialah sebuah filem cerita cinta bercampurkan komedi yang difilemkan di Bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia pada tahun 2004. Diarah oleh Yasmin AhmadSepet mengisahkan percintaan antara seorang pemuda Cina dengan seorang gadis Melayu yang baru sahaja tamat sekolah menengah. Perkataan sepet itu sendiri bermaksud mata yang bersaiz kecil atau kuyu dan biasanya dirujuk kepada bangsa Cina kerana rupa bentuk mata mereka yang sepet.


Ha....tapi atok tak mau ceghiter sepet yang tu. Itu jaman tok kadok punyo. Ni kisah atoklah. Atok yang sepet. Tu dia. Sepanjang atok bernapas kat donia ni, ramai ingat atok orang cino. Nak koba kulit atok ni putih melepak, tak pulak. Atok pi suluh depan cermin, atok raso muko atok tinted macam ni...




Alahai....simpang malaikat 44..!!

Mungkin mato atok sepet tak. Atok akui. Atok mewarisi gen bonda atok. Bonda atok bekas ratu cantik kebaya nyonya tahun gajah. Banyak kes yang orang ingat atok ni orang cino.

Scene 1
Atok baru amik lesen memandu kat Metro Driving jaman dolu-dolu. Pastu tukang pegawai JPJ yang uji atok ni bangsa cino. Pehtu, ujung-ujung dia koba kat atok camni...
"ni na dao man fen!," koba eh. Pastu dengar bunyik cengkerik. Atok terngango lah kojap.                                                     
 (nota : ni na dao man fen~Awak dapat markah penuh!)
"Hait! hait!," balas atok dengan sengal. 

Scene 2 
Masa atok jadi pelayan lelaki maso lepas STP dulu atok kojo kat 1Utama. Barn Thai Restaurant. Pehtu, ado pasangan atok dan nenek berbangsa cino ni duduk nak makan kat situ. Tanpa membazirkan maso, atok terus pegi kat pasangan tu, pastu atok amiklah order.
"Excuse me, may i take your order, please,"koba atok bajet mat saleh tak sedar diri.
"wo you deng wo de hai zi....," balas auntie tu. Hamek!. Atok nak pitam time tu jugak!                    
(nota ; wo you deng wo de hai zi~Saya nak tunggu anak saya dulu....) 

Scene 3
Maso atok hantar Nursila Ahmad kat Politeknik Sabak Bernam tempoh hari, atok terserempak dengan roomate dia ni. Lepas hantar tu, atok sefamili pun baliklah. Tak lamo peh tu Nursila Ahmad mesej atok. Atok tak gheti nak translate camno. Atok bina ayat sendiri lah ek.
Roomate : Perghh!! Pakwe kau orang cina!
Nursila Ahmad : Woi!!! Sumbang mahram woi! Abang kandung aku tu! 

Tu dia. Ingin atok tegaskan di sini. Bahawa atok adalah bangsa melayu. Nenek atok melayu. Atok atok melayu. Ayah atok melayu. Mak atok melayu (even macam nyonya sikit). Makan sambal belacan. Makan potai. Makan jering.  Makan pakai kaki tangan. Duduk bersila. Atok 100% melayu...........................kot. Tapi kadang2, atok malu2 kombang tahap cipan jugak pabila orang koba atok ni Korean. Mesti hensem kan.

Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!






Pinjam pic Auntie Mei Mei jap....

p/s : Atok terbitkan entry ini kerana hari ini mata sebelah atok sepet sobab habuk masuk. Aku garu2 kuat-kuat. Akibatnya dalam kelopak mata tu dah terluka then membengkak. Adeiii......


Petua Hilangkan Lenguh Badan

Kak Milah

Hi uolls, amacam pagi buta ni. Cantik? Kalau nak kelihatan cantik macam Kak Milah (natural beauty shine pati ayam brand), uolls kena bertuition dengan akak dulu k. Sejam rm50. Kau mampu? Baiklah, akak tak mau mencarut panjang-panjang di pagi yang hening ni. Akak nak direct kongsi dengan uolls petua hilangkan lenguh-lenguh badan.

Akak tahu, uolls mesti tak lari dari lenguh-lenguh ni kan. Baik kerja opis, 'kerja keras', suri rumah, even student pun kadang-kadang lenguh. Ala...akak tahulah! Dulu akak pernah belajar kat University Oxford! tapi sem 1 dah kene tendang...Baiklah kita teuskan pada petua yang akak cilok kat gugel ni...

1. Uolls kenal halia tak? Yang mak kau guna nak masak sup ekor lembu tu. Ha, halia tu uolls siap parut dan campurkan dengan sikit air. Pastikan bini kau tahu kau sapu halia dan bukan ubat guna-guna! (kalo dah kawen). InsyaAllah, akak garenti esoknya badan uolls akan rasa segar dan nyaman!

2. Uolls pernah tengok cite mawar putih tak? Ala, kalau tak silap akak awal 80an. Akak jadi pelakon tambahan sebagai orang gilo dalam cite tu. Ha...dalam cite tu kan ada watak si hero ni mandi air kelapa. So,  tips ni sudah wujud sejak zaman prasejarah lagi orang dah guna untuk segarkan badan. Uolls hamek kelapa muda sebijik, pastu kupas dan amik airnya. Air kelapa tadi uolls campur dengan air sejuk then mandi pada waktu tengah hari. Buat selama seminggu. Nanti badan uolls bernasur segar-bugar.

3. Makan buah anggur basah. Akak tahu anggur sering dikaitkan dengan golongan kelas atasan. Tapi ingin akak tegaskan di sini. Weii, kat giant sekilo baru 5 hengget. Ape ke de hal? Mampu milik wokey. Sume orang mampu beli. Ha, uolls amalkan makan anggur basah tu. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.

4. Kan kalau orang kawen ada buat hantaran daun sireh tu kan. Ha, apa lagi, kau curiklah daun sireh hantaran tu then gosok-gosok kat tapak tangan sampai keluar air. Pastu uolls sapulah kat mana-mana bahagian yang lenguh tu. InsyaAllah dengan kuasa Allah boleh hilang.

5. Cara atau tips terakhir sekali adalah dengan menggunakan hair dryer. Tu dia. Akak tak tipu tau. Akak dapat maklumat ni dari kakak gugel jugak. Kalau tak mujarab, kau jangan sumpah haku. Kau sumpahlah kakak gugel tu. Ha, logiknya hair dryer ni tadi akan mengembangkan salur darah uolls bagi melancarkan perjalanan darah tu. Tapi kalau takda hair dryer kau jangan pandai-pandai cop tengkok kau pakai seterika. Mampus aku nak jawab kat court sok. Ok uolls, selamat beramal!!


Qatar iktiraf majlis pemberontak Libya

DOHA - Qatar semalam menjadi negara kedua selepas Perancis mengiktiraf majlis pemberontak Libya sebagai wakil tunggal yang sah negara itu sehari setelah majlis tersebut mengumumkan satu kontrak minyak dengan Doha dimeterai.
Majlis Peralihan Kerajaan Sementara Kebangsaan (PTNC) mendakwa mewakili Libya dan rakyatnya selain mengumpulkan wakil-wakil dari seluruh negara itu yang diterima oleh rakyat.
Majlis itu disertai oleh 31 orang yang mewakili bandar-bandar utama di negara Afrika Utara itu.
Majlis itu sudah menandatangani satu kontrak dengan Qatar untuk memasarkan minyak mentah dan menjangkakan pengeksportan minyak akan dilakukan dalam tempoh kurang seminggu, jelas wakil pemberontak, Ali Tarhoni yang bertanggungjawab berhubung isu ekonomi, kewangan dan minyak.
"Kami menghubungi syarikat minyak Qatar dan mereka bersetuju untuk mengambil semua minyak yang dieksport dan memasarkan komoditi tersebut bagi pihak kami," kata Ali. - AFP

Sumber : Kosmo!

Selasa, 29 Mac 2011

Genting Highlands lawan Tanjung Karang

Ha....amek kau. Ujung bulan 4 nanti atok dan kawan2 ado trip ke Genting dan Tanjung Karang. Alah, kawan2 atok maso belajar kat Politeknik Port Dickson dulu. Menariknya, kami dari jabatan berlainan. Atok dari Jabatan Perdagangan. Azizi dari Jabatan Kejuruteraan Awam. Redzuan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Arif dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Hamek kau.....Entah macam mana aku boleh sekepala ngan diorang pun aku tak tahu. Ni ompek2 ni dudo terlajak. Sapo berkonan isi form copek. Bulih dunlod online.


Ha, berbalik kepada topik perbualan kito sebentar tadi, hujung bulan ompek ni kawan atok yang si Redzuan tu abang dio nak kawen. Redzuan ni budak Tanjung Karang. Ala, tompek lokasi lakonann drama Nur Kaseh tu. Meletop nyah. Atok memang suko sawah-sawah bagai ni. Mesti atok gayat time tu kan. Tak sesabar dah ni.

Sebelum nak ke Tanjung Karang tu, kami plan nak ke Genting dulu. Dalam ompek-ompek orang tu, sorang pun tak ponah jojak kaki ke Genting laie. Jakun tak jakun. So, kebetulan sepupu atok kojo kat Genting leh dapat tiket after discount 50%. (time tu lah nak ngaku sepupu ye tak). Ha, so bincang-punyo bincang, kami plan start bercoti 28hb 4 2011- 2hb 5 2011. Tu dia. Mengalahkan pengantin bercoti. Aku rasa abang si Redzuan tu hamek cuti sabtu ahad je kot. Haku je beriya coti sampai 5 hari.

Khamis malam tu bertolak ke Genting. Then bermalam kat sana. Pagi jumaat tu atok bersuka-ria ibarat kanak-kanak ribena sampai tengah hari. Then semayang jap. Pastu terus bertolak ke lokasi penggambaran Nur Kaseh. Adoiiii, syoknya berblogging. Psttt.....itu baru plan. Tapi plan mak plan. Mesti jadik! Aku dah siap2 apply coti ni. Kalau tak jadik, aku sunat sekor2......


Tak sesabau nak terjun dalam sungai tu....eeee...besh2....
p/s : nanti atok bagi korang sourvenier sorang satu ek. aku kutip cengkerang siput babi kat sawah tu, bleyy?

Harapkan pagar....pagar tak jadi pagar!

Once upon a time,


Maso atok belajar di tingkatan duo di Skolah Menongah Seri Perpatih. Maso tu baru lopeh waktu rehat. So, masing-masing bau ketiak. Kami ramai-ramai duduk berpusat di bawah kipas yang diputar kelajuan maksimum, 5. Mengalahkan kipas helikopter. Kalaulah kipas tu tercabut, kompem kami mati syahid kat bawah tu. Kebetulan cikgu tak masuk kelas atok waktu tu sobab apo atok tak ingat dah. So, berpestalah classmate atok terkinja-kinja dalam kelas tu. Baik laki mahupun pompuan. 2 x 5!

Ni bekas sekolah atok ; SMK Seri Perpatih
Tetiber duo orang classmate atok, Ana dan Adilah datang kat mejo atok. Mereka duduk kat kerusi berhadapan atok. Atok ingatkan dua sahabat baik ni nak ngorat atok. Tapi bukan. So, si Ana ni mulokan perbualan.
"Cikgu Fatimah nak jumpo kau"
"Bilo?,"balas atok
"Sekarang!"
Dado atok tetibo berdobar-dobar.  Eh, apo pulak salah yang aku buat ni? Kenapo cikgu tu tetibo nak jumpo aku. Aku ado tak siapkan kojo sekolah dio ko? Aku ado curi pen dio ko? Macam2 andaian bermain-main dalam fikiran atok. Jadi, tanpa membuangkan maso, atok terus pergi ke bilik guru jumpa cikgu Fatimah ni tadi.

"Tok! tok!,"atok ketuk pintu. Pastu cikgu tu suruh masuk. Dia pandang atok ateh bawah. Then direct dio tanyo atok camni.
 "Saya nak tanyalah. Kalau kawan-kawan awak buat bising, apa yang awak buat?," tanya cikgu Fatimah. Atok dah termangu-mangu. Ni soalan bocor final exam ke hape ni? Len macam je bunyinya. Then atok terus jawab.
"Kalau diaorang bising, saya tegurlah. Cakap budak kelas sebelah nak belajar,"sungguh budak nerd nak kena pelempang jawapan aku kan. Cikgu tu terhangguk-hangguk macam puas ati dengan jawapan atok.
"Kalau awak jumpa budak panjat pagar nak ponteng sekolah?,"soal cikgu Fatimah lagi.
"Saya report kat cikgu disiplin"
"Kalau awak terserempak budak merokok?"
"Ish, saya bagi nasihat. Tak leh merokok dalam kawasan sekolah,"alahai sungguh anak ikan jawapan haku kan. Comel!
Atok pun dah kompius dah. Macam-macam soalan dia usha atok. Lepas satu soalan, satu soalan lain. Atok time tu dah ler pemalu. Tersipu-sipu aku menjawab soalan maut cikgu tu. Apakah motip sebenar cikgu itu sebenarnya. Last2 cikgu tu cakap camni.

"Kalau saya lantik awak jadi pengawas nak tak?,"katanya. Tetiber dengar bunyi cengkerik. Atok terus diam membisu. Agak lama jugak atok terdiam. Pastu entah cmno, secara automatiknya mulut atok jawab camni.
"Eh, saya kalau kawan-kawan bising, saya pun terbising cikgu. Biasalah, pengaruh rakan sebaya kan. Kalau yang ponteng tu, saya senyap2 sudah. Takut kalau saya mengadu, pastu budak2 tu tunggu saya kat luar pagar sekolah, kalau merokok tu, no komenlah cikgu. Itu hak asasi masing-masing kan!!!," jawab atok penuh kompiden. Cikgu tu terus buntangkan bijik mata.
".......................................???,"cikgu tu pandang atok ateh bawah lagi. Selangkah demi selangkah atok mengundurkan diri. Kemudian cabutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!! 








cabuttt woiii...cabuttttttttttttttt


 Pesan atok : What sweet memory ever =)

Isnin, 28 Mac 2011

Antara Matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma IPT, Ijazah IPT, Maktab Perguruan, GIATMARA @ ILP, Politeknik, Kerja, SPA


Tu dia. Haku nak jadik pakar kaunseling kali ni, bleh? Atok tahu pasti adik2 kita sekarang tengah musykil + di dalam dilema tahap kronik memikirkan apa yang patut menjadi pilihan mereka lopeh SPM nih. Tahniah bagi yang berjayo dalam SPM. Dan pado yang kurang bernasib baik, takpo cubo laie. Ingat! SPM bukan menjanjikan kecermerlangan dalam hidup TAPI memudahkan perjalanan untuk berjaya.


Kita amek perumpamaan ni, Sudin ingin menyeberangi sungai. Nasib dia baik sebab kat sungai tu ada jambatan. Usop pulak nak menyeberangi sungai juga. Tapi sungai yang Usop nak seberang tu, xdo jambatan. Anggaplah kecemerlangan SPM tu sebagai 'jambatan'. So, bagi orang yang macam Usop tu, bukan bermaksud kamu tak boleh menyeberagi sungai tu langsung, boleh. Tapi agak mencabar sikit. takpa, mencabar2 pun asalkan boleh ke sana kan. Banyak cara untuk ke sana (kecemerlangan).

Dalam banyak2 pilihan tu, atok ponah masuk form 6, politeknik, dan Ijazah IPTA. So sikit sebanyak atok dah ada pengalaman kan untuk dikongsikan dengan kalian. Semua pilihan tu ada pro n kontra. Hanya kita yo yang pilih mana satu berkonan dek hati.

1. Matrikulasi
Jaman atok dulu matrikluasi ni setahun je. Kalu tak silap sekarang ado pilihan 2 tahun dan dalam english.
Kelebihan : Bagus gak sobab maso pun singkat then leh sambung ijazah kat mano2 IPTA. Silibus ringan dan tak tensen kan kepalo sangat.
Kelemahan : Kalau fail, sijil matrikulasi tu tak laku langsung. Kawan atok ponah fail. So, dah membazir masa dan wang kat situ.

2. Tingkatan 6
Atok ponah masuk sampai amik STPM jurusan sains fizikal. Atok BI tak kredit. So, tak layak masuk Matrikulasi. Hancusss harapan den.
Kelebihan : Kau akan bina personaliti kat sini. Atok belajar sifat kepimpinan, soft skill, komunikasi kat sinilah. Jaman atok fully english. So, english atok super improved! Yuran murah giler siap ado biasiswa bagai. Sesapa yang perform well masa form 6, nanti masa sambung digri sonang idup kau. Benda tu penah belajar maso form 6.
Kelemahan : Membazir masa 2 tahun kat sini. Pastu kalau fail terpaksalah guna keputusan SPM. Berisiko sangat. Kau kena belajar 2 tahun tu then kena hadapi peperiksaan besar (tak ikut sistem semester). Mampuih keringlah kau kalau tak b prepared.

3. Diploma IPT
Yang ni termasuklah IPTA/IPTS. Atok dulu tak isi borang ni. Dulu pakai borang dan pos. Aku dah beli borang tu pastu tak tahu plak dah keluar. Last2 dapat tahu dah tutup. Adeiii. Dugaan2.
Kelebihan : Tak tertekan sangat sebab ikut sistem semester (setiap semester ada exam). Klau IPTA tu yuran murah sikit nak2 UiTM. Kalau swasta tu paham2 lah (better amik form 6). Nanti klu ada rezeki nak sambung ijazah, boleh dapat pengecualian kredit. So, jangka masa ijazah tu akan singkatlah. Kalau malas nak blaja lagi, boleh guna diploma ni untuk keja.
Kelemahan : Lama gak. 3 tahun! compared dengan matrikulasi dan form 6.

4. Ijazah IPT
Kalau dapat kau terus pergi! Tapi tengok kos jugak k. 

5. Maktab perguruan
Kalau kau minat nak jadi cikgu, pergilah. Sekarang ni orang berebut-rebut nak jadi cikgu. Susah nak masuk maktab sekarang. So, kalau dapat pergi!

6. Politeknik
Lepas STPM atok masuk politeknik sobab STPM atok dapat 1A,1C,2D. Tak lepas syarat minimum 3P. Tapi ado gak kawan atok 2P dapat sambung ijazah. So, atok tak putus asa, atok terus amik politeknik.
Kelebihan : Kalau jadi kes macam atok, masuklah politeknik. Mungkin rezeki kita kat politeknik. Ada praktikal, so kau macam pisang hangus panas. Kerajaan dan swasta berebut-rebut nak amik kau sebab student politeknik dilengkapi dengan praktikal (latihan industri) selama satu sem. Tapi pastikan result pecah panggunglah. Senang nak sambung mana2 IPTA. Kalau malas nak belajar, boleh terus kojo. Yuran giler babai murah. Satu sem tak sampai RM 400 kot. Politeknik tip top seluruh dunia tau. Kat overseas pun ado.
Kelemahan : Jangka masa panjang. Kalau dapat tawaran direct sambung digri, pergilah digri tu.

7.Giatmara @ ILP
Kalau dah tak minat nak belajar, kau masuk giatmara/ILP. More to practikal. Ingat pesanan atok. Belajarlah selagi termampu. Lulusan giatmara/ILP ni boleh jadi usahawan berjayo tau. Silap2 kalah gaji kau yang lulusan ijazah ni. So, jangan pandang rendah kat mereka. Dilengkapi dengan praktikal so hangat dikalangan sektor swasta.

8. Kerja
Atok tak galakkan. Tak galakkan bekerja after SPM sobab nanti mesti malas nak sambung belajar. Melainkan kalau dapat tawaran kerja under kerajaan (SPA). Ok jugak. Bina tapak dulu then kalau dah ready boleh sambung belajar secara part time

9. SPA
SPA atau suruhanjaya perkhidmatan awam. Kau aply sini pun ok jugak. Kalau dah giler nak bekerja sangatkan. Takpun buat permohonan separa perubatan. Belajar diploma 3 tahun then confirm dapek kojo dengan kerajaan. Macam nursing, medical asst., pen. pegawai farmasi, dan lain2 lah.

So, ini antara yang bermain di fikiran atoklah. Pilihlah yang mano satu. Pilihan tu banyak cumo kita yo yang perlu pilih mana yang sesuai dengan diri kita. Mano yang terkurang tu atok mintak mahap la yo. So, buatlah pilihan anda sekarang. Ingat!!! Belajarlah setinggi mana yang termampu. Atok chauuu dulu yo...Papai!!!


Statistik setakat 27.3.2011



Ujang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan minggu keduabelas bagi tahun 2011 untuk Ujang membuat statistik Apo2 Yolah

Baiklah , kita teruskan pada statistik Apo2 Yolah sepanjang minggu lepas. Prestasi Apo2 Yolah setakat 27/3/2011 jam 2339, blog Apo2 Yolah kini berada di kedudukan ke      294,363 318,332 329,519 di dunia, dan 3,650 5,046 5,574 di Malaysia. . Peratusan penurunan bagi kategori dunia adalah sebanyak  8.81% 8.14% 3.51% dan juga penurunan sebanyak   16.8% 38.25% 10.46% bagi kategori di Malaysia jika dibandingkan pada minggu sebelumnya.



Top 5 post terhebat sepanjang minggu lepas adolah

05/03/2011, 12 comments
43 Pageviews
27/02/2011, 16 comments
38 Pageviews
16/03/2011, 8 comments
35 Pageviews
13/03/2011, 28 comments
27 Pageviews
25/03/2011, 18 comments
22 Pageviews


Statistik purata page view, Unique Visitors dan Returning Visitors sepanjang minggu lepas adalah



Keyword yang mendapat hits top sepanjang minggu lepas 


Jumlah pelawat yang datang ke blog Apo2 Yolah mengikut kategori negara

Malaysia
942
United States
33
Indonesia
21
United Kingdom
6
Hungary
6
India
6
Singapore
5
United Arab Emirates
3
Canada
3
Germany
3
  


Jumlah Paparan Halaman Setakat Ini adalah
38,333 39,979 41,091

Macih cume cebab datang....hoyeyyyy   ^___^

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih