Jumaat, 31 Disember 2010

Malaysia 2010


Pahit manis Malaysia 2010

5 Januari 2010 : 4 sekeluarga termasuk bekas imam ditemui mati dibunuh dalam dua rumah berasingan di Gemencheh.

7 Januari 2010 : Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Klinik 1Malaysia di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Serentak dengan itu sebanyak 44 klinik yang sama memulakan operasinya di seluruh negara.

23 Januari 2010 : Sultan Ibrahim Iskandar dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang kelima.

26 Febuari 2010 : Seorang kanak-kanak, Syafia Humairah Sahari mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di Ulu Yam lama dekat Batang Kali.


13 Mac 2010 : Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama rakan Facebook

11 April 2010 : Negeri Sembilan muncul sebagai juara Piala FA selepas mengalahkan Kedah menerusi sepakan penalti 5-4.


20 April 2010 : Mohd Nor Mat Amin mencipta rekod baru apabila berjaya menyempurnakan pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam masa 111 hari.

26 April 2010 : Seorang remaja lelaki Aminulrashid Amzah, 15 mati ditembak setelah dikatakan cuba merempuh anggota Polis peronda ketika mahu memberkasnya di seksyen 11 Shah Alam.

26 April 2010 : Pemain Skuasy no 1 di dunia, Datuk Nicol David dan jaguh lumba basikal, Mohd Azizulhasni Awang ditabalkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan.


27 April 2010: KTM Komuter memperkenalkan koc wanita.


18 Mei 2010 : Majikan diwajibkan memberi cuti rehat seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia selain membenarkan mereka memengang passport.


24 Mei 2010 : Malaysia dan Singapura bersetuju stesen keretapi tanah melayu bhd di Tanjong Pagar, akan berpindah ke Terminal Pemeriksaan Kereta api Woodlands pada 1 Julai 2010.


11 Jun 2010 : YdPA Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.


21 Jun 2010 : Tembok puduraya yang berusia 100 tahun dirobohkan.

2 Julai 2010 : Negara mencatat sejarah apabila kapal selam keduanya , KD Tun Razak selamat tiba di pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia Lumut pada 4.40 petang.


15 Julai 2010 : 1 juta komputer riba 1Malaysia akan diagihkan kepada sekolah menengah seluruh negara.


1 Ogos 2010 : pemilik kenderaan asing hanya dibenarkan membeli petrol RON 97.


2 Ogos2010 : Dua hakim syarie wanita pertama, Suraya Ramli 31 dan Rafidah Abdul  Razak, 39 memulakan tugas secara rasmi masing-masing di Mahkamah Syariah Putrajaya dan Kuala Lumpur.


12 Ogos 2010 : KTMB melancarkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) teerpantas dengan kelajuan 160km/j

13 Ogos 2010 : 3 terbunuh manakala 18 lagi cedera apabila kejadian ribut taufan di Bazar Ramadhan Stadium Jasin Melaka.

30 Ogos 2010 : Keluarga Sosilawati membuat laporan polis berhubung kehilangannya.


31 Ogos 2010 : Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup Stadium Putra.

5 September 2010 : TV3 memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah terutamanya kanak-kanak.

8 September 2010 : Enam maut manakala enam lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan empat buah kenderaan di KM 35 jalan Lahad Datu-Kunak

17 September 2010 : Sekolah Harapan di Melaka khusus untuk remaja hamil dibuka.

2 Oktober 2010 : Tun Dr Mahathir Mohammad dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

9 Oktober 2010 : PMR tidak diteruskan dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah. UPSR pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek dan perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuatkuasa pada 2016.

10 Oktober 2010 : Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Harlina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan.

10 Oktober 2010 : Seramai 12 maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua bas ekspress, tiga kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di KM 233, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan simpang tol Simpang Ampat.

20 Oktober 2010 : Melaka diisytihar negeri maju.

11 November 2010 : 48,327 daripada 482,334 calon UPSR tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A iaitu keputusan terbaik dalam tempoh 4 tahun.

12 November 2010 : Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor kerana murka dengan perbelanjaan tinggi untuk sambutan itu.


27 November 2010 : Kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Namawee kerana dia tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang.

16 Disember 2010 : Kegiatan ajaran Syiah tegar di kesan bergerak aktif berikutan penahanan 200 pengikut dan dua kumpulannya di Gombak.

23 Disember 2010 : Keputusan PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh 4 tahun dengan seramai 30,863 pelajar telah mendapat semua A dalam semua subjek.

29 Disember 2010 : Skuad bola sepak Malaysia memenangi piala Suzuki AFF setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.


Nampaknya...

Perhatian! Entry ini telah dikarang pada 30.12.2010 jam 2244. Tetapi autopublish pado 31.12.2010 jam 0750. Sobab....sobab atok punyo suko la

Adoi. Sendi-sendi dah lenguh. Badan rasa macam boghek. Jalan tertonjet-tonjet macam budak baru lopeh bersunat. Kaki dah sojuk. Dahi macam nak bertukar suhu ke angka merisaukan. Leher apatah lagi.  Lotak tolor ayam, leh jadi tolor mato kobau. Ingatkan coti 3 hari ni dapatlah atok menikmati percutian sambil belajar kat kampung atok ni 3 hari 3 malam. Nampaknya macam menikmati coti gak. Menikmati coti ateh katil doploh ompek jam. ATOK NAK DOMAM!!!

Atok usha ayah atok tadi (monyang kau lah), ado ubek viagra panadol besar duit 50sen tak? Dio koba tak ado. Yang bonar eh, atok tak suko makan panadol ni, tapi kalau dah tak ado bondo nak di tolan an atok bodal lah. Nak cari 100 plus malam-malam buto ni kat mano? Kampung atok ni bukannya ado seben eleben.

Banyak kojo nak dibuek esok ni. Nak beghosih an bangsal cendawan, nak bagi kobau makan, nak fotoshoot kek kobun gotah. Macam-macamlah. Nampak gayo eh, terpaksolah mak datin servis 5 stars kat atok sok. Makan siap! Minum siap! Tonpi, kalau makan bersuap bagai alamat pelompang siam lah kono. Lobih bonar manjo eh tu.

Atok pun tak terdayo nak jalan-jalan blog malam ni ha. Macam nak tercabut sondi-sondi den ni ghaso eh. Macam domam chikunyunya pun ado yo raso eh. Adoooi. Nampaknya.....terpaksolah atok try petuo kak milah pasal entry domam. Ontah bulih pakai ko tak si Milah tu. Moh klik [SINI] kalau nak skodeng petua Kak Milah.

DigiLive K-Pop party 2011



Moh sapot kempenchurpchurp  atok kat  [sini]

Photo Contest: My Bestfriend Forever!!

 Moh ramai-ramai joint contest ni kat [sini]
  • Jadi Follower blog tuan penganjur
  • Copy banner di atas dan letakkan pada entry dan sidebar blog anda serta link kan ke entry ini.
  • Buat satu entry tentang contest ini . Tajuk: Photo Contest: My Bestfriend Forever!!
  • Upload gambar anda bersama-sama BFF anda (Tak kisah nak letak berapa ramai dalam satu gambar tu..^^).
  • Tuliskan pada caption:
  1. Mula berkawan sejak tahun berapa
  2. Kenapa anda rasa dia/mereka BFF anda?
  • Akhir sekali, tinggalkan link entry anda pada komen. 
  • Tarikh Tutup: 31 Disember 2010


 Atok pertaruhkan gambar hini.

 1. Mula berkawan sejak tahun berapa?
 Jawapan atok : 2003

2. Kenapa anda rasa dia/mereka BFF anda?
 Jawapan atok : Ikatan persabatan kami tak tergambar dek perkataan. Hanya mereka yang saksikan sendiri boleh menilai sendiri kenapa dia BFF kita. ^_^



My First Contest Edit Foto Contest

Tuan tanah kedaung, Qaseh nak buat contest....Apakah contest itu?
memperkenalkan....

'edit foto contest'

Hihi ^_^

1-buat satu entry yang bertajuk "edit foto contest" dalam entry tu ade pic kat atas tu ..xyah letak kat sidebar (nak letak pun xpe..hehe) Begheh! (tapi atok nak gak letak kat sidebar. Hihi)
2-follow lah blog usang ni (dun woryy dalia akan follow back ) Begheh! 3-ape yg perlu buat?korang edit gambar ikut kreativiti korang masing2...Begheh!
4. letak gambar sebelum diedit n selepas di edit...dalam entry kamu tu..Begheh!
5. kalau nak gtau kamu gune software ape untuk edit tu pun xpe..xmo gtau pun xpe..gambar ramai2 pun xpe gak ! Begheh! Atok guno adobe photoshop cs3
6-tag 4 orang Atok tagged pada sumo yang terbaco enrty ni ^_^5- tinggalkan link korang kat komen ni ye..Begheh!
Tarikh tutup :
31 DISEMBER 2010

pemenang akan diumukan pada
8 JANUARI 2011

Moh la ramai-ramai kita terjah [sini]







SEBELUM MAKEOVER











SELEPAS MAKEOVER


Khamis, 30 Disember 2010

Tahniah!

Alhamdulillah, setolah 14 tahun kegersangan ketandusan kejuaraan akhirnya kita berja merangkul Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2. Tahniah atok ucapkan. Walaupun atok kaki bangku, tapi atok tatap menyokong bola kita sobab aku dapat coti esok yang semakin tunjukkan bolang dipersada donia. Lihatlah donia.

Dan secara automatiknya malam tadi trafik blog Apo2 Yolah mencanak pasal line clean and clear sepanjang malam tadi. Tak sibuksangat macam ari2 biasa. Mata atok sebelah kanan sibook ke blog, mato sebolah kiri sibook mandang bola kat tibi. Tot tet tot tet aku tekan keyboard dan rajin berblogwalking. Mulut aku pulak menyumpah-nyumpah pemain yang buat silap di atas padang.

Dan ari Jumaat ni atok baru ingat nak pakai suit baju melayu 1 pakej siap ngan sampin bagai macam orang nak poie motong menikah. Tapi terpaksa di tunda pada minggu dopan sobab Abang Najib umumkan esok coti sempena kejuaraan kita dalam kejohanan tu. Secara kebetulan jugak esok malam tahun baru dan permulaan coti hujung minggu.

Jadi, atok nak nasihatkan cucu kat luar sanun dan diri atok sendiri, hati-hatilah memandu jika pulang ke kampung. Atok ni tak payah cakaplah. Tiap-tiap minggu balik kampung. Ingatlah orang yang tersayang. Dan yang muda-mudi tu, janganlah terkinja-kinja malam tahun baru ni. Esok lagi 9 bulan akan datang, dia sibook terkinja-kinja nak hantar baby kat pusat penetasan bayi. Mulakan tahun 2011 dengan azam yang tinggi yek.

Nantikan watak bagi kakitangan "Apo2 Yolah" yang baru menjelang tahun baru nanti.
^_^

I LOve my BLog....sO muchhhh!!!


Haa, baru la sekang  ni atok nak start selosaikan isu kena tag ni. Tak baiklah an klu kono tag kita wat bodo even dah bodo pun. Errkk! First ni atok nak buek tag dari Cik Jue. Yang lain-lain atok tak langsai an tu, nanti atok buek kalu ado kelapangan k!

Okey,moh kito skodeng 10 soalan membunuh itu.

*Sejarah nama blog dan kisah di sebalik header dan background blog.
Apo2 Yolah namo blog atok. Atok maleh nak pikir lotak namo apo. Memulo nak lotak namo apabila kau membaca blogku/kau grill cintaku dalam hatimu/aku syok sendiri tetapi tak siapa yang mempedulikanku. Tapi panjang bonartajuk eh,  atok lotak namo "Apo2 Yolah"

Header tu pulak tak tontu. Ikut tema. Kalu ari rayo, atok tukar tema ari rayo. Kalau puaso, tema puaso. Tapi sekarang ni tema seperti atas tu sempena pencarian Apo2 Yolah Next Top Icon yang baru. Tak lamo laie start tu. 

Background blog ni sebonar eh, selari dengan tajuk blog ni iaitu "Apo2 Yolah". Maksud eh, sumo bondo yang terlintas kat kepala hotak atok ni, atok tulih. Tak kisahlah apo. Tapi dalam blog ni ado banyak segmen ikut turutan. Antaronya ialah Auntie Mei Mei dan English, Dulu dan Sekarang, Sedih, ANGKAsawan, Belajar bersama Cikgu Nasir, Petua Kak Milah,  Email Bersama Abang Joe, kaunseling Bersama Tok Wan, Fakta atau Auta, Diari Atok dan macam-macam laie.


*Berapa kali anda update blog
Paling sikit atok hapdet 2 kali sehari selepas makan. Pagi sekali jam 7.50 pagi. Tengah hari sekali jam 1.45 pm. Kalau rajin malam pun atok hapdet untuk joint contest/jawab tag.


*Sebab utama anda buat blog
Sobab utamo atok buek blog, jujurnya sobab atok nak sampaikan kreativiti atok secara online untuk tatapan cucu den kat luar sanun. Sobab keduo, pendapatan sampingan dari cu nuffnang. Sobab ketigo, atok selalu bosan gilerrrr sobab tu atok berblog.


*5 perkara mengenai blog anda yang patut diketahui
1. Blog atok ni cap ayam
2. Atok tak tahu sapo yang sodang baco blog atok. 
3. Blog ni mulo aktif pertengahan 2010 walaupun dah mulo daftar tahun lepas.
4. Blog atok ni adolah hobi atok yang terbaru.
5. Blog atok ni kadang-kadang tempat atok bertemu peminat....*pengsan..


*5 entri terbaik di blog anda yang patut dibaca (senaraikan entri itu beserta link)
Ini atok amik entry paling popular bulan ni eh, bleyy?
2010 Dis 5, 24 comments
111 Pageviews
2010 Dis 20, 15 comments
36 Pageviews
2010 Dis 12, 12 comments
35 Pageviews
2010 Nov 4, 2 comments
32 Pageviews
2010 Dis 9, 19 comments
32 Pageviews



*3 perkara yang tak dapat dilupakan sepanjang berblogging
1. Atok kehilangan templete. So, blog atok jadi tunggang langgang kejap.
2. Atok punya Acer lamo jahanam. Keypad dia tercabot sebab atok naik hantu line tenet giler slow time tu.
3. Atok dapat kenal ramai cucu kat sini :'-)

*10 blog kegemaran anda
1. Semua blog yang atok pernah singgahdan follow tu, semua blog kegemaran atok


*5 tips yang anda nak kongsi kan dalam berblogging ini
1. Jangan sombong walaupun blog sudah maju.
2. Tak moo banyak2 widget nanti slow
3. Janganlah sorokkan shoutmix tu, juling mato atok nak carik.
4. Selalulah bertanya khabar.
5. Senyum itu sedekah =)

*Sejauh mana anda sayang blog anda
Sejauh lubuk hati atok. Ke sedalam??

*3 sebab kenapa perlu datang/berkunjung ke blog anda
1. Sebab inilah rumah atok.
2. Sebab atok suka orang selalu datang
3. Sebab...sebab...sebab aku kan anak appa!


Siapakah 10 blogger lain yang anda ingin tag
1. Sesapo yang teringin kena tag tu, atok tag korang eh ^_^

Rabu, 29 Disember 2010

Blog Larian

 
Atok kono tag kat cu  Alina. Ni atok joint gak eh. Hihi.

1)  Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/  Begheh!
2)  Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
...kerana atok nak cari alternatif supaya blog "Apo2 Yolah" lebih dikonali. ^_^
3)  Follow  Bloglarian (atok no. 797)
4)  Tag 3 orang atau lebih rakan (atok tagged pado cucu atok yang singgah baco entry ni)
5)  sila beritahu rakan yang anda Tag memalui comment Begheh!
6)  Tinggalkan link post anda di comment entry ini bersama NAMA BLOG ANDA Begheh!
7)  peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..Yehaaa...hihi
8)  tiada tarikh tutup buat masa ini

PENYERTAAN YG ANDA HANTAR AKAN MENGAMBIL MASA 3-5 HARI UNTUK DI SENARAIKAN KE DALAM ENTRY BLOGLARIAN..INI KERANA TERLALU BANYAK PENYERTAAN YG DITERIMA.SILA TINGGALKAN KOMEN JIKA BLOG ANDA TIDAK TERSENARAI SELEPAS 5 HARI..HARAP MAKLUM

Friso Flaunt It! Contest


                               
Itu dia. Anak anda nakal?Lasak? Anak anda suka panjat lemari? Suka terjun berirama dari singki ke lantai? Suka baling telur ke dinding? Suka macam-macam lagi yang boleh memeningkan anda sebagai seorang IBU di luar sana ? So, jangan risau! <----acececeh!
Dengan kenakalan anak anda tu versus kelembutan si ibu yang melayan keletah anak-anak tanpa memberi tempeleng sikitpun, MAKA anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang di anjurkan oleh Friso. Apa tu? Memperkenalkan 
"Friso Flaunt It! Contest"

So, apo yang perlu cucu den bergelar ibu kat luar sana perlu lakukan adalah TANGKAP lah memori terindah tu dan joint perlawanan ini. Er....better gantikan perkataan perlawanan kepada pertandingan. Buruk benor bunyi perlawanan dalam konteks ini.
Juga!
Mendaftar untuk menyertai atau MEMILIH (voting! voting) entri kegemaran anda hari ini!

Ado dua kategori iaitu ;
1.Loving your baby bump? This category is open to pregnant mummy return
2. Having a good time wif ur little one? This category is open to children aged 2-6yrs old.
Apo laie? 
Moh skodeng dengan klik banner sebelah kanan tu. 


p/s : Enrty ini  adalah keluaran khas sempena BE atok kedua. Terima kasih cu Nuffnang!

updated : Aikk, kejap je dah ilang BE aku tu? Kompem dia nyesal letak iklan kat blog cabuk ni. Takpolah kalian, atok riview je k. Kalau nak sertai, google je Friso Flaunt It! Contest tu ^_^

Azam sebelum dan selepas

Assalammualaikum dan selamat pagi cucu den sekalian. Amacam? Dah sarap lun? Kalau lun, baik sarap dulu sobab dengan sarap tulah yang akan memberi kito tenago sampai tengah hari karang. Ok, sekang ni tibo giliran atok untuk membuat huraian bagi segmen "Dulu dan Sekarang". Topik yang atok nak bincang an pado arini adolah berkisar tentang azam sebelum dan selepas. Haaaa, yang ni bukan Azam anak acik Isa yang buat makeover sebelom dan selopeh yo. Ini bukan cito Amareka Next Top Model atau geek to beauty ke apo k!. Yang ni azam tahun baru. Tak lamo laie kan kito nak sambut tahun baru 2011. Ha, apo azam anda? Ok, kito teruskan pada topik kito...


1.Nak kuruskan badan

Sebelum
Peah : Haku ni nak cakap gedabak macam mak gajah, kira aku ni bawah sikitlah. Hampir-hampir nak jadi mak gajah. Kalau boleh tahun 2011 ni nanti aku berAZAM nak jadi slim macam Naomi Campbell.
Joyah : Tak apo. Aku sokong kau. Jangan lupo boli Jas Met Pai den yo!

Selepas
Peah : Aiyak, aku rasa memang tak boleh jadi macam Naomi Campbell la Joyah. Aku rasa dapat achieved bawah sikit  macam mak lembu pun kira pencapaian memberangsangkan.
Joyah : Tak apo. Mak lombu pun mak lombu lah. Jangan lupo boli Jas Met Pai den yo!




2. Nak kumpul duit banyak-banyak

Sebelum
Ali : Aku nekad. AZAM aku tahun baru ni aku nak kompol duit banyak-banyak. Tahun dopan bolehlah aku masuk minang anak haji Ngok Ngek hidung besar kepala kemek!
Abu : Ek'eleh. Duit topup pun mintak kat mak kau lagi, ado hati!

Selepas
Ali : Aku rasa dalam akaun ASB aku tu pun cukup-cukup nak boli beskal BMX yo. Tunggu lagilah azam tahun dopan.
Abu : Kan aku dah cakap. Silap-silap tayar beskal pun ko tak mampu nak boli lagi. Ko ado???




3. Kerja rajin-rajin dapat pekerja cemerlang

Sebelum
Kulop : Aku berjanji, tahun ni aku berAZAM untuk menjadi pekerja cemerlang kat opis aku!
Chot : Aku sokong kau azam....eh! eh!...kulop!

Selepas
Chot : Kulop! kulop! Mano pulak poie eh budak ni??
Kulop : ZzzZZzZzZzzzz ( kat bilik rahsia)




4. Pencapaian cemerlang dalam peperiksaan

Sebelum
Neng Yatimah : Dengan ini bahawasanya saya berjanji dan berAZAM akan belajar bersungguh-sungguh untun semester akhir akan datang!!!
Jalandah :  Gambathe!!! Chaiyok chaiyok!

Selepas
Neng Yatimah : Adooooi, beku dah kepala hotak aku nak stadi. Takpelah, bapak aku kayo. Lepas ni kojo ngan perniagaan bapak akulah. Kodai runcit Cik Mat So'ot sdn bhd.
Jalandah : Gampang! Poyo poyo!




5. Menjadi penulis blog terkenal

Sebelum
Suhami : Azam aku tahun depan kan, aku nak kalahkan blog Ben Ashahri dengan Hanis Zalikha!
Atok : Iyoo, den sokong ponuh ngan cucu kesayangan den ni. 

Selepas 
Suhami : Err....den raso takkan tercapai dek akal den tu. Tak apolah tahun dopan  dapek beat blog Ben 10  dengan Zulaikha yolah, bleh???
Atok : BOOoooOOooooOOOoleh.............. boleh BLAH!

Selasa, 28 Disember 2010

Ipoh gets nation’s first baby hatch in hospital

Hai boys and gurls. We meet again ah in segment "Auntie Mei Mei dan English. Haw waw are you today? Gud ah? Ok fine-fine. Today ah, auntie would like to told you guys about new topik ah. The chapter of topik ah is baby hatch! Wat the hell its is? Ok2, u may kontinue reading the setetment below ah. Auntie will try my best to translate to you guys. We learn english together-gether ah.





IPOH: The country’s first baby hatch in a hospital has begun operation.  Located in KPJ Ipoh Specialist Hospital at Jalan Raja di-Hilir here, the hatch was launched by state senior executive councillor Datuk Hamidah Osman yesterday.
(IPOH : Pusat penetasan babi baby pertama di Mesia ni sulah beroperasi. Bertempat di Ospital Pakar KPJ  Ipoh kat Jalan Raja Hilir sana. Pusat penetasan tu ah telah dirasmika oleh senior eksekutif negeri, Datuk Hamidah Osman semalam)


Hospital chief executive officer Nasirruddin Harun said the programme was part of its corporate social responsibility. “The baby hatch is aimed at saving the lives of innocent newborns who are not wanted by their parents,” he said.
(CEO Ospital ah, Nasirruddin Harun berkata program itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial. Dia kata ah, "pusat penetasan baby tu untuk menyelamatkan golongan bayi baru lahir yang tidak lagi dimahukan oleh ibu bapa. Sungguh jahat itu ibu bapa ah"


The hospital, said Nasirruddin, collaborated with the state Welfare Department. “With this service, we hope to reduce the number of abandoned babies in Perak,” he added.
(Nasiruddin kata lagi, hospital telah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Negeri. Dengan perkhidmatan tu, mereka harap ah dapat kurangkan jumlah bayi digugurkan di Perak)


Explaining the hatch’s procedure, Nasirruddin said that when a baby is placed within, an alarm would be triggered.“Our personnel will examine the baby and if he’s found to be healthy, we will hand him over to the Welfare Department,” he said. “If the baby needs medical attention, our doctors will treat him first for free,” he said, adding that the identity of the person who placed the baby in the hatch would remain a secret.
(Mengulas pasal prosedur penetasan, Nasiruddin berkata bahawa apabila bayi diletakkan di sana, perhatian akan diambil. Staf diorang ah, akan memeriksa bayi itu samada sihat atau tidak, jika sihat bayi akan di hantar ke Jabatan Kebajikan, katanya ah. Jika bayi tu tak sihat, doktor-doktor sana akan rawat tanpa bayaran pun. Katanya juga, identiti orang yang letakkan bayi kat pusat penetasan tu ah, juga akan dirahsiakan. Wahhhh, dengan Tuhan tak boleh rahsia dah. )


Hospital medical director Datuk Dr Fadzli Cheah, who defended the move in having the hatch, admitted that it would not totally solve the problem of baby-dumping.“We need a holistic approach, including educating people on teenage pregnancy,” he said. Hamidah said the state would embark on a statewide campaign next year to educate people on pregnancy and about the hatch.
(Pengarah perubatan Ospital Datuk Dr Fadzli Cheah, yang mempertahankan tindakan mansuhkan pusat penetasan bayi, mengaku bahawa masalah bayi dibuang tak boleh diselesaikan sepenuhnya. "Mereka perlukan tindakan holistik, termasuklah pendidikan kemanusian pada ibu hamil". Hamidah cakap ah, negeri akan menggandakan kempen tahun depan untuk memberi kesedaran pada orang hamil tentang pusat penetasan tu)


“We will go to schools and factories to distribute pamphlets about the need to place unwanted babies in a safe place,” she said, adding that having the hatch did not mean the state was encouraging premarital sex.
(Kami akan pergi ke sekolah dan kilang untuk menyumbangkan pamplet untuk perlunya meletakkan bayi tak diperlukan ke tempat yang selamat, kata Hamidah yang menambah mempunyai pusat penetasan tidak bermakna menggalakkan sex luar nikah)


Sumber : The Star Online



Auntie Mei Mei : Ha, so how? For auntielah, "preventing is more better than curing"
We have to identify the root of the problem. That is "The future parents!". To my nephew and niece out there, please....please dont romen romen!!!!

Kalau itu yang terbaik, atok akan berhenti berblog...

Banyak dugaan bergelar sebagai penulis blog ni. Pahit manis semuo atok dah raso. Atok mula mendaftar sebagai blogger sejak pertengahan tahun lepas lagi. Tapi sepanjang tahun lepas jugak, sepatah haram aku tak buat satu entry pun. Buta IT punya pasal. Tak tahu nak post camno, nak edit camno, nak publish bagai. Sehinggalah pada awal tahun 2010 aritu. Terlintas pulak di fikiran atok untuk berblog. Tapi semangat tu kejap je. Lepas je post 3 4 entry atok terus senyap. Senyap dan terus senyap.

Entah macam mana, bermula pertengahan tahun 2010 hati atok berkobar-kobar untuk berblog semula. Ini adalah kerana atok telah seronok melihat blog kawan atok si Amy aktif berblog. Ramai kawan dia dapat. Dia yang banyak bagi inspira inspirasi kat atok. Atok bermula dengan identiti sebagai budak skema. Dengan tagline "Apabila si skema mula berblog". Kemudian atok terus mengkaji dan mengkaji untuk mencari identiti sebenar. Last-last atok selesa menjadi atok sekarang. Seorang atok yang sempoi, sengal tapi penyayang!

Baru-baru ni, timbul pulak isu berblog. Sejak atok mula berblog, banyak yang berlaku sekeliling atok tapi atok tak perasan. Sehinggalah ahli keluarga atok menyuarakan isi hatinya. Dia kata, atok jarang meluangkan masa bersama keluarga lagik. Kalau dulu, memang hantu TV. Balik kojo yo, melokek dopan TV. Tak kisahlah masa tu tengah tayangkan cerita bersamamu sekalipun. Kalau dulu, memang kuat makan. Kalau ada 2 3 ketul ayam dalam tudung saji tu, kompem lesap! Kalau dulu, pantang ada masa sikit mesti bergurau dengan anak-anak buah atau kucing kesayangan. Tapi sekarang??

Sekarang atok kurang luangkan masa. Balik saja dari kojo, terus masuk bilik. Berperap sampailah pukul 12.00 malam. Kalau lapar, makanlah. Kalau tak lapar, terus tido sebab esoknya nak kojo pulak. Kucing atok pun cubo raih simpati untuk membelainya. Tapi atok tak pedulik, terus open laptop dan kemudian ketagih berblog. Macam tulah rutin harian. Kalau dulu atok dah boleh tinggalkan spek mata sebab power dah kurang, tapi sekarang....kena raba spek mata balik. Sebab 24 jam mengadap komputer dan laptop. Kat opis 8 jam, kat rumah 5 jam. Sejak aritu spek mesti pakai. Kalau tak, kompem tak nampak jauh. Lebih-lebih lagi kalau drive/keluar malam. Semua benda jadi kelabu.

Atok pun berfikir-fikir jugak. Apa yang atok dapat kalau berblog ni? Duit iklan nuffnang tu? La ni aku berblog, kalau kumpul duit tu dari dulu,  nak beli eskrem conetto yang besar telapak tangan tu pun tak lopeh laie. Nak berkongsi cerita dengan orang luar sana? Buat apa? Buat apa atok cerita kat orang kisah hidup atok sendirik? Lebih baik atok simpan sejarah hidup atok tu sendirian dan biar atok saja yang menikmatinya. Lagipun takdalah isu pening kepala nak perah idea nak buat entry apa untuk esok nih. 

Kalau nak tahu, masuk ni dah dua kali aku nak kena langgar kat lori pasir pasai berangan bawak motor sambil nak pikir entry apa nak buat ni. Masuk kali ketiga.....jemput mai lah datang majlis.

So, lepas atok fikir-fikir semula. Pendapat family atok. Pendapat atok sendiri. Atok dah buat keputusan dah. Atok dah nekad. Keputusan pun dah buat. 

Atok akan berhenti berblog!

Ini adalah entry atok yang terakhir sekali. Sebelum tu, atok nak mintak maaf la banyak-banyak sepanjang kita kenal , atok ado terkasar bahasa. Atok tak perasan pun kalau bahaso yang atok guno tu agak kasar. Niat atok satu yo. Atok cuma nak hiburkan kalian. Itu gurauan dari atok. Mano yang atok tak selosaikan "tag" tu, pun nak mintak mahap jugak. Atok memang nak buek tapi sentiaso yo tak sompek nak buek. Apo2 Yolah Next Top Icon musim kedua tu pun terpaksa cancellah sobab blog ni pun dah nak tutup. Kalian nikmatilah karya atok setakat entry ni saja k. So, akhir kato dari atok, atok mintak maaf banyak-banyak salah dan silap. Kalau jumpo mano-mano, jangan lupo tegur k. Dan...








KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!! Alamak, mimpi ngeri rupanya!
HIHIHIHIHI kene sekali....


EEEyahhhh!!!  Dushhh!


Isnin, 27 Disember 2010

Pertolongan anda diperlukan

Ha...jangan main-main. Tajuk sungguh skema di situ. Hihi. Ok2 atok siyes nih. Atok perlukan pertolongan sesapo yang tahulah. Ada dua perkara yang bermain sepak terajang kat kepala atok ni. Sampai malam tadi tak tidur lena memikirkan masalah ni. Ado tak cucu den kat luar sana yang boleh tolong atok?


Camni, yang pertama, Atok kan baru makeover atok punya Acer yang lamo tu an? So, kalau luar dah mek ober, dalaman pun nak kena mek ober. Atok pun apa lagi, kasi formatlah. Masa format tu ok je, last2 dah tengah-tengah perjalanan dia keluar mesej cam ni...
 Kenapo ek? Ada sesapa boleh bagi tahu atok sobab apo jadi camni? Dan jalan penyelesaian?


Yang kedua, cucu den ingat tak pasal atok beli installer adobe photoshop cs5 tu? yang pirate tu? Oppp!!   Macam ni, atok tak reti nak install pulak. Dia ado tunjukkan way dia tapi atok cubo buek tak boleh pun. Kena guna trial 30 hari.

Tensen lah camni. Baru je berangan nak menjahanamkan muka atok. Tulah, dah awak tu buta IT, buatlah cara buta IT. Kan tak memasal tok! Nak je aku pegi serang kedai cina pirate tu sekang.....



Statistik setakat 26/12/2010

Assalammualaikum,
Statistik kali ini merupakan statistik terakhir pada tahun 2010 sebelum kita melangkah ke tahun 2011 minggu depan.


Di kesempatan ini juga Ujang nak ucap selamat menyambut Hari Natal kepada sahabat Ujang yang beragama Kristian. Juga bakal tahun baru kepada semua pembaca Apo2 Yolah. Ujang juga baru dapat makluman dari Suhami, pencarian Apo2 Yolah Next Top Icon musim kedua juga bakal berlangsung pada bila-bila masa. Sebagai penambahbaikan, setiap cabaran akan dapat cenderamata dari si Suhami. Juga gambar paling best, akan menjadi ikon kakitangan Apo2 Yolah sepanjang musim tersebut. Ujang tak mau cita panjang, nanti Suhami akan umumkan.


Baiklah , kita teruskan pada statistik Apo2 Yolah sepanjang minggu lepas. Prestasi Apo2 Yolah setakat 26/12/2010 jam 23.38, blog Apo2 Yolah kini berado di kedudukan ke 288,751 281,610 di dunia, dan  2,278 2,201 di Malaysia. Harus diingat kedudukan ini adalah termasuk semuo website dan bukan mengikut turutan jumlah blog. Maksud Ujang kat sini, Facebook berado di tahta ke-1 dan blog Apo2 Yolah di kedudukan ke 2,201 di Malaysia. Peratusan kenaikan bagi kategori dunia adalah berlaku peningkatan sebanyak  10.57% 2.47% dan peningkatan sebanyak 1.56% 3.38% bagi kategori di Malaysia jika dibandingkan pada minggu sebelumnya.




Top 5 post terhebat sepanjang minggu lepas adolah

2010 Dis 20, 15 comments
, 34 Pageviews
2010 Dis 23, 8 comments, 
22 Pageviews
2010 Dis 21, 6 comments, 
19 Pageviews
2010 Dis 21, 3 comments
, 13 Pageviews
2010 Dis 21,
13 Pageviews





Pelawat yang melawat blog Apo2 Yolah sepanjang minggu lopeh terdiri daripada negara seperti di bawah

Malaysia
 1,047
United States
 49
Indonesia
 20
Singapore 
15
Switzerland
 8
Slovenia
 5
Canada
 4
Netherlands 
4
Japan
 3
Russia 
3



Sekian, terima kasih.
Jumpa Ujang lagi dalam statistik Ujang pada minggu depan... (n_n)







PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih