Jumaat, 27 Ogos 2010

Cinta Semalam Episod 8

Hak Cipta Terpelihara 2007



“Kau nak apa?,”soal Sufia kepada Lazan.

Nada suaranya agak tegas. Matanya hampir terkeluar. Hakimi di sebelahnya tidak mempedulikan mereka berdua.  Dia sedang sibuk membuat rujukan subjek sejarah.

“Shh…Lepaklah Ben. Kau ni nak angin satu badan je kenapa. Kalau hari tertentu tu aku fahamlah. Ini hari-hari,”suara Lazan separa berbisik.

Dia tidak mahu perbualan mereka akan menggangu konsentrasi pelajar-pelajar lain. Dan dia juga tak mahu orang lain tahu dia berada di depan Sufia sekarang.  Mereka semua sedang sibuk mentelaah pelajaran sejarah.  Baguslah kalau begitu.

“Ah! dengan kau buat apa nak baik-baik. Jantan semuanya sama,”rungutnya lagi.

Nada suaranya juga sudah perlahan. Takut orang lain dengar lebih-lebih lagi cikgu sejarah mereka, Cikgu Zaiton.  Lazan tersengih-sengih.  Dia memandang Hakimi yang duduk di sebelah Sufia.

“Sebelah kau tu bukan jantan?”

“Dia kawan aku. Tak macam kau. Tak macam budak-budak lain,”Sufia memandang Hakimi.

Hakimi tersenyum suka walaupun matanya masih mengadap buku.  Sesekali dia melemparkan pandangannya pada Sufia dan Lazan.

“Boleh aku duduk sini kejap?,”Lazan tersengih-sengih.

Belumpun mendapat jawapan dari Sufia lagi, Lazan sudah duduk bertentangan dengan budak itu. Sufia mendengus kasar.  Matanya menjeling tajam.  Kalau aku hentak kerusi ni atas kepala kau nanti, kecoh pula satu perpustakaan ni nanti.

“Kau nak apa sebenarnya ha?,”kata Sufia serius. Hakimi berhenti serta-merta membuat rujukan. Dia cuba untuk menenangkan sahabat karibnya itu.

“Iki, kau jangan masuk campur. Nanti tak pasal-pasal dengan gigi-gigi kau sekali hilang,”Sufia memberi amaran. Hakimi mengalah. Dia sudah faham dengan karenah Sufia.

“Weh, rileks ar…aku tak buat salahpun. Aku mintak ampun.  Aku cuma nak kasi kau ni aje,”muka Lazan sudah merah padam.

Lebih memalukan lagi, ada dua tiga orang budak sedang memerhatikan mereka. Jangan main api dengan Sufia, nanti kita sendiri boleh malu.

“Apa benda ni?,”soal Sufia memandang surat yang baru di beri oleh Lazan.

“Kau bukaklah sendiri. Aku mana tahu,”ujarnya. Hakimi sempat menjeling. Sufia menoleh sekeliling. Batang tubuh Cikgu Zaiton sudah tidak ada dalam perpustakaan. Barangkali ke tandas sekejap.

“Sejak bila kau jadi posmen ni? Sape kasi?,”suara Sufia semakin tenang. Namun, persoalan demi persoalan sedang bermain dalam kotak fikirannya.

“Tu. Budak tu,”muncungnya dihalakan pada Iman. Sufia memandang tempat yang dimaksudkan. Iman sedang merenungnya sambil tersenyum.

“Apehal dia kasi?,”tanya Sufia. Dia memandang Lazan semula.

“Manalah aku tahu. Dia minat kat kau kot,”gurau Lazan. Sufia menjeling tajam.

“Ni kau buat apa lagi menyibuk kat sini? Blah ar…,”kata Sufia.

“Aku nak tengok isi dalam surat tu,”Lazan seperti memerangkap dirinya sendiri. Hakimi menjegilkan biji matanya memberi isyarat kepada Lazan supaya pergi segara. Buruk akibatnya nanti.

“Yelah-yelah. Aku pergilah. Nanti jangan lupa kasitahu isi dalam surat tu ye,”usik Lazan lagi. Sufia menghentak kaki. Lazan mencicit pergi dari situ.

“Apa kelas hantar surat. Zaman nenek moyang aku dulu pakailah surat-surat macam ni,”Sufia berkata sendirian. Hakimi sempat membelek surat yang bersampul merah jambu.

Tidak jauh dari meja mereka berdua, Iman sedang duduk memerhatikannya. Di sebelahnya Lazan yang masih lagi tercungap-cungap. Iman tergelak puas. Sufia menjeling tajam.

“Macam mana?,”soal Iman kepada Lazan yang masih mengurut dada.
“Okey, misi berjaya,”jawabnya tersangkut-sangkut.

“Budak ni lain sikitlah,”kata Iman yang masih lagi merenung Sufia. Budak itu tidak membaca surat yang diberikan oleh Lazan tadi sebaliknya dimasukkannya ke dalam beg.

“Tahu tak apa. Cuma satu je yang aku pelik dengan kau ni,”Lazan menyambung pembacaannya yang tertangguh tadi. Takut selepas waktu kedua subjek sejarah selepas ini, Cikgu Zaiton akan menyoalnya pula di dalam kelas.

“Pelik kenapa?,”tanya Iman.

“Budak lain lagi mahu mengelak dari singa betina tu. Kau pulak lagi nak rapat dengan dia. Bukan pelik ke tu?,”dahi Lazan berkerut.

“Dia kan manusia juga. Aku percaya satu hari nanti, hati dia akan berubah juga,”kata Iman lagi. Serentak itu juga loceng sekolah berbunyi menandakan pertukaran waktu. Budak-budak kelas 3 Amanah berpusu-pusu keluar dari perpustakaan. Sufia dan Hakimi pun sudah bergerak untuk masuk ke kelas. Iman mengemas buku-bukunya sebelum menjadi orang terakhir yang keluar dari tempat tersebut.





Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 7, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

Khamis, 26 Ogos 2010

Bucuk lama tak g spital

Bucuk aku lama dah tak g spital.  Lama dah tak cek tekanan darah, jantung ok ke idok, paru-paru superb ke tak, buah pinggang berfungsi lagi ke, ada masalah hati ke tak?  Patutnya duedate kena hantar bucuk g spital 3 minggu lalu. Memandangkan papa kau ni ada masalah kewangan + hampir muflis sementara, maka terpaksalah papa kau ni tangguh nak hantar kau pergi spital. Kesian my bucuk.

Hari ini telah tiba.  Seperti yang papa kau ni janjikan, bila tiba gaji masyuk je papa terus buat janji temu ngan spital bucuk.  Hari ni papa kau ni masuk opis setengah hari sebab pagi tu ada janji temu dengan spital bucuk.  Masuk je spital tu, papa kau ni terus letakkan kad pesakit bucuk kat kotak janji temu. 

Tengah dok layan cite haiwan teladan kat tv3 tu, tetiba nama papa kau ni staf spital panggil.  Dia suruh papa kau ni pergi kat bucuk sebab dia nak buat inspection. Wah! spital ni makin baguslah. Staf dia sendiri yang buat inspection. So, papa kau ni ceritalah serba sedikit tentang prestasi kesihatan bucuk kebelakangan ni. Staf tu hangguk-hangguk kepala je. Lepas bagi penerangan, dia cakap kos perubatan dalam anggaran rm200 hengget. Nasib baik papa kau ni ada dapat duit bantuan khas kewangan oleh kerajaan. Kalau tak......Cakap mekasih cepat!  Staf tu cakap dalam 11.30 pagi bucuk dah boleh keluar dari bilik pembedahan.

Tup tup tup....tak sampai kul 11, bucuk dah keluar dari bilik bedah. Cepat dan tangkas betul staf kat situ. Selepas membuat pembayaran, staf kat situ melemparkan taik....eh silap silap...melemparkan senyuman pada papa kau ni.

Now, papa kau ni dapat merasakan prestasi yang bagus selepas  "MY BUCUK" di servis. Terima kasih Proton HQ Senawang.

Meleleh air mata nak bayar itu nak bayar ini

Baju kurung melayu johor dah tempah.  Kasut raya dah aim.  Baju raye persalinan pertama, kedua, ketiga tak beli lagik.  Servis kete lagi.  Duit rayo nak bagi lagi. Anak buah confirm la tersengih-sengih kerang busuk kat pak teh dia menjelang pagi raya. Mentang-mentanglah aku bujang lagi. Korang paw aku ye.  Kalau Cong Xi Fat Chai, yang tak kawen tu dapat duit raye. Ni aku lak kena kasi. Tu tak kira yang nak claim sebab pose penuh lagi. Yang budak2. Yang mak bapak budak.Nak bagi mak ayah lagi.  Nak sponsor cat Nippon paint lagik sebab nak dapatkan key chain comey tu.  Nak beli lampu kelip2. Nak beli pelita kasi pagar 1 rumah lagi.  1rumah 1malaysia.  Nak beli mercun kuih raya lagik.  Nak guna taktik macam tahun lepas menyamar sebagai student nak duit raya buat muka budak2 sekolah kelip2 mata bajet comel dah tak menjadik dah. Sedare mare dah tahu aku dah keje.  Meleleh air mata nak bayar itu nak bayar ini.


TETAPI!!! 

Hebohan dari rakan sekerja juga di media blog petang semalam menyatakan bahawa kakitangan kerajaan dari gred 1-54 juga pesara kerajaan dapat bantuan khas kewangan sebanyak 500 hengget sebelum 1 syawal nanti.  Wah! suko suko suko! Atok suko!!!  Balik je dari kerja semalam, aku terus buka tv3.  Aku tengok berita tv3. Tak cukup tv3 aku tengok lak tv1 pastu. CONFIRM dapat duit raya.
Yabe da be dooooo!!!.  Syukur alhamdulillah. Malam tu, aku terngigau-ngigau ni. Duit raya! duit raya!
Siap merancang-rancang ape yang aku nak gunakan dengan duit tu nanti. Pekakas raya tak beli lagi satu hapak pun (pekakas??) <-----apekah?

Mengigau sampai lak ke sahur bawak ke pagi. Nak siap-siap pergi kerja ni. Muka mamai tak sememeh terus capai towel masuk bilik air. Amik berus gigi....pastu berangan lagik

Nak beli kasut raya...nak beli butang baju melayu (baju johor ado butang ko?)....nak kasi sorang RM** kat anak buah....nak servis kete....nak beli pelita......nak.....

Subhanallah!!!


Nasib baik gigi aku tak jahanam. Masa tengah berangan tu, aku tercapai ubat gigi cap...














Cap mens biore black and white................Inilah padahnya kuat berangan





Rabu, 25 Ogos 2010

Teknik termudah untuk FAHAMI 'big picture' Al-Quran & HAFAZ surah idaman SEKALIGUS

Assalammualaikum,

Berita pecah.  Just wanna share. Dalam kehidupan kita yang sibuk ni (sibuk ker ko?), ada masakah kita untuk tambah saham akhirat dengan beramal dengan cara yang mudah? Korang bacalah link kat bawah tu untuk maklumat lanjut.



KLIK DI SINI

Cinta Semalam Episod 7

Hak Cipta Terpelihara 2007


Iman tersenyum seorang diri. Dia menggeleng kepala. Baru-baru ini kenangan lalu sentiasa segar dalam lipatan ingatannya.  Semuanya gara-gara emaknya yang selalu memaksa untuk berkahwin.  Memang sepatutnya dia kena mencari calon isteri sekarang. Umurnya semakin lama semakin lanjut.  Jika dia tidak mula mencari sekarang, mungkin seumur hidup dia akan tetap membujang.


“Assalammualaikum,”suara memberi salam menyinggah ke cuping telinganya dari belakang.

Iman menoleh pantas.  Seorang lelaki sudah berdiri terpacak menghadapnya.  Lelaki itu berpakaian kemas.  Rambutnya disisirkan ke tepi.  Berkaca mata. Segak orangnya.  Lelaki itu menundukkan kepala sedikit sebagai tanda berbudi bahasa.

“Waalaikummussalam,”jawab Iman.

“Encik Iman? Anak Datin Asiah? Pengusaha taman orkid ni?,”bertalu-talu soalan keluar dari mulut pemuda itu. Spek matanya yang berbingkai hitam ditolak ke atas.  Anak muda tersebut melemparkan senyuman.  Dia terus menghulurkan tangan untuk bersalam. Iman menyambutnya dengan pantas.

“Ya saya. Awak ni sapa pulak?,”dia cuba mengenalpasti wajah lelaki itu. Namun ingatannya lumpuh seketika.  Kening lebatnya hampir berlaga.

“Oh maafkan saya…saya Hakimi. Panggil jer Im,”pemuda itu memperkenalkan diri setelah melihat Iman di depannya berkerut-kerut.  Iman memandangnya agak lama. Dari atas bawa ke bawah.  Kemudian memandang muka lelaki itu semula.

“Pembantu mak saya?,” soal Iman semula.

“Ya saya. Saya pembantu kanan datin,”balasnya lagi sambil tersenyum.

Iman mengorek dalam-dalam lipatan otaknya tentang wajah lelaki yang baru di kenalinya itu. Dia memang pernah nampak muka ini dulu. Tapi ingatannya masih lagi kabur.  Tetap tidak jelas.  Iman tidak berputus asa.  Dia cuba mengerah kudratnya untuk mengingati pemuda yang seakan pernah dikenalinya dulu.

“Astaga. Iki ke? budak TMS lewat 90an?,”terpancul ayat itu dari mulut Iman tiba-tiba.  Pemuda berspek mata tadi memandang Iman dengan pelik.

Memang betul dia pernah bersekolah di TMS. Tapi macam mana anak Datin Asiah mengenalinya. Dia tak dapat mengecam lagi wajah lelaki yang berdiri betul-betul satu meter darinya.  Hakimi pula yang berkerut muka.  Dia berasa pelik.

“Iki ni akulah. Iman!Muhammad Iman Naim. Budak Tuanku Muhammad School dulu,”Hakimi mencari-cari lagi dalam gulungan ingatannya. Dahinya berlipat seribu.

“Iman? Iman?.....Oh…Encik Iman!Budak yang berlagak macho tu?,”Hakimi berseloroh.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Memang tak sangka berjumpa lagi. Lebih-lebih lagi perubahan besar yang berlaku pada Iman.  Pemuda itu tampil dengan imej berambut pendek. Kemas. Lebih tampan dan segak. Penampilan 100% berbeza daripada dulu.  Hampir mustahil Hakimi untuk mengenalinya jika tidak bertegur sapa.

“Tak payahlah kau berencik-encik dengan aku.  Eh, kau macam mana sekarang?,”pandangannya tertancap ke arah Hakimi. Sesekali anak matanya liar memandang sekeliling takut emaknya curi-curi dengar. Yang ada cuma beberapa orang pekerja yang sibuk bekerja. Itupun jarak mereka agak jauh. Setelah yakin line clear, Iman memandang Hakimi semula.

“Ok takpe…tapi jangan panggil Iki lagi,”spek matanya di tolak ke atas semula.

“Apsal pulak?,”tanya Iman pelik.

“Itu nama budak-budak dulu. Tak komersial langsung. Tapi sekarang panggil jer Im,”Hakimi bergurau lagi.

“Ada-ada jelah kau. Erm..macam mana dengan Ben?,”tiba-tiba dirinya teringatkan Sufia. Dahi Hakimi mencerut semula.  Hakimi memandang Iman.

“Ben mana?”

“Ish kau ni. Lembab macam dulu gak. Nuriwani Sufia. Si Ben. Kawan baik kau tu,”Iman pula yang melawak. Masa zaman persekolahan dulu, mereka sekumpulan asyik ketawa saja. Mana kan tidak, hampir semuanya kategori masuk air.

Wajah Hakimi tiba-tiba berubah. Iman serba-salah. Mungkin menyesal berkata sedemikian. Ah! mana mungkin. Hakimi berfikiran terbuka. Tak mungkin dia terasa hati dengan perkataan lembab itu. Hati Iman bergolak lagi.  Iman terus mendapatkan kepastian daripada empunya diri.

“Kau terasa ke Im?,”tanya Iman mendapatkan kepastian.

Hakimi menggeleng. Raut wajahnya tidak berubah dari tadi. Pucat. Matanya menghala ke tanah. Dia tidak berani bertentang mata dengan Iman lagi.

“Sebenarnya,Ben..dia…”

“Sebenarnya apa? Kenapa dengan Sufia?,”Iman bertambah tidak keruan. Jiwanya lebih gundah dari tadi. Mungkinkah sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya? Benarkah insan yang selalu dikenangnya sekian lama tiada lagi di dunia?

“Aku memang tak tahu apa-apa pasal dia, Man,”Hakimi memberi alasan.

“Jangan tipu aku Im,”wajah Iman pucat.

“Kitorang lost contack. Pasal dia, aku tak tahu. Yang pasti, dia dah bertukar sekolah sebelum PMR bermula lagi,”Hakimi menjelaskan segalanya.

Iman menghela nafas panjang. Tapi di mana Sufia sekarang? kenapa dia bertukar sekolah?Hatinya memberontak semula.

“Please…jangan paksa aku lagi. Aku memang tak tahu apa-apa pasal semua tu. Tapi aku dapat tahu, dia dah berpindah ke tempat lain,”Hakimi berkata lagi.

“Tapi kenapa?”

“Iman please…,”rayu Hakimi lagi.

Iman menggeleng perlahan. Dia terasa ingin mengamuk sepuas-puasnya. Biar melayang pasu orkid emaknya ke udara. Biar bersetai bunga-bunga orkid yang tidak bersalah itu. Namun bayangan datin meluputkan segalanya.

“Kau macam mana sekarang?,”Hakimi memberanikan diri memandang Iman.

Bijak dia mengalih topik. Tapi daripada semuanya jadi huru-hara, lebih baik dia melupakannya buat seketika.Ya seketika.

“Ha Man, mak kenalkan ni Im. Yang mak selalu ceritakan dulu,”Datin Asiah muncul tiba-tiba dari belakang. Iman mengurut-ngurut dada kerana terkejut.

“Mak ni dari dulu macam ni. Kalaulah Iman ni ada penyakit jantung, dah lama off tau. Kempunanlah mak nak timang cucu,”suara Iman rata. Dia masih lagi mengusap dadanya.

“Im, kau pernah jumpa anak umi sebelum ni?,”datin membahasakan dirinya sedemikian di kalangan pekerja-pekerjanya. Hakimi memandang Iman. Iman pun memandang Im.

“Belum. Ini first time kitorang jumpa,”hampir serentak keduanya menjawab.

“Marilah kita ke sana. Minum-minum sikit. Kat sini panas,”kata datin lagi.

Hakimi dan Iman mengekori dari belakang.Sedap juga minum air sejuk panas-panas begini. Tapi sebelum langkahnya pergi jauh, Iman sempat bertanya.

“Im please…Mana Sufia sekarang?,”kata Iman dalam hati.

 Dia tahu Hakimi ada menyimpan sesuatu darinya. Tetapi Hakimi tidak langsung menjawab soalannya. Mereka berdua mengatur langkah mengekori datin yang sudah jauh ke depan.





Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 6, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]


Omak kau makan pizza!

Pagi tadi bangun lambat.  Baju tak seterika lagi ni. Aku capai towel terus mandi.  Pakai baju yang seterika minggu lepas punya (perangai....). Pakai minyak rambut Jepun. Spray badan dengan Axe (iklan indon kat library tu) . Makan suplement.  Aku sarung la baju yang elok sikit dalam almari. Lepas je siap2, aku terus sarung stoking dan kasut dan bersiap sedia untuk merempit ke tempat kerja.

Vrommmm!!! Vrommm!!!! moto kriss dayanti menjerit apabila aku press kuat-kuat. Belum sempat nak masuk gear 1, aku baru teringat baju panas tertinggal lak atas ampaian. Amik jap, pastu pergi kat moto semula.

Vrommmm!!! Vrooommmm!!! Toyota Caldina Moto Kriss aku mengaum lagi. Terus masuk gear 1. Alamak!! helmet woi! helmet tertinggal. Pusing jap amik helmet. Belum sempat aku nak sarung helmet atas kepala tetiber..................................


















Ooooiiii omak kau makan pizza! (ade anak kucing dalam helmet daaaa...)
p/s : Akak yang tengah lalu depan umah aku tu gelak je..........MALUUUUUU

Selasa, 24 Ogos 2010

Tips galakkan anak berpuasa

Pejam celik pejam celik, pejam tak celik-celik lagi...err..silap-silap....celik balik, dah 2 minggu kita berpuasa ye. Dah 50% daripada bulan Ramadhan kita tempuhi. Kepada mereka diluar sana yang masih lagi berpuasa penuh, Tok Wan nak ucapkan tahniah. Tahun ni datang rayo umah si Suhami tuntut duit raya kat dia <------woi! woi! ape lak nama aku kena jaja ni Wan??
Kali ini Tok Wan terima email dari anak sedare Tok Wan, Naimah yang tinggal di Britain nun. Wah, ko sejak dah duduk negeri omputeh, main-main email je kat aku kalau ada masalah kan. Takpe2, biarpun anak sedara Tok Wan tu main email je, tapi dia masih lagi tidak lupa diri. Ini yang Tok Wan amat banggakan<---Naimah ko hutang aku KFC 1 bucket!
Kepada Tok Wan yang Naimah rindu siang malam pagi petang. Naimah ada masalah sikit. Macam ini, anak Naimah ada dua orang. Yang laki umur 9 tahun. Yang perempuan umur 7 tahun. Masalahnya, anak Naimah yang lelaki ni tak nak berpuasa.  Kalau berpuasa pun sampai tengah hari je lepas tu Naimah tengok dia dah landing kat meja makan. Nak pukul pakai kayu golf karang, kesian pulak. Namun, anak Naimah yang perempuan tu puasa penuh setakat ini. Naimah menadah tangan bersyukur ke hadrat Illahi lah sebab ada jugak anak Naimah yang menjadi. Amacam Tok Wan? Ada idea nak selesaikan kes ni tak?
Itu dia musibah yang menimpa anak sedara Tok Wan di perantauan sana. Ooo, ko dah ada masalah barulah nak cari aku. Dulu aku nak ko jadi penjamin aku nak beli villa atas bukit dulu, ko cabut lari pi Britain. Takpe2, itu kisah dulu. Ambil yang jernih buang yang keruh. Macam ni Naimah. Tok Wan rasa perkara yang Tok Wan bakal senaraikan dibawah mesti bersangkut paut ngan ko anak beranak. Naimah cari je mana satu jalan penyelesaian yang sesuai. Ok, lets go!


  • Yang ni berbunyi kejam sikit. Kalau terasa Tok Wan mintak maaf.  Aku nak tanya ko. Ko ada ajar tak anak ko basic agama? Anak ko solat tak? Ko laki bini solat? Kalaulah setakat benda basic pun ko tak ajar, macam manalah anak ko nak ikut sayang.  Tauladan ibu bapa itu penting. Ibu bapa yang mencorakkan anaknya. Kalau ibu ayah solat, berpuasa dan menjaga amanah Allah, nescahaya anak akan ikut juga. InsyaAllah. Errr...tapi anak ko yang nombor dua tu puasa lak kan. Tak leh jadik. Tak leh. Mesti masalah ni berpunca dari anak laki anda sendiri. Cancel ni. Cancel


  • Naimah kena duduk

Kusut kelapa aku






Dia dah mai dah












Setahun sekali je












Walaupun masih bujang, tapi aku dah macam tak bujang dah












Kena jaga hati semua pihak. Semuanya kena adil. Tak boleh berat sebelah.  Semua kena merasa












Tahun ni dapat mohon cuti 4 hari je, terpaksalah aku cancel beberapa pelan Raya De Tour sesetengah rombongan cik kiah yang len.











Maka, dengan rendah dirinya dimaklumkan bahawa












Inilah pelan cuti raya korang dan termasuk ese sebelum dihantar ke pihak atasan untuk pengesahan









Cinta Semalam Episod 6


Hak Cipta Terpelihara 2007


“Mana Iman , Mak Jah? Tak turun sarapan ke?,”seperti biasa datin meletakkan jug berisi air Horlicks panas ke atas meja. Anak bujangnya sukakan air itu. Lebih-lebih lagi jika dia yang buat sendiri.

“Lah…dia belum turun lagi ke datin. Nanti kejap, saya panggilkan,”Mak Jah bergegas ke bilik Iman di tingkat atas.

“Apa yang kecoh-kecoh ni?,”kasut sukannya diletakkan ke tepi. Iman mengelap sisa-sisa peluh yang berbaki di mukanya. Mak Jah mematikan langkahan. Tidak kesampaian meneruskan niatnya sebentar tadi.

“Ni dari mana pagi-pagi buta ni?,”nada datin seakan keras.  Dia masih lagi sakit hati tentang hal malam tadi.

“Alah mak…orang pergi jogginglah. Hari minggu ni, takde benda nak buat,”Iman mengendeng di belakang emaknya.

“Mmm…eloklah tu. Lain kali buat lagi,”sinis Datin.  Iman memandang emaknya. Hai…orang tua ni ingat aku budak sekolah lagi ke apa? Pedih juga kata-kata orang tua ni. Tak kan marah lagi kot.

“Mmm…nasi goreng kampung. Air Horlicks panas. Ni mesti mak yang buatkan?,”katanya seakan memujuk.

“Dah…jangan nak mengada-ngada. Pergi mandi dulu. Bau mengalahkan kerbau,”datin berseloroh.Sah datin tidak marah lagi. Iman tersengih.  Kan dah cakap, rajuk emaknya sekejap saja.

“Lepas ni nak ikut mak tak?,”datin masih lagi membuat muka serius.

“Ke mana?,”Iman sempat mencopot nasi goreng yang dibuat emaknya.

“Ikut jelah..”

“Yelah nak ikutlah ni. Tapi nak ikut pergi mana?,”Iman mengunyah nasi gorang tadi.

“Tapak projek orkid mak. Sambil-sambil tu boleh kenal ngan Im,”datin mula mengukir senyuman.

“Im mana pulak ni mak? Laki ke pompuan?,”garisan halus terentang pada dahinya.

“Lelaki. Kenapa? Kau dah berkenan ngan dia? Sama spesislah dengan kau tu. Tak kahwin-kahwin lagi. Nak tunggu orang masuk minang ke?,”gurau Datin Asiah. Namun terasa juga diperli. Iman terasa panas muka dengan bebelan emaknya itu.

*****************

Sementara itu di lapangan terbang, Encik Mahmud dan isterinya sedang berbisik sesama sendiri. Sesekali matanya menjeling ke lengan melihat jam. Encik Mahmud dan isterinya nampak gelisah.

“Betul ke Anim tu balik hari ni bang? Entah-entah dia

Isnin, 23 Ogos 2010

Suko suko suko......

Terima kasih la pada kawan-kawan yang sudi memfolower, yang tak sudi memfolower tapi setia membaco pun, nak ucap mekasih gak asalkan klik my sponsor (tajaan) tu...hehehe.....Berkat usaha eden yang gigih dan jitu 2 3 bulan ni tak tido siang malam pagi petang <----ko jangan mongak la
*mongak = tipu

.......tak tido siang malam pagi petang kerana nak perah otak punya pasal nak tulis entry terbaik khas untuk kalian.  Berbaloi gak lah eden termenung 20 minit setiap ari nak pikirkan idea. Berbaloi gak lah aku nak kene tunjang kat lori masa tengah bawak moto gara-gara nak fikirkan idea untuk korang. Berbaloi gak la sikit lagi nak masuk longkang masa tengah drive my lovely.  Akhirnya, aku berjaya mengompul duit dari penaja sebanyak.....jeng jeng jeng.........

Cinta Semalam Episod 5

Hak Cipta Terpelihara 2007


Deruman enjin motokar menguasai malam yang dingin itu. Datuk Ahmad baru pulang dari makan malam dengan kawan-kawannya. Di bilik, Iman masih lagi sibuk dengan emailnya.

“Baru balik bang…”,Datin Asiah sudah lama terjegul di tepi pintu. Suaminya cuma mengangguk. Seketika kemudian pembantu rumahnya datang menghidangkan minuman.  Datuk Ahmad menyorot keletihan perilaku pembantu rumahnya.

“Mana Iman?,”lelaki berbadan agak gempal itu mengeliat panjang. Tangannya didepakan seluas-luasnya. Badannya disondol ke belakang sofa. Datin terus mencapai baju kot suaminya yang diletakkan di tepi sofa.

“Dalam bilik,”jawab datin ringkas.

“Dia buat apa? teliti projek kat Shah Alam tu ke?,”Datuk Ahmad melepaskan lelahnya panjang.

Kening datin hampir berlaga. Seketika kemudian barulah dia teringat fail-fail yang diberikan Iman sebentar tadi. Dia sendiri malas nak masuk campur dengan urusan dua beranak tersebut. Lebih-lebih lagi yang melibatkan Iman. Dia dah nekad tak mahu melibatkan diri dengan perkara yang berkaitan dengan Iman.

Pada masa yang sama, Iman masih lagi mengelamun di dalam biliknya. Badannya yang sasa dihempaskan ke katil. Tangannya di lipatkan ke belakang kepala. Zaman persekolahannya menujah fikirannya kembali.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Puasa yok yok!

Once Upon A Time,

Teringat lagi masa kecil-kecil dulu........ <------------kecil-kecil? kenapa kau guna ayat skema?sebab aku ada terbaca tips untuk meningkatkan carian google/yahoo bagi blog kita adalah dengan menaip perkataan tanpa singkatan. Lagipun senang orang Kenya, Uganda dan seangkatan dengannya nak baca blog ini dengan mengalih bahasa oleh google translate <-----kok baco   (wah, aku teruja kejap)
Sambung semula.....
Teringat lagi masa kecil-kecil dulu, apabila kali pertama aku mula berpuasa penuh satu hari. Rasa-rasa awal 90an kot.  Sebelum ini aku berpuasa hanya separuh hari. Tapi pada tahun itu aku nekad untuk puasa penuh satu bulan memandangkan ganjaran yang bakal diberi masa hari raya nanti <----ko kecik-kecik dh mata duitan.
Pada hari pertama puasa tu,

Khamis, 19 Ogos 2010

Cinta Semalam Episod 4

Hak Cipta Terpelihara 2007

“Iki, lepas ni mak angkat kau masuk!,” gurau Sufia.


Suara gelaknya yang dibuat-buat garau menguasai pelusuk kelas. Budak-budak lain tidak mempedulikan sangat karenah kedua sahabat karib tersebut. Bagi mereka masa yang terluang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Lebih-lebih lagi mereka bakal menghadapi peperiksaan PMR hujung tahun ini.

“Mak angkat aku mak tiri kau jugak,”balas Hakimi semula. Bayang Cikgu Zaiton yang terkenal dengan gaya guru ala-ala awal 80an menjadi topik perbualan hangat mereka berdua.  Dah macam gaya cikgu perempuan dalam cerita Adik Manja pun ada.

“Weh, mak jangan main-main okey. Aku sepak mulut tu karang,”Sufia seakan merajuk.

“Kau yang mulakan dulu,” Hakimi mempertahankan diri.

“Shhh!!!!! Mak angkat kau dah masuk!,”Sufia kelam kabut mencari buku teks sejarahnya. Walaupun Cikgu Zaiton secara fizikalnya nampak skema, tapi pada hakikatnya cikgu itu garang. Memang terlalu garang.  Sekali dia mengamuk, satu sekolah boleh dengar suaranya.  Jangan pandai-pandai cari fasal.

“Bangun! Selamat pagi cikgu,”jerit ketua kelas. Anak-anak buahnya mengikut kata ketua mereka.  Sufia dan Hakimi juga bangun dan memberi salam.

“Selamat pagi. Duduk pelajar sekalian,”muka Cikgu Zaiton serius. Matanya di sebalik spek mata yang tebal hampir terjojol memandang muridnya satu persatu.  Bagus, hari ini semua ada. Tak ada yang ponteng.

“Weh, anak buah Cikgu Suria tu!!,”Hakimi berbisik perlahan pada Sufia di sebelahnya.

Sufia buat-buat tak nampak. Padahal Iman tersenyum simpul memandangnya. Hanya Hakimi saja membalas senyuman Iman. Ada dua tiga orang pelajar perempuan menyiku sesama sendiri. Barangkali terpegun dengan kekacakan Iman yang jauh berbeza daripada kawan-kawan sekelasnya.  Budak bandar masuk kampung. Semestinya menjadi perhatian.

“Baiklah kelas, hari ini kamu

Terima Kasih Banyak Apot

9 Januari 2002

Aku ingat lagi, masa tu aku masih belajar dalam tingkatan 5. Masa tengah balik dari sekolah, seekor anak kucing mengekori aku dari belakang. Kucing tu unik dan lain daripada yang lain sebab ada 3 warna. Hitam, oren dan putih. Orang-orang tua kata, kalau kucing ada 3 warna, kucing tu bawak tuah. Aku teringin nak bawak balik dan tunjukkan kat mak ayah. Tapi bila difikirkan semula, itu tak mungkin kerana mak aku cukup tak suka dengan kucing. Kucing kami yang dulu pun kena buang kat pasar sebab terberak dalam rumah. Sudah lama rumah kami tidak ada binatang peliharaan. Ah! tak ada gunanya kalau aku bawak balik kucing ni. Mesti mak dan ayah halau keluar. Aku terus langkah laju-laju tinggalkan kucing tu. Lagi aku laju, dia pun laju. Aku lari-lari anak, dia pun lari-lari. Last2 aku pecut. Kucing tu jauh tertinggal kat belakang.



10 Januari 2002

Aku tengah bersiap-siap untuk ke kelas tambahan Cikgu Anis. Entah macam mana hari tu hujan selebat-lebatnya. So, kesimpulannya aku duduk di rumah saja. Mesti ramai yang tak datang ke kelas Cikgu Anis jugak, menurut fikiranku. Masa tengah rehat-rehat di beranda rumah sambil membuat nota biologi, tiba-tiba aku terdengar suara anak kucing sayup-sayup dari jauh. Puas aku cari keliling rumah. Last2, aku nampak anak kucing yang ikut aku semalam ada bawah pokok pisang. Basah kuyup. Anak kucing tu kesejukan. Aku kesian tengok anak kucing tu. Aku pandang kiri kanan. Mak ayah tak ada kat rumah. Aku terus


ambik anak kucing itu dan bawak masuk ke dalam bilik. Aku

Rabu, 18 Ogos 2010

10 perkara tentang My Lovely

Salam.

Harini eden nak cuba buka lembaran baru lain dari lain jika nak dibandingkan dengan topik sebelum ini.  Iaitu tentang dunia permotoran.<----------Ekau ilang akal ko Suhami?? 

Yelah, untuk topik ANGKA sawan pada kali ini, eden nak kongsi dengan kalian apa kebaikan dan keburukan yang eden perolehi sepanjang hampir setahun eden guna my bucuk cayang, Proton Saga SE
Kenapa pilih Proton Saga SE? Kenapa bukan Toyota Caldina? Kenapa bukan Mitsubishi Lancer? Kenapa bukan Honda Accord? <---------ko ingat aku tokey cendawan??

Sebelum eden kongsikan bersama kalian kenapa eden pilih Proton Saga SE, sebelum tu overview dulu iklan ni.....layan.....


NEW PROTON SAGA SPECIAL EDITION SAGA SE PHOTOS, SPECIFICATIONS & PRICES > SPECIAL ABOUT

Cinta Semalam Episod 3

Hak Cipta Terpelihara 2007




Hai, ponteng lagi ke?,”sapa Asrul sebaik saja pintu pejabat Iman di tolak.

Iman kaget dan cepat-cepat bangun dari kerusi empuknya. Baju kotnya dibetulkan. Rambut kasi kemas.  Berderau juga jantungnya sekejap. Nasib baik si Asrul, kalaulah ayahnya…

“Engkau Rul. Aku ingatkan sapa. Bila masa pulak kau ketuk pintu tu?Aku tak dengar,”Iman masih lagi mamai-mamai.  Pagi-pagi buta begini mood selalunya belum datang lagi.

“Alah kau ni…macam tak biasa pulak”

“Tak biasa apa bendanya?,”soalnya lagi.

“Ke dari tadi aku tengok kau mengelamun. Ngelamun apa?Aweks lama ke?,”soal Asrul dengan perlahan.

Iman sudah lama meletakkan punggungnya di kerusi semula. Asrul pula melabuhkan punggungnya di atas meja Iman. Seperti hari-hari biasa dia akan melepak di bilik Iman kalau ada cerita baru. Paling tidak pun kalau dia berasa bosan.  Atau jika Pak Longnya merangkap bos besar tiada di pejabat.

“Aku dah ketuklah Man…Engkau tu je tak dengar. Kau ni kenapa?Dua tiga hari ni asyik termenung je aku tengok. Berak kapur ke apa?”

Iman bingkas bangun dari

Selasa, 17 Ogos 2010

Bagaimana mahu bikin beg cendawan?





Salam. Arini cikgu nak ceritakan lak pasal pembikinan bongkah. Minggu lepas cikgu bagi intro apa itu cendawan kan. Kalau nak baca entry terdahulu, sila klik SINI


PENYEDIAAN BEG MEDIA/BONGKAH CENDAWAN

Selalunya bahan-bahan utama dalam penyediaan cendawan di panggil media dan tips arini ialah tentang teknik penyediaannya.  Contoh yang digunakan ialah bagi penanaman cendawan tiram kelabu

Isnin, 16 Ogos 2010

Contest Happy Moment


 
Selamat pagi..Assalamualaikum....
Mekasih kat Amy Rosmiza coz tagged aku untuk joint contest ni....Tuan tanah kedaong pertandingan ini adalah ayuni84
Syarat-syarat pertandingan
  1. Menjadi Follower Blog ayuni84
  2. Membuat satu Entry yang sesimple mungkin letak Gambar Happy Moment anda bersama yang tersayang atau sesiapa sahaja yang penting ada muka a nda dan juga Banner Contest  pun cukup (Klik Untuk contoh)
  3. Tagkan dua orang kawan anda.
  4.  Letakkan link contest anda dibahagian komen Entry ini sahaja. .di shoutbox  tidak

Cinta Semalam Episod 2

Hak  Cipta Terpelihara 2007





~ “Apa kurangnya? Tak, tak ada. Kau tak ada kurangnya Sufia. Nuriwani Sufia. Indah nama tu,”bisik hati Iman.


Satu ketika dulu dia pernah berpindah ke sekolah lain ketika berumur 15 tahun. Dia tinggal bersama-sama Nenek dan Mak Sunya di kampung. Jauh dari kehidupan mewahnya, jauh dari kota-raya, jauh dari teman-teman satu taman, teman sekolah lama dan jauh dari keluarga tercinta.

“Ape hal ni? Tak nampak orang ke? Kot ye pun beragaklah sikit. Sakit tahu tak?,”lunak suara kedengaran hampir di cuping telinga Iman.

Iman terpinga-pinga. Pertemuannya dengan Sufia buat pertama kali yang membingungkan dan dasyat. Budak perempuan itu bukannya sopan sangat. Lasak. Macam jantan. Rambut yang dikatakan mahkota wanita pun digayakan ala-ala lelaki. Free hair! Gaya JQ. Kalau bukan kerana baju kurungnya, pasti orang anggap dia budak jantan. Taiko sekolah.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Cinta Semalam Episod 1

 Hak Cipta Terpelihara 2007


Kertas biru itu masih direnungnya. Masih jelas lagi tulisannya walaupun hampir dimamah usia. Iman melemparkan pandangannya ke rumah sebelah. Anak-anak jiran sedang berlari keriangan. Kadang-kadang terdengar jeritan senda gurau mereka adik-beradik. Dia turut tersenyum seolah mengerti keseronokan anak-anak tersebut. Perlakuannya kaku seketika tatkala emaknya berdiri terpacak betul-betul di hadapan Iman.

“Apa yang dimenungkan tu?,”tegur Datin Asiah membawa juadah petang.

Iman terperanjat. Dia memandang emaknya dengan pandangan berkaca. Sesekali anak matanya mencuri jeling dulang yang di tatang datin. Pergh! karipap panas.

“Mak ni. Buat orang terkejut je”

Bagi Iman duduk keseorangan di serambi rumah memang menjadi habit sejak dulu lagi.  Begitulah caranya mencari ketenangan yang hakiki. Kalau tak ke pejabat pasti masa terluangnya dihabiskan di buaian besi di halaman rumahnya. Kalau tidak pun, bermain tenis dengan rakan sekerja.

“Hai, ingat kekasih lama ke?,”kata datin lagi sambil menuangkan air horlicks panas ke dalam gelas. Iman mengangkat kening. Datin Asiah tersengih-sengih.

Orang tua ni pakai ilmu apa?Tahu-tahu je dalam kepala otak aku. Bisik hatinya.

Akhirnya dompet bertukar wajah

Korang kena klik link ini sebelum tengok gambar berikutnya sebagai syarat untuk faham




SELEPAS

abaikan tikar buluh gambar bunga dibelakang. Tumpukan pada objek bewarna hitam.





Duit yang agak tebal dengan not Rm1dan resit Giant






Kulit tiruan


Khamis, 12 Ogos 2010

Nur Liyana Zahirah

Seperti dijanjikan, inilah gambar hari pertama Nur Liyana Zahirah dilahirkan ke dunia pada 3 Ogos tempoh hari. Walaupun kabel USB my HP hancus lebus kena lenyek, tapi aku jolok2 gak kasi muat. Then, dapatlah upload pic my daugther fruit. ( entry terdahulu klik di sini )




Lupe lak, yang sinopsis Cinta Semalam tu ese karang masa umur ese 19 tahun sampailah 22. Mase zaman jiwang2. Bahaha. Sape nak ikuti cite tu sampai akhir, jadi la my follower. Nanti tak tertinggal episod. Kalau malas nak skip2, boleh direct baca entry untuk cinta semalam je. Kalian klik kat label then klik "Novel Cinta Semalam.
Pastu baca sampai muntah <-------ko ingat karya ko hebat mcm Lagenda Budak Setan?

Sinopsis Cinta Semalam

SINOPSIS CINTA SEMALAM



Iman Naim seorang lelaki yang datang dari keluarga yang berada dan tidak pernah berputus asa mencari cinta sejatinya. Walaupun ramai gadis yang ingin mengenalinya, namun Iman percaya mereka hanya inginkan kekayaan semata-mata. Iman pernah bercinta buat kali pertama semasa zaman persekolahan dengan seorang gadis miskin yang berpewatakan tomboi bernama Sufia. Namun, gadis tersebut tidak menyedari kehadiran cinta sejatinya.
Akhirnya, mak cik kepada Sufia telah mengetahui hubungan tersebut dan telah bertindak berpindah ke tempat lain untuk memisahkan mereka berdua. Sepuluh tahun berlalu. Iman masih lagi mencari pasangan yang akan menjadi teman hidupnya.
Datin Asiah, iaitu mak kepada Iman ingin menyatukan Iman dengan Rusnanim. Gadis yang setaraf dan berkelulusan luar negara. Iman dan Rusnanim semakin rapat dan telah mengenali hati budi masing-masing. Hubungan mereka semakin akrab dan cinta mula berputik dalam diri Rusnanim. Walaubagaimanapun Iman masih teringatkan kekasih pertamanya.
Keakraban mereka terjejas dengan kehadiran Sufia secara tiba-tiba. Penampilan Sufia sudah berubah. Iman mula melupakan detik-detik indahnya bersama Rusnanim. Rusnanim mula berasa tersisih. Satu persatu dugaan yang menimpa diri dan keluarganya.
Novel ini bukan saja mengisahkan hubungan cinta dua pasangan semata-mata. Namun untuk kelainan, nilai cinta itu diperluaskan lagi dengan cinta terhadap Tuhan, cinta pada keluarga dan cinta pada teman. Dapatkah Rusnanim merampas kembali cintanya? Adakah Iman berani mengucapkan kata-kata cintanya pada Sufia? Siapakah pilihan hati Iman Naim? Semuanya terjawab dalam Novel Cinta Semalam.



p/s : untuk membaca novel ini secara berterusan, sila klik pada label "Novel Cinta Semalam"

Rabu, 11 Ogos 2010

Kenapa dia boleh kita tak boleh??


Assalammualaikum dan wass up dude!....Lama dah abang Joe tak bersiaran. Gara-gara si Suhami pemalas tu sibuk pegi bercuti je, aku punya entry tak post2. Abang Joe rasa bertuah sekali kerana dipilih menjadi karekter sulung yang membuat entry untuk bulan puasa bulan yang mulia. Korang pose tak arini? Tu aku nampak ada yang baru korek2 idung tu? Kalau pose baguslah. Mana tahu, entah2 bulan ramadhan kali ini adalah bulan puasa terakhir bagi kita. Jadi, laksanakanlah sebaik mungkin.
Sempena bulan puasa ini, abang Joe nak petik email dari Mohamad Abdullah Bin Subir.  Gombak, Selangor, Malaysia berkisar tentang keislaman jugak. Tajuk entry kali ini adalah "Kenapa dia boleh, kita tak boleh?????"









Seorang biarawati boleh lak tertutup dari kepala sampai ke kaki untuk mengabdikan dirinya untuk Tuhan boleh, TETAPI kenapa jika seorang gadis muslim melakukan hal yang sama dia ditindas?










Apabila wanita barat tinggal dirumah untuk menjaga rumah dan anaknya, dia dipandang tinggi oleh masyarakat kerana pengorbanannya boleh, TETAPI apabila wanita muslim melakukan perkara yang sama dia ditindas?










Semua wanita boleh pergi ke Universiti dengan

Selasa, 10 Ogos 2010

My 1st award






...............................................(senyap, bunyi cengkerik jap).
Assalammualaikum dan selamat petang semua. (tarik napas dalam2 sebab emo nih, sambil ketuk2 mikropen_test 1 2 3....).

Ehem...helo...helo.....ok set!.  Saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah diatas limpah kurnianya memberikan saya kekuatan selama ini untuk terus berkarya. Walaupun pelbagai tohmahan dan penghinaan yang dilemparkan pada saya, akhirnya penat lelah saya berada di arena selama ini mendapat perhatian segelintir peminat di luar sana (yo ko?). Saya pernah jatuh terjelepok

Selamat Berpuasa



A’ssalamualaikum w.b.t .

Baru balik bercuti. Tak sempat nak post new entry semalam. Giler penat tak habis lagi.  Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, den hadiahkan Al-Quran online khas untuk kalian. Selamat menjalani ibadah puasa!





http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx


Laman web ini boleh kita save dan buka tiap2 hari.



Laman web ini membolehkan

Khamis, 5 Ogos 2010

Miskinnya aku dan Orang baru

Alangkah miskinnya aku. Beg duit luar nampak canggih, sekali bukak.....damn!! beg duit budak kecik yang masuk duit syiling tu lagi comel. Bilalah Suhami nak beli beg duit baru.  Bila nak beli-belah kat Giant je, pastu keluarkan dompet, mesti budak cashier tu pandang pelik. Muka hensem<---??
tapi................................................ (bunyi cengkerik jap), tapi dompet nak roboh.  Wahai Encik Suhami, bersegeralah kamu membeli dompet baru sebelum kamu dibelikan.  Beg duit pasar malam pun, pasar malam lah. Asalkan duit lima pusen ko tak boleh cicir lagi dari beg tersebut.

Cerita kedua, den baru dapat a new fruit daughter. Comel. Kecik je. Putih merah. Bibir merah. Ini cucu Wan Asiah + Atok Ahmad yang ke-6 keseluruhan. Cucu perempuan yang

Dulu aku pernah benci abah!


Dulu aku memang bencikan abah. Semua yang aku buat, semuanya tak kena pada mata abah.  Pernah dulu aku dicubit oleh cikgu matematik semasa di sekolah rendah hanya kerana tak bawa buku latihan.  Balik saja dari sekolah aku terus mengadu pada emak.  Aku perasan abah juga turut sama mendengar di ruang tamu tetapi aku buat-buat tak nampak. Esoknya abah datang ke sekolah, abah jumpa dengan cikgu matematik itu. Aku ingatkan abah akan memarahi cikgu tersebut. Namun sebaliknya abah memberikan rotan halus kepadanya. Katanya, kalau aku nakal lagi, jangan teragak-agak untuk merotanku. Diamengizinkannya. Sampainya hati abah. Aku bencikan abah!


Dulu aku memang bencikan abah. Pernah dulu sekolahku mengadakan hari sukan. Aku menyertai acara pecut 100 meter. Sebelum aku berlumba, aku sempat melihat ke bahagian penonton.  Emak, abang, kakak dan adik semua ada memberikan sokongan yang penuh padaku. Tapi abah? Di mana abah? Puas aku mencari di mana dia berada. Tapi bayangnya pun tak nampak. Sudahnya aku berlari juga dengan hati yang marah. Abah tak pernah bagi sokongan pada apa yang aku buat. Abah teruk. Aku bencikan abah!
 Dulu aku memang bencikan abah. Pernah dulu semasa usiaku menjengah 12 tahun, aku ikut jiran nenekku punya cucu ke sungai yang berhampiran.  Aku masih ingat lagi nama budak tu Rasyid. Kami merancang untuk mandi-manda dan kemudianmemancing sekali. Sampai saja di sana, Rasyid terus terjun ke sungai bagaikan penerjun Negara yang membuat aksi dalam Kejohanan Terjunan Sedunia.  Belum sempat aku menunjukkan aksiku pula, punggungku terasa pedih. Abah melibas sebatang ranting sebesar jari kelingking ke punggungku. Kayu pancingku juga turut dipatahkan. Aku menangis di situ saja. Abah panas baran. Aku bencikan abah! 
Dulu aku memang bencikan abah. Pernah dulu bila usiaku meningkat ke alam remaja, aku ada kawan yang paling baik sekali di dalam dunia. Hampir semua perkara kami lakukan bersama. Kami sekepala.  Hadi sukakan subjek Matematik. Begitu juga aku.  Hadi suka makan mihun. Aku pun suka juga. Hadi tak suka cara cikgu Bahasa Melayu kami mengajar, aku pun hampir-hampir juga tak suka sebab sering dipengaruhi Hadi. Apabila waktu petang selepas pulang dari sekolah, aku dan Hadi selalu merayaurayau di kawasan rumah kami dengan motosikal dan kemudian singgah ke rumah kawan-kawan kami yang lain. Suatu hari, Hadi datang ke rumahku untuk mengajak aku keluar, tak semena-mena abah menghalaunya balik. Apa salah Hadi? Kenapa pula angin abah tiba-tiba datang dan memarahi Hadi tak tentu pasal? Sejak hari itu aku dan Hadi langsung tak bertegur sapa. Hadi benci berkawan dengan aku.  Pandang muka akupun tidak sekali. Apa yang abah dah cakap pada Hadi? Abah tak berhati perut. Aku bencikan abah!
Dulu aku memang bencikan abah. Pernah dulu aku menyatakan hasrat pada emak untuk merantau ke selatan bekerja dengan Pak Cik ku di Johor. Tetapi abah tak izinkan. Abah mengongkong hidupku lagi. Semua hidupku dia nak kawal. Semua yang aku buat dia tak suka.  Abah menyuruhku melanjutkan pelajaran lagi. Aku tak minat belajar. Abah tak boleh paksa aku. Abah memang ego. Aku bencikan abah! Sehingga kini aku masih bencikan abah.  Abah memilih kasih. Semua permintaan kakak, abang dan adik, semuanya ditunaikan. Abah tak pernah pun memukul abang. Abah kerap kali memuji kakak. Abah selalu manjakan adik. Tapi aku? Aku bagaikan anak tiri yang menumpang kasih di rumah mereka. Malah aku rasakan lagi teruk dari status anak tiri itu. Aku rasa diriku ditindas. Persoalan itu sering bermain dalam fikiranku setiap hari.  
 Sehinggalah pada satu malam itu,

Rabu, 4 Ogos 2010

Beza murid dulu dan murid sekarang

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia. Apo koba cucu-cucu atok yang limo boleh tu sekalian? Sihat? Yang bukan cucu-cucu atok tu, atok tak nak tanyo.
 Huh !! <------------ko bajet ko jual mahal la tok?
Macam biasolah, sejak atok dah pencen askar ni, macam2 part time atok buek mengisi masa lapang.  Menjadi penulis bagi ruangan "Dulu dan Sekarang" ni pun merupakan salah satu dari sumber pendapatan atok. Yang bona eh, takdolah pendapatan pun.  Atok kesian an editor apo2 yolah si Suhami tu. Miskin takdo duit nak bayar gaji atok, so atok buek ni secaro suko rela yolah.
Baiklah, kito terusk an topik yang ingin atok keudarakan pada hari ini iaitu berkisar tentang "BEZA MURID DULU DAN MURID SEKARANG''.  Apo yang bezo eh? Ha meh sini atok kupeh an satu persatu tajuk ni. Selamat membaco, selamat mengomen, selamat memfolower     ( ha peh tu leh jadi cucu atok)

1. Budak semakin lama semakin pintar
DULU 
Cikgu : Baiklah murid-murid, cikgu mau tanya kamu.  Kalau tak pat jawab cikgu libas dengan ekor ikan pari. Ada berapa planet di sistem cakerawala kita ini? Abu, sila jawab!       

Selasa, 3 Ogos 2010

Kereta vs motosikal



Assalammualaikum salam siaran daripada Tok Wan.  Minggu lepas Tok Wan dah berjayo selosaikan isu berat badan. Sekarang ni Tok Wan terima email daripada cucu yang datangnya dari Palong.  Namanya Fazrol.  Layan.....
Salam Tok Wan. Name saye Fazrol. Orang kampung panggil petrol.  Saya ada masalah la sikit Tok Wan. Cenggini. Saya baru saje bekerja di sebuah syarikat yang perlu dirahsiakan. Tak sampai setahun. Baru je 5 bulan. Perkara yang mengusutkan kepala saya ni adalah hati ini berbelah bagi samada nak beli kereta atau motosikal. Saye sekarang ni pergi ke kerja naik bas mini. Camne ni Tok Wan?

Itu dia soalan datangnya dari Fazrol. Atau nama manjanya Petrol. Baiklah izinkan Tok Wan jawab isu ko ni. Ko ni dah besar panjang pun tak boleh nak fikir sendiri ke? Kata dah kerja besar. Pastu mesti otak ko lagi bagus dari aku. Nak jugak mintak pendapat warga emas macam Tok Wan nih.  Tapi.............(bunyi cengkerik), kalau ko tak mintak pendapat aku, camne lak aku nak menjawab ye dak? Camne aku nak cari point untuk topik "Bersama Tok Wan".   Aduh, bongok betul Tok Wan ni. Petrol! maafkan Tok Wan. Ok2, Tok Wan jawab isu ko ni <---------------starting yang menjengkelkan.
Sayang, sebenarnya cenggini. Kita ni nak beli barang berdasarkan

Isnin, 2 Ogos 2010

Pengalaman paling ngeri


Cerita kali ni memang lain dari yang lain. BUKAN kelakar! BUKAN seram! BUKAN sedih. Tapi episod kurang ajar aku satu masa dulu. Yelah, dulu masa budak2 ko kan tak tahu apa lagi. Orang cakap budak hingusan. Ala, malu la nak cite ni. Pecah la lobang aku.....Nak dengar gak ke?  Ok2 lah., kerana kamu aku terpaksa bercerita gak.

Nak dipendekkan cerita, pada satu hari tu aku nak pergi sekolah. Masa tu sekolah menengah. Entah macam mana hari tu aku terawal pulak bersiap nak ke sekolah. Sebagai padahnya, bapak aku suruh isi minyak dalam botol. Bukan "........dalam botol" wokkeh. Sila ambil perhatian! Aku pun start la moto pergi P*tronas. Ni dalam pukul

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih