Rabu, 30 Jun 2010

Aku sepasang kasut

 Alhamdulillah, hari ini aku dan beribu-ribu adik-beradikku selamat dilahirkan di sebuah kilang. Akhirnya kami berjaya melalui beberapa frasa tapisan yang agak sukar bagi menjamin kualiti generasi kami. Menurut adik-beradik kembarku yang lain, kami keturunan yang agak berada.  Menjadi satu kebanggaan kepada kami kerana dilahirkan dalam golongan yang berada. 
Aku terdengar perbualan beberapa pekerja di kilang tersebut. Menurut mereka, batch kami akan terus dihantar ke kedai-kedai sedikit masa lagi. Aku tidak sabar-sabar menunggu detik itu. Aku ada mendengar bisik-bisik nakal kembarku yang lain, golongan kami pasti dibeli oleh orang yang ada-ada. Pasti kami bakal melalui saat-saat bahagia kelak.

Masa yang dinanti-nanti tiba juga. Setelah dipacking  dan dimasukkan ke dalam kotak, kami diterbangkan ke KLIA untuk diagihkan ke pasaraya utama di ibu kota. Aku dan adik-beradik kembar yang lain berpisah. Sebelum berpisah, kami telah berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal tuan kami nanti bagi menjamin generasi kami terhormat.
Hari pertama di sebuah kedai,

Bersama Abang Joe ( Kasut Crocs )

Baiklah, kali ini giliran abang Joe pulak yang berceloteh. Kalau Tok Wan kena handle masalah luar dalam bersama Tok Wan, Atok segmen dulu dan sekarang, abang Joe pulak bertanggungjawab untuk memetik tajuk e-mail menarik hari ini. Sebelum kita melangkah lebih jauh, abang nak ceritakan sedikit tentang latar belakang abang joe.
Abang Joe atau nama penuh Tengku Jongang Bedoza Ibni Teng kiu dilahirkan di Bosnia dan Herzegovina. Nama singkatan abang adalah abang Joe (padahal Jongang). Diakui, dek kerana tempias nama penuh abang Joe, dulu kecik2 abang Joe jongang. Setelah menjalani pembedahan plastik, ternyata abg Joe adalah seorang lelaki yang kacak. Sila lihat sebelah. Abang Joe adalah cucu kepada Tok Wan dan Atok. Walaupun kulit abang Joe agak tinted sedikit, tapi abg Joe percaya semua itu ada hikmahnya. Abang Joe berkelulusan Master in IT di Universitas Pontianak, Indonesia. Walaupun rakan2 sekuliah abg Joe ramai jadi pontianak selepas itu, tapi Alhamdulillah (Islam yer) abg Joe berjaya menamatkan pengajian.
Baiklah, kita teruskan ke petikan email pada hari ini. Email kali ini dikirim oleh Cik Ainor Radziah kita. Email tersebut berbunyi....




Tetttt....tettttt......(tu lah bunyi nyer) kelakar tak? kelakar tak????hahahahahahahaha.......Ok2, sebelum mata abang Joe yang putih suci ini dikorek2, baik abang Joe teruskan petikan email tersebut.
Kalian pernah dengar tak pasal kasut crocs? Ala, kasut yang ada lubang2 sekali tengok macam cheese tu. Nak kata getah bukan getah, nak kata plastik bukan plastik. Ha, kasut crocs ini

Selasa, 29 Jun 2010

Bersama Atok (permainan dulu dan permainan sekarang)


Hari ni segmen bersama Atok pulak. Kelmarin bersamo uwan a.k.a Tok Wan kan? Humangg ai, laki bini berblog walaupun kubur kata mari rumah kata pergi. Jangan tak cayo yo. Kito walaupun dah tuo-tuo ni mesti berilmu bak kato orang dolu-dolu  menuntut ilmu biar sampai ke liang lahad. Budak-budak sekarang yo atok polik. Goma lak deh merempit-rempit, jadi kutu embun menghabiskan masa. So, kepada kawan2 atok yang kaki rempit tu, tobat la yo. Samo2 la kito berusaha ke arah kebaikan.
Wah, pertamo kali atok nak nangih jap sebab terharu. Terharu sebab apo? sebab yang pertamo
1. Kawan atok si Jumaadi anak acik Mespomi dan bininya bakal timbang cahaya mata tak lamo laie. (timbang??) Wah, ekspress ko yo. Tak sampai sebulan kawen dah melokek. Itulah rezeki Tuhan namo eh. Tahniah ye Jumaadi dan Suhaili.
2. Nampak eh, usoho atok and the crew selama ini dah nampak sikit hasilnya. Kalau dulu sorang duo yo jadi kawan2 atok kek blog ni, la ni dah cecah 7 orang. Atok nak ucapkan mekasih banyak-banyak la yo kepado sesapo yang jadi kawan atok and the crew itu.
Untuk apo atuk berada di arena blogger ini? Adakah untuk atok ss a.k.a syok sendiri? adakah untuk atok menghabiskan masa mencarut dalam ini seorang diri a.k.a nyanyok? atau untuk atok tengok cite lakonan Faridah aka Ferra? Jawabannya sume salah. Kalau Tok Wan diberi tanggungjawab untuk handle sesi soal jawab luar dalam bersama Tok Wan, Atok lak diberi peluang untuk menulis tentang topik berkaitan perihal "dulu dan sekarang". (Tok Wan ko dah joling-joling atok ni ha....intro macam karangan BM SPM).
Topik yang atok nak bincangkan pada hari ini adalah berkaitan dengan "PERMAINAN KANAK-KANAK ZAMAN DULU DAN PERMAINAN KANAK-KANAK ZAMAN SEKARANG" (intro macam cito doremon pulak)
ZAMAN DULU
Ini bukan zaman Paleolitik tu yo. Zaman tu, atok pun tak wujud laie. Yang ni maso pertengahan 80an ke awal 90an, zaman atok dan kawan-kawan main permainan kampung yo. Atok kan orang kampung. Antara permainan yang popular masa itu adalah
1.   Main Keladang/Galah Panjang : Permainan ini

Sabtu, 26 Jun 2010

Julia Robot bersama Tok Wan

Ha, cucu cucu den sekalian. Apo koba? Ni ado segmen baru yang Tok Wan nak perkonankan. Mulai hari ni , minggu ni TokWan akan handle sesi soal jawab besamo Tok Wan. So, sesapo cucu yang ado masalah luar dalam tu, meh lah cito an kek atok. Mano tahu, atok leh tolong bagi nasihat.
Baiklah, minggu ni Tok Wan terimo satu surat dari cucu. Namo eh Julia Robot. Soalan yang mengusutkan an pikiran dio selamo ini adolah seperti berikut (macam soalan BM lak)
Soalan : Tok Wan, saya ada masalah sket. Macam ni, saya ada seorang pakwe. Pakwe saya tu sayang sangat kat saya. Kami selalu berkongsi masalah bersama-sama. Walaupun dia tua 10 tahun dari saya (saya umur 16 tahun), tapi kami berdua serasi. Masalahnya sekarang, baru-baru ni dia layan saya macam acuh tak acuh saja. Saya rasa tertekan. Tahun depan nak SPM. Apa yang saya perlu buat Tok Wan? saya sayang sangat kat dia.
Ha, itu dio soalan maut dari cucu Julia yo. Baiklah, jawapan dari Tok Wan adalah.....
Woiii Julia Robot!, ekau ni den nak koba

Jumaat, 25 Jun 2010

10 Things I Hate About You

Salam 1 Malaysia,


Pagi ni hari hujan. (pesal ayat ko mcm budak tadika nih)
Ingatkan nak drive je tapi hujan renyai-renyai telah menyebabkanku bawak motosikal saja. Sampai tepat kerja sharp pukul 8.00am. Huhu....Sambung kerja susun-susun fail semalam.
Wahhhhh, tajuk entry ko tak boleh tahan jang. 10 things i hate about you. Ada ke ko nyampah ngan orang? ke orang nyampah ngan ko? intro dia ye.....
I personally believe everyboday ada sesetengah jenis orang yang dia kurang berkenan a.k.a menyampah kan? Tak terkecuali lah den. Bukan menyampah la, tapi lebih kepada kurang berkenan. Baiklah, jenis orang-orang tersebut adalah ;

1. Bila korang tengah berada di mood ketenangan, duduk2 relax tengok tv/main games/surfing internet, tetiber ada mamat tu cakap macam ni

Khamis, 24 Jun 2010

Semangat baru *bunkface anthem

Salam rindu,
Ko rindu ke kat den? Lama dah tak naik taraf blog ni. Agaknya kalau di kira2, bersarang dah blog ni. Den dapat semangat baru untuk berblog semula setelah menjengok blog2 kawan2 yang lain. Apabila perasaan jeles menguasai diri, tu lah yang dok depan komputer then berblog tu. *Ngko ni memang spesis x boleh tengok orang lebih sikit la.....
Bermula semalam lagi den mula mengemas semula fail2 pending atas meja kerja. Pun masih tak siap lagi nih. Buat sikit2 la. Lagipun tak lari pun.
Tiba2 dok syok mengemas fail tu, den berangan kejap kisah2 lalu....
Once upon a time.........
Pertengahan 2002, masa tu umur den 17 tahun (pecah lobang umur ko bape skg), den dan rakan sekelas pergi ke makmal kimia. Masa tu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih