Selasa, 19 Januari 2010

19 Januari 2010_Aku berjaya dapat parking!

nSegmen apa berlaku hari ini?
Bahahaha.....akhirnya aku berjaya merebut lot parking....(lot????)..aku sampai tempat keja area kul 7.30am..Harini giliran aku drive ke Shah Alam...Kih Kih Kih, jimat duit nasi campur + teh O ice aku arini (x yah bayar parking). 'Mintak mahap dan ampon' kepada those yang selalu parking kat situ. Hok kawe tumpang arini jo. Er dgn esok kali. Sebabnya kawe drive arini. Hok ari2 laing mu boleh parking k. 1-0
Amacam? bagus tak skill parking aku?
Segmen Ilmu
Suhami, pelajaran kita pada hari ini ialah

Isnin, 18 Januari 2010

18 Januari 2010_Pagi vs Mengutuk

Selamat pagi Pagi ni aku nak mengutuk sikit. Pagi-pagi dah mengutuk. Bukan apa, kalau pagi-pagi mood aku tak baik mesti aku nak mengutuk. Kalau tak mengutuk tu, mood aku ok ler pagi tu. Ok fine, suhami jgn ulang banyak-banyak..... Aku datang keja awal arini. Macam biasalah, bertepek keje atas meja aku. Nak tak nak kene setlekan 1 per 1. Aku direct call Kak Ros merangkap setiusaha Kelab untuk bincang pasal percuti hari keluarga di Hawaii

Rabu, 13 Januari 2010

13 Jan 2010 : tutttt aku tertinggal!

Hari ni aku datang keja awal sikit. Pukul 6.15 bangun, buat apa yang patut then bertolak dari rumah pukul 7.15. Sampai ke tempat keja pukul 7.45 then aku terus punch card. Jaja antara insan yang terawal datang. Dia tengah baca paper. "Alamak! ni mesti parking dh penuh ni,"kata hati aku frust tahap gaban. Aku pusing-pusing, sah dah penuh. Memandangkan aku ni kedekut taik idung masin, nak tak nak aku terpaksa gak cari free park lebih kurang 100m dari opis. Hilang sekilo arini.

adoiii....penat2 aku jalan 100m, kene gak surat saman!
Jalan punya jalan aku terus buka komputer nak tengok update dari blogger2 lain. Hehe. Facebook x boley bukak. Fs, Ms sume x leh bukak. Dah kena blok. Kalau aku degil gak nak bukak, nah terpampang muka

Selasa, 12 Januari 2010

Episode 2 : Berdiri Atas Kaki Sendiri

Semasa berumur 18 tahun, seorang budak ditawarkan masuk ke tingkatan 6. Pada mulanya dia mendaftar di Sek Men Seri Perpatih di mana di situ dia ditawarkan belajar dalam aliran sastera. Namun oleh kerana kesilapan kerani sekolah itu, budak itu kemudiannya dipindahkan ke Sek Men Tuanku Muhammad dalam aliran sains.
Budak tu dan beberepa orang kawannya kemudiannya mendaftar di sekolah baru yang terletak kira-kira 50km dari rumahnya. Makanya budak itu terpaksa tinggal di asrama dong. Apa, mau bikin mati kalo ulang-alik sejauh itu tiap2 ari? (Errr....skrg ni budak tu study kat uitm shah alam dan travelling from seremban [70km++] ari2...terpaksa daaa...)
Jika sebelum ini budak ni memang bergantung harap dengan keluarganya, tapi kali ini budak itu kena hidup sendiri. Minggu pertama memang membosankan dan tidak dapat sesuaikan diri lagi. Minggu berikutnya budak itu

Isnin, 11 Januari 2010

Anugerah Juara Lagu ke 24

Semalam stadium Putra Bukit Jalil digegarkan dengan satu pertandingan lagu. Jujurnya persembahan kali ini adalah yang terbaik mengikut pandangan aku. Baik dari segi props peserta, pentas, pengacaraan, juri, sumenya 1st class sekaligus menjadikannya yang terbaik.
Masing-masing nak tonjolkan kelainan tersendiri.
Pembukaan oleh dato Siti Nurhaliza yang membuatkan rahang aku terjatuh seketika. Wow! mantop and hebat nak nak bila dia digandingkan dengan Lan menyanyikan lagu yang memerlukan vokal setinggi itu.
Pada mulanya aku target antara lagu yang mendapat tempat adalah

Proton Impian 2.0

Salam 1Malaysia.
Tak lama lagi, Proton akan keluarkan produk terbarunya iaitu upgrade version Waja, Proton Impian 2.0
Sekali tengok nampak ok jugak tapi tak tahulah harga nya berapa/ Dari segi design n cc aku rasa mau makan riban gak tu. Tapi, macam manapun, ianya tak kan dapat challange "my tiny Mitsubishi Evo 7" aku....huhu....The proton Saga BLM ku....alala tomey nye die.....
So, nanti aku uploadkan info2 terbaru pasal Proton Impian ni k.

Antara gambar-gambar Proton Impian 2.0 (sumber dari e-mail)