Khamis, 30 September 2010

Kenapa perlu joint Apo2 Yolah Next Top Icon??


Atok dari dulu lagi suko cari kelainan. Dari kecik2 dulu. Orang pakai helmet kat kepala, aku pakai kat lutut.  Kebiasaannya contest yang dianjurkan di blog-blog lebih kurang sama konsepnya. Pertandingan muka terhodoh, pertandingan baju raya, pertandingan bina ayat, pertandingan sweet memory, pertandingan gigi sape cantik, pertandingan bulu kaki terlebat dan lain-lain. Tapi atok cubo nak cari kelainan di sebalik itu. Konsep masih sama, tapi atok cuba tambahkan sikit keghairahan permainan ini.
Kelainan dalam pertandingan ini adalah penyingkiran minggu demi minggu. Kiranya sesiapa yang nak feeling2 suspen masuk Akademi Fantasia, American Next Top Model, Pentas Pilih Kasih, Survivor, dan sebagainya boleh merasakan keterujaan itu dalam pertandingan ini. Week by week akan ada peserta disingkirkan sampailah tinggal tiga empat kerat je.  Rasai debaran ini hanya dalam pertandingan ini sajok. Walaupun atok nak try rasa debaran itu dengan masuk AF, tapi atok sodar atok sapo.  Siapa yang markah paling rendah, "ANDA BUKAN ICON YANG ATOK CARI"......(hehe, macam acik Rosyam cakap kat pentas pilih kasih lak).
Atok boleh melonjakkan rating blog atok dengan kehadiran peserta dan pemerhati PBB blog yang lain. Dalam masa yang sama rating blog kalian pun melonjak juga. Kenapa lak atok cakap macam tu? Sebab setiap blog yang masuk top 30's dan top 10 atok akan masukkan link korang kat blog ini. Tak cukup dengan itu, atok pampangkan wajah2 tersayang di main picture kat atas tu. Walaupun atok sedar blog atok berada dalam ranking antara menyedihkan di dunia, tapi sekurang-kurangnya atok dapat sesak kan traffik blog kalian dengan memperkenalkan link korang terus dari blog ini.  U r femes!!!....<----errrr, boleh ke
Kalian jugak boleh feeling jadi american next top model cover official thriller video. Apo bondo eh tu? Macam ni, atok akan cuba cipta satu bom atom video yang akan memperkenalkan kalian di dunia. Terus link kat youtube. Kalau tak paham cuba try test pergi kat youtube dan taip tajuk ni "antm opening". Ha camne? meriah tak? satu donia leh link dengan kau. Berak Obama pun boleh tengok kau live kat youtube. Siap masukkan address blog kalian lagik. Yang video ini atok akan khaskan untuk top 30's dan top 10 sahajok. Baru mengancam kan? Sebab tu atok nak korang post gambar sekali dengan entry terbaru korang. Bukan sebab aku nak bomoh kau.
Si Juara jugak akan berpeluang buat entry spesel kat blog atok. Ala, kiranya kau menang Award  pastu naik atas pentas bagi ucapan lah. Tapi yang ni hanya bagi entry spesel. Itupun kalau nak lah. Sebab takutnya, dah dapat hadiah terus senyap. Atok jugak akan bagi hadiah spesel. Atok kena rahsiakan dulu sebab atok tak tahu jantina pemenang. Kang aku siap2 beli tedi bear kang, pemenang lelaki lak. Kau jangan main gila.
Kenapa ikon? kenapa tidak idol, kenapa tidak atok junior....kenapa mesti ikon? Ikon kat sini bermaksud, si juara adalah ciri-ciri penulis blog yang atok nak. Tak perlu jadi macam atok sebab atok pun sodar atok ni kadang2 sewel. Just be youself. Cuma perlu jujur dalam mengembangkan bakat kita menulis dan berkreativiti. That all. Ikon inilah yang akan jadi kembar atok. Maksudnya, kalau orang klik blog atok, orang mesti kenal kau.
Sahut cabaran kamu. Amacam?  ada bran? atok percaya tidak pernah mana-mana blog buat camni. Semua ini idea gile atok. So, kalian mahu jadi peserta pertama merintis program ni? Jom, kita gerak sama2. Sokongan kalian amat diperlukan. Chaiyok2!!!! Semangat! semangat tok!
Dan yang paling penting kat sini adalah mengeratkan hubungan persahabatan kita. Setakat awak pergi kat blog atok then say "hai, kite singgah kat sini sambil makan pisang".....atok rasa tak lama kot persahabatan kita. Kalau macam ni, mungkin lebih lama. Mungkin selama-lamanya. Atok dah lekat profile korang kat dalam blog ni selama-lamanya.



Candid

"Kalau boleh siapkan benda ni dalam minggu ni jugak. HQ nak tengok, kata bos.
"Ok beres bos,"balas atok.
padahal dalam hati nak kata camni "Eh, kau ingat aku mesin basuh ke apa?"





 
Tengah buat-buat kusyuk dengar bos cuci otak, terasa macam orang snap picture atok. Bajet candid la






 Atok pun posing muka tak sememeh di atas. 
"Ah! aku tak puas ati. Aku nak masukkan gambo aku dalam pesbuk. Cepat! Tangkap elok2 sikit,"arah atok pada jurukamera. 






Ok ready????, 1 2 3......klik klik klik!!!!












Lahanat kau! tunggu kau aku kejar keliling opis!!!!!!!  (bos  ado kat depan tu) <-----nyesal dia amik aku bekerja.

TAMAT








Rabu, 29 September 2010

Demam


Tadaa.....Inilah kakak. Nama kakak ialah Milah. Ekau buleh panggil Kak Milah. Akak cucu kepada Tok wan dan Atok. Juga adik kepada Abang Joe. Tak lupa juga sepupu kepada Cikgu Nasir. Ini kali pertama akak diberi tanggungjawab oleh tuan tanah kedaong mengendalikan segmen "Petua Kak Milah". Ekau jangan tokojut yo. Baiklah, semalam atok ado bagitahu kak milah pasal salah seorang cucu dio domam. So, mulanya atok suruh tok wan handle kan musibah ni, tapi tok wan tak nak. Dio ado program kaunseling dio sendiri. So, on time jugak atok call Kak Milah balik dari obesi semato-mato nak hendle segmen baru ni. Ok2, cucu atok tu domam. Dio nak tips demam sembuh dari demam. Moh kito lihat.....

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam.

Tips sembuh dari demam versi Kak Milah

1. Pasang ekon pada suhu yang dingin.
Kalau tak ada ekon, korang buka kipas paling maksimum macam kipas helikopter. Kawan akak keje misi, dia cakap suhu yang dingin dan sejuk boleh menurunkan suhu badan.

2. Ramas daun nona/jambu batu kemudian lulurkan pada badan.
Kau jangan ingat program nona tb3 tu je.....ini daun nona. Korang ambil daun nona 5 6 keping, lepas tu ramas bersama dengan air panas menggelegak suam. Kemudian lumurkan pada badan setiap 2 jam sehinggalah badan rasa kebas.

3. Banyak minum air.
Akak ada terbaca hadith tu, tapi tak tahu hadith mana (wah, walaupun aku dumb blonde, aku tetap bace hadith) Dalam hadith tu menyatakan bahawa demam itu asalnya dari kepanasan api neraka dan hanya air saja yang dapat memadankannya. So, maksud padam di sini bukan kau telipon bomba pi siram badan kau. Tapi maksudnya adalah banyak minum air kosong.

4. Banyak bergerak
Akak faham, kalaulah dah demam mestilah nak gerak pun susah. Tapi dari kau melepet 24jam kat atas katil ,tentu lagi teruk demam kau kan? Maksud akak buat banyak bergerak adalah berjalan kejap-kejap. Pergi dapur nak minum air tu, kalau termampu jalanlah kejap. Jangan suruh orang ambilkan. Gerakan itu boleh mengaktifkan sistem badan kita semula.

5. Ambil angin segar.
Ini bukan buang angin segar yo. Jangan main gila. Akak cakap ambil angin segar di luar rumah. Gantikan O2 yang tak segar dan C2O yang berlebihan terkumpul dalam badan tu dengan O2 yang baru. Kau buat gaya macam cite titanic tu masa nak ambil udara, lepas tu hembus perlahan-lahan. Buat macam tu dalam seminit dua dalam kekerapan setiap 2 jam.

6. Minum 100 plus banyak.
Akak tak galakkan sangat makan panadol. Dia tak menyembuhkan tapi mengurangkan kesakitan sajok. Lama kelamaan kalau amalkan makan panadol sistem imun akan lemah.  Dalam masa yang sama kau cepat sajok diserang virus. So, akak Milah galakkan minum air 100 plus sampai lebam. Ianya menggantikan bendalir dalam badan. Kesannya mujarab! Kalau yang air sejuk cap kaki tiga tu pun baguih gak.

7. Jumpo doktor.
Ini final step. Kiranya demam kau demam tegarlah ni. Akak sarankan jumpa doktor kalau berlanjutan 2 3 hari. Takut gak kalau suspek denggi, atau sebagainya.

p/s : Sebenarnya demam atau sakit ini adalah anugerah dari Tuhan untuk menghapus dosa-dosa kecil kita dahulu.

Macam mano penampilan sulung akak? Ok tak? Vote like yo...Tunggu "Petua Kak Milah" pada segmen akan datang. Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Selasa, 28 September 2010

Nuffnang

Atok ada masalah sikit. Tak tahulah masalah ke atau tidak. Tapi atok punya nuffnang kempen tak update pun? Kebiasaannya hari isnin dah tambah-tambah komisen <-----macam banyaklah komisen kau
Atok risau tahap Ben 10 ni. Tak kanlah satu sen pun tak ada komisen sempena kali pertama atok meraih UV lebih 100 setiap hari sepanjang minggu lepas? Ini berkat atok blogwalking sampai lebam. Cuma ada tiga kemungkinan saja bermain dalam fikiran sekarang.
1. Aku dah disingkirkan oleh nuffnang hidup-hidup.
2. Memang aku tak dapat satu klik pun nuffnang.
3. Mungkinkah atok dah dapat status kempen BE??? (mate bersinar-sinar..........<----tu pun titis pakai eye mo)

Kalau alasan nombor 3 tu, senyum sampai ke pipi la. Tapi kalau nombor 1 atau 2????

Kalian dah update??

Ini kempen minggu sebelum-sebelum. Minggu lepas kenapa takde?

Isnin, 27 September 2010

Contest senyuman manis


Syarat-syarat Pertandingan

Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar
Mesti buat N3 pasal contest ni.
Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri.
Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.
Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.
Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.
Tag minimum 2 atau lebih rakan anda.
Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.
Hadiah adalah topup bernilai RM30.
Jika pemenang menggunakan line prabayar, nilai tersebut akan ditukarkan kepada wang tunai dan akan di bank-in kan ke dalam akaun anda.
So GKSB nak tag all my followers blog GKSB
Good Luck!!



Atok pertaruhkan pic zaman muda2 atok nih,sila amik plestik klu ada sesapa nak muntah....

Candid Camera Contest


(Sticky Mode Sampai 29 September 2010.. Scroll Down Untuk Entri Baru..)

Salam semua...

Harini aku terasa nak wat satu Contest...
Tajuknye " candid camera contest"...
aku rase korang semua mesti ada simpan gambar2 candid dalam album kan... Jadi jom la join Contest ni....

Syarat-syaratnya :-

1) Terbuka kepada semua bloggers...
2) Wajib folo blog aku....nnt korang gak senang dapat info Contest ni...
3) Up-load gambar Candid yang korang rase paling menarik...Xkesahlah gambar korang sendiri ke.. family ke... aweks ke... kawan2 ke... janji Candid... 1 gambar sahaja....
4) Letak Banner Contest ni kat slidebar blog korang..
5) Tag 5 orang kawan korang.. biar meriah sikit....
6) Jangan lupa tinggalkan link korang kat comment post..

Tarikh Tutup :

29 September 2010

Pemenang akan diumumkan pada 1 Oktober 2010

So, atok pertaruhkan gambar ini

Apo2 Yolah Next Top Icon Stage 1_Sample

Ada yang tanya macam mana step nak joint? Ok, untuk stage 1, kalian hanya buat entry kat blog kalian iaitu portfolio cam kat bawah ni je. Then post URL kat ruangan komen kat blog SINI. Itu saja untuk stage 1. 30 portfolio terbaik layak ke separuh akhir. Hantar portfolio ni sebelum 15hb 10.2010.



Amat Scuba
24 tahun
Pelajar
Putrajaya
"whatever"

saya taggedkan pertandingan ini kepada
1. Joyah
2. Kulup
3. Endut
(kawan2 dalam blog list korang la)

Moh kita meriahkan pertandingan ni. Singgah la blog "INI"

p/s : "INI" tu paste link ini 
http://anaknegori.blogspot.com/2010/09/game-is-start-now.html
(untuk paste link tu klik pada Link kat toolbar)

Jumaat, 24 September 2010

Yahoo

Yahooo berjaya buat banner exchange!
Semalaman atok kaji selidik try error sampai mata lebam. Confirm pasni orang kata aku adik-beradik panda china. 

Moral of this post is
"EKAU JANGAN PUTUS ASA!!!"



sapa nak copy banner tu, milo copy la......html kat sebelah kanan atas


Rabu, 22 September 2010

Apo2 Yolah Next Top Icon

Amacam? Macam pernah dengar tak tajuk tu? Look familiar right.
konsep : American Next Top Model + Survivor = Apo2 Yolah Next Top Icon 
 Program ANTM asalnya dicetus oleh supermodel terkenal Tyra Banks iaitu program realiti American Next Top Model. Atok dah jatuh cinta dengan program realiti itu sejak kali pertama atok termenonton ANTM cycle 9 <----kesian kau, cycle 9???


Dalam cycle 9 tu, ada seorang peserta yang mempunyai tarikan tertarik kau memang da bommm.  Lain dari yang lain. Bukan sajok cantik malah dia unik.  Peserta ini adalah model autisme pertama di dunia! mempersembahkan Heather Kuzmich.....tepok tangan!!





Tips elak kasi duit raya

Salam siaran semua. Topik yang dinanti-nantikan oleh semua terutamanya jiran Cik Tom punya sepupu. ANGKA sawan!!!.  Tips elak kasi duit raya.  Cuma entry ini lambat sikit di post. Walauapapun, rayo masoh ado. Open house sentiasa ter open. Budak-budak menyengih je depan mata.  Time duit tengah kering ni, tips ni kadang-kadang amat berguno jugak.
1.Korang cakaplah beg duit tinggal.
Kalau ada budak datang menyengih time hari raya ni, kau buat-buat raba poket belakang kau. Lepas tu, kau tepuk dahi dan buat aksi menyesal teramat sangat.  Kau bilang kat budak tu cenggini.
"Dik, aku punya wallet tertinggal la. Sori ek, tahun depan abang kasik kau ye. Tunguuuuu....."
"Duit raya letak kat sarung angpau ke sarung wallet abang???"
*Pitam........
Camne aku lupa bawak beg duit ni.....tertekan! tertekan nih!

Selasa, 21 September 2010

Nokia dan hadiah!!

Korang just klik iklan ini kalau appear kat banner atau link NOKIA E5

Cendawan tiram berusia 49 hari

Hasil daripada google kat tenet, pergi kursus kat BCL AgroFarm, tanya abang Ijam palong 3, tanya kak Ida Ampangan dan pekerja Kembojanya, semuanya menyatakan bahawa tempoh matang  adalah antara 45 hari-60 hari sebelum mengeluarkan hasil yang pertama. Tapi, baru saja 49 hari dah berlumba-lumba nak keluar....Errr, memang lah 49 hari termasuk dalam julat 45-60 hari kan? Bengong ...Tapi belum mencapai tahap gaban lagi untuk betul-betul matang mengeluarkan hasil...Memang kau tak sabar tul.
Apa benda aku mencarut ni? tempoh matang la, berlumba-lumba la, julat la, sabariah la....tempoh kucing kau habis berpantang ke atok?

Isnin, 20 September 2010

Siapa nak rm10,000 hengget?


Bila banner ni appear, just click babeh.....huhu

Mimpi bulan dan bintang apa tandanya?

Kemeriahan raya masih lagi terasa walaupun dah seminggu 1 syawal meninggalkan kita.







 Tapi, minggu pertama lepas raya ni, selalu je mimpi pelik-pelik





 
Mimpi bulan dan bintang....kalau bulan biasa tak apa....Ada sekali tu mimpi bulan tu  berkembar....satu bulan penuh satu bulan sabit....pastu ada bintang-bintang....saiz depa besar2 belaka dan tak macam saiz kt langit sekarang....Cantik...dulu ada juga mimpi planet2 bergantung dekat je kat langit tu....Tapi sekarang ni mimpi2 tu makin kerap....





Pastu sedar je dari tidur mesti jadi blur. Blur samada mimpi itu indah atau mimpi itu menakutkan. Ada juga kawan2 nasihatkan itu hanyalah permainan syaitan. Tapi jika kita bermimpi pada 3/4 malam, mungkin mimpi itu ada petandanya. Masalahnya, kita tahu ke 1/4 ke, 1/2 ke atau 3/4 malam kita dapat mimpi tu? 






 
Tak puas hati, kemudian terus google di internet. Kemudian jumpa website INI,
ini antara kandungan dalam tafsiran tersebut.

1. Mimpi melihat bintang di langit
Alamat akan peroleh pengetahuan yang baik. 

2. Mimpi melihat bintang-bintang di langit dalam langit cerah
Alamat akan kecukupan segala keperluannya. 

3.  Mimpi bulan kembar
Alamat ada pergaduhan atau perselisihan faham.

4. Mimpi melihat bulan purnama
Usaha baik dan dikasihi orang  

5. Mimpi bulan sabit
Akan ada orang kesusahan.

Apa tandanya tu????

Cinta Semalam Episod 11


“Ayah tak balik lagi ke mak?,”tanya Iman sambil mencedok lauk gulai terung ke dalam pinggan.

“Tak. Dia ada hal agaknya. Ha, kenapa?,”soal datin pelik.

Sudah lama anaknya itu tidak bertanyakan perihal ayahnya di rumah.  Paling tidak sekalipun, soalannya lebih terjurus kepada urusan pejabat dan bukannya peribadi.  Hubungan Iman dan suaminya masih lagi hambar seperti dulu.

“Seminggu dua ni dah lama tak nampak ayah makan malam kat rumah. Sibuk sangat ke?"

“Dia memang macam tu. Sibuk ngalahkan menteri. Entahlah, mak pun tak tau nak cakap apa lagi,”Datin Asiah menuang air ke dalam gelas anak bujangnya.  Datin mengerut dahi.  Ah, barangkali Iman sudah memulakan langkah untuk menjernihkan kembali hubungan anak dan bapa itu. Jika itu tujuannya, maka dia menadah syukur ke Hadrat Illahi kerana doanya selama ini telah diperkenankan.  Datin Asiah cuba untuk berfikiran positif.

“Biarkanlah mak. Dia memang betul-betul sibuklah tu,”balasnya pula. Nasi yang masuk dalam mulut tadi dikunyahnya perlahan-lahan.

Iman sedar dengan perubahan wajah emaknya.  Sudah semestinya emaknya berasa pelik dengan pertanyaan Iman.  Setiap hari dia berharap hubungannya dengan Datuk Ahmad bukan hanya sekadar sebagai majikan dan pekerja malah sebagai anak dan bapa.
“Kalau betul-betul sibuk bekerja tak apa. Jangan dia sibuk cari yang baru sudah.,”datin menjeling anaknya.

“Mak ni ke situ pulak,”Iman hampir tergelak tapi tidak jadi kerana mulutnya penuh dengan makanan.

“Mmm…dulu ayah kau ada cakap ngan mak. Kau dah buat homework pasal projek kat Shah Alam tu?,”soal datin. Sesekali suaminya ada juga berkongsi cerita perihal di tempat kerja. Maka, secara tidak langsung Datin Asiah adalah sedikit gambaran tentang pekerjaan suaminya.

“Tengok oranglah mak,”Iman mengangkat kening.

Khamis, 16 September 2010

Atok Kembali Lagi......

Ni bukan cite 'Sutun Kembali Lagi" yo.....ni Atok Kembali Lagi....Kau jangan main gila...Setelah lebih seminggu atok bertapa kat kampung sempena menyambut syawal yang mulia, akhirnya sutun kembali lagi....erkkkk....ATOK KEMBALI LAGI.....
Banyak cite yang atok nak kongsikan dengan cucu cayang atok ni....wa, masa atok cuba test try blogwalking, rating unique visitor melonjak ke angka yang memberangsangkan...pastu cakap kat atok, "singgah klik nuff''!... Atok banggo la kojap sebab bajet lepas raya ni dapek la topup duit akaun aku lepas bankrup kasi anak buah sengih2 pagi raya sebab nak duit....tup tup, atok bukak yo website apo2 yolah ni...jeng jeng jeng....penaja atok kasi 75 hengget je....75 sen je...sodih den....Takpo2....atok x berkiro na...yang ponting, cucu2 atok bahagio....Cium dahi sikit bagi sesapo yang sompek datang singgah blog atok walaupun atok bercuti. kat Hawaii di kampung halaman...

Ni atok nak cito ni....Sebelum raya, tung tang tung tang aku plan nak beraya sakan rumah sahabat handai...nak pergi KL pastu balik raya lak kat Pahang, then balik raya lak kat Johor......Pastu area seremban...tak lupa gak area Kopilah.....last2 aku beraya kat umah je....ATOK DOMAM....Agaknya lepas dapat lemang sebatang, atok terus pitam...Semayang rayo pun tak g...semayang jumaat pun tak g...Atok tersadai atas katil je raya aritu..Tersadai pun tersadai gak, anak buah aku tak kira aku nak termeninggal ke nak pitam time tu...diorang main serbu je bilik aku nak duit raya...ada ke patut...sian atok...


Pastu sedara mara pulak datang serbu rumah...Aku nak lari kat dapur, tentera bergajah dah amik port...aku nak lari kat meja makan, tentera abrahah dah amik port....nak tido dalam bilik, mak sedara lak sibuk nak parking jap tukar lampin anak...last2 aku duk kat ruang tamu cover2 tengok cite raya kat tb....malu aku....muka serabai lepas tido...pastu duk pulak sebelah sepupu sepapat yang wangi2 baru balik dari kubur...ape lak agaknya dia kata tentang aku tu an...Ah pedulik an...
 Habis satu umah dikelilingi tentera batalion askar melayu




Dah kenyang melantak rendang buatan mak aku, kerabat2 tadi pun berangkat ke  rumah kerabat yang lain...Nak tak nak, aku kena ikut jugak sebab nak topup duit raya jumpa sedara-mara setahun sekali. Rumah terakhir sekali beraya kat rumah Induk Maheran a.k.a Mak Lang. Giler sempoi. Pastu, aku duduk2 la kat hujung sudut rumah Mak Lang bajet comel then menunggu orang kasi duit raya...Hampeh, xdo...Aku pandang kiri...ayah aku...aku pandang kanan...atok aku....Atok Saleh!! HAduih, cmne lah boleh duduk sebelah Tok Saleh ni...Dia ni loyer buruk...Mula2 dia tanya aku....
"Dah lamo ekau kojo?"
"Dokek setahun lobih,"jawab aku.
"Makin hensem ko ni kan.....errrr!! tak ni dialog xde!!! cancel cancel!
"Cubo ekau tengok tb(tv) tu....klu pencuri nak curi, dio kopit (kepit) yo tb tu bawak lari...nipih (nipis) bonar,"dia dah start loyar buruknya.
"Haah! dia bawak lari...Kalau nak ikut an, tb nipih ni lagi jimat karen (letrik) dari yang pesyen (fesyen) lamo tu,"balas aku.
"tb ni kalu pencuri curi, kepit kat ketiak je...."

Pastu aku tengok adik aku sengih2 kat sebelah. Dia sengih mesti ada sebab. Then dia cakap camni
"Apsal mulut ko gerak2 klu bercakap?,"katanya tersengih.
"Hampeh!"

Aku kalau takde konfiden, mesti bibir gerak2 kalau bercakap. Camne nak terangkan yek. Ala, kalau korang bercakap dengan orang yang jarang jumpa, mesti mulut ko kaku nak bercakap kan. Ha! camtulah berlaku kat aku. Bibir aku kaku bila bercakap dengan Atok Saleh. Sebab apa? Sebab im not confident enough. Tak ada personaliti. Autisme. Itulah pasal....siang kerja, malam duk umah. Esoknya g kerja ngadap komputer, pastu balik umah ngadap laptop nak update blog.  Pastu duk umah family. Tak berdikari. Manja. Anak Omak. Lack of social skill.  Tidakkkkkk!!!! aku kena lakukan sesuatu....
Astaga!....ni ke ghope aku soploh tahun akan datang?!!!





X nak! x nak! Esok jugak,  aku nak mohon tukar tempat kerja ke Putrajaya. Mungkin duduk menyewa di Dengkil atau Nilai...Aku harus merubah personaliti ini ----------->



















Kepada ini --------------------------->
Errr silap! silap!!









Kepada ini ---------------------------->





Amacam kalian? Nak pindah ke tak?????

Rabu, 8 September 2010

Cuba Tengok Betul-Betul

Jangan tengok muka tu!.....x senereh je muka.....cuba tgk kat no. ic tu........Besday atok arini la......nak cake! nak!    





Selasa, 7 September 2010

Kejadian di Bazar Giant Hypermarket Senawang

Janji dengan Redzuan pukul 8.30 cari kasut kat bazar <-----nak g soping kat tempat loaded2, duit xdo
Tapi janji terpaksa dilewatkan sikit ke pukul 8.50 sebab ada orang datang rumah nak berbuka puasa sama.  Ala wan, ko kadang2 aku datang jemput ko, ko lewat gak kan. So, wan kata no hal. Small matter. Walhal dalam hati ko, Tuhan saje yang tahu betapa ko keji2 kutuk2 aku.
Tepat jam 8.50 aku sampai ke Samsung dormitory. Wah, sejak ko dilantik sebagai penghulu asrama kat Samsung tu, ke main bergaya cara jalan ko.

Senget2 je aku tengok. Dalam perjalanan nak ke Senawang tu, Wan luahkan perasaan sodih dia kat aku.
"Esok aku balik kampung. Lusa balik Somban balik,"katanya memulakan perbualan dalam kete.
"wtf?? (astaghfirullah mencarut jap, dah la x g semayang terawikh), orang raya tulat ekau dah nak balik sini lusa. Camno tu?,"kata aku sedikit terkejut sambil megambil selekoh maut dengan cermat sekali.
"Woi, aku keje swasta. Kerja tak tentu masa. Lain lah kau orang gomen. Terpaksalah aku raya ngan indon2 n bangsa2 minoriti kat sini,"katanya yang sedikit sedih. Nadanya mula-mula tadi macam menengking pastu sedih balik.
 "ko keje gomen, leh r cakap camtu!"
"Arghhh, gaji 3 riban pun x bersyukur!"
"Swasta swasta pun gaji nak dekat tiga riban. Tak kan nak kejar triple payment masa hari raya tu, ko sanggup tak balik kampung?,"kata aku tak puas hati. Duit boleh carik bro, tapi kemesraan keluarga??
"Kalau ada orang nak ganti, awal2 lagi aku offered diri tok,"katanya lagi
Aku terdiam. Masing2 terdiam. Cuma lagu Halimah Jongang saja menjadi soundtrack kami dalam kereta ketika itu disusuli lagu raya yang dibawakan oleh Syarifah Aini.  Betul kata orang. Bila masa belajar dulu, beriya-iya nak kerja. Tapi bila dah kerja......dugaan dugaan.
Sedar tak sedar kami pun tiba ke destinasi. Bazar belakang Giant Hypermarket Senawang. Jalan giler sesak. Nasib baik orang sana tak giler. Lepas satu kedai, singgah lagi kedai lain. Last2 beli jagung rebus ngan cendawan goreng yo. Baju n kasut mahal n kurang menarik perhatian. Aku nak kasut yang ada lampu2 tu. 
Dalam perjalanan nak masuk kete balik, ada seorang budak perempuan kecik main yang lastik bercahaya tu. Ala, aku tak tahu apa nama menatang tu. Benda tu bercahaya. Pastu kena lastik ke udara then dia akan melantun la. Macam UFO gak kalu tengok dari jauh. Canggih budak2 zaman sekarang. Aku dulu lastik2 burung je. Budak kecik tu lastik la menatang bercahaya tu kat udara. Shiooooouuuuu.....Huiyooooo....tergamam aku jap tapi sempat cover tuh. Lastik lagi, shioooooouuuu. Ketepek!! sangkut kat bumbung kanvas bazar tu. Alololo ciannya, dia nangis. Mak dia pujuk. 
waaaaa......cenjata persendirianku dah cecangkut...sob sob...
"Nanti kita beli yang lain k,"pujuk mak dia.
"Xnak! nak yang tu jugak,"nangis dia.
Pastu aku ternampak mamat bonzer ni lalu kat situ.
Huagghh!! ke tepi! ke tepi!
Dengan cover machonya dia p panjat bumbung tu then kasi budak kecik tadi.
 saya datang menyelamat!
Budak kecik tadi pun suka. Aku terharu kejap. Mamat bonzer yang cover macho tu sanggup naik atas bumbung tu p amik menatang bercahaya tu untuk budak tadi? Kagum. Aku rasa aku sorang je yang nampak peristiwa tu. Er...budak kecik ngan mak budak tu sekali kot. Sebenarnya, lelaki ini ada sifat kelembutannya tapi x nak tunjuk. Aku respek kat budak tu.
Errr.....apa kesimpulannya?
Kesimpulannya, ada dua benda nak diutarakan kat sini.
1.Walaupun kita tak berpuas hati dengan kerja kita sekarang, tapi masih ada lagi orang yang lagi susah dari kita kat luar sana.
2. Lelaki ada sifat kelembutannya tapi jarang tunjukkannya pada orang lain.




Isnin, 6 September 2010

Goreng pun sodap



Apakah? Ado apo dengan title menjelikkan itu?
Sebenarnya, masa atok balik kampung Jumaat lepas, then terus serang my cucu cicit piut. My 1st generation mushroom project. Woi! Patutnya, diorang ni klua awal bulan soploh. Ni apa hal klua time cenggini? 
Sebenarnya adik-adik cendawan ni tak sesabar nak keluar. Bukan semuanya yang keluar serentak. Tapi dalam 1 baris tu ada 1000 beg media hanya 4 5 beg media sajok yang berjaya keluarkan cendawan. Kalau ada 6 baris, total dalam bawah 30 beg media la yang keluarkan hasil.  Dan cendawannya pun tak cukup bulan. Pepaham la kalau tak cukup bulan cmne. Tapi ada gak yang keluar cantik dan mekar di taman bangsal.

Atok suko!!. Setelah penat lelah atok soblan setengah ni menatang korang bagaikan minyak yang penuh, walaupun ada dalam 8 mati syahid sebab diserang virus babi hijau, 5 dimasuki ulat, dan 30 bontot dia dah macam bontot kuali sebab kaler hitam, the rest masih lagi bertahan, Tahniah atok ucapkan. Ni antara pic yang sempat atok tangkap lepas je buka pose . Layan......

Cuba try test tengok. Dia boleh tolak ketas 'sokaba' tu...


 ni paling cantik la atok snap. Walhal yang len2 hancus ghope nyer.


So, atok dapat dalam sepestik merah yang sederhana tu. Terus adik atok suruh masak apo? atok cakap APO2 YOLAH...huhu....then dio masak lada hitam....NI ha cap eh...sodap...nak2 yang kecik2 tu mmg manis...Pagi tadi ada lebih, makan sahur...Then lepas sahur atok terus pocut balik Somban sobab kojo ado 2 ari laie....Sekian

Ahad, 5 September 2010

Dajal

 Salam semua,
Amacam puasa, ok? ke ko? Abang Joe harap semua kawan-kawan ok dan dapat teruskan ibadah puasa dengan sempurna ok. Malam ni dah malam 7 likur. Dah boleh pasang pelita bagi menghidupkan suasana malam raya. Pelita pun pelita gak, jangan lupa tingkatkan ibadat pada 10 malam terakhir ini. Moga kawan-kawan abang Joe di luar sana dapat mengejar malam Lailatul Qadar.  Orait, minggu ni abang Joe nak kongsi dengan kawan-kawan pasal Dajal. Korang pernah dengar tak pasal Dajal? Bukan pasal pedajal kawan ko. Tapi dajal lah gak kan.  Kata induk pun sama gak tu iaitu dajal...er, kata induk?
Ok2, kalian tengok email ini yang datangnya dari kawan abang Joe, Hajar MITI. Layan....

"DAJJAL" TELAH "MUNCUL" DI KHURASAN, INDIA SELATAN


Sunday, 09 May 2010 at 03:25

Inilah sebagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahwa telah muncul "Dajjal" bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadist dari Jamiu at Tirmidzi,

"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bagian timur bernama Khurasan"

Maka boleh jadi yang dimaksud Rasulullah SAW tersebut ialah benar adanya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi SAW. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "


Dan Sai Baba ini bisa jadi adalah salah satu dari 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa bin Maryam).


SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW?


-Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
-Menyembuhkan orang lumpuh dan buta,
-Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
-Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap,
-Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang Bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.

Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.




"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)


BEBERAPA PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA:



-Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

-Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

-Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

-Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

-Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

-Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

-Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut-pengikutnya.

-Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

-Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

-Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

-Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.

-Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

-Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

-Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

-Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

-Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.

-Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

-Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumubuhnan dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

-Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

-Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.

-Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.




Kesimpulan: Bahwa sifat Dajjal dan Sai Baba yang diutarakan diatas adalah bagian dari sifat salah satu 30 dajjal-dajjal kecil (pendusta-pendusta akhir zaman) yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal besar).

Yang ciri-cirinya menurut riwayat hadits shahih adalah sebagai berikut :

-Dajjal buta sebelah seperti buah anggur.
-Kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang beriman.
-Dajjal tinggal di bumi selama 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1 hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari berikutnya seperti hari biasa.

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal."

Rasulullah SAW bersabda : “Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.”(HR. At-Tirmidzi)

Hadist riwayat Muslim, dari Nawwas bi Sam’an: Rasullulah SAW mengatakan, "Dajjal adalah seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celek, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa kesana kemari ”

ALLAHU AKBAR! LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL "ALIYUL ADZHIM….

Sudah selayaknya kita senantiasa memohon perlindungan hanya kepada Allah SWT saja. Bacalah selalu doa di bawah ini selepas shalat Fardhu, di akhir tahiyyat sebelum salam, insya Allah, kita selalu dalam lindungan-Nya.

"ALLAHUMMA INNI 'AUDZU BIKA MIN ADZABIN JAHANNAM, WA MIN ADZABIN QABRI, WA MIN FITNATIN MAHYA WA MAMAAT, WA MIN SYAHRII FITNATIN MAHSYIHIL DAJJAL"

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, kuberlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian serta kuberlindung kepadaMu dari kejahatan dan fitnah Al-Masih Dajjal”


***Konspirasi Dajal bersifat matrialistik sekuler, dia datang dan "berdakwah" dengan membawa perumpamaan air, namun pada hakikatnya adalah api. Surga yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah neraka. Neraka yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah surga.

Gaya bicara Dajjal, tidak lain adalah seorang pendusta besar! Shalat adalah buang-buang waktu, Alquran dan agama hanyalah simbol, bahkan ia kerap mendustakan keberadaan para nabi-nabi terdahulu dan mengadakan fitnah didalam cerita/kisah rasul-rasul terdahulu.

Waspadalah wahai kaum muslimin dan mukminat!

Jumaat, 3 September 2010

MAGIC HAPPEN WITH LIPICE MALAYSIA CONTEST

testSemur sumer leh joint. Tak kira jantina. Takde pun dia nak cek jantina kalian sebagai syarat boleh joint pun.  Sape yang serious nak menang hadiah tu apa lagi. Grab la. Contest ni berakhir 30 september 2010. Copek-copek sila klik banner tu kalau muncul. Banner LIPICE.

Games ni berkaitan si Amber ni nak jadi macam pelajar senior. Pakai mekap n kasut tinggi tu sume. Tapi mak abah dia nak dia study je sebab not time yet dia nak jd camtu. So, tugas kalian ialah tolong Amber ni senyap2 jadi pelajar hot lah.





tekan play.....jeng jeng jeng....nanti dia suruh kalian link dengan akaun facebook....pastu ikut arahan dan anda berpeluang menang hadiah. 


 Games dia akan view cenggini.  Kalau si Amber ni tengah study, ko tekan space bar. Klua la yang macam yang pari-pari punya tongkat tu. Then klik kat buble yang ada pic buku, formula einsten dsb.  Kalau ayah dia tengah syok tgk tv then klua pulak gincu bibir/aksesori wanita ko tekan space bar cepat2 then tongkat pari2 tadi bertukar tongkan setan. Pastu klik buble tu. Kalau dapat klik lip ice magic akan berlaku! Games ni menguji ketangkasan. Kalau betul klik anda tu, anda dpt mata point.


Kalau kantoi, bapak dia lak jadi setan marah kat Amber tu


Then kalian masukkan maklumat kalian dan berpeluang untuk KAYO!!!! Gud Luck

Tulun! tulun!

Waaa, apo nak jadi ngan den ni? Semalam cuba try test perbetulkan ruangan "komen" sebab orang tak boleh bagi komen. Patut la 3 4 menjak ni tak ado orang komen aku. Aku ingat an aku syok sendiri layan perasaan. Rupo-ruponya den terdelete salah satu menatang kat HTML tu. Uwaaa.......tulun! tulun!

Tak leh jadik ni. Aku kena berusaha untuk mencapai tangga kejayaan. Usaha punya usaha then.....uwaaaa lagi jahanam blog apo2 yolah ni. Rekebentuk dah macam blog orang tak pergi sekolah yo. Senget sanun senget sini.  Berpanau-panau.  Camno ni? Dah terpikir ni nak delete ke blog ni then buat blog yang baru atau kekalkan yang sedia ada? Delete ke kekal? delete ke kekal? Delete ke..... KENA kekalkan yang SEDIA ADA gak! Pueh den bangkit dalam arena ni dari bawah sampai la ke tahap ni <----macam la ekau punyo blog dah beat Hamis Jalikha punyo blog.

Pehtu aku dah dok risau dah ni. Sebab blog tak semua view. Tersekat kat bahagian iklan nuffnag.  Apsal iklan nuffnag tu x kluar2? Aku dah kena pecat ke? Then aku pi gatal  pi delete nuffnag tu. Then barulah boleh keluar yang kat bawah-bawah tu. Pehtu, aku p la lawat blog orang lain, dem!!! Aku dah nak termeninggal mase tu.  Diorang punyo ikon nuffnag tu pun x klua....Habih! Habih aku!! Mana aku nak raba ikon tu



Last-last ini lo ruponye blog apo2 yolah yang terbaru. Memang takda maso nak kaler tu kaler sini dah. Sodih den.  Pueh den create page dulu satu persatu. 1hari 1malaysia 1pembaharuan.  Untuk buat sementara waktu, inilah dia. Nanti den update an dari masa ke semasa. Sodih.......terpaksa mula dari bawah balik....Uwaaa.....Omak, tolong den!

 Huuuuuuuu sob sob......
er.....berita baiknya, cucu-cucu atok dah boleh komen semula....

Khamis, 2 September 2010

Puasa dulu dan puasa sekarang

Assalammualaikum dunia!
Lamo dah jugak atok tak ke udara. Al-maklumlah atok balik kampung jap p motong gotah ha. Yolah, mano duit nak boli pekakeh dapur? Nak rayo lagi ha. Nak harapkan korang klik iklan penaja tu, ado yang sampai ati tak nak klik.  Ado tu view kojap yo page atok. Duduk la baco lamo-lamo. Sampai terbakar b*ntot tu pun xpo.  Sian atok memuleh kudrat memikir an ideo nak dipersombahkan untuk kalian. Sampai ati. Huhu. Sob Sob<------ni kes komisen tak banyak last week.
Walaupun ati atok gundah gulana memikir an nasib atok dalam arena ni, tapi atok totap gagahkan kudrat yang tinggal sekorek ni ha. Ini semuo semato-mato untuk mereko yang masih lagi membaco blog ni. Yolah2, banyak bonar la den mengarut ha. Kito teruskan ke entry yang atok nak kupaskan minggu ni.

"PUASA DULU DAN PUASA SEKARANG"
(sila sebut seperti nada Doremon yo!)


1. Ketika hendak menyambut bulan Ramadhan
DULU
Isteri : Syukurlah bang kan.  Sempat lagi tahun ni kita menyambut bulan Ramadhan.
Suami : Baguslah. Target abang tahun ni nak puasa penuh. No ponteng ponteng!

SEKARANG
Isteri : Esok kita puasa bang. Abang tak nak guling-guling ke tanda teruja?
Suami : Ala, puasa ke tak puasa ke sama juga kita sekeluarga kan. Western life babeh! No puasa puasa!

2. Ketika hendak bangun sahur.
DULU
Ibu : Lela, bangun sayang, sahur. Kompang orang kampung dah berbunyi tu. Sat lagi imsak.
Lela : Sape nak kahwin malam-malam buta ni mak? Oh ye, itu adat kita di kampung bangunkan orang sahur ye mak.
SEKARANG
Ibu : Betty, bangun sahur sayang.  Dah nak masuk waktu imsak ni.
Betty : Ala, kejap lagi la. Alarm clock telipon BB orang tak berbunyik lagi ni (walhal bateri dh tertanggal)


3. Ketika emak suruh tolong pada bulan Ramadhan.
DULU                                                                                                                              Emak : Along, mari tolong mak pacakkan buluh pelita ni nak                                              Along : Demi emak, along pacakkan segala buluh mak. Mak nak buluh apa? Buluh lilin?Buluh meriam? Buluh betong?                                                                                                     Emak  : Hai, macam perli aku je...
SEKARANG                                                                                                                    Emak : Along, mari tolong mak pasangkan langsir mahal bertahtakan berlian ni nak.
Along : Ala, lagi-lagi along. Along penatlah. Lainlah kalau mak up duit raya along tahun ni ke 200 hengget.


4. Ketika hendak buat kuih raya
DULU
Emak : Angah, tolong mak buatkan kuih batang buruk ni sayang
Angah : Bukan setakat batang buruk, batang barupun angah boleh buatkan khas untuk mak.                                                                                                                                                        
          SEKARANG                                                                                                                                         Emak : Ucu, tolong mak buatkan kuih almond london ni 
Ucu : Jap mak, ucu online Air Asia jap nak tempah tiket ke london. Mak main tunjuk-tunjuk je kuih karang.



5. Ketika hendak berbuka puasa
DULU
Ayah : Ni sajalah menu berbuka puasa yang ayah mampu hidangkan untuk keluarga ayah ni.
Anak-anak : Tak apalah yah. Kami paham. Cekodok pisang hangus ni pun dah cukup bagi kami.
SEKARANG
Ayah : Ni ayah ada borong menu berbuka puasa ni. Ada murtabak, ada ayam percik, ada sate, ada kuih ketayap, ada kuih pelita, ada air soya, ada air katira, ada cucur badak ada bla bla bla...
Anak-anak : What? ape ni? hello.....out of our taste ok! Kitorang hanya berbuka puasa di hotel sajok.

Cinta Semalam Episod 10

Hak Cipta Terpelihara 2007


“Anim, minum air ni dulu nak,”pelawa Puan Rohani.

“Terima kasih. Tenang kat sini kan ma?,”Rusnanim menghirup udara segar sehingga termampu ditampung oleh paru-parunya.  Kemudian menghembusnya dengan perlahan.  Sudah lama dia tidak menyedut udara di Malaysia, tanah tumpah darahnya.  Panorama semulajadinya  masih tidak berubah walaupun banyak bangunan pencakar langit berlumba-lumba di pasak untuk menjadi paling tertinggi.  Benarlah kata pujangga, seindah mana sekalipun negara orang, negara sendiri tetap tiada tandingannya.

“Tahu tak apa. Kat Malaysia ni damai. Anim jer yang tak nak duduk kat negara sendiri. Berkerja kat sini. Takda tempat yang lebih baik dari tempat sendiri tau,”bicara Puan Rohani seolah dapat menangkap bisikan hati Rusnanim.

Rusnanim menyandarkan belikatnya di tempat duduk besi di hadapan rumah. Puan Rohani mencuri pandang wajah anak suntinya. Kulitnya putih mulus. Wajahnya ayu.  Wataknya semakin lembut.  Air mukanya jernih, tenang, berseri-seri auranya.  Rusnanim benar-benar bahagia.

“Mama Anim rasa nak kerja saja kat butik mama. Sambil-sambil tu, dapat jugak tolong mama kan?,”katanya tiba-tiba. Rusnanim memandang muka mamanya yang berkerut seribu.  Ada petanda kurang setuju di situ.  Puan Rohani segera memproses ayat untuk mengelak anaknya bekerja di bawah telunjuknya nanti.

“Ish kamu ni. Ke situ pulak. Anim tu kan baru je balik dari luar negara. Tak sampai pun seminggu lagi. Rehat-rehatlah kat rumah ni dulu. Tapi, kalau Anim teringin nak kerja, nanti mama suruh papa carikan,”kata mamanya lagi.

Rusnanim mencorak senyuman. Helaian rambutnya halus bergerak mengikut rentak angin. Kadang-kadang helaian rambutnya menutup sebahagian dari mukanya. Rusnanim menyelaknya semula ke belakang telinga.Suasana taman di hadapan rumahnya memang menjanjikan kedamaian yang hakiki. Lebih-lebih lagi bunyi keasyikan air terjun buatan di situ mejadi lagu tema perbualan mereka anak-beranak.  Cukup menenangkan.

“Tapikan ma, dah lama Anim tak jumpa kawan-kawan lama. Rindu rasanya. Macam mana dengan Shamsuria?,”Rusnanim teringatkan kawan sekolahnya dulu.

Rakan semasa belajar di sekolah menengah juga rakan satu taman.  Budaknya sekepala dengan Rusnanim.  Masa hujung minggu selalu dihabiskan bersama.  Membeli-belah di pusat pakaian ternama.  Berbual panjang di bilik masing-masing.  Minggu ini di rumah Rusnanim.  Minggu berikutnya di rumah Shamsuria.  Pergi ke sekolah bersama-sama.  Meja belajarpun bersebelahan.  Mereka berdua ibarat belangkas.

“Ntahlah Anim. Dah lama dia tak datang rumah kita. Sombonglah agaknya tu sejak kahwin dengan anak Datuk. Malaslah mama nak cakap pasal dia lagi,”muka Puan Rohani mencuka semula.

“Ma…tak baik mama cakap macam tu. Ma kan tahu, dia sajalah kawan yang Anim ada. Dialah kawan baik Anim. Walau apa pun sikap dia, Anim tetap akan anggap dia kawan sejati Anim,”kata Rusnanim lembut.

Dia sedaya upaya ingin mempertahankan teman baiknya itu.  Kali terakhir dia berjumpa dengan Shamsuria seminggu sebelum dia berangkat ke United Kingdom dulu.  Kalau dia pulang ke Malaysia cuti semester, Shamsuria pula kerap tiada.  Ibunya ada juga maklumkan Shamsuria sibuk dengan aktiviti kesatuannya di Universiti Lim Kok Wing.  Sejak itu, mereka berdua seakan putus hubungan.

“Dia cuma kawan dengan Anim sebab dia nak mempergunakan Anim. Dia nak menumpang kaya dari Anim. Itu saja. Tapi sekarang dia dah dapat segalanya, apa guna lagi Anim untuk dia?,”suara Puan Rohani sudah berubah.

Suara asing yang penuh dengan kebencian.  Dia meluat apabila teringatkan perangai Shamsuria.  Dulu dia ada terserempak Shamsuria dengan seseorang di hotel terkemuka.  Tapi budak itu sedikitpun tidak menegurnya. Pandang pun tidak.

“Anim tak suka ma cakap macam tu. Kita cakap pasal lain jelah,”balas Rusnanim berputus asa.

Malas dia nak mendengar syarahan mamanya yang selalu memburukkan Shamsuria. Entah apalah salah Shamsuria di mata mamanya, dia sendiri pun tak tahu. Mungkin kerana Shamsuria datang dari keluarga yang agak sederhana. Tidak sepadan dengan keluarganya yang agak berada.  Barangkali sebab itulah mamanya sering mencari jalan untuk memisahkan keakrabannya dengan Shamsuria. Mungkin.

“Anim…kau ingat lagi dengan Iman? Kawan sepermainan kau dulu?,”tiba-tiba orang tua itu menyampuk.

Rusnanim mengerutkan dahi. Cuba mengimbas kembali nama yang tidak asing dalam lipatan minda.

“Iman Naim? Ingat lagilah mak. Mana mungkin Anim lupakan kawan-kawan lama. Kenapa dengan dia?,”soalnya lemah-lembut.

Rusnanim hampir saja tergelak apabila mamanya menyebut nama Iman Naim.  Empunya nama itu banyak terselit dalam sejarah kehidupan remajanya dulu.  Iman Naim nakal! Iman Naim suka mengusiknya.

“Dia sekarang dah jadi kontraktor tau. Kerja dengan ayahnya. Mak dengar dia sekarang semakin kaya, hensem, dah ada kereta dan rumah lagi,”lenggok bahasanya berubah semula.

Puan Rohani beriya bercerita.  Dari dulu lagi dia cukup berkenan dengan anak majikan suaminya itu.  Budaknya tak sombong. Baik.  Juga peramah.  Datin Rohanilah orang paling gembira di dunia jika Iman Naim menjadi anak menantunya kelak.

“Habis tu? Kalau dia ada semua tu sekalipun, apa kena mengena dengan Anim?,”dia menghidu bunga mawar merah yang kembang mekar disebelahnya.

“Habis tu, ma dengar dia masih bujang lagi. Single pulak tu. Apa Anim tak ada hati nak cuba-cuba ke?,”Puan Rohani cuba memancing.

Tiupan lembut sang bayu menyelak sikit skirt labuh yang di pakai Anim. Putih gebu kakinya yang tirus jelas kelihatan. Dia cepat-cepat menutup kembali skirtnya yang menganga sebentar tadi.  Rusnanim tidak mengendahkan sangat usikan mamanya. Dia terus terbuai dengan keasyikan panorama di halaman rumahnya.  Rusnanim sesekali berjaya menyentuh serangga yang sedang leka menghisap madu bunga-bunga yang tersusun disebelahnya.

“Mama…please. We have nothing special okey. We are just friend. Tak lebih dari itu. Lagipun dah lama Anim tak jumpa dia. Anim rasa dia tak kenal Anim lagi,”Anim cuba mengelak.

“Alah, nilah peluang Anim untuk hidup senang. Kalau Anim kahwin dengan Iman, Anim akan mewah tau. Keluarga diorang bukan calang-calang orang. Sampai bila-bila pun hidup Anim akan senang. Mama dan papa pun tumpang senang,”kata mamanya lagi seakan memujuk.

Rusnanim tersenyum sendirian. Zaman kanak-kanaknya selalu dibuli Iman menerjah kotak fikirannya sekarang.




≈ “Tak dapat. Wek…kejarlah, budak kecik,"ejek Iman Naim berbelas tahun dahulu. 

Masa itu keluarga Iman mengadakan majlis kesyukuran kerana ayahnya mendapat gelaran Datuk.  Datuk Ahmad sekeluarga menjemput jiran tetangga, semua kakitangan di pejabatnya serta saudara-mara untuk meraikan hari yang bermakna dalam hidupnya itu.  Golongan dewasa berada di dalam rumah manakala kanak-kanak sibuk bermain di halaman. 

“Kita bagitau mama kita. Janganlah lari…kita nak main gak!,”jerit anak kecil manja itu.

Teddy bearnya tidak lekang dari tangan.  Rambutnya di ikat kuda kiri dan kanan.  Comel.  Tapi lasak mengalahkan budak lelaki.  Rusnanim tidak putus asa. Dia nak juga turut serta dalam permainan itu.

“Itulah. Budak pompuan tak boleh main ngan budak laki. Budak pompuan tak kuat…,”ajuk Iman lagi.

“Janganlah buat kita macam ni. Nanti kita panggil mama kita baru abang Iman tau. Tak maulah lari lagi…,”rengek Rusnanim manja.

Kanak-kanak lingkungan enam tahun itu cuba meraih simpati. Nak mengejar budak lelaki yang telah pun melangkah alam persekolahan pada tahun pertama itu, dia tak terdaya.  Tapi dia ingin bermain sama.  Tidak ramai kanak-kanak perempuan yang hadir dalam majlis kesyukuran tersebut.

“Ha..tau pun tak kuat. Kalau dah tau diri tak kuat, janganlah ngengada nak main ngan kami. Kami budak kuat. Budak pompuan tak boleh main ngan budak laki. Budak pompuan lembik,”ceber Iman lagi.

Iman Naim memegang erat bola sepak plastik yang cuba di rampas oleh Rusnanim.  Namun tenaganya lemah jika nak dibandingkan dengan Iman Naim.  Rusnanim berputus asa.

“Janganlah macam ni. Kita takda kawan. Kawanlah dengan kita. Kita nak main gak,"rayu Rusnanim lagi.

“Hei, degil lah budak ni. Tak paham-paham cakap orang ke?”

“Tak kira gak. Kita nak main. Kita cakap kita nak main, nak mainlah. Nanti bagitau mama karang,”cembeng Rusnanim. Air mukanya berubah. Dia tidak berdaya merampas bola dari Iman lagi.

“Yelah yelah. Budak kecik. Mengada-ngada!,”usik Iman. Dia memandang Asrul. Budak lelaki itu memberi isyarat kepada adik sepupunya.

“Okey, Anim boleh main. Tapi kena jadi monyet,”arah Iman selamba.

Asrul yang sebaya Rusnanim ketika itu tergelak besar. Suka benar budak hingusan itu.  Badan tak sedar kecil tapi tergelak tak ingat dunia.  Agaknya dia suka melihat Iman Naim membuli Rusnanim.  Selalunya Rusnanim yang selalu membulinya.  Padan muka kau!

“Tak nak…kita tak nak jadi monyet. Abang jahat. Kita bagitau mama!,”rengek Rusnanim lagi.

“Ni nak main ke tak nak ni? Nak main kena jadi monyet gak. Anim diri tengah-tengah. Nanti kitorang baling bola. Kalau Anim tak dapat tangkap, jadilah monyet sampai bila-bila,’kata Iman memberi isyarat best kepada Asrul. Asrul membalasnya sambil tangan kirinya mengesat hingusan yang keluar dari hidung.

“Baiklah, tapi jangan baling kuat-kuat tau. Jangan main tipu. Nanti kita bagitau mama baru tau…,”Rusnanim cuba mengugut. Dia tahu Iman memang takut dengan mamanya.

“Okey, kitorang main betul-betul. Tapi nanti jangan nyesal. Asrul sedia!”

“Ala…janganlah baling tinggi-tinggi. Kita tak sampai!,”rengek Rusnanim.

“Banyak songeh betul budak kecik ni. Tak kasi main nanti baru tau”

“Ha! Kita dah dapat bola. Abang jadi monyet! Ye ye jadi monyet,”teriak Rusnanim riang. Bola plastik itu berjaya ditangkapnya.

“Tak nak mainlah gini. Tak aci. Bola senang, memanglah boleh tangkap”

“Mana boleh. Kita dah tangkap bola ni tau. Abang kena jadi monyet gak. Kita tak kira. Kita nak abang jadi monyet sekarang. Kalau tak kita panggil mama kita,”

“Panggillah kalau berani. Tak takutlah,”Iman mencabar. Asrul sudah lama menghilangkan diri. Samada takut mama Rusnanim keluar atau takut Iman menyuruh gantikannya jadi monyet.

“Jangan cabar kita!”

“Budak kecik. Mengada-ngada!”

“Mama!!!”

Rusnanim tersenyum lagi. Imbauan berbelas tahun lalu masih segar dalam ingatannya. Habis lintang-pukang Iman menyorokkan diri selepas itu.

“Apa sengih-sengih ni?,”kata Puan Rohani membawa kembali Rusnanim ke dunia realiti.

“Tak ada apa-apalah. Saja teringat peristiwa dulu-dulu,”Rusnanim mengelak.

“Ma…kalau kita pergi rumah abang Iman hari minggu ni nak tak? Dah lama tak jumpa diakan?,”kata Rusnanim tiba-tiba. Puan Rohani tersenyum lebar.

“Mak memang setuju sangatlah tu”




Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 9, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih