Sabtu, 31 Julai 2010

Sakit nak beranak






Selamat pagi sabtu. Apa koba? Sihat? Kalau tak sihat, sila pakai mask. Hihihi. Guys, just want to inform tht next week im not active coz......coz.....coz i want it to.....bahaha. Cuti panjanglah. Saje je. Akukan pemalas.  Tapi, sebelum cuti den dah sediakan entry2 pada hari tertentu. C, betapa sayangnya aku kat ko. Nanti den just tunggu nak publish je.
Nak share ni, malam semalam kakak ipar den dah sakit. Bukan sakit jiwa tapi sakit nak bersalin anak kedua dan juga cucu ke-6 my mum and dad. Anak sulung lelaki n wish the 2nd one is a girl. Wish. N im wish too coz kat rumah aku ni dah banyak sangat belalai gajah. 4 belalai vs 1 girl sekarang. Mahu tak roboh umah mak ayah aku kalau sumer belalai-belalai ni balik kampung.  Harap sumernya akan selamat.

Khamis, 29 Julai 2010

"LENSA BURUK, THE CONTEST"

Thanks to amy rosmiza kerana tagged aku. huhu. tak tahu camne nak joint contest ni tapi try my luck la. Contest apa?   Contest ni namanya LENSA BURUK iaitu contest tentang gambar....yang host contest ni ialah TI ANNE MOHD YASSIN .

syarat2 contest ni ialah.....
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Tidak mengira umur.
  • Hendaklah mempunyai blog sendiri bagi memudahkan Ti Anne Mohd Yassin untuk menerjah anda.
  • Perkara wajib adalah menjadi FOLLOWER Lensa Buruk. Bukan Follower tidak akan dilayan.
  • Letakkan banner di atas di side bar blog korang dan pastikan ia terlink terus ke http://annemohdyassin.blogspot.com/
  • Tema bagi foto pilihan anda adalah

Telinga kiri berdengung, apa tandanya?

BERITA PECAH
TARIKH : KHAMIS
HARI : 29.7.2010
MASA : 11.11 am
LOKASI : KANTOR SUHAMI

Salam. Ni aku tengar buat kerja ni tetiba breaking news lak.  So, den terus buat entry takut nanti lupo. Suhami tu kan pelupo. Minum air bersemut banyak sangat.
Korang pernah tak, time tengok syok layan fb/ tengah syok duduk pandang akuarium ikan kat umah abah ko/ tengah syok buat kerja/ tengah syok buat apa-apa jelah, tapi masa tu telinga kiri atau kanan kalian berdengung atau macam bergetar? Ni tepat jam 11.11 am telinga kiri den bergetar dan macam berdengung.
Ini ada satu ilmu yang den nak kongsi dengan kalian. Dua tiga bulan lepas ada pergi kursus pengurusan jenazah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS di Pusat Dakwah Islam, Seremban. Salah sorang penceramah dalam kursus itu adalah Ustazah Fatimah (giler sempoi ustazah ni).
Dalam salah satu daripada ceramahnya, beliau ada menyebut tentang

Cikgu Nasir ajar subjek Biolwanan

Hello pelajar-pelajar sekalian. Amacam dengan sesi pembelajaran dengan cikgu minggu lepas, "macam mana nak jadi follower"?? adakah pelajar-pelajar sume pass? atau terlepas? aku tengok macam terlepas je. Tak ramai pun jadi follower cikgu <--------bunyi macam pakse je!
Ye, kali ini cikgu nak ajar pelajar subjek Biolwanan. Biolwanan adalah gabungan dua subjek iaitu subjek biologi dan keusahawanan. Dalam dunia ni, aku sorang je ajar subjek tu.

Cikgu ada terjumpa nota si Suhami tempoh hari. Dia baru je pergi kursus tanaman cendawan. Ape lagi, aku rembat la. Cikgu pun takde bahan nak ajar minggu ni. Ala, ilmu tu milik Allah kan.  Boleh kongsi sama-sama.

Minggu ni cikgu nak ajar pengenalan cendawan sajok. Langkah yang lain ko kene amik tuisyen tambahan dengan aku. Hahaha. Cikgu takdelah kedekut ilmu sangat. Sharing is Caring maaa....(macam pernah dengar je tapi kat mano?). Minggu depan cikgu ajar step seterusnya. Baiklah, sebelum buah tomato hinggap ke muka cikgu, baik cikgu berhenti berceloteh dan mulakan sesi pengajaran. Sila buka buku seks teks Biolwanan sekarang!

PENGENALAN

Kalau dulu, cendawan ni pames dikalangan opah-opah dan tok wan di kampung sajok. Tapi sekarang ni cendawan telah dikenalpasti oleh pakar perubatan sebagai khasiat yang tinggi seperti :
  • Ado schizophylian iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser.
  • Tingkatkan sistem imun dalam tubuh.
  • Anti radangan
  • Anti bakteria
  • Anti parasit
  • Melindungi hati (sapo frust tu, makan cendawan banyak2)
Cendawan skang dipelbagaikan dalam bentuk kapsul, campuran kopi, suplement kesihatan, kerepek cendawan, cendawan goreng dll.

Khasiat Pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100gm berat basah) <---------berat basah tu berat bersih ke?

Tenaga         = 37kcal
Air               = 89.2 gm
Protien         = 3.6 gm
Lemak         = 0.7 gm
Karbohidrat = 4.1 gm
Serat           = 1.8 gm
Kalsium       = 2 mg
Fosforus     = 88 mg
Zat Besi      = 1 mg
Natrium      = 6 mg
Kalium        =  195 mg
Vitamin B1  = 0.03 mg
Vitamin B2  = 0.45 gm
Niasin         = 1.9 gm
Vitamin C   = 9.4 gm

Ha, banyak tak banyak. Suplement ko adooo?

Kalau pelajar-pelajar sumer nak tahu. Ulang suara, kalau pelajar-pelajar sumer nak tahu!
Endut!! Sila bagi tumpuan. Jangan main sodoku masa saya tengah mengajar! <---------cikgu bajet bagus
Baiklah pelajar sekalian, kalau nak tahu terdapat lebih 2000 jenis spesis ungka.....eh eh...spesi cendawan di dunia tapi hanya 25 jenis saja yang

Selasa, 27 Julai 2010

Kena lenyek

BERITA PECAH
LOKASI : KANTOR SUHAMI
MASA : 1.45-2.00 pm

"twitt twitt sms!" hihi....Tengah hari tadi nak muat naik gambar masa pergi kursus cendawan sabtu lepas.  Ada la 2 3 keping gambar den yang iras2 pelakon Zimbabwe tengah kusyuk menjalani kursus intensif tersebut. Ada bergambar sekali bersama tokey cendawan kolopir lah (kuala pilah). Gambar tu ada dalam hp Nokia N82 made in China den. Sempat la snap 3 4 keping sebagai kenangan.

Masa tengah nak cucuk kat usb portable tu, kabel tak leh masuk lak. Eh sejak bila pulak aku punya kabel tak leh masuk ni. Cucuk punya cucuk tak boleh masuk gak. Last2 den tengok

5 Perkara yang boleh dilakukan di kampung

Salam siaran setelah agak lama menyepi.
Apa khabar sume? sihat? Hensem dan cantik sumernye? Rindu kat den tak? wakaka....crew....
Di pagi selasa ini, bagi mereka yang telah bekerja mahupun masih belajar, teruskan semangat waja anda di awal2 minggu ni, okeh! (padahal semalam aku cuti).

Terus pada main topic ANGKA sawan di bawah sub-topic iaitu 5 perkara yang boleh dilakukan di kampung versi Suhami.  Ada yang kata duduk di bandar lagi best tapi ada juga yang kata duduk di kampung lagi best.  Mana-mana pun best ikut pendirian masing-masing.  Tapi, hari ini den nak kupas tajuk "perkara yang boleh dilakukan di kampung".  Ok, ready, get set, go!!!



1. Boleh bela binatang peliharaan
Ya, sudah tentu ini perkara paling penting yang boleh dilakukan di kampung-kampung.  Ayah den takdo bela lembu atau kambing. Ayam adalah, tapi dulu. Tapi sekarang ayam hilang ke mana, reban hilang ke mana. Zero!. La ni bela kucing je. Tapi kucing tidak termasuk binatang peliharaan yang boleh dimasak rendang cili api. So, out of list.  Kebanyakan kita

Jumaat, 23 Julai 2010

"twitt twitt sms!"


BERITA PECAH
LOKASI : MASJID NEGERI, SEREMBAN
WAKTU : 2.00 TGH

Tadi semayang Jumaat kat mesjid (nama dirahsiakan).  Lepas amik air semayang, aku p cop tempat kat saf belakang sekali. (orang berebut2 g depan,...ko?) Dengan kedinginan ekon yang menusuk kalbu, aku mula menguap.

Tiga dari kiri : WoOORGGHhhhhhhh!!! nyum nyum , ngantoknye....
Lima dari kiri : Astaga, orang cenggini pun ade

Lepas je layan menguap tu,

warkah terakhir


Maimun Binti Rasol,
No 12 Kampung Jera,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan


8 September 2009

Assalammualaikum,
       Kehadapan anak-anak yang mak kasihi, Munshi dan Zubaidah. Nak, di kesempatan ini mak menadah tangan penuh kesayuan berdoa kepada Allah supaya melimpahkan rezeki dan kesihatan berterusan kepada setiap anak-anak mak.  Sebelum mak melangkah lebih jauh, maafkanlah mak kerana mencuri sedikit masa along dan adik untuk membaca warkah buruk mak ini.  

       Anak-anak mak, mak terlalu rindukan kamu berdua.  Sudah lama kita tidak berkumpul sama-sama. Berbual-bual mesra.  Bersenda gurauan.  Hanya coretan ini sajalah yang menjadi pengikat perhubungan kita anak-beranak hari ini. Walaupun tidak pernah sepucuk surat balasan yang mak terima daripada kamu berdua, tapi naluri mak ini kuat mengatakan bahawa anak-anak sedang bahagia dengan kehidupan masing-masing.  Anak-anak mak tengah seronok membaca warkah buruk mak ni. Tak apalah nak, mak faham anak mak semuanya sibuk dengan keluarga dan tugasan seharian. Mak faham sayang.

   Anak-anak mak, kadang-kadang bila mak sedang menyapu halaman rumah, hati mak tiba-tiba menjadi sayu. Mak duduk dipangkin terkenangkan kamu berdua. Tanpa sedar air mata mak tiba-tiba mengalir.  Along dengan adik mesti terkenangkan mak jugak kan? Orang tua-tua kata, kalau sekali kita teringatkan orang tu, berpuluh-puluh kali orang tu ingatkan kita.  Mak rindu sangat dengan kehidupan kita dulu sayang. Mak rindu dengan sikap tanggungjawab along menjaga adik ketika mak turun ke bendang.  Mak rindu dengan sikap manja adik yang selalu menangis dibuli along. Mak rindu dengan kenakalan adik dan along mencucuk-cucuk perut mak. Mak tahu adik suka tengok mak melatah. Walaupun mak tak jadi buat kerja dibuatnya, tapi mak gembira tengok adik dan along ketawa.  Kita tiga beranak bahagia saat itu, sayang.

    Anak-anak mak. Tiba-tiba mak terkenangkan zaman kamu semua masa kecil dulu.  Bila dikenang-kenang, mak tersenyum seorang diri. Itu sajalah yang menjadi peneman kesunyian mak. Along.  Along ingat tak dulu,

Khamis, 22 Julai 2010

Rachel Corrie

Yo! Wassup babeh. Assalammualaikum sumer. Hari ni giliran abang Joe punya site pulak. Tok Wan n Atok p main jauh-jauh. Syohhh-syohhh! (derhaka punya cucu)
Sebelum abang Joe nak petik tajuk email yang singgah kat akaun abang Joe hari ni, abang Joe nak imbas topik kita minggu lepas sikit iaitu "shaken baby syndrome".
Sindrom bayi terguncang (SBS) adalah bentuk gangguan anak yang terjadi ketika seorang pelaku kekerasan getar bayi atau anak kecil, membuat gerak pukulan cemeti-jenis yang menyebabkan kecederaan percepatan-perlambatan. Cedera itu dijangka mempengaruhi antara 1,200 dan 1,600 anak setiap tahun di Amerika Syarikat untuk itu tidak ada bukti luaran daripada trauma
Paham tak? ok2, kalau tak paham tengok entry terdahulu.


Ok, kali ini abang x mau cite pasal SBS. Harini abang Joe nak citer pasal kapal Rachel Corrie.  Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie yang kena tahan kat Israel kerana menghantar bantuan ke Gaza sikit masa dulu?




Ni lah kapal Rachel Corrie



 Ini cerita asal usul nama kapal berkenan....Perjuangan Sedunia untuk Palestin.  Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).  Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza. Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.











Siapakah Rachel Corrie?







Rachel Aliene Corrie


 (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).












Dia telah

Rabu, 21 Julai 2010

Stress!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BERITA TERKINI. Seremban.  Suhami hampir saja naik hantu hari ini gara-gara kerjanya yang membebankan. Tempat kerja terpaksa dirahsiakan (nanti aku kena saman). Kerja semasa dari sehari ke sehari kena buat. Lepas tu ada pulak kerja tertangguh orang dolu-dolu yang perlu juga diselesaikan. PERLU diselesaikan dalam masa yang tak tercapai diakalmu. 
Suhami telah berniat pagi tadi dan siap tulis kat wall facebooknya, bahawa beliau akan "bersemangat untuk bekerja hari ini dan sentiasa berfikiran positif walauapapun yang berlaku".
Namun, panas diharapkan sampai ke petang tapi salji turun tengah hari. Kerjanya bersangkut pulak dengan orang lain. Kalau orang lain tak bergerak, makanya

Balak dan Suami

Salam 1Malaysia atok ucapkan kepada mereka yang mengikuti blog apo2 yolah. Atok sayang kamu. Muahhh muahh muahhh (nampak lak kek Tok Wan ko kang!)
So, seperti yang dijanjikan, atok nak cito pasal balak dan suami. Kan minggu lopeh atok dah janji kan? Janji totap janji. Yolah, entry kali ni bukan pasal balak kek utan tu. Mahupun suami si suhami tu.
Tapi perbezaan pasal balak dan suami menerima layanan sang awek dan isteri pada masa dulu dan sekarang. Perlu diingatkan, yang ni cumo olahan atok personally la yo. X mau amik2 ati. Sekadar nak buek cucu suko yo.  Disamping mengisi maso lapang dgn benda berpekdah di waktu malam. (berpekdah ko?) . Orait, moh kito teruskan, kupasan balak dan suami dalam topik dulu dan sekarang....

1. Minta tolong topupkan.
DULU
Balak : Awak, kredit saye nak habis ni. Awak boleh tranfer kredit?
Awek : Ala, apalah abang ni. Itu pun segan nak bagitahu. Kerana abang, saye tranferkan kredit saye RM29.95 kat abang. Tak kesah la kredit saye tinggal 5 sen pun.

SEKARANG

Selasa, 20 Julai 2010

Gambar Hari Ini (16.7.2010)


Watak : Suhami, Naim, Haziq & Lyka (serigala putih)
Tarikh : 16.7.2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.31 pm - 9.40 pm
Lokasi : Bilik Suhami







Suhami : Emmm....busuknya Lyka. Ko tak mandi buh syampoo ke?
Lyka : Ala, sebusuk-busuk aku pun, ko bawak g tido gak
Haziq : Cak! name saya Haziq.







Suhami : Hoi, ada orang tangkap pic kita la. (padahal aku tangkap)
Lyka : Grrrr....baik ko lepaskan aku sebelum aku jadi serigala!!!
Haziq : Bahaha! pic aku lebih clear dari ko, pak teh!







Suhami : Aduhhh.....ko memang betul2 dah naik hantu ke Lyka? aku gurau je tadi
Lyka : Ameeek ko penerajang pendekar kaki pendek!

Isnin, 19 Julai 2010

Latihan Industri

Assalammualaikum dan selamat pagi Tok Wan ucapkan kepada cucu2 sekalian. Agak sudah lama Tok Wan tak bersiaran ye. Agak2nya dah masuk 2 minggu kot. Al-maklumlah, sejak dua menjak ni kesihatan Tok Wan tak mengizinkan. (hakikatnya xde penghantar email bg mereka ada masalah). Baiklah yo, Tok Wan teruskan menjawab atau mengupas isu-isu yang dikemukakan oleh cucu2 sekalian. Email kali ini datangnya dari Husni.

Kepada Tok Wan yang Husni sayangi. Tok Wan, Husni ada masalah besar ni. Bukan masalah nak buang air besar, tapi masalah tu memang memang besar. Besar punya!!!. Cenggini, Husni adalah siswi dari UTM dan berada di tahun akhir. Semester kali ini, Husni dikehendaki untuk menjalani latihan industri atau praktikum. Husni mengambil keputusan untuk menjalani latihan di Jabatan Kerajaan. Pada minggu pertama Husni berada di sana, tiada apa-apa masalah. Masuk minggu kedua, Husni rasa makin banyak pulak keje diorang timbun kat meja Husni. Masuk minggu ke tiga dan keempat, Husni dah lompat2 hari tak datang keje. Baru2 ni dalam seminggu hanya 2 hari je Husni datang.  Entahlah Tok Wan, Husni rasa macam malas je nak pegi keje. Bos yang incharge Husni tu pulak macam autisme. Baik semacam je. Senang la Husni tipu2 dia. Camne ni Tok Wan? Apa yang Husni perlu lakukan??? Dulu Husni tak macam ni.  Adakah Husni sudah dihasut oleh Puaka Niang Rapik??

Itu dia soalan dari Husni kita ya. Baiklah, Tok Wan pun dah lama tak bersiaran dalam blog ini. Ketagih lak rasanya nak kasi nasihat kat cucu2 luar sana (sambil letup2kan jari dan leher nak mula menaip).
Ok Husni, apa yang Tok Wan boleh katakan disini

Jumaat, 16 Julai 2010

Pengalaman pertama



Pada satu hari, saye dikehendaki untuk menjalani latihan praktikal di sebuah kilang yang diberi nama Ceramtec Innovative (M) Sdn Bhd milik sepenuhnya warga Jerman.  ( Tak pe Jerman, lagi 4 tahun ada chance lagi, pasni ko bunuh je Paul The Sotong ). Saye tidak keseorangan sebaliknya saye ditemani oleh Emylia Ahmad Zam-Zam. Walaupun die batch saye, tapi mule2 saye ingat dia ni sombong giler. Mase saye nak minta no tepon die, die kate pakwe dia tak kasi. Adooooiiii. Wahai anak acik Zam kuasa dua, aku bukannya nak ngorat ko, aku nak tanye camne nak g kilang tu sok (i mean hari pertama lapor diri). Well, itulah Emylia sebelum saye kenal sape die sebenarnye. Sombong dan idung tinggi.

 
nilah anak acik ahmad zam-zam. Sombong dan idung tinggi. Errr....idung tak berapa nak tinggi sangat la.
Mase ni kami kat Jabatan Imigresen M'sia
Namun, setelah bersama-sama mengharungi perih getir bersama, akhirnya baru saye tahu perangai Emy yang sebenarnya. Dia memang sombong. Huhu. Kidding!. She is very nice person. Baiklah, then bile je hari pertama nak lapor kat tempat praktikal, sume pekerja2

Rabu, 14 Julai 2010

Macam mana nak jadi follower blog??

Assalammualaikum dan salam 1dunia kepada semua yang tak jemu-jemu baca blog ni.
(padahal 9 org je follower ko)
Nama saya Cikgu Nasir. Cikgu baru je abis grad kat UPSI. Umur cikgu baru nak masuk 45 tahun. Masih duda. Syukur kehadrat Illahi atas limpah kurnianya dapatlah kiranya cikgu dipaksarela oleh pihak editor apo2 yolah bagi menjamu kalian dalam topik yang baru, iaitu Belajar bersama Cikgu Nasir. Kali ni cikgu nak ajar kalian macam mana nak jadi follower blog ok. Sumer dah ready??? Ok, sila buka buku pendidikan jasmani sekarang.....

Ok fine, serius tak lawak.....

Follower di sini bukan bermaksud follow me @ flower @ shower@ dsb tetapi bermaksud menjadi pengikut kepada si blogger. Maksud yang lebih mudah, kalau si blogger update entry terbaru, so kalian dah dapat satu message yang ingin disampaikan tanpa terlepas pandang. Selain itu,

Tips Memastikan Wang Bertahan Sehingga ke Bulan Berikutnya

Salam 1Malaysia u guys.
Lama dah tak update topik ANGKA sawan.  Last minggu lepas sebab i mmg buat2 giler bizi.  Ok,  kat sini i nak share sikit tips atau cara nak pastikan gaji kita bertahan sehingga bulan berikutnya. (padahal...).

Walaupun mungkin cara i ada yang sama ataupun sipi2 kena ataupun tak kena langsung dengan cara u guys berjimat-cermat, hope u guys kena hangguk2 gak stuju dengan cara i k. Ko hangguk2 la macam ko dengar muzik irama malaysia. Orait, tanpa memberikan peluang untuk masa mencemburui kita, i teruskan tentang carta mengekalkan wang dari nombor 6 hingga ke nombor 1!


Tangga ke-6
Buat Bajet
Ini tonggak utama yang u guys kena buat bila tepat jam 12.00 tengah malam duit masuk dalam bank ko. Tapi selalunya i buat seminggu sebelum hari bahagia tersebut berlaku. Sumer orang buat bajet kan. Even Kerajaan Malaysia pun buat bajet bagi memastikan segala perbelanjaan untuk tahun tersebut terkawal. Bajet boleh memastikan kita takkan over budget yang macam selalu berlaku pada i.  Macam mana nak buat bajet? Cenggini...
i) U guys letakkan

Selasa, 13 Julai 2010

CCTV



BERITA TERKINI. Suhami dan ahli keluarganya yang lain telah ke Segamat, Johor untuk membeli kain langsir sempena hari raya, pada petang sabtu yang lalu.  Menurut sumber yang dipercayai berkata, Suhami telah memandu uji kereta the tiny of evo 7 miliknya dengan memasang MaxPower C. Keberkesanannya telah hampir terbukti. MaxPower C diwar-warkan teknologi dari Jepun yang mampu untuk menjimatkan petrol, menstabilkan semula sistem elektronik kereta, melicinkan tukaran gear, kereta bertambah mantop lagi gagah dan lain-lain yang akan dibincangkan di dalam topik khas "MaxPower C"  (cepat2 alih topik stop cite MaxPower C sebab penerbit dah amik senapang acu kat kepala saye sbb tak fokus pada tajuk utama iaitu CCTV!)
Suhami juga bukan semata-mata nak

Isnin, 12 Julai 2010

Jumaat, 9 Julai 2010

Rayuan terakhir

Hai semua. Assalammualaikum. Nama saya bulan. Saya adalah satu-satunya 'anak' kandung bumi. Bulan tidak mempunyai sumber cahaya sendiri dan cahaya bulan sebenarnya datang dari atuk bulan, matahari.
Bulan nak cite sikit ni. Dulu bulan adalah sebahagian daripada ayah, iaitu bumi. Dan bumi adalah sebahagian daripada atuk, iaitu matahari. Kami semua telah mengalami satu evolusi perpecahan sejak berbilion-bilion tahun dahulu. Maka terbentuklah kami. Harini bulan tak mau cita pasal bulan. Bulan nak cite pasal ayah.

Tu ayah kat sane tu.....dia tengah berehat. Bulan tak mau ganggu dia. Kawan2, kawan2 nak tengok tak gambar ayah masa ayah muda-muda dulu? ni kat bawah nih....



ni la gambar ayah, BUMI. Hensem kan?




Yang ni lak gambar ayah dengan adik-beradik yang lain. Ayah anak ketiga dari sembilan adik-beradik. Tapi ayah comel je kan....adik-adik die lak besar.  Hehe



Yang ni lak gambar

Khamis, 8 Julai 2010

Merempit


BERITA TEKINI. Seremban, Jalan Percint 4. Seorang lelaki nyaris tergolek nangka di tepi jalan. Hal ini disedari oleh sepasang suami isteri iaitu kak misi dengan abang opis. Dari belakang lagi kak misi dengan abang opis menjerit-jerit kat belakang budak itu seakan-akan emas 96 budak itu tercicir di tengah jalan. Namun setelah difikirkan semula, kalau emas bertebaran di atas jalan, saye percaya akak misi dengan abang opis tu skodeng-skodeng dengan senyap dan terus mengutip emas tadi tanpa memanggil budak tadi dari belakang. Jadi kesimpulannya bukan emas yang jatuh. 



"ke tepi! ke tepi!!, awak punyer eksos jatuh tu bang!,"kata akak misi tu.


 Setelah budak tadi

Rabu, 7 Julai 2010

Mari main timang-timang

Hi kawan-kawan. Apa khabar? Macam biaselah, di pagi (tak berapa pagi sangat) yang mulia ni, Abg Joe dibebani dengan tugas khas untuk kalian iaitu........
Mari mengorek mata abang Joe......er...silap silap....Segmen email hari ini bersama abang Joe.





Email kali ini datangnya dari  Kak Hajar MITI kito. Dio memang rajin kasi email2 ni. Agaknya kojo eh hari-hari kasi email je tak?? Ampunnnnnnnnnnn.....Kalau tak do Kak Hajar MITI, xdolah segmen email bersama abang Joe....ngang. Baiklah, tanpa menghabiskan dakwat, abang Joe teruskan pada email kali ini iaitu berkaitan dengan timang-timang baby.

Selalu tak kalian tengok ibu bapa muda main lambung-lambung anaknya sampai nak cecah syiling kapur? Selagi anak tu tak senyum lebar, selagi tulah dia lambung-lambung anak dia sampai 1 inci lagi nak kene kipas. Sebenarnya amalan itu amat berbahaye kepada baby itu. Kalau kalian tak caye cakap abang Joe, kalian baca general info yang dihantar melalui email seperti di bawah

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Tak termasuk ko beduk dengan kayu besbol.  






 "Huuuuuu....sob sob.....anak aku mati sebab tertelan kayu besbol...sob...sob"




Ada teori mengaitkan

Selasa, 6 Julai 2010

Awek dan Isteri

 Salam semuanya. Apa koba? sihat-sihat belako? Pejam colik pejam colik, minggu ni masuk minggu keduo atok ke udara. Baiklah, pada minggu ni atok nak merungkai an sikit al-kisah DULU DAN SEKARANG bagi subtopik Awek dan Isteri. Episod kali ni ado duo siri. Humangg ai, macam per**ol bersiri lak. Takut atok. Bahahaha...Astagfirullah! ngucap....ngucap. 
Macam mana layanan si pakwa/suami dulu dan sekarang. Yang ini atok cumo untuk suko-suko la yo. Kalau boto, botolah. Kalau silap tu, atok mintak maap. Niat atok nak hiburkan kito bersamo yo. Enjoy!



1. Kalau si awek/ isteri bertanyakan sejauh mana kasih-sayang pasangan terhadapnya.

DULU
Teman wanita   :  Awak, awak sayang saya tak? Sejauh mana awak sayang saya?
Teman lelaki     :  Eh, mestilah saya sayang awak. Saya sayang awak sejauh jurang Marina kat Filipina tu tau.

SEKARANG

Isnin, 5 Julai 2010

Adik Danish bersama Tok Wan



Kepada Tok Wan yang diingati selalu. Nama adik, Danish. Adik keturunan Melayu-Belanda. Adik ada masalah sikit. Macam ni, adik berumur 12 tahun dan bersekolah di Sek Keb. Damansara Utama. Adik anak tunggal dan tiada adik-beradik yang lain. Masalahnya adalah, di sekolah adik, adiklah yang paling kecil dan kurus. Tinggi adik 145cm dan berat 30kg.  Walaupun mama adik bekalkan adik dengan Pan Cake pergi sekolah hari-hari, tapi adik tetap kurus dan kecik. Adik suka makan. Setiap 3 jam, adik mesti makan.  Adik tensen la Tok Wan. Kawan-kawan adik sumer besar dari adik. Boleh tak Tok Wan bagi tips macam mana nak naikkan badan dan nak tinggi. Adakah minum kalsium yang iklan Zirafah tu?

 "Saya malu. Tolonglah saya Tok Wan"
Wah, itu dia soalan dari adik Danish kita ya. Sebelum Tok Wan nak jawab isu ini, izinkan Tok Wan komen penyampaian olahan cerita adik. Starting je dah macam kiriman surat tak rasmi ye dik. Adik sape tadi? Adik Danish? Wah....sekarang ni nama budak canggih-canggih ye. Danish la, Varnish la, Breeze....macam-macam. Sebelum adik Danish terus blok Tok Wan punya blog, baik Tok Wan teruskan selesaikan isu yang bermain-main di fikiran Danish.

Adik Danish, dulu Tok Wan ada amik Master in Food Technology di Universiti Oklohama. Tapi sekerat jalan je sebab Tok Wan kena dismiss. Cenggini, benda ini semua bergantung

Sabtu, 3 Julai 2010

Bila mamai

Bila mamai? Apa tajuk tu? Pok amai-amai kah? Cite dia cenggini....
Once upon a time,

masa saye berumur 18 tahun, saye dikehendaki balik sendiri ke asrama memandangkan saye kena mula berdikari. Bukan mak ayah saya tak nak hantar balik asrama tapi saye yang suka rela nak balik sendiri. Padahal saye nak singgah main game kat pekan yang sebenarnya.

Nak dipendekkan cerita, saye bercadang untuk balik naik bas pukul 2.00 petang. Oleh kerana kemalasan melanda diri saye, maka saye nekad untuk balik lewat sejam iaitu pada pukul 3.00 petang disebabkan nak tengok Berita TV3 ( ko jangan nak nipu la....berita jam 1.30)
Akibat kemalasan tersebut, saye di timpa musibah. Bas ke Bahau takde sebaliknya hanya bas ke Gemas sajork. Namun, bas ke Bahau dan Gemas akan berhenti di Pasir Besar terlebih dahulu. Makanya, saye pun bercadang naik bas Gemas saja dan akan berhenti di Pasir Besar, iaitu pekan yang popular dalam siri Worksyop buku Ujang. 

Mase saye naik bas ke Gemas kepunyaan syarikat Eng Yap tahun 1970an itu, saya telah

Laporan di Jaya Jusco Seremban



BERITA TERKINI. Suhami dan dua orang sahabatnya yang lain telah merancang untuk bermain bowling malam tadi. Menurut sumber yang dipercayai berkata, beliau merancang untuk bermain di Seremban Parade. Namun seperti dijangka, di situ penuh dengan segerombolan manusia. Oleh itu, Suhami dan kawan-kawannya terus ke Jaya Jusco Seremban. Setelah bermain satu balingan, Suhami baru perasan ada kasut seakan kasut crocs nya ( yang dah di calar *sila rujuk entry Bersama Abang Joe_crocs). Namun apa yang memeranjatkan adalah......
Kasut Suhami adalah yang bewarna krim susu itu. Manakala kasut crocs jiran sebelahnya bewarna putih suci ibarat baru direndam dengan klorox. Lihatlah perbezaan yang ketara tersebut. Walaubagaimanapun, kekriman susuan itu tidak sedikitpun menjejaskan corak permainan Suhami. Beliau telah berjaya mendapat

Jumaat, 2 Julai 2010

Mekasih Intan


BERITA TERKINI. Seorang wanita telah mengetuk bilik Suhami dengan muka tak bersalahnya. Beliau telah memberikan sekotak coklat kepada Suhami kerana barangkali beliau baru saja bernazar gara-gara mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang baru-baru ini. Selepas Suhami kekenyangan melantak makan free anjuran mereka yang mendapat anugerah cemerlang, kini wanita tersebut telah memberi pencuci mulu sebagai menu susulan.  Dengan itu, Suhami mengucapkan ribuan terima kasih. Sekian berita.

Khamis, 1 Julai 2010

15 perkara yang kalian boleh tahu pasal ese

ANGKA sawan.
 Kenapa segmen ini diberi nama ANGKA sawan? Adakah untuk melatih kalian menjadi Angkasawan? Atau Ungka? atau sawan? baiklah......sebelum saya mencelarukan pemikiran anda, kita direct to the point. ANGKA sawan diperkenalkan sejak minggu lepas lagi dengan tajuk sulungnya "10 things i hate about you"
So, mesti kalian dah dapat tangkap kan? Segmen kali ini lebih kepada huraian satu persatu dalam versi orang tengah sawan. Sebab itu diberi nama ANGKA sawan. Pandai tak??pandai tak??? now tepuk tangan!!!....entry kali ini adalah "15 perkara yang kalian boleh tahu tentang ese".
Ini keluaran khas. Tidak terdapat di mana-mana buku exspecially buku cerdik atau.......buku lali. Baiklah, 15 perkara yang kalian boleh tahu tentang ese adalah....

1. Pemalu. Serius cakap, ese memang seorang yang pemalu.  Nak-nak lagi kalau baru mula nak kenal. Kalau yang uncover lagi tuh. *hehehe gurau yo. Mungkin perubahan hormon masa meningkat remaja dulu mempengaruhi agaknya. Tapi teori tupun tak boleh digunapakai jugak. Kerana yang menjadi masalahnya, sekarang ni ese yang dah tak berapa nak remaja ni, still pemalu jugak. Mcm mana tu? Orang kata malu pun bagus jugak. Malu nak buat maksiat.  Malu mengintai. Malu buat dosa dan sebagainya. tapi ese? Semua aspek ko malu.  Macam mana nak hilangkan kemaluan ye?
dah lama kenal tu,  tak malu sangat. Tapi yang bau-bau durian ni. Tak tahulah sebab apa. Nak kata ese dari azali lagi pemalu takdalah sangat. Malah masa kecik2 dulu mandi sungai
 "saye pemalu....."
2. Pendiam. Ini memang diakui. Kalau ese pergi mana-mana saja tempat baru, ese selalu dicop sebagai pendiam. Tak banyak cakap. Dah ko pemalu, mestilah ko pendiam. Kalau orang tanya sepatah, ko jawab sepatah setengah. Kalau orang langsung tak tanya ko, ko terus la jadi patung kat situ. Itulah ese. Ese bukan suka-suka diam ni. Tapi lambat sikit nak mesra. Lepas tu tak ada idea apa yang nak dibualkan. Paling lama kalau dapat berbual pun(bagi org yg tak biasa), ada la dalam 10 minit. Pastu ko diam.

3. Suara serak. Ese memiliki suara serak-serak basah bak buluh meriam. Suara ese yang macam baru saja malam tadi akil baligh banyak mengundang masalah. Serak-serak kahak. Bukannya ese suka-suka buat sore Ramli Sarip tersebut tapi dah semula jadi. Ni sejak dari remaja dulu lah ni. Sampai sekarang sore ko trouble. Pastu bila bercakap dengan orang, macam set karaoke punya sound system pecah. Sudahnya orang pandang ke lain malas nak berbual ngan ko. Sore ko tak clear. Pitching lari.
 "oh teratai bunga indah....engkaulah...ohokkkk ohokkkk tuiii"

4. Cepat mesra. Dah tadi ko cakap pemalu pastu sekarang ni cepat mesra lak. Nak tipu pun beragak la bro. Ye....memang ese seorang yang pemalu diawal perkenalan. Namun....namun ya tuan puan sekalian, sebaik saja masuk gear 1, ese akan jadi cepat mesra. Tapi sejauh mana kecepatan masuknya gear 1 itu adalah bergantung kepada chemistry antara ese dengan orang di sekeliling. Kalau dia ok, ese pun tetiber jadi ok. (perlu ditekankan disini "tetiber")
5. Kelakar. Yang ini ese tak tahulah sangat. Ese rasa ese takdalah kelakar sangat. Bahkan orang nengok muka ko pun macam singa tak makan seminggu. Tapi kawan-kawan lama yang ese kenali, mostly said im a jocker. Suka melawak. Tapi lawak-lawak ese bukanlah direct sound atau jadi clown depan kalian, tapi ese melawak melalui tulisan saja. Tulisan samada surat (ni zaman abah-abah dulu leh la pakai surat), sms atau macam blog ni sebab yelah kalau sore ko macam Ramli Sarip , sore serak2 seksa, macam mana org nak dengar lawak ko"

 amacam? ko rasa nak gelak ke nak nangis klu jumpa clown camni?
6. Susah nak mengingat. Ini satu lagi penyakit bagi ese. Bab-bab mengingat ni memang jangan serahkan pada ese. Sejak dari azali lagi ese tak suka menghafal. Ada sekali tu, masa sekolah rendah time nak baca PAFA (Penilaian Asas Fardhu Ain), ustaz suruh ko baca doa air semayang, ko pi baca doa amik hadas besar. Tak menangis ustaz ko?? Hafal menghafal adalah kelemahan ese. Itu memang ese amat-amat akui.  Since now ese malas nak menghafal no. telefon opis ese. Save kat henset je. Parah tak parah??
7. Cepat marah. Ini pun bergantung kepada persekitaran gak. Kalau ese dari pagi sampai petang tak mandi-mandi, pastu orang buat ese marah, memang cepatlah kena takik orang itu. Bila dah marah tu, ayat-ayat cinta yang keluar dari mulut ese amat berbisa mengalahkan bisa ular orok-orok. Yelah, ko kan pendiam sekali ko mengaum ayat-ayat ko memang pedas. Tapi kebarangkalian emosi cepat marah ini berlaku amat jarang sekali. Ianya bergantung kepada mood dan persekitaran. Namun nisbah berlaku musibah ini adalah 1: 20. Maknanya 1 tu ko marah : 20 tu ko leh control situation.
 8. Suka mencekik. Ini bukan mencekik anak orang tapi mencekik a.k.a makan. Ese memang suka makan. Kalau ese terbangun waktu malam, ese pasti cari periuk belanga. (padahal orang semayang tahajut ko p cari makan). Kalau ese kesunyian pun, ese akan mencari periuk belanga juga. Sebab itulah badan ko gomok. Kalau masa study dulu body macam model KL Fahion Week, namun kini body ku seakan Kuman (penyanyi yg gomok tu) hahahaha.......Walauapapun, ese berbangga dengan diri ese sendiri kerana masih lagi mampu makan dan bersyukur kerana Tuhan melimpahkan rezeki yang banyak. (walhal....).
" aku ajak dia mencekik tengah hari, last2 aku kena cekik"
9. Kuat cemburu. Ha, yang ni hanya kawan-kawan ese yang mengikuti blog ni saja tahu rahsia besar ese ni. Ye, memang ese seorang yang cemburu. Tapi bukan cemburu buta macam budak sekolah pegi tarik-tarik rambut kawan ko pasal nak rebut budak laki yang muka macam tempayan. Tapi cemburu bercorak positif. Maksudnya di sini, jika ada seseorang telah berjaya melakukan sesuatu, secara automatik ese pun cemburu dan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan benda yang sama. Kiranya cemburu positif la tu kan??? err....cemburu sebab tak dapat apa yang orang tu dapat pun, ada gak.....sikit-sikit la.

10. Autisme. Ese rasa ese ni macam autisme. Tapi belum terbukti secara perubatan la. Sebab apa ese kata ese ni macam autisme? Sebab ese perhatikan , ese ni macam ada ciri-ciri autisme itu. Tapi pra-autisme la. Apo bondo itu autisme? Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Mereka yang autistik mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang, kekok bersosial dan tidak dapat memandang anak mata si pendengar dengan lama apabila bercakap. Mereka mempunyai minat yang tertentu dan bersungguh-sungguh akan melakukannya. Sangat kreatif dan suka bersendirian.  Ha, amacam? ada kena sikit-sikit tak?

 "tak leh ! tak leh!, aku tak leh tengok mata ko macam antu"
 11. Suka Kucing. Ini bukan nak angkat bakul ke apa. Tapi mak ese pernah cakap, kalau nak pilih laki @ bini, pilihlah yang suka haiwan macam kucing. Orang itu adalah seorang yang penyayang, lembut hati, menghargai dan paling penting bertanggungjawab. Itu kata mak ese lah. Ese tak cakap. Ese menyampaikan aje. Kat rumah ese ada jap....kira jap.....1 2.....6 ekor kucing!! 4 dewasa, 2 kanak-kanak (wah, macam tiket masuk zoo yo). Yang kanak-kanak kucing tu sepasang. Satu hitam satu putih. Tiap2 malam dia skodeng masuk tingkap bilik ese tido sesamo. Mak ngan ayah dia plak time tu cari rezeki tambahan....
12. Kuat tidur. Yang ni pun sama juga. Tapi ingin ditekankan disini. Istilah kuat tidur ini hanya tertakhluk pada hari cuti saja. Kalau hari bekerja, ese hanya tidur 5 jam sehari + 30 minit waktu lunch. Kalau hari cuti tu, tido dah la lambat (sebab cite "jangan tidur lagi" suruh jangan tido), pastu bangun pukul wallahualam. Tengah hari sambung sesi kedua tido sampai kul wallahualam. Malam tu tido lewat then bangun keesokann harinya pada pukul.....juga wallahualam.
13. Suka bowling. Minat ini baru saja timbul dalam diri ese. Naluri itu muncul masa jabatan ese mengadakan perlawanan boling antara ahli awal bulan aritu. Walaupun balingan ese hanya 227 jatuhan pin untuk 3 frame namun perkara itu patut dibanggakan kerana ese bukannya kaki bowling dulu. Kini , ese dan kawan seperjuangan ese akan berlatih bersungguh-sungguh setiap hujung bulan bagi memastikan piala pusingan bowling jabatan kami jatuh ke tangan yang sepatutnya pada tahun depan. *pitam jap
 pitam...
14. Suka lauk  kangkung + tomyam + mee hoon. Menu ini saja yang menjadi kegemaran ese selama ese hidup di muka bumi ini. Kalau ese balik kampung, tiap2 tengah hari mesti mak ese masak lauk kangkung + tomyam. Kalau petang2 tu, goreng mee hoon. Sampai muka ko pun dah macam kang kung.
15. Berangan kuat. Ha, kalau berangan kuat takpe, jangan kuat yang lain. Kalau drive kete, pasang lagu volume sampai 20 pastu  beranganlah macam ko tengah nyanyi masa konsert final mentor. Yang ini memang menjadi faveret ese di kala memandu seorang diri. Jika ada penumpang di sebelah @ di belakang, volume secara automatiknya diturunkan ke 12 dan tukar channel radio ke IKIM.fm. Sekian berita.

Itu sajalah celoteh yang dapat saya huraikan pada minggu ini iaitu berkisar tentang 15 perkara yang kalian boleh tahu tentang ese. Takut banyak-banyak nanti kalian akan bosan dan terus tidak melawati blog apo2 yolah lagi. Jika itu berlaku, saya terpaksalah meletakkan jawatan. (Padahal........*sila sambung)
Kalian pulak macam mana? share la kat sini. Pls rate this blog n give ur comment k! sayang kalian. Nite