Selasa, 30 November 2010

ChurpChurp | Social Share » Celcom Biz (Preview)

ChurpChurp Social Share » Celcom Biz (Preview)

Jelajah 1Malaysia lagi

Sumbangan abang google maps


Hari ahad aritu atok telah menghantar adik atok mendaftar di Politeknik Sulatan Idris Shah, Sabak Bernam. Haih! Sabak Bernam lagik. Haritu atok berkursus kat Sabak Bernam gak. Kesian kau kan tok. Orang lain menjelajah ke London, Korea bagai takdo pun heboh dalam blog macam kau.
Takpolah, bolum rojoki laie nak poie obesi. Atok aim satu yo. Atok nak poie mokah dulu. Pedulik an Jopun, Korea, London bagai tu. Bukan dapek saham akhirat pun.  Err....kalau ado duit lobih, baru leh poie. Atok nak tokankan perkataan "kalau ado duit lobih"

Maso atok poie berkursus aritu, perjalanan Somban-Sabak Bernam memakan maso dalam 4 jam lobih. Gilo paneh punggung lopeh tu. Tapi kali ni atok ikut GPS made in China atok tu. Kiro dokek gak lah. Dalam 3 jam dah sampai. Atok bertolak pukul 6 pagi dan sampai dalam pukul kuat-kuat 9 pagi macam tu.

Mulo-mulo atok dah kauteam baik ngan ayah atok. Atok drive maso nak poie, ayah atok drive maso nak balik. Siap match jari kelingking.  Omak atok jadi mak datin kat seat belakang diapit bonzer duo orang adik atok. Dahlah malam tu atok berjogging blog lewat malam, pehtu pagi-pagi nak kena bangun. Nah, setepek lingkaran hitam dikeliling mato.

Dah daftar bagai, atok dan keluargo pun baliklah. Ha, janji tetap janji. Yesza! Ayah atok drive. Macam biasolah, mak atok jadi mak datin dan diapit sorang je bonzer. Bonzer yang sorang tu dah kena tinggal kat PSIS tadi. Dalam kete atok terhangguk-hangguk sebab mengantuk. Kejap mata buntang, kejap sepet, kejap lagi kepala aku nak cecah dashboard kete dah.

Drive punya drive, last-last ayah atok lak give up sebelum sampai Shah Alam laie. Dia pun dah terhangguk-hangguk. Malam tadi tengok cito kungfu. Nak tak nak kono lah atok drive sampai ke Somban. Sampai-sampai je umah, atok pun terus..............












Pengsan atas lantai











Isnin, 29 November 2010

Statistik setakat 28/11/2010


Assalammualaikum. Ujang akan diberi tanggungjawab untuk membuat statistik Apo2 Yolah pada setiap hari Ahad, tapi akan diterbitkan pada hari Isnin (auto publish). Terlebih dahulu Ujang nak ucapkan tahniah kepada ikon Apo2 Yolah yang pertama, Nonor! Tanpa berlengah masa lagi, Ujang akan menerangkan serba sedikit tentang statistik Apo2 Yolah setakat 28/11/2010.


Sehingga tarikh 28/11/2010 jam 22.34, blog Apo2 Yolah kini berado di kedudukan ke 418,985 392,899 di dunia, dan  2154 2,366 di Malaysia (mampus aku kena ganyang kat Suhami jap lagik). Harus diingat kedudukan ini adalah termasuk semuo website dan bukan mengikut turutan jumlah blog. Maksud Ujang kat sini, Facebook berado di tahta ke-1 dan blog Apo2 Yolah di kedudukan ke 2,366 di Malaysia. Peratusan kenaikan bagi kategori dunia adalah berlaku peningkatan sebanyak 6.23% dan PENURUNAN sebanyak (9.42%) bagi kategori di Malaysia jika dibandingkan pada minggu sebelumnya.



Top 5 post terhebat sepanjang minggu lepas adolah



2010 Nov 24
, 21 Pageviews
2010 Nov 18, 2 comments
, 19 Pageviews
2010 Nov 26, 12 comments
, 19 Pageviews
2010 Nov 25, 10 comments, 
13 Pageviews
2010 Nov 25, 2 comments
, 9 Pageviews





Pelawat yang melawat blog Apo2 Yolah sepanjang minggu lopeh terdiri daripada negara seperti di bawah

Malaysia
 1,005
United States
 41
Switzerland
 26
India
 16
Indonesia
 11
Belgium
 4
United Kingdom
 4
Sri Lanka 
4
Singapore
 3
Canada
 2













Sekian laporan statistik minggu ini,
si Suhami yang buas itu amat tidak berpuas hati dengan pencapaian kami minggu lepas. Habis satu opis dia mengamuk. Doakan Auntie Mei Mei selamat. Dia paling teruk dibelasah oleh Suhami, sekarang berada di ICU. Dia kan kuat menjawab.

Itu sajo persembahan Ujang. Jumpa lagi minggu dopan.Wassalam.
p/s : tolong kami naikkan trafik pada minggu ni!

Ahad, 28 November 2010

Hadiah yang dimenangi pemenang ANTI! part 3

1. Hadiah misteri untuk juara.....misteri???

2. Ijazah Sarjana a.k.a Master of ANTI from Apo2 Yolah International University


3. Video The Official thriller  berkaitan blog anda di youtube untuk Top 30, Top 10 dan Juara.
4. Gambar si juara akan menjadi ikon dan ditempel bersama-sama ATOK dalam main picture kat atas tu selama sebulan.
 
5. Banner exchange anda akan muncul di blog Apo2 Yolah untuk juara sahaja!
http://www.inibelognonor.blogspot.com" target="_blank">http://i.imgur.com/zWiJq.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 />
Copy this code to your website to display this banner!
 
6. Si Juara layak mendapat award banner dari Apo2 Yolah
7. Kontrak dengan Elite Modeling Agency.
8. Pakej percutian selama-lamanya di Phuket

Apa kata kakitangan Apo2 Yolah atas kejuaraan Nonor! part 2

angkaSAWAN, Dulu & Sekarang
                                        

"Atok tumpang gembirolah sobab Nonor berjayo menjadi ikon Apo2 Yolah pertamo.  Sumo adolah juaro. Tapi memandang an prinsip ikon Apo2 Yolah hanyo seorang yo, mako hanya sorang terbaik dipilih dikalangan terbaik. Tahniah Nonor dan sumo posoto!"







Bersama Tok Wan (kaunseling)


"Mulo-mulo Tok Wan tak sodar langsung dongan kehadiran Nonor. Orang cakap apo, colah gigi? Ha...sojak Tok Wan diberikan tanggungjawab oleh si Suhami untuk bagi tugasan kat diorang, baru Tok Wan tahu dengan kehebatan Nonor menulis! Ekau jadi diri sendiri. I lioke bebeh!"





Bersama Abang Joe (email )



"Abang Joe sependapat dengan Atok ngan Tok Wan. Abang Joe paling suko entry Nonor yang keduo, 'apabila aku remaja dulu, pernah sekali aku...'
Kalau nak ikut an Abang Joe pun ponah alami salah satu situasi lebih kurang samo dongan Nonor. Tu yang Abang Joe dapat feel. Apo pun, yang lain sumo hebat-hebat!"





Belajar Bersama Cikgu Nasir




"Tahniah kerana menjadi Apo2 Yolah Next Top Icon!"









Petua Kak Milah



"You make it girl! Kak Milah nak ucapkan tahniah kat Nonor. Dah diangkat sebagai ikon Apo2 Yolah tu, jangan lupa selalu hapdet wokey. Kak Milah nak kena dapatkan tips dari you lepas nih.  You're been watching now girl! Tahniah jugak pada finalist "








Auntie Mei Mei dan English



"Kongratulasyen gurl kos yu mek it into fainal. Auntie fil so praout of yu. Now yu are de ikon ma. So plis kontiniu yor blogging aaa. Kip ap yor work en de way yu wraiting. Shuwe yu wil sakses. Even auntie so sed kos mai feveret kontesten is eliminet, bat tribe are spoken!"







Statistik Ujang



"Puak sudah bersuara. Kamu adalah juara. Ujang ucap yang terbaik untuk kamu. Bermula dengan peratusan yang rendah dan meningkat dari minggu ke minggu. Lonjakan paradigma menghasilkan pola garisan ke atas sentiasa. Dan entry kamu yang terakhir jelas-jelas lahir dari lubuk hati kamu. Tahniah Ujang ucapkan."

Sabtu, 27 November 2010

Tahniah Nonor! part 1

Atok sukakan rancangan realiti. Tak kisahlah pertandingan dalam bentuk nyanyian ke, dancing ke, challenging ke, reality games show ke, seekers ke, sailormoon ke, ninja turtles ke dan lain-lain ke...baik cakap "lain-lain ke" sebab kalau aku tak cakap nanti karangan ini panjang.

Cerita pertama sekali yang atok pernah tonton  melibatkan rancangan realiti adalah Survivor musim pertama di Tiga Islands, Malaysia masa atok di tingkatan 4 lagi. Konsepnya yang menarik. Seramai 16 orang itu akan berebut untuk merebut gelaran Sole Survivor. Banyak cabaran. Seorang demi seorang disingkirkan sehingga juara ditemui. Start dari situ makin banyak pulak program realiti yang dipertandingkan. 

Dan yang terbaru atok minat pulak tengok cerita American Next Top Model. Sebab satu je alasannya. Atok sukakan Heather Kuzmich cycle 9.  Mula saat tu, atok mula ikuti cerita ni sejak cycle 9 hingga terkini, cycle 15.<---Cycle 1-8 aku tak tangok sebab dalam ati cakap ntah ape2 cite bogel dia tayang ntah.
Konsep yang sama seperti Survivor. Penyingkiran demi penyingkiran sehinggalah juara ditemui. Kat Malaysia ini pun makin banyak program realiti macam tu sekarang. OIAM, Akademi Fantasia, Malaysian Idol, U think i can dance dll.

Makanya, atok telah terfikir. Apa kata kalau atok buat program realiti sendiri? Realiti???  Melibatkan blog sebab atok hanya ada blog sajo. Kau giler nak suruh aku jadi produksi survivor edisi Malaysia. Then, kaji punya kaji maka tercetuslah Apo2 Yolah Next Top Icon program realiti blog yang terhasil dari gabungan Survivor dan ANTM.  Ada imuniti. Ada cabaran. Ada penyingkiran.

So, setelah tawaran dibuka akhirnya atok menerima 6 orang peserta saja yang berminat. Sodih. Maso tu atok dah terpikir dah, orang tak minat nak joint contest ni sebab menyeksa badan yo.  Maka, keenam-enam ini terus layak ke final stage. Lepas satu penyingkiran ke satu penyingkiran. Ada juga menarik diri atas masalah peribadi.  Namun akhirnya juaranya telah pun kini diketahui.

Mungkin ramai yang dah tahu gadis yang berasal dari Johor dan kini menetap di Kuala Lumpur ini telah berjaya menjadi Apo2 Yolah Next Top Ikon pertama.  Berumur 24 tahun dan terkenal dengan tagline eh "si cute Nonor didahulukan, Nonor menang diutamakan" <-----macam aku penah dengar je...tapi...

Mempersembahkan Nonor!.  Tepuk tangan.....
Nonor adalah calon peserta yang ke-4 menghantar portfolionya ke entry admin contest.  Bermula dengan markah yang teruk kerana menjadi peserta kedua corot semasa cabaran pertama. Dan kemudian meningkat dari minggu ke minggu.  Terus menjadi pesaing yang hebat pada cabaran yang seterusnya. Dia telah menemui rentak gaya penulisannya.  Tahniah sekali lagi Nonor. Sebanyak 7 entry khas dalam blog ini  akan menceritakan tentang kejayaan Nonor seperti yang dijanjikan sebagai salah satu ganjaran kepada si juara.  Nantikan sambungan entry khas kedua berikutnya.


Ini portfolio Nonor

Jemput singgah ke blog NONOR


Jumaat, 26 November 2010

Apo2 Yolah Next Top Icon~FINALE RESULT


Khamis, 25 November 2010

apo perbezaaan antaro jatuh pokok dengan jatuh perigi????jawab laa copek tok...

ha....mengikut pengamatan atok, kalau jatuh pokok tu bedobuk bunyi eh.....kalau jatuh pergi tu bedobush......err boleh terimo kor?

"sport or beauty? who care.....cuz im unique, and really proud of it"

Waa.....tajuk dah macam atok baru dapat anugerah shout award untuk kategori orang gilo harapan. Sedihkan? Orang gilo harapan di koba an seh.

Baiklah, kenapo atok buat tajuk macam tu? adakah kerana atok memilih sukan<----yeah! i lioke jogging!
...or memilih beauty? aww...aku segan, nyah.

Ini adalah pertandingan yang dianjurkan oleh cucu atok si Shalleyshalina atau namo manjo eh Alina.  Kau jangan main giler dengan cucu atok yang sorang ni. Kono langkah kaki atok dulu kalau nak ngorat.

Ni si Alina ni ado anjur an pertandingan cipta tagline untuk blognya. So, setelah dijomput oleh si Alina ni untuk terlibat samo, atok pun nak joint gak. Manolah tahu, kot2 rojoki terpijak an. Dapek yo rm50 hengget kasi topup duit susu berukben peliharaan atok ni.

Ni tagline untuk Alina
"sport or beauty? who care.....cuz im unique, and really proud of it"

Exspress Detox Foot Patch day 1

Ini atok mau cito kek sumo pasal detox foot yang kian popular di mata dunia sekarang. Atok telah diperkenalkan oleh Auntie atok. Erkkk, camno tu auntie atok? Atok punya makciklah. Nak iklan jap.

Tahukah anda kandungan toksin yang merbahaya di badan anda sekarang? Pencemaran, pemakanan dan cara hidup anda sekarang menyebabkan kandungan toksin yang merbahaya telah meningkat di dalam badan.
Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia. 

Nanti atok cerito an kebaikan menatang ni k.  Kali ni, atok nak korang tengok je dulu.  Malam ni kali pertama atok pakai. So cikdout.



Bahan-bahannya adalah seperti di atas
Lekatkan detox foot tadi pada pelekat
Lekatkan pada kaki selama 5-8 jam

Tadaa!...inilah toksin yang berjaya disingkirkan pada malam tu
Sesapo yang minat nak cuba try test, sila hantar maklumat no phone/email kat formspring sebolah kanan tu.  Makcik Atok agen detox foot so boleh dapat murah sikit dari harga pasaran. Esok kito cito laie yo.

ANTI Cycle 1~Recap

Ini adalah post melekat sehingga 25/11/2010 jam 12 tengah hari. Sila scroll down untuk entry terbaru. Sekian, mokasih...


Rabu, 24 November 2010

P.K.S

Apo tu tok?
Kau ni kejap PTK lah, PKS lah, PKR lah. X paham aku. 
Untuk makluman cucu den sekalian, P.K.S itu adalah singkatan bagi pekerja khidmat singkat. Ni ha, kat opis atok arini ada budak PKS baru masuk. Patutnya dia masuk hari isnin aritu, tapi ado masalah dalaman sikit. Atok lak ari isnin aritu sajo gatal-gatal nak demam so mc lah, ari selasa semalam atok ado exam PTK. So, atok blur sakanlah bila big boss mention hari ini ado budak PKS masuk. Tergagau-gagau aku kejap. Yelah, bontot atok baru je nak landing kat persinggahan kerusi keras opis, then big boss tipon cakap ado budak baru masuk.

Atok memang dah sedio maklum bahawa PKS akan sampai kat opis atok tak lama lagi. Tapi tak sangko lak secopek ni. PKS ini akan dibori an tanggungjawab memasukkan data dalam sistem. Ala, budak uitm kuching. Kan cuti sem sekarang, sajo yo nak cari duit lobih. Bagus gak tu, atleast ado aktivitilah nak dibuek an maso cuti sem ni.

Yang menjadi masalah eh sekarang, sumo data dah migrasi yang tinggal cumo bagi data-data bermasalah. Sampai sekarang tak setle2 masalah tu. Kadang2 atok sodeh gak. Beriya-iya lah atok kumpul data itu data ini untuk tujuan clear an masalah tu, tapi action dari sebelah pihak takdo. So, benda tu still pending. Pasni, aku naik malas dah nak jadi orang rajin. Eh eh....xleh cito panjang, kang ado yang teraso. Ado gak budak opis atok baco blog ni. Tapi itulah hakikat eh. Atok tak mau hipokrit.  Atok sodeh sangat. Kat blog ni yolah atok nak luah an.

Untuk hari ni, atok cumo kasi PTK tu semak semulo baki lejer dan ketepatan nama. Kalau dah topek, esok boleh move on to next step. Aiceh, tersepeaking berterabur lak. Ok2 la yo, atok nak cikidout dulu ni nak poie Pejabat Pos Somban nak  poie amik barang. Barang?????!

Kronologi P.T.K

Seperti yang dijanjikan atok nak cito sikit kronologi Peperiksaan Tahap Kecekapan siang tadi (semalam).  Bagi cucu den yang tak berjanji tadi tu, atok mintak mahap sobab tak blogjalan kat blog korang. Atok punyo berukben ni buek hal lagi. Macam siput lak deh. Banyak kali lar aku bertukar menjadi swamfire tadi. (alien api ben 10). Ini pun dah lewat malam atok buat enty ni sebab line dah ok balik.

Puas atok search lokasi SK Rahang kat mano. Manolah aku tahu kat mano, rahang aku tahulah. Yang bawah tengkorak tu. So, atok open gps cap ayam then cuba try test cari SK Rahang. Tak ado jugak. Last2 atok main belok-belok je ikut suka mana nak belok. Akhirnya sampai. Seb baik minggu lepas opismate atok ada bagi hint sikit lokasi sekolah tu.

Sampai-sampai je kasi tin tin pon pon sikit kat abang guard sekolah. Dia angkat tangan. Then cari parking. Atok antara orang yang terawal sampai. Gile ko, aku tak study ape lagi ni. Sebab tulah atok beriya sampai awal dengan niat dapat ler sibak-sibak apo yang patut. Atok duduk la pose rajin mengulangkaji kat kantin sekolah.


Rindu nak makan kat kantin sekolah. Time tulah acik kantin xdo

Akhirnya, ramai dah sampai. Kami segerombolan masuk ke dalam dewan. Mula-mula atok sesat gak dalam dewan tu. Sian kau kan tok, dewan sekangkang kera camtu pun leh sesat. Al-maklumlah spek mato atok tinggal.  Then mintak tolong mawas pengawas tunjukkan lokasi pertempuran.  Then jumpo.  Salah bahagian daa.  Duduk-duduk je atok siap snap nama atok yang tertampal kat atas meja. Jakun kan? 
Acik kat sebelah aku tu dok jeling-jeling je aku snap pic ni




Waaaa....Alhamdulillah. Bahagian A ni agak senang sikitlah. Almaklumlah dia banyak berkaitan dengan general. Atok rasa atok boleh score bahagian ni. Wah, kau mesti tersenyum-senyum kan? Jangan riso, janji tetap janji. Atok belanja eskrem pop sorang satu nanti wokeh!

Then lepas je abis bahagian A, bahagian B pulak pasni. Atok pun cubolah cari tempat strategik sikit nak mengulangkaji. Nama je nampak macam ulangkaji, tapi ntah apa yang masuk pun aku tak tahu. Asyik-asyik baca perenggan yang sama. Tak lama pastu masuk dewan balik untuk peperiksaan bahagian B. Sebelum akak pengawas bagi kertas soalan,, atok sempat lah snap gambaran dalam dewan tu. Walaupun atok tahu ada orang kat belakang tu mengumpat aku ni jakun tak pernah jumpa kamera, tapi atok tetap gigih jugak nak snap. Ini sume untuk tatapan cucu-cucu atok ni. See, betapa sayangnya atok kat kalian.

Suasana dalam dewan
Atok yakin akan boleh buat dengan bagus seperti mana bahagian A tadi. Tak apo, berkat doa korang dan perasaan memiliki otak sehebat adik Adi Putra, atok mesti boleh buat walaupun satu hapak pun tak study . Atok letakkan kad pengenalan, slip peperiksaan dan borang kehadiran di penjuru kanan mejo.  Yes! chaiyok! chaiyok!. Jika kau fikirkan boleh, kau pasti boleh melakukan!.  Then kertas soalan pun diedarkan. Selepas ketua pengawas memberi arahan soalan boleh dibuka, atok lihat soalan.  Atok terdiam seketika....dan............









Pengsan kat situ jugak!


Selasa, 23 November 2010

Praktikal

Ini bukan atok yang praktikal. Dah tuo-tuo camni nak praktikal bende. Ini alkisah bekas student practical kat tempat atok. Nama dia si Husna dari Uitm Kelate. Memandangkan atok ni diberi tanggungjawab sebagai bapak ayam supervisor oleh big boss untuk memantau si Husna ni, so dengan rela hatinya atok pantaulah.


Husna dah lama dah pun habis praktikal kat opis atok. Atok saje je nak glemer post entry ni sebab atok takde modal nak cito apo ni. So, nak dipendekkan cerito, si Husna ni menjalani latihan industri kat tempat atok ni selama sepuluh minggu kalau tak silap atok. Atok pun dah lupo dah. Then dia baru je abis bulan sudah.


Rajin budak si Husna ni. Comel yo budak eh. Sapo2 majikan nak amik si Husna ni bekojo, atok sokong 100%. Dio lulusan digri perbankan dan kewangan ko apo. Atok pun dah lupo. Baguih budak eh. Rajin. Ni atok boto-boto puji ni. Bukan palsu ke apa ke. Memang boto atok puji. Sebagai balasan dio banyak menyumbangkan tenago kek opis atok ni, so atok pun nak balas jaso eh. Atok tick la markah ponuh kek dio. Tapi atok deduct duo lah. Kang bagi 100% kang nampak nak fake lak. Ini dio markah si Husna ni. Baguih an. Amik la dio bekojo. Kontek atok sesapo berminat.














P.T.K

Tidakkk!!
Ado dua perkara yang bermain-main sepak terajang kat kepala atok sekarang ni. Satu perkara baik dan satu lagi perkara kurang baik sikit. Atok nak cite yang kurang baik sikit tu dulu. Boleh? Esok atok ada Examination yang pertama dan akhir bagi atok iaitu P.T.K.


Apo bondo P.T.K tu?
P.T.K tu adolah peperiksaan tahap kecekapan. Sebelum kau tanya aku ni "cekap ke tak" ?, baik aku cepat-cepat beralih ke topik lain. Topik tersebut adolah, PTK ni adalah peperiksaan bagi anggota kerajaan untuk kenaikan gaji dan pangkat. Tapi bajet baru-baru ni telah mansuhkan PTK kan. Atok tahu tu. Then sekali lagi sebelum kau tanya aku "abih tu kalau dah mansuh kenapa ko gatal amik?", baik aku cepat-cepat beralih topik gak.

Ye memang dah dimansuhkan, sebab tu atok cakap ni adalah yang pertama dan terakhir bagi atok. Yang pertama sebab atok baru sah jawatan awal tahun ni. Memandangkan tahap kecekapan atok tak berada di tahap memuaskan so atok skip exam bulan Julai aritu. Then atok decide amik bulan sobleh ni. Last2 bajet kata PTK dimansuhkan, so ini yang pertama dan terakhirlah.


Dan yang menjadi kemusykilan sekarang, walaupun esok nak exam tapi aku boleh buat tak tahu je ni. Boleh lak blogwalking, blogjogging, blogskodeng bagai. Tertonggeng tergolek korek idung atas katil nih.  Kalaulah atok ni genius tak pelah jugak. Ini.......





Camni la aku gaya aku jawab soklan

Zero.  Kau tak termeninggal? Arggh, apo nak jadi esok jadilah. Yang penting sekarang atok kono cubo sedayo upayo untuk menjawab yang terbaik <------kononnya
So, doa an atok yang terbaik wokey. Mano tahu, kot-kot ternaik lak pangkat ngan gaji atok, leh la belanja korang aiskrim pop sorang satu.


Berita baiknya pulak, atok nak amik exam kat SK Rahang, Seremban. Yeee!!! Atok kembali ke sekolah lagi. Malam ni jugak atok nak seterika baju sekolah atok. Errr... baju putih macam budak sekolah tu kasi feeling zaman persekolahan balik. Atok rindu dengan skandal zaman persekolahan dulu.







Kalau aku dapat anak murid cenggini, comfirm aku anta notis resign 24 jam


      


Doakan atok yang terbaekkkk!

p/s : masa korang baco ni, atok tengah berjuang!! demi belanja korang eskrem pop

Isnin, 22 November 2010

Statistik setakat 21/11/2010


Untuk makluman pihak tuan/puan, ini merupokan minggu keompek ese bertugas sebagai kakitangan Apo2 Yolah. Sayo adalah Ujang bagi mereko yang masih belum konal. Amacam coti hujung menggu?? Besh??

Macam biasalah, Ujang akan diberi tanggungjawab untuk membuat statistik Apo2 Yolah pada setiap hari Ahad, tapi akan diterbitkan pada hari Isnin (auto publish). Tanpa berlengah masa lagi, Ujang akan menerangkan serba sedikit tentang statistik Apo2 Yolah setakat 21/11/2010.


Sehingga tarikh 21/11/2010 jam 22.15, blog Apo2 Yolah kini berado di kedudukan ke 418,985 di dunia, dan  2154 di Malaysia. Harus diingat kedudukan ini adalah termasuk semuo website dan bukan mengikut turutan jumlah blog. Maksud Ujang kat sini, Facebook berado di tahta ke-1 dan blog Apo2 Yolah di kedudukan ke 2,154 di Malaysia. Peratusan kenaikan bagi kategori dunia adalah berlaku peningkatan sebanyak 13.75% dan kenaikan sebanyak 14.90% bagi kategori di Malaysia jika dibandingkan pada minggu sebelumnya.



Top 5 post terhebat sepanjang minggu lepas adolah


2010 Nov 16, 7 comments,
 30 Pageviews
2010 Nov 19
, 19 Pageviews
2010 Nov 18
, 11 Pageviews
2010 Nov 16
, 11 Pageviews
2010 Nov 18
, 10 Pageviews


Pelawat yang melawat blog Apo2 Yolah sepanjang minggu lopeh terdiri daripada negara seperti di bawah

Malaysia
 780
United States
 42
Switzerland
 12
Indonesia
 5
United Kingdom
 4
Oman
 4
Singapore
 4
Brunei
 3
Canada
 3
Germany
 3






Sekian,
si Suhami yang skema + pelik itu telah mewakilkan Ujang untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada semua.
Itu sajo persembahan Ujang. Jumpa lagi minggu dopan.Wassalam.

Ahad, 21 November 2010

Fakta Al-Quran 6

Berapakah jumlah ayat Madaniyyah dalam Al-Quran?
Jumlahnya sebanyak 1,761 ayat.



Ketahui teknik termudah untuk fahami 'big picture' Al-Quran & hafaz surah idaman sekaligus. Klik DISINI

Avril Lavigne dan suami bercerai

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Avril Lavigne (gambar) dan suaminya, Deryck Whibley dikatakan sudah menyelesaikan penceraian, termasuk pembahagian gitar-gitar mereka.  Rekod mahkamah menunjukkan bahawa hakim bersetuju dengan terma penceraian tersebut pada Selasa lalu di Los Angeles.

Persetujuan itu menyatakan bahawa Avril dan Whibley boleh menyimpan hak terhadap katalog lagu, anugerah dan gitar masing-masing.  Avril, penyanyi pop-punk yang mula terkenal menerusi album Let's Go pada tahun 2002 memfailkan penceraian pada Oktober 2009.

Dia menyatakan, tiada lagi persefahaman sebagai punca penceraiannya dengan Whibley, pemain gitar dan penyanyi kumpulan Sum 41.  Pasangan itu berkahwin pada Julai 2006 dan tidak mempunyai anak.
Keputusan mahkamah itu mula-mula dilaporkan oleh laman web selebriti, TMZ. - Agensi


Sumber : Kosmo! Online

Atok : Tak pasti talak bape....

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih