Ahad, 31 Oktober 2010

Are you Polo enough?




Make a statement. Make it loud. Polo Rocks! is an opportunity for you to become a music superstar. Do you have what it takes? Are you Polo enough?



Grand prize
A professionally produced 12-track studio album, with the guidance of on award winning professional music producer, cost of studio recording time, and the production of 3000 copies of the album.

Podium prize x 3 Units
(given to top 3 bands)
RM 5000 worth of musical instruments
RM 3000 worth of musical instruments
RM 2000 worth of musical instruments

Consolation prize
Production of 10-track album compilation of all 10 finalist


Token prize
Rm 1000 x 10 finalist

Auditions from 13 Oct - 31 Oct
please click HERE for more information

Air ditemui di planet Marikh






WASHINGTON - Saintis-saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui bukti terbaru mengenai kemungkinan terdapat hidupan di planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Para penyelidik NASA kini percaya bahawa persekitaran Marikh mampu menyokong kehidupan selepas air ditemui dalam bentuk cecair di planet merah berkenaan.

Penemuan itu dibuat kenderaan penjelajah Marikh, Rover Spirit selepas tayarnya terjelus ke bawah permukaan Marikh yang basah pada April lepas.

"Jika terdapat air dalam bentuk cecair pastinya terdapat kehidupan," kata seorang saintis berkenaan, Ray Arvidson dari Universiti Washington di St Louis.

Penemuan kali ini merupakan petanda pertama bahawa air dalam bentuk cecair wujud di Marikh sejak beberapa ribu tahun dahulu.

Kajian terbaru NASA itu dilaporkan dalam Journal of Geophysical Research.

Ia menyatakan bahawa cecair terbentuk daripada salji yang mencair dan meresap ke bawah tanah dan tidak meninggalkan kesan di permukaan Marikh yang kontang.

Air tersebut mengandungi beberapa garam galian termasuk hematit, silika dan gipsum. - Agensi

SUMBER : Kosmo! Online

Timbang berat blog


Salam Ahad,
Cikgu ado skodeng beberapa blog via google search. Pehtu terjumpo pulak blog INI.
Banyak tips berguno. Korang jangan ingat manusio yo ado timbang. Blog pun ado timbang. Sekali Cikgu Nasir timbang blog Apo2 Yolah ni, nah amik kau!!!

kategori obesti. Dekat 200kb. Kena diet blog nih.  Blog yang bagus, mesti bawah berkapasiti 100kb. Ringan dan senang nak loading. Tak slow la kato budak-budak zaman sekang. Lopeh tu, cikgu dan the crew diskas, then kami sepakat buang itu buang ini.  Last2 berat blog Apo2 Yolah tinggal.....jeng jeng jeng...........


Sabtu, 30 Oktober 2010

Nesvita Calciplus Milk




Korang nak tahu apa menu sarapan pagi atok? Jawapannya adalah cekodok pisang, lempeng arab, nesvita! Ini atok bukan nak promote ke ape ke. Tapi ini hakikat. Atok ni jenis yang kelam-kabut bila nak pergi kerja.  So, setakat nak makan mee hailam masa sarapan pagi tu, confirm lah aku sampai opis pukul 8.45 pagi. Lepas tu, big boss amik rotan lidi penyapu kasi kejar aku satu opis sebab lewat. So, dengan Nesvita, atok menjimatkan masa selain mudah disediakan.  Sekali teguk je, atok dah dapat sumber nutrien yang diperlukan.

Tapi kali ini, nestle cuba perkenalkan SUSU NESVITA CALCIPLUS khas untuk kekuatan tulang.  Kat bawah ni ada beberapa soalan tentang

Fakta Al-Quran 4






Apakah ayat yang terpanjang dalam Al-Quran?
Ayat yang terpanjang dikenali sebagai ‘ayat hutang’ iaitu
ayat 282 Surah Al-Baqarah.

Untuk melanggan pakej-pakej tersebut klik SINI

Hoben Jang Hoben


Jumaat, 29 Oktober 2010

Dutch Lady Malaysia



"Berapa berat mak?"

Budak yang berumur 1-6 tahun mesti cakap berat kamu 200kg lebih daripada anak 6-12 tahun bayangkan. Ala, maksudnya kalau budak 1-6 tahun tu ingat mak berat 300kg, budak 6-12 tahun pulak bayangkan 100 kg. Ni mesti mak budak tu obesiti.
Macam itulah perbezaan fikiran anak-anak kamu yang berbeza tingkat umur. Dan macam itu jugalah anak-anak kamu perlukan amaun nutrien yang berbeza-beza. So, berseronoklah dengan perbezaan umur itu kerana kamu mungkin akan memenangi....................
Grand Prize = RM 1000 cash + Dutch Lady Milk Products
2nd prize = RM 800 cash + Dutch Lady Milk Products
3rd prize = RM 500 cash + Dutch Lady Milk Products
 What are u waiting for?  Waiting for me give u RM1000???
Just grab this opportunity now and joint this contest by click HERE

ANTI Cycle 1_Challenge 2~result


Khamis, 28 Oktober 2010

iphone 3G


NI POST MELEKAT SAMPAI 31/10/2010.  HAPDET ENTRY ADA KAT BAWAH NUN.


Atok tak nak cakap banyak, tak nak merapu ntah ape2. Yang penting sekang, atok nak aim iphone 3G tu. Sesapa nak mulut dia tercengang macam atok sebab tengok hadiah yang canggih itu, moh ramai-ramai joint contest ni.




Atok : Atok nak pitam atas katil dah ni sebab nengok adiah tu.

Extreme Chessy 6


Twittt twitttt! SMS!!!!

Menu pizza hut terbaru hasil gabungan 6 cheese terkenal iaitu chedder, mozarella, parmesan, provolone, montery jack dan romano. 30% off for ala carte.  Juga berpeluang memenangi RM100,000 atau iPHADS! Promosi bermula 1 november dan berakhir pada 31 disember 2010. So apo lagi??? yAHOoOOoOoooO........cikidout kat website pizza hut malaysia dan klik DISINI

Karenah bekerja


1. Azam untuk bekerja
Azam sebelum grad
Pelajar : Aku memang excited nak kojo ni. Lepas je grad nanti, aku terus apply kojo kat mano-mano. Dengan jubah-jubah sekali aku p interview. Tak kisah mano2, janji rock den tak menganggur.
Kawan pelajar : Aku bangga dengan kau, jang!

Azam selepas grad
Ibu bekas pelajar : Kau ni hari-hari terbungkang dalam bilik sampai ke sonjo kang. Pemaleh. Kobau kek bondang tu sapo nak bagi makan?
Bekas pelajar : Ala mak, apa standart lepasan IPT macam orang jago kobau tu? Lepasan macam orang ni layak kojo lam opis yo.
Ibu bekas pelajar : Hah iyo!. Setakat ko lulusan kono tondang kek IPT, jangan harap la ekau nak meraso duk dalam ekon pun!


2. Bila dah dapat peluang interview
Sebelum interview
Bakal pekerja : Saya janji encik, saya akan buat overtime 24/7. Sampai nazak-nazak pun saya sanggup datang kerja. Bagilah saya peluang encik.
Bakal majikan : Bagus bagus. Kami akan menelefon awak dalam masa seminggu, jika awak berjaya.

Selepas interview
Bakal pekerja : Lahanat punya majikan. Kata seminggu nak call. Ni dah masuk setahun aku dok menunggu. Ni mesti kau tak bayar bil telefon ni.
Bakal majikan : Nasib baik kita tak pilih budak ni. Simpang malaikat 44.


3. Bila dah ditawarkan bekerja
Sebelum bekerja hari pertama
Pekerja : Mak copek mak! ni ari pertamo den bekojo ni. Copek bungkuih an lempeng arab tu buek bokal.
Emak pekerja : Iyo! den tongah siap an ni lah. Ko dah kojo sok, tak boli an den BMW sebijik, siap ko!

Selepas seminggu bekerja
Pekerja : Aduih, maleh boto den nak poie kojo ni ha. Liat tulang-belulang den nak bangun ha! Omak, den tak poie kojo arini. Peparu den tersumbek.
Emak pekerja : Alahai, takdo harapan la den pakai BMW.

ANTI ~Challenge 2


Ini adalah post melekat sampai 28/10/2010 jam 12 tengah hari. Sila seret kursor ke bawah untuk post terbaru


Buat satu post yang BERMULA dengan ayat ini

Masa aku remaja dulu, pernah sekali aku........................

TEMA GAMBAR : MALU

Tak perlu meleret, tapi mesti lebih 2 perenggan. Make it short and simple but superb!

ANTI Cycle 1_Challenge 2~NONOR


This post is sticky mode until 28.10.2010. Please scroll dowan for new entry.



TEMA : MALU
SOALAN : Masa remaja dulu, pernah sekali aku...
DI OLAH OLEH : NONOR
(Kalau korang suka olahan dan gambar NONOR ini, sila undi dengan klik "like"@ UNDI MASUK @ Undi di poll sebelum 28.10.2010 jam 12 tengah hari)

Masa remaja dulu, pernah sekali aku...dimalukan oleh burung,apa kata kau nonor?BURUNG? yup..semua gara-gara seekor burung...kisah yang mungkin memberi pengajaran kepada budak-budak sekolah yang baru nak naik-naik nak up-up katanyer, means terejal nak mampos..supaya jangan ikut jerejak nonor ye?memang memalukan..dan ada juga 2 kisah yang memalukan pernah aku alami semasa aku remaja..tak sedap lah ayat remaja tu, aku tukar skit jadi ayat..i'am not a girl..not yet a woman...bak kata my sis angkat aku Britney Spears..hahaha..* annoying siot...;D *


Ok, story bermula bila mana aku and the gang yang

ANTI Cycle 1_Challenge 2~Has

Ini entry melekat sampai khamis 28.10.2010, untuk hapdet terbaru sila leret seret kursor anda ke bawah


TEMA : MALU
SOALAN : Masa aku remaja dulu, pernah sekali aku...
DI OLAH OLEH : HAS
(Jika korang minat dokek olahan si Has ini, apo laie? klik lah kat "like" @ UNDI MASUK @ Undi di poll sebelum khamis ini, 28.10.2010 jam 12 tengah hari)

Masa aku remaja dulu, pernah sekali aku merasa malu yang amat sangat. Nak tahu nape? Kejadian ni berlaku masa zamanku muda-muda dulu, masa masih bergetah, cun melecun single-mingle lagi.. Kiranya waktu masa hormon remaja masih membuak-buak lagi.. Di suatu universiti 'tuttt', dekat fakulti 'tuttt', ade sorang jejaka malaya nih, memang menjadi pojaan bualan ramaila especially gals yang gedik-gedik dek kerana wajahnya yang ensem, gayanya macho malah bermotosikal harley lagiii... Hanya dikenali sebagai Jay (bukan nama sebenar!!)

Satu hari dalam kelas

ANTI Cycle 1_Challenge 2~Rome


TEMA : MALU
SOALAN : Masa aku remaja dulu, pernah sekali aku...
DIOLAH OLEH : ROME

Masa aku remaja dulu, pernah sekali aku kerja shift malam . Balik pukul 7 pagi .So plan balik jer nak singgah McD. Nak beli McChicken Burger . Lapar lah katakan .

So , hajat ditunaikan . Makan McChicken Burger!!! . So , sampai umah tido , pukul 12.30 tengah hari dah bangun . Dah plan dah , tengah hari nak makan Spaghetti Secret Recipe kat Ampang Point .


Disebabkan selalu sangat saya makan Spaghetti kat Secret Recipe . So , pekerja - pekerja kat sana dah kenal la saya ni . Bukan nak cakap saya ni Hensem la sangat kan ...tapi memang cute pun . Ialah dalam seminggu adalah dua kali saya pergi kesana .

Tak tahu lah apo yang diaorang letak kat Spaghetti dia . Memang sedap gila . ATOK patut rasa TUK . Mesti ATOK pula akan menjadi pelanggan sedia mereka .Nak di pendekan cerita , saya

ANTI Cycle 1_Challenge 2~Peja Preshley


Ini adalah entry melekat sehingga 28.10.2010. Sila leret kursor ke bawah untuk baca entry terbaru.

TEMA : MALU
TAJUK : Masa aku remaja dulu, pernah sekalu aku...
DIOLAH OLEH : PEJA PRESHLEY
(Kalau ekau minat fanatik giler kat Peja Preshley ni, korang klik "like" @ UNDI MASUK @ Undi kat poll sebelum 28.10.2010 jam 12 tengah hari)

Masa aku remaja dulu, pernah sekali aku tersilap orang…cerita dia bermula hari ahad semasa aku duk petik-petik keyboard laptop aku ni sambil layan tagged..tengah stim layan tagged tiba-tiba ade orang bagi mesej..and add as friend…so aku ape lagi buka ar ape dia tulis….and then aku accept dia punya request sekali…

pastu aku buka profile dia dan aku tengok gambar dia… cam ni…

ChurpChurp



Emak : Jang oOOoooOoo jang. Kobau dah kasi makan lum?
Suhami : Alah omak ni. Sabar kojap mak. Ese tongah pikir idea nak joint contest ChurpChurp ni.
Emak : Apo bondo eh ChurpChurp tu? Jenama kicap terbaru di pasaran ke?
Suhami : Huish, omak ni. Kocik ati owner ChurpChurp tu omak cakap macam tu. Well, ChurpChurp ialah sebuah medium pengiklanan di Twitter di mana omak akan dibayar untuk setiap tweet bagi kempen yang telah diberikan kepada omak.
Emak : Errr....omak setio dengan nuffnang yo. Tak nak lah khianat nuffnang.
Suhami : Omak kena tahu bahawa ChurpChurp ni adalah di bawah satu syarikat atau pengurusan yang sama dengan Nuffnang. Kiranya adik-beradik kandung lah.  Jadi omak  tak perlu takut la samada benda ni scam
Emak : Macam mano pulak omak nak join benda ni?
Suhami : Omak cuma pergi ke website ChurpChurp dan sign up sebagai Twitterer. Omak ado twitter kan?
Emak : Dah sign up, what’s next?....pergh speaking english kejap aku.
Suhami : Tunggu sehingga ChurpChurp bagi kempen yang bersesuaian dengan omak. Ambil maso sikit jadi kono sabar la. Hehe
Emak : Macam mana earning dikira? Amboih aku....nampak sangat mato duitan.
Suhami : Earning untuk setiap kempen yang omak tweet akan dikira berdasarkan bilangan followers Twitter omak. Lagi ramai followers Twitter, lebih banyak earning omak. Alah, ese percayo omak mesti banyak follower kan? Omak kan bekas ratu kobau kebaya.  Selain tu, omak bukan sajo boleh jana pendapatan sampingan dengan ChurpChurp, tapi juga boleh mengumpul kawan-kawan serata dunia. Canggih tak canggih?
Emak : Wahhhh.....(mata besar dan bersinar-sinar)
Suhami : Tapi kan mak, ese tak ado idea nak joint contest ChurpChurp tu lagi. Kering idea ese ni. Omak ado idea tak? Ala, macam mano nak memupuk minat orang ramai joint ChurpChurp ni?
Emak : Apo kato, kalau kau cadangkan kat ChurpChurp tu, buat rancangan realiti pertama dalam dunia blog.  Buat tapisan bagi 30 peserta akhir terbaik contohnya.  Setiap minggu buat pertandingan menulis entry. Tak kisahlah entry apo. Yang penting kena asli. Setakat kau copy paste dari blog lain/paper tu, tak payahlah. Untuk mengelakkan copy paste, buatlah entry mengikut tema yang diberikan oleh ChurpChurp. Dalam masa yang sama, orang ramai boleh mengundi secara online. Siapa markah undian paling tinggi minggu itu, dia dapatlah award dari ChurpChurp. Itu salah satu perkaro yang boleh menarik minat blogger juga tu.  Lagi ramai yang nak joint. So, bagi blogger yang markah terendah minggu itu, terpaksa disingkirkan.  Orang akan sentiasa mengikuti rancangan realiti blog itu dari masa ke masa.
"Waaaa...macam mana aku boleh tersingkir minggu ni..."

Suhami : Wah.......(mata bulat besar dan bersinar-sinar)
Emak : Selain itu, kau cakap kat ChurpChurp tu supaya cuba buat macam malam anugerah. Ala, yang macam artis-artis buat tu. Kita buatlah malam anugerah untuk ahli ChurpChurp sahaja. Kategori boleh difikirkan oleh pihak ChurpChurp sendiri. All about blogger.  Macam anugerah blog paling kababooom, blog paling happening, blog paling lawak, blog paling kreatif, blog paling sempoi, blog paling berinformasi, blog paling ramai follower, blog paling hot, blog kesukaan ramai, blog paling comel dan macam-macam lagi. Masa malam anugerah tu nanti, mungkin semua blogger akan berkumpul di satu tempat. Jemputlah seorang dua artis atau pelawak bagi memeriahkan lagi majlis. Mesti best. Amacam?
"Aku nak ucap terima kasih pada atok tiri belah mak angkat aku kerana menyokong aku selama ini"

Suhami : Wah......(mata bulat besar dan bersinar-sinar)
Emak : Kalau nak lagi gempak, ajaklah ChurpChurp buat rombongan bercuti sekitar Malaysia khas untuk ahli-ahlinya sahaja. Tak perlu luar negara. Negara kita pun ramai yang nak datang, buat apa kita nak pergi dunia luar. Pergilah tempat-tempat yang menarik dan lakukan aktiviti yang berfaedah. Macam daki gunung everest kinabalu ke, snorkling ke, bermalam di homestay ke. Bagus juga kan? Selain dapat merapatkan ukhwah, kita juga boleh menenangkan fikiran dan lupakan tekanan seketika.  Kalau nak lagi hebat, lepas ni cuba buat pertandingan memancing, pertandingan mewarna macam-macam dan lain-lain lagi.  Perbanyakkan pertandingan secara maya atau realiti.
"Yahooo! kita akan panjat gunung niah kinabalu!!!!"

Suhami  : Wah......(mata bulat besar dan bersinar-sinar)

Emak : Kau ni mata bulat besar dan bersinar-sinar......bagi idea tak nak. Kalau dapat rm100 hinggit tu, aku yang punya.  Baik aku daftar ChurpChurp KAT SINI sekarang.
Suhami : Ala mak ni. ChurpChurp lah mata bulat besar dan bersinar-sinar.

Rabu, 27 Oktober 2010

Tapak tangan alien


Saje je nak kasi gempak. Mana pulak den nak cekau tapak tangan alien tu. Ni cerita minggu lepas lagi ni. Tapi baru sekarang nak heboh kat 1Malaysia semua. Auto publish katakan. <------------------Padahal kau dah kering topik kan Suhami???
Nak dipendekkan cerita, den pergi fotostat buku lejer besar gedabak macam kepala keretapi. Saiz ukuran dia, jap jap den pergi ukur jap. 45inch x 30inch. Setakat besar gedabak tu nak angkut pergi fotostat, den tak kisah lagi. Ini nak hadap an bau semerbak eh. Mahu pengsan den tergolek jatuh kat tangga tu. Kau bayangkanlah era zaman jepun 70an-80an punya lejer. Zaman mak ayah den tengah sibuk berdating tu.
Fotostat punya fotostat, sifat kebosanan melanda diri. Nak sibak sehelai demi sehelai mau patah tulang selangka aku ni. Aku pun apa lagi. Idea jahat pun muncul dalam kepala otak ni. Pandang kiri kanan lepas tu aku fotostat menatang ni nak buat koleksi. Dalam masa yang sama big boss ada kat belakang aku pulak. Dia cakap cenggini.
         "Fotostat apa tu Suhami?"
         "Er....ni nak fotostat lejer ni, terfotostat pulak benda ni,"balas aku tersengih-sengih kerang busuk.
Lepas itu, big boss pun blah. Entah apalah dia kata tentang aku pastu. Ni preview tapak tangan alien menatang itu.








Aku pun ape lagi, sebelum big boss keluar dari biliknya bawa rotan bulu ayam, baik aku cabuttttttttttttttt!

Sains Buktikan Sembelihan Cara Islam Terbaik





Assalammualaikum geng!
Kali ini abang Joe nak adaptasi entry kali ini hasil kiriman email dari kawan abang, iaitu Azpalela Abdullah.  Credit untuk Cik Azzpa!  Menceritakan tentang kaedah penyembelihan islam dengan kaedah kejutan elektrik cara barat. Sekarang ni saintis barat telah membuktikan cara sembelihan islam adalah paling selamat dan tidak menyeksakan haiwan sembelihan. Geng bacalah selanjutnya.



Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.

Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:


"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Selain itu, Islam juga

Di mana kan ku cari ganti



Siapa suka dengan cerita P.Ramlee, angkat tangan? Boleh dikatakan dari zaman atok nenek kita dulu bawaklah ke generasi sekarang ni sukakan dengan cerita P.Ramlee.  Masa zaman video tape yang besar gedabak tu (sebelum vcd), ayah aku suka mengumpul koleksi-koleksi ceritanya. Hampir semua lakonan beliau, ayah aku simpan.  Sebab itulah kami adik-beradik memang fanatik giler dengan P. Ramlee selain charlie chaplin.  Tapi sekarang ni kat tv pun banyak menyiarkan cerita-cerita lakonan P.Ramlee.  Kalau nak ikutkan, kebanyakan lakonan arwah ni ada nilai pengajarannya. Bukan hanya lawak semata-mata. Gelak, gelak juga tapi ada pengisian yang tersirat di situ.

Orait, so sekarang ni Astro pun tak mahu ketinggalan. Diorang cipta muzik video istimewa sempena dengan kempen P.Ramlee, dimana kan ku cari ganti.  Lagu "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" memang sesuai ditujukan kepada beliau. Tapi kali ini lagu tersebut telah dinyanyikan oleh artis popular masa kini seperti Aizat, Stacy, Ning Baizura, KRU, Atilia, Jaclyn Victor, Lan the typewritter, Bunkface, Ella dan Shahir. I hate to say this. But i have too. Aku memang suka dengar Shahir nyanyi lagu ni. Nak tonton, klik SINI.

Selasa, 26 Oktober 2010

BlackBerry Torch 9800


"Wahai Tuan Puteri Bunian Mayangsura,  bakal suami tuan puteri  sudah tiba di istana,"kata dayang.
"Sudahlah dayang. Beta sudah muak mendengar itu semua. Pastinya bakal suami beta itu tidak berjaya menjawab teka-teki beta. Katakan pada ayahanda beta, beta sudah berputus asa,"balas tuan puteri sedih.  Dia memalingkan wajahnya ke dasar sungai mengalir.
"Eh, tak cuba tak tahu lagi tuan puteri.  Mana tahu, kali ini baeekkkkkk punyaaaa!. Cepatlah bersiap tuan puteri. Kacak macam Suhami Fahrin Ahmad orangnya.  Percayalah cakap patik. Mari patik tolong tuan puteri bersiap sekarang,"pujuk dayang lagi.
"Jika  benar apa yang dayang nurfaizah katakan, bawa beta ke istana sekarang juga!"
"Amboih tuan puteri, excited nampak,"gurau dayang.
"Tiada siapa yang mampu menjawab teka-teki beta itu"




 Di dewan besar Istana Bunian Mayangsura, semua kerabat-kerabat sudah berkumpul. Tuan Puteri duduk dipersinggahannya yang bertahtakan emas zhulian putih ditemani dayang-dayang disebelah.


"Wahai seluruh pembesar di raja dan tetamu kehormat semua, ingin patik mengulangi sekali lagi permintaan puteri beta. Barang siapa yang dapat menjawab teka-teki puteri beta, dialah bakal pewaris Jajahan Mayangsura dan suami kepada puteri beta,"titah Raja Mayangsura bersuara lantang.
"Beta ingin mencari pewaris Jajahan Mayangsura dan putera kepada anakanada beta"


"Baiklah, teka-teki anakanda beta adalah seperti berikut.......


Yang pertama,
jika sanggul indah digaya permata,
tetapi lebih anggun digaya bunga seroja


Yang kedua,
jika hebat pokok mangga,
hebat lagi pokok kelapa.


Yang ketiga,
jika disangka air tempayan cukup untuk meyimpan,
bagaimana pula laut selautan.


Yang keempat,
jika rumah batu tiangnya satu,
rumah papan tiangnya seribu.


Dan terakhir,
jika puteri idaman sosoknya,
siapa pula jantung hatinya.


Silakan jawab wahai tuan hamba,"soal Raja kepada seorang pemuda yang kacak di depannya.




"Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Izinkan patik menjawab soalan tersebut.  Sungguhpun kesemua soalan yang empat itu hanyalah satu sahaja jawabnya. Jawapan dari patik adalah........


Kesemua hadiran senyap seketika. Raja, Permaisuri, Puteri, Pembesar di Raja, Kerabat-kerabat, rakyat biasa, dayang-dayang, semuanya menanti dengan penuh debar.





"JAWAPANNYA ADALAH................
the latest BlackBerry® Torch™ 9800!!!"




Semua hadirin hampir kecoh seketika.  Pembesar-pembesar di Istana Bunian Mayangsura berpandangan sesama mereka.




"jika sanggul indah digaya permata, tetapi lebih anggun digaya bunga seroja.  Bagaimana jika memakai kedua-dua? Begitu juga dengan BlackBerry Torch 9800 dua-dua pakej ada dan boleh diguna pada bila-bila masa. Tiada lagi dalam dilema.  Tuan puteri bukan sahaja dapat menekan telefon dengan menggunakan skrin sentuh 3.2 inchi, malah terkini ianya telah dilengkapi dengan papan kekunci fizikal.  Jika tuan puteri bosan menekan skrin sentuhnya, apakata jika beralih ke papan kunci fizikalnya.  Begitulah sebaliknya.  Sesungguhnya itu adalah telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai fungsi itu.  Hebat bukan?




"jika hebat pokok mangga, hebat lagi pokok kelapa. Jika tuan puteri menanam pokok mangga hanya mangga saja dapat dimakan, tetapi jika menanam pokok kelapa, pelbagai kegunaan boleh diperolehi dari semuanya.  Begitu juga dengan BlackBerry Torch 9800 tuan puteri bukan sahaja dapat menggunakan telefon itu untuk bercakap sahaja, malah ianya turut dilengkapi dengan fungsi kamera 5mp yang setanding seperti kamera digital lain. Dilengkapkan sekali dengan flash, auto fokus berterusan dan penstabilan imej, juga 11 mode gambar dan video untuk merakamkan saat terindah.  Canggih macam kamera digitalkan? Cuma bezanya kamera digital biasa tidak dapat membuat panggilan dan ada fungsi canggih yang lain seperti mana BlackBerry Torch 9800!




jika disangka air setempayan cukup untuk menyimpan, bagaimana pula dengan air selautan. Dengan BlackBerry Torch 9800 tuanku puteri bukan sahaja boleh menyimpan data sehingga berkapasiti  8gb memori, tak cukup dengan itu diupgrade lagi dengan 32GB microSD!! Kesan zoom hanya dengan jari puteri sahaja dan pemain muzik yang sempurna dan  membolehkan puteri untuk mengenalpasti album penuh dan senarai lagu dalam paparan potret atau lanskap.  Lepas ini, bolehlah tuan puteri menyimpan koleksi lagu kegemaran hanya dalam satu ciptaan sahaja.  Boleh mendengar pada bila-bila masa dan di mana jua.




jika rumah batu tiangnya satu, rumah papan tiangnya seribu. Dengan BlackBerry Torch 9800 tuan puteri bukan sahaja dapat menelefon, menangkap gambar, mendengar muzik dan sebagainya, malah turut dilengkapi dengan jalur internet yang terus bersambung dengan rangkaian sosial tuanku seperti Facebook, Twitter, My Space, Buzzd dan banyak lagi.  Sekarang, tuan puteri tidak perlu lagi untuk berbondong-bondong membawa laptop tuanku ke hulu ke hilir semata-mata untuk sentiasa mengikuti trend semasa. Cukuplah sekadar hanya sekadar membawa BlackBerry Torch 9800 bersama!




Juga untuk kefahaman tuan puteri dan sekalian hadirin di Dewan besar Istana Bunian Mayangsura ini, dengan BlackBerry Torch 9800 juga, urusan melayari internet lebih cepat dan dipertingkatkan.  Urusan browsing Multi-tasks dipertingkatkan dengan menguruskan beberapa halaman terbuka dengan tab browsing serta penanda buku semua laman web kegemaran anda dengan ikon tanda atau nama-nama disesuaikan  dari paparan utama.


 
 Untuk soalan puteri yang terakhir,
Jika puteri idaman sosoknya,
Siapa pula jantung hatinya


Jika  BlackBerry Torch 9800 fizikalnya, mestilah Celcom Exec 50 jiwa nadinya!
Dengan Celcom Exec 50
  • tuan puteri boleh sentiasa kekal berhubung dengan harga serendah RM50 sebulan!
  • Rencana dengan automatik diskaun sehingga 30% setiap bulan!
  • Semakin banyak yang puteri gunakan, semakin banyak tuan puteri berjimat
  • Kadar panggilan 15sen ke nombor lain. Tidak ada yang rumit, cukup tahap sederhana untuk kesemua nombor
  • Automatik diskaun pada setiap bulan.
  • Bayaran bulanan RM50 sahaja.
  • PERCUMA Celcom Broadband Dasar Rencana selama 1 bulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps
  • Jadi sebahagian daripada TERBAIK dengan rangkaian, terpantas terluas, rangkaian paling jelas di negara ini  


Tuan puteri tunggu apa lagi?  Jadilah pengguna yang pertama untuk memilikinya dengan pelan Celcom Exec pasca bayar! Jadi 100 pelanggan untuk melakukan pra-mendaftar & membeli BlackBerry ® ™ 9800 Obor hari ini untuk menikmati  promosi secara eksklusif dengan Celcom pelan Pascabayar Exec. Dapatkan GANJARAN: - Jabra Bluetooth Headset bernilai RM125 - 8GB Micro SD Card bernilai RM68 - Energizer Portable bernilai RM58
Jadi jangan tunggu lagi, pelanggan kini boleh pre-register di: http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

"Itu sahaja jawapan dari patik tuanku,"balas pemuda dengan rendah diri.
"Apakah itu benar jawapanya wahai puteriku?"
"Ampun tuanku beribu-ribu ampun.  Pemuda inilah bakal PEWARIS JAJAHAN MAYANGSURA dan juga bakal SUAMI anakanda!" 
"Itulah jawapan kepada teka-teki beta"


"Terima kasih! Patik akan menjadi orang pertama mendapatkannya untuk tuan puteri.  Celcom akan melancarkan Blackberry Torch 9800 pada 29 October 2010!"



Negeri Sembilan vs Kelantan


Apabila dah gile kentang bola.

Ahad, 24 Oktober 2010

Protes paksa Lady Gaga batal konsert




BEBERAPA penunjuk perasaan semalam menyekat laluan ke sebuah dermaga kapal Toulon, selatan Perancis bagi membantah had umur persaraan dilanjutkan.



PARIS - Penyanyi terkenal, Lady Gaga nampaknya turut menerima tempias protes besar-besaran yang berlaku di Perancis apabila para penunjuk perasaan mengawal lapangan terbang di Marseille.

Tindakan tunjuk perasaan itu menyebabkan Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Bad Romance terpaksa membatalkan konsertnya di Paris yang dijadualkan pada hari ini dan esok.

Protes itu semalam merupakan siri tunjuk perasaan yang bertujuan membantah rancangan pemerintah Perancis yang mahu melanjutkan usia persaraan daripada 60 tahun kepada 62 tahun sebagai salah satu usaha mengurangkan defisit bajet.

Semalam, ratusan pekerja menghalang semua akses ke lapangan terbang utama di Marseille selama tiga jam.

Para penumpang terpaksa berjalan kaki ke terminal sebelum anggota polis datang menyebabkan kumpulan penunjuk perasaan bersurai. Mereka turut menghalang laluan kereta api di sekitar Paris.

Beberapa buah lebuh raya terjejas apabila beberapa buah kereta dan trak menghalang laluan di Calais di utara dan Pyrenees, selatan Perancis.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Brice Hortefeux menyelar individu yang terlibat dalam protes tersebut.

Bercakap kepada radio Europe-1, Hortefeux memberitahu seramai 1,901 suspek telah ditahan sejak awal minggu lalu.

Hortefeux menegaskan Perancis masih miliki rizab minyak untuk beberapa minggu lagi dan bekalan adalah semakin baik meskipun ada tunjuk perasaan.

Pagi semalam, para pelajar menutup Sekolah Tinggi Turgot berhampiran Place de la Republique di timur Paris bagi membantah cadangan melanjutkan had umur persaraan. Mereka duduk di tengah jalan dan menghalang aliran trafik dengan menyanyikan lagu serta melaungkan slogan kumpulan buruh.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Paris memberi amaran kepada warganya supaya menjauhi lokasi demonstrasi di Perancis.

Amaran itu menyatakan demonstrasi aman boleh bertukar menjadi ganas. - AP


SUMBER : Kosmo! Online

Sabtu, 23 Oktober 2010

Bila Mama Jurney buat cabutan bertuah


**sticky mode till 23 Oct 2010.. scroll turun fr new entries**

Sekarang ni atok dah giler contest. Aku tak kire. Aku nak masuk sumer sekali<------astaghfirullah atok....mengucap bebanyak!
Contest cabutan bertuah kali ini dianjurkan oleh HOT MAMA JURNEY. Korang klik je DI SINI kalau nak menang

1 set perfume dari Imtiyaaz Aroma fr Yusof & Zulaika
berserta tas tangan exclusive dari SyazLurve Couture Collection <-----errk!! tas tangan???

Sape ketiak asyem tu, WAJIB joint contest nih

Fakta Al-Quran 3


 

Apakah surah terpanjang dan terpendek dalam Al-Quran?

Surah terpanjang ialah Surah Al-Baqarah manakala surah
terpendek ialah Surah Al-Kauthar.

Untuk melanggan klik SINI

Jumaat, 22 Oktober 2010

you again


You Again Movie Synopsis

No matter how old you are, you never get over high school. Successful PR pro Marni (Kristen Bell) heads home for her older brother's (Jimmy Wolk) wedding and discovers that he's marrying her high school arch nemesis (Odette Yustman), who's conveniently forgotten all the rotten things she did so many years ago. Then the bride's jet-setting aunt (Sigourney Weaver) bursts in and Marni's not-so-jet-setting mom (Jamie Lee Curtis) comes face to face with her own high school rival. The claws come out and old wounds are opened in this crazy comedy about what happens when you're reunited with the one person you'd like to forget.

cikidout this comedy's infoes HERE

Peugeot 207 Extreme



OMG, atok dah lamo nak drift camni !!!watch the full video HERE! (err...mesti buruk ghope nyer kalu aku drift)

ANTI Cycle 1 Challenge 1~penyingkiran


Khamis, 21 Oktober 2010

Gasket?


Alahai malunye aku. Lepas balik dari keje, moto mula meragam. Sebenarnya dah seminggu dua lepas lagi dah start meragam. Tapi haritu memang teruk tahap dugong dah. Bila bawak je tersekat-sekat. Terloncat-loncat. Macam naik unta pun ada aku rasa masa tu. Bab malunya, bila berhenti kat lampu traffik. Masa nak masuk gear je, confirm motor aku buat aksi ikan lumba-lumba meloncat. Terpaksa bawak perlahan.  Malu aku. Orang kiri kanan pandang pelik je.

Sampai je rumah, terus bertukar menjadi superman pakaian semua, then pergi worksyop. Ada tiga budak cina. Kesian tengok aku macam rusa masuk kampung kat situ, salah seorang budak cina tu tanya camni.

"Apa rosak?"
"Itu mau ganti gasket,"balas aku.
".........................???"
"Gasket.....gasket,"ulang aku beberapa kali.
"Apa itu gasket?,"tanya dia sambil garu kepala.
"Ini you tengok motor i, dia punya gasket macam dah haus lah. Mahu kasi air tukar baru,"kataku dengan confident dan yakin.
"Itu bukan gasket. Itu spoket lorrr"

*Pengsan.................

Info : 
Gasket :
A gasket is a mechanical seal that fills the space between two mating surfaces, generally to prevent leakage from or into the joined objects while under compression
Gasket


Spoket :

A sprocket is a profiled wheel with teeth that meshes with a chain, track or other perforated or indented material. It is distinguished from a gear in that sprockets are never meshed together directly, and differs from a pulley in that sprockets have teeth and pulleys are smooth
spoket


p/s : Tak sampai pun 10% sama erti . Itulah akibatnya kerana tak ambil endah pasal moto. Aku budak akaun wei, bile lak nak kaji2 gasket spoket ni. Kalau lah kat motor tu ado spare part "cash flow" tahu ler aku.......larikkkk....



Larikkkk selamatkan diri!!!

Challenge 1 ~ Apo2 Yolah Next Top Icon

Ini adalah post melekat sampai 21/10/2010 jam 12 tengah hari. Sila seret kursor ke bawah untuk post terbaru



Buat satu post berkaitan anda yang berakhir dengan ayat ini


.....................i am unique, and i proud of it.

 TEMA : ITS ME
Tak perlu meleret, tapi mesti lebih 2 perenggan. Make it short and simple but superb!

1. Copy link url ke dalam komen. Admin akan copy post anda ke dalam blog ini untuk tatapan awam.
2. Post sebelum khamis 21.10.2010 jam 12 tengah hari.
3. Jumaat adalah penyingkiran pertama.
(Lagi cepat anda post, lagi banyak meraih undi dari juri awam)
Undian awam boleh dilakukan dengan klik "Like" pada post di admin atau undi di poll atau klik UNDI MASUK di bawah post

*Paling penting, pastikan post anda ada gambar anda posing bertemakan tema diberi untuk layak menang imuniti

-This challenge start now!-

ANTI cycle 1_Challenge 1 ~ Cimot





OLEH : CIMOT
(Kalau ekau suko si cimot ni, klik "like" @ UNDI MASUK @ undi di poll.  Undian berakhir pado khamis ini jam 12 tengah hari)

oooooooooo..uniknya uniknya uniknya..Singapura!
apsal Singapura plak nih.haihhhhhh.OK!takdak kaitan langsung pon.cuma cek nak habaq mai kat hangpa semua yang aku telah layak ke second stage AF.ada hati masuk AF.sore pon macam guruh berdentum.hahahaha.saje2 nak syok sendiri.hanya orang yang mereng jer terima saye masuk AF.sebenarnya, aku telah telah dipilih oleh atok angkat sebelah mak tiri aku yang tak wujud pon itu untuk teros mara ke peringkat beberapa akhir dalam rancangan beliau Apo2 Yolah Next Top Icon.tidak ku duga sama sekali.kalo ala-ala artis fofuler berkata:

ANTI cycle 1_Challenge 1~Peja Preshley



 OLEH : PEJA PRESHLEY
(Kalau cucu minat kat si peja preshley ni, undilah dengan klikkat "like" @ UNDI MASUK @ poll survey. Tarikh tutup ondi padi khamis ni jam 12 tengah ari)


It’s me

Aku Nampak macam jahat orang kata lah bukan aku…Hidup aku bukan lah secerah mentari pagi….ketika itu aku rasa diri inilah lah yang paling malang di dunia ini…

Hidup aku masa kecil amatlah susah, ditinggalkan oleh insan bernama bapa seawal usia sehari amatlah perit. Dan sejak dari itu

ANTI cycle 1_Challenge 1~Rome


 

OLEH : ROME
(Jika ekau minat blog si Rome ni, klik "like" @ UNDI MASUK kat entry ni @ undi di poll. Undian berakhir khamis ini jamn 12 tengah hari)


Saya mempunyai seorang bapa angkat cina . Seorang emak angkat india . Seorang nenek angkat india . seorang adik angkat india . Kalau boleh semua orang saya nak angkat . hihihi.
Tapi yang ini semua

ANTI Cycle 1_Challenge 1~Has




~This is a sticky post till 21 Oct. Below is the new entry~


OLEH : HAS
(Jiko ekau minat kek si Has ni, klik "like", UNDI MASUK atau undi di poll sebolum khamis ni 21/10/2010 jam 12 tengah hari)

Unikkah aku jika masa kecik2 dulu (time blom bersekolah) aku dan kawan2 suka main tarik pacat panjang-panjang, tapi bila dah besar ni kemain geli, pantang nampak pacat..trus melarikan diri?

Unikkah aku jika

ANTI Cycle 1_Challenge 1~Nonor


Ini adalah post melekat yang akan melekat sehinggo 21.10.2010. Sila sekerol down kursor anda ke bawah untuk bacaan yang hapdet.

 OLEH : NONOR
(Jika jang suko kek nonor ni, sila klik "like" @ UNDI MASUK @ undi di poll sebelum 21.10.2010 jam 12 tengah hari)

ITS ME

Im just an ordinary person , simple but

Skin 11




Skin 11 telah menyambut ulang tahunnya yang kedua. Untuk itu, skin 11 ado buat promosi berganda untuk pelanggannya. Isi borang secara online dan hantar, kalian layak untuk promosi itu.  Apo promosi itu? Kalau nak tahu klik SINI

Testimoni.
Ng Lay Wah (housewife)
"My skin condition improved vasty since I started using 11's products and treatments. With the profesional treatments at Skin 11, i am no longer facing sensitive skin and milia seeds problems. I feel happy and confident!"




"Come and joint us or regret 11 times"

Shout Award



Kalau translate ke Bahasa bunyinya anugerah jerit...***** betul bunyinya....kesimpulannya jangan memandai kau nak translate suhami. Shout Award pun sekali dengar dah superb! Yeah Shout Award kembali lagi!!!!

20th nov 2010, saturday
8.30pm LIVE
Stadium Putra Bukit Jalil

Voting Now!
Voting period between 18 oct-19 Nov 2010.

Vote online HERE

Rabu, 20 Oktober 2010

Air Asia.com



Lai lai lai....rapat-rapat......Sudah 100 juta orang telah terbang dengan world's best low-cost airline. Korang dah? Kalau zaman tok kadok dulu bising takde kepak nak terbang, now everyone can fly.  Promosi tempahan untuk bulan soploh jek. Bulan mengambang 11, 12 dan Januari tahun depan kamu boleh terbang......

Booking your ticket HERE now.

Deep Green_Pencemaran alam sekitar



Tahu tak sekarang ni suhu bumi makin lama makin panas. Kalau masa keci-kecil dulu, setakat nak bermain pukul 2 tengah hari masih steady lagi. Tapi sekarang, nak keluar pukul 5 petang pun belum tentu lagi. Itu baru satu hal. Banyak lagi kesan-kesan pencemaran yang boleh kita tengok sekarang. Inikah dunia yang nak kita wariskan pada anak cucu kita kelak? So, Digi , Yahoo, Ecoknights, Nuffnang dan ESPM ada buat kempen. Nak tahu kempen apa? Klik SINI

Terapi Warna


 Lama udah Tok Wan tak mengarang dalam segmen di bawah kelolaan Tok Wan ini. Al-maklumlah aku baru lepas bersalin jaga menantu lepas bersalin. Kang Tok Wan cuti lama-lama, tak pasal-pasal kena pecat kat Suhami. Dia tu giler kuasa skit. Skang ni giliran Tok Wan menunjukkan belangnya. Pertanyaan kali ini datangnya dari Shima. Cikidout!


Tok Wan, Tok Wan......kenyit mata sket. Ok dah. Tok Wan, eden ado masalah dalaman ni. Baru-baru ini eden dengan laki den bertokak bergusti sebab nak pilih warna apa cat rumah kami ini.  Eden suko warna terang-terang kat bahagian ruang tamu. Laki den suko warna golap-golap. Eden tahu, rayo pun dah lopeh tapi kenapa sekarang baru nak cat. Sebona eh, den laki bini bergaduh la maso tu sebab nak pilih warna sampai sekarang tak cat-cat. Skodeng punyo skodeng, terjumpo pulak website apo2 yolah ni. So, eden nak mintak pendapat Tok Wan la yo. Namo den Shima.

Jawapan Tok Wan :

Oii! ekau ingat den ni lesbo ko nak kenyit2? Ekau ni....patut eh di awal topik perbualan lagi kono kenalkan namo. Ini tidak. Dah last-last peranggan baru kau mention nama kau. Macam karangan tak rasmi lak aku tengok. Camni Shima. Tok wan tak pernah lak ambik kursus ijazah sarjana muda pengecatan (kepujian). Tapi Tok Wan boleh sikit-sikit tolong kau, sebab Tok Wan ada terjumpa sehelai kertas atas jalan tadi. Tajuk dia terapi warna. So, Tok Wan rasa amat sesuai untuk kau. Cekedout.....


JINGGA/ ORANGE
  •  warna keceriaan dan kegembiraan
  •  mengurangkan dan menghilangkan perasaan kasihankan diri, tidak boleh memaafkan orang lain serta memperbaharui keinginan.
  • anti tekanan dan menghidupkan semangat.

MERAH/RED
  • warna yang berkuasa yang selalu dikaitkan dengan cita-cita dan gaya hidup
  • membantu mengurangkan fikiran negatif
  • sering dikaitkan dengan unsur kemarahan
  • jika warna ini banyak digunakan, ia boleh membuatkan diri mudah meradang, tidak sabar dan tidak selesa.

KUNING/YELLOW
  • kegembiraan, riang, warna yang dapat meninggikan semangat.
  • menggabungkan bahagian intelektual dalam minda dan ekspresi pemikiran
  • meningkatkan kearifan dan memori, membuat keputusan dan membuat pertimbangan lebih jelas.
  • membantu menjana idea baru dan kebolehan untuk melihat sesuatu dari sudut pandangan berbeza.
  • membina keyakinan diri dan meningkatkan cara pemikiran yang optimis.
  • namun, warna kuning yang terlalu pudar menunjukkan ketakutan.

MERAH JAMBU/PINK
  • menenangkan, mententeramkan dan melegakan. 
  • Kembalikan perasaan kepada semulajadi
  • mencetuskan warna kasih sayang dan perlindungan
  • juga dikaitkan dengan perasaan keseorangan, kecewa, terlalu sensitif.

HIJAU/GREEN
  • dikaitkan dengan alam semulajadi
  • menghubungkan empati dengan individu lain dan alam semulajadi
  • membina perasaan selesa, rehat, tenang dan kurang stress.
  • mengimbangkan dan melegakan emosi.

HITAM/BLACK
  • dikaitkan dengan keselesaan, melindungi dan misteri
  • menunjukkan kesenyapan dan keadaan yang tak terbatas
  • boleh digunakan apabila berlaku perubahan dalam hidup
  • menyerap tenaga atau menyimpan

BIRU/BLUE
  • mewakili warna kasih sayang
  • menimbulkan suasana tenang dan kesihatan
  • diperlukan untuk pemulihan diri
  • berupaya mengurangkan kesakitan dan ketegangan
  • penyakit seperti migrain boleh dibantu dengan berada di bilik bewarna biru lembut
  • mengurangkan tekanan darah dan jantung
  • turut digunakan oleh mereka yang mengalami insomnia
 PUTIH/WHITE
  • Warna yang tulen dan suci
  • warna pelindungan, keamanan dan keselesaan
  • meringankan emosi terkejut dan putus harapan
  • membantu membersihakn emosi, pemikiran dan rohani secara dalaman
  • jika inginkan masa dan ruang untuk perubahan, warna putih boleh memberikan kebebasan
  • namun terlalu banyak warna putih boleh menimbulkan rasa dingin dan rasa terasing.




Tok Wan : So, lepas ni kalau kau laki bini nak bergaduh lagi, Tok Wan tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Gud Luck!

Apo2 Yolah Next Top Icon Cycle 1 Opening (ANTI Cycle 1)








P/S : Kepada peserta akhir, sila post entry anda sebelum terlambat.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih